Sejarah Dan Perjuangan Rasulullah SAW

Disediakan Untuk :
Ustaz Abd Aziz Bin Harjin. 

Disediakan Oleh :
Wan Nur Aisyah Binti Haji Abdul Raof. 
2014673068 

Pendahuluan
Manusia manakah di dunia ini, yang namanya disebut setiap hari oleh jutaan manusia ? Ia tidak lain adalah manusia yang agung dan suci, yang maksum, yang kehadirannya telah memporak-perandakan sistem kejahiliyahan pada masa itu, dan seterusnya menyinari seluruh penjuru dunia. 

Apakah dunia mengenali peribadi besar selain Muhammad SAW ? Insan luhur yang bagaimanakah Muhammad itu ? Ya, dialah peribadi unggul, peribadi yang dicorakkan oleh wahyu dan dibesarkan dalam sinaran cahaya iman yang tidak akan padam sehinggalah dunia ini kiamat. 

Kelahiran nsane suci ini, kematian ibunya Aminah ketika ia baru berumur enam tahun, pengasuhan oleh datuk dan selepas itu oleh bapa saudaranya. 

Pemergiannya ke Gua Hira’ dan wahyu Ilahi yang kemudian turun, seruannya kepada agama Allah, penentangan orang-orang kafir terhadapnya, ketabahan dan kesabarannya yang terus-menerus dalam meninggikan Risalah Allah, merupakan peristiwa-peristiwa yang tak ada bandingannya. 

Tiga belas tahun permulaan kenabiannya di Mekkah hingga masa hijrahnya, sepuluh tahun kerja-kerja membina tapak empayar yang kukuh di Madinah, keikut sertaanya dalam banyak peperangan melawan kaum Musyrikin, dan akhir sekali pembebasan kota suci Mekkah dan penaklukan wilayah-wilayah di seluruh tanah Arab. 

1. Kelahiran Nabi Muhammad SAW
-Muhammad Dilahirkan
Tepat pada hari Isnin tanggal 12 Rabiulawal bertepatan 20 April 571 Masihi alam semesta bergembira denga kelahiran seorang bayi suci yang akan menjadi Nabi akhir zaman. Menurut ahli ilmu falak Mesir, Mahmud Basya, kelahiran Nabi adalah tanggal 9 Rabiulawal tahun Gajah, bertepatan dengan 20 April tahun 571 Masihi. Bayi suci itu tidak lain adalah Nabi kita Muhammad. Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim bin Abdul Manaf bin Qusaiy bin Kilaab bin Murrah. 

Ketika bayi suci itu lahir, ibunya segera mengirimkan pada datuknya Abdul Muthalib. Kemudian beliau member nama bayi suci tersebut dengan nama Muhammad walaupun nama Muhammad merupakan sesuatu yang asing sekali bagi bangsa Arab. Namun beliau mengharapakan agar bayi itu kelak akan terpuji baik di langit mahupun di dunia (Muhammad ertinya terpuji). 

-Penyusuan Nabi

Nabi disusui oleh Suwaibah pada awalnya, hamba wanita Abu Lahab selama beberapa hari. Kemudian Abdul Muthalib memberikan cucunya yang paling disayangi itu kepada seseorang ubu susu yang datang dari dusun (Kampung Badwi) seperti kebiasaan bangsa Arab. Di samping pengaruh dusun sangat baik sekali bagi pertumbuhan akhlak si bayi dan bahasa di dusun masih lebih fasih daripada bahasa di kota. 

Waktu itu ada beberapa orang wanita datang dari dusun Bani Saad untuk mencari pekerjaan menyusukan anak bayi. Wanita Bani Saad sangat terkenal dengan pekerjaan mereka yang satu ini dan terkenal dengan kefasihan bahasanya. Di antara mereka yang datang itu adalah Halimatul Saadiah. Halimatul Saadiah tidak mendapatkan bayi orang kaya kerana itulah terpaksa beliau menerima bayi Abdul Muthalib yang miskin dan yatim. Nabi berada di dusun Bani Saad selama dua tahun. Selama itu keluarga Halimah hidunya sangat berbahagia dan rezekinya semakin bertambah. Keluarga itu sangat bersyukur kepada Allah SWT. 

2. Muhammad Dilantik Menjadi Rasul

-Tanda Akan Terutusnya Seorang Rasul

 Ketika Nabi Muhammad genap berusia empat puluh tahun, pada waktu dunia sedang diliputi oleh kabut kesesatan dan umat manusia sedang berada dalam lembah kebiadaban yang sukar untuk ditolong, pada saat itulah Allah menurunkan tanda diutusnya Nabi Muhammad. Demikianlah Sunnatullah jika dunia sedang tenggelam dalam kebejatan maka Allah menolongnya dengan mengutus seorang Nabi. Melihat keadaan Kota Makkah dan penduduknya yang tenggelam dalam kebejatan dan kemusyrikan, hati Nabi Muhammad sangat susah sekali. Kerana itu, Nai sering memencilkan diri di Gua Hira’ untuk mendekatkan diri kepada Allah. 

- Berdakwah Secara Sembunyi

Orang yang pertama sekali masuk Islam daripada kaum wanita adalah Khadijah. Khadijah sangat senang sekali kerana suami yang dicintainya diangkat Allah sebagai utusan-Nya. Selain Khadijah yang masuk Islam, Nabi berhasil mengajak Ali bin Abi Thalib dan Zaid bin Haritsah untuk masuk ke dalam Islam. Dengan keIslaman mereka bertiga bererti kini Nabi mendapatkan sokongan yang sekali dari keluarganya yang serumah dengan beliau. 

-Berdakwah Secara Terang-terangan

Dengan adanya perintah Allah, Rasulullah naik ke bukit Safa untuk memanggil Kaum Quraisy dengan suara yang lantang. Kaum Quraisy segera berkumpul, Rasulullah segera menyeru dan menyatakan bahawa di belakang gunung ada sepasukan kuda musuh yang akan membinasakan mereka sehingga kaum tersebut percaya. Nabi memberitahu bahawa baginda adalah seorang pemberi peringatan tentang akan datangnya seksa oleh Allah. 

3. Penghijrahan Rasulullah Ke Kota Madinah

-Suku Aus dan Khazraj

Kedua suku Arab penduduk asli kota Madinah iaitu Aus dan Khazraj. Suku Aus tinggal di sebelah selatan dan timur Kota Madinah. Suku Khazraj tinggal di bahagian tengah dan utara Kota Madinah. Semasa Nabi berhijrah kedudukan bangsa Arab Madinah makin bertambah kuat. Semua urusan Kota Madinah berada di tangan bangsa Arab. Seterusnya, Nabi singgah di Quba’ selama empat hari. Di sana beliau sempat mendirikan masjid yang terkenal dengan nama Masjid Quba’. 

-Membangun Masjid Nabawi dan Tempat Tinggal Nabi

Nabi Muhammad membeli tanah itu sepenuhnya sehingga dapat segera dibangunkan di atasnya Masjid Nabawi. Untuk pembangunan masjid itu beliau sendiri turut bekerja bersama Kaum Muslimin. Beliau juga membangunkan rumahnya di situ. Akhirnya gelombang hijrah ke Madinah itu makin besar. Hampir semua Kaum Muslimin di Makkah telah berhijrah menyusul beliau ke Madinah. Sebagai langkah selanjutnya, Nabi Muhammad mempersaudarakan antara Kaum Muhajirin dengan Ansar. 

- Nabi Membuat Perjanjian Antara Kaum Muhajirin dan Ansar dengan Yahudi

Selanjutnya, Nabi menulis sebuah surat perjanjian Kaum Muhajirin dan Ansar dengan Kaum Yahudi Madinah. Dalam perjanjian itu ditegaskan secara rambang penetapan tentang agama dan harta benda mereka serta syarat-syarat lain yang saling mengikat kedua belah pihak. Setelah Nabi dapat menguasai keadaan Kota Madinah dan dapat menjalankan program Islam, Kaum Muslimin setiap waktu solat berkumpul di masjid tanpa dipanggil. Nabi tidak suka meniru cara Kaum Nasrani mahupun Yahudi untuk memanggil jemaahnya dengan memakai trompet, loceng dan api tanda berkumpul. Allah member petunjuk pada Kaum Muslimin cara terbaik untuk mengumpulkan mereka waktu solat dengan cara azan. 

4. Perang Badar

- Kepentingan Perang Badar

Pada tahun kedua Hijriah terjadilah perang besar Badar. Perang tersebut merupakan peperangan yang menentukan eksitensi ( kewujudan ) umat Islam dan kelangsungan dakwah Islamiah sendiri. Bahkan tergantung padanya masa depan perikemanusiaan. Segala penaklukan dan kmenangan yang dicapai oleh umat Islam, bahkan berdirinya negara Islam itu sendiri semuanya sangat erat hubungannya dengan Perang Badar. Sebab terjadinya Perang Badar ialah ketika Nabi Muhammad mendengar berita ada kafilah dagang Quraisy yang dipimpin oleh Abu Sufyan bin Harb pulang dari Syam, kafilah dagang tersebut membawa harta dan dagangan yang besar. Sejak lama permusuhan antara Kaum Muslimin dan Kaum Quraisy terus berlangsung. Kaum Quraisy selalu berusaha untuk memusuhi Kaum Muslimin dan menghalangi tersiarnya Islam dengan segala cara. 

- Persiapan Sebelum Peperangan Dimulakan

Sebelum Perang Badar dimulai para sahabat membangunkan sebuah panggung untuk tempat Nabi SAW. Panggung tersebut dibangunkan di atas sebuah tempat yang tinggi agar baginda dapat menyaksikan jalannya peperangan dan langsung memberikan arahan pada pasukan yang sedang berjuang. Kemudian baginda memberikan isyarat tempat-tempat terbunuhnya musuh-musuh Islam sambil berkata, “ Ini tempat terbunuhnya Fulan “. Dengan kekuasaan Allah, mereka yang disebutkan namanya itu mati dan terbunuh di tempat yang diisyaratkan oleh Nabi tanpa ada yang tersasar seorang pun. Ketika barisan Kaum Musyrikin mulai datang dan kedua pasukan sudah saling Nampak baginda segera berdoa ; “ Ya Allah, inilah kaum Quraisy yang datang dengan segala kebongkakannya dan kesombongannya untuk memerangi Engkau dan mendustakan Rasul-Mu”. 

-Rasulullah Sebagai Panglima Perang

Rasulullah selain sebagai seorang Nabi yang bertugas menyampaikan risalah Allah kepada umat manusia beliau juga dapat menjadi seorang panglima perang yang mengerti selok belok dan taktik peperangan. Beliau juga mampu menolak serangan musuh dan menganggar jumlah tentera musuh beserta kelengkapannya dan dapat menentukan tempat-tempat bermarkasnya suatu pasukan. 

- Perang dan Patrol
Abu Sufyan yang telah bernazar tidak akan membasuh kepalanya dengan air sebelum dapat memerangi Kaum Muslimin keluar beserta dua ratus orang tentera Musyrikin dengan tujuan untuk membalas kekalahan tentera mereka di Badar. 

Abu Sufyan datang ke pinggiran Madinah, dimuliakan dan dijamu oleh Salam bin Misykam seorang pemuda Yahudi Bani Nadhir. Selama di banteng Yahudi itu Abu Sufyan mengumpulkan berita-berita Kaum Muslimin dari orang Yahudi Madinah. Kemudian Abu Sufyan mengirim sejumlah pasukan kecil untuk menganggu Kaum Muslimin. Mereka berhasil membunuh dua orang Ansar. Ketika Nabi mendengar berita penyerbuan itu beliau beserta sejumlah tentera Islam keluar ke perbatasan Kota Madinah untuk mengejar tentera Abu Sufyan. Namun nsane pada kali ini Abu Sufyan dapat terlepas daripada kejaran Kaum Muslimin setelah melemparkan perbekalan makanan yang berupa gandum ( Sawiq ). Kerana itulah perang tersebut dalam sejarah Islam dikenal dengan sebutan Perang Sawiq. Akhir sekali dalam peperangan ini, Kaab Ibnu Asyraf mati terbunuh di tangan mereka. 

5. Perang Uhud
- Semangat Jahiliah dan Balas Dendam 

Pemuka-pemuka bangsa Quraisy yang kematian salah seorang daripada ayah, anak mahupun saudaranya mereka merasakan kepedihan yang sangat dalam sekali. Mereka datang kepada Abu Sufyan menyusulkan untuk menggunakan keuntungan yang mereka peroleh dalam perdagangan untuk memerangi Kaum Muslimin. Usul itu diterima Abu Sufyan dengan baik. Mereka bersepakat untuk mengadakan penyerangan sekali lagi terhadap Kaum Muslimin. Untuk itu mereka menggunakan ahli-alhi syair untuk membakar semangat mereka yang terluka agar mahu membalas dendam kepada Rasulullah dan Kaum Muslimin. Kaum Quraisy keluar semuanya pada pertengahan bulan Syawal tahun ketiga Hijriah dengan segala perlengkapan dan semua tenteranya. 

Untuk menghadapi serangan Kaum Musyrikin Quraisy itu Nabi lebih cenderung untuk bertahan sahaja di Madinah. Jika mereka datang menyerang Kota Madinah barulah Kaum 
Muslimin menghadapi mereka dalam kota. 
- Pengusiran Yahudi Bani Nadhir

Rasulullah keluar menuju ke temapt Yahudi Bani Nadhir. Mereka merupakan kelompok Yahudi yang tersebar. Tujuan baginda adalah untuk meminta pertolongan daripada mereka untuk pembayaran tebusan dua orang Bani Amir yang terbunuh. Antara Bani Nadhir dan Bani Amir terjalin ikatan persahabatan. 

Dalam perbincangan antara mereka dengan Nabi sangat lembut. Mereka berjanji untuk memberikan pertolongan bagi Nabi. Namun di hati mereka ada niat jahat untuk membunuh Nabi. Waktu itu Nabi duduk di sebelah tembok rumah mereka. Kemudian sebahagian Kaum Yahudi berbisik. “ Sesungguhnya kamu sekalian tidak akan dapat mendapatkan orang ini ( Rasulullah ) dalam keadaan yang seperti ini. Siapakah yang bersedia naik rumah ini dan menimpakan padanya sebuah batu besar agar kami dapat istirehat daripadanya ?”. Waktu itu Nabi ditemani oleh beberapa orang sahabat beliau termasuk Abu Bakar, Umar dan Ali. Nabi mendapat khabar dari langit akan niat jahat Kaum Yahudi. Seterusnya, Nabi mengadakan pengepungan terhadap Kaum Yahudi selama enam malam. Akhirnya Yahudi minta damai dan bersedia untuk diusir dari Madinah asalkan jiwa mereka selamat. Sebahagian Kaum Yahudi itu ada yang mengungsi ke Khaibar dan sebahagian Ke Syria. 

6. Perjanjian Hudaibiyah

-Nabi Bermimpi dan Persiapan Kaum Muslimin ke Kota Makkah
 Pada suatu kali Nabi bermimpi seolah-olah baginda masuk ke Kota Makkah dan bertawaf di Kaabah. Namun mimpi tersebut tidak menerangkan ketentuan bilakah baginda bakal memasuki Kota Makkah ? Serta tidak ditentukan pula tentang bulan dan tahunnya. Ketika Nabi menceritakan isi mimpi itu kepada para sahabatnya mereka bergembira sekali akan berita gembira tersebut. Maklumlah kerana mereka sudah lama tidak dapat berkunjung ke Kota Makkah untuk bertawaf. Padahal sejak kecil mereka telah tertanam perasaannya untuk mencintai Kota Makkah dan Kaabah. Kerinduan mereka terhadap Kota Makkah itu mendorong mereka untuk ikut semuanya bersama Rasulullah ke Kota Makkah dan tidak ada yang tertinggal kecuali hanya sedikit sahaja. 

- Perdamaian dan Ujian
Perjanjian yang disepakati Muhammad bin Abdullah. Hendaknya kaum Quraisy tidak mencegah baginda dan seluruh pengikut untuk bertawaf pada tahun hadapannya. Kemudian, isi perjanjian Hudaibiyah ialah berlakunya gencatan senjata selama sepuluh tahun. Seterusnya, ialah berkerjasama kepada perkara-perkara yang membawa kepada kebaikan sahaja. Selain itu, orang Quraisy yang lari ke pihak Islam tanpa kebenaran haruslah dikembalikan. Orang Islam yang lari ke pihak Quraisy tidak perlu dikembalikan. Meskipun perjanjian ini kelihatan tidak berpihak kepada Nabi, tetapi terdapat banyak kebaikannya sendiri. Kemudian, kedua-dua pihak boleh membuat perjanjian dengan mana-mana kabilah Arab tetapi tidak boleh membantu sebaran peperangan. Akhir sekali, perdamaian menjadi damai kepada umat Islam dan memperoleh kemenangan. 

7. Detik Kewafatan Nabi Muhammad SAW
-Khutbah Terakhir Rasulullah

Khutbah terakhir Rasulullah disampaikan pada 9 Zulhijjah, tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah Gunund Arafah. Nabi berkata bahawa kembalikanlah semula harta yang diamanahkan kepada pemilik yang berhak untuk memilikinya. Seterusnya Nabi mengigatkan para sahabat agar tidak menyakiti sesiapa kerana setiap perbuatan aka nada perhitungannya kelak apabila menemui Allah SWT. Allah telah mengharamkan perbuatan riba sama sekali. Oleh itu, perkara tersebut haruslah dihentikan secara serta-merta. Seterusnya Nabi menasihatkan agar semua perlulah berwaspada terhadap Syaitan kerana dia akan berusaha untuk menyesatkan semua manusia. Nabi juga menegaskan kepada para sahabat untuk menyembah Allah SWT, mendirikan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan zakat sebahagian daripada harta yang dimiliki. Bagi yang berkemampuan, hendaklah menunaikan Ibadah Haji. Nabi juga berkata bahawa setiap yang bergelar Muslim adalah bersaudara. Semua daripadanya adalah sama melainkan amal ibadah dan ketaqwaan yang membezakan kemulian seseorang itu. Akhir sekali, Nabi menyatakan bahawa tidak ada sesiapa yang akan tersesat dari landasan Allah selagi mana mereka berpegang teguh kepada Al- Quran dan Sunnah baginda. 

-Kerinduan Rasulullah Untuk Menemui Allah
Sesudah kembali dari menunaikan ibadat Haji Wida’, kelihatan sangat ketara bahawa Rasulullah sudah bersiap-siap untuk bertemu dengan Ar-Rafiiqul A’laa ( Allah ). 

- Perjalanan Terakhir
Dalam keadaan sakit, Rasulullah SAW mengutus satu pasukan ke Syam di bawah pimpinan Usamah bin Zaid bin Haritsah. Baginda memerintahkannya untuk memasuki dan menduduki Balqa’ dan Daarun iaitu sebahagian dari daerah Palestin. Hampir seluruh sahabat besar dari Muhajirin dan Ansar turut serta dalam pasukan Usamah bin Zaid ini. Sahabat yang tertua di antaranya ialah Umar bin Al-Khattab. Pasukan ini diutus oleh Rasulullah SAW dalam keadaan penyakit baginda yang semakin tenat. Lebih-lebih lagi ketika pasukan ini tiba di Al-Jaaraf, maka datanglah berita wafatnya Rasulullah. Maka dengan itu, selesai lah segala amanah yang diberikan oleh Allah SWT buat baginda Nabi Muhammad SAW. 

PENUTUP

Kesimpulannya, Nabi Muhammad SAW merupakan seorang Rasul yang perlu kita contohi dari segi ketabahan, kehebatan, kesabaran dan kebijaksanaannya. Meskipun Nabi Muhammad SAW tidak mendapat kasih sayang seorang bapa, baginda tetap dapat meneruskan hidup dengan baik bersama datuknya Abdul Muthalib. Kelahiran Nabi Muhammad SAW disambut baik oleh penduduk Makkah dengan gilang-gemilang. Kemudian, terdapat tanda-tanda kenabian dan Muhammad dilantik menjadi seorang Rasul. Wahyu pertama yang Nabi perolehi ialah ketika berada di Gua Hira’. 

Kemudian Nabi Muhammad berhijrah ke Kota Madinah serta membina kediaman kekalnya di sana. Nabi juga telah membina dua buah masjid. Pertama ialah masjid Quba dan seterusnya ialah masjid Nabawi. 

Tidak lama kemudian, berlaku beberapa peperangan dan baginda Muhammad SAW juga turut serta dengan penuh semangat bersama para sahabat yang lain. Antara peperangan yang ikut disertai oleh Nabi Muhammad ialah Perang Badar dan Perang Uhud. Di situ dapat kita lihat bahawasanya Nabi Muhammad berjuang bersungguh-sungguh untuk menegakkan syiar Islam. Kemenangan yang diperoleh juga adalah kerana Nabi Muhammad sentiasa berdoa dan meminta pertolongan kepada Allah SW. T. 

Seterusnya, termeterailah suatu perjanjian yang berlaku di sebuah tempat yang bernama Hudaibiyah. Perjanjian tersebut dinamakan Perjanjian Hudaibiyah sempena nama tempat tersebut. Antara isi perjanjian tersebut ialah Kaum Quraisy tidak dibenarkan untuk mencegah Nabi Muhammad dan pengikutnya untuk bertawaf pada tahun hadapannya di Kota Makkah tersebut. 

Kemudian ialah berlakunya gencatan senjata selama sepuluh tahun. Kerjasama kearah kebaikan juga merupakan salah satu daripada isi perjanjian tersebut. 

Selain itu, orang Quraisy yang lari ke pihak Islam tanpa kebenaran harus dikembalikan. Orang Islam yang lari ke pihak Quraisy tidak perlu dikembalikan. Kedua-dua pihak boleh membuat perjanjian dengan mana-mana kabilah Arab tetapi tidak boleh membantu peperangan. Akhir sekali, perdamaian menjadi perdamaian kepada umat Islam. Akhir sekali, Nabi Muhammad SAW wafat di pangkuan isterinya. Kehilangan baginda sangat dirasai oleh para sahabat ketika itu. 

Oleh itu, benarlah bahawa Nabi Muhammad merupakan insan yang paling mulia dan harus dicontohi oleh sekalian makhluk. 

 RUJUKAN

  1. Abd Rahman Muhammad Al- Azhari ( 2002 ). Sejarah Al Quran Dan Kegemilangan Islam. Johor Darul Takzim : Perniagaan Jahabersa. 
  2. Abu Bakar Omar ( 2011 ). Muhammad Abdullah Perjalanan Hidup Seorang Rasul. Selangor Darul Ehsan : Pustaka Ilmuan. 
  3. Abu Mus’ad Al-Husny (1999). Sejarah Lengkap Nabi Muhammad SAW. Selangor Darul Ehsan : Pustaka Ilmi. 
  4. H. Zainal Arifin Abbas ( 1970 ). Sejarah Dan Perjuangan Nabi Muhammad SAW, 
  5. jilid 3. Petaling Jaya : Pustaka Antara Kuala Lumpur. 
  6. Nawawi Dusuki ( 1990 ). Kisah Ringkas Kehidupan Rasulullah SAW. Selangor DarulEhsan : Wholesale. Mart Business Point SDN. BHD. 
  7.  


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
abdazizharjin. blogspot. com
abdazizharjin@perlis. uitm. edu. my
04-9882701 (P)
04-9882597 (R)
013-4006206 (H)

Tarikh: 2/02/2015