Islam dan Ilmu Pengetahuan

Disediakan Untuk
Ustaz Abd Aziz Bin Harjin 

Disediakan Oleh 
Mohd Shazarul Ashraf Bin Ahmad Shafie
2014866534

Pendahuluan
Alahamdulillah, Bersyukur Saya Kehadrat Illahi Kerana Dengan Keizininnya Saya Dapat Menyiapkan Folio Ini Dengan Baik. Dalam Penulisan Saya Ini Telah Saya Selitkan Beberapa Jenis Ilmu Yang Diperkenalkan Oleh Para Ilmuan Islam. 
Para Ilmuan Islam Ini Telah Menjadikan Al Quran Dan Hadis Sebagai Sandaran, Dan Mereka Telah Menafsirkan Ilmu Mengikut Pandangan Syarak. 
`Antara Ilmu Yang Telah Saya Selitkan Ialah Ilmu Mantiq Atau Logika, Ilmu Tasawwur, Ilmu Kemasyarakatan, Sosial Dan Ilmu Kalam. 

Pengaruh Tamadun Islam Dalam Pelbagai Bidang Ilmu Pengetahuan. 

Selama beberapa abad umat Islam mengepalai dunia menguasai pelbagai Ilmu. Pelbagai disiplin ilmu baru telah dikembangkan dan segelintir penemuan baru telah ditemui hasil daripada penyelidikan yang dilaksanakan secara berterusan dalam sains dan teknologi, pengurusan serta sains kemanusiaan dan sosial. Kewujudan dan perkembangan pelbagai disiplin ilmu ini mempengaruhi dunia yang pada waktu itu di zaman kegelapan. Sehingga kini penemuan sarjana Islam masih dipelajari, dihayati dan dijadikan landasan sama ada secara langsung atau tidak, diakui atau dinafi hakikatnya al Quran sebagai sumber keilmuan Islam menjadi aspirasi dan rujukan para sarjana seluruh dunia. (Ramawan, 2011)
Tamadun Islam mempengaruhi pelbagai tamadun lain dengan mencipta ilmu baru. Terdapat banyak ilmu baru yang dicipta oleh orang Islam. Antaranya ilmu bersandarkan al Quran dan Hadis (Ilmu naqliah) seperti ‘ulum Islamiah, akidah, fiqh, tasawwuf dan lain-lain. Terdapat juga ilmu yang berasaskan ijtihad (Ilmu Akidah) seperti pengkajian manusia, sains tulin, sains gunaan, sains sosial dan lain-lain. (Ramawan, 2011)
Terdapat pelbagai tafsiran ilmu salah satunya ilmu ialah mengenal sesuatu yang belum dikenal itu dari sesuatu yang tunggal, seperti kata-kata jari, padi, kucing, ayam, dan sebagainya. (Prof K. H. M Taib Thahir, 1966-1981)
Islam telah banyak memperkenalkan jenis ilmu. Antara ialah Ilmu Mantiq (Logika). Ilmu Mantiq menurut erti loghat ialah bertutur benar. Ilmu Logika berasal dari perkataan Logos bahasa Yunani yang bererti kata atau fikiran benar. Tujuan ilmu mantiq adalah untuk membahaskan hal ehwal sesuatu persoalan dengan syarat-syarat, dan jika syarat-syarat itu dapat dipenuhi, maka manusia akan memperoleh apa yang telah dianggap benar, yang bagi masalah lain dianggap baru yang belum diketahui kebenarannya. Jadi ilmu ini khusus untuk menerangkan jalan-jalan yang benar, dan dengan jalan inilah manusia boleh mencapai kebenaran tanpa memerhatikan keadaan-keadaan yang sedang difikirkannya. (Prof K. H. M Taib Thahir, 1966-1981)
Terdapat banyak faedah apabila mempelajari Ilmu Mantiq atau logika. Antaranya ialah, melatih jiwa manusia agar dapat memperhalus jiwa fikirannya. Mendidik kekuatan akal fikiran dan memperkembangkannya yang sebaik-sebaiknya dengan melatih dan membiasakan mengadakan penyelidikan-penyelidikan tentang cara berfikir. Dengan membiasakan latihan berfikir, manusia akan mudah dan cepat mengetahui di mana letak kesalahan yang menggelincirkannya dalam usaha menuju hokum-hukum yang diperoleh dengan fikiran itu. Jadi mempelajari Ilmu Mantiq itu sama dengan mempelajari Ilmu pasti, dalam erti sama-sama tidak langsung memperoleh faedah dengan ilmu itu sendiri, tapi ilmu-ilmu itu sebagai perantara yang merupakan suatu jambatan untuk ilmu-ilmu itu sebagai perantara yang merupakan suatu jambatan untuk ilmu-ilmu yang lain juga untuk menimbang sampai di mana kebenaran ilmu-ilmu itu. Dengan demikian maka ilmu mantiq juga boleh disebut ilmu pertimbangan atau ukuran; dalam bahasa Arab disebut ‘Ilmu Mizan atau Mi’jarul ‘ulum. (Prof K. H. M Taib Thahir, 1966-1981)
Ilmu Tasawwuf adalah merupakan ilmu yang Islam telah sebarkan sesiapa yang ingin bertasawwuf mestilah ada mempunya hakikat yang menyelubungi keseluruhannya yakni bersikap benar dengan penuh keikhlasan terhadap Allah SWT. beserta memiliki sikap baik adab kesopanan dan perangainya terhadap manusia-manusia lain, maka itulah dia sebenar-benarnya sufi yang mempunyai rahsia Tasawwuf. Diantara ulamak-ulamak sufi yang telah memberi keterangan dan penjelasan berkenaan Tasawwuf sama ada dalam erti bahasa (loghat) mahupun dalam erti istilah (ta’rif) ialah, Basir al-Harith salah seorang ahli sufi, memberi erti Tasawwuf, ia berkata: “ Ash-Sufi man shafa qalbuhu “. Orang sufi ialah insan yang sudah bersih hatinya semata-semata untuk Allah SWT. seterusnya, Abu Muhammad al-Juhairi berkata: “ Tasawwuf ialah masuk ke dalam hati budi contoh-contoh yang ditinggalkan oleh Raulullah SAW. dan keluar daripada budi pekerti yang indah dan menarik. Al-Harith Assadullah menyatakan, Tasawwuf adalah satu hikmat yang luar biasa kepada orang-orang sufi, yang menenggelamkan dirinya didalam keasyikan Ilahi Rabbul’alami kerana di dalamnya penuh segala rahsia ketuhanan yang Maha indah. Dunia, makhluk dan nafsu tidak dapat wujud dalam Tasawwuf. Syeikhul Islam Zakaria al-Ansari berkata, Tasawwuf ialah ilmu yang menerangkan hal-hal tentang cara mensuci bersihkan jiwa, tentang cara memperbaiki akhlak dan tentang cara pembentukan kesejahteraan lahir dan batin untuk mencapai kebahagiaan yang kekal abadi. (Syeikh Annuar, 1980)
Yang sebenarnya Tasawwuf adalah suatu ilmu yang paling tinggi hikmatnya, kerana di dalamnya tersembunyi, segala rahsia Rububiyat yang melaut luasnya, meliputi segala sifat-sifat yang terpuji seperti, sifat rasul-rasul, nabi-nabi, Aulia-aulia dan Mukmin, semuanya muncul dari dalam lautan Tasawwuf yang indah dan suci. Untuk menempuh jalan Tasawwuf yang paling penting dan perlu ialah mesti ada mempunyai sifat kesabaran, kerana kesabaran itu adalah suatu senjata yang sangat diperlukan oleh seorang pahlawan sufi untuk berjihad atau memerangi segala hawa nafsu yang menjadi perintang atau penggalangnya untuk menuju ke hadrat illahi yang dicintai, dan juga Tasawwuf sebagai suatu alat penyelamat untuk menjauhkan atau mengkikis najis-najis maknawi yang halus dan tersembunyi serta sukar dapat diketahui. (Syeikh Annuar, 1980)
Tasawwuf adalah satu pusaka keagamaan yang sejati meliputi segala berkat dan mempunyai perasaan perikemanusiaan yang mewarisi fikiran keIslaman yang suci, di tinggalkan oleh junjungan yang mulia Rasulullah SAW. Di atas dasar tujuan Tasawwuf yang bersumberkan al Quran, Hadis-hadis dan sunnah Nabi SAW. itu terjadilah suatu susunan dalam bentuk pendidikan budipekerti yang tersusun indah dan menarik dalam bidang ilmu Tasawwuf. Penyusunan dalam ertikata yang luas dan pendekatan diri kepada Allah SWT. dengan tidak berbelah-bahagi, pendekatan itu ada tiga peringkat. Pertama, “ Takhalli “ iaitu mengosongkon diri dari sifat-sifat yang tercela (mazmumah) dan maksiat lahir maksiat batin. Kedua, “TAHALLI” iaitu mengisi diri dengan sifat-sifat terpuji (Mahmudah) dan taat lahir beserta dengan ketaatan batin. Ketiga, “TAJALLI” iaitu merasakan akan rasa ketuhanan yang sampai mencapai kenyataan Allah SWT. (Makrifatullah). (Syeikh Annuar, 1980)
Mempelajari tasawwuf adalah bertujuan untuk mencapai makrifatullah iaitu hancur leburnya peribadi pada kebaqaan Allah SWT dalam keadaan “hulul” bersatu dengan tuhan, di mana perasaan keinsanan lenyap rasa ketuhanan dalam keadaan di mana semua rahsia yang membatasi diri dengan Allah tersingkap luas yakni kasyaf, di saat itu semuanya binasa, hanya diri dan Allah menjadi satu dalam baqaNya atau bersatu abid dan Ma’bud di mana seseorang telah sampai kepada “Hakikat Awal” sebagai tujuan yang akhir dari semua hujung perjalanan. Dengan adanya tujuan Tasawwuf, seseorang dapat makrifat kepada Allah SWT. dengan merasai adanya Allah Ta’ala, tidak sekadar mengetahui bahawa Allah itu ada. (Syeikh Annuar, 1980)
Tujuan Tasawwuf yang pertama ialah, yang terutama sekali mencintai Allah SWT. Mencintai Allah adalah suatu perkara yang paling penting dalam perjuangan kaum Sufi, pada setiap bahagian dan jurusan dari ilmu tasawwuf ini membawa diri dan jiwa turut membesarkan kekuasaan Allah SWT Mencintai Allah adalah satu tujuan perjuangan kerohanian yang sentiasa mensucikan zat Allah, sifat Allah, Asma’ Allah dan Af’al Allah, bersumberkan al Quran, Hadis-hadis dan Sunnah Rasulullah SAW. (Syeikh Annuar, 1980)
Mencintai Allah adalah wajib hukumnya, kerana sudah kena pada tempatnya untuk dicintai, kesempurnaan seorang hamba itu terletak sedalam mana cintanya kepada Allah, kalau tidak dapat menemui keseluruhannya, maka memadailah sekurang-sekurangnya mencuba sedaya- upaya dengan penuh keihklasan cinta kepada Allah melebihi cinta kepada yang lain. Hendak mengetahui rahsia cinta Ilahi ini bukanlah suatu perkara yang senang diperoleh sehigga ada satu golongan manusia yang mngaku dirinya sebagai satu kaum cerdik-pandai agama yang langsung menolak dan menafikan cinta Allah itu. Mereka tidak percaya sama sekali manusia sebagai makhluk Tuhan boleh mencintai Allah, Allah itu bukanlah sejenis atau berbentuk seperti manusia. Maksud mereka cinta Allah itu adalah semata-mata mengerjakan segala amal ibadat yang di perintah dan meninggalkan apa yang di larang serta tunduk dan patuh kepada kekuasaan Allah SWT. saja. (Syeikh Annuar, 1980)
Pemikiran dan pendapat mereka yang sedemikian itu adalah seperti orang yang tidak mengetahui apakah hakikat agama yang dikehendaki oleh Islam. Semua orang-orang Islam bersetuju atau dapat menerima bahawa cinta Allah itu adalah satu tugas yang wajib, dan tidak dapat di nafikan oleh sesiapapun kalau ia benar-benar menjadi hamba Allah dan umat Muhammad SAW. yang beragama Islam. Mungkin mereka itu tidak pernah merasai nikmat cinta Allah itu, oleh demikian mereka menolak dan menafikan adanya cinta Allah. Sungguh malangnya nasib seseorang yang tidak dapat merasakan kenikmatan cinta dari Allah, dan akan terpisah di antara masyrik ke maghrib dari kasih saying Allah SWT. (Syeikh Annuar, 1980)

Selain itu, ilmu yang telah Islam ajarkan ialah ilmu tentang kemasyarakatan. Dalam ajaran Islam, peranan akal bukanlah untuk mencari jalan menafikan atau menentang kekuasaan Allah s.. w. t dalam kehidupan manusia tetapi sebagai alat pembangunan diri, masyarakat dan alam sekitar dalam garis yang ditentukan oleh kebijaksanaan Penciptanya, sehingga paduan antara iman, ilmu dan amal tercapai. Dalam mengkaji atau menganalisis gejala tabii atau kemasyarakatan, orang Muslim diajar oleh agamanya bahawa ia seharusnya bersikap objektif, iaitu melihat sesuatu objek kajian itu sebagaimana adanya dalam kenyataan - terepas daripada biasnya, sama ada ia pro atau kontra terhadap kenyataan-kenyataan yang ditemui di depannya atau dalam ujikajinya. Tetapi apa yang ia hendak lakukan terhadap fakta-fakta objektif itu atau gejala yang dikajinya, itu hendaklah sesuai dengan kemahuan imannya dan criteria amal salih agamanya. Ia seharusnya bukan sekadar ingin memahami, mengkaji, menganalisa, menerangkan dan membuat ramalan atau menemukan hokum-hukum yang tetap dalam gejala sosial, tetapi ia juga turut menjadi agen perubahan yang mendorong ke arah kebaikan yang di kehendaki oleh agamanya bagi setiap gejala sosial yang berinteraksi secara formal atau tidak formal. (Wan Hashim, 1986)
Ia memahami bahawa tuntutan amar ma’ruf nahi munkar (iaitu menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran) itu melibatkan bidang ilmu pengetahuan dan profesian setiap muslim. Para ilmuan yang beragama Islam harus sedar bahawa agama Islam tidak membebaskan ilmu yang beliau kuasai itu baik dari dalam negeri atau luar negeri daripada ikatan akidah, syariat dan akhlak Islam. Ia tidak perlu takut atau bimbang dengan cemohan dan kritikan orang-orang tertentu bahawa sikap yang demikian akan menyebabkan ia menjadi tidak ilmiah kerana beberapa sebab. (Wan Hashim, 1986)
Sebab yang pertama ialah, kritikan itu bersandarkan pengalaman yang pahit dalam sejarah Eropah antara gereja dengan sains. Seterusnya, orang-orang itu belum memahami weltanschauung Islam yang diakui oleh beberapa orang mengkaji Barat sendiri seperti Bausani, Rom Laudau, Maurice Bucaille, Marcel Boisard dan Roger Garaudy sebagai pendorong utama ke arah kemajuan sains dan teknologi dalam sejarah dunia. Akhir sekali, kita boleh tanyakan : sampai kemanakah kemampuan ilmu sosial sekular dan ateistis yang kononnya begitu ilmiah itu boleh menampung pembangunan politik, sosial, ekonomi, dan budaya yang menghasilkan kehidupan yang lebih sejahtera, damai dan adil daripada zaman sebelum munculnya ilmu-ilmu sosial yang dianggap ilmiah itu ? Kita tidak menafikan kejayaan-kejayaan yang bersifat kuantitatif, material, serta teknologis. Tetapi kita amat terharu melihat perkembangan kumulatif ilmu pengetahuan Barat yang begitu pesat dan semakin sofistikated sedang bersaingan hebat dengan keadaan kehidupan sosial dan moral manusia di Negara-negara maju yang semakin lama kelihatan semakin parah. Kemerosotan dan kekacauan dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan akhlak ini dakui sendiri oleh pemikir-pemikir barat, dan beberapa orang daripada mereka telah menyatakan keperitan mereka tentang krisis-krisis gawat itu dalam tulisan-tulisan yang jumlahnya kian menigkat. (Wan Hashim, 1986)
`Sekiranya disiplin-disiplin sains sosial Barat (seperti Psikologi, antropologi, sosiologi, ekonomi, dan Sains politik) yang sebahagiannya juga sedang mengalami krisis paradigma, hanya mampu mencatatkan secara objektif kenyataan-kenyataan sosial yang kian membimbangkan, di samping mengemukan beberapa cadangan pembaikan yang tentatif belaka supaya ia segera diganti dengan formula-formula baru yang masih bersifat sekular, maka masyarakat Barat sama ada dalam blok Liberal/ kapitalis atau blok sosialis perlulah meninjau kembali sejauh manakah revelannya ilmu-ilmu sosial yang berkembang. Selama ini dengan keadaan masyarakat semasa dan masa depan. (Wan Hashim, 1986)
Akhir sekali, Ilmu kalam merupakan ilmu yang telah diperkenalkan oleh agama Islam. Kerosakan ketiga masuk ke dalam Islam melalui “Ilmu kalam”. Ilmu kalam pada hakikatnya dijadikan sebagai alat untuk menolong da’wah Islam dan ia bertujuan untuk menyampaikan hakikat-hakikat agama dalam satu bahasa dan istilah yang difahami orang yang diseur pada zamannya. Memandangkan pentingnya ilmu kalam maka Imam Al-Ghazali (Wafat = 1059H = 1111M) memasukkan materi “al-ma’qulat” (logik) ke dalam manhaj pelajaran sehingga dapat mengeluarkan ‘Ulama’ yang kukuh dalam agama dan mampu menjalankan agama dengan uslub-uslub masa kini. Akan tetapi Ilmu kalam dari segi jenisnya sendiri ialah Ilmu sesuatu zaman tertentu, maka ia digunakan untuk menghuraikan hakikat-hakikat Islam yang abadi dengan istilah-istilah zaman yang popular pada zaman yang diperlukan padanya, dengan demikian pentingnya ilmu kalam berakhir dengan berakhirnya zaman yang diperlukan padanya, akan tetapi kelemahan manusia yang tampak di dalam bidang-bidang lain, maka ia juga mamainkan peranannya di dalam bidang ini. Manakala muncul sesuatu perkara di ala mini dan dinisbahkan kepadanya sebahagian nama-nama individu yang hebat, maka sesuatu itu mendapat pensucian sepanjang zaman sehingga datang masa yang hanya memikirkan sesuatu itu atau membuangnya atau membicarakan dosa-dosanya di sisi manusia yang mempercayainya. (Wahiddun khan, 2004)
Inilah yang terjadi di Maktabah ‘ilmu kalam yang di tubuhkan di zaman ‘Abbasiyyah. ‘Ilmu kalam pada waktu itu bersifat efektif sehingga mampu merubah ‘Ilmu-‘Ilmu yang tunduk dan berkhidmat kepada da’wah Islamiyyah, akan tetapi perkembangan zaman telah membatalkan faedah ‘Ilmu kalam ini secara pasti. (Wahiddun khan, 2004)
Sifat yang lebih layak disifatkan ke atas ‘Ilmu “Logik” yang di ajarkan kepada penuntut sekolah-sekolah agama hari ini bahawanya ia “bukan logik”, kerana perkara-perkara logik ini di bina atas qiyasan-qiyasan akal telah dibatalkan oleh bukti-bukti ‘Ilmiah dan eksperimen moden. Perkara yang dinikmati hasilnya pada suatu hari dengan faedah semasa akan mengalami perubahan sepanjang zaman tanpa adanya sebarang perkembangan ke atas salah satu bahagiannya yang tidak boleh dipisahkan dari cara pengajaran agama. Nash-nash pengajaran Islam tidak terpengaruh dengan kesalahan ini, akan tetapi system pengajaran Islam ialah yang menjadi korban dengan berpegang kepada sesuatu yang tidak ada nilainya pada zaman sekarang. (Wahiddun khan, 2004)
Sesungguhnya inilah keadaan yang menghalang kemunculan Islam sebagai suatu pemikiran yang berkuasa di dunia pada hari ini sekolah-sekolah agama kami dengan sepenuh keikhlasan dan kebaikan niat, sibuk dengan pendidikan dan mengeluarkan graduan-graduan yang bersedia untuk mengabdikan diri sebelum lima abad dari zaman ini. Namun jelas bahawa mereka-mereka ini tidak mampu menampakkan Islam atas tahap pemikiran di alam yang sentiasa menerima perubahan, maka mereka tidak mampu memandangkan ke atas fikiran dan wataknya, kecuali jika mereka melakonkan Islam dengan lakonan yang hina lalu menegaskan bahawa Islam hanya sesuai dengan sesuatu zaman dan ia tidak layak bagi manusia zaman moden. (Wahiddun khan, 2004) 

KESIMPULAN
Kesimpulannya saya telah menulis bahawa terdapat pelbagai jenis ilmu yang Islam telah perkenalkan unuk mempengaruhi tamadun Islam dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan. 
Ilmu yang Islam cipta ini adalah bersandarkan al Quran dan hadis. Saya juga telah dapat mengetahui istilah ilmu dari pandangan Islam. 
Saya telah mengambil beberapa jenis ilmu untuk saya tulis iaitu, Ilmu Mantiq atau logika, dengan ini saya dapat mengetahui faedah mempelajari ilmu tersebut. Seterusnya ilmu tasawwuf, Ilmu kemasyarakatan, Ilmu sosial dan ilmu kalam. 

BIBLIOGRAPHY

Prof K. H. M Taib Thahir, A. M. (1966-1981). Ilmu Mantiq. Jakarta: tiada. 
Ramawan, b. A. (2011). Pengantar Tamadun dan Sejarah Pemikiran Islam. Melaka: Alam Baca sdn bhd. 
Syeikh Annuar. (1980). Tasawwuf Al-Haq. singapura: Koon Wah Printing Pte Ltd. 
Wahiddun khan. (2004). Pembaharuan Ilmu-Ilmu Agama. Kuala Lumpur: Jasmin Enterprise. 
Wan Hashim. (1986). Sains Sosial Dari Perspektif Islam. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. 


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
abdazizharjin.blogspot.com
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
04-9882701 (P)
04-9882597 (R)
013-4006206 (H)

Tarikh: 30/01/2015