Akhlak Mazmumah Dalam Era Ini

Disediakan Untuk :
Ustaz Abd Aziz Bin Harjin
Pensyarah Pendidikan Islam

Disediakan Oleh :
Nor Ainaa Adilah Binti Zohri
2014286078

PENDAHULUAN

Dalam era globanisasi kini, akhlak manusia memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian. Akhlak boleh didefinisikan sebagai budi pekerti yang mulia. Akhlak terbahagi kepada dua jenis iaitu akhlak mahmudah dan akhlak mazmumah. Dalam tugasan yang saya laksanakan adalah mengenai akhlak yang tercela iaitu akhlak mazmumah. Akhlak mazmumah boleh didefinisikan sebagai budi pekerti yang kurang mulia. Terdapat beberapa akhlak mazmumah yang sempat saya huraikan iaitu marah, takabbur dan dengki. Akhlak yang pertama ialah marah iaitu perasaan yang boleh mengakibatkan terjadinya sifat- sifat tercela yang lain. Marah terjadi apabila kita berada dalam emosi yang tidak menentu. Seterusnya, akhlak yang kedua adalah takabbur. Takabbur terjadi apabila kita merasakan bangga diri dan merasakan dirinya itu hebat diantara orang lain. Akhlak yang ketiga adalah dengki. Dengki ini terjadi akibat perasaan iri hati yang ada dalam diri ini. Konklusinya, terdapat beberapa sebab, cara mencegah dan juga akibat yang terjadinya akhlak mazmumah ini.

MARAH

Sesungguhnya marah itu ialah nyalaan api yang bersumberkan daripada api Allah yang menyala berkobar-kobar serta menjulang tinggi sehingga ke ulu hati. Ia adalah seperti bara yang berada di lubuk jantung dan bagaikan terperosoknya suatu bara di bawah abu. Marah itu berpunca daripada sifat bongkak yang terpendam di dalam hati setiap orang yang curang dan derhaka, sebagaimana memancarkan api daripada batu yang dipukulkan pada besi. (Abul Qasim Abdul Karim Hawazin Al-Qusyairi An-Naisabur, 2007)

 Barangkali, api yang menyala itulah terjadinya syaitan. Tambahan pula, menurut penyelidikan pihak tertentu mengatakan bahawa manusia mudah terpedaya dengan pujukan dan hasutan syaitan yang terlaknat. (Drs. Moh. Thalib, 1983)

 Oleh sebab itu, sesiapa yang dipengaruhi dengan api kemarahan bererti hubungnya dengan syaitan semakin erat, sebagaimana disebutkan dalam al Quran :
Maksudnya : Allah berfirman: "Apakah penghalangnya Yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (Wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang Dia Engkau jadikan dari tanah. "
( Surah al-A’raf : 12 )

 Selain itu, Abu Hurairah meriwayatkan bahawa seorang lelaki telah datang mengunjungi Rasulullah SAW, kemudian berkata: Wahai Rasulullah ! Berilah aku perintah untuk mengerjakan suatu amalan yang baik, tetapi aku harap yang sedikit sahaja. “ Baginda lalu bersabda kepadanya :

 Ertinya : “ Jangan engkau marah. “  ( Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim )

Orang itu meminta supaya diulangi, mungkin terdapat lanjutan, tetapi Rasulullah tetap menyuruh satu perkara itu sahaja, iaitu : “ Jangan marah. ” Rasulullah SAW juga pernah bersabda:
Ertinya: “ Apakah yang akmu anggap sebagai orang yang kuat bergelut. ’ Kita (para sahabat) menjawab: “ Iaitu yang tidak dikalahkan oleh orang lain dalam pergelutan. “ Baginda kemudian bersabda lagi: “ Bukan itu, yang disebut orang yang kuat bergelut ialah orang yang dapat menahan hatinya di waktu marah, “ ( jadi bergelut dengan kemarahan hatinya sendiri sehingga menang ).  ( Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim )  (Abul Qasim Abdul Karim Hawazin Al-Qusyairi An-Naisabur, 2007)

Keterangan yang dapat dibuat dalam hadis ini adalah kuat dalam kesanggupan untuk melawan hawa nafsunya, mencegah dari membuat kejahatan, serta menahan nafsu, menyerang banyak lawan-lawannya dan mengalahkan keinginan yang diinginkan oleh orang lain. Jelaslah bahawa, melawan nafsu itu lebih sukar daripada mengalahkan musuh. Hal ini demikian kerana marah ialah dorongan hati yang keluar berupa tindakan balas dendam terhadap orang lain. Sebagai contoh, jika ada sesuatu perkataan yang menyebabkan kemarahan, dan keinginan untuk membalas dendam terhadap orang yang menyebabkan marah, maka hendaklah dicegah secepat mungkin.
 Nabi SAW bersabda lagi : “ Tidaklah seseorang marah, melainkan ia mendekati jahanam! “. (Drs. Moh. Thalib, 1983)

 Antara sebab yang menimbulkan kemarahan adalah kerana adanya rasa tinggi diri, rasa kebanggan diri, rasa takjub pada peribadi sendiri, suka bergurau senda yang melampaui batas, suka bercakap kosong, banyak bicara yang tidak berguna, suka mencederakan orang, berkhianat, sangat tamak pada harta atau pangkat dan tidak dapat mengendalikan syahwat kepada wanita yang tidak semestinya. Sifat-sifat seperti yang terdapat di atas merupakan budi pekerti yang rendah dan tercela menurut syariat. Oleh sebab itu, perkara yang lebih penting untuk dilaksanakan dahulu ialah menghilangkan kesemuanya itu dengan cara memenangkan lawan kepada sifat-sifat tersebut. (Abul Qasim Abdul Karim Hawazin Al-Qusyairi An-Naisabur, 2007)

Seterusnya, rasa marah merupakan naluri manusia, yang bias timbul bila ada sesuatu maksud yang terhalang. Rasa marah boleh diketahui dengan merahnya muka dan mata kerana darah yang terbakar. Marah yang terpendam boleh terwujud caci dan maki dibelakang orang yang dimarahinya dan marah yang dikeluarkan dalam tindakan yang boleh berupa pembunuhan, pemukulan dan sebagainya. (Imam Ghazali, Pedoman Orang Saleh, 1985)

Namun begitu, cara mencegah kemarahan oleh Rasulullah saw. diberi beberapa petunjuk diantaranya adalah pada waktu marah segera pergi mandi atau mengambil wuduk, mengucapkan “a’udzu billah”, berdiam diri dan duduk dan kalau dalam reda marahnya supaya tidur. (Ustaz Johari Yaman, 2012)

Allah Subhanahu wa Taala telah berfirman :

Maksudnya : 133. dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal Yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga Yang bidangnya seluas Segala langit dan bumi, Yang disediakan bagi orang-orang Yang bertaqwa;
134. Iaitu orang-orang Yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang Yang menahan kemarahannya, dan orang-orang Yang memaafkan kesalahan orang. dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang Yang berbuat perkara-perkara Yang baik;( Surah Ali Imran : 133-134)

Dalam ayat di atas jelas dinyatakan bahawa orang-orang yang menahan kemarahannya itu termasuk dalam golongan kaun muttaqin iaitu orang-orang benar-benar takut kepada Allah dan sesungguhnya pengampunan daripada Allah akan mereka perolehi kerana kelakuan mereka yang baik itu. Selain itu, mereka akan mendapat pahala berupa syurga. (Abul Qasim Abdul Karim Hawazin Al-Qusyairi An-Naisabur, 2007)

TAKABBUR
Takabbur bermaksud sifat sombong, bongak atau berasa dirinya lebih tinggi daripada orang lain, baik dari aspek kedudukan, keturunan, kesempurnaan bentuk dan sebagainya. Selain itu, takabbur juga boleh didefinisikan sebagai sifat dalam diri seseorang yang timbul kerana melihat kepada dirinya sahaja. Orang memiliki sifat seperti ini merupakan orang yang mengatakan pendapatnya boleh menimbulkan sakit hati orang alin. (Abul Qasim Abdul Karim Hawazin Al-Qusyairi An-Naisabur, 2007)
 Oleh sebab itu, Nabi SAW berdoa: “ Aku berlindung denganMu dari bisikan kesombongan, ”
Dalam pada itu, Allah SWT telah menggambarkan melalui firman-Nya: Maksudnya : 146. Aku akan memalingkan (hati) orang-orang Yang sombong takbur di muka bumi Dengan tiada alasan Yang benar dari (memahami) ayat-ayatKu (yang menunjukkan kekuasaanKu); dan mereka (yang bersifat demikian) jika mereka melihat sebarang keterangan (bukti), mereka tidak beriman kepadaNya, dan jika mereka melihat jalan Yang (membawa kepada) hidayah petunjuk, mereka tidak mengambilnya sebagai jalan Yang dilalui. dan sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus mengambilnya sebagai jalan Yang dilalui. Yang demikian itu, kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya. (Surah al-A’raf : 146)

Firmannya lagi: Maksudnya : “... Demikianlah Allah memeteraikan atas hati setiap orang yang sombong takabbur, lagi bermaharajalela pencerobohannya!” (Surah Mukmin : 35)

Di samping itu, petikan daripada nas-nas hadis yang menerangkan tentang sikap takabbur dan bangga diri yang keji dan hinanya iaitu Rasulullah SAW telah bersabda : “ Allah Taala telah berfirman (dalam hadis Kudsi):

 Ertinya : “ Allah berfirman, “ Kesombongan adalah selendang-Ku dan kebesaran adalah pakaian-Ku, maka sesiapa menyamai-Ku salah satu daripada kedua-duanya, maka pasti Aku lemparkan dia ke dalam neraka jahanam dan tidak akan Aku pedulikan lagi. ”
(Diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud) (Drs. Moh. Thalib, 1983)

 Seterusnya, takabbur terbahagi kepada dua iaitu yang batin dan yang zahir. Maksud yang batin ialah berupa pekerti di dalam hati dan yang zahir ialah berupa kelakuan-kelakuan yang keluar dari anggota badan. Kelakuan-kelakuan yang dimaksudkan mempunyai banyak bentuknya dan susah untuk diklasifikasikan. Terdapat beberapa keburukan sifat takabbur dan juga kerosakan yang berpunca daripadanya. Hal ini berdasarkan Rasulullah SAW melalui sabdanya :

Ertinya : Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat seberat biji sawi daripada sifat kesombongan. ” ( Diriwayatkan oleh Muslim )

Maka, sifat takabbur itu dapat menjadi batu penghalang untuk memasuki syurga. Hal ini kerana, sifat tercela itu merupakan batas pemisah antara seseorang dengan akhlak dan budi pekerti kaum mukmin seluruhnya. Tambahan pula, takabbur itu sendiri menyebabkan pintu-pintu tersebut tertutup. Jelaslah, takabbur adalah berasa tinggi diri melebihi orang lain. (Drs. Moh. Thalib, 1983)

Seterusnya, seseorang yang takabbur juga tidak mempunyai perasaaan cinta sesame saudaranya yang mukmin sebagaimana cintanya pada dirinya sendiri. Hal ini timbuk apakala, orang itu tidak bersifat tawaduk atau merendahkan diri seperti yang diperintahkan agama. Orang seperti ini juga tidak dapat meninggalkan sifat dendam dan tidak juga dapat dipercayai, baik perbuatan ataupun ucapan. Di samping itu, orang yang mempunyai sifat tercela ini juga sukar meninggalkan kemarahan, sukar menahan marahnya, sukar pula menghilangkan kedengkian dari dalam hatinya, juga tidak dapat menghindarkan diri, daripada kegemaran mengejek orang lain atau kesukaan mengumpat. (Ustaz Johari Yaman, 2012)

Selain itu, bentuk takabbur yang paling buruk ialah yang menyebabkan seseorang tidak suka menggunakan manfaat terhadap sesuatu ilmu yang diterima tidak suka menerima apa-apa yang hak dan bahan dan tidak suka mengikuti jalan yang benar. Antara punca asasanya ialah kerana mempunyai perasaan menganggap orang lain kecil, mengganggap orang lain kurang atau tidak berharga sama sekali jika dibandingkan dengan dirinya serta anggapan hina pada orang itu. Orang seperti ini melihat dirinya sendiri yang dianggap amat mulia, terhormat dan menglebihi orang lain dalam segala hal. Sebagai contoh, Rasulullah SAW menjelaskan dua jenis sifat yang merupakan himpunan daripada kesombongan iaitu :

Ertinya: “ Takabbur itu ialah menolak kebenaran dan menghina makhluk. ” (Diriwayatkan oleh Muslim, al-Baihaqi, Ahmad dan at-Tirmizi)

Dalam hadis di atas disebutkan dua jenis keburukan iaitu menolak atau enggan menerima serta mengikuti apa-apa yang benar, sedang yang kedua ialah menganggap hina, rendah dan kecil pada orang lain, padahal dia adalah sesame makhluk Allah. (Imam Ghazali, Pedoman Orang Mukmin, 2000)

Ironinya, setiap orang yang menghina saudaranya sesame Islam, mengejek, menganggap bahawa dirinya lebih baik berbanding yang lain, suka menolak kebenaran, sedangkan dia telah mengetahui bahawa itulah yang benar, orang itulah yag mempunyai sifat kesumbangan dan mengabaikan hak-hak Allah, tidak mentaati apa yang diperintahkan Allah. (Abul Qasim Abdul Karim Hawazin Al-Qusyairi An-Naisabur, 2007)

Selain itu, kesombongan yang dimiliki seseorang itu boleh membuatkan dia tidak mahu tunduk kepada perintahNya, maka itu adalah kufur mutlak. Kesombongan, kemegahan, kebanggaan dan berasa diri mulia dan tinggi adalah bahaya yang pertama untuk siafat tercela ini kerana tidak sesuai melainkan untuk Allah untuk merampas slah satu sifat yang baginya adalah tidak sesuci untuk mengenakannya. Senario ini perisis dengan perumpamaaan seperti orang hamba yang cuba untuk mendapatkan mahkota rajanya, kemudian dipakaikan di kepala, duduk dia atas singgahsana dan berlagak seolah-olah dia adalah raja yang patut dihormati. Intihanya, kita perlu sedar bahawa semua makhluk adalah hamba Allah. Oleh sebab itu, dia sendiri berhak memiliki sifat Maha Besar, Maha Sombong dan Maha Agung. (Abul Qasim Abdul Karim Hawazin Al-Qusyairi An-Naisabur, 2007)

Seterusnya, cirri bahaya kedua ialah seseorang yang mendengar adanya hak yang dating dari siapa pun daripada hamba Allah, kemudian enggan menerimanya, menunjukkan penderhakaan dan kebencian dan menolaknya dengan acuh tak acuh, maka orang berbuat demikian, tidak lain sebabnya hanyalah kerana berasa dirinya tinggi dan agung, sedang orang lain dianggapnya hina dan kecil, sehingga dia enggan mengikuti kebenaran yang dibawa itu. (Imam Ghazali, Pedoman Orang Takwa, 1995)

Orang yang merasakan dirinya agung, tentulah yakin bahawa dirinya mempunyai sifat kesempurnaan. Kesempurnaan yang dirasakan ada dalam dirinya itu merupakan kesempurnaan dalam keagamaan seperti ilmu pengetahuan serta amal ketaatan dan ibadat, sedang kesempurnaan dalam keduniaan itu seperti keturunan, ketampanan, pengikut dan sebagainya. (Drs. Moh. Thalib, 1983)

Tambahan pula, kesan-kesan takabbur kepada orang yang memiliki sifat tersebut antaranya kesombongan yang Nampak ialah pada acar berpakaian. Disitu menonjollah sifat takabbur itu. Tanda kesombongan ini ialah kegemaran berhias untuk dipertontonkan kepada orang ramai dengan tujuan untuk memperolehi kemasyhuran dan ketinggian pandangan. Walau bagaimanapun jikalau diniatkan semata-mata untuk menampakkan kebaikan dan kekemasan diri dan tiada maksud lain, makakan itu buakn termasuk dalam golongan takabbur. (Abul Qasim Abdul Karim Hawazin Al-Qusyairi An-Naisabur, 2007)

Lebih-lebih lagi, menghilangkan sifat yang amat merosakkan ini hukumnya adalah fardu ain iaitu setiap orang wajib berusaha menghilangkannya. Terdapat beberapa cara-car untuk mengubati siafat ini. Cara-cara tersebut perlu mengalami ujian empat perkara ini. (Abul Qasim Abdul Karim Hawazin Al-Qusyairi An-Naisabur, 2007)

Perkara yamg pertama ialah menguji dirinya di waktu berdebat dengan lawan hingga nyata apakah ia marah kerana lawannya benar, dan apakah ia mahu mempertahankan juga keunggulan dirinya, atau tidak, sekalipun ternyata bahawa dirinya sendiri. Perkara yang ketiga ialah ia membawa sendiri barang-barang keperluannya kerumahnya samaada yang bberupa makanan dan lainnya dan juga membuat pekerjaan dirumahnya bersama pembantu dan makan bersama-sama mereka. Perkara yang terakhir ialah memakai pakaian yang sederhana di hadapan orang ramai. (Abul Qasim Abdul Karim Hawazin Al-Qusyairi An-Naisabur, 2007)

Akhir sekali, terdapat beberapa isi yang telah diterangkan untuk sifat sombong ini. Antara cirinya ialah definisi, keburukan, bentuk takabbur dan kesan-kesan takabbur. Ini memberi kita banyak informasi mengenai takabbur. Tambahan pula, kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan dalam diri. Oleh sebab itu, kita hendaklah mengambil iktibar tentang sifat sombong itu. (Abul Qasim Abdul Karim Hawazin Al-Qusyairi An-Naisabur, 2007)

DENGKI
Hasad dengki itu merupakan hasil daripada sifat dendam yang terkutuk dan tercela. Hasad dengki juga itu sendiri akan menghasilkan berbagai sifat terkutuk dan tercela sehingga sukar untuk dihuraikan satu persatu kerana terlalu banyak. Terdapat banyak hadis yang menghuraikan tentang keburukan sifat hasad dengki, seperti sabda Rasulullah SAW:

Ertinya: “ Janganlah kamu berdengki - dengkian, memutuskan hubungan persaudaraan, benci membenci, membelakangi musuh dan jadilah kamu semua hamba Allah yang bersaudara, sebagaimana yang diperintahkan Allah kepada kamu semua. ( Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibnu Majah )

Seterusnya, antara beberapa atsar ialah ucapan sebahagian ulama salaf, ucapnya: “ Sesungguhnya permulaan segala kesilapan itu ialah kedengkian. Iblis dengki kepada Adam a. s. kerana kedudukan yang diperolehinya, sehingga menyebabkan ia enggan menghormatinya. Jadi ia didorong oleh sifat dengkinya sehingga melakukan suatu maksiat yang besar. “ (Abul Qasim Abdul Karim Hawazin Al-Qusyairi An-Naisabur, 2007)

Tambahan pula, dengki juga hanya berkenaan dengan nikmat jika Allah memberikan nikmat-Nya kepada saudaramu, maka kamu boleh mempunyai perasaan antara dua ini iaitu berkemungkinan kamu tidak senang melihat nikmat itu ada padanya dan juga mengharapkan ia hilang daripada diri saudara kamu itu. Jika kamu mempunyai perasaan begitu, namanya ‘dengki’. Walau bagaimanapun, kamu juga mungkin tidak senang, tetapi tidak benci kepada saudara kamu itu yang mendapat nikmat itu, bahkan kamu berharap diri kamu sendiri dapat menjadi seperti saudara kamu itu, maka perasaan seperti ini dinamakan “ iri hati ”. (Drs. Moh. Thalib, 1983)

Selain itu, sikap dengki akibat dendam, sedangkan dendam adalah akibat marah. Nabi SAW. bersabda : Ertinya : “ Sifat dengki memakan kebaikan-kebaikan sebagaimana api memakan kayu yang kering. “  ( Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibnu Majah ) (Imam Ghazali, Pedoman Orang Mukmin, 2000)

Apa yang difahamkan daripada sabda Rasulullah SAW, tentang dengki yang ada merupakan dosa pertama yang dianggap derhaka kepada Allah. Oleh disebabkan semasa Allah menyuruh iblis sujud kepada Adam ia menolak, maka dengan itu ia telah derhaka kepada Allah, lalu ia diusir dan lahirlah segala bencana, cobaan mahupun fitnah kepada manusia. (Drs. Moh. Thalib, 1983)

Hakikatnya ialah apabila seseorang dalam keadaan orang yang hasad, dengki dan iri hati, ia tidak suka dan selalu merasa iri hati atas pemberian Allah terhadap orang lain sesamanya. Sebagai contoh, ia tidak suka orang lain mendapat ilmu pengetahuan, kesenangan, kekayaan, kecintaan dalam hati manusia ramai, kemasyhuran atau lain-lain bahagiannya yang dikurniakan oleh Allah kepada orang itu. Maka kadang-kadang mahu rasanya ia merampas dan memusnahkan semuanya dengan berbagai cara yang mungkin. (Imam Ghazali, 1995)

Perasaan dengki hukumnya haram yang mana dibolehkan kepada orang kafir atau fasiq yang menggunakan nikmat Allah untuk berbuat dosa dan derhaka, fitnah, merosakkan orang yang baik-baik serta mengganggu masyarakat. Tentang haramnya dengki ini, dapat diketahui daripada hadith Nabi SAW. disebabkan dengki bererti marah terhadap ketentuan Allah dan kebijaksanaan-Nya di dalam memberikan pemberian kepada para hamba yang dikehendaki-Nya. Kerana itu ada sajak yang mengatakan : Ertinya : “ Wahai! Katakan kepada orang yang dengki padaku, tahukah engkau gerangan siapa yang kurang ajar? (iaitu) engkau kurang ajar kepada Allah mengenai perbuatan-Nya kerana engkau tidak rela dengan pemberian-Nya kepadaku”. (Drs. Moh. Thalib, 1983)

Terdapat dua kategori atau jenis hasad iaitu benci kepada seseorang yang memperolehi sesuatu nikmat dan mengharapkan-harapkan agar nikmat itu segera lenyap daripadanya dan juga tidak menginginkan nikmat itu lenyap daripada orang yang memperolehinya, tetapi dia sendiri menginginkan agar nikmat itu dimilikinya sebagaimana yang diperolehi oleh orang tadi. Ini dinamakan ghibthah. (Abul Qasim Abdul Karim Hawazin Al-Qusyairi An-Naisabur, 2007)

Sifat yang pertama iaitu benci kepada seseorang yang memperolehi sesuatu nikmat dan mengharap-harapkan agar nikmat itu segera lenyap daripadanya adalah haram hukumnya dalam segala hal, kecuali sesuatu nikmat yang dimiliki oleh seorang yang derhaka dan digunakan sebagai alat untuk melakukan maksiat, seperti membuat kerosakan atau menyakiti orang lain. Nas-nas agama yang menerangkan haram hasad yang sedemikian itu sudah dihuraikan sebelum ini. Hasad yang berupa kebencian seperti di atas itu sama halnya dengan memarahi ketentuan atau kepastian Allah yang memberikan kelebihan kepada seseorang hamba-Nya yang lain. (Abul Qasim Abdul Karim Hawazin Al-Qusyairi An-Naisabur, 2007)

Untuk menunjukkan orang-orang yang hasad itulah al Quran menerangkan : Maksudnya: kalau kamu beroleh kebaikan (kemakmuran dan kemenangan, maka Yang demikian) menyakitkan hati mereka; dan jika kamu ditimpa bencana, mereka bergembira dengannya. dan kalau kamu sabar dan bertaqwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah meliputi pengetahuannya akan apa Yang mereka lakukan.  ( Surah Ali Imran : 120)

Kegembiraan sebagaimana dinyatakan sebelum ini dinamakan syamatah iaitu gembira yang
timbul sebab mendengar atau mendengar atau melihat adanya suatu kesusahan, kecelakaan, kemalangan atau bencana yang menimpa orang yang dianggap sebagai saingan atau lawan. Hasad dan syamatah itu selalu beriringan dan berhubung erat.

Sementara itu Allah Taala memberikan misal melalui firman-Nya: Maksudnya : “... dan tidak ada pula Dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa Yang telah diberi kepada orang-orang Yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang Yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri,.. “.  ( Surah al-Hasyr: 9) (Abul Qasim Abdul Karim Hawazin Al-Qusyairi An-Naisabur, 2007)

Seterusnya masalah yang kedua yang disebut ghibthah itu diperkenankan agama, asalnya yang dimaksudkan itu ialah menginginkan agar dirinya juga memperolehi nikmat sebagaimana yang diperolehi saudaranya, dan sama sekali tidak mengingin agar nikmat tadi lenyap daripada saudaranya itu, juga tidak membenci jikalau nikmat tadi kekal di tangan saudaranya tadi, sekalipun dia sendiri belum mendapatnya.

Orang yang suka hasad dan dengki akan menderita hukuman lahir dan batin, tidak akan mendapat rahmat, selalu merasa tidak puas dan tidak tahu berterima kasih, sentiasa terseksa dalam dunia, padahal dunia tidak pernah berkurangan dari kawan-kawan dan kenalan-kenalan yang dikurniakan dengan ilmu pengetahuan, kekayaan dan kekuasaan. Oleh sebab itu, penderitaan-penderitaan lahir dan batin akan selalu menimpa orang-orang yang mempunyai sifat hasad dan dengki disepanjang hayatnya. (Imam Ghazali, Pedoman Orang Takwa, 1995)

Di samping itu, dengki mempunyai banyak sebab, iaitu permusuhan, membanggakan diri, kebencian, kesombongan dan takut atas luputnya tujuan-tujuan yang disukai, cita-cita kepemimpinan, jiwa yang buruk dan sifat bakhil. Semua itu adalah antara ciri sifat yang tercela dan ubatnya ialah anda ketahui bahawa kedengkian membahayakan dirimu di dunia dan akhirat. Adapun di dunia maka disebabkan anda terganggu olehnya. Ia menjadi teman tidurmu, tidak berpisah denganmu malam dan siang. Adapun dalam agama, maka ia bererti tidak menyukai nikmat Allah dan itu merupakan pahala baginya dan dosa yang tertulis atas dirimu. Apabila anda ketahui itu dan tidak menjadi teman dari musuhmu, maka anda harus memaksa diri untuk membuang sifat dengki.

Diriwayatkan oleh Al-Hasan secara marfu’ dan mauquf bahawa Nabi SAW. bersabda: “ Tiga macam sifat pada orang mukmin dari mana ia mempunyai jalan keluar, dan jalan keluarnya dari sifat dengki ialah tidak mengharapkan kenikmatan orang lain. ” (Imam Ghazali, Pedoman Orang Mukmin, 2000)

PENUTUP
Dengan demikian akhlak tercela dapat diertikan sebagai perangai, tabiat, watak yang patut dikecam, dihujat dan dibenci. Akhlak mazmumah yang dapat saya huraikan adalah marah, takabbur dan dengki. Akhlak mazmumah ini mempunyai ciri-cirinya tersendiri iaitu definisi, akibat, kesan dan cara mencegah. Imam Ghazali berpendapat bahwa akhlak tercela adalah segala tingkah laku manusia yang dapat membawanya kepada kebinasaan dan kehancuran diri, yang tentu saja bertentangan dengan fitrahnya untuk selalu mengarah kepada kebaikan. Oleh sebab itu, kita hendaklah mengambil iktibar dan pengajaran dari kesan-kesan jika kita mempunyai akhlak mazmumah ini.

RUJUKAN

Abul Qasim Abdul Karim Hawazin Al-Qusyairi An-Naisabur. (2007). Risalah Qusyairiyah. Jakarta: Pustaka Amani.
An-Naisabur, A. Q. -Q. (2007). Risalah Qusyairiyah. Jakarta: Pustaka Amani.
Drs. Moh. Thalib. (2007). Sifat dan Sikap Tercela dalam Islam. Surabaya: Pt. Bina Ilmu.
Imam Ghazali. (2000). Pedoman Orang Mukmin. Singapura: Pustaka Nasional Pte Ltd.
Imam Ghazali. (1985). Pedoman Orang Saleh. Singapura: Pustaka Nasional Pte Ltd.
Imam Ghazali. (1995). Pedoman Orang Takwa. Singapura: Pustaka Nasional Pte Ltd.
Ustaz Johari Yaman. (2012). Bimbingan Mukmin. Selangor: Nadi Minda Resources.


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
abdazizharjin.blogspot.com
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
04-9882701 (P)
04-9882597 (R)
013-4006206 (H)

Tarikh: 30/01/2015