Saiyidina Umar Al-Khattab

Disediakanuntuk :
Ustazabd Aziz Bin Harjin

Disediakanoleh :
Muhammad Izzatsafwan Bin Abd. Halim
2014489238
Takrif

Salasilah Merupakan Latar Belakang Yang Menceritakan Tentang Kehidupan Seseorang Individu. Salasilah Hidup Atau Latar Belakang Mengenai Seseorang Individu Itu Amat Penting Dalam Proses Untuk Mengenal Keperibadian Atau Sumbangan Seseorang Itu. Begitu Juga Dengan Individu Ini, Dengan Mengenali Tentang Salasilah Hidupnya Kita Akan Lebih Mengenali Tentang Individu Yang Banyak Memberi Jasa Kepada Agama Islam. Individu Yang Akan Saya Ceritakan Merupakan Individu Yang Amat Terkenal Dengan Keberaniannya. Beliau Juga mempunyai sifat yang tegas tetapi mempunyai hati yang lembut dan mulia. Beliau juga adalah seorang Khalifah yang terkenal. Beliau jugalah yang menjadi sahabat Rasulullah yang rapat. Beliau ialah Saiyidina Umar al-Khattab. Beliau meneruskan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Saiyidina Abu Bakar dalam mengumpulkan ayat-ayat al Quran yang dituliskan di daun-daun, kulit-kulit binatang dan daripada orang-orang yang menghafalnya. Umar mengumpulkan ayat-ayat suci itu dan mengaturnya menurut kedudukannya yang tertentu. Orang yang akan saya ceritakan tentang sejarah hidupnya ‘Saiyidina Umar al-Khattab’. 

PENDAHULUAN

Selepas kewafatan baginda Rasulullah saw, Saiyidina Abu Bakar as-Siddiq telah dilantik menjadi khalifah bagi memerintah kerajaan Islam. Selepas kematian Abu Bakar, beliau pula dilantik untuk menjadi khalifah yang seterusnya yang menggantikan Saiyidina Abu Bakar. 

Saiyidina Umar al-Khattab merupakan seorang khalifah dan tokoh Islam yang hebat. Kehebatannya sudah terserlah semasa diawal usianya. Beliau dilahirkan didalam keluarga yang berketurunan Bani Adi. Ayahnya sungguh gembira akan kelahiran anak sulungnya. Sejak lahir lagi ayahnya telah mendidiknya untuk menjadi seorang pahlawan bagi kaum mereka. 

Selain itu, beliau juga mempunyai sifat-sifat yang sangat baik. Beliau merupakan seorang yang tegas, jujur, berani dan mempunyai hati yang sangat mulia. Saiyidina Umar al-Khattab telah dilantik menjadi khalifah selepas kematian Saiyidina Abu Bakar as-Siddiq. 

Selanjutnya, semasa beliau menjadi khalifah, beliau telah meluaskan kawasan jajahan dan seterusnya dapat mengembangkan Islam diserata kawasan jajahan. Umar juga membuat pembaharuan dalam pelbagai bidang dan juga telah membuat sistem cukai. 

Akhirnya, sebelum meninggal dunia, beliau telah menulis wasiat agar Saiyidina Uthman menggantikan tempatnya untuk menjadi khalifah yang seterusnya setelah kematiannya. 

BIOGRAFI SAIYIDINA UMAR AL-KHATTAB

Umar bin al-Khattab bin Nufail bin Abd bin Abdullah bin Qurti bin Rizah bin Adiyyi bin Kaab. Umar al-Khattab dilahirkan 42 tahun sebelum hijrah

Beliau merupakan anak pertama dari pasangan suami isteri iaitu al-Khattab bin Nufail al-Mahzumi dan Hantamah binti Hisyam yang berasal dari kaum Bani Adi. Pada ketika ayahnya, al-Khattab bin Nufail al-Mahzumi mengetahui akan kemunculan orang baru dalam keluarganya, dia berasa sangat gembira. Bagi menunjukkan rasa gembiranya, dia menyembelih 10 ekor unta lalu dibahagi-dibahagikan daging itu kepada fakir miskin di kota Mekah. 

Semenjak beliau dilahirkan, ayahnya mahu mendidik dan melatih Umar supaya menjadi seorang pahlawan Quraisy yang gagah perkasa yang akan mengalahkan kaum Bani Abdul Syam. Ibunya bencikan peperengan. Ibunya menginginkan anaknya menjadi penyelamat umat manusia dan menjadi lelaki yang membawa panji-panji kedamaian dan keadilan. 

Diawal usia beliau, beliau telah diajarkan menunggang kuda dan bermain senjata serta beliau juga disuruh menjalani latihan lasak supaya mejadi kuat dan berani. Beliau membesar sebagai seorang pahlawan. Selain itu juga, beliau juga dilatih menjadi pemidato yang hebat kerana orang Bani Adi terkenal sebagai pemidato yang hebat. 

Umar telah disuruh oleh ayahnya untuk mengembala unta dan kambing milik keluarga mereka. Dengan cara itu, Umar akan mempunyai sifat kasih sayang, bertanggungjawab dan mempunyai semangat yang kuat kerana beliau dapat menjaga dan mengawal kesemua ternakannya. Selepas ternakan dimasukkan kedalam kandang, Umar dapat bermain dengan rakan-rakan sebaya dengannya. Mereka menunggang kuda dan bermain senjata. Umar al-Khattab seorang yang cekap menunggang kuda dan bermain senjata. Beliau sering menjadi pemenangnya. 

Umar al-Khattab telah menaikkan martabat kaum Bani Adi kerana beliau telah mengalahkan Unaiyah dari keturunan Bani Abdul Syam juara gusti lima tahun berturut-turut dalam pertandingan perlawanan gusti di pasar Ukhaz. Semua kabilah Arab memandang tinggi pada Umar. 

Pada suatu hari kabilah-kabilah Arab membincangkan dan risau dengan kedatangan Muhammad. Muhammad dilantik oleh Allah SWT. menjadi Nabi dan pesuruhNya. Muhammad juga digelar al-Amin (orang yang jujur dan tidak pernah berbohong). Muhammad membawa ajaran agama yang baru dan mengajak orang ramai menyembah Allah SWT. serta melarang membunuh bayi perempuan. Umar berasa marah dan tidak berpuas hati dengan Muhammad. Umar merancang untuk menghalang dakwah Muhammad. 

Umar mempunyai anak perempuan dan beliau ingin menanam anaknya hidup-hidup. Orang ramai melihat kejadian tersebut. Umar berasa sedih dan tidak sanggup untuk membunuh anak perempuannya yang sungguh cantik itu. Tetapi, dengan marahnya akan Muhammad, beliau sanggup melakukannya. Dalam beberapa hari, beliau selalu mengingatkan akan anak perempuannya. 

Setelah itu, Umar mengetahui hal akan adiknya yang telah memeluk Islam dan menjadi pengikut Muhammad saw. Beliau berasa sangat marah dan terus ke rumah adiknya. Beliau mendengar seperti orang belajar mengaji. Umar terus menemui adiknya dan bertanya, ‘adakah benar akan berita yang aku dengar?’. Adiknya berasa takut dan lalu berkata, ‘ya. ’. Umar sangat marah lalu memukul adiknya. Kemudian dia berasa kasihan dan menyesal akan perbuatannya terhadap adiknya. 

Umar al-Khattab mengambil keputusan untuk menemui baginda Rasulullah saw. Semasa ingin menemui Rasulullah saw, semua pengikut Muhammad pada masa itu berasa amat takut jikalau berlaku sesuatu terhadap baginda Rasulullah. Berhadapan dengan kekasih Allah, Muhammad saw, beliau mengucapkan ‘Laila Hailallah, Muhammadur Rasulullah’. Rasulullah saw mengumumkan keIslaman Umar al-Khattab. 

Bermula saat itu, kehidupan Umar berubah sertamerta. Semua perbuatan yang dilakukannya dulu, tidak boleh diulangi lagi. Umar juga mendapat tentangan hebat dari kabilah-kabilah Arab. Justeru itu, Umar tidak takut kerana beliau tahu tiada siapa yang berani berhadapan dengannya. Umar menjadi sahabat Rasulullah yang rapat. 

Selepas kewafatan baginda Rasulullah saw, Saiyidina Abu Bakar as-Siddiq telah dilantik menjadi khalifah bagi memerintah kerajaan Islam. Selepas kematian Abu Bakar, beliau pula dilantik untuk menjadi khalifah yang seterusnya yang menggantikan Saiyidina Abu Bakar. Akhirnya, sebelum meninggal dunia, beliau telah menulis wasiat agar Saiyidina Uthman menggantikan tempatnya untuk menjadi khalifah yang seterusnya setelah kematiannya. 

SIFAT SAIYIDINA UMAR

Umar al-Khattab seorang yang terkemuka berketurunan Quraisy. Beliau termasyur kerana keberaniannya. Beliau pernah mengembala kambing sama seperti Nabi Muhammad saw. Apabila dewasa, beliau berdagang seperti kebanyakan orang Quraisy. 

Semasa sebelum Islam, Umar al-Khattab telah menaikkan martabat kaum Bani Adi kerana dengan sifat beraninya beliau telah mengalahkan Unaiyah dari keturunan Bani Abdul Syam juara gusti lima tahun berturut-turut dalam pertandingan perlawanan gusti di pasar Ukhaz. Semua kabilah Arab memandang tinggi pada Umar. 

Sebelum itu juga, beliau terkenal sebagai orang yang kuat menentang Islam. Apabila diberitahu bahawa adik perempuannya telah menganut Islam, beliau berasa sangat marah lalu memukulnya. Kemudian, beliau rasa menyesal dan kasihan kerana memukul adiknya. Umar mempunyai mempunyai hati yang lembut dan mulia. Semasa mendengar ayat al Quran, beliau berasa tertarik dengan ayat-ayat suci al Quran dan juga mula tertarik dengan Islam. Kemudiannya beliau hendak berjumpa dengan Rasulullah. Berhadapan dengan kekasih Allah, Muhammad saw, beliau mengucapkan ‘laila hailallah, muhammadur rasulullah’. Rasulullah saw mengumumkan keIslaman Umar. 

Saiyidina Umar kemudiannya menjadi sahabat Rasulullah yang rapat. Beliau banyak menyumbang tenaga, malah jiwa dan raganya hanyalah untuk kepentingan Islam sahaja. Umar adalah seorang yang cerdik pemikirannya. Pemikirannya bertepatan dengan wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw. Rasulullah juga banyak bergantung kepada pendapat-pendapat dan fikiran dari Umar. 

Seterusnya, Saiyidina Umar adalah seorang yang bersifat tegas dan berterus-terang dalam perkara yang benar. Pernah semasa Perang Badar, beliau menganjurkan supaya orang tawanan yang terdiri daripada kaum Musyrikin Quraisy dibunuh sahaja. Padahal terdapat dalam kalangan orang-orang tawanan itu adalah kaum keluarganya sendiri. 

Selanjutnya, suatu berita yang mengejutkan semua hamba Allah adalah berita mengenai kewafatan baginda Rasulullah. Umar teramatlah sedih dengan berita tersebut sehinggakan beliau mengugut hendak membunuh sesiapa sahaja yang mengatakan Nabi Muhammad saw wafat. Seluruh umat Islam diwaktu itu amatlah sedih kerana manusia yang telah diutuskan oleh Allah telah pergi meninggalkan mereka. 

Umar juga adalah seorang zahid, hartanya dibelanjakan hanya untuk kepentingan Islam sahaja. Beliaulah orang yang pertama mewakafkan hartanya untuk kebajikan umum. Selain itu juga, Umar masih bersikap rendah diri dan hidup dengan sederhana walaupun beliau seorang khalifah. Ketika pemerintahannya, beliau juga menjalankan keadilan sepenuhnya. Beliau tidak memberi timbang rasa kepada orang-orang yang melakukan kesalahan dan tidak sesekali bersikap pilih kasih dalam menjalankn keadilan. 

Saiyidina Umar sangat berhati-hati dan cermat dalam membelanjakan harta perbendaharaan Negara. Jika ditegur dalam menjalankan tugas, beliau tidak pula berasa keberatan menerima teguran. Beliau sangat mengambil berat terhadap kebajikan rakyat dan selalu keluar meninjau keadaan kehidupan rakyatnya. 

Akhirnya, Umar al-Khattab mempunyai sifat yang berani. Beliau tidak takut akan tentangan dari musuh Rasulullah saw. Tiada sesiapa pun yang berani menentang Umar. Bahkan, syaitan pun takut akan Saiyidina Umar al-Khattab. 

Sa’ad bin Abi Waqqash rh meriwayatkan bahwa Rasulullah saw bersabda: “Bahagialah wahai Ibnul Khaththab, demi Allah, setiap kali syaitan berpapasan denganmu pada satu jalan ia pasti memilih jalan lain selain jalan yang engkau lalu. ”

Hal ini disebabkan keteguhan Umar dalam memegang kebenaran, sampai-sampai syaitan menghindari dari jalan yang dilaluinya. Seperti itulah keadaan syaitan-syaitan manusia dari kalangan Syi’ah Rafidhah dan pengikut-pengikut mereka serta orang-orang yang menggonggong seperti gonggongan orang mencaci maki Umar dan sahabat lainnya. Syaitan dari bangsa jin menjauh dari Umar, adapun syaitan dari bangsa manusia benci kepada Umar dan melaknat beliau, hati mereka pun menjadi sama. 

SEPANJANG PERLANTIKAN SAIYIDINA UMAR AL-KHATTAB

Selepas kematian khalifah Abu Bakar as-Siddiq, Saiyidina Umar al-Khattab telah dilantik menjadi khalifah yang ke-2. Saiyidina Umar telah ditugaskan untuk memegang tampuk pemerintahan Islam dari tahun 634 – 644 Masihi. Semasa pemerintahannya, tentera Islam mendapat kemenangan yang cemerlang di Syria, Mesir, dan Parsi. Pada tahun 635 Masihi, Damascus jauh ke tangan ke tangan tentera Islam dibawah pimpinan Khalid al-Walid. 

Pada tahun 636 Masihi, hampir seluruh Syria kecuali Baitul Makdis jatuh ke tangan pemerintah Islam. Peperangan dengan Syria berlangsung selama tujuh tahun. Pada tahun 640 Masihi, barulah Syria dikuasai sepenuhnya. Di Parsi, tentera Islam mendapat kemenangan yang cemerlang dalam Perang al-Qadisiyyah pada tahun 637 Masihi. Kemudinnya, tentera Islam pula berjaya menawan seluruh Iraq dan Mesopotamia. Khuzistan telah ditakluki oleh mereka pada tahun 640 Masihi. Seterusnya, mereka menuju ke bahagian Parsi Proper yang terletak dibahagian pantai timur. 

Akhirnya, Bahrain ditawan, lalu dijadikan sebagai pangkalan tentera Islam, disamping pangkalan yang sudah terdapat di Basrah dan Kufah. Pada tahun 641 Masihi, Perang Nihawand telah berlaku dengan berakhir dengan runtuhnya kerajaan Sassanid. Rajanya Yazdagird lari membawa diri sebagai pengembara bersama-sama sejumlah kecil pengikutnya. Ditahun 641 Masihi, Amr ibn al-As berjaya menawan Mesir. Hanya dalam tempoh sepuluh tahun, tentera Islam berjaya menawan Parsi, Mesir, Syria, Palestin dan Iraq. 

PEMBAHARUAN DAN KESAN SEPANJANG PELANTIKAN UMAR

Langkah pertama yang dibuat apabila beliau dilantik sebagai khalifah ialah mengulangkaji perjanjian yang telah ditandatangani dengan daerah dibawah kekuasaan negara Islam. Umar telah melantik gabenor (wali) yang bertanggungjawab di daerah bagi menjalankan pentadbiran di daerah-daerah. Beliau juga menjadi Imam sembahyang serta membuat ucapan penting di daerah-daerah. 

Seterusnya, beliau melantik seorang kadi bagi menjalankan pembicaraan berdasarkan kepada hukum-hukum al Quran dan hadis serta pendapat ulama bagi menjalankan keadilan. Saiyidina Umar juga melantik Amr ibn al-Asr sebagai Gabenor General. Selain jawatan itu, beliau turut mengadakan jawatan katib. al-Diwan yang bersamaan dengan jawatan ‘Ketua Setiausaha Negara’. Sahib al-Kharaj (pengutip cukai), Sahib Bait al-Mal (Pegawai Perbendaharaan) dan jawatan Ketua Polis yang bertanggungjawab mengenai keamanan. 

Kemudian, Saiyidina Umar telah menubuhkan dua buah dewan. Pertama dianggotai oleh lima orang Muhajirin dan lima orang Ansar. Mereka bersidang di Masjid Madinah. Kedua, dianggotai oleh orang Muhajirin. Dewan ini membahaskan masalah setempat dan pentadbiran. Rakyat biasa juga berhak memberikan fikiran dan pendapat mereka kepada majlis ini. 

Selain itu, rakyat umum berhak memberikan sebarang teguran samada terhadap khalifah, atau pegawai tinggi kerajaan di masjid, atau di perhimpunan-perhimpunan yang diadakan di Mekah. Hal ini, Umar dapat mengelakkan pegawai kerajaan daripada mengekploitasi rakyat bawahan. Oleh itu, ini dapat memberikan mereka agar saling hormat-menghormati antara satu sama lain. 

Dalam bidang ketenteraan, Saiyidina Umar juga membuat perubahan. Pasukan berkuda sebagai pasukan simpanan dan ditempatkan didaerah masing-masing untuk kegunaan pada masa darurat. Tanggungjawab kewangan bagi pasukan ini dibiayai oleh daerah masing-masing. Saiyidina Umar merupakan khalifah yang pertama membayar gaji kepada pasukan tenteranya. 

Dalam bidang ekonomi pula, beliau trlah membuat beberapa rancangan pembangunan. Misalnya, tanah yang dirampas oleh tentera Islam dalam peperangan semuanya menjadi hakmilik negara. Sebagai gantinya, tentera Islam telah diberi harta rompakan perang yang lain, iaitu 4/5 daripada semuanya dibahagikan kepada mereka dan 1/5 untuk perbendaharaan negara. 

Seterusnya, dalam bidang kebajikan, Umar telah menubuhkan sebuah Negara Kebajikan. Bayaran bersara telah diberikan kepada semua bekas ahli tentera, imbuhan juga diberikan kepada orang yang tidak berkemampuan seperti orang yang sakit, orang buta, cacat dan lain-lain lagi. Orang bukan Islam diberi perlindungan. Beliau membenarkan berlakunya kebebasan agama. Umar juga membuat satu peruntukan khas dalam ‘Diwan Umar’ bagi perbelanjaan untuk kebajikan, disamping perbelanjaan pentadbiran dan ketenteraan. 

Dalam bidang pembelajaran, Saiyidina Umar sangat mengambil berat dengan mengirimkan guru-guru yang mempunyai pengetahuan yang dalam mengenai agama ke setiap daerah. Kota Basrah dan Kufah menjadi pusat pengajian Islam. Pelajaran Tauhid dan mengenal tuhan serta junjungan besar Nabi Muhammad saw disebarkan di semua pusat pengajian. Pada semua bangunan yang didirikan dibuat ukiran-ukiran ayat al Quran dan Hadis Nabi. Semasa pemerintahan beliau, wujudnya Kota-kota Basrah, Kufah, Fustat, Jizah, dan lain-lain. 

Akhir sekali, dalam bidang agama beliau meneruskan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Saiyidina Abu Bakar dalam mengumpulkan ayat-ayat al Quran yang dituliskan di daun-daun, kulit-kulit binatang dan daripada orang-orang yang menghafalnya. Umar mengumpulkan ayat-ayat suci itu dan mengaturnya menurut kedudukannya yang tertentu. Umar juga membuat kalender Islam yang bermula dengan hijrah Nabi, dan dinamakan Tahun Hijrah. 

Saiyidina Umar al-Khattab dapat dianggapkan sebagai Pengasas Empayar Islam kerana jasanya yang cemerlang serta sikapnya yang patuh kepada agama bagi menjalankan keadilan di dalam masyarakat. Maka Umar diberi gelaran Amirul Mu’minin (ketua bagi sekalian orang beriman). 

SISTEM CUKAI DAN KEWANGAN

Saiyidina Umar menubuhkan Jabatan Perbendaharaan Negara bagi tujuan menguruskan kutipan cukai untuk dibelanjakan bagi pentadbiran negara, serta menjalankan pembahagian kewangan kepada rakyat yang berhak mendapatkannya, sesuai sebagai sebuah negara kebajikan yang didirikan berdasarkan konsep kenegaraan dalam Islam. 

Sumber kewangan perbendaharaan negara Islam seperti cukai tanah, harta rampasan perang, Jizyah iaitu sejenis cukai yang dikenakan kepada orang bukan Islam. 

Al-Kharaj
Cukai ini dikenakan kepada tanah yang dirampas oleh tentera Islam, tetapi tanah itu tidak dibahagikan kepada tentera Islam. Mereka diberi ganti dengan harta yang lain, sedang itu diusahakan oleh pemiliknya yang asal. Oleh itu, mereka diwajibkan membayar cukai al-kharaj. Bagi orang Islam mereka tidak diwajibkan membayar cukai al-kharaj tetapi hanya dikenakan cukai zakat. Begitu juga tanah yang dibahagikan kepada tentera Islam setelah dirampas tidak diwajibkan al-kharaj hanya dikenakan cukai 1/10. 

Al-Usyr
Sejenis cukai perniagaan yang dikenakan kepada orang-orang bukan Islam yang dating dari negara-negara musuh untuk membuat perniagaan di negeri Islam. 

Al-Zakat
Sejenis cukai harta yang dikenakan keatas orang Islam sahaja bagi kebersihan dan kemuliaan hartanya. Cukai ini dikenakan terhadap binatang ternakan, tanaman, perniagaan, emas dan perak, termasuk pembayaran fitrah juga. 

Al-Jizyah
Cukai yang dikenakan kepada orang-orang bukan Islam yang duduk dibawah pemerintahan Islam atau cukai yang dkenakan kepada kafir zimmi sebagai jaminan perlindungan diatas keselamatannya. Jizyah diwajibkan kepada orang-orang yang berkemampuan membayarnya. Jizyah tidak diambil daripada kanak-kanak perempuan dan orang-orang yang lanjut usianya. Cukai ini tidak melebihi 48 dirham. 

Al-Fai dan Al-Ghanimah
Al-Fai iaitu harta yang dirampas daripada orang bukan Islam tanpa peperangan. Al-Ghanimah pula ialah harta yang dirampas oleh tentera Islam. 1/5 daripada harta ini akan dimasukkan ke dalam perbendaharaan negara, dan 4/5 dibahagikan kepada tentera Islam. 

RUJUKAN 

  1. Abdul Latif Talib (2011). Khalifah Yang Benar. Batu Cave : PTS Litera Utara Sdn. Bhd. 
  2. Hamid B. Abdillah B. Ibrahim Al-Humaidi (2002). Mengenal Keutamaan Mutiara Zaman, (Terjemahan). Jakarta : Darul Haq. 
  3. Ahmad Amin, (Dr. ) (1998). Islam Sepanjang Zaman, (Terjemahan). Kuala Lumpur : DBP. 
  4. Ismail Hamid, (Dr. ) (1985). Pengantar Sejarah Umat Islam. Kuala Lumpur : Vinlin Press Sdn. Bhd. 
  5. Faisal Ismail, (Drs. ) (1984). Sejarah Dan Kebudayaan Islam Dari Zaman Permulaan Hingga Zaman Khulafaurrasyidin. Yogyakarta : CV. Bina Usaha. 


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
abdazizharjin.blogspot.com
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
04-9882701 (P)
04-9882597 (R)
013-4006206 (H)

Tarikh: 2/02/2015