Perkahwinan Dan Poligami

Disediakan Untuk
Abd Aziz Bin Harjin

Disediakan Oleh
Nor Nazierah Binti Abd Razak
2014223682

PENDAHULUAN

Perkahwinan atau pernikahan membawa maksud dua pengertian yang berbeza. Pertamanya ialah dengan makna lughawi, iaitu berkumpul dan berhimpun. Manakala yang keduanya ialah dengan syari’, iaitu akad yang mengandungi rukun dan syarat yang menghalalkan perhubungan jenis. 

Perkahwinan juga disyariatkan oleh Islam agar manusia membentuk keluarga selain menghindarkan daripada perkara yang buruk sebagaimana yang telah banyak disebutkan di dalam al Quran dan hadis. Perintah untuk berkahwin dilaksanakan demi menjaga serta menghindar daripada berlakunya perkara haram larangan Tuhan dan Rasulnya. 

Manusia yang ada di dunia ini adalah hasil dari adanyya jantina lelaki dan perempuan. Oleh itu, manusia ini tercipta secara berpasang-pasangan. Manusia juga merupakan makhluk yang istimewa dan lebih dimuliakan dan diutamakan Allah berbanding makhluk lain-lain nya. 

Poligami diharuskan dalam Islam kerana terdapat beberapa faedah dan sebab-sebab yang tertentu. Ia juga untuk memelihara kesucian agama Islam dan untuk kebaikan manusia. 

HUKUM-HUKUM PERKAHWINAN

Hukum asalnya adalah harus, tetapi boleh berubah mengikut keadaan, iaitu ada kalanya mereka yang mampu zahir dan batin dan yang ingin menambah taqwa serta menjauhkan diri dari melakukan perbuatan zina. (Haji Said, 400 Soal Jawab Nikah Kahwin, 1984)

Hukum yang kedua ialah haram. Sesebuah perkahwinan boleh dikategorikan haram bagi mereka yang tidak mampu dari segi zahir dan batin. Orang yang berniat untuk mensia-siakan isterinya setelah dinikahi juga haram hukum pernikahannya. Begitu juga kepada orang yang tidak mempunyai kemampuan untuk mengurus isterinya dari segi pemberian nafkah lahiriah sehinggakan isterinya tidak mendapat perhatian langsung daripadanya. Oleh itu, status pernikahannya dikategorikan sebagai haram. Hal ini sekalipun kepada orang yang mempunyai keinginan yang kuat untuk bernikah tetapi sekiranya tidak berkemampuan maka perkahwinan tersebut menjadi haram baginya. (Fatimah Haji Omar, 1997)

Hukum yang ketiga, sunat. Perkahwinan akan menjadi sunat kepada mereka yang mampu dari segi zahir dan batin. Dan mereka juga masih sanggup mengawal diri daripada melakukan perbuatan zina. Suatu perkahwinan dikategorikan sunat, apabila ia dapat menjaga dirinya daripada terjebak ke perbuatan yang dilarang olleh Allah SWT. Perkahwinan ini akan dapat mengelakkan daripada mereka terlibat dengan perbuatan fakhisyah iaitu termasuk dengan perbuatan homoseks, lesbian dan lain-lain lagi. (Fatimah Haji Omar, 1997)

Hukum-hukum seterusnya adalah harus. Perkahwinan dikategorikan sebagai harus kepada mereka yang tidak ada halangan untuk berkahwin dan tidak ada pula sesuatu perkara yang mendorongkan dirinya dari berkahwin (Haji Said, 400 Soal Jawab Nikah Kahwin, 1984) 

Hukum yang selanjutnya adalah makruh. Sesebuah perkahwinan boleh dijatuhi status makruh sekiranya mereka yang tidak mampu memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya, tetapi tidak mendatangkan bahaya kepada isteri kerana isterinya kaya dan tidak kuat keinginannya untuk melakukan hubungan jenis. Perkahwinan ini juga tidak menimbulkan kekecewaan bagi pihak isteri kerana sesuatu alasan tertentu, maka perkahwinan ini termasuk dalam hukum makruh. Tambahan lagi, perkahwinan itu akan menjadi lebih makruh sekiranya hanya menganggu kesibukannya terhadap suatu amal ibadah atau penumpuan dalam bidang keilmuannya. (Fatimah Haji Omar, 1997)

HIMAH-HIKMAH PERKAHWINAN
Perkahwinan bukan semata-mata untuk mencapai matlamat hidup namun sekaligus supaya manusia itu dapat menimati keindahan dunia mengikut sistem peraturan undang-undang yang sangat logik serta sesuai dengan pemikiran yang waras. Perkahwinan juga dapat mententeramkan jiwa seseorang lelaki serta dapat menutup pandangan mereka dari melihat wanita yang bukan mahramnya. Ini dapat mengelakkan perbuatan yang dilarang oleh Allah seperti berzina berlaku. (Haji Abd Kadir, 2002)

Hikmah berkahwin juga dapat mengikat kasih sayang antara suami isteri itu sendiri. Oleh itu, rumah tangga akan menjadi aman dan bahagia. Sekaligus dapat membiakkan ummah dan generasi seterusnya yang soleh dan taat kepada Allah. Malahan mereka sendiri dapat meningkatkan lagi keimanan kepada Allah SWT. (Haji Said, 400 Soal Jawab Nikah Kahwin, 1984)

Selain itu, dapat mencapai ketenangan hidup. Apabila rasa kasih sayang wujud antara suami dan isteri, maka dengan sendirinya mereka akan saling merasa tenteram dan selesa antara satu sama lain. Semua masalah dapat diselesaikan dengan wujudnya sikap saling memahami dan suka berbincang. Maka hidup akan tenang dan bebas dari gangguan yang tidak sepatutnya seperti hasad dengki daripada manusia. Malah persefahaman antara suami dan isteri amat penting kerana ia merupakan faktor utama bagi mewujudkan pergaulan yang harmoni antara mereka. Dengan itu, mereka akan mudah mencapai ketenangan dalam hidup mereka. (Haji Abd Kadir, 2002)

 Seterusnya dapat memlihara kesucian diri. Rasulullah SAW pernh bersabda :

Maksudnya:
Wahai pemuda-pemuda sesiapa yang berkuasa mendapat bekalan daripada kamu ( mas kahwin dan nafkah perbelanjaan ) maka hendaklah ia berkahwin, kerana perkahwinan itu lebih memelihara pandangan dan lebih memelihara kemaluan dan barang sesiapa tidak kuasa hendaklah ia berpuasa sebab puasa itu jadi penjaga baginya. (Hadis-muttafiq A’laih)(96)

Berdasarkan hadis tersebut, maka jelaslah perkahwinan dapat memelihara kesucian diri disamping mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan zina. Malah bagi wanita muslimin lagi dapat memelihra maruah diri dan keluarga dari tercemar kerana terjebak dengan masalah yang tidak bermoral yang boleh mendatangkan murka Allah SWT. Dengan itu, seseorang wanita akan dipandang tinggi dan dihormati oleh musllimin yang lain. (Haji Abd Kadir, 2002)

 Perkahwinan juga mendatangkan hikmah seperti mendapat zuriat yang ramai yang boleh dibangga oleh Agama Islam. Rasulullah amat menyenangi akan kehadiran umat-umatnya yang banyak. Hal ini kerana akan terlahir lebih ramai generasi yang beragama Islam. Maka ukhwah akan terjalin lebih erat dan utuh sesama Islam. Oleh itu, keluarga yang mempunyai anak-anak soleh dan solehah dapat dibentuk. Hal ini bertepatan dengan hadis daripada Abdullah bin Omar bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW. Bersabda :(Haji Abd Kadir, 2002)

Maksudnya:Berkahwinlah kamu ibu-ibu yang banyak anak kerana saya akan berbangga dengan kamu pada hari kiamat. (Riwayat oleh Ahmad)

Selain itu, hikmah perkahwinan yang lain adalah seperti berkahwin merupakan suatu amalan yang soleh. Perkahwinan dalam Islam tidak bertentangan dengan ibadat kepada Allah SWT. Malahan suatu amalan yang soleh. Dan di dalam syariat Islam perkahwinan adalah suatu amaln yang suci disamping umat Islam itu sendiri harus berbangga dengan terlahirnya lebih banyak bilangan umat Islam. Amalan berkahwin ini juga amatlah dituntut oleh Islam, dan dengan adanya amalan berkahwin ini, ia juga tidak bertentangan dengan perintah Allah SWT. Seta RasulnNya. Islam juga sudah mengatur dengan sebaik-baiknya supaya umatnya dapat memahami serta menggunakan dengan teraturnya. Jelaslah bahawa perintah perkahwinan sama sekali tidak menjejaskan amalan-amalan yang lain malah dituntut oleh syariat Islam. (Haji Abd Kadir, 2002)

FUNGSI-FUNGSI SESEBUAH KELUARGA
Didalam al Quran telah menjelaskan tentang keimanan dan pembentukan keluarga. Selain itu, terdapat juga tugas keluarga dalam mengekalkan keturunan manusia di atas muka bumi ini. Keluarga adalah unit terkecil dalam masyarakat. Namun ianya berkembang dengan lahirnya anak-anak. (Dr H. Ali Akhbar, 1997)


Keluarga boleh dijadikan sebagai suatu tempat berehat yang selesa setelah letih melakukan kerja-kerja fizikal untuk mencari nafkah. Dengan adanya keluarga, maka bebanan di tempat kerja tidak akan terasa setelah dapat berkumpul bersama ahli keluarga. Sebagai ketua keluarga tanggungjawab seorang suami amat besar dan berat, justeru isteri dan anak-anak boleh dijadikan tempat untuk menghiburkan hati disamping tidak memikirkan hal kerja di rumah. Hal ini akan menaikkan semangat seorang suami agar tidak mudah berputus asa dan terus berjuang dalam membentuk keluarga sakinah. Oleh itu, keluarga amatlah penting dalam mewujudkan suasana yang selesa dan tenang. (Dr H. Ali Akhbar, 1997)

Fungsi keluarga adalah untuk memupuk rasa cinta dan kasih sayang sesama ahlinya serta mengekalkan rasa itu. Perkahwinan dapat mendalamkan perasaan cinta sekaligus tanggungjawab diantara lelaki dan perempuan. Selain dapat memupuk semangat perjuangan untuk keluarga dan masyarakat Islam sendiri. Cinta dan kasih ini adalah pemberian Allah untuk membentuk keluarag sakinah. Rasa cinta dan kasih sayang dalam sesebuah keluarga dapat memberikan ketenangan dan kegembiraan kepada mereka. Rasa kasih sayang dan cinta yang utuh dalam sesebuah keluarga adalah kuat dan lebih agung, kerana Allah menciptakannya untuk mengekalkan struktur keluarga itu sendiri dan menyebabkan ahli keluarga tidak mudah berpecah belah. Maka akan terbentuklah keluarga yang bahagia dan sakinah. (Dr H. Ali Akhbar, 1997)

Keluarga juga memainkan peranan dalam mendidik anak-anak. Kedua ibu bapa adalah guru pertama dan utama dalam bidang ini. Mereka haruslah menunjukkan contoh teladan yang baik dalam setiap tingkah dan perbuatan kerana ianya sering menjadi ikutan anak-anak mereka. Oleh itu, akhlak anak-anak akan terpelihara mengikut ajaran Islam dan tidak mudah terpesong. (Dr H. Ali Akhbar, 1997)

Seterusnya mendidik diri sendiri dalam bidang agama seperti sembahyang berjemaah dan membaca al Quran. Pasangan suami isteri akan sentiasa berusaha dalam menambahkan ilmu pengetahuan dalam Agama Islam. Kerana ianya penting untuk membentuk keluarga yang taat kepada Allah SWT. Keimanan dapat ditingkatkan selain dapat mempraktikkan amalan-amalan sunnah dalam kehidupan seharian. Anak-anak juga dapat mencontohi amalan kedua ibu bapa mereka selain mendalami ajaran Islam untuk menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. (Dr H. Ali Akhbar, 1997)

Fungsi keluarga yang lainnya adalah kedua ibu bapa dapat mendidik anak-anak mereka dalam beribadah kepada Allah SWT. Serta mengajar erti ketaabahan dalam hidup serta memupuk sikap tekun dalam pembelajaran. Di samping dapat menyuntik nilai-nilai murni dalam diri anak-anak mereka untuk menjalani kehidupan sebagai manusia yang berguna. (Dr H. Ali Akhbar, 1997)

Selain itu, keluaraga berfungsi untuk mendidik anak-anak dalam bab kasih sayang baik antara mereka mahupun terhadap orang yang lebih tua. Keluarga juga berfungsi dalam mendidik anak-anak untuk menyelesaikan sesuatu masalah mahupun pertikaian dengan cara musyawarah. Oleh itu, masalah akan dapat diselesaikan dengan melalui cara yang betul setelah mendapat pandangan dan nasihat daripada ahli keluarga yang lain. Tindakan melulu dan perbuatan yang suka mengikut emosi akan dapat dielakkan. (Dr H. Ali Akhbar, 1997) 
PEMBENTUKAN KELUARGA SAKINAH

Panduan kepada suami :
Seseorang lelaki yang telah bergelar sebagai suami melalui pernikahan yang sah haruslah menyedari tanggungjawab dan kewajipannya dalam alam rumahtangga. Suami mestilah menyedari bahawa isterinya itu adalah amanah Allah kepadanya melalui perkahwinan tersebut. Malah dia adalah pemegang amanah, seperti sabda Nabi SAW., (Dr H. Ali Akhbar, 1997)

Maksudnya : bertaqwalah kamu kepada Allah dalam urusan wanita, kerana kamu mengambil amanah Allah. 

Suami haruslah menjadi pemimpin, pelindung dan pembimbing. Suami yang baik ialah apabila dia mampu menjadi pemimpin dalam rumahtangganya sehingga dapat membentuk keluarga yang sakinah. Dia hendaklah sentiasa berazam untuk memperbetulkan apa yang sepatutnya menurut ajaran agama Islam. Segala perbuatannya hendaklah dikawal dan tidak melampaui batas terhadap ahli keluarganya sendiri. Dia juga mestilah memainkan peranan sebagai pelindung agar keluarganya sentiasa berasa selamat dan tenteram. Peranan sebagai pembimbing pula mestilah dilaksanakan dengan sebaiknya suppaya dapat membimbing keluarganya ke jalan yang diredai Allah SWT. Semuanya telah dijelaskan oleh Allah dengan firmanNya: (Dr H. Ali Akhbar, 1997)

Terjemahan :Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum waanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (waanita) dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. 

Seterusnya menjauhi dari memukul isteri sendiri. Rasulullah SAW. Bersabda ketika seorang wanita mengadu dipukul oleh suaminya :
Masih ada di kalangan anda yang memukul isterinya sepertimana dia memukul hamba kemudian dipeluknya pula isterinya itu selepas itu tanpa perasaan malu. (17)

Baginda menunjukkan contoh teladan seperti menunjukkan sifat lemah lembut dan tidak pernah memukul isteri-isterinya itu. Para suami mestilah dapat mengawal perasaan amarah dan jika isterinya melakukan kesalahan, hendaklah disiasat dahulu dan tidak menggunakan emosi yang keterlaluan dalam menanganinya. Al Quran mengharuskan kepada suami untuk memukul isterinya yang nusyuz dengan pukulan yang tidak mencederakan. Pukulan tersebut tidak boleh dilakukan di tempat-tempat yang diharamkan seperti muka misalnya. Namun seboleh-bolehnya seorang suami hendaklah mengikut jejak langkah Rasulullah SAW. (Prof Doktor Ibrahim, 2004)

Suami digalakkan bersenda gurau dan menunjukkan muka yang manis keranan Baginda juga sentiasa tersenyum di hadapan para isterinya, berlembut dan juga selalu bergurau dengan mereka. Hal ini dapat mengeratkan perhubungan suami isteri dismaping meluangkan masa bersama-sama. Ini juga merupakan satu cara mendapat ketenangan dalam rumahtangga. (Prof Doktor Ibrahim, 2004)

Suami juga haruslah menafkahi isteri dan rumahtangganya. Penjagaan keluarganya baik dari luar mahupun dalam mestilah dititikberatkan dan antaranya seperti kebodohan mahupun kemiskinan.. Diaa juga mestilah menjadi pemimpin dalam beribadah kepada Allah SWT. Dengan itu, seluruh ahli keluarganya akan menjadi seorang yang soleh dan solehah serta taat kepada Allah SWT. Dan melaksanakan perintahnya. (Dr H. Ali Akhbar, 1997)

Sebagai ketua keluarga dan pemimpin, suami haruslah bersikap adil, bijaksana, dan lemah lembut. Akhlak yang terpuji akan menjadi ikutan ahli keluarganya dan menyebabkan suami sentiasa dihormati. Dia juga mestilah sabar apabila melihat sesuatu yang tidak disukai pada isterinya. Mengawal sifat marah amatlah penting dalam mewujudkan suasana yang harmoni dalam keluarga. Teguran yang lembut serta berkesan merupakan cara yang terbaik menangani sesuatu masalah. (Dr H. Ali Akhbar, 1997)

Suami mestilah memahami psikologi wanita, dan memahami cara pengurusan rumahtangga yang betul. Maka keluarga yang sakinah dapat diwujudkan. Seterusnya mendapat ketenangan tidak hanya di dunia malahan di akhirat kelak. (Dr H. Ali Akhbar, 1997)

Panduan bagi isteri:
Isteri haruslah menyedari bahawa setelah akad nikah, dia adalah sebahagian daripada amanah Allah yang diserahkan oleh Allah kepada suaminya. Seorang isteri haruslah menjalankan tanggungjawabnya kerana setelah dia berkahwin, dia telah diberi tugas oleh Allah untuk mewujudkan rumahtangga yang sakinah. Dengan itu, suami tidak rasa terbeban apabila kedua-duanya menjalankn kewajipan dengan sempurna dan baik. Suami akan merasa gembira dan tenteram dengan memenuhi keperluannya serta dapat menunaikan kewajipannya sebagaimana seorang isteri juga. (Dr H. Ali Akhbar, 1997)

Isteri juga haruslah menjaga adab berpakaian mengikut ajaran Islam agar dapat menajga aurat serta kehormatan suaminya. Selain itu isteri hendaklah sentiasa mematuhi perintah suaminya serta tidak melakukan perkara yang dilarang dan tidak disukai oleh suaminya. Isteri hendaklah mengetahui dan memahami tanggungjawab seorang suami tentang amanh yang diterima daripada Allah setelah mengahwininya. (Dr H. Ali Akhbar, 1997)

Seterusnya berusahalah menjadi wanita yang solehah kerana itulah sebaiknya sebagai seorang isteri. Hal ini telah dijelaskan oleh Allah SWT. :
Terjemahannya : Isteri-isteri yang solehah ialah mereka yang taat kepada Allah dan memelihara kehormatan diri dibelakang suaminya, oleh keran Allah telah memelihara mereka. 

Menjadi isteri solehah adalah seperti tidak menerima atau melayan lelaki lain ketika suami tiada di rumah. Masalah dalam rumahtangga mestilah dirahsiakan daripada diketahui oleh orang lain. Hal peribadi antara suami isteri juga mesti dijaga dan tidak boleh diceritakan kepada orang lain. Menjaga rahsia rumahtangga merupakan satu tugas yang berat namun mulia. Isteri juga berperanan untuk menstabilkan dan menyelamatkan rumahtangganya. Isteri mahupun seorang ibu merupakan tempat ketenangan dan kebahagiaan bagi si suami dan anak-anak. Oleh itu perannan isteri adalah mewujudkan, mengembangkan, dan mengekalkan rasa kasih sayang antara keluarganya. (Dr H. Ali Akhbar, 1997)

POLIGAMI

Maksud poligami :

Poligami adalah berkahwin lebih daripada seorang isteri berbanding dengan monogami, iaitu berkahwin hanya seorang isteri. Di dalam Islam diharuskan berpoligami itu seramai empat orang saja dengan syarat-syarat tertentu. (Haji Said, 400 Soal Jawab Nikah Kahwin, 1984) 

Hukum berpoligami :
Hukum poligami dalam Islam adalah harus, tetapi keharusannya bukan secara mutlak serta disyariatkan dengan syarat-syarat tertentu. Ertinya bagi yang mampu boleh berpoligami dan juga boleh meninggalkannya. Jika tidak mampu, maka wajib ditinggalkan dan jika melakukannya, ia dikira berdosa kerana tidak mungkin mampu memenuhi kewajipannya. Bilangan empat orang isteri itu merupakan batas maksima diperbolehkan berpoligami seperti yang telah diingatkan oleh Rasulullah SAW., (Haji Said, 400 Soal Jawab Nikah Kahwin, 1984)

“pilihlah di antara mereka empat orang saja” (Abu Dawud) 

 Menurut nas Al Quran surah An-Nisa’ Ayat 3, syarat-syarat dalam Islam yang mengharuskan seseorang itu berpoligami ialah melakukan keadilan di kalangan isteri-isterinya. Dan tidak membeza-bezakannya. Keadilan itu seperti member nafkah makan, minum pakaian dan tempat kediaman juga bilangan hari giliran dan layanan terhadap isteri-isterinya. (Haji Said, 400 Soal Jawab Nikah Kahwin, 1984) 

MENJADIKAN RASULULLAH SAW. SEBAGAI CONTOH TELADAN

Rasulullah SAW. merupakan contoh teladan yang baik di dalam mengatur pergaulan dengan isteri-isteri baginda. Baginda meinginkan kebaikan dan merealisasikan keadilan di kalangan mereka. (Prof Doktor Ibrahim, 2004)

Pembahagian yang adil. Seorang suami mestilah berusaha untuk membahagikan masa dikalangan isteri-isterinya. Rasulullah SAW. Mengatur satu hari untuk setiap isteri. Disamping itu, hendaklah berlaku keadilan dalam memberikan nafkah, bersifat lembut, menunjukkan muka yang manis dan sifat yang mulia. (Prof Doktor Ibrahim, 2004)

Seterusnya, menghormati pendapat isteri. Rasulullah SAW. Menerima pandangan isteri baginda dalam perkara yang tidak dipersetujui dan baginda tidak marah kepada mereka. Oleh itu, seorang suami haruslah mencontohi teladan baginda. Adalah lebih baik jika berbincang sesama sebagai satu keluarga. Baik dan buruk sesuatu pandangan haruslah diteliti agar tidak salah membuat sebarang keputusan. Oleh itu, mereka dapat meluahkan rasa hati dan pendapat diatas ketidakpuasan mereka terhadap sesuatu perkara mahupun keputusan yang telah di buat oleh si suami. Dengan itu, isteri-isteri tidak akan mempunyai perasaan tidak puas hati mahupun kecewa dan boleh mengelakkan daripada bermasam muka sesama mereka. Suami juga akan lebih mudah memahami perasaan isteri-isterinya dan akan sentiasa perbaiki diri. (Prof Doktor Ibrahim, 2004)

Selain itu, Rasulullah juga membantu dalam kerja-kerja rumah isteri-isterinya. Suami haruslah membantu meringankan beban isteri. Maka sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban yang tertanggung oleh isteri. Malah isteri juga akan lebih mudah untuk meneruskan kewajipannya yang lain. (Prof Doktor Ibrahim, 2004)

PENUTUP
Perkahwinan adalah sifat semulajadi manusia dan manusia yang bersifat waras akan mempunyai keinginan untuk mendapat zuriat keturunan. Perkahwinan dapat mencegah daripada kerosakan akhlak dalam masyarakat disamping mengelakkan dari kekacauan dan kerosakan keturunan mereka. Manakala perkahwinan dari sudut psikologi pula boleh menyubur dan mendalamkan perasaan cinta dan tanggungjawab antara lelaki dan perempuan serta memupuk semangat perjuangan untuk keluarga dan masyarakat Islam. 

Islam menggalakkan perkahwinan, tetapi Islam tidak mengharuskan sama sekali perkahwinan kepada perempuan yang haram dikahwini olehnya. 

Poligami merupakan satu cara untuk seseorang lelaki berkahwin lebih daripada seorang isteri. Agama Islam tidak mengharamkan poligami dan tidak pula mengharuskannya secara mutlak tanpa syarat. Tetapi Agama Islam telah menentukan syarat-syarat yang mengharuskan poligami dan membataskan bilangannya. Hikmah agama Islam mengharuskan poligami adalah kerana keadaan masa dan hajat umat manusia seluruhnya di dalam setiap masyarakat. 
Bibliography
Dr H. Ali Akhbar. (1997). Merawat Cinta Kasih Sayang. Bandar Baru Bangi, Selangor: Citra Publishing Sdn. Bhd. 
Fatimah Haji Omar. (1997). Soal-Jawab Bakal Pengantin Khusus Untuk Wanita. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers. 
Haji Abd Kadir, H. A. (2002). Sejarah Falsafah Perkahwinan. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers. 
Haji Said, H. I. (1984). 400 Soal Jawab Nikah Kahwin. Gong Badak, Kuala Terengganu: Pencetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd. 
Prof Dokltor Ibrahim, S. (2004). Tuduhan Tidak Berasas Terhadap Perkahwinan Dan Poligami Rasulullah SAW. dan Jawapan Terhadapnya. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers. 

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
abdazizharjin.blogspot.com
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
04-9882701 (P)
04-9882597 (R)
013-4006206 (H)

Tarikh: 2/02/2015