Wanita Solehah Penyeri Rumahtangga

Disediakan Kepada: 
Ustaz Abd Aziz Bin Harjin

Disediakan Oleh: 
Muhammad Nur Aiman Bin Zainudin
2014493094

PENDAHULUAN
Assalammualaikum w.b.t. Alhamdulillah saya sangat bersyukur kepada Allah SWT kerana rahmatnya saya dapat menyiapkan kerja kursus ctu 151 mengenai perkahwinan menurut syariat Islam. Kerja kursus ini dapat dihasilkan dengan merujuk kepada beberapa maklumat dari buku ilmiah. Tujuan saya memilih tajuk ini adalah untuk menceritakan ciri ciri seorang isteri solehah dalam rumahtangga. Mesti semua orang dalam kalangan kita terutama suami suami di sana ingin mempunyai seorang isteri seperti itu. Pertama sekali saya ingin menjelaskan bahawa wanita dan lelaki ini saling melengkapi yang membawa maksud mereka saling memerlukan bantuan antara satu sama lain. kedua saya ingin jelaskan bahawa isteri atau wanita ini mempunyai banyak dan pelbagai peranan sejak dari lahir lagi. Antara peranannya ialah menjadi seorang anak kemudian seorang isteri lantas menjadi seorang ibu. Tugas utama apabila menjadi seorang isteri ialah mentaati kepada suaminya ekoran untuk mengejar syurga Allah SWT. selain itu terdapat beberapa hikmah bernikah kepada seorang wanita iaitu dapat menghindari dirinya daripada terjebak daripada kemaksiatan dan kemungkaran. 

WANITA DAN LELAKI SALING MELENGKAPI 
Sejak dahulu wanita sentiasa berusaha menghindari kelemahan, kemunduran, dan keruntuhan moral. Memang pada dasarnya setiap wanita muslimah wajib menjaga keperibadian Islamnya. Namun, itu bukan bererti suruhan untuk mengasingkan diri dari kehidupan atau mengingkari sebahagian daripada haknya. Jika ada kesempatan menuntut ilmu, manfaatkanlah kesempatan itu hingga kesempatan itu gugur akibat kewajipan-kewajipan yang dibatasi oleh fitrahnya, naluri kewanitaan, dan tugas-tugasnya sebagai seorang wanita. (Prof Dr. Yusuf Al-Qardhawi, 2000)

Firman Allah iaitu  “Demi malam apabila menutupi (cahaya siang), dan siang apabila terang benderang. Demi yang menciptakan (makhluk-makhlukNya) lelaki dan perempuan (jantan dan betina)” (Al-lail: 1-3)  

Perkahwinan merupakan salah satu sunnatullah yang berlaku pada semua makhluk Tuhan, baik pada manusia, haiwan mahupun tumbuh tumbuhan dan merupaskan cara yang dipilih Allah sebagai jalan bagi manusia untuk beranak pinak, berkembang piak dan mengekalkan hidup setelah masing masing pasangan siap melakukan ijab Kabul dan sebagainya. (Prof Dr. Yusuf Al-Qardhawi, 2000)

Firman Allah iaitu  “Dan tiap tiap jenis kami ciptakan berpasangan supaya kamu mengingati (kekuasaan kami dan mentauhidkan kami)” . (Adz-dzariyat: 49)  

Allah tidak menjadikan manusia seperti makhluk lain yang hidup bebas mengikut naluri masing masing antara jantan dan betina tanpa aturan. Demi menjaga kehormatan dan martabat kemuliaan manusia, Allah merngadakan hukum sesuai dengan martabatnya sehingga hubungan antara lelaki dan perempuan diatur secara tarhormat berdasarkan rasa saling meradhai dengan upacara ijab Kabul sebagai lambing rasa redha, dan dihadiri para saksi yang menyaksikan bahawa kedua pasangan lelaki dan perempuan itu saling rela merelakan. Bentuk perkahwinan itu telah memberikan jalan yang aman pada naluri (seks), memelihara keturunan dengan baik dan menjaga kaum perempuan agar tidak menjadi laksana rumput yang boleh dimakan oleh binatang terrnak dengan seenaknya. (Prof Dr. Yusuf Al-Qardhawi, 2000)  

Firman Allah iaitu  “Maha suci Allah yang telah menciptakan makhluk makhluk, semuanya berpasangan, sama ada dari bumi atau diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak dapat mengetahuinya. ” (yasin: 36) 

KEPIMPINAN RUMAHTANGGA
Allah ta’ala telah melebihkan kaum lelaki dari sesi pengetahuan tentang akibat akibat dan penglihatan terhadap permasalahan dengan akal lebih banyak daripada wanita. Sedangkan wanita. Sedangkan wanita dipersiapkan oleh Allah dengan memiliki perasaan yang sensitive untuk mendukung tugas keibuannya. (AL-Qardhawi, 2002)

Sesungguhnya lelaki telah dibebani untuk berikan nafkah dalam mendirikan rumahtangganya. Maka sekiranya rumahtangga itu sampai roboh, akan robohlah pula dasarnya. Kerana itu seorang lelaki akan berfikir seribu kali sebelum melafazkan perkataan cerai. (AL-Qardhawi, 2002)

WANITA SEBAGAI IBU
Sejarah tidak pernah mengenal adanya agama atau sistem yang menghargai keberadaan wanita sebagai ibu yang lebih mulia daripada Islam. 

Sungguh Islam telah menegaskan wasiat terhadap wanita dan meletakkan wasiat tersebut setelah wasiat untuk bertauhid kepada Allah dan beribadah kepadaNYA. Islam juga menjadikan berbuat baik kepada wanita itu termasuk sendi sendi kemuliaan, sebagaimana telah menjadikan hak seorang ibu itu lebih kuat daripada hak seorang ayah, kerana bebanan yang amat berat yang telah ia rasakan ketika hamil, menyusui, melahirkan dan mendidik. Inilah yang ditegaskan oleh Al Quran dengan diulang lebih dari satu surah agar benar benar difahami oleh setiap individu yang bergelar anak manusia. (AL-Qardhawi, 2002)

Firman Allah iaitu  “Dan kami wasiatkan (perintahkan) kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapanya, ibunya telah mengandungkannya dalam keaadan lemah yang bertambah tambah, dan menyusukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepadakulah kembalimu. ” (Luqman:14)  

Firman Allah lagi iaitu  “Kami wasiatkan (perintahkan) kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapanya, ibunya telah mengandungkannya dengan susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungkannya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga bulan. ” (Al ahqaf:15)  

Ada seorang lelaki datang menemui Rasulullah SAW lalu bertanya: “Siapakah yang paling berhak saya pergauli dengan baik?”Nabi bersabda: “Ibumu!” Orang itu bertanya: “Kemudian siapa lagi?” Nabi bersabda: “Ibumu!”Orang itu bertanya: “Kemudian siapa lagi?” Nabi bersabda: “Ibumu!”Orang itu bertanya: “Kemudian siapa lagi?” Nabi bersabda: “Ayahmu!” (HR. Al-Bukhari dan Muslim dari Abi HurairahRadhiyallahu’anhu)  

Al-Bazzar meriwayatkan, ada seorang lelaki sedang thawaf dengan mengendung ibunya, maka lelaki itu bertanya kepada Nabi SAW: “Apakah (dengan ini) saya telah melaksanakan kewajiban saya kepadanya?” Nabi SAW menjawab: “Tidak, tidak sebanding dengan satu kali melahirkan. ”  

WANITA SEBAGAI ANAK 
Bangsa Arab di masa jahiliyyah merasa malang dengan kelahiran anak anak perempuan dan mereka merasa hina, sehingga ada salah seorang bapa yang berkata ketika dikurnia anak perempuan: “Demi Allah, ia bukanlah sebaik baik anak, pertolongannya adalah hanya tangis dan berbuat baiknya adalah pencurian. ”(AL-Qardhawi, 2002)

Ia bermaksud bahawa anak perempuan tidak boleh menolong ayahnya dan keluarganya kecuali dengan jeritan dan tangis belaka, tidak dengan peperangan dan senjata, dan tidak boleh berbuat baik kepada keluarganya kecuali mengambil harta suaminya untuk keluarganya. (AL-Qardhawi, 2002)

Tradisi yang mereka warisi memperbolehkan bagi seorang ayah untuk mengubur hidup hidup anak perempuannya, kerana takut miskin atau menganggapnya sebagai aib besar di mata kaumnya. Sebagaimana dijelaskan oleh Al-Qur’an yang mengingkari perbuatan buruk itu:   “Apabila bayi bayi perempuan yang dikubur hidup hidup ditanya, kerana dosa apakah dia dibunuh”.  (At-Takwir:8-9)  

Al-Qur’an juga mengambarkan sikap para bapa ketika menyambut kelahiran anak perempuannya: “Dan apabila seseorang dari mereka diberi khabar dengan (kelahiran) anak perempuan, hitam (merah padamlah) mukanya, dan dia sangat marah. Ia menyembunyikan dirinya dari orang ramai, disebabkan buruknya berita yang disampaikan kepadanya. Apakah dia akan memeliharanya dengan menanggung kehinaan ataukah akan menguburnya ke dalam tanah (hidup hidup)? Ketahuilah, alangkah buruknya apa yang mereka tetapkan itu.  (An-Nahl:58-59)  

Sebahagian syaria’at lama memberikan hak yang sememangnya kepada seorang bapa untuk menjual anak perempuannya apabila ia berkeinginan. Seperti peraturan “Hamurabi” yang mempebolehkan seorang bapa menyerahkan anak perempuannya kepada orang lain untuk membunuhnya atau memilikinya, apabila seorang bapa itu telah membunuh anak perempuan orang lain. (AL-Qardhawi, 2002)  

WANITA SEBAGAI ISTERI  
Sebahagian agama ataupun mazhab menganggap wanita sebagai barang yang najis atau sesuatu yang menjijikkan dari perbuatan syaitan yang harus dijauhi dan lebih baik hidup menyendiri.   

Sebahagian yang lain menganggap bahawa kedudukan seorang isteri sekadar sebagai alat pemuas nafsu bagi suaminya atau yang menyediakan makanan untuknya dan menjadi pelayan di dalam rumahtangga. (AL-Qardhawi, 2002)  

Maka Islam datang untuk mengumumkan batalnya kerahiban dan melarang hidup menyendiri.   

KEWAJIPAN TERHADAP SUAMI
Kewajipan seorang wanita setelah ketaatan kepada Allah ialah taat kepada suaminya. Bahkan nilai ketaatannya kepada Allah diukur seberapa jauh dia dapat menyelasaikan kewajibannya terhadap suaminya. (Tiada Pengarang, 2002)

Rasulullah SAW bersabda : Maksudnya: “Sesungguhnya seorang isteri belum (dikatakan) menunaikan kewajibannya terhadap Allah sehingga menunaikan kewajibannya terhadap suami seluruhnya. Dan andaikan (suaminya) memerlukan diatas kenderaan tidak boleh menolaknya  (HR At-Thabrani).   

Siapa saja diantara isteri isteri dapat melaksanakan tugasnya dengan baik dan penuh keikhlasan serta penuh keimanan, maka mereka itulah yang mendapat balasan sebagaimana sabda Rasulullah SAW : Maksudya : Jika seorang isteri itu telah menunaikan solat lima waktu, dan puasa di bulan ramadhan, dan menjaga kemaluannya dari yang haram serta taat kepada suaminya, maka akan dipersilakan : masuklah ke syurga dari pintu mana saja kamu suka.   (HR Ahmad dan Thabrani)   

WANITA SEBAGAI PENDAMPING SUAMI YANG SETIA  
Mendampingi suami dalam setiap situasi dan kondisi, menemaninya dalam ria dan gembira, menghibur dalam duka dan nestapa, menyenangkan suami yang sedih dan gelisah adalah kewajipan isteri sebagai pendamping suami, jika isteri dapat berlaku terhadap suaminya seperti apa yang dikatakan di atas, sehingga suaminya bertambah cinta dan sayang kepadanya dan merasa puas terhadap pelayanan isterinya maka wajarlah dia memperoleh balasan yang setimpal, sebagai mana sabda Rasulullah SAW: Maksudnya: “Tiap tiap isteri yang mati dan diredhai oleh suami maka ia akan masuk syurga.  (HR Attirmidzi dan Ibn Majjah).    

WANITA SEBAGAI PENDIDIK ANAK ANAKNYA

Setiap anak yang lahir dibekali dengan sebuah potensi (kekuatan pendorong alamiah) yang dapat diarahkan kea rah yang baik atau kea rah yang buruk. Maka telah menjadi kewajipan orang tua untuk memanfaatkan potensi tersebut dan menyalurkannya ke arah yang di redhai oleh Allah SWT. Memelihara diri dan keluarga dari api neraka adalah : dengan jalan memberi pelajaran dan pendidikan yang baik terhadap anak isteri, membiasakan mereka berkelakuan dan berakhlak tinggi serta menunjukkan kepada mereka jalan yang memberi manfaat. Setiap anak yang dilahirkan itu adalah suci, kedua orang tuanyalah yang menjadikan anak yang baik dan buruk. (Tiada Pengarang, 2002)

Sabda Rasulullah SAW: Maksudya:Dari Abu Hurairah berkata : Nabi SAW bersabda : tidak ada seorang yang lahir melainkan menurut fitrahnya, maka kedua orang tuanyalah yang menjadikan Yahudi, Nasara atau Majusi, sebagaimana halnya binatang dilahirkan dengan sempurna.   

SIKAP RASULULLAH SAW TERHADAP ISTERI YANG TERLALU PENUNTUT  
Suatu ketika Rasulullah SAW menghadapi persoalan rumah tangga, yang sempat menghebohkan para sahabat. Yaitu ketika isteri Nabi (Aisyah, Hafsah, Saudah dan Sofiah), masing masing mengajukan tuntutan (pada Nabi) untuk mendapatkan emas, perak, permata, hasil rampasan perang dalam perang Hunain. Dalam situasi demikian, Rasulullah SAW berfikir bahawa kaum Ansor dan Muhajirin (ummatnya) lebih berhak menerima harta rampasan perang itu, tetapi isteri isteri Nabi menuntut bahagian pula, ingin seperti Kaisar Romawi. Menghadapi situasi seperti itu, mengambil sikap atas tuntutan isteri, Rasulullah tidak menjawab sepatah kata pun. Aksi dian Nabi itu berlangsung cukup lama, sebulan isteri isteri itu tidak digauli beliau, bertafakur seorang diri dijaga bujangnya di depan pintu. Beliau berpesan pada penjaga pintunya itu, agar tidak seorangpun boleh masuk menemui beliau, tanpa izinnya. Hebohlah orang orang Madinah, termakan issu orang orang munafik yang menyiarkan berita bohong pada khalayak ramai bahawa Rasulullah telah mencerai isteri isterinya. Mendengar berita itu Umar gelisah bercampur geram, namun Umar dicegah oleh si bujang, mengatakan pada Umar bahawa Rasulullah tidak terima tamu siapa saja ! Umar mohon pada bujang agar memberitahukan kepada Nabi bahawa yang datang adalah Umar. Bujangpun menyampaikan pesan itu, namun tak sepatahpun Nabi menjawabnya, hanya beliau pandang mata si bujang, yang membuatnya ketakutan cepat menemui Umar. Bujang berkata : Hai Umar, beliau tidak memberi izin ! Umar menyuruh Bujang agar mengulangi pesannya kepada Nabi, namun kali ini pun tak berhasil hingga ke tiga kali pun hasilnya nonsense!Hampir Umar putus asa, tapi mengingat persoalannya sangat rumit maka Umar memberanikan diri untuk mendatangi langsung Rasul, tanpa menghiraukan cegahan si Bujang yang menggigil ketakutan. Setelah bertemu pandang, Rasul menyapa : Masuklah, apa khabar Umar ? Saya sangat menghawatirkan Rasul dan isteri isteri Rasul, orang mengatakan bahawa Rasul telah mencerai isteri isteri Rasul, jawab Umar. Tidak benar, wahai Umar, aku tidak pernah mencerai isteriku, jawab Rasulullah. Alhamdulillah, ucap Umar. Kemudian Umar memperhatikan kiri kanan, yang nampak hanyalah Nabi tengah duduk di atas tikar kasar di atas pasir, tak sebutir makanan pun di dekatnya. Menyaksikan hal demikian, Umar spontan menangis penuh hiba. Mengapa engkau menangis, Umar ?Bagaimana saya tidak menangis, menyaksikan engka hanya tidur pakai tikar di atas pasir, tanpa tersedia makanan sama sekali, padahal kunci Haramain (Makkah-Medinah) di tanganmu. Engkau lebih besar dari Kaesar Romawi, lebih besar dari raja Heraklius engkau lebih berhak mendapatkan rampasan perang yang banyak, Rasulullah menjawab : “tidakkah engkau senang wahai Umar jika harta rampasan perang itu diberikan pada yang menginginnya kerana memang itu tujuan mereka berperang, dan aku biarkanlah begini bersama Rab-ku”. Maka fahamlah Umar bahawa kerana memikirkan persoalan tersebutlah sehingga Rasulullah tafakur seorang diri ; nampaknya Rasulullah memang miskin hartan, namun pada hakikatnya beliau “GHANIYUN NAFSI” kaya jiwa seandainya beliau ingin harta, gampang saja beliau mendapatkannya. Lalu segeralah Uma ke luar, membawa berita sekaligus membantah issu orang munafik yang telah menyebar luas, dengan itu tak seorangpun lagi berani menyiarkan berita palsu itu.  Setelah kejadian itu, yaitu para isteri menuntut harta keduniaan pada Nabi, padahal Nabi tidak memilikinya, (Tiada Pengarang, 2002)  

Firman Allah iaitu  “Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri isterimu!”Jika kamu sekalian mengingini kehidupan dunia dan perhiasan, maka marilah kuberitakan kepadamu MUT’AH (pemberian harta kepada isteri yang dicerai sesuai kesanggupan suami);dan aku ceraikan kamu dengan cara yang baik. Dan jika kamu mengkehendaki Allah menyediakan bagi siapa yang berbuat baik di antaramu pahala yang besar.  (surah al-ahzab:28-29) 

HIKMAH NIKAH

Sesungguhnya naluri seks merupakan naluri yang paling kuat dan sentiasa mencari jalan keluar. Bilamana jalan keluar tidak dapat memuaskan, maka ramai manusia yang mengalami kegoncangan dan tekanan jiwa serta mengarah kepada jalan yang jahat.  

Perkahwinan adalah jalan semula jadi dan yang paling baik dan sesuai untuk menyalur dan memuaskan naluriah seks ini. Dengan kahwin badan menjadi segar, iwa menjadi tenang, mata terpelihara dari melihat sesuatu yang haram dan perasaan tenang menikmati barang yang hahal. Melalui perkahwinan merupakan merupakan jalan terbaik untuk melahirkan anak anak yang baik dan mulia, membanyakkan keturunan, mengekalkan hidup bahagia serta memelihara nasab. (Zulkefli Yazid, 2002)   

Firman Allah iaitu : “Dan diantara tanda tanda kekuasaanNya membuktikan (dan rahmatNya bahawa Ia menciptakan bagi kamu (wahai kaum lelaki) isteri isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi ketenangan bagi orang yang berfikir. ”  

KESIMPULAN
Kesimpulannya wanita Islam yang solehah ialah penyeri kehidupan di dalam rumahtangga. Dengan kesemua isi isi yang saya dapati ini sedikit sebanyak akan membuka mata sedikit sebanyak wanita wanita di luar sana. Hal berkaitan wanita solehah ini juga telah di buktikan dari zaman para anbiya’ yang ditunjukkan oleh mereka dengan teladan teladan yang baik oleh para isteri isteri mereka. Selain itu perkahwinan itu juga terdapat banyak hikmah antaranya dapat menghindari daripada fitnah fitnah manusia. Kebaikan lain ialah dapat melahirkan zuriat yang baik dari kalangan orang orang baik. Berumah tangga juga dapat sedikit sebanyak mencontohi sunnah nabi kita Rasulullah SAW. Hanya Islam satu satunya agama yang mengglakkan dan memberi motivasi kepada setiap umatnya untuk berumah tangga. Sebaliknya, agama agama lain memuji orang bujang. Jadi, kalau sudah waktunya kita berumah tangga tetapi masih menunda dengan berbagai alasan maka apabila mati keadaan kita adalah seburuk buruk orang mukmin yang mati. 

RUJUKAN
  1. Al-Qardhawi, P. D. (2002). Wanita Dalam Masyarakat Islam. Kuala Lumpur: Al-Hidayah. 
  2. Dr Ramadan Abu Bakar. (2010). Jalan Wanita Solehah. Kuala Lumpur: Karang Kraf. 
  3. Prof Dr. Yusuf Al-Qardhawi. (2000). Muslimah Harapan Dan Cabaran. Kuala Lumpur: Al-Hidayah. 
  4. Ramawan Bin Abdul Rahman. (2012). Pengantar Tamadun Dan Sejarah Pemikiran Islam. Shah Alam, Selangor: Reka Cetak Sdn Bhd. 
  5. Tiada Pengarang. (2002). Wanita Solehah. Kuala Lumpur: Al-Hidayah. 
  6. Zulkefli Yazid. (2002). Petunjuk Menempuh Alam Perkhawinan. Kuala Lumpur: Arfas. 


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
abdazizharjin.blogspot.com
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
04-9882701 (P)
04-9882597 (R)
013-4006206 (H)

Tarikh: 2/02/2015