Keluarga Menurut Islam

Disediakan Untuk:
Ustaz Abd Aziz Bin Harjin

Disediakan Oleh;
Mohamad Syahmi Yani Bin Ahmad
2014454366

Pendahuluan
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Selawat dan salam keatas junjungan Nabi Muhammad SAW. 

Keluarga merupakan suatu masyarakat kecil daripada sekelompok masyarakat yang besar. Asas pembinaan sesebuah keluarga bahagia dalam sesebuah masyarakat adalah bermulanya daripada institusi keluarga sebelum dan selepas perkahwinan yang berpaksikan ajaran agama Islam yang benar. Al Quran dan Al-sunnah Asas berikut merangkumi aspek akidah, akhlak, Islam telah memberi panduan yang cukup mendalam didalam masalah pembentukan sebuah institusi keluarga. Objektif pelaksanaan pembentukan keluarga berasakan system Islam adalah supaya keluarga menjadi harmoni dan bahagia seterusnya mendapat rahmat dan keredhaan Allah SWT. 

Al Quran dan Al-sunnah telah menjelaskan perkara-perkara yang perlu dilaksanakan oleh pasangan suami isteri akan memandu sebuah keluarga mencapai keharmonian dan kebahagiaan didalam rumah tangga agar sentiasa mendapat keredhaan Allah SWT dan seterusnya memperolehi kebahagiaan diakhirat. Kertas ini menjelaskan beberapa asas penting tersebut berdasarkan Al Quran dan Al-sunnah

Pernikahan
Perkahwinan adalah dasar pokok dan asal-usulnya hidup berkeluarga. Perkahwinan adalah jalan bagi beranak pinak, berkembang biak dalam masyarakat untuk mengekalkan kelangsungan hidup sesuatu umat manusia. Dari kumpulan masyarakat kecil itu terjadilah masyarakat besar ; setetangga, sedesa, sesuku, sedaerah, sebangsa, dan senegara. Perkahwinan dalam Islam terjadi setelah masing-masing pasangan mengucapkan ijab kabul dan sebagainya dalam mewujudkan tujuan pernikahan. (Dr. H. Kahrudin Yunus, 1978)

Tujuan Dan Fungsi Perkahwinan
Menurut Imam Al Ghazali, tujuan hidup berkeluarga adalah untuk mempunyai anak. Manusia pada umumnya tidak suka bersusah payah dalam mencari rezeki, akan tetapi dengan adanya anak timbullah pendorong yang kuat untuk mencari rezeki dan perjuangan melangsungkan hidup. Adanya anak disamping slah satu keindahan dalam kehidupan ia juga merupakan kebahagian dan menenteramkan perasaan. (Muhammad Labib Al-Buhiy, 1999)

Fungsi perkahwinan yang dilangsungkan menurut ketentuan syariat Islam adalah supaya lelaki dan perempuan dapat hidup bersama dalam satu rumah tangga dan beranak –pinak. Perkahwinan juga merupakan cara untuk mengendalikan nafsu syahwat dan melawan dorongan nafsu jahat supaya terhindar dari pujuk rayu syaitan melalui perkahwinan yang tulus dan kukuh. (Muhammad Labib Al-Buhiy, 1999)

Nabi Muhammad SAW bersabda : “Barang siapa telah beristeri ia telah menjaga separoh agamanya. ”  Nabi Muhammad SAW juga bersabda : “Wahai pemuda, barangsiapa diantara kamu sudah mampu, maka menikahlah dia, kerana dengan menikah akan menundukkan pandangan mata dan menjaga kehormatan, serta baginya yang tidak mampu dianjurkan berpuasa kerana dengan puasa dapat mengawal diri”

Rasullulah menyuruh kita untuk menikah dan melarang kita untuk hidup membujang. ( DR yusuf al qadrawi, 2000)

Nabi Muhammad SAW bersabda: “….. Nikahilah wanita yang bibitnya subur sehingga dapat memberikan banyak keturunan, karena aku bangga dengan banyaknya kamu di hari akhirat. ” 

NABI Muhammad SAW juga bersabda : “Seseorang perempuan itu dinikahi kerana empat perkara, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan kerana agamanya. Pilihlah yang mempunyai agama, nescaya kamu akan beruntung”

Hukum Pernikahan
Wajib bagi mereka yang berkeinginan berkahwin dan mempunyai kemampuan untuk berumah tangga apabila tidak segera menikah dikhuatiri akan terlibat zina. 

Haram bagi mereka yang mempunyai niat jahat dalam perkahwinan atau tahu mereka akan gagal dalam perkahwinan

Sunat bagi mereka yang berkeinginan menikah dan mempunyai kemampuan untuk membiayai sebuah keluarga dan dapat mengurus rumah tangga

Makruh bagi mereka yang belum berkeinginan untuk menikah tetapi apabila menikah dikuatiri akan gagal dalam menunaikan kewajipannya. 

Jaiz atau mubah adalah hokum asal perkahwinan. (Abdullah Siddik, 1988)

Firman Allah swt : “Maka kahwinlah perempuan- perempuan yang kamu sukai, dua, tiga dan empat, tetapi kalau kamu kuatiri tidak dapat berlaku adil hendak lah satu sahaja. ”

 Erti nikah, suatu akad yang menghalalkan pergaulan antara seorang laki-laki dan perempuan yang bukan muhrimnya dan menimbulkan hak dan kewajipan antara keduanya. Dalam pengertian yang luas, pernikahan adalah suatu ikatan lahir antara dua orang, laki – laki dan perempuan untuk hidup bersama dalam satu rumah tangga dan keturunan, yang dilangsungkan menurut ketentuan syariat Islam. (Abdullah Siddik, 1988)

Cara Cara Menjadi Suami Yang Baik 

Bilamana seseorang itu telah berusaha sebaik-baiknya untuk menjadi suami yang baik, maka biasanya secara otomatis pemuda itu dapat digelar sebagai suami yang baik. Pada umumnya si suami harus bertindak sederhana, seimbang, berpatutan dan bijaksana dalam semua perkara dan hal hal rumah tangga, diantaranya ialah dalam melaksanakan kenduri perkahwinan, dalam pergaulan, dalam bersifat cemburu, dalam perbelanjaan, dalam pendidikan dan asuhan anak. Disamping itu maka ia pun harus selamanya berusaha melaksanakan tugas dibawah ini. (Dr. H. Kahrudin Yunus, 1978)

Berpegang teguh dengan ajaran agama. Menjauhi segala larangan agama, seperti berdusta, mencaci, memaki, berjudi, meminum minman keras, berlaku curang dan sebagainya. (Dr. H. Kahrudin Yunus, 1978)

Menganggap isterimu sebagai teman hidup yang paling dekat. Suami mestilah bermesyuaratlah dengan isterinya dalam semua hal yang mungkin terutamanya dalam hal rumah tangga. Gauli dan gembirakanlah isterimu sebanyak mungkin. Hindarkanlah semua gerak-gerik yang mungkin menimbulkan prasangka yang bukan-bukan. (Dr. H. Kahrudin Yunus, 1978)

Hargailah isteri dalam segala usaha dan kerjayanya. Pujilah isteri akan masakannya dan tegurlah isteri dengan baik dan jangan di muka orang lainSuami berkewajipan melayan isterinya dengan penuh sabar, terutamnya di waktu isterinya marah. (Dr. H. Kahrudin Yunus, 1978)

Cara Cara Menjadi Isteri Yang Baik 

Setiap isteri yang mengingini supaya teman hidupnya seorang suami yang baik, maka dia sendiri haruslah berusaha supaya menjadi isteri yang baik, oleh itu setiap isteri haruslah meneladan kepada cara cara para isteri nabi berkhidmat untuk suami mereka. Si isteri harus berusaha melakukan tugas-tugas di bawah ini. (DR Yusuf Al Qadrawi, 2000)

Berpegang teguh dengan ajaran ajaran agama, ertinya menjauhi segala larangan tuhan, seperti mencaci, mencela, berdusta, mengkhianat, berlaku curang, mengambil hak orang lain, dan sebagainya. Disamping Itu mengerjakan perintah perintah tuhan yang maha esa. (DR Yusuf Al Qadrawi, 2000)

Mencintai suami dengan sepenuh hati, buktikanlah rasa cinta dan kasih sayang itu dalam perkataaan, perbuatan dan dalam gelagat pergaulan sehari-hari. Diantara caranya ialah memahami, karekter, kebiasaan dan tingkah laku suami itu sendiri, lantas melayaninya dengan sebaik-baiknya menurut kemahuaannya. Usahakanlah rohani dan jasmani untuk selalu menarik hatinya. Bantulah suami dalam serba macam kesempitannya, terutama kesempitan wang sekiranya ada, dan dalam menjalankan kewajipannya, bahkan tolonglah ia dalam mencapai kemajuan-kemajuan dalm usaha dan kerjayanya. (DR Yusuf Al Qadrawi, 2000)

Jagalah kesucian batin dan zahir, diantaranya yang terpenting ialah menjauhkan diri daripada berburuk sangka, cemburu buta, mencela, menyindir dan sebagainya (DR Yusuf Al Qadrawi, 2000)

Peliharalah hubungan-hubunganmu dengan orang-orang ketiga. contohnya memelihara hubungan baik dengan keluarga suami terutamnya dengan kedua mertuanya. Juga menghitung faedah dan keburukan dari mengadakan pergaulan dengan lelaki lain. Diantaranya janganlah mudah percaya akan mulut manis orang lain, dan sekali-kali jangan tertarik terpedaya dengan umbuk-umbai lelaki lain. Peliharalah hati suamimu agar tidak tersinggung, umpamanya jangan membanggakan kekayaaan ayahmu kepadanya, jangan menyebut kelebihan lelaki lain kepadanya, dan jangan di perbandingkan suami mu dengan sesiapa sahaja. (Muhammad Labib Al-Buhiy, 1999)

Kewajipan Isteri Terhadap Suaminya
Taat dan patuh, apabila seseorang mencintai sesuatu maka apa juga yang dikehendaki oleh sesuatu itu ia akan bersedia memberikannya, sekali pun apa yang dikehendakinya itu tidak disukai tetapi demi orang yang tercinta dia akan melaksanakannya. Pelaksanaan dan manifestasi bagi kewajipan taat dan patuh itu sungguh banyak, berbagai rupa dan dalam bermacam hal. Maka si isteri pada umumnya wajib mentaati dan mengikuti suaminya dalam segala hal, kecuali dalam hal yang bertentangan dengan syariat Islam. ( DR Yusuf Al Qadrawi, 2000)

Menjaga kehormatan rumah tangga, si isteri wajib menjaga kehormatan rumah tangganya, umpamanya dia tidak membuka rahsia atau aib rumahtangganya kepada orang lain. Dia tidak mengizinkan seseorang masuk kerumahnnya tanpa izin dan redha suaminya. ( DR Yusuf Al Qadrawi, 2000)

Firman Allah SWT : “Tidak boleh bagi wanita puasa waktu suaminya ada, kecuali dengan seizing suaminya itu, dan jangan dia membolehkan seseorang memasuki rumahnya, kecuali dengan keizinan suaminya itu. ( DR Yusuf Al Qadrawi, 2000)

Menjaga harta –benda, isteri wajib menjaga harta benda suaminya, isteri haram memberikan sesuatu milik suaminya kepada orang lain tanpa izin suami. Isteri harus berbelanja dengan tidak boros, dan dia harus menggunakan wang suaminya untuk kebaikan dan kemakmuran keluarganya sahaja. ( DR Yusuf Al Qadrawi, 2000)

Cara Memelihara Kasih Sayang
Usaha bersama kedua dua pihak, dengan jujur dan ikhlas, untuk menghindarkan sebab-sebab yang mungkin menyebabkan petengkaran, dan memperbanyakkan tindakan tindakan yang akan menimbulkan persetujuan supaya kedua-duanya sama memahami secara mendalam bahawa mereka bukanlah berkahwin dengan malaikat yang tidak ada celanya. Secara umumnya keadaan manusia yang mempunyai cacat dan kekurangan. Tidak ada manusia yang sempurna dalam sesuatu, apa lagi dalam segala-galanya. Masing masing mempunyai keperluan dan keinginan. Antara lain keinginannya supaya diperlakukan dengan adil dan saksama. Masing-masing mestilah selamanya berusaha waspada dan berhati hati memelihara kesenangan hati dan ketenteramam fikiran pasangannya, jangan bersifat sombong dan tidak peduli dengan satu sama lain, apa lagi menghina dan memperendahkan. Hal ini memerlukan kebijaksanaan yang tinggi dan terus menerus terutamanya dari suami oleh kerana telah sama diakui bahawa wanita adalah makhluk yang sangat lembut dan sensitif. (Dr H Kahrudin Yunus S. E, 1978). 

Hak Dan Kewajipan Suami Isteri
Setelah pasangan suami isteri berkongsi hidup dibawah satu bumbung yang sama, maka akan berlakulah kerjasama diantara suami dan isteri dalam membina keluarga dan mendidik anak-anak. Isteri mempunyai tanggungjawab tertentu sesuai dengan fitrah kejadian wanita dan kemampuan seperti hamil, menyusui, melahirkan dan mendidik. Suami pula mempunyai tanggungjawab yang lebih besar sesuai dengan fitrah kejadian lelaki sebagai pemimpin keluarga seperti mencari nafkah, mengatur rumah tangga dan bertanggungjawab dalam memenuhi hak isteri dan keluarga. (Dr. H. Kahrudin Yunus, 1978) 

Nabi Muhammad SAW bersabda :"Perintahkan anak-anak kamu solat ketika mereka masuk usia tujuh tahun. Pukullah mereka sekiranya mereka meninggalkan solat apabila mereka berusia 10 tahun dan pisahkan tempat tidur mereka. " (riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Rasulullah SAW meminta kaum muslimin agar menyuruh anak-anak mereka mengerjakan solat di saat mereka berusia 7 tahun. Ini bermaksud agar mereka terbiasa mengerjakan solat dengan senang hati dan menjadi kebiasaannya. Apabila telah berurat akar pada mereka, solat akan membentuk peribadi mereka, sehingga mereka menjadi manusia yang disiplin dan berakhlak mulia. Dari situ terbentuk kehidupannya dan peribadinya berpusat pada agamanya. (Thaha Abdullah Al Afifi, 1987)

Menurut Imam As-Syafie rahimullah, Ibu bapa harus mendidik anak-anak mereka dan mengajari mereka bersuci dan bersembahyang serta memberi hukuman, bila mereka lalai. Begitu juga, wajib atas bapak-bapak dan ibu-ibu membiasakan anak-anaknya – laki laki atau perempuan untuk berpuasa, supaya mereka terbiasa bersabar dalam beribadah dan menanggung beban kehidupan. (Thaha Abdullah Al Afifi, 1987)

Mengajari anak-anak tata cara dan kesopanan. (Thaha Abdullah Al Afifi, 1987)
Firman Allah Taala: “Dan apabila anak-anakmu telah sampai umur baligh, hendaklah mereka meminta izin seperti orang-orang yang sebelum mereka meminta izin” (An-Nur : 59) Disebutkan dalam tafsir Qurthubi, Rasulullah SAW bersabda :”Aku berharap Allah melarang putra-putra dan putri-putri masuk kepada kita dalam saat ini kecuali dengan izin. ”

Peranan Ibu Bapa 
Mewujudkan persekitaran yang produktif dan bermanfaat bagi minda anak-anak. Wajib bagi Ibu-bapa untuk melindungi anak-anak dari kelalaian, khususnya, melindungi mereka daripada banyak bermain dengan keterlaluan dan membuang masa dengan banyaknya kepada perkara –perkara yang tidak mendatangkan faedah. Ibu bapa semestinya memperlihatkan contoh perlakuan yang berfaedah kepada anak seperti membaca buku dihadapan mereka, bersolat berjemaah, berbincang mengenai perkara keilmuan dan berfaedah serta bertukar-tukar pendapat dengan anak-anak tentang sesuatu perkara. (Mat Saad Abd. Rahman, 1993)

Sebagai ibu bapa, semestinya perlu untuk melatih anak-anak olahraga dan macam-macam sukan yang lainnya seperti berenang memanah, menungang kuda, bermain pedang (mempertahankan diri ) seperti saranan yang disarankan rasulullah. Dan wajiblah bagi ibu –bapa memberi asuhan dan didikan yang betul supaya dapat menjadikan anak anak orang yang berguna. (Mat Saad Abd. Rahman, 1993)

Rasulullah SAW bersabda :"Apabila kamu mendidik anakmu, ia adalah lebih baik bagimu daripada kamu bersedekah setiap hari sebanyak setengah cupak kepada orang-orang miskin. " (riwayat Ahmad, Thabrani dan Baihaqi)

Rasulullah SAW juga bersabda: "Ajar anakmu kerana nanti Allah akan bertanya kepadamu mengenai apa yang kamu ajarkan kepadanya. Allah juga akan bertanya kepada anakmu berkenaan bakti dan ketaatannya kepadamu. " (Ibnu Umar RA)

Memupuk ciri-ciri kerohanian anak anak dengan cara menerapkan nilai-nilai keagamaan. Nilai-nilai yang paling penting adalah cinta akan Allah dan rasulnya dan mendisiplinkan diri dengan prinsip agama. Anak anak harus sanggup berjuang untuk agama dan keluarga dengan sepenuh hati. Ibu bapa harus juga menggalakkan setiap anak-anak mereka berjuang untuk kesenangan orang lain dan, pada masa yang sama, membangunkan kepribadian mereka sendiri. (Mat Saad Abd. Rahman, 1993)

Kesimpulan
Dengan demikian jelaslah panduan untuk resepi untuk keluarga bahagia didunia dan mendapat keredhaan Allah. Kejayaan sesebuah keluarga bergantung kepada setiap individu yang bergelar ibu bapa atau suami isteri melalui kerjasama berterusan dan kesungguhan yang tidak kenal erti lelah berdaasarkan asas asas alquran dan as sunnah. Manusia sering kali lupa tentang panduan yang mutlak iaitu al kitab dan al hadis dalam membentuk keluarga mereka. Kesannya ramai diantara keluarga kini berdepan masalah keluarga yang dasyat dan sukar dibendung akibat oleh arus kemodenan. Mudah – mudahan kita semua dapat mengikut panduan didalam kertas ini dan dilimpahi hidayah dan taufik dari Allah SWT, Amin. 

Bibliography
AL Quranul Karim dan Hadis
Muhammad Labib Al-Buhiy, (1999). Hidup Berkeluarga Secara Islam. Bandung: Pernerbitan Pt Almarif. 
Thaha Abdullah Al Afifi, (1987). Hak Orang Tua Pada Anak. 
Bandung: Penerbitan Dar El Fikr. 
Abdullah Siddik, (1988). Hukum Perkahwinan Islam. Bandung: Penerbitan Tintamas. 
Dr. H. Kahrudin Yunus, (1978). Pedoman Hidup Berkeluarga Menurut Islam. Kota Bharu: Penerbitan Pustaka Aman Press. 
DR Yusuf Al Qadrawi, (2000). Muslimah. Kuala Lumpur: Al Hidayah Publisher. 
Mat Saad Abd. Rahman, (1993). Didikan Anak Menurut Islam. Shah Alam : Dar Al Marifah. 


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
abdazizharjin.blogspot.com
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
04-9882701 (P)
04-9882597 (R)
013-4006206 (H)

Tarikh: 2/02/2015