Perkahwinan Dalam Islam (Munakahat)

Disediakan Untuk:
Ustaz Abd Aziz Bin Harjin

Disediakan Oleh :
Suroh Artini Binti Mahsun
2014603308

PENDAHULUAN
Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi kerana dengan izin dan limpah rahmatNya, tugasan yang diberikan oleh pensyarah saya iaitu ustaz Abd Aziz bin Harjin dapat disiapkan dengan jayanya sepanjang cuti yang diberikan. Tajuk tugasan saya ialah “ Munakahat ”. Saya memilih tajuk ini kerana ia bukan sekadar untuk melaksakan tugasan semata - mata tetapi ia turut mendorong saya untuk mempelajari tajuk ini dengan lebih mendalam. Perkahwinan merupakan titik permulaan dalam membina rumahtangga yang bahagia serta diredhai Allah SWT. 

Perkahwinan merupakan asas perhubungan di antara lelaki dan perempuan, perhubungan perkahwinan ini adalah bertujuan untuk mengawal keluhuran peribadi, keselamatan keluarga, kesejahteraan, masyarakat dan keamanan negara. Setiap manusia memerlukan ketenteraman jiwa, perasaan, rumahtangga dan keluarga yang sihat disamping isteri yang bahagia yang sentiasa menjaga rumahtangga dan anak - anak. Ini adalah di anatara satu - satunya pengurniaan Allah terhadap makhluknya, dan dari sebab inilah syariat perkahwinan dijadikan. 

Seterusnya, saya juga akan mengenengahkan tentang poligami. Poligami sebenarnya telah wujud sebelum datang isam, semua bangsa dan golongan manusia di kala itu mengamalkan poligami. Bangsa Ibrani dan Arab misalanya mempunyai berpuluh - puluh orang isteri. Ttapi bila datang agama Islam, maka cara poligami yang diamalkan oleh bangsa Ibrani dan Arab itu diharamkan oleh Islam, krrana didapati cara poligami mereka itu adalah suatu tindasan dan kezaliman terhadap kaum perempuan yang lemah. Dalam hal yang demikian, Islam mengharuskan poligami dengan syarat - syarat yang tertentu. 


Akhir sekali, Islam mengalakkan perkahwinan, akan tetapi Islam tidak mengharuskan sama sekali perkahwinan kepada perempuan - perempuan yang diharam nikah dengannya, dan tidak mengharuskan sama sekali umatNya berkahwin dengan laki - laki dan perempuan yang tidak beragama Islam malah perkahwinan tersebut hukumnya tidak sah dalam Islam, melainkan sudah ia bersih terlebih dahulu iaitu memeluk agam Islam Islam serta mengikut peraturan - peraturan yang disyariatkan oleh Islam. 

PENGERTIAN NIKAH
Pengertian atau definisi nikah dibahagiakan kepada dua iaitu yang pertama dengan makna lughawi yang bermaksud berkumpul dan berhimpun. Yang kedua dengan makna syar’i iaitu akad yang mengandungi rukun dan syarat yang menghalalkan perhubungan jenis. (Haji Said 1984)

Islam menggalakan umatnya kepada perkahwinan atau bernikah. Ini adalah berpandukan kepada Nas Al - Quran seperti firman Allah Taala : Maksudnya : Dan kawinkanlah orang - orang yang sedirian diantara kamu, dan orang - orang yang layak (berkawin) dari hamba - hamba sahayamu yang lelaki dan hamba - hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. 

HUKUM BERKAHWIN ATAU BERNIKAH
Hukum berkahwin atau bernikah asalnya adalah harus tetapi boleh berubah mengikut keadaan iaitu kalanya seperti berikut :

- Wajib - bagi mereka yang mampu zahir dan batin. (Haji Said 1984)
- Haram - bagi mereka yang tidak mampu zahir dan batin. (Haji Said 1984)
- Sunat - bagi mereka yang mampu zahir dan batin tetapi meraka masih sanggup mengawal dirinya dari melakukan zin. (Haji Said 1984)
- Makruh - bagi mereka tidak yang mampu zahir dan batin tetapi tidak memberi bahaya kepada isteri kerana isterinya kaya dan tidak kuat keinginannya untuk melakukan hubungan sejenis. (Haji Said 1984)
- Harus - bagi mereka yang tidak ada halangan untuk berkahwin dan tidak ada pula sesuatu perkara yang mendorongkan dirinya berkahwin. (Haji Said 1984) 

MATLAMAT PERKAHWINAN DALAM ISLAM

Berkenaan tujuan dan matlamat perkahwinan dalam Islam sudah dinyatakan bahawa syariat Islam sebenarnya mempunyai aspek tertentu, adalah semata - mata untuk mencapai nikmat hidup sekaligus mnusia itu bersedap - sedap dengan keindahan dunia mengikut sistem peraturan undang - undang yang sangat logik serta sesuai dengan pemikiran yang waras menolak segala pintu kerosakkan dan keburukkan, lantas membuka pintu kebaikan demi untuk kemasalahatan dan kebahagiaan keseluruh umat manusia, cuba kita perhatikan kenapa dan apakah tujuan perintah syariat Islam dalam perkahwinan. (Hj. Abd. Khadir 2002)Di dalam matlamat serta tujuan perkahwinan dalam Islam adalah seperti berikut :

- Untuk mencapai ketenangan hidup. (Hj. Abd. Khadir 2002)

Maksudnya : Dan di antara tanda - tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri - isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar - benar terdapat tanda - tanda bagi kaum yang berfikir. 

- Untuk memelihara kesucian diri. (Hj. Abd. Khadir 2002)

Hadis dari Abdullah bin Mas’ud r. a ia berkata, rasulullah SAW bersabda kepada kami : “ wahai pemuda - pemuda sesiapa yang mendapat bekalan daripada kamu (mas kahwin) maka hendaklah ia berkahwin, kerana perkahwinan itu lebih memelihara pandagan dan lebih memelihara kemaluan dan barang sesiapa tidak kuasa hendaklah ia berpuasa sebab puasa itu jadi penjaga baginya ”. 

- Untuk mendapat zuriat yang ramai yang boleh dibangga oleh Agama Islam. (Hj. Abd. Khadir 2002)

Hadis daripada Abdulullah bin Omar bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, maksudnya : “ Berkahwinlah kamu ibu - ibu yang banyak anak kerana saya akan bangga dengan kamu pada hari kiamat ”. 

FUNGSI KELUARGA
Al - Quran menjelaskan tentang iman dan pembentukan keluarga, serta tugas keluarga dalam mengekalkan keturunan manusia di atas muka bumi ini. (Dr. H. Ali Akhbar 1997) Antara beberapa fungsi keluarga ialah :

- Tempat berehat setelah sekian letih melakukan kerja-kerja fizikal untuk mencari nafkah. (Dr. H. Ali Akhbar 1997)

- Memupuk rasa cinta kasih dan mengekalkannya. (Dr. H. Ali Akhbar 1997)

- Mendidik anak, kedua ibu bapa adalah guru pertama dalam mendidik. (Dr. H. Ali Akhbar 1997)

- Mendidik diri sediri dalam bidang agama seperti sembahyang berjemaah dan membaca al Quran (Dr. H. Ali Akhbar 1997)

- Mendidik anak dalam ibadah, ketabahan, ketekunan belajar, kesabaran, akhlak dalam bercakap, berpakaian dan lain - lain. (Dr. H. Ali Akhbar 1997)

- Mendidik anak dalam bidang kasih sayang, baik antara mereka mahupun terhadap anak dan orang lain di tengah masyarakat. (Dr. H. Ali Akhbar 1997)

- Mendidik cara mengataur perbelanjaan agar tidak boros. (Dr. H. Ali Akhbar 1997)

- Mendidik anak - anak dalam menyelesaikan pertikaian dengan cara musyawarah. (Dr. H. Ali Akhbar 1997) 

PANDUAN BAGI SUAMI
Dia mesti sedar bahawa isterinya itu adalah amanah Allah kepadanya. Dia adalah pemegang amanah, (Dr. H. Ali Akhbar 1997) seperti sabda Nabi SAW :

Masudnya : Bertakwalah kamu kepada Allah dalam urusan wanita, kerana kamu mengambil amanah Allah. 

Dia mesti menjadi pemimpin, pelindung dan pembimbing. (Dr. H. Ali Akhbar 1997)Hal ini dijelaskan oleh Allah dengan firman-Nya :

Terjemahan : kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahgian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. 

Suamilah yang mesti menafkahi isteri dan rumatangganya. Dia mesti menjaga keluarganya daripada bencana atau bahaya, baik dari luar mahupun dari dalam seperti kebodohan atau kemiskinan. (Dr. H. Ali Akhbar 1997) Ini ditegaska oleh Allah sebagaimana firman-Nya :

Maksudnya : Hai orang - orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaika - malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan. 

Dia mesti menjadi pemimpin dalam ibadah kepada Allah SWT. (Dr. H. Ali Akhbar 1997) Firman Allah :

Terjemahan : Perintahkan keluargmu mendirikan sembahyang dan bersabar engkau dalam mengerjakannya. 

Sebagai ketua rumahtangga dan pemimpin keluarga, dia mesti bersikap adil, bijaksana, dan lemah lembut (Dr. H. Ali Akhbar 1997) seperti yang disabdakan oleh Nabi SAW :

Terjemahannya : Sesungguhnya mukmin yang sempurna imannya ialah yang baik akhlaknya dan lemah lembut terhadap ahli keluarga. 

Dia mesti sabar apabila melihat sesuatu yang ia tidak sukai pada isterinya. (Dr. H. Ali Akhbar 1997) Firman Allah SAW :

Maksudnya : Hai orang - orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mempusakai wanita dengan jalan paksa dan janganlah kamu menyusahkan mereka karena hendak mengambil kembali sebagian dari apa yang telah kamu berikan kepadanya, terkecuali bila mereka melakukan pekerjaan keji yang nyata. Dan bergaullah dengan mereka secara patut. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak. 

Daripada panduan tersebut, dapat kita buat kesimpulan bahawa daripada suami diletakkan harapan (Dr. H. Ali Akhbar 1997):
a) Dia menjadi pemimpin, pelindung, dan pembimbing yang sabar dan bijaksana
b) Taat kepada Allah, baik buat dirinya mahupun buat keluarganya
c) Mesti memiliki akhlak yang tinggi sebagai teladan dan ikutan
d) Memahami psikologi wanita
e) Memahami pengurusan rumahtangga 
PANDUAN BAGI ISTERI

Dia mesti sedar bahawa setelah akad nikah, dia adalah sebahagian daripada amanah Allah yang diserahkan oleh Allah kepada suaminya. (Dr. H. Ali Akhbar 1997)

Dia diberi tugas oleh Allah mewujudkan rumahtangga sakinah. Suami merasa mereka gembira dan tenteram. Suami merasa gembira dan tenteram dengan memenuhi keperluannya, mematuhinya dan taat kepada Allah SWT (Dr. H. Ali Akhbar 1997) sebagaimana sebuah hadith mengatakan : 

Terjemahaan : Nabi SAW pernah bertanya, “isteri manakah yang terbaik?” baginda menjawab, “isteri yang gembira suami melihatnya dan mematuhi apa yang diperintahkan dan tidak melanggar apa yang dilarangkannya mengenai dirinya dan harta suaminya”. 

Ini bereti isteri mesti berusaha agar selalu kemas dalam berpakaian kerana memang lelaki akan merasa gembira apabila wanita cantik dan kemas. Apabila suami aktif di tengah masyarakat, hingga dia banyak melihat dan bercakap dengan wanita. Apabila dia pulang ke rumah, maka kesan - kesan tadi dapat dihilangkan oleh kekemasan dan kecantikan isterinya yang lebih baik dan halal. (Dr. H. Ali Akhbar 1997)

Allah SWT telah menjelaskan dalam Surah Ali ‘Imran bahawa daripada segala keinginan nafsu, maka keinginan kepada wanitalah yang tertinggi. 

Maksudnya : Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa - apa yang diingini, yaitu: wanita - wanita, anak - anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang - binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga). 

Sebagai pemimpin, lelaki ingin supaya isteri mematuhi perintahnya, tidak melakukan yang dilarang dan yang tidak disukainya. Ia bertanggungjawab terhadap isterinya yang diterimanya sebagai amanah daripada Allah. (Dr. H. Ali Akhbar 1997)

Berusahalah untuk menjadi wanita yang solehah, (Dr. H. Ali Akhbar 1997) sesuai dengan sabda Nabi SAW :

Terjemahan : dunia ini adalah perhiasan dan sebaik baik perhiasan ialah wanita yang solehah. 

Maksudnya : Kaum laki - laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki - laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki - laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang saleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka). Wanita - wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukulah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari - cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. 

Ini bererti rumahtangga itu adalah sesuatu yang mesti dipelihara dan diawasi. Antaranya tidak menerima lelaki lain ketika suami tidak ada di rumah, masalah dalam rumahtangga merupakan rahsia yang tidak perlu diketahui oleh orang lain. Suatu benteng yang harus dijaga dengan baik kemuliaannya pergaulan peribadi suami isteri tidak boleh diceritakan kepada orang lain. Menjaga rahsia rumahtangga adalah salah satu tugas isteri yang cukup berat tetapi mulia. (Dr. H. Ali Akhbar 1997)

Isteri mesti menyedari peranan yang sepatutnya dilaksanakan untuk menstabilkan dan menyelamatkan rumahtangga. (Dr. H. Ali Akhbar 1997) Semua itu ada di tangannya, sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi SAW : 

Terjemahan “wanita (isteri) adalah tiang negara. Bila dia baik, maka baiklah negara dan apabila dia rosak maka rosaklah negara. 

Lelaki atau perempuan memerlukan sesuatu untuk ketenangan jiwanya, yang hanya dapat diberikan oleh wanita. Rumahtanga merupakan unit terkecil dalam masyarakat. Apabila keluarga rosak kerana penceraian atau krisis terus- menerus, maka anggota keluarga yang bekerja di pejabat atau guru yang mengajar tidak mungkin dapat melakukan tugas dengan tenang dan tekun. Dan dapat dibayangkan, bencana apa yang akan terjadi. (Dr. H. Ali Akhbar 1997)

Isteri mesti menyedari bahawa syurga dunia dan akhirat terletak di bawah tapak kakinya. Beliau besar Islam menghargai wanita. (Dr. H. Ali Akhbar 1997) Hal ini pernah disabdakan oleh Nabi SAW :

Terjemahan : Syurga itu berada dibawah tapak kaki ibu. 

Mengapa tidak, kerana ibu boleh membentuk rumahtangga menjadi syurga. Tempat ketenangan dan kebahagian. Ia jugak dapat merosakkan rumahtangga sehingga menjadi neraka, tempat yang mengusutkan fikiran anak- anak terbiar dan jadi liar. (Dr. H. Ali Akhbar 1997)

Betapa besar peranan isteri dalam mewujudkan, mengembangkan dan mengekalkan cinta kasih. Apabila setiap isteri menginsafi dan mahu mengikuti ajaran Allah SWT maka ia akan menjadi isteri yang (Dr. H. Ali Akhbar 1997):

a) Mengembirakan perasaan suami apabila dilihat. 
b) Salinan 
c) Patuh perintah suami 
d) Menyimpan rahsia rumahtangga

Daripada huraian di atas dapat disimpulkan bahawa kejayaan dalam merawat cinta kasih itu dalam bergantung kepada suami isteri yang setia dan patuh serta mengikut petunjuk Allah SWT dan Rasul-Nya. Mereka dilahirkan ke dunia ini untuk keselamatan umat manusia dan alam seluruhnya. (Dr. H. Ali Akhbar 1997)

Akhirnya marilah kita berdoa semoga Allah sentiasa melimpahkan taufik dan hidayah-Nya kepada kita dalam membina keluarga bahagia dan sejarah dengan keturunan anak- anak yang soleh dan solehah. (Dr. H. Ali Akhbar 1997) 

POLIGAMI

ERTI POLIGAMI
Poligami adalah bererti kahwin lebih daripada seorang. Lawannya monogami, iaitu kahwin hanya seorang saja. Di dalam Islam diharuskan berpoligami itu seramai empat orang saja dengan syarat - syarat yang tertentu. (Haji Said 1984)

HUKUM POLIGAMI
Poligami hukumnya di dalam Islam adalah harus, tetapi keharusannya bukanlah secara mutlak, malah disyaratkan dengan syarat - syarat yang tertentu. (Haji Said 1984) Firman Allah Taala :

Maksudnya : “Dan jika kamu khuatir tidak dapat berlaku adil terhadap perempuan - perempuan yang kamu sukai dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu khuatir tidak dapat berlaku adil antara perempuan - perempuan itu, hendaklah kamu berkahwin seorang sahaja. 

Ayat ini turun kelapan hijrah untuk menghapuskan peradapan lama orang - orang Arab zaman jahiliah di mana mereka itu jika ada perempuan yatim, wali yang menjaga perempuan yatim tidak mahu mengahwinkannya dengan orang lain, kerana tidak mahu melepaskan kuasa menjaga harta perempuan yang yatim itu ke tangan orang lain, sedangkan kewajipannya sebagai suami yang bertanggungjawab tidak dipenuhinya, bahkan harta isterinya itu yang diamilnya. Oleh itu, diperingatkan oleh Allah, jika seorang merasa tidak dapat berlaku adil dalam perkahwinan dengan anak yatim, bolehlah ia berkahwin dengan perempuan - perempuan lain sampai empat orang. Tetapi sekiranya ia merasa tidak apa berlaku adil di antara isteri - isteri itu, cukuplah satu isteri sahaja. (Haji Said, 1984) 

SEBAB SEBAB ISLAM MEMBERI KELONGGARAN KEPADA KAUM LELAKI UNTUK BERPOLIGAMI

Barangkali kita tidak menyedari bahawa keperluan lelaki lebih menonjol dibandingkan dengan wanita. Selain itu, masa produktif sperma mereka berlangsung lama dibandingkan dengan wanita. Keadan ini sangat mempengaruhi perilaku seksual kaum lelaki untuk tetap menyalurkan kperluan biologisnya bandingkan dengan wamita. Sebab itu secara fisiologi apabila wanita memasuki masa frigiditi secara alam keperluan seksualnya mengalami penurunan. Dalam keadan demikian suami tidak mungkin rela merehatkan keinginan seksnya. (Fatimah 1997)

Inilah satu faktor di antara sekian banyak faktor lain yang memungkinkan seseorang lelaki berkahwin lahi. Maka untuk menghindari penyimpangan seks dari jalur yang dibenarkan agama Islam mengizinkan kamu lelaki menempuh cara berpoligami. (Fatimah 1997)

Islam mengizinkan kaum lelaki berpoligami tidak beerti perzinaan itu diberikan kepada setiap orang. Ada berbagai syarat khusus yang harus dipenuhi bagi setiap orang yang ingin berpoligami salah satunya adalah adil. Baik dalam persoalan material, pembahagian cinta, penggiliran dan lain - lain. Dalam keadaan bagaimanapun jika seseorang lelaki tidak memenuhi syarat itu maka tidak ada konsesi bagi dirinya menempuh poligami. (Fatimah 1997)

Kesimpulannya, poligami yang diizinkan Islam sesungguhnya lebih menghormati kedudukan kaum wanita kerana Islam bermaksud tindakan biadab dan sewenang - wenangnya atas diri wanita sebagai objek keperluan seks. (Fatimah 1997) 

SYARAT SYARAT MENGHARUSKAN BERPOLIGAMI

Menurut nas al Quran Surah Al-Nisa’ ayat 3, syarat - syarat dalam Islam mengharuskan seseorang itu berpoligami ialah melakukan keadilan di antar para isteri, iaitu tidak melebihi antara seorang dari isteri yang lain dan tidak pula membeza - bezakan di antara mereka. (Haji Said 1984)

Keadilan yang disyaratkan ke atas seorang suami itu terhadap isteri - isterinya ialah mengenai pemberian nafkah makan, minum, pakaian dan tempat kediaman, juga bilangan hari giliran dan layanan isteri - isteri itu. (Haji Said 1984)

Sekiranya seseorang itu telah dulu - dulu lagi merasa dirinya tidak sanggup melakukan keadilan kepada isteri - isterinya, ia tidak layak untuk berpoligami dan tidak harus melakukan poligami kerana keharusan berpoligami itu bukanlah secara mutlak tetapi ia diikat dengan syarat keadilan. (Haji Said 1984)

Jika seseorang itu merasa khuatir dirinya tidak boleh berlaku adil di antara beberapa orang isterinya, janganlah berpoligami tetapi hendaklah monogami. (Haji Said 1984) Ini yang disarankan oleh Allah SWT dalam firmannya :

Maksudnya : Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bilamana kamu mengawininya), maka kawinilah wanita - wanita (lain) yang kamu senangi : dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja, atau budak - budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya. 

HIKMAH HARUS BERPOLIGAMI
Hikmah agama Islam mengharuskan poligami adalah kerana kadaan masa dan hajat umat manusia seluruhnya di dalam setiap masyarakat kerana keadaan masa dan hajat umat manusia seluruhnya di dalam setiap masyarakat. Bila dikaji dengan mendalam dan teliti, jelas bahawa Islam mengharuskan berpoligami ialah kerana terdapat beberapa kaedah dan sebab - sebab untuk memelihara kesuciaan agama Islam dan kebaikan manusia. (Haji Said 1984) Di antaranya :

Menjamin kemulian agama Islam dan kehormatan umatnya dari sebarang godaan. (Haji Said 1984)

Menutup dan mengurangkan penzinaan dan pelacuran. (Haji Said 1984)

Membiak keturunan dengan cara yang halal. (Haji Said 1984)

Megurangkan bilangan anak - anak di luar nikah, penggugurannya. (Haji Said 1984)

Perempuan - perempuan sentiasa berkehendak peimpin dan sokongan dari kaum lelaki pada bila - bila masa sahaja, terutama pada masa peperangan. (Haji Said 1984)

Setiap pasangan pada asalnya ingin mendapat zuriat dan keturunan, tetapi kadang - kadang seseorang berkahwin itu didapati mandul, di kala itu hilanglah tujuan aslanya, kalau tidak dibenarkan berpoligami. (Haji Said 1984)

Nafsu berahi kaum lelaki untuk melakukan hubungan kelamin tidak terbatas kepada umur, walaupun umurnya meningkat 70 - 80 tahun, nafsunya masih kuat lagi. (Haji Said 1984)

Kebanyakkan perempuan perempuan yang umurnya dalam kawasan 50 tahun atau perempuan yang telah kering darah haidnya tidak merasa sanggup lagi melayani nafsu suaminya, malah sudah mula hendak melarikan diri dari melakukan hubungan kelamin, dan merasa jijik bila mendengar soal - soa l itu. (Haji Said 1984) 

KESAN KESAN BERPOLIGAMI
Amalan poligami terdapat beberap kebaikan yang tidak boleh dipertikaikan lagi. Namun, bagaimana pula kalau dipandang dalam segi keburukan pula. Kalau kita pandang dengan sedalam dalamnya dan diperhatikan dengan lebih teliti, jelas bahawa amalan poligami terdapat juga kerosakkan yang timbul dari kesan - kesan amalan tersebut. (Haji Said 1984)

Kerosakkan ini bukan hanya kepada suami - suami yang berkenaan sahaja, tetapi juga menyebabkan kekerosakkan kepada anak - anak, keluarga dan masyarakat. (Haji Said 1984)

Kerosakkan - kerosakkan dari kesan amalan poligami itu ialah wujudnya cemburu yang menyebabkan berani melakukan sesuatu yang tidak bermoral dan tidak berperikemanusiaan sehingga terjadi perkara - perkara yang diluar batas keIslaman dan kemasyarakatan yang tidak diingini. (Haji Said 1984)

Tidak menjadi mustahil dengan adanya perasaan cemburu itu mungkin masing - masing akan menggunakan bomoh, ramuan - ramuan yang najis dan yang mengandungi racun. Akhirnya, suami tadi hidup kurus kering dan merana. (Haji Said 1984)

Keadaan seperti ini mungkin melibatkan kepada keluarga. Mungkin ibu bapa isteri pertama iri kepada ibu bapa isteri yang kedua. Iri hati dan dendam berpanjangan dan berterusan sehingga melibatkan tidak tenteram dalam keluarga yang berkenaan. (Haji Said 1984)

Kesan buruk terhadap anak - anak kerana anak - anak itu tidak dapat kasih sayang sepenuhnya dari ayahnya, disebabkan ayah tadi tidak dapat bermesra lebih lama dengan anak - anaknya, kerana hendak membuat giliran kepada isteri - isteri yang lain. (Haji Said 1984) 

CONTOH TELADAN RASULULLAH SAW DALAM BERPOLIGAMI
Rasulullah SAW berusaha untuk membahagikan masa di kalangan isteri - isteri baginda secara adil. Baginda mengatur satu hari untuk setiap orang isteri. Apabila tiba giliran seorang isteri, baginda akan bermalam di sisinya. Apabila Saudah bin Zam’ah semakin berumur, beliau telah memberikan hari dan malamnya kepada A’isyah RA kerana mencari keredaan Allah SWT. Al - Imam Ahmad dan tokoh tokoh yang ahli Hadith yang lain meriwayatkan apabila Saudah Bin Zam’ah semakin berumur dan bimbang kalau - kalau Rasulullah SAW menceraikannya. Belia berkata : “ Wahai Rasulullah SAW : Saya berikan hari saya kepada A’isyah”. Rasulullah menerima pemberian tersebut. (Prof. Dr. Ibrahim 2004)

Al-Tabiri dan lain-lain meriwayatkan A’isyah RA pernah bertanya : Apakah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika berada di rumah. Ujarnya : Sebagaimana yang dilakukan oleh mana - mana lelaki dari kalangan anda semasa berada di rumahnya. Baginda mengangkat yang ini, meletakan yang ini. Baginda membantu membuat kerja - kerja rumah isterinya seperti memotong daging, menyapu rumah dan membantu khadam melakukan kerjanya. Dalam satu riwayat menyatakan : Rasulullah SAW menampal sepatunya, menjahit pakainnya dan melakukan kerja - kerja rumah seperti yang dilakukan oleh mana - mana lelaki dari kalangan anda di rumahnya. (Prof. Dr. Ibrahim 2004)

Ibn Sa’ad meriwayatkan di dalam Tabaqatnya, seramai 70 orang perempuan mengadu kepada Rasulullah SAW yang suami masing - masing memukul mereka. Rasulullah SAW marah dengan kejadian itu dan menyatakan baginda tidak suka melihat perkara tersebut berulang lagi selepas itu. Baginda bersabda ketika seorang wanita mengadu dipukul oleh suaminya : masih ada di kalangan anda yang memukul isterinya sepertimana dia dipukul hamba kemudian dipeluknya pula isterinya itu selepas itu tanpa rasa malu. (Prof. Dr. Ibrahim 2004)

Sifat semula jadi kaum wanita mudah terikut - ikut dengan perasaan sensitif dan cemburu. Meraka selalu terpengaruh dengan pendirian tau satu - satu peristiwa yang dihadpi. Isteri - isteri Nabi SAW juga termasuk ke dalam golongan wanita kepada manusia - manusia lain. Mereka juga mempunyai emosi dan daya sensitiviti mereka sendiri. (Prof. Dr. Ibrahim 2004)

Secara tabiinya akan berlaku di kalangan meraka perselisihan dan salah faham kecil. Secara tabiinya jugalah Rasulullah SAW bertindak sebagai pendamai dan guru sehingga perelisihan yang berlaku itu dapat diselesaikan dengan baik. Dengan itu, jiwa - jiwa mereka terdidik. Mereka pula menjadi ikutan kepada wanita - wanita lain dan model kepada isteri dan ibu - ibu orang - orang Islam pada masa itu. (Prof. Dr. Ibrahim 2004)

Rasulullah SAW sentiasa tersenyum di hadapan para isteri baginda, berlembut dan bergurau dengan mereka. Ibn Sa’ad meriwayatkan daripada A’isyah Ra, berkat : Rasulullah SAW adalah manusia yang paling lembut dan paling mulia dan dalam masa yang sama beliau juga seperti mana - mana lelaki dari kalangan kamu tetapi beliau seorang yang suka senyum. (Prof. Dr. Ibrahim 2004) 

PENUTUP

Kesimpulannya, perkahwinan adalah sifat semula jadi manusia dan manusia bersifat waras memang inginkan zuriat keturunan serta kasihkan anak isteri, anak isteri adalah suatu perhiasan hidup di dunia disamping itu memang lelaki dan perempuan saling memerlukan di antara satu sama lain, untuk tujuan dan menyempurnakan kehendak - kehendak hidup di dunia yang fana ini. 

Perkahwinan memberi kekuatan jasmani dan rohani kepada setiap manusia dan seterusnya untuk mencegah daripada kerosakkan keturunan zuriat. 

Perkahwinan dari segi psikologi boleh menyuburkan dan mendalamkan perasaan cinta dan tanggungjawab diantara lelaki dan perempuan serta memupukkan semangat perjuangan untuk keluarga dan masyarakat. 

Lelaki dan wanita yang bermaruah tentu sekali berkemahuan pasangan hidup yang sempurna pada pandangan Islam dan tidak sanggup menerima yang keji atau yang buruk pada pandangan syariat Islam, walaupun pada pandangan dan penilaian masyarakat yang seumpanya adalah baik serta disanjung dan diagung - agungkan. 

Akhir sekali, kita hendaklah berusaha bersama - sama memperbaiki mayarakat kita dewasa ini dalam memahami dan menghayati secara konkrik dalam aspek - aspek perkahwinan yang dituntut oleh Islam, disamping itu dapatlah kita lahirkan zuriat Islam yang salih (baik) dan beriman bagi kesejahteraan umat Islam sejagat. 

RUJUKAN

  1. Dr. H. Ali Akhbar. (1997). Merawat Kasih. Selangor: Pustaka Antara PT. 
  2. Fatimah Haji Omar. (1997). Soal Jawab Bakal Pengantin Khusus Untuk Wanita. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publisher. 
  3. Haji Said Haji Ibrahim. (1984). Soal Jawab Nikah Kahwin. Terengganu: Yayasan Islam Terengganu. 
  4. Hj. Abd. Khadir Hj. Abdullah Hassan. (2002). Sejarah Falsafah Perkahwinan. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publisher. 
  5. Prof. Dr. Ibrahim Sya’wat. (2004). Tuduhan Tidak Berasas Terhadap Perkahwinan Dan Poligami Rasulullah SAW. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publisher. 

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
abdazizharjin.blogspot.com
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
04-9882701 (P)
04-9882597 (R)
013-4006206 (H)

Tarikh: 4/02/2015