Mukjizat - Mukjizat Nabi Muhammad SAW

Disediakan Untuk:
En. Abd Aziz Bin Harjin

Disediakan Oleh:
Bassyirah Binti Mohamed Diah
2014898688

Pendahuluan
“ Tak Kenal Maka Tak Cinta. ” Ayat Ini Sering Digunakan Dalam Proses Untuk Kita Menerima Sesuatu Dalam Kehidupan. Konteks Ini Juga Boleh Digunakan Untuk Mengenal Kekasih Allah Swt Iaitu Nabi Muhammad Saw. Banyak Manfaat Yang Boleh Kita Peroleh Apabila Kita Mengenal Baginda. Bahkan Kita Selaku Umatnya Dijanjikan Bakal Memperoleh Syafaat Di Akhirat Kelak Sekiranya Kita Mengakui Kerasulan Baginda Dan Melaksanakan Ibadah Yang Telah Diajar Kepada Kita. Nabi Muhammad Merupakan Manusia Istimewa Yang Telah Dicipta Oleh Allah Swt Bagi Menyampaikan Perintah Allah Kepada Umat Manusia. Keistimewaan Nabi Muhammad saw dapat dilihat apabila Allah mengurniakan banyak mukjizat kepada baginda. Melalui keistimewaan dan mukjizat inilah yang dapat meyakinkan lagi umat manusia tentang kerasulan baginda. Mukjizat utama Nabi Muhammad saw iaitu Al Quran yang sangat bermanfaat kepada umat Islam kerana di dalamnya mengandungi petunjuk yang lengkap untuk menjadi manusia yang berjaya di dunia dan di akhirat. Mukjizat lain yang dimiliki oleh baginda ialah bulan terbelah kepada dua bahagian. Selain itu, terbelahnya dada Nabi Muhammadsaw sebanyak 3 kali, bertujuan untuk membersihkan hati baginda. Seterusnya, pemberitahuan kepada Nabi Muhammad sawtentang kedudukan bentuk Baitul Maqdis serta peristiwa Israk dan Mikraj. Nabi Muhammad saw juga boleh mencegah matahari daripada terbenam dan memunculkan semula matahari selepas terbenam. Kemudian, baginda juga terselamat daripada ancaman pembunuh yang bersedia dengan senjata di pintu rumah baginda. Begitu banyak mukjizat yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad saw dengan izin Allah SWT. Apabila kita mengetahui dengan lebih mendalam mengenai mukjizat-mukjizat tersebut, nescaya kita akan lebih mencintai Nabi Muhammad saw. 

Maksud mukjizat 
Mujizat ialah satu perkara luar biasa yang bertentangan dengan adat atau kebiasaan serta perkara yang tidak boleh dilakukan oleh manusia biasa. Mukjizat boleh berlaku dengan keizinan dan kekuasaan Allah swt dan berlaku pada RasulNya. Tiada siapa tidak kira Nabi atau Rasul mampu menghasilkan satu mukjizat sendiri tanpa izin Allah. Mukjizat tidak boleh diperolehi melalui pembelajaran. Mukjizat hanya berlaku kerana kebesaran dan kekuasaan Allah swt diatas kehendak-Nya. 

Tujuan Allah menurunkan mukjizat
Allah menurunkan mukjizat untuk menunjukkan dan membuktikan kebenaran dakwah Rasul-Nya. Hal ini kerana, dakwah yang tidak disertakan dengan bukti semestinya sukar untuk diterima oleh umat manusia. Selain itu, mukjizat juga bertujuan untuk menentang dan menghalang musuh. Secara tidak langsung hal ini sekaligus dapat membantu Rasul-rasul menyampaikan tugas dengan sempurna dalam proses untuk berhadapan dan menentang musuh-musuh Islam. Seterusnya, kehebatan mukjizat secara tidak langsung dapat membuka mata dan minda orang ramai agar mengakui kenabian dan kerasulan pesuruh Allah. Mukjizat juga membuktikan perbezaan antara nabi sebenar dengan nabi palsu, kerana nabi sebenar sahaja yang dapat dibuktikan dengan mukjizat yang mereka miliki. 

Jenis-jenis mukjizat
Ulama Ar-Raaghib Al-Ashfahaany dalam Mukaddamah tafsirnya menjelaskan bahawa mukjizat itu terbahagi kepada dua jenis iaitu :

1. Mukjizat Hissy
Mukjizat hissy merupakan mukjizat yang dapat dicapai, dilihat dan dirasai oleh pancaindera manusia dan lebih memberi kesan kepada jiwa umum atau hati manusia. Contoh mukjizat hissy yang dapat dilihat melalui Nabi Muhammad saw ialah bulan terbelah dua. Selain itu, baginda juga memiliki mukjizat hissy yang lain iaitu awan sentiasa memayungi Nabi Muhammad saw ke mana sahaja baginda pergi. 

2. Mukjizat Maknawi (Mukjizat aqli)
Mukjizat maknawi atau mukjizat aqli ini ialah suatu mukjizat yang dapat difahami manusia dengan akal yang murni serta yang memiliki mata hati sahaja. Melalui bahasa mudah difahami ialah mukjizat jenis ini merupakan mukjizat yang tidak boleh dilihat melalui pancaindera tetapi boleh diketahui menggunakan ketajaman dan kekuatan akal fikiran manusia. Contoh mukjizat yang bersifat maknawi yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad ialah kitab Al Quran. Selain itu, peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku kepada Nabi Muhammad juga dikategorikan sebagai mukjizat maknawi. 

Nabi Muhammad SAW
Pada tanggal 22 April 571 masihi bersamaan dengan 9 Rabiulawal tahun gajah, lahirlah sesorang manusia yang diberi nama Muhammad. Nabi Muhammad merupakan nabi dan rasul terakhir yang diturunkan oleh Allah swt untuk menyampaikan ajaran Islam. Keistimewaan Nabi Muhammad saw dapat dilihat sejak baginda masih bayi. Nabi Muhammad telah dilahirkan dalam keturunan yang terkenal di Makkah. Baginda telah dilahirkan di Makkah dan baginda merupakan anak yatim piatu sejak dilahirkan kerana kewafatan ayah baginda semasa baginda masih lagi berada di dalam kandungan ibunya. Nabi Muhammad saww merupakan anak kepada Abdullah bin Abdul Muthalib bin Abdul Manaf bin Qusayy bin Qilab. Ibu Rasulullah saw pula ialah Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf daripada keluarga Zahrah. Selepas kewafatan ibu baginda, baginda telah dijaga oleh datuknya, Abdul Muttalib bin Hasyim dan seterusnya bapa saudara baginda, Abu Talib bin Abdul Muttalib. Baginda juga pernah bekerja sebagai pengembala kambing dan saudagar. Perkahwinan baginda yang pertama ketika berusia 25 tahun dimana baginda telah bernikah dengan Khadijah binti Khuwailid yang pada ketika itu berusia 40 tahun. Ketika Muhammad berumur 40 tahun, baginda telah menerima wahyu yang pertama daripada Tuhan melalui pengantaraan malaikat Jibril ketika sedang berada di Gua Hira. Selepas 3 tahun, baginda mula berdakwah secara terbuka kepada penduduk Makkah dengan mengatakan "Tuhan itu Esa" dan hendaklah menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah dan Islam merupakan satu-satunya cara hidup yang diterima Allah. Nabi Muhammad saw telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal tahun 11 Hijrah bersamaan 8 Jun 632 Masihi. 

Mukjizat semasa kecil. 
•Semasa baginda kecil, baginda telah diserahkan oleh ibunya kepada ibu susuannya bernama Halimatus Saadiah. Hal ini kerana, kebiasaan bagi kaum atasan di tanah arab ialah mereka akan menyerahkan bayi-bayi mereka ke kampung-kampung pendalaman untuk diasuh dan disusuioleh wanita lain. Ada juga pendapat mengatakan bayi tersebut dihantar ke tempat tersebut untuk melembutkan lidah mereka supaya fasih dalam berbahasa arab. Nama sebenar ibu susuan baginda ialah Halimah Binti Zu’ib, isteri kepada Al-haris bin Abdul Uzza. Halimah Saadiah telah sudi mengambil Nabi Muhammad biarpun anak tersebut yatim tidak berayah, dia mengambil keputusan tersebut tanpa memikirkan tentang tiada siapa yang bakal mengupahnya biarkan dia merupakan golongan yang miskin dan serba kekurangan. Akan tetapi, sebaik sahaja mengambil Nabi Muhammad, dia terus jatuh kasih kepada baginda dan sayangnya terhadap Muhammad melebihi dari anaknya sendiri. Sejurus selepas dia memeluk Nabi Muhammad, dia terasa seakan-akan air susunya telah bertambah dan mengisi badannya. Selain itu, ternakan Halimatus Saadiah juga menjadi semakin sihat dan berkembang dengan pesat. Perkara tersebut telah menunjukkan tentang keistimewaan Nabi Muhammad dan membuktikan bahawa Allah akan membantu dan memberi ganjaran istimewa kepada mereka yang mencintai dan mengasihi baginda rasulullah SAW. 

•Semasa Rasulullah SAW masih kecil, sedang baginda bermain-main dengan saudara susuanya iaitu anak kepada Halimatus Saadiah, baginda telah diambil oleh 2 orang lelaki yang tidak dikenalinya. Saudara susuannya dengan segera memaklumkan kejadian tersebut kepada Halimatus Saadiah. Maka Halimatus Saadiah bergegas menuju ke tempat baginda sering bermain. Lega hatinya apabila melihat Rasulullah saw berada disitu, akan tetapi dia menyedari sesuatu yang aneh apabila Nabi Muhammad saw kelihatan pucat lesi. “Apakah yang telah terjadi ke atas diri kamu wahai anakku? Saudara susumu mengatakan kepada ibu yang engkau telah diculik orang. Apakah benar?” tanya Halimatus Saadiah. Maka Nabi Muhammad saw berkata bahawa ada 2 orang lelaki yang berpakaian putih telah datang kepada baginda dan bertanya adakah baginda bernama Muhammad. Kemudian dada baginda telahdibelah dan dibuang kotoran –kotoran di dalamnya lalu dibersihkan dan dicantumkan semula dada tersebut seperti sedia kala. Halimatus Saadiah berasa sangat gembira kerana dia percaya bahawa Muhammad sangat istimewa. Demikianlah satu mukjizat yang ditunjukkan oleh Allah ke atas diri Nabi Muhammad saw sejak kecil. 

Mukjizat Rasulullah saw meramal masa depan. 
Nabi Muhammad saw mempunyai mukjizat meramal masa hadapan sama ada buat umatnya mahupun tentang keadaan dunia. Hal ini memperlihatkan lagi kepada kita tentang keistimewaan Rasulullah saw. 

Pada suatu hari, Muawiyyah bin Abu Sufian telah tidur kerana kepenatan di atas riba kakaknya, Ummu Habibah. Ketika itu, masuklah Nabi Muhammad saw ke dalam. Ummu Habibah mengalihkan kepala adik yang disayanginya. Nabi Muhammad saw lantas berkata “sayangkah engkau akan adikmu itu, hai Ummu Habibah? Patutlah dia disayangi kerana kelak dia akan menjadi orang besar Arab seluruhnya!” 

Benar apa yang dikatakan oleh Rasulullah saw kerana Muawiyyah berjaya mengasaskan kerajaan Bani Umaiyyah. 

Satu lagi contoh tentang ramalan masa depan Rasulullah saw ialah peristiwa tatkala tentera Islam Amru bin Al-As diangkat oleh Rasulullah saw menjadi ketua angkatan perang. Amru bin Al- As pada ketika itu baru sahaja memeluk Islam. Sabda Rasulullah saw kepadanya, “barangkatlah engkau hai Amru, disana engkau akan beroleh harta yang banyak”. “Hamba memeluk Islam bukanlah kerana mengharapkan harta tetapi hanya kerana cinta kepada Allah dan RasulNya” jawab Amru. “Tak mengapa Amru, harta benda yang baik amat patut untuk lelaki yang baik seperti engkau. ” Sahut Rasulullah saw. 

Benar sungguh kata-kata Nabi Muhammad saw apabila Amru Al- As dilantik menjadi gabenor berautonomi di Mesir

Contoh mukjizat nabi meramal masa depan yang terakhir adalah berkenaan cucu Rasulullah saw yang amat disayangi baginda iaitu Saidina Hassan dan Saidina Hussin r. a. 

Suatu hari ketika Rasulullah saw sedang solat, punggung baginda telah dipanjat oleh kedua cucunya ketika mereka masih kecil. Rasulullah saw tahu berdasarkan ilham ilahi bahawa perkara-perkara yang besar bakal dihadapi oleh oleh cucunya dikemudian hari. Akan tetapi, supaya tidak melukakan hati orang lain, baginda hanya mengatakan salah seorang daripada cucunya itu akan mendamaikan perselisihan-perselisihan yang terjadi diantara dua golongan umat Islam. Cucu baginda yang dimaksudkan itu ialah Saidina Hassan bin Ali r. a. Tetapi baginda tidak menyebut bahawa Saidina Hussin bin Ali r. a. akan mati syahid dalam satu pertempuran yang hebat, dibunuh secara kejam di Padang Karbala, suatu peristiwa kekejaman yang menjadi kenangan umat. 

Al Quran
Al Quran merupakan mukjizat terbesar yang Allah kurniakan kepada Nabi Muhammad saw. Al Quran adalah kitab Allah yang kekal dan berlaku sepanjang masa sehingga hari kiamat tiba, serta tetap sempurna dan terjaga dengan perintah Allah SWT. Setiap orang yang lahir selepas wafatnya Nabi Muhammad saw pun boleh melihat dan membacanya. Dari segi pembahagian jenisnya, Al Quran dikategorikan sebagai mukjizat aqli, iaitu satu rupa mukjizat yang hanya dapat diketahui kebenaranya sekiranya manusia itu menggunakan akalnya yang murni serta mata hatinya. Semakin luas, dalam serta murni jalan fikiran manusia, semakin ikhlaslah hati manusia mencari kebenaran. Mereka pasti akan kagum apabila membaca, melihat serta memikirkan kepelbagaian serta keajaiban isi kandungan kitab suci Al Quran Allah yang maha unggul. Salah satu keajaipan kitab Al Quran ialah pada kesucian dan kemurnian isi kandungan yang msih tetap asli dan terpelihara. Menurut Al Quran, Allah SWT sendiri yang memelihara keutuhan kitab suciNya yang terakhir ini. Firman Allah dalam Surah Al-Hijr, ayat 9, “Memang kami, kami sendiri yang menurunkan peringatan itu dan sungguh kami pengajarnya. ” Keistimewaan Al-Quaran juga dapat dilihat melalui keindahan bahasanya yang sungguh hebat dan luar biasa. Al Quran mengandungi maklumat lengkap untuk menjadi muslim yang berjaya di dunia dan di akhirat. Ilmu pengetahuan yang terdapat didalam Al Quran juga boleh digunakan sepanjang zaman. 

Israk dan Mikraj. 
Israk dan mikraj juga merupakan mukjizat teragung Nabi Muhammad saw. Israk dan Mikraj merupakan kejadian yang sangat penting dalam perjalanan dakwah Islam. Hal ini kerana, pada Israk dan Mikraj itu baginda nabi dan umat Islam telah diwajibkan Allah untuk solat lima waktu sehari semalam. Pada mulanya kewajipan solat yang dibebankan kepada Nabi Muhammad saw dan umatnya adalah sebanyak 50 kali, namun berkat nasihat daripada Nabi Musa akhirnya umat Islam mendapat kewajipan solat lima kali sehari semalam. Selain itu, melalui Israk dan Mikraj inilah baginda nabi sampai ke Sidratul Muntaha untuk menerima perintah solat. Sidratul Muntaha merupakan tempat yang tiada seorang makhluk pun yang dapat menjejakkan kaki di sana kecuali bagi Nabi Muhammad saw, hal ini berlaku kerana izin Allah. 

Bulan terbelah dua. 
Ketika kaum kafir Quraisy meminta tanda kenabian baginda saw, beliau memohon kepada Allah SWT. Ketika itu, bulan terbelah menjadi dua bahagian, satu bahagian di gunung Abu Qubais dan satu bahagian lain di bawahnya. Peristiwa tersebut disaksikan oleh khalayak ramai, baik orang yang berada berhampiran dengan lokasi kejadian tersebut, mahupun yang berada jauh darinya. Kejadian itu berlaku sehingga terbenamnya matahari, dan bertepatan dengan malam purnama. Melalui peristiwa tersebut Allah telah menambahkan kadar orang-orang kafir, berkata : “Ini adalah sihir belaka. ” Peristiwa perpecahan bulan kepada dua ini terjadi pada tahun kesembilan kerasulan baginda. Diriwayatkan bahawa peristiwa ini merupakan mukjizat Nabi Muhammad saw yang mendekati kedudukan mukjizat Al Quran. 

Terbelahnya dada Nabi Muhammad saw. 
Berkata Syaikh al-Islam Ibnu Hajar: Ia berlaku tiga kali, kerana telah sabit bahawa pembelahan dada berlaku ketika baginda Nabi saw diutus. Hal ini sebagaimana penjelasan hadith yang diriwayatkan oleh Abu Nu’aim dalam kitab al-Dala’il. Setiap peristiwa mempunyai hikmah. Pertama berlaku semasa baginda kanak-kanak, ini bertujuan untuk menumbuhkan keadaan yang lebih sempurna hingga baginda terjaga daripada syaitan. Lalu yang kedua berlaku ketika baginda Nabi saw diutuskan menjadi Nabi, hal ini berlaku untuk memuliakan banginda dan untuk mempersiapkan diri sehingga nabi dapat menerima wahyu denganhati yang teguh dan kuat serta dalam keadaan yang lebih sempurna dan suci. Setelah itu, pembelahan dada yang ketiga berlaku ketika israk, hal ini berlaku untuk mempersiapkan diri bagi bermunajat kepada Allah. 

Pemberitahuan kepada Nabi saw tentang kedudukan bentuk Baitul Maqdis. 
Peristiwa ini terjadi pada pagi hari peristiwa israk. Ketika kaum Musyrikin Quraisy bertanya kepada beliau tentang sifat bangunan Baitul Maqdis yang belum pernah baginda lihat mahupun mengunjunginya. Malaikat Jibril menyatakan kepada baginda bentuk-bentuk bangunan tersebut, menerusi penerangan tersebut beliau dengan mudah dapat menjelaskan bentuk bangunan Baitul Maqdis kepada kaum Musyrikin tersebut. 

Mencegah matahari daripada terbenam. 
Ketika baginda berada dalam perjalanan pulang daripada peristiwa israk, beliau berjumpa dengan rombongan khalifah. Beliau memberi tahu kaum Musyrikin berhubung kehadiran rombongan tersebut pada hari tertentu. Apabila tiba tarikh yang ditetapkan, rombongan tersebut masih belum tiba, sedangkan matahari sudah hampir terbenam. Berkat keizinan Allah SWT matahari tersebut menunggu tidak tenggelam sehingga hadirnya rombongan kafilah sebagaimana yang disebut baginda Rasulullah saw. 

Matahari muncul kembali sesudah terbenam. 
Peristiwa ini terjadi hasil daripada berkat doa Nabi Muhammad saw buat Ali bin Abi Talib r. a. Baginda memohon agar Ali dapat menunaikan solat Asar tepat pada waktunya. 

Nabi Muhammad saw terselamat daripada ancaman pembunuh yang bersedia dengan senjata di pintu rumah baginda. 

Ketika saat menghampiri hijrah, pemuda musyrik Quraisy berkumpul di hadapan pintu rumah baginda rasulullah untuk membunuh baginda. Namun berkat keizinan daripada Allah, baginda keluar dengan selamat dari dalam rumahnya sambil melintasi mereka seraya menaburkan pasir di atas kepala masing-masing yang masih dibuai mimpi. 

Penutup
Kesimpulannya, Nabi Muhammad saw merupakan insan yang sangat istimewa kerana dikurniakan dengan pelbagai mukjizat. Kesemua mukjizat baginda mempunyai tujuan dan hikmah yang tersendiri yang boleh dijadikan sebagai panduan hidup untuk kita dalam proses untuk menjadi mukmin yang terbaik di dunia dan di akhirat. Mukjizat teragung Nabi Muhammad saw iaitu Al Quran merupakan perkara terpenting dalam Islam. Al Quran merupakan manual bagi umat Islam dalam erti kata lain kalamullah ini merupakan panduan hidup manusia yang lengkap yang boleh diguna pakai sepanjang zaman. Selain itu, baginda juga meninggalkan sunah-sunah yang merupakan sumber kedua rujukan bagi umat Islam. Mukjizat Nabi Muhammad saw ini sangat penting bagi mengukuhkan lagi posisi baginda sebagai utusan Allah SWT yang perlu disanjung dan dihormati. Melalui kajian mengenai mukjizat Nabi Muhammad saw ini, banyak yang telah saya pelajari antaranya saya dapat mengetahui tentang sejarah bagaimana mukjizat tersebut berlaku. Selain itu, saya dapat mengambil iktibar daripada pengorbanan dan ketabahan baginda dalam mempertahankan gama Allah swt. Secara tidak langsung, saya dapat mengenali baginda dengan lebih dekatdan menjadikan saya bertambah cinta kepada baginda. Sesungguhnya baginda Nabi Muhammad saw merupakan insan yang sangat hebat akan tetapi jangan kita lupa bahawa pencipta baginda dan sekalian alam ini merupakan yang maha hebat iaitu satu-satunya tuhan yang kita sembah, Allah SWT. 

Rujukan 

  1. Abu Mu’az, (2012). 25 Nabi dan Rasul. Syeikh Publisher. 
  2. Jalaluddin al-Suyuthi, Ibnu Hajar al-Asqalani, (2007). Isra’ Dan Mi’raj. Perniagaan Jahabersa. 
  3. Luqman Hakim, (TTT). Mukjizat Nabi-nabi. Bismi Publishers. 
  4. Fazlur Rehman Shaikh, (2001). Chronology of Prophetic Events. Ta-Ha Publisher Ltd. 
  5. A. H Siddiqui, (2001). The Life of Muhammad. Rightway Publications. 


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
abdazizharjin.blogspot.com
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
04-9882701 (P)
04-9882597 (R)
013-4006206 (H)

Tarikh: 4/02/2015