Wanita Solehah Sebagai Isteri

Tajuk:
Wanita Solehah Sebagai Isteri

Disediakan Untuk:
Ustaz Abd Aziz Bin Harjin

Disediakan Oleh:
Darwisya Binti Mohd Yusob
2014697306


PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirahim,
Alhamdulillah, bersyukur ke atas ilahi dengan limpah rahmat serta nikmat masa-nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan kerja khusus untuk subjek ctu151 ini dengan jayanya.

Pertamanya saya ingin mendedikasi ucapan penghargaan ini kepada pensyarah saya iaitu, Ustaz Abd Aziz bin harjin kerana tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya. Saya permudah cara untuk menyiapkan kerja khusus ini. Mereka telah memberi saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya berjaya menghabiskan tugasan ini.

Ucapan penghargaan ini juga saya tuju kepada kawan-kawan saya yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan menjawab pertanyaan yang saya uterakan kepada mereka.

Saya melaksanakan kerja khusus ini dengan pilihan tajuk sendiri iaitu”Wanita Solehah Sebagai Isteri”, skop penulisan saya ialah sebagai seorang isteri, tugasnya bukanlah hanya terikat dengan tugas-tugas rumahtangga, melayani keluarga dan mendidik anak-anaknya sahaja, tetapi juga memainkan peranan penting membantu suami dalam menggerakkan dakwah Islamiah serta lingkungan muslimat itu sendiri.

Akhir madah, semoga ilmu yang dikongsikan dapat memberi contoh teladan kepada semua.

PENDAHULUAN

Kalimah soleh berasal daripada perkataan solah iaitu “kebaikan. Dimaksudkan dengan soleh ialah lelaki dan wanita yang baik kepada dirinya, pada orang lain, serta baik pula amalanya sehingga dikatakan dia telah diperbaik oleh Allah.

Rasulullah SAW bersabda”Dunia itu adalah kenikmatan dan sebaik-baik kenikmatan dunia ialah wanita solehah”. (riwayat muslim). Sebagaimana yang dapat kita ketahui peranan kaum wanita yang asasi dan sememangnya sesuai dengan sifat dan tabiatnya ialah sebagai isteri, ibu serta pengasuh dan pendidik kepada anak-anak. Ataupun kita katakana bahawa tugas kaum wanita yang terpenting ialah di sekitar urusan rumahtangganya.

Dalam konteks ini, wanita yang beriman atau lebih dikenali digelar sebagai wanita solehah, rumahtangganya yang merupakan pusat kegiatan bukanlah merupakan sebuah penjara sebagaimana dakwaan sesetengah manusia zaman ini, tetapi adalah tempat dimana, isteri, suami dan anak-anaknya membentuk kehidupan sebagai sesebuah keluarga muslim. Rumah juga merupakan tempat bagi kaum wanita Islam memelihara kehormatannya, memelihara harta benda suaminya dan menjaga anak-anaknya.

Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menjadikan wanita dengan dilengkapkan rohani dan jasmani untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri sekaligus sebagai seorang ibu. Peranan sebagai seorang isteri adalah amat penting kerana memainkan peranan utama dalam usaha mewujudkan sebuah rumahtangga yang bahagia. Rumahtangga bahagia hanya akan wujud jika kedua –dua pihak(suami, isteri) memahami dan melaksanakan peranan masing-masing.

Rasulullah pernah bersabda”Jika sekiranya ada perintah dari Allah SWT untuk menyuruh manusia sujud kepada seseorang manusia, nescaya aku akan menyuruh isteri sujud kepada suaminya “(riwayat Imam Ahmad). Hadis ini merupakan peringatan dari rasulullah SAW kepada para isteri agar mereka menumpukan seluruh kecintaan dan kepatuhan kepada suami mereka selama mana mereka tunduk kepada perintah Allah dan Rasul.

Sebagai kesimpulan dapatlah dikatakan bahawa sebaik-baik wanita adalah yang dapat menyenangkan suaminya jika dia melihatnya, mentaatinya suaminya jika dia memerintahnya dan dia tidak menyelisihi suaminya dalam hal yang dibenci suami pada dirinya dan harta suaminya.

1. 0 PETUA MENJADI CALON ISTERI YANG BAIK

1. 1) Al waduud (Rasa Cinta)

Al waduud ialah perasaan besar cinta seseorang isteri kepada suaminya. Perkara ini telah dapat diketahui pada saat seseorang isteri itu menentukan mas kahwin ataupun hantaran. Jika seseorang isteri meminta maskahwin yang tinggi padahal tahu kemampuan pasangannya itu membuktikan bahawa rasa cintanya sangat sedikit. Sebaliknya jika isteri meminta sesuatu yang sesuai dengan kemampuan pasangannya itu menggambarkan kesucian hatinya.

1. 2) As-Sittirah (Menyimpan rahsia)

Iaitu pendiam atau menyimpan rahsia dengan kuat kerana dalam konteks ini isteri merupakan tempat tertumpahnya perasaan dan keluh kesah suami, maka seseorang lelaki itu akan melihat apakah pasangannya seorang wanita yang suka berbicara atau membuka rahsia orang. Ataupun seseorang pasangan yang sentiasa menjaga mulutnya dari berkata perkara yang tidak bermanfaat.

Wanita yang senang membincangkan perkara yang kecil-kecil juga merupakan gambaran bahawa seseorang isteri itu senang membuka rahsia suaminya. Seorang isteri yang baik hendaklah menjaga rahsia dan masalah-masalah suaminya dan jangan terlalu mudah menceritakan kepada sesiapapun tentang keperibadian suaminya. Jika sesorang isteri itu ingin menceritakan juga, maka sampaikanlah yang baik-baik.

Seseorang isteri hendaklah tinggal diam di rumah suaminya, jika ingin keluar rumah isteri hendaklah meminta izin suaminya terlebih dahulu untuk pergi ke klinik, hospital dan perkara penting yang lain. Dan janganlah kaum wanita berkunjung ke rumah tertangga kemudian membuka aib dan rahsia keluarga sendiri atau mengumpat orang lain. Oleh itu, sebabnya Islam menyuruh agar lelaki memilih calon isteri yang mampu menyimpan rahsia dengan baik.

1. 3) Al zlizh fill Ahliha(Teguh pendirian)

Sifat ini iaitu teguh dalam menghadapi bencana rumah tangga. Dalam hal ini isteri tidak suka mengadu kepada orang lain atas segala penderitaan yang dialaminya, walaupun kepada orang tuanya sendiri. Segala penderitaan yang dirasai oleh nya di dalam rumahtangga seseorang isteri itu akan menghadapi dengan penuh ketabahan dan sentiasa menyerah diri kepada Allah SWT.

Hanya kepada suaminya seseorang isteri itu akan membincangkan sesuatu yang sukar untuk dihadapi dan diselesaikan. Kemudian hanya kepada Allah berdoa untuk meminta rahmat dan mengharapkan rezekinya luas. Wanita yang sebegini tidak akan mendorong suaminya melakukan dosa dalam menghadapi kesukaran rumahtangga. Tetapi ia akan berusaha mengajak suaminya untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah agar segala aktiviti kehidupan yang mereka kerjakan dinilai sebagai satu ibadah.

1. 4) Az zaliilah Ma’a Ba’lihaa(Merendah diri)

Sifat ini iaitu merendahkan diri atau patuh kepada suami. Sifat ini merupakan sifat yang paling sukar dan berat untuk dilakukan oleh setiap kaum wanita. Ramai dikalangan isteri ingin masuk campur segala urusan suaminya kerana mereka berasa mereka berhak untuk mengendalikan gerak geri suaminya. Keperibadian isteri semacam ini akan mempengaruhi keharmonian rumahtangga. Kerana ramai kalangan wanita hanya menonjolkan perasaan cemburunya. Tetapi jika berbincang dengan baik itu dianjurkan.

Dalam konteks ini, isteri yang baik adalah yang bukan mengendali segala gerak geri suaminya kemudian membenci dan memarahinya. Tetapi isteri yang baik itulah menjadi sebagai penasihat suaminya jika suaminya melakukan perkara yang tidak baik atau membiarkan keadaan rumahtangga menjadi tidak harmoni. Oleh yang demikian, jika suami telah melakukan kewajipannya terhadap anak dan isterinya dengan baik dan sesuai dengan tuntutan Islam, maka isteri tidak boleh mencemburuinya tanpa alasan.

1. 5) Al-Hashaanu(Membatasi Diri)

Al-Hashaanu bermaksud pembenteng atau pembatas. Kerana seseorang isteri muslimah wajib membatasi dirinya dalam bergaul dengan orang lain. Isteri hanya boleh menunjukkan dirinya secara bebas di hadapan suaminya saja. Walaupun berada didalam rumah, tetapi jika ada orang lain yang bukan muhrimnya namun dia mesti tetap harus menutup dirinya dengan pakaian muslimah.

 Seorang wanita solehah tidaklah dibenar menampakkan auratnya yang dapat menimbulkan rangsangan walaupun terhadap anak kandungnya sendiri. Oleh sebab itu, seseorang isteri yang baik walaupun berada di rumah jika keluar dari biliknya hanya memakai baju tidur, kerana harus menjaga dirinya dalam menutup aurat.

Menutup aurat dengan baik supaya dapat menjaga diri daripada timbulnya fitnah sehingga menggangu hubungan antara suami dan isteri. Kerana jika seseorang suami penuh keyakinan bahawa aurat isterinya hanya semata-mata diperlihatkan untuknya, maka suami akan merasakan cemburu dengan isterinya. Dengan demikian kecintaanya terhadap isterinya semakin mendalam. JIka ini dapat dilaksanakan rumahtangga akan menjadi aman damai.

1. 6) Mendengar Dan Mentaati Perintah Suami

Di antara ciri isteri yang solehah iaitu mendengar dan mentaati perintah suami yang benar. Segala perintah suami yang tidak bertentangan dengan agama dan akhlak harus dilakukan dengan baik. Dengan demikian suami merasa redha dan puas atas bantuan isteri, begitu juga dengan isteri merasa puas dengan layanan dan tanggungjawab suami terhadapnya.

1. 7) Menyerahkan Diri Kepada Suami Secara Baik

Seorang isteri yang solehah bersedia secara keseluruhannya untuk melayani suami tatkala mereka berdua. Isteri dengan penuh kemesraan dan keikhlasan memenuhi keinginan suaminya. Kerana apabila isteri bersikap acuh tak acuh atau bersikap dingin terhadap suaminya ini akan menimbulkan persangkaan buruk dari pihak suami terhadap diri isteri. Jika ini terjadi maka ini merupakan awal menuju keruntuhan rumahtangga.

Maka isteri yang baik, harus memahami betul akan keperluan suaminya. sebab hubungan batin antara suami san isteri itu merupakan bunga –bunga yang menwarnai kehidupan agar tidak sepi dan gersang. Kerana jika hubungan ini terganggu akan menyebabkan tekanan jiwa dan segala aktiviti menjadi terganggu.

2. 0 PETUA BERHIAS BAGI ISTERI SOLEHAH

Wanita solehah disuruh berhias dalam batas yang disyariatkan Islam, agar tetap memperolehi pujian, kebahagian dan kehormatan. Diantara bukti bahawa agama Islam yang lurus dan sesuai dengan fitrah ini menganjurkan agar wanita solehah berhias iaitu:

2. 1)Allah Cinta Keindahan

Berhias atau bersolek bagi wanita merupaka perkara yang baik. Jika dilakukan untuk suaminya. Sebab dengan berhias tersebut dapat menimbulkan keindahan dan kecantikan. Allah SWT Maha indah dan Dia menyukai dengan yang bersih atau Indah. Dalam sebuah hadis disebutkan “Dari ibnu Mas’ud r. a berkata, bersabda Rasulullah s. a.. w: “ Sesungguhnya Allah itu indah dan cinta keindahanya”(riwayat muslim)

2. 2) Berhias merupakan fitrah Insan

Berhias atau mencantikkan diri serta membiasiakan melakukannya dengan tujuan untuk kebahagian jiwa dan rumahtangga merupakan anjuran Islam. Allah SWT telah menjadikan kecenderungan berhias memakai harum-haruman, dan menyukai kebersihan merupakan bahagian dari fitrah dan sunnah para rasul. Rasulullah SAW bersabda maksudnya:”Dari Abu ayyub r. a berkata, bersabda Rasulullah SAW:”Rasa malu, suka dengan wangian atau harum-haruman, bersiwak dan nikah adalah sunnah para Rasul”

2. 3) Memakai Wangian Setelah Haid

Rasulullah SAW menganjurkan kepada kaum muslimah agar memakai wangian atau harum-haruman ketika selesai haid. Tujuannya untuk menghilangkan bau yang kurang sedap serta memberi motivasi terhadap kecintaan suami. Dari Aishah r. a seorang wanita bertanya kepada Rasulullah SAW tentang membersihkan atau mencuci bekas haid. Kemudian Rasulullah SAW memberikan petunjuk bagaimana harus mencucinya baginda bersabda:”ambillah sedikit minyak wangi untuk mencucinya. ”wanita itu berkata”Bagaimana kami mencuci kannya?”Rasulullah SAW menjawab “Sucikan dengan itu “wanita itu bertanya bertanya lagi:”BAgaimana membersihkannya ?”Rasulullah bersabda “Subhanallah, sucikanlah “Aishah berkata :”Maka wanita itu aku Tarik mendekatiku dan aku katakana kepadanya bersihkan dekat bersih darah”(riwayat mutafaqun alaih)

Hadis diatas menjelaskan bahawa seorang wanita yang telah suci daripada haid hendaklah menggunakan kapas ataupun kain yang lembut kemudian disapukan minyak wangi yang harum di kemaluannya. Tujuannya agar bau yang tidak sedap tersebut menjadi hilang. Begitulah wahai muslimah betapa indahnya Islam yang sentiasa mengajar kepada umatnya agar sentiasa bersih, mengutamakan keindahan serta berhias untuk memberikan keterangan pada jiwa dan raga.

3. 0 PETUA MENYAMBUT KEPULANGAN SUAMI

Sambutan seorang isteri yang solehah terhadap suaminya merupakan kedamaian yang dating dari syurga, yang akan membawa kepada kedamaian. Sikap baik seorang isteri terhadap suaminya juga akan memperoleh rahmat dan redha daripada Allah SWT, sehingga keluarga mereka berasa aman dan bahagia. Diantara beberapa petua yang harus dilakukan oleh seseorang isteri yang solehah ketika menyambut kepulangan suaminya iaitu:

3. 1) Berhias Dan Memakai harum-haruman

Perkara yang membuat hati seorang suami senang dan merasa terpikat melihat isterinya iaitu ketika melihat isterinya dalam keadaan bersih dan rapi. Contohnya, pakaian bersih, wajahnya berseri-seri, rambutnya disikat dengan bagus kemudian dengan memakai harum-haruman yang menyenangkan. Agama Islam telah menganjurkan kepada isteri solehah berhias dengan bersih dan menawan untuk suaminya agar kebahagiaan suami isteri tetap terjamin dan harmoni. Oleh hal ini kerana, wanita merupakan sebaik-baik perhiasan dunia bagi suaminya. Berhias bukan satu perkara yang berat untuk dilakukan oleh seseorang isteri untuk menyenangkan suaminya. Namun ramai di kalangan wanita zaman sekarang tidak menyedari kepentingan berhias dan memakai harum-haruman dalam rangka menyegarkan hubungan suami dan isteri

3. 2) Wajah Yang Berseri-Seri

Ketika menyambut kepulangan suami, isteri haruslah berusaha untuk menyambutnya dengan wajah berseri-seri baik dari tempat kerja mahupun ketika pulang dari tempat yang jauh. Hal ini kerana senyuman dan wajah yang manis itu merupakan motivasi bagi suami untuk terus hidup dengan aman, sekaligus merupakan sumber ilham untuk menciptakan kebhagiaan hidup berumahtangga. Rasulullah telah bersabda maksudnya:”Rasulullah SAW bersabda kepadaku :”Janganlah kamu meremehkan kebaikan walaupun sekecil apapun, walau hanya sekadar muka yang manis yang kamu berikan ketika berjumpa dengan saudaramu”

3. 3) Penuh Kehangatan Dan Kerinduan

Suatu perkara yang dapat menjadi penawar kelelahan suami ketika pulang dari tempat kerja atau dari tempat jauh iaitu ungkapan penuh kerinduan terhadapnya. Isteri yang bijak dan cerdas pasti akan menyambut kedatangan suaminya itu dengan penuh kehangatan. Kerana menyedari dengan cara demikian suami merasa dihargai dan dihormati oleh orang yang disayangi.

Suami akan merasa tanggungjawab terhadap dirinya serta terhadap keluaraganya. Isteri tidak akan mudah tergoda dari segala duagaan dan cubaan ketika berada di luar rumah. Sebab ia yakin dan percaya segala apa yang diperolehnya di rumahtangganya sendiri lebih bermakna dan lebih hangat dibandingkan dengan sesuatu berada di luar rumahtangganya.

Dalam konteks ini, peranan para isteri dalam mencurahkan rasa kerinduan terhadap suaminya ketika menyambut kepulangannya sangat penting sekali dalam rangka mempereratkan tali cinta dan kasih antara suami dan isteri. Rumahtangga menjadi harmoni, sehingga akan merasakan betapa nikmatnya erti sebuah rumahtangga yang bahagia penuh kasih saying serta mendapat rahmat Allah SWT.

3. 4) Melembutkan suara

Diantara kelebihan wanita adalah suaranya yang indah dan lembut, maka para isteri gunakanlah kelebihan ini untuk menghibur hati suami dan menggodanya agar ia sentiasa tertarik dengan isteri yang menjadi idamanya. Ketika berbicara dengan suami, hendaklah menghiasi suaranya dengan alunan yang lembut dan penuh kesopanan. Dan amat berdosa jika isteri memberikan kelembutan suaranya itu untuk lelaki lain kerana itu dapat menimbulkan fitnah.

Allah SWT berfirman:”Hai isteri-isteri nabi semua tidaklah seperti wanita lain, jika kamu bertaqwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik”. Untuk para wanita muslimah serta isteri-isteri yang solehah akan berusahalah untuk berbicara dengan baik terhadap suami sendiri. Islam memberikan pedoman yang baik dalam berbicara.

a. Berbincanglah terhadap sesuatu perkara dengan cara menyenangkan

b. Ketika berbicara gunakanlah ayat dan kalimat yang baik

c. Bersikaplah dengan penuh perhatian dengan menghadapkan muka kita ketika berbicara dengan orang lain

d. Panggillah suami dengan gelaran atau panggilan yang dia sukai

e. Tidak dilarang jika isteri menggunakan kata-kata manja terhadap suaminya

3. 5) Menyiapkan Hidangan

Jika suami pulang kerumah telah sampai waktu makan, isteri hendaklah menyiapkan hidangan untuk suami serta keluarga dengan cara baik. Kerana ramai di kalangan orang lelaki jika perutnya lapar sedangkan badannya letih kerana baru pulang dari tempat kerja akan kurang pertimbangan. Oleh sebab itu isteri yang bijak berusaha menjaga hidangan makanan untuk suaminya. Yakin dan percayalah jika isteri sentiasa menjaga kesejahteraan suaminya ketika di meja makan, maka suami akan merasakannya betapa nikmatnya makan di rumah bersama isteri dan anak –anak nya. Jika ia pergi jauh ia akan sentiasa ingat akan layanan yang diberikan isterinya ketika menikmati makanan. Berusahalah agar isteri menemani suami ketika sedang makan. Jika isteri telah kenyang cukup sekadar duduk di samping suami agar suami rasa dihargai.

4. 0) CIRI-CIRI ISTERI SOLEHAH

4. 1)Taat Kepada Perintah Suami

Rasulullah SAW bersabda” Jangan dilakukan, kerana jika sekiranya aku menyuruh manusia bersujud, tentulah aku menyuruh kaum wanita bersujud kepada suaminya dan demi Allah yang nyawaku berada ditanganNya tidaklah seseorang wanita itu menunaikan hak suaminya. ”Salah satu daripada perkara yang dapat membantu untuk menwujudkan rumahtangga yang bahagia ialah ketaatan isteri kepada suami dalam setiap perintahnya selama perintah itu bukan merupakan suatu perkara maksiat kepada Allah SWT. Islam menjelaskan bahawa tidak boleh taat kepada makhluk yang melaksanakan maksiat kepada Allah SWT dan ketaatan hanya diperbolehkan dalam hal yang dibenarkan oleh syariat Islam.

4. 2) Jujur Dan Taat Setia Kepada Suami

Isteri yang solehah itu hendaklah sentiasa jujur dan taat setia yang tidak berbelah bagi terhadap suaminya dalam sebarang hal yang diizinkan oleh syara. Kesetiaan nya terhadap suaminya itu bukanlah hanya kerana ia sebagai seorang isteri, tetapi adalah kerana telah bersedia menerima suaminya itu sebagai pelindung.

Di dalam sebuah hadith, Rasulullah Sallahu’alaihi wasalam telah menyebut bahawa jika seseorang isteri itu menyayangi suaminya, menyenangkan hati dan taat setia kepadanya, maka mereka adalah setaraf dengan suaminya dalam mengerjakan amalan-amalan yang ma’aruf. Isteri hendaklah menyampaikan hajat suaminya, iaitu perkara –perkara yang diperbolehkan Islam termasuk mengenai hubungan kelamin. Rasulullah Sallah’Llahualaihi wa sallam bersabda, ”Jika suami mengajak isterinya ke pembaringannya, sedang ia tidak memenuhi kehendak suaminya, sehingga menyebabkan suami tidur marah sepanjang malam, maka para malaikat akan melanatnya hingga ke subuh. ”(riwayat Bukhari dan muslim)

4. 4) Isteri Sebagai sumber kekuatan jiwa

Isterinya yang solehah hendaklah menjadikan dirinya sumber kekuatan jiwa, menjadikan dirinya sumber kekuatan jiwa, menjadi pendorong dan menjadi pembantu perjuangan suaminya. Adalah tidak wajar bagi mana-mana isteri yang menjadi penghalang yang besar kepada suaminya dalam perjuagannya menegakkan hokum Allah SWT. Jika dilayan dengan baik dan sempurna, suami hidup jiwanya dan dia akan menjadi penjuang Islam yang hebat.

Contoh terbaik adalah seperti apa yang dilakukan oleh saidatina Khadijah Binti Khuwalid, isteri Rasulullah SAW. kepulangan Rasulullah SAW dengan keadaan gerun dan menggigil selepas menerima wahyu yang pertama dari Jibril a. s disambut oleh Siti Khadijah dengan keadaan tenang dan penuh kasih sayang. Khadijah, isteri yang patuh dan sangat setia kepada suaminya itu segera menyelimutkan suaminya. Setelah keadaannya agak reda, Rasulullah SAW menceritakan kepada segala peristiwa yang berlaku terhadap baginda di Gua Hira. Khadijah isteri yang bijaksana itu tidak memperlihatkan kekhuatiran dan kecemaran hatinya bahkan dia kelihatan tenang. Demikianlah Khadijah mententeramkan hati suaminya dan contoh seumpama inilah yang seharusnya menjadi teladan buat sekelian wanita Islam.

4. 5) Bersopan-santun terhadap suami

Sebagai seorang isteri yang solehah mereka hendaklah bersopan-santun terhadap suaminya. Iaitu dengan berlemah lembut tutur kata dan gerak laku di hadapan suaminya. Isteri hendaklah menjauhi kata-kata atau perkataan yang menyakitkan hati suaminya seumpama memaki, berkata-kata tanpa izin atau melafazkan perkataan yang dilarang oleh syarak mahupun adat. Demikian juga seseorang isteri itu hendaklah sentiasa merasa malu dan merendahkan pandangan matanya ketika berda di hadapan suaminya. Isteri hendaklah sentiasa memperlihatkan wajah yang manis di hadapan suaminya agar dapat menyenangkan hati suaminya.

Suami yang kelihatan pulang dari kepenatan berkerja tentulah merasa amat terhibur, malah hilang segala kepenatannya jika isteri yang menyambutkan pulang sentiasa berwajah manis. Tetapi sebaliknya, cuba bayangkan betapa kecewa perasaan suami jika kepulangannya itu disambut dengan wajah masam cuka.

4. 6) Memberatkan Atau Memaksa

Janganlah seseorang isteri itu memberatkan atau memaksa suaminya memberi nafqah seperti makanan, pakaian, wang ringgit dan tempat tinggal lebih dari kadar yang diperlukan. Bahkan hendaklah ia sentiasa berpada-pada (qana’ah)dengan apa jua pemberian suaminya itu. Contoh yang paling ketara dalam hal ini ialah apa yang berlaku kepada puteri kesayangan Rasulullah Salla’Llahu ‘alaihi wa sallam iaitu Saidatina Fatimah. Walaupun ia terpaksa menghadapi segala macam kesusahan bersama suaminya Saiyyidina Ali (Rasulullah Salla’llahu ‘alaihi wa sallam menangis melihat keadaanya), namun ia tetap bersabar serta sentiasa mengharapkan keredhaan Allah Subhanu wa Ta’ala. Dalam hal ini Rasulullah Salla’Llahu ‘alaihi wa salam, pernah bersabda maksudnya, ”maksudnya untuk mencapai kesenangan akhirat, Fatimah seharusnya menelan kepahitan hidup di dunia ini”. Begitu juga janganlah bagi seseorang isteri itu merungut-rungut terhadap suaminya tentang keperluannya. Dalam sebuah hadis, Rasulullah Salla’Llahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda, ”Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada seseorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya”.

4. 7) Meminta Izin Untuk Keluar Rumah

Isteri dianggap sebagai derhaka sekiranya keluar rumah tanpa izin atau tanpa ditemani oleh suaminya atau mahramnya. Hal ini mendapat tegahan di sisi syara’, walaupun ia keluar adalah adalah semata –mata untuk menziariahi kaum keluarga, ibubapa atau kerana menuntut ilmu fardhu ‘ain yang suaminya mampu mengajarkannya, apatahlagi kalau ia keluar rumah kerana melibatkan diri dengan kelab-kelab wanita persatuan dan sebagainya. Isteri yang solehah tidsk mempunyai cita-cita langsung untuk keluar kononya untuk berjuang, berkhidmat kepada masyarakat, mengejar kemajuan dan sebagainya kerana yang demikian itu tidak menjamin rahmat dan redhaan Allah Subhanu wata’ala, bahkan mendedahkan diri kepada berbagai-bagai fitnah.

Rasulullah Salla’Llahu ‘alaihi wa sallam “tiap wanita yang keluar rumah tanpa izin suaminya, sesungguhkan dia dalam kemurkaan Allah sehinggalah ia kembalikan ke rumahnya atau suaminya redha akan dia”

4. 8) Memberi Layanan Yang baik

Isteri hendaklah sentiasa memberi layanan yang baik kepada suami sama ada ketika senang ataupun susah, kerana suami berusaha mencari nafkah sementara isteri menjaga rumah tangga dan mendidik anak, suami juga bertanggungjawab menjaga keselamatan daripada pencerobohan dan musuh-musuh yang ingin menghancurkan rumahtangga.

4. 9) Memberi Motivasi terhadap cita-cita suami

Isteri yang solehah adalah isteri yang mahu menjadi teman berunding bagi suami, menjadi sahabat dalam menyelesaikan berbagai masalah. Itulah sebabnya hubungan suami isteri itu diertikan orang sebagai “teman hidup”. Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita –citanya dan cita-cita keluarga, maka isterilah yang memainkan peranan penting memberi motivasi kepda suami, serta menghiburkan hatinya.

Isteri teladan di samping memberi dorongan dan motivasi isteri merupakan sumber ilham bagi suaminya. kerana apabila suami memandangnya hati menjadi tenteram dan damai. Sehingga segala masalh selalu dihadapinya dengan mudah dan dihadapinya secara bersama-sama.

PENUTUP

Hasil pembacaan saya, saya dapati Allah dan Rasul menghendaki para wanita dapat menjadi isteri solehah. Bahkan sebaik-baik perhiasan itu Rasulullah kata ialah isteri solehah. Isteri solehah ialah seorang isteri yang dapat menjadi serikandi dan bidadari serentak, dalam masa yang sama dan pada diri yang sama. Boleh melayan suami dan melakukan kewajipannya dalam perjuangan.

Sebagai bidadari suami, dia harus berusaha untuk taat, berkhidmat dan menghiburkan suami dalam semua keadaan. Walau isteri dalam keadaan sakit dia bangun berusaha nak hiburkan suaminya. Kalaulah dia sakit hingga membawa mati, dia boleh dapat mati syahid kerana berkhidmat kepada suami. Tetapi selaku isteri mesti berusaha buat yang terbaik. Kalau dapat diusahakan, itu sangat disukai Allah dan Rasul.

Tuhan tawarkan lelaki untuk mati syahid di medan juang. Wanita pula tidak ada tawaran begitu. Tapi wanita diminta hanya memberi sepenuh ketaatan dan khidmat kepada suami. Kalau isteri boleh lakukan begini, maka suami akan dapat rasakan sudah ada bidadari dalam hidup nya.

Saya berpendapat pada zaman dahulu kita tidak begitu memahami perkara-perkara sebegini, oleh sebab itu para isteri gagal dalam melayan suami. Apabila Rasulullah memberi panduan sebegini barulah kita memahami bahawa di rumah tidak boleh ada serikandi sahaja. Rupanya peranan serikandi berjuang kena selari dengan peranan bidadari. Pakejnya kena lengkap, yakni adanya peranan serikandi yang dilengkapkan dengan peranan bidadari pada dirinya. Setiap isteri itu kena jadi bidadari dan serikandi dalam dirinya sekali gus.

Bahkan dalam hadis, Rasulullah bersabda kalaulah Tuhan izinkan ada makhluk boleh sembah makhluk lain nescaya Rasulullah perintahkan isteri sujud kepada suaminya. Ertinya peranan isteri sebagai bidadari yang taat, khidmat dan menghiburkan.
Setiap insan yang bernama wanita pasti ada perasaan ingin menjadi yang terbaik dalam hidupnya sama ada sebagai rakan yang terbaik, anak yang terbaik, isteri yang terbaik atau Muslimah yang terbaik kerana semua perasaan itu adalah satu kurniaan dari Allah SWT.

RUJUKAN

Habsah Md. Nor, (1999). Wanita Solehah:kedudukan personaliti dan ciri-cirinya, cetakan kedua. Kuala Lumpur:Darul Nu’man.
Hamizan Hussin, (1994). Wanita Solehah, Cetakan Pertama. Penerbitan Al-Masyur Sdn. Bhd, Bismi Publishers.
Mohd Ali Abu Bakar, (2000). Kewajipan Muslim, Cetkan pertama. Kota Bharu:Syarikat Jaafar Rawas.
Hamizan Hussin, (1988). Wanita Islam, Cetakan Pertama. Kuala Lumpur:Dewan Pustaka Fajar
Ahmad Muhammad Jamal, (1990). Wanita Bertanya Islam Menjawab, Cetakan Pertama. Perlis:H. I. Press. Cv

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Hp: 013-400 6206
Pj: 04-9882701
Ru: 04-9882597
email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my

url: abdazizharjin.blogspot.com