Makkah Al-Mukarramah

Disediakan Untuk:
Ustaz Abd Aziz Bin Harjin

Disediakan Oleh:
Nurul Natasha Diana Binti Nazori
2014491778

PENGHARGAAN
Assalamualaikum, pertama sekali bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan berkatnya akhirnya saya mampu menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah saya iaitu Ustaz Abd Aziz bin Harjin dengan lancar. Jutaan terima kasih kepada pensyarah kerana memberi kesempatan untuk saya membuat analisis tentangtopik yang saya pilih iaitu “Sejarah Makkah al-Mukarramah”. 

Di samping itu, tidak lupa juga kepada ibu bapa saya yang telah memberi dorongan dan sokongan kepada saya supaya saya dapat menyiapkan tugasan yang telah diberikan dengan lancar. Seterusnya tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama bertungkus-lumus menyiapkan tugasan yang telah diberikan kepada kami. Terima kasih kerana sudi menolong dan memberi maklumat yang berguna untuk saya ketika menyiapkan tugasan ini. 

Akhir sekali, dengan membuat tugasan ini saya lebih berpengetahuan dengan lebih meluas dan mendalam tentang topic yang saya kaji. Saya harap tugasan ini dapat memberi pengajaran kepada saya serta rakan-rakan seperjuangan saya. 

PENDAHULUAN
Segala puji bagi Allah SWT sekalian alam. Selawat dan salam semoga sentiasa tercurahkan kepada junjungan Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, sahabat-sahabat baginda serta mereka yang sentiasa mengikut sunnahnya. Amin. 

Pada kesempatan ini, saya bersyukur kepada ke hadrat ilahi atas segala limpahan rahmat serta kurniaNya saya dapat menyiapkan tugasan yang telah diberikan kepada saya. Saya telah memilih untuk membuat tajuk tentang sejarah Islam iaitu Sejarah Makkah al-Mukarramah. Saya telah memilih tajuk ini kerana saya ingin mengetahui dengan lebih mendalam tentang sejarah kota makkah yang menjadi kebanggaan orang Islam. 

Seperti semua tahu makkah merupakan salah satu kota yang paling masyur didunia dan paling ramai penduduknya di Hijaz. Sejarah makkah bermula dari Nabi Ibrahim. Baginda mengirim Ismail bersama ibunya Siti Hajar ke makkah untuk tinggal disana. Ismail bin Ibrahim berkahwin dengan wanita yang berasal dari kaum yang tinggal berhampiran dengan kawasan itu. Nabi Ibrahim membina Kaabah atas perintah Allah dan bermulanya perkembangan penduduk di makkah. 

Makkah merupakan tanah suci, tanah yang paling dicintai oleh Allah SWT dan Rasul-Nya. Makkah juga merupakan tempat kelahiran Nabi Muhammad SAW iaitu nabi akhir zaman. Di makkah juga terdapat Kaabah iaitu binaan pertama yang didirikan sebagai tanda kebesaran Allah SWT di muka bumi. 

Selain itu, makkah juga mempunyai lima puluh nama kesemuanya. Namun Allah SWT menyebutnya dalam al Quran hanya dengan menggunakan lima sebutan iaitu Makkah, Bakkah, Al-Qaryah dan Ummul Qura. 

Seterusnya, kota makkah juga terdapat beberapa keistimewaan antaranya ialah dijadikan sebagai pusat keagamaan Islam seperti tempat menunaikan haji dan umrah bagi yang kemampuan. Malahan makkah juga dikenali sebagai tanah haram. Hal ini kerana, semasa berada di dalam kota makkah sesiapa tidak dibenarkan menebang atau petik tanamandan pokok-pokok bahkan burung-burung tidak boleh diusik. Di makkah juga pernah terjadinya peristiwa tentera bergajah dan juga perjanjian Hudaibiyah. Akhir sekali ialah di makkah juga terdapat satu perigi dikenali sebagai perigi Zamzam. Malahan airnya juga boleh mengubati pelbagai jenis penyakit. Perigi Zamzam juga mempunyai beberapa nama antaranya ialah Al-Shabba’ah, Barrah, Tibah, Bushara, ’Awnah, Safiyah, Syarab Al-Abrar, Madnunah dan nama-nama lainnya. 

Demikianlah sedikit sebanyak tentang sejarah kota makkah al-mukarramah. Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Mengetahui apa yang akan tejadi dan tiada siapa yang mampu mengubah kehendakNya. 






TAKRIF
Makkah merupakan salah satu kota yang paling masyur di dunia dan paling ramai penduduknya di Hijaz. Sejarah makkah bermula nabi Ibrahim. Baginda mengirim Ismail bersama ibunya, Siti Hajar ke makkah untuk tinggal disana. Makkah merupakan tanah suci, tanah yang paling dicintai oleh allah dan rasulnya. Selain itu, makkah juga merupakan pusat kiblat bagi umat Islam di seluruh dunia kerana di makkah mempunya kaabah iaitu pusat kiblat yang sebenar. Seterusnya dengan wujudnya agama Islam di makkah ia dapat mewujudkan tali persaudaraan dengan Negara-negara yang lain. Oleh itu kita mestilah mempunya semangat persaudaraan antara satu sama lain supaya Negara terus membangun seperti yang berlaku di makkah. 

MAKKAH AL-MUKARRAMAH
BIOGRAFI MAKKAH AL-MAKARRAMAH
1. Kepentingan dan Pusat keagamaan
Makkah adalah tanah suci, tanah yang paling dicintai oleh Allah SWT dan Rasul-Nya, ia juga dikenali sebagai kiblat bagi kaum muslim. Sebagai bukti kecintaan mereka terhadapnya, maka kaum muslimin dating beramai-ramai dari segala penjuru dunia bagi menjalankan ibadah Haji iaitu merupakan rukun Islam yang kelima. Dikota makkah pula terdapat kaabah, iaitu binaan pertamayang didirikan sebagai tanda kebesaran Allah SWT di muka bumi. Sebagai rumah suci, Allah telah menjadikannya sebagai tempat perlindungan sehingga pokok-pokok dan tanaman tidak boleh ditebang malahan burung-burung juga tidak boleh diusik. Allah juga telah memberikan ganjaran pahala yang besar jika melakukan amalan baik di dalam kota makkah. Sebagai contohnya, bagi sesiapa yang mengerjakan solat di makkah( Masjidil Haram) pahalanya sama dengan seratus ribu kali solat yang dilakukan di tempat lain. Hal ini supaya dapat membuktikan kebesaran, kesucian dan kemulian kaabah yang berada di kota makkah sebagai tempat yang mulia dan aman, khasnya bagi mereka yang beribadah atau menziarahinya. 

Firman Allah SWT yang telah disebut dalam al Quran (surah al-Imran:97)
“Dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia”

Dalam riwayat lain disebutkan bahawa Ka’b r. a berkata:
“Allah mencintai beberapa tanah ke atas tanah yang lain dan tanah yang paling Allah cintai adalah Al-Balad Al-Haram (iaitu kota makkah)

2. Kesucian Kota Makkah
Makkah juga dikenali sebagai kota suci atau Al-Balad Al-Haram, gelaran ini sepertimana diperkatakan oleh Rasulullah SAW bahawa makkah disucikan oleh Allah SWT ketika menciptakan syurga dan dunia. 

Abu-Hurairah r. a meriwayatkan bahawa ketika Allah SWT memberikan kemenangan kota makkah kepada Rasul-Nya maka Baginda SWT berdiri memuji dan mengagungkan Allah SWT sebelum orang-orang lain melakukannya, kemudian baginda bersabda yang bermaksud :
“Allah SWT menjauhkan pasukan bergajah dari makkah dan allah memberikan kekuasaan keatas makkah kepada utusan-Nya dan orang-orang yang beriman. Melakukan peperangan di dalam kota makkah adalah dilarang bagi sesiapapun sebelum aku dan ianya tidak pernah akan dihalalkan, hanya kepadaku diberikan keizinan walaupun beberapa saat dalam sehari, dan tidak akan diizinkan kembali untuk sesiapa setelah aku. Tidak ada pemburuan, tidak dibolehkan menebang pepohonan dan sesuatu yang jatuh tidak boleh diambil kecuali setelah dimaklumkan terlebih dahulu. Seseorang yang keluarganya dibunuh diberikan dua pilihan : apakah ia menerima pembayaran sebagai ganti rugi atas pembunuhan itu ataupun membalasnya (qisas)

Al-‘Abbas berkata “kecuali Al-Idhkhir, wahai rasulullah, kerana kami menggunakannya di dalam perkuburan dan di rumah kami. ” Baginda bersabda “Ya kecuali Al-Idhkhir”. 
Al-Idhkhir merupakan tanaman yang berbau harum seperti pokok palma serat atau raffia. 

3. Sempadan Tanah Haram
Nabi Allah iaitu Nabi Ibrahim a. s merupakan orang pertama yang menjadikan sempadan TanahHaram. Baginda telah membuat sempadan untuk Tanah Haram seperti yang ditunjukkan oleh Malaikat Jibril a. s, tanda tersebut tidak berubah sehingga tahun penaklukan kota makkah, di mana Rasulullah SAW telah memerintahkan Tamin bin Asad Al-Khuzai agar memperbaharunya. Tanda tersebut juga tidak bertukar sehingga pada masa kekhalifahan Umar bin Al-Khattab iaitu ketika beliau mengutus empat orang dari Quraisy untuk memperbaharui tanda tersebut. 

Selain itu, Allah SWT juga telah menjadikannya satu tempat yang aman serta nyaman bahkan untuk haiwan burung dan pepohonan. Malahan, Allah SWT telah memberikan ganjaran pahala yang berlipat ganda atas perbuatan yang dilakukan di Tanah Haram daripada pahala yang dilakukan di tempat lain. 

Tanah Haram yang dimaksudkan ialah tanah yang berada di sekeliling kota makkah Al-Mukarramah, beberapa bahagian daripada kota tersebut lebih dekat daripada bahagian yang lain. Antara jalan utama menuju ke kota makkah seperti berikut:-
i. Jalan Jeddah dari arah barat as-Syumaysi(al-Hudaibiyah), iaitu sepanjang 22km. 
ii. Ida’at Libn (tanah pergunungan), di jalan Yaman dari arah Timahan, iaitu 12 km. 
iii. Pinggiran Daerah Wadi ‘Uranah al-Gharbiyah, iaitu 15 km. 
iv. Jalan al-Ji’ranah, berdekatan dengan desa Shara’I al-Mujahidin, iaitu 16 km. 
v. Sempadan wilayah Tan’im, iaitu 7 km. 

4. Kesucian Tanah Haram. 
Allah SWT menerangkan bahawa kota makkah adalah perlindungan seperti dalam firman-Nya dalam surah al-Imran:97. 
“Dan sesiapa yang masuk ke dalamnya amanlah dia”

Selain itu, para ulama juga bersetuju bahawa sesiapa yang melakukan penghinaan di dalam sempadan, maka dia tidak diberi perlindungan, kerana telah melanggar kesucian tempat tersebut. Tetapi jika dia melakukan penghinaan di luar tempat perlindungan dan kemudian lari ke Tanah Haram sebagai tempat perlindungan, maka dia bebas dari tekanan sehingga dia meninggalkannya dan kemudian hukuman akan dijatuhkan di luar sempadan dari kota suci tersebut. 

Perkara di atas telah diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas r. a:
“Barangsiapa yang melakukan penghinaan kemudian dia lari ke binaan Kaabah maka dia akan terselamat, dan bagi orang Islam tidak memilih hak untuk menghukum orang tersebut dengan cara apapun sehingga ia meninggalkannya Kaabah. Kemudian, ketika dia keluar dari kaabah maka harus dijatuhkan hukuman yang dikenakan ke atasnya. 

5. Nama-nama Kota Makkah
Kota makkah mempunyai banyak nama iaitu lima puluh nama kesemuanya. Namun Allah SWT menyebutnya dalam al Quran hanya menggunakan lima sebutan iaitu: Makkah, Bakkah, Al-Qaryah dan Ummul Qura. 

Allah SWT menggunakan nama makkah sepertimana disebut dalam firman-Nya :-
“Dan Dial ah yang telah menahan tangan mereka (yang musyrik) daripada melakukan perkara yang buruk terhadap kamu dan tangan kamu daripada berbuat demikian kepada mereka di kawasan Makkah. (Al-Fath 48:24)

Dalam Bahasa Arab perkataan Balad bermakna Bandar utama. Selain itu, Qaryah iaitu suatu tempat dimana sebilangan atau ramai orang yang tinggal bersama-sama manakala Ummul Qura pula bermaksud ibu negeri. 

Makkah juga mempunyai nama-nama lain seperti :An-Nassasah, Al-Hatimah, Al- Haram, Al-Basah, Mu’adh, Ar-Ra’s, Al-Balad Al-Amin, Kawta dan banyak nama yang lain. 

KELEBIHAN KOTA MAKKAH
1. Hajar Aswad
Hajar Aswad adalah rukun (sudut) kaabah di sebelah timur. Pada waktu tawaf kita disarankan agar menyentuh atau menciumnya. Hal ini kerana terdapat beberapa kelebihan yang banyak. Hajar Aswad juga merupakan salah satu tanda kebesaran Allah dimuka bumi. Dengan menyentuhnya Allah akan mengampuni dosa-dosa kita. 

Hajar Aswad juga dikatakan dari syurga dan telah diturunkan oleh para malaikat. Ibnu Abbas r. a mengatakan, “Di bumi ini tidak ada sesuatu pun yang berasal dari syurga, selain rukun (Hajar Aswad) dan Maqam Ibrahim. Sesungguhnya keduanya adalah permata yang berasal dari syurga dan seandainya keduanya tidak tersentuh oleh kaum musyrik, nescaya setiap orang sakit yang menyentuhnya akan disembuhkan oleh allah. ”

Selain itu, dengan menyentuh Hajar Aswad juga dapat menghapuskan kesalahan dan dosa. Ibnu Umar pernah berkata, “sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah menyatakan bahawa menyentuh keduanya itu dapat menghapuskan kesalahan-kesalahan, ” malahan Hajar Aswad juga boleh menyembuhkan penyakit. Abdullah bin Amr bin Ash r. a mengatakan bahawa ketika batu (Hajar Aswad) itu diturunkan, ianya lebih putih daripada perak. Dan seandainya ia tidak disentuh oleh kotoran-kotoran jahiliah, nescaya setiap orang yang sakit dengan penyakit apapun jikalau menyentuhnya akan sembuh dari penyakit. 

2. Perigi Zamzam
Air zamzam dikatakan wujud ketika Ismail iaitu anak Siti Hajar menghentak-hentak tanah dengan kedua kakinya. Lalu Allah SWT mengalirkan air keluar dari bawah kakinya. Maksud zamzam ialah berkumpullah. 

Selain itu, zamzam juga mempunyai beberapa nama dan sebilangan besar namanya menandakan keagungan dan kedudukannya. Di samping itu, air zamzam juga dikatakan disebut zamzam oleh kerana airnya melimpah ruah, sebagaimana kata zamzamah dalam bahasa arab yang bererti banyak dan datang bersama-sama. Dikatakan bahawa ia disebut zamzam oleh kerana Hajar r. a mengumpulkan (zummat) pasir di sekitar zamzam agar airnya tidak mengalir sehingga membanjiri apa sahaja. Nama-namanya selain daripada zamzam ialah: Al-Shabba’ah, Bushra, ‘Awnah, Safiyah, Syarab Al-Abbar, Madnunah dan banyak lagi. 

Selain daripada itu, air zamzam juga dikatakan mempunyai banyak kegunaan. Antaranya ialah dapat dijadikan ubat untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit dan juga dijadikan sebagai makanan. Terdapat banyak hadis meriwayatkan mengenai keutamaan serta manfaat air zamzam. Di antara bukti-bukti kukuh iaitu ketika malaikat Jibril a. s membelah dada Rasulullah dan mencucinya dengan menggunakan air zamzam. Sekiranya terdapat air lain yang lebih baik dari zamzam, nescaya Jibril akan mencuci dengannya. Abu Zar al-Ghirari r. a menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“atap rumahku terbuka ketika aku berada di makkah, dan Jibril a. s turun dan membuka dadaku, kemudian dia mencucinya dengan air zamzam. Kemudian dia membawa sebuah mangkuk emas yang besar berisi dengan kebijaksaan dan iman, lalu menuangkannya ke dalam dadaku, kemudian dia menutup 

kembali. Kemudian dia membawaku dan mengangkatku ke syurga. Di samping itu, disunatkan untuk melakukan wuduk dan lainnya dengan air zamzam. Sepertimana diriwayatkan daripada Jabir r. a bahawa nabi SAW meminta satu tahang bekas air zamzam dan baginda meminumnya serta menggunakannya untuk berwuduk. 

Disebut dalam hadis sahih bahawa di dalam air zamzam terdapat kandungan ubat sepertimana yang masyur dari cerita terdahulu ataupun tatkala Allah telah menyembuhkan orang yang berpenyakit, kadangkala dalam beberapa kes dimana perubatan moden gagal melakukannya dan para doktor telah berputus asa dengan keadaan pesakit. Antara contoh yang menunjukkan air zamzam boleh merawat penyakit ialah dapat menyembuhkan pesakit buasir. Fadl bin Athiyah pernah melihat seorang pemuda bertanya kepada Atha’, seraya mengadu kepadanya tentang penyakit buasir yang dideritainya. Lalu Atha’ menjawab “minumlah dari air zamzam dan beristinjak dengannya. ”Selain itu, air zamzam juga dapat menyembuhkan demam panas. Ibnu Abbas juga menambah bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “sakit panas, (demam)berasal dari luapan api jahanam, maka dinginkanlah dengan air zamzam. 

Seterusnya, air zamzam juga mempunyai cara yang tersendiri ketika mahu minum air tersebut. Menurut Ibnu Abbas r. a beliau pernah melihat seorang pemuda itu, “Tahukah kamu bagaimana seharusnya air itu diminum?”Pemuda itu menjawab, “lalu bagaimanakah seharusnya aku meminum air zamzam itu wahai Abu Abbas?”Dia menjawab, “apabila engkau hendak minum dari air zamzam, ambillah satu bekas darinya kemudian menghadaplah ke kiblat dan ucapkanlah bismillah. Lalu teguklah dengan bernafas (bukan pada air) sebanyak tiga kali sehingga engkau kenyang dan ucapkanlah:

“Ya alllah, aku memohon kepadamu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang lapang, dan kesembuhan dari segala penyakit. ”

Malahan air zamzam juga boleh dijadiakn sebagai pengganti makanan. Abu Zar r. a hidup dengan hanya minum air zamzam selama satu bulan penuh, tanpa memakan apapun ke dalam perutnya, tetapi dia tidak berasa lapar sedikitpun. Seperti yang disebutkan dalam hadis: “ketika Abu Zar r. a menjadi muslim dia berkata, “Ya Rasulullah, aku telah berada disini selama tiga puluh hari, ” beliau bertanya, siapakah yang memberimu makan?”Dia menjawab, Aku tidak mempunyai makanan selain daripada air zamzam, tetapi aku bertambah semakin berat di mana aku dapat merasakan lipatan-lipatan lemak yang ada diperutku dan aku tidak berasa lapar sama sekali. Baginda bersabda, “ia adalah berkat dan di dalamnya terkandung makanan yang sempurna. 

PERISTIWA YANG PERNAH BERLAKU DI MAKKAH
1. PERISTIWA TENTERA BERGAJAH
Peristiwa ini berlaku semasa Abdul Muthalib menjadi penjaga kaabah dan peristiwa ini juga terjadi sebagaimana yang telah digambarkan di dalam al Quran. Peristiwa ini dinamakan sebagai peristiwa pasukan bergajah kerana Raja Ethiopia iaitu bernama Abrahah yang memerintah negeri Yaman ingin menyerang makkah untuk meruntuhkan kaabah dengan berangkat menggunakan gajah. Abrahah ingin menyerang kaabah kerana seorang lelaki dari bani Kinanah dating dan menodai gereja yang telah beliau bina yang dinamakan Al-Qullais. 

Ketika Abrahah telah menyiapkan segala keperluannya untuk memasuki Makkah, termasuk menyiapkan gajahnya yang bernama Mahmud serta mengatur tentera-tenteranya. Dia benar-benar berazam untuk merobohkan kaabah, kemudian kembali ke Yaman. Ketika mereka cuba mengarahkan gajah-gajahnya bergerak menuju ke makkah gajah-gajah itu tidak mahu berjalan sebaliknya ia berhenti dan merebahkan badannya. Mereka memukulnya supaya berdiri, tetapi gajah itu tidak juga bergerak seterusnya mereka menyuruh gajah itu pergi ke arah Yaman dengan serta merta gajah iyu berdiri dan mulai berlari. Ketika mereka menyuruhnya pergi ke arah Syris dan ke arah timur, gajah itu melakukan perkara yang sama, akan tetapi jika mereka mencuba lagi supaya gajah itu bergerak ke arah makkah gajah-gajah itu tidak mahu bergerak dan merebahkan badannya semula. 

Kemudiannya Allah SWT mengirim burung-burung dari barat untuk menyerbu mereka, setiap burungitu membawa tiga ketul batu, satu diparuhnya dan dua 

dicakarnya. Batu itu panas berukuran sebiji kacang adas dimana tidak seorangpun yang dapat bertahan hidup apabila terkena batu tersebut kecuali dia akan mati. Batu itu menghujani mereka dan semua pasukan bergajah mati ditempat itu. Abrahah juga terkena batu tersebut pada badannya dan mereka membawanya kembali ke Yaman, dengan hujung-hujung jarinya gugur satu persatu sehingga mereka membawanya ke San’a, dan sejak saat itu Abrahah tidak berdaya seperti seekor anak burung dan akhirnya di sana dia meninggal dunia. Peristiwa tentera bergajah ini mempunyai pengaruh yang besar kepada Quraisy dengan kaum-kaum yang berada disekitar makkah. Ketika Allah SWT menjauhkan pasukan Abyssini dari makkah dan memberi balasan yang setimpal terhadap mereka, maka orang-orang arab menghormati suku Quraisy dan menyebut mereka “hamba allah”. 

Peristiwa ini juga mengangkat darjat Abdul Muthalib dan menjadikannya terkenal dan sangat dihormati di kalangan bangsa Arab, kerana dia telah menguruskan masalah tersebut dengan baik dan dapat melindungi kaumnya dari mara bahaya yang besar. 

KEISTIMEWAAN KOTA MAKKAH
1. Boleh melakukan solat di Masjidil Haram di setiap waktu. 
Jubair bin Mudi’im r. a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:
“Wahai Bani Abdi Manaf, atau wahai Bani Abdul Muthalib, apabila kamu semua menjadi penguasa di sini maka janganlah kamu mencegah sesiapapun untuk melakukan tawaf di Baitullah dan juga bersolat pada bila-bila masa sahaja yang ia kehendaki, baik malam mahupun siang. 

Salim bin Abdillah menyatakan bahawa Ibnu Umar r. a tidak melarang seseorang melakukan tawaf tujuh (pusingan) setelah asar atau setelah subuh dan menunaikan solat dua rakaat. Selain itu, Mujahid meriwayatkan bahawa beliau pernah mendengar Abu Dzar r. a berkata, “Aku melihat nabi SAW memegang dua gelangan pintu kaabah seraya bersabda, “ingatlah tidak ada solat selepas asar, ingatlah tidak ada solat selepas asar, ingatlah tiada solat selepas asar kecuali di makkah”. 

Malahan, Abu Syu’ah juga pernah berkata “sesungguhnya Hassan dan Hussain r. a pernah melakukan tawaf setelah asar dan mereka pun melakukan solat. ”

2. Boleh melintas di hadapan orang yang bersolat. 
Dari beberapa hadis yang masyur dan mentawatir, dapat disimpulkan bahawa seseorang tidak boleh melintas di hadapan orang yang sedang solat. Namun demikian, Abu Juhain telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya :
“seandainya orang yang melintas di hadapan orang-orang yang sedang solat itu mengetahui dosa apa yang akan diterimanya, nescaya untuk berdiri selama empat puluh adalah lebih baik baginya daripada melintas di hadapan orang yang bersolat, ” Abu Nadhar berkata, “aku tidak mengerti empat puluh hari, bulan, ataukah tahun. ”

Abu Daud dan lain-lain telah meriwayatkan banyak hadis yang menerangkan bahawa solatnya tidak dipotong, hanya orang yang bersolat harus lindungi solatnya. Akan tetapi, hokum ini tidak berlaku di masjidil haram, semoga allah memuliakannya. Selain itu, ada juga riwayat daripada Mawus, daripada bapanya bahawa beliau berkata, “solat di makkah tidak boleh terhalang oleh apa pun dan tidak berbahaya terhadap solatmu walaupun seorang perempuan melintas di hadapanmu. ”

Namun begitu diceritakan oleh Sufiyah binti Syaibah, ada seorang wanita sedang bersolat disisi Baitullah dengan menghadap ke arah Mirfaqah. Kemudian Aisyah r. a melintas di antara wanita itu dan Mirfaqah, lalu Aisyah r. a berkata, “sesungguhnya solat tidak terhalang kecuali oleh anjing dan kucing yang hitam”. 

3. Umrah fardhu tidak diwajibkan atas penduduk makkah. 
Ibnu Juraj bertanya kepada Atha’, siapakah yang boleh melakukan haji tamatut’?Atha’ berkata, “ Allah Azza, wajala telah berfirman yang bermaksud : “Demikian itu bagi orang-orang yang keluarganya tidak berada disekitar masjidil haram (orang-orang yang bukan penduduk makkah)”

Malahan, walaupun kampong-kampung yang berada disekitar masjidil haram, penduduknya tidak boleh melakukan Haji tamattu’ kerana mereka berdekatan dengan makkah yang dinaungi oleh dua pohon kurma dan meliputi Dhahran, Uranah, Dlajnan dan Raji’I sedangkan kampumg-kampung yang tidak berada di sekitar masjidil haram, penduduknya boleh melakukan tamattu’ jika memang mereka menghendaki itu pun jika dalam safar (dalam jarak yang dibolehkan mengqasarkan solat)”. 

Tetapi, menurut Amr bin Dinar, sesungguhnya Ibnu Umar r. a berpendapat bahawa umrah tidak diwajibkan atas penduduk makkah dan beliau berkata, “mereka setiap hari berada di dalam umrah, ” Thawus bin Kaisan mendengar Ibnu Abba r. a berkata, “wahai penduduk makkah, tidak mengapa jika kamu sekalian hendak melakukan umrah. Jika kamu sekalian hendak melakukannya usahakanlah agar jarak antara kamu dengan Al-Haram sejauh perut lembah, ”. 

KESIMPULAN
Berdasarkan tajuk yang telah saya huraikan di dalam kerja kursus ini, saya telah dapat mempelajari dan memahami pelbagai perkara yang berkaitan dengan “Makkah al-Mukarramah”. Saya juga dapat mengetahui latar belakang makkah al-mukarramah dengan lebih terperinci di mana saya dapat mengetahui tentang bagaimana terjadinya peristiwa pasukan bergajah, bagaimana wujudnya air zamzam, adab-adab ketika berada di makkah dan banyak lagi dimana sebelum ini tidak saya ketahui. Dalam analisis tajuk ini juga saya dapat mempelajari pelbagai lagi perkara-perkara baru. 

Dalam masa yang sama kita sebagai muslimin dan muslimat seharusnya banyakkan bersabar atas dugaan dan ujian daripada Allah kerana setiap ujian yang diberikan oleh allah ada hikmahnya yang tersendiri. Di samping itu, kita mestilah bersyukur dengan musibah yang telah allah turunkan kerana terdapat hadis yang menyatakan bahawa orang yang mendapat musibah adalah orang yang disayangi allah. 

Akhir kata, kita sebagai hambanya haruslah mendidik sikap sabar didalam diri kita sepertimana Siti Hajar bersabar mencari air untuk anaknya Ismail supaya kita mendapat keredhaan allah di dunia mahupun di akhirat. 

RUJUKAN

  1. Ali Muhamad As-Salabi, Dr, (2008). Biografi Rasulullah SAW. 
  2. Atiq bin Ghaits Al-Biladi, (2001). Jejak Rasul 1:Rahsia Makkah. Selangor : Al-Hidayah. 
  3. Hanafi Al-Mihlawa, Dr, (2009). Tempat-tempat Bersejarah Semasa Kehidupan Nabi Muhammad. Johor: Perniagaan Jahabersa. 
  4. Kuala Lumpur :Pustaka Al-Shafa. 
  5. Petaling Jaya: Pustaka antara Kuala Lumpur. 
  6. Selangor :Berlian Publication SDN. BHD. 
  7. Syeikh Saifur Rahman Mubarakfuri, (2005). Sejarah Kota Makkah al-Mukarramah. 
  8. Zainal Arifin Abbas, Haji, (1970). Sejarah dan Perjuangan Nabi Muhammad, Jilid III. 

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
abdazizharjin.blogspot.com
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
04-9882701 (P)
04-9882597 (R)
013-4006206 (H)

Tarikh: 2/02/2015