Pengangkatan Muhammad Sebagai Rasulullah.

Disediakan Untuk :
Ustaz Abd Aziz Bin Harjin. 

Disediakan Oleh :
Nur Amirah Binti Alias. 
2014203952

PENDAHULUAN 

Pengangkatan Muhammad bin Abdullah bin Abu Mutalib bin hasyim menjadi rasul adalah suatu perkara yang penting dalam pembangunan Islam. Muhammad juga merupakan rasul yang terakhir diutuskan Allah SWT kepada umat manusia untuk terus beriman di jalan Allah

Rasul merupakan seseorang yang mampu mengajak umat manusia untuk berdakwah berdakwah atau menyebarkan dakwah Islam dan mengajar cara-cara yang berdakwah dengan betul untuk menuju ke jalan Allah SWT. 

Oleh itu, umat Islam perlu berpegang pada agama Islam dan berpegang pada Nabi Muhammad SAW yang merupakan kekasih Allah. Nabi Muhammad adalah manusia biasa yang diutuskan oleh Allah untuk menyampaikan wahyu kapada umat Islam. Kesempurnaan nabi Muhammad merupakan lambang kebesaran Allah SWT. Rasul itu akan mendatangkan keringanan bagi manusia. 

Konklusinya, umat Islam perlu memperjuangkan agama Islam dan membangunkan agama Islam hingga ke persada dunia serta menjadi agama yang paling mulia dan teragung di atas muka bumi Allah ini. 

TAKRIF
Saya memilih tajuk “ Pengangkatan Muhammad Sebagai Rasul”, ianya mengenai Muhammad yang telah dipilih menjadi rasul yang terakhir. Tajuk ini menceritakan detik –detik dan peristiwa-peristiwa yang berlaku keatas Nabi Muhammad sebelum di isytiharkan sebagai rasul Allah atau kekasih Allah. Pengangkatan Muhammad sebagai Rasul adalah untuk mengajar umat Islam beribadat dengan betul di jalan yang diredhai Allah. Rasulullah juga telah diutuskan untuk mencapaikan dakwah kepada semua umat manusia. Pelantikan Muhammad menjadi Rasul adalah suatu peristiwa yang amat bermakna dalam catatan mahupun sejarah pembangunan Islam. Sesuai dengan tema maal hijrah tahun ini yang bersamaan 1436 Hijri iaitu “ Perpaduan Nadi Transfomasi Negara”. 

SIFAT FIZIKAL MUHAMMAD
Ya’kub bin Sufyan pernah berbicara tentang sifat fizikal Nabi Muhammad SAW bersama sama dengan Hasan bin Ali. Hasan bin Ali berkata,  

“ Aku pernah bertanya kepada bapa saudaraku (dari sebelah ibu) Hind bin Abu Halah. Aku tahu dia memang cukup pandai menceritakan tentang sifat Rasulullah SAW. Pada masa yang sama, aku ingin sekali diriku disifatkan daripada salah satu sifat beliau yang dapat aku contohi ” Dia berkata, 

‘Rasulullah SAW itu seorang yang sentiasa diagungkan. Wajahnya berseri seri selayak bulan di malam purnamanya. Alis matanya lentik halus terpisah antara keduanya, yang bila beliau marah dapat dililhat seperti bercantum hidung mancung milik Rasulullah SAW. Kelihatan memancar cahaya keatasnya. Janggutnya lebat, kedua belah matanya hitam, pipi milik Rasulullah lembut dan halus, mulutnya tebal dan giginya putih bersih. 

Jari telapak kedua tangan dan kakinya tebal berisi daging, panjang hujung jarinya, rongga telapak kakinya tidak menyentuh tanah apabila beliau berjalan, dan telapak kakinya lembut serta licin tidak ada lipatan, tinggi seolah olah air sedang memancar daripadanya, apabila diangkat kakinya dengan lembut (tidak seperti jalannya orang menyombongkan diri ). Bila menoleh dengan semua badannya, pandangannya seiring ke bumi, kelihatan beliau lebih banyak melihat ke arah bumi daripada melihat di atas langit, jarang beliau memerhatikan sesuatu terlalu lama, selain berjalan dengan sahabat sahabatnya, selalu memulakan salam kepada sesiapa yang ditemuinya. ” 

Betapa sempurnanya kejadian Allah terhadap kekasihnya. Kesempurnaan Rasulullah SAW lambing kebesaran Allah dan kesempurnaan Rasulullah juga mampu membawa umat manusia supaya terus beriman kepada Allah SWT.  

TANDA AKAN TERUTUSNYA SEORANG RASUL

Ketika Nabi Muhammad genap berusia empat puluh tahun, pada waktu dunia sedang diliputi oleh kabut kesesatan dan umat manusia sedang berada dalam lembah kediadaban yang sukar untuk di tolong, pada saat itulah Allah menurunkan tanda diutusnya Nabi Muhammad. Demikianlah Sunnatullah jika dunia sedang tenggelam dalam kebejatan maka Allah meolongnya dengan mengutuskan seorang nabi. 

Melihat keadaan Kota Makkah dan penduduknya yang tenggelam dalam kebejatan dan kemusyrikan, hati Nabi sangat susah sekali. Kerana itu Nabi sering merenungkan nasib kaumnya yang sesat dalam hidup yang bodoh dan jahil. Hati nabi merasaknan tidak kuat melihat keadaan Kota Makkah dan penduduknya yang semakin parah. Beliau merasakan bahawa kota makkah seolah-olah sempit baginya untuk hidup, jadi beliau sering memencilkan diri di Gua Hira’. Selama di sana, beliau selalu berusaha mendekatkan diri kepada Allah. Dengan harapan kiranya Allah memberikan ketenangan pada hati beliau yang sedang dilanda risau. 

Setiap kali ke Gua Hira’, beliau membawa bekalan yang cukup baginya untuk beribadat selama beberapa minggu. Jika perbekalannya habis, beliau kembali ke rumah untuk menjenguk isterinya dan mengambil perbekalan baru untuk ke sana. 

Dalam suatu riwayat dikatakan beliau setiap berjalan dekat batu atau pohon, beliau mendengarkan suara dari batu atau pohon yang memberi salam kepada Nabi “ Assalamualika ya Rasulullah ”. Namun setiap kali beliau menoleh ke arah suara itu beliau tidak mendapatkan seorang pun berada di dekatnya. 

Sirah Ibnu Hisyam, Jilid 1, halaman 234-235. Juga terdapat dalam sahih Muslim, sadba Rasulullah SAW yang bermaksud ; “ Saya tidak mengetahui sebuahbatu di Makkah yang pernah mengucapkan salam kepada saya sebelum saya diutus, tetapi sekarang saya mengetahuinya”. Kitab al- Fadhaail. 

Dalam suatu hadis yang diriwayatkan oleh Imran Bukhari dikatakan bahawa menjelang datangnya wahyu Allah pertama kepada nabi, beliau sering bermimpi melihat yang terang bagaikan fajar pada hari. 

MUHAMMAD ADA DI SEBUT DALAM AL QURAN

Hampir rata rata orang mengakui Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib itu seorang nabi dan seorang rasul, baik yahudi atau nasraninya. Akan tetapi pengakuan mereka belum lagi setuju semestinya. Kebanyakan orang yang diluar Islam mengatakan Muhammad itu betul seorang Nabi, tetapi Nabi orang Arab Musa dan Isa Nabi orang Bani Israil. Sedang yang semestinya seperti yang diturunkan Allah SWT dalam Al quran dan yang telah berkali-kali diakui orang-orang yang jujur dari Kaum makkah yang mempunyai fikiran merdeka. Beliau adalah Rasulullah [ utusan besar daripada tuhan ] buat segenap bangsa, bahkan segenap tempat sepanjang masa.  

• MUHAMMAD SEBAGAI MANUSIA BIASA

Nabi Muhammad SAW bukannya tuhan ataupun anak tuhan, sebaliknya baginda hanyalah seorang insan biasa yang dikurniakan wahyu oleh Allah SWT. Allah SWT berfirman di dalam surah Al-Kahfi ayat 110 dengan maksud, ”katakanlah :Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu yang diwahyukan kepadaku bahawa Tuhanmu ialah Tuhan yang Esa”. 

Golongan Quraisy pernah mempertikaikan hikmah Allah SWT mengutuskan RasulNya daripada kalangan manusia. Allah SWT berfirman dalam surah Al-Furqan ayat 7 maksud, ” Dan mereka berkata : Mengapa Rasul ini memakan makanan dan berjalan di pasar – pasar?”. 

Sebenarnya sebagai insan, Baginda lebih memahami keperluan insan dan mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka secara praktikal. Manusia juga mudah mencontohi Rasul yang hidup bersama sama dengan mereka setiap hari.  

• MUHAMMAD DIUTUSKAN UNTUK SELURUH ALAM DAN UMAT MANUSIA 

Rasul – rasul sebelum Nabi Muhammad SAW diutuskan kepada kaum – kaum mereka sebagaimana yang difirmankan Allah SWT dalam surah Ar-Ra’d ayat 7 dengan maksud “Bagi setiap kaum ada Penunjuk jalannya ”. 

Nabi Syuib as. Diutuskan kepada kaum Madyan, Nabi Hud as. Kepada Kaum Ad; Nabi Saleh as. Kepada kaum Thamud, Nabi Musa as. Kepada Bani Israil dan begitulah seterusnya. Sebaliknya, Nabi Muhammad SAW diutuskan untuk seluruh alam. Allah SWT telah berfirman dalam surah Al-Anbiya ayat107. 

Didalam Al Quran, Surah As-Saba’ ayat 28 tuhan telah mengirimkan firmanNya (dengan maknanya saja):

“Kami mengutuskan engkau buat segenap manusia, untuk mengembirakan dan manakutkan (memberi peringatan); akan kebanyakan orang tidak mengetahuinya”. 

Demikian juga firman tuhan dalam surah Al-Furqan, 

“Maha suci Allah yang telah menurunkan rasul kepada hambanya (Muhammad SAW ) untuk menjaadi pengajaran seluruh alam”. 

Dalam ayat kedua yang tersebut di atas, dengan cara yang betul sekali Allah Ta’ala menerangkan bahawa Muhammad SAW sebenarnya diangkat Allah, jadi urusanNya buat segenap dan seluruh alam dan al Quranlah yang disampaikan kepada sekalaian yang tersebut. 

Dalam surah Al A’raf, ayat 157 ada tersebut seperti dinyatakan (maksudnya):

“( Adapun orang –orang yang mu’min ) yaitu orang – orang yang tidak tahu akan ajaran Rasul dan Nabi yang ummi (tidak tahu tulis dan membaca ) yang telah didapati akan sifat-sifatnya tertulis didalam Taurat dan Injil, menyuruh mereka dengan pekerjaan yang baik-baik dan melarang itu dari yang mungkar-mungkar, yang menghalalkan makanan baik-baik bagi mereka itu dan mengharamkan yang keji-keji itu mereka yang mengugurkan beban-beban yang berat daripada itu dan (melepaskan ) belenggu-belenggu yang ada diatas mereka maka orang-orang yang percaya dengan dia, memperkuatnya dan mengikut akan cahaya yang diturunkan sertanya, itulah orang-orang yang menang (157)”. 

Dia menyuruh seluruh manusia mengerjakan pekerjaan yang baik. Melarang manusia mengerjakan pekerjaan yang mungkar, dan busuk atau merusak. 

Rasul itu akan membawa syariat yang dasarnya menghalalkan dan barang-barang yang baik kepada sekalian manusia. Akan mengharamkan sekalian yang keji-keji yang membahayakan akal dan pergaulan umum. Rasul itu akan mendatangkan keringanan bagi manusia dengan mengutuskan perintah-perintah yang berat dan sukar mengerjakannya. Syariat yang serdahana, banyak manfaatnya bagi hidup didunia atau berpindah kea lam akhirat, sehingga terlepaslah jenis manusia dari belenggu-belenggu yang menghalangi mereka bekerja menguasai kebahagiaan itu. 

JIBRAIL MERASMIKAN MUHAMMAD SEBAGAI RASUL ALLAH

Suasana malam di bulan Ramadhan itu amat terasa sekali. Muhammad sedang bersendirian berkhalwat di dalam Gua Hira. Dalam ketenangan malam yang hening itulah malaikat Jibrail, datang membawa wahyu kepada lain-lain Nabi Allah, Ibrahim, Musa dan Isa as, dan malam itu ia muncul pula di depan Muhammad lalu berkata:

“ Iqra” (bacalah)

“ Ma’ Aqra” ( Aku tidak tahu membaca )

Mendengar jawapan Muhammad itu, lalu Jibrail memeluk baginda. Baginda merasa seakan akan lemas barulah dilepaskan Jibrail, dan ia berkata lagi:

“Iqra” (bacalah)

“ Ma’Aqra” (akutidak tahu membaca) jawab Muhammad. 

“ Bacalah dengan nama tuhan engkau yang menciptakan, yang menjadikan manusia dari segumpal darah. - Bacalah, dan Tuhanmu lah yang paling pemurah ; yang mengajar manusia dengan qalam ; mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya”. 

Demikian Malaikat JIbrail membacakan ayat-ayat Al Quran itu dan diikuti Muhammad membacanya. 

Inilah ayat-ayat dari surah Al Alaq yang pertama diturukan kepada Nabi Muhammad. Setelah selesai baginda membaca ayat tersebut, malaikat Jibrail pun berlalu dan dituruti Nabi keluar dari Gua Hira’ itu. 

“ Wahai Muhammad, engkau Rasul Allah dan aku ini Jibrail”. 

Nabi Muhammad memandang ke langit dan dilihatnya Jibrail dalam rupa bentuk manusia. Kedua tumitya berada berada di hujung langit. 

Muhammad tidak menjawab, terdiam dan terus memandang ke langit. Baginda tegak bagaikan terpukau di bumi. Tidak bergerak ke depan atau ke belakang dan kepalanya terus memandang ke atas dan ke mana saja arah dipandang, baginda akan Nampak Jibrail. 

“ Wahai Muhammad, engkau Rasul Allah dan aku ini Jibrail, ” Demikian diulangi Jibrail. 

Baginda terus terdiam dan berkeadaan demikian sehingga digerakkan oleh orang-orang yang disuruh Khadijah mencari suaminya Muhammad kerana baginda merasai bimbang di hatinya, khuatir sesuatu berlaku ke atas baginda. 

Akhirnya Jibrail berlalu dan menghilang. Setelah berasa tenang seketika, Muhammad pun berangkat pulang dan khadijah sudah sedia menunggu. 

Mulai saat itu rasmilah Muhammad sebagai Rasul Allah dalam empat puluh tahun. Baginda utusan Allah kepada manusia bagi menunjukkan jalan-jalan kebahagiaan dunia dan akhirat. Malaikat Jibrail akan berulang alik mengunjungi baginda dengan membawa ajaran-ajaran Allah. 

Wahyu Allah merupakan Al Quran iaitu kitab suci bagi orang-orang Islam (muslimin), Islam agama Allah yang terakhir yang diredhainya untuk manusia dan Muhammad adalah Nabi yang terakhir: khatamun Nabiyin. Selepasnya tidak ada lagi Nabi dan Rasul. 

PERMULAAN KERASULAN MUHAMMAD

Sebelum mencapai tahap kerasulan, baginda menghabiskan waktu siang dan malamnya di sini. Baginda memilih tempat yang jauh dari kebisingan untuk malamnya di sini. Baginda memilih tempat yang jauh dari kebisingan untuk berdoa dan beribadah. Pada waktu lain baginda menghabiskan seluruh bulan Ramadhan di sini. Isteri tercintanya tahu bahawa apabila suaminya tidak pulang, pastilah baginda sedang berdoa di Gunung Hira’. Ketika khadijah mengirim orang untuk melihat keadaan baginda, mereka mendapati baginda sedang berzikir dan bersembang. 

Sebelum diutus menjadii rasul, Muhammad suka memikirkan dua perkara:

1. Baginda mengkaji secara mendalam kehidupan dan mengamati keindahan, kekuasaan dan ciptaan Allah dalam setiap kejadian. Keindahan, kekuasaan dan ciptaan Allah dalam setiap kejadian. Dengan melakukan kajian mendalam terhadap langit dan bintang serta menimbang secara saksama tentang makhluk di bumi, baginda mencapai matlamatnya menuju puncak makrifat yang paling tinggi. 

2. Baginda merenungi tanggungjawab berat yang harus dipikulnya. Dengan segala kerosakan dan kehancuran masyarakat manusia masa itu, baginda tidak terfikir kalau dakwahnya merupakan hal yang mustahil. Namun pelaksanaan perancangan dakwah itu pun tidak kurang sulit dan beratnya. Oleh itu, baginda mengamati kehidupan orang Makkah sambil memikirkan jalan dan cara untuk menyeru mereka kea rah kesucian hidup. 

Baginda hairan melihat orang menyembah berhala yang tidak bernyawa dan tidak berfaedah serta memperlihatkan perhambaan dihadapannya. Tanda rasul tidak senang muncul di wajahnya. Namun kerana belum diperintahkan untuk mengubah keadaan itu, baginda menahan diri dari mengungkapkannya kepada orang itu.  

• WAHYU PERTAMA

Tanpa ragu lagi bahawa untuk menghadapi malaikat memerlukan persiapan khusus. Apabila tidak berjiwa besar dan kuat orang tidak akan sanggup memikul beban kenabian mahupun bertemu dengan malaikat. Baginda sentiasa bersedia melalui ibadah yang berpanjangan, berkhalwat dan memohon rahmat Allah. Selama beberapa waktu, saat-saat yang paling menyenangkan adalah ketika berkhalwat. 

Setelah beberapa waktu, pada hari yang ditetapkan, Jibrail memperlihatkan lembaran sambil memerintah kepadanya : “ Bacalah!” Nabi yang buta dan tidak dapat membaca. Malaikat Jibrail memeluknya kuat lalu memintanya membaca. Baginda mengulangi jawapannya. Malaikat Jibrail memeluknya lagi dengan kuat. Tindakan ini diulangi sebanyak tiga kali. Selepas pelukan yang ketiga, baginda seolah –olah mampu membaca tulisan di lembaran itu. 

Baginda membaca ayat tersebut (surah al’Alaq: 1-5 ):

“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dan segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah Yang mengajari (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya”.  

KHADIJAH MENEMUI WARAQAH BIN NAUFAL  

Waraqah bin Naufal adalah seorang dalam bangsa Arab. Sudah lama beliau memeluk agama kristian setelah mempelajari Injil dan merupakan orang terkemuka di bidangnya. Isteri tercinta nabi itu menceritakan kepada Waraqah apa yang didengarnya daripada Khadijah, Waraqah berkata “ Suamimu orang jujur. Yang dialaminya itu adalah permulaan kerasulan. Jibrail telah turun kepadanya”.  

Disepakati oleh kalangan ulama-ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah tarikh perlantikan Muhammad sebagai rasul berlaku pada bulan Ramadhan ketika Nabi berusia genap 40 tahun kerana permulaan kenabian adalah bermula pada hari turunnya wahyu, dapat dikatakan bahawa Nabi diutus pada bulan Ramadhan.  

PENUTUP
Klonklusinya, pengangkatan Muhammmad sebagai rasul dan nabi adalah detik atau suatu perlantikan yang amat istimewa bagi umat Islam. Kehadiran rasulullah telah membangkitkan minda umat Islam untuk terus hidup di jalan yang betul. Kita sebagai umat Islam perlu menyambung legasi Nabi Muhammmad SAW sehingga ke persada dunia. Di samping itu, kita perlu sentiasa ingat kepada beliau yang merupakan kekasih Allah dan amat sempurna di mata Alllah.  

Nabi Muhammad juga merupakan rasul dan nabi yang terakhir yang mampu mebentuk umat manusia sebagai muslim yang sejati. Banyak pengorbanan dan perjuangan nabi bagi membesarkan lagi empayar agama Islam. Oleh yang demikian, kita perlu mencontohi sifat dan perbuatan nabi supaya kita menjadi ikon umat islan yang cemerlang. 

Perjuangan nabi adalah Transformasi umat Islam. Setiap perubahan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad dalam setiap penyebaran dakwahnya atau setiap perbuatan yang mampu mengangkatan martabat agama Islam adalah untuk memberi perubahan dalam kehidupan umat Islam supaya tidak tersalah memilih jalan. 


RUJUKAN 
  1. Abd. Rahman Muhammad Al- Azhari(2002). Sejarah Al Quran Dan Kegemilangan Islam. Johor : Perniagaan Jahabersa. 
  2. Abu Bakar Omar (2011). Muhammad Abdullah : Perjalanan Hidup Seorang Rasul. Selangor Darul Ehsan : Pustaka Ilmuwan. 
  3. Abu Mus’ad Al Husny(1999). Sejarah Lengkap Nabi Muhammad SAW. Selangor Darul Ehsan : Pustaka ILMI. 
  4. Nawawi Dusaki(2009). Kisah Ringkas Kehidupan Rasulullah SAW, cetakan kelima. Selangor Darul Ehsan : Wholesale Mart Buisness Point SDN. BHD. 


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
abdazizharjin.blogspot.com
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
04-9882701 (P)
04-9882597 (R)
013-4006206 (H)

Tarikh: 30/01/2015