Perkahwinan Menurut Syariat Islam

Disediakan Kepada: 
Ustaz Abd Aziz Bin Harjin

Disediakan Oleh: 
Muhamad Harezal Bin Abdul Razak
2014408306

PENDAHULUAN 
Assalammualaikum w.b.t. Alhamdulillah saya sangat bersyukur kepada Allah SWT kerana rahmatnya saya dapat menyiapkan kerja kursus ctu 151 mengenai perkahwinan menurut syariat Islam. Kerja kursus ini dapat dihasilkan dengan merujuk kepada beberapa maklumat dari buku ilmiah. Motif saya memilih tajuk ini adalah kerana saya tahu semua manusia mempunyai keinginan untuk memasuki alam perkahwinan, maka dengan itu saya telah memberi sedikit keterangan mengenai aspek yang penting dalam menempuh alam perkahwinan berlandaskan al Quran dan hadith. Pertamanya sekali, saya hendak menjelaskan dahulu berkaitan nikah dalam konsep perkahwinan. Nikah dalam segi bahasa ialah cantum atau himpun. Manakala dari segi istilah pula ialah suatu akad yang menggunakan lafaz nikah atau bahasa yang menggunakan makna nikah yang menghalalkan lelaki dan perempuan bersetubuh. Seterusnya, mengenai hukum perkahwinan. hukum perkahwinan ada lima iaitu wajib, sunat, harus, makruh dan haram. Salah satu hukum ini semestinya berlaku kepada seseorang yang ingin membina rumahtangga. Akhir sekali ialah hikmah, galakan manfaat dan maslahat perkahwinan. Perkahwinan dapat mengelakkan seseorang daripada berlaku zina, menjalinkan silaturrahim dan persaudaraan antara kedua dua belah pihak, memberi ketenteraman jiwa kepada pasangan suami isteri, melahirkan zuriat yang sah dan soleh disamping mengikut sunnah Rasullullah SAW. 
KONSEP PERKAHWINAN
Kahwin dari segi bahasa ialah cantum atau himpun. Dari segi istilah kahwin ialah akad yang menggunakan lafaz nikah atau bahasa yang memberi makna nikah yang menghalalkan lelaki dan perempuan bersetubuh. (Hajah Nor Bee Binti Aziz, 2012)  Takrifan nikah dalam bahasa melayu juga disebut perkahwinan. Nikah menurut syarak ialah suatu aqad yang antara calon suami dengan wali perempuan untuk mem bolehkan mereka bergaul sebagai suami isteri menurut yang diaturkan oleh syariat Islam. Selain itu, apa yang dimaksudkan dengan aqad ialah ijab dari pihak wali perempuan atau wakilnya dan Kabul dari pihak calon suami atau wakilnya. (Haji Osman Bin Jantan, 2001) 

Allah berfirman “kahwinilah mereka itu itu dengan seizin keluarganya”(An-nisa:25)

JENIS JENIS PERKAHWINAN
Antara jenis perkahwinan ialah poligami. Poligami ini bermaksud suami boleh berkahwin lebih dari satu. Walaupun, Islam membenarkan suami berkahwin satu, ini tidak bermakna suami berhak melakukan apa sahaja terhadap isterinya termasuk kekerasan dan keganasan. Kadangkala terdapat suami yang membelakangkan isteri ketika berkahwin dengan isteri keduanya atau ketiga. Mereka menyembunyikan perkahwinan tersebut tetapi dalam masa yang sama yg sering mencari alasan keluar rumah selama beberapahari setiap minggu sehingga menimbulkan keraguan dihati isteri. Apabila isteri pertama dapat menghidu perkara yang sebenarnya, keadaan sudah menjadi tidak terkawal. Disinilah pertengkaran serius berlaku sehingga membawa kepada unsur keganasan dan sebagainya. (Mohd Ridhuan Mohd Amin, 2011)  

Seterusnya, poliandri. Poliandri merupakah perkahwinan yang berlaku antara seorang perempuan dengan beberapa orang lelaki (konsep songsang dari poligami). perkahwinan ini sangat jarang berlaku kecuali di Tibet, orang-orang bukit di India dan masyarakat jahiliah Arab, contohnya masyarakat Juansuwari apabila saudara lelaki yang tua mengahwini seorang wanita, wanita itu menjadi isteri untuk semua saudara-saudaranya. Amalan ini merujuk kepada kitab mahabbrata. Akhir sekali, monogami. Monogami merupakan cara perkahwinan tunggal iaitu perkahwinan antara seorang lelaki dengan seoranng perempuan sahaja. Sesetengah agama seperti kristian mengamalkan perkahwinan jenis ini kerana menganggap perkahwinan antara seorang lelaki dan seorang perempuan adalah untuk sepanjang zaman. Oleh itu, kerana itulah penceraian tidak diiktiraf sama sekali, seperti mazhab katolik. (Ramawan Bin Abdul Rahman, 2012)   

HUKUM PERKAHWINAN MENURUT ISLAM    Menurut syariat Islam hukum perkahwinan terbahagi kepada beberapa bahagian yang berbeza beza mengikut peribadi seseorang. Hukum berkahwin tidak sama bagi semua orang, ia akan berubah mengikut keadaan seseorang individu tersebut. Hukum terbahagi kepada beberapa bahagian. Pertama, adalah wajib. Wajib bagi seseorang itu berkahwin apabila sudah mempunyai kesanggupan dan kemampuan serta memenuhi syarat syarat untuk bernikah, nafsunya dan kehendak batinnya memuncak dan mendesak serta ditakuti terjerumus ke lembah penzinaan yang boleh membawa kepada dosa dan memudaratkan kehidupan manusia dan ditakuti berlakunya penzinaan kerana berzina adalah haram disisi Islam kerana melakukan persetubuhan tanpa mempunyai ikatan yang sah. Perbuatan tersebut adalah berdosa besar dan hukumannya sangat berat (Rahman dan Aishah, 2002)  
  
Firman Allah iaitu “penzina perempuan dan penzina lelaki, hendaklah kamu hokum kedua keduanya seratus kali sebatan dan janganlah kamu dipengaruhi perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah. Jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklah dissaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang beriman. (An-nur).  Daripada ibnu Abdullah ibnu mas’ud berkata Rasullullah SAW bersabda “hai orang muda, barangsiapa diantara kamutelah mampu bernikah maka beristerilah kerana dengan beristeri lebih menjaga pandangan dan kemaluannya akan lebih terpelihara. Dan sesiapa yang belum mampu, maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu adalah pelindung baginya”(H. R Bukhari & Muslim).   Hukum berkahwinan menjadi wajib bagi orang mampu, ada keinginan kepada perempuan dan khuatir akan melakukan zina (Haji Osman Bin Jantan, 2001) 

Menjadi wajib kepada seseorang yang berkemampuan menunaikan nafkah zahir dan batin, sihat tubuh badan serta ditakuti terjerumus kepada zina jika tidak berkahwin (Hajah Nor Bee Binti Aziz, 2012) 

Seseorang muslim dikatakan sunat berkahwin apabila kemahuan nafsu dan kehendak batinnya mendesak akan tetapi dia dapat mengawal dirinya daripada melakukan zina. Disamping itu, dia juga berkemampuan dari segi zahir dan batinnya untuk bernikah, pada waktu ini sunat dan lebih utama baginya untuk mendirikan rumahtangga. malah dikatakan juga bahawa lebih baik baginya berkahwin daripada mengerjakan ibadah.  

Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud “Ibadat seseorang itu tidak akan sempurna sebelum berkahwin”.   Disunatkan juga kepada perempuan yang ingin berkahwin samaada kerana keinginannya sendiri atau keperluan nafkah hidupnya atau kerana takut kepada ancaman orang jahat atau dia bukan ahli ibadat tetapi dengan perkahwinan itu dia dapat mengawal kehormatan diri, maruah dan agamanya. Oleh itu, pada waktu ini lebih utama bagi diri seseorang perempuan itu mencari pasangan hidupnya daripada dai membujang demi menjaga keselamatan dirinya. (Rahman dan Aishah, 2002)  Menjadi sunat bagi orang yang ingin memperoleh keturunan dan mampu menanggung nafkah isterinya. (Haji Osman Bin Jantan, 2001) 

Sunat kepada seorang yang berkemampuan menunaikan nafkah zahir dan batin, sihat tubuh badan serta berkeinginan berkahwin tetapi tidak diketakuti terjerumus kepada zina (Hajah Nor Bee Binti Aziz, 2012)  

Seseorang muslim itu dikatakan makruh berkahwin apabila keinginan nafsu syahwatnya lemah dan tidak berkemampuan untuk memberi nafkah zahir dan batin kepada bakal isterinya. namun tidak menimbulkan kekecewaan kepada isterinya dengan sebab tertentu. Dan juga disebabkan oleh tidak berkemampuan dari segi perbelanjaan dan berpenyakit seperti mati pucuk dan sebagainya. Berkemungkinan isterinya seorang yang memiliki harta kekayaan dan kemewahan hidup serta mempunyai kemahuanyang terhad untuk melakukan hubungan seks dan syarat minimum keinginannya untuk bersetubuh. Oleh yang demikian jika dia berkahwin juga akan menyebabkan dia dibebani dengan tanggungjawab yang sendiri tidak dapat menyempurnakannya Oleh itu jika dia berkahwin maka hukumnya makruh, malah dikatakan lebih makruh lagi jika perkahwinannya itu hanya akan menggangu dan menjejaskan ketekunannya dalam melakukan ibadat dadn menuntut ilmu pengetahuan (Rahman dan Aishah, 2002) 

Makruh jika seseorang yang tidak berkemampuan untuk memberi nafkah tetapi ingin berkahwin (Hajah Nor Bee Binti Aziz, 2012) 

Makruh bagi orang yang berkeinginan tetapi tidak berkemampuan. (Haji Osman Bin Jantan, 2001)  Seseorang muslim itu dikatakan harus berkahwin akan tetapi melakukan ibadat itu lebih baik baginya jika dia tidak berkeinginan dan tidak berhajat untuk berkahwin tetapi berkemampuan dari segi perbelanjaan ddan tidak berpenyakit dan mampu untuk memberi nafkah zahir batin kepada isterinya (Rahman dan Aishah, 2002) 

Harus bagi orang yang tidak mempunyai keinginan tetapi mampu menanggung nafkah. (Haji Osman Bin Jantan, 2001) 

Harus jika seseorang yang tidak mempunyai perkara mendesak untuk berkahwin dan tidak ada perkara mengharamkannya berkahwin (Hajah Nor Bee Binti Aziz, 2012)  

Seseorang muslim itu dikatakan haram berkahwin jikadia tidak mampu memenuhi tuntutan zahir dan batin isterinya walaupun dia berkeinginan yang sangat kuat untuk berkahwin. Disamping itu, juga dia berniat untuk menzalimi dan merosakkan masa depan isterinya sendiri apabila dia berkahwin dengan niat dihatinya untuk menjual isteri yang dikahwininya itu kepada pusat pelacuran dan hiburan, menjadi GRO dan sebagainya. Hal ini, sememangnya berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini ditipu atau tertipu atau terpedaya oleh segelintir manusia yang bergelar lelaki yang tidak bertanggungjawab serta tidak berkeperimanusiaan terhadap insan yang bergelar perempuan, lelaki yang rupanya sahaja seperti manusia tetapi hatinya berwajah syaitan. Diharamkan juga apabila berlaku penipuan dalam memeperkenalkan dirinya samaada penipuan itu dari segi rupa paras, keturunan, harta dan pekerjaannya. Penipuan ini adalah kerana ingin memikat hati perempuan sedangkan pada hakikatnya dia bukanlah seperti mana yang dinyatakan perkara ini boleh berlaku dalam masyarakat kita yang serba canggih pada hari ini. (Rahman dan Aishah, 2002) 

Haram bagi orang yang dihinggapi perempuan, ia belum berubat, bagi orang yang sudah beristeri serta mempunyai beberapa orang anak sedang dia sendiri sakit dan tidak mencari nafkah. Jika lelaki itu muslim tetapi bakal isterinya kafir musyrik yang menyembah berhala kecuali wanita itu menganut Islam atau ahli kitab. (Haji Osman Bin Jantan, 2001)  

Haram bagi seseorang yang tidak mampu menunaikan nafkah zahir dan batin atau jika berkahwin ditakuti akan melakukan kezaliman terhadap pasangannya (Hajah Nor Bee Binti Aziz, 2012)    

HIKMAH (GALAKAN) PERKAHWINAN  
Hikmahnya ialah supaya manusia hidup berpasang-pasangan, bagaikan merpati sejoli, hidup bersuami isteri, mendirikan rumahtangga yang aman damai dan teratur untuk itu perlulah dijalinkan ikatan dan pertalian yang kukuh yang tidak mudah putus dan diputuskan, iaitu ikatan ikatan aqad nikah dan ijab kabul perkahwinan. Dalam pada itu, mereka akan melahirkan zuriat yang sah dalam masyarakat. kemudian zuriat mereka akan berkeluarga meneruskan kesinambungan rumah tangga dan keluarganya yang baru dan begitulah seterusnya. Perkahwinan dapat memelihara keturunan tiap keluarga dan setiap anak akan mengenal bapanya, terjauh dari bercampur aduk antara satu keluarga dengan yang lain (Haji Osman Bin Jantan, 2001)   Perkahwinan merupakan suatu cara untuk memperbaiki akhlak dan budi pekerti. Dalam pandangan Islam, perkahwinan adalah satu-satunya cara yang berguna untuk menjaga kebahagiaan umat dari kerosakan dan kemerosotan akhlak. Selain itu perkahwinan juga berguna untuk menjaga keselamatan individu dari pengaruh kerosakan masyarakat kerana kecenderungan nafsu dapat dipenuhi melalui perkahwinan yang sah dan hubungan yang halal. Seterusnya perkahwinan dapat meredakan keresahan hati, membersihkan rohani, menyenangkan jiwa dan menjaga diri daripada perbuatan zina, perkahwinan juga mampu menjaga keselamatan agama orang yang berkenaan, yakni ia tidak mudah tergelincir ke dalam perbuatan yang dilarang oleh agamanya. Akhir sekali, perkahwinan adalah sunnah RasullullahSAW, menolak perkahwinan adalah perbuatan yang meyimpang dari sunnah Rasullullah SAW. Kahwin adalah fitrah manusia dari sunnatullah yang berlaku dialam nyata.   

Rasullullah SAW bersabda  “barangsiapa yang tidak menyukai sunnahku kerana itu siapa yang mengasihiku hendaklah ia melaksana sunnahku” diriwayatkan oleh Ahmad bin Hanbal. (Muhammad Ali Qutb, 1999)  

Tujuan perkahwinan itu, yang pertamanya ialah untuk mendapat anak. Anak disebut sebagai cahaya mata penyeri kehidupan rumahtangga. Anak dapat menjadi penghibur ketika suami isteri beduka. Tambahan pula, perkahwinan juga merupakan suatu cara murni bagi menyelesaikan runtunan semulajadi yang telah Allah kurniakan terhadap manusia. Syahwat yang wujud di dalam diri lelaki- lelaki dan perempuan menyebabkan saling memerlukan diantara satu sama lain.   

Disamping itu, perkahwinan mampu menjadikan rumah tangga lebih terurus. Seorang lelakiyang tidak terlepas dari tugas di luar rumah samaada kerana pekerjaan atau tugas tugas yang dipikulnya. Oleh itu pengurusan rumah tempat tinggal aakn lebih terurusjika ia berkahwin dan mempunyai isteri. perkahwinan akan mendatangkan kemeriahan dengannya ia akan mendapat banyak sanak saudara atau kerabat sekaligus dapat mengeratkan silaturrahim. Perkahwinan juga memberi ruang kepada seseorang untuk mujahadah, mengambil semula segala tanggungjawab menjaga keperluan makan dan minum, pakaian, pendidikan dan pelajaran anak anak serta orang orang yang berada dibaawah tanggungjawabnya. (Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat) 

Selari dengan itu perkahwinan adalah untukmendekatkan dirikepada Allah SWT. Apabila kita ingin berkahwin, seharusnya kita merasakan bahawa perkahwinan itu adalah kerana ingin mengelakkan diri daripada terlibat dengan gejala maksiat dan untuk mendekatkan diri kepadda Allah.   

Sabda Rasullullah SAW “dua rakaat solat yang dilakukan oleh orang berkahwin lebih afdal daripada 70 rakaat yang didirikan oleh orang bujang. (H R Ibnu Adi berasal daripada Abu Hurairah.  

Seseorang yang berkahwin dengan niat dan tujuan kerana Allah akan merasa lapang fikirannya kerana ia sudah kehendak batinnya yang memberontak dan memiliki teman hidupnya. Bukan itu sahaja, perkahwinan adalah untuk menjaga maruah diri daripada melakukan maksiat dan dosa. Islam menggalakkan umatnya berkahwin kerana perkahwinan itu adalah jalan keluar yang terbaik untuk memelihara kehormatan diri dan keturunan supaya berada di dalam keredhaan Allah dan tidak menjadi seperti haiwan. Perkahwinan dapat menghindarkan seseorang daripada terjerumus ke lembah kehinaan dan melakukan maksiat kepada Allah. Selain itu, perkahwinan dapat memberi ruang kepada naluri seks seseorang untuk menyalurkan pada tempat yang halal.   

Sabda RasullullahSAW; “Sesungguhnya perempuan itu menghadap dengan rupa syaitan dan membelakangi dengan rupa syaitan pula. Jika seseorang diantara kamu tertarik kepada sesesorang perempuan, maka hendaklah dia didatangi isterinya agar nafsunya dapat disalurkan(H R Abu Hurairah).   Sesungguhnya naluri seks adalah anugerah kurniaan Allah kepada semua makhluk yang hidup di dunia ini. Kemahuan dan keinginan untuk melakukan hubungan dengan makhluk yang berlainan jantina adalah fitnah semulajadi. Akan tetapi ianya hendaklah mengikut garis panduan dan cara cara yang telah ditetapkan oleh Allah.   Dengan perkahwinan kita boleh menyalurkan naluri seks kepada jalan yang diredhai oleh Allah. Perkahwinan adalah untuk memberitahu adanya nikmat yang lebih besar diakhirat kelak.  

Imam Al Ghazali ada mengatakan bahawa tujuan perkahwinan itu adalah untuk memberitahu manusia akan adanya nikmat yang tidak terhingga di akhirat kelak. Apabila kita berkahwin kita akan melakukan jimak atau persetubuhan dengan isteri dan merasai nikmat jimak yang tidak terhingga nikmatnya dan dikatakan pada waktu itukita akan lupa kepada segala kenikmatan lain yang ada di dunia ini kerana jimak adalah satu nikmat yang ada di syurga yang diberi rasa nikmatnya di dunia ini. Perkahwinan juga untuk mendapat keampunan daripada Allah SWT. Apabila kita hidup berkeluarga dan mempunyai anak anak maka didalamnya terdapat unsur unsur yang akan menguji kesabaran dan keimanan kita kepada Allah SWT. Ini ujian yang akan menguji kita dengan kerenah anak anak yang masih kecil. Kita brtanggungjawab untuk menjaga keaselamatan diri dan ahli keluarga kita daripada segala bentuk kerosakkan hidup. Dalam kita menjaga, mendidik, mengasuh dan membesarkan anak anak ia telah menunjukkan suatu pengorbanan ibu bapa. Pengorbanan ini menguji kesabaran dan keyakinan kita kepada Allah yang memberi rezeki. Selari dengan itu perkahwinan adalah untuk menjaga kesihatan. Perkahwinan menjamin seseorang itu daripada terlibat dengan gejala sosial dan penzinaan. Perhubungan seks rambang ini boleh merosakkan kesihatan, mental, rohani dan jasmani seterusnya menyebabkan kegelisahan jiwa dan fikiran tidak tenang kerana diganggu oleh rasa bersalah dan berdosa kepada Allah, Perkahwinan adalah jalan terbaik untuk menjaga kemuliaan keturunan. Kita dapat melahirkan keturunan dari benih yang halal kerana mempunyai ikatan sah sebagai suami isteri dari segi agama. Bukan itu sahaja, perkahwinan akan dapat mencetuskan naluri keibubapaan dan kasih kepada anak anak dalam diri. Dalam hal ini, sebagai ibu bapa kita akan kasih dan sayangkan kepada zuriatyang dilahirkan (Rahman dan Aishah, 2002) 

Perkahwinan dapat mengelakkan dari berlaku zina, menjalinkan silaturrahim dan persaudaraan antara kedua dua belah pihak, memberi ketenteraman jiwa kepada pasangan suami isteri, melahirkan zuriat yang sah dan soleh dan mengikut sunnah Rasulullah SAW. (Hajah Nor Bee Binti Aziz, 2012)  

KESIMPULAN   
Secara Kesimpulannya, pengetahuan berkaitan perkahwinan sangatlah penting kepada para lelaki dan perempuan. Hal ini kerana, perkahwinan perlulah mempunyai ikatan nikah yang sah antara suami isteri selari dengan takrifan nikah ialah suatu akad yang menggunakan lafaz nikah atau bahasa yang memberi bahasa yang memberi makna nikah yang menghalalkan lelaki dan perempuan bersetubuh. Bukan itu sahaja, kita juga seharusnya mengetahui beberapa hukum berkahwin yang telah dinyatakan dan termaktub dalam al quran dan hadis. Antaranya, ialah wajib. Kahwin menjadi wajib apabila seseorang itu mampu, ada keinginan kepada perempuan dan khuatir akan melakukan zina. Kedua, sunat. Sunat bagi orang yang ingin memperoleh keturunan dan mampummenanggung nafkah isterinya. Ketiga, makruh. Makruh jika seseorang tidak berkemampuan untuk memberi nafkah tetapi ingin berkahwin. Seterusnya, harus. Harus jika seseorang yang tidak mempunyai perkara mendesak dan untuk berkahwin dan tidak ada perkara yang mengharamkannya. Hukum terakhir ialah haram. Haram bagi seseorang yang tidak mampu menunaikan nafkah zahir dan batin atau jika berkahwin ditakuti akan berlaku kezaliman terhadap pasangannya. Selain itu, perkahwinan juga memberi banyak hikmah dan maslahat. Antaranya ialah dapat mengelakkan seseorang daripada perbuatan zina, menjalinkan silaturrahim dan persaudaraan antara kedua-dua belah pihak, untuk memperoleh cahaya mata disamping mengikut sunnah Rasullullah SAW. Akhir sekali, dapatlahdisimpulkan bahawa pengetahuan dan pengajian mengenai perkahwinan amatlah penting bagi seseorang dalam rumahtangga. Dengan itu, masyarakat Islam kita mampu melahirkan generasi-generasi yang cemerlang sekaligus mengurangkan perbuatan zina yang menjadi polemik dinegara kita.  

RUJUKAN
  1. Hajah Nor Bee Binti Aziz. (2012). Nota Kumandang. Pulau Pinang: Fadhilat. 
  2. Haji Osman Bin Jantan. (2001). Pedoman Muamalat Dan Munakahat. Singapura: Pustaka Nasional Pte Ltd. 
  3. Mohd Ridhuan Mohd Amin. (2011). Menangani Konflik Rumah Tangga. Selangor: Sentosa ( K. L) Sdn Bhd. 
  4. Muhammad Ali Qutb. (1999). Mutiara Perkahwinan Menurut Ajaran Islam. Kuala Lumpur: Pustaka Haji Abdul Majid. 
  5. Rahman Dan Aishah. (2002). Kebahagian Suami Isteri. Kuala Lumpur: Progressive Publishing Sdn Bhd. 
  6. Ramawan Bin Abdul Rahman. (2012). Pengantar Tamadun Dan Sejarah Pemikiran Islam. Shah Alam, Selangor: Reka Cetak Sdn Bhd
  7. Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. (N. D. ). Syurga Perkahwinan. Selangor: Jiwamas Printers Sdn Bhd. 



Ustaz Abd Aziz bin Harjin
abdazizharjin.blogspot.com
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
04-9882701 (P)
04-9882597 (R)
013-4006206 (H)

Tarikh: 5/02/2015