Meniti Sakaratul Maut

Tajuk:
Meniti Sakaratul Maut

Disediakan Untuk :
Ustaz Abd Aziz Bin Harjin

Disediakan Oleh :
Nursyarifahnabilla Binti Zaydi
2014243014

Pendahuluan

“ BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM “

“ Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih dan Penyayang ”

Segala puji pujian dipersembah ke hadrat Allah SWT. Dari-Nya kita memohon pertolongan dan keampunan, seta perlindungan-Nya dari gangguan syaitan. Sesiapa yang dikurniakan hidayah oleh Allah SWT, maka mereka tidak sesat selamanya. Sesungguhnya Allah sahajalah yang selayaknya disembah dan Nabi Muhammad SAW itu adalah pesuruh-Nya. 

 Setinggi tinggi kesyukuran ke hadrat Allah swt. Ucapan selawat dan salam untuk junjungan kita Nabi Muhammad, segenap keluarga dan sahabatnya, serta siapa saja yang menyerukan dakwahnya hingga hari kiamat. 

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana atas limpah kurnia dari Nya, saya Nursyarifahnabilla Binti Zaydi, 2014243014, program Diploma Pengurasan Ladang telah dapat menyelesaikan tugasan CTU 151 yang diberi dengan jayanya. Sekalung ucapan terima kasih kepada semua yang banyak membantu saya dalam mengumpul bahan bahan dan maklumat untuk di jadikan teras penulisan saya terutamanya kepada keluarga saya. Seterusnya, tak lupa juga kepada pensyarah saya, Ustaz Abd Aziz Harjin yang banyak memberi dorongan dan tunjuk ajar agar tugasan ini dapat di jalankan dengan sempurna. 
Tajuk tugasan yang telah saya pilih iaitu “Meniti sakaratul maut”. 
Skop penulisan saya menceritakan perihal kematian iaitu sebagai seorang muslim apa yang perlu kita tahu tentang kematian. dunia ini bukanlah tempat yang abadi, ia hanyalah sekadar jambatan menuju akhirat.

Semoga ilmu dan pengetahuan yang telah di kongsikan bersama ini, dapat memberi manfaat dan di jadikan contoh teladan kepada sekalian pembaca. Sekian. 
ABSTRAK

Kematian adalah peristiwa yang betul-betul akan terjadi bagi semua makhluk yang wujud. Mati boleh ditakrifkan apabila nyawa terpisah daripada tubuh badan kita. Nyawa akan tetap hidup kepada Tuhan dan tubuh kembali kepada tanah. 

Sebelum Malaikat maut melaksanakan tugasnya dan sebelum nyawa terpisah dari tubuh, maka semua anggota tubuh badan akan mengucapkan selamat berpisah dan akan bertemu kembali di akhirat kelak. 

Firman Allah : Terjemahan: Semua yang ada ini akan binasa dan tetap kekal zat tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.  (al-Rahman :26-27)  

Maut adalah satu peristiwa yang pasti terjadi dan ia sentiasa kekal dalam ingatan (jiwa). Roh kita sebenarnya mengetahui hakikat ini sehingga kita sampai ke alam barzakh, cuma fitnah dan pengaruh dunia selalu melalaikan kita. Maha Suci Allah yang telah memberitahukan kepada kita bahawa maut itu adalah makhluk yang termasuk yang termasuk daripada sunnah Allah yang benar akan terjadi sebagaimana hidup itu termasuk makhluk juga. Begitu juga dengan bintang-bintang dan falaknya, bumi dengan gunung-ganang, haiwan, manusia, dan segala jinnya adalah merupakan makhluk juga, sesuai dengan firman Allah :

Terjemahan: Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa diantara kamu yang lebih baik amalannya.  (al-muluk : 2)

Negeri akhiratlah kehidupan yang hakiki (sebenarnya) sedangkan dunia ini hanyalah kehidupan sementara. Allah lebih dahulu menyebutkan akhirat daripada dunia. Dari ayat itu allah SWT telah memperingatkan manusia semenjak manusia itu masih merupakan jaminan (di dalam rahim ibunya). Yakni Allah menyebutkan bahawa manusia itu akan dilahirakan ke dunia untuk sementara waktu. Dunia ini bukanlah tempat yang abadi, ia hanyalah sekadar jambatan menuju akhirat, sesuai dengan firman Allah :  Terjemahan: Dan sebenarnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan. Kalau mereka mengetahui. terus menerus sampai kiamat, sedangkan tubuh pula akan hancur menjadi air dan tanah. Nyawa kembali (al-ankabut : 64)

Negeri akhirat itulah kehidupan yang hakiki dan berkekalan. Kehidupan yang kita nikmati sekarang ini adalah pinjaman dan bersifat sementara. 

“SAKARATUL MAUT”

Terkadang ada juga orang yang bertanya “Untuk apa kita dihidupkan untuk menepuhi penghidupan yang rumit dari sementara ini?” Sebenarnya ……. 
“Supaya manusia itu mengumpul bekal di negri yang fana ini untuk dibawa ke negeri yang kekal”

Allah SWT bukanlah memberi ganjaran kepada kita berdasarkan ketaatan kita sahaja. Oleh itu, kalau engkau taat kepada Allah SWT sedaya mampu engkau maka Allah akan membalasnya pula berdasarkan kemampunya (kudratNya). 

Orang yang waras merasa takut mengahadapi kematian buakanlah kerana takut berhadapan dengan Allah tetapi kerana tipisnya bekalan untuk menemuiNya. Sahabat-sahabat Rasulullah SAW sentiasa ingat dan takut menghadapi hari hisab yang akan dihadapi sesudahnya, sama ada akan dapat pahala atau pun seksa. 


1) Al-Lahad dan Asy-Syaqqu

Qurtubi rahimahullah berkata : al-lahudu : ialah meletakkkan mayat sudut kubur jika tanah itu keras dan ia lebih afdal dari asya-syaqau, kerna ia dipilih oleh Allah bagi Nabinya SAW. 
Al-lahdu ialah mengenali pada pertengahan kubur. 
Imam Nawani rahimahullah berkata :
Al-lahdu ialah mengenali bahagian bawah kubur pada arah kiblat. 
Hanabillah berkata : disunatkan mendalamkan kubur tanpa batas tertentu. 
Di Madinah ada dua orang lelaki salah salah seorang membuat lahad dan yang seorang tidaka membuat lahad, maka mereka berkata yang mana satu datang lebih awal maka dialah yang diikut amalanya lalu datang membuat lahad maka dikuburkan Rasulullah SAW dalam lahad. 

2) Hari sebelum kematian

100 hari sebelum kematian - Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakiNya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini. Cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. 

40 hari sebelum kematian - Tanda ini juga berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok letaknya di atas di atas Arasy Allah. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaanya ke atas kita. Anataranya ialah ia akan mula mengikuti sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan binggung seketika. 

7 hari sebelum kematian – Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diiuji dengan musibah kesakitan di mana orang yang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan. 

3 hari sebelum kematian – pada ketika ini akan terasa denyutan di bahgian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan dahi kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinga akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan. 

1 hari sebelum kematian – akan berlaku sesudah waktu Asar dimana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun dimana ini menandakan kita tidak akan sempat waktu untuk menemui Asar keesokkan harinya. 

Hari kematian – Akan berlaku keadaan dimana kita akan merasakan satu keadaan sejuk dibahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum ketika ini kita hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menanti kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematiakan kita. Wallahualam ……. 

3) Tanda-tanda kematian

Imam Nawawi rahimahullah berkata : Imam Syafi’I dan shabat-sahabat ada menyebutkan tanda-tanda kematian iaitu kedua kakinya menjadi longgar, tulang lengan bawah telunjur, sahabat-sahabat menambah dengan turun pelisnya, dan satu jemaah daripadanya menambah denan mengecut biji pelirnya dengan kulit terjulur, jika ini Nampak maka kematiannya telah diketahui, maka ketiak itu hendaklah bersegera menyediakan kelengkapan jenazah. 
Syafi’I berkata: ada pun jika dia mati disambar petir, tenggelam, terbakar, takut dari peperangan, binatang buas, jatuh gunung atau dalam perigi, maka tidak boleh bersegera dengannya sehingga memastikan kematiannya. 
Hendaklah dibiarkan sehari, 2 hari dan 3 hari sehingga dikhuatiri rosaknya jangan sampai hanya dia pengsan atau ditiup tekaknya atau ditutp salur pernafasannya. 

Syafi’I Raimallah berkata : aku lebih suka jika seseorang itu yang mati itu agar keluargnya tidak bersegera memandikannya kerana adakalanya dia hanya pengsan lalu menggapnya sudah mati sehingga mereka melihat dia hanya pengsan lalu menggapnya sudah mati sehingga mereka melihat tanda-tanda kematian yang dikenali padanya iaitu kedua kakinya menjadi longgar adan tidak dapat ditegak, kedua tulang lengan bawahnya terjulur dan tanda-tanda kematian yang mereka ketahui, jika mereka telah melihat tanda-tanda tersebut hendaklah mereka nersegera memandikan dan menguburkannya kerana menyegerakannya adalah menunaikan hak kepadanya dan jangan menangguhkan pengebumian mayat dengan menunggu orang yang tidak hadir dalam perkara ini. Rasulullah SAW bersabda :

Ertinya: “Bersegeralah dengan jenazah itu, jika ia soleh maka kebaikan yang kamu segerakan dan jika ia selain itu maka keburukan yang kamu letakkan dia atas bahu kamu”. 

4) Jasad, tanah dan ulat

Telah dimaklumkan bahawa tubuh manusia seluruhnya akan hancur kecuali sebahagian kecil dari tubuh manusia yang dinamakan dengan “ajbu adz-dzanab” maka manusia diciptakan Allah dari bahagian ini dan menyerupai biji sawi. Maha suci Allah lagi Maha Pencipta dalam satu riwayat:
Ertinya: “Seluruh anak cucu Adam akan dimakan tanah kecuali ajbu adz-dzanab” (tulang yang terletak dibahagian bawah tulang punggung) daripadanya manusia diciptakan dan padanya manusia dibangkitkan semula. 

5) Malaikat maut

Syeikh Albani hafizullah berkata: namanya dalam al Quran dan sunnah ialah “Malaikat maut” adapun nama “Izrail” maka ia tidak berasas, kebaikan dengan masyhur di sisi muanusia dan barngkali nama ini dari Israilyat “Allah Taala berfirman  Ertinya: Katakanlah wahai Muhammad; nyawa kamu kan diambil oleh Malakul maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu.  (As-Sajdah: 11)

Imam Qurtubi berkata: dinamakan ajmu dan mim dan ajbu dengan ba : adalah dua bahasa dan ia adalah bahagia halus pada asal sulbi dan dikata ia adalah kepala tulang ekor (anat)

6) ALAM BARZAKH. 

Alam Barzakh adalah masa antara roh berpisah daripada tubuh sehingga hari kiamat. Kubur adalah pintu masuk untuk bertemu dengan Allah bagi mempertanggungjawabkan amal perbuatan selama hidup di dunia. Barzakh bermaksud meliputi seluruh perkuburan. Azab kubur pula ialah siksaan yang ditanggung di alam barzakh. 

Di dalam kuburlah tubuh berbaring dan tempatnya sempit dan dingin. Seluruh tubuh akan dimakan ulat, mata dan telinga akan dimakan cacing. Sementara bagi orang yang beriman dan beramal soleh, mereka merasakan lahat itu seperti tidur di atas tilam sutera, sedap dan nyaman, dan kubur itu terasa seperti berada di pangkuan ibu. Tidak lama selepas itu, datang pula dua orang Malaikat iaitu Malaikat Mungkar dan Nakir untuk memeriksa dan menyiksa. Ketika ini, tiada siapa yang dapat membantu melainkan amalan semasa hidup. Pada masa ini, mayat yang tersebut akan disiksa sehinggalah hari kiamat. 

Menurut hadis Nabi, tempat arwah di Barzakh ialah di Jannatul Barzakh iaitu tempat mereka menunggu tibanya hari kiamat. Setelah selesai bersoal jawab dengan Malaikat di kubur, maka roh Nabi-nabi, para syuhada, para muttakim dan solihin diangkat rohnya oleh Malaikat ke langit. Dari langit pertama terus ke langit ke dua, ke tiga dan seterusnya sehingga langit ke tujuh. Dari sini sampai ke Sidratul Muntaha. Kemudian terus dibawa ke bawah Arasynya Tuhan. Disinilah hidup mereka senang dan bahagia. 

Bagi orang beriman dan beramal soleh, Barzakh itu merupakan Taman Firdaus yang tidak ada bandingnya. Sebaliknya bagi orang kafir, barzakh seperti api neraka yang tidak terhingga. Di sana, mereka mengalami bermacam azab siksaan yang tidak dapat digambarkan betapa ngerinya. Roh orang kafir tidak duduk setempat kerana rohnya akan berkeliaran di antara langit dan bumi. 

Sementara arwah orang-orang yang berdosa itu selesai bersoal jawab dengan Malaikat, maka arwahnya dibawa ke langit. Sampai di langit pertama, Malaikat penjaga langit akan menutup pintu langit tersebut dan roh itu dipukul sehingga jatuh semula ke bumi. Arwah itu selalu berulang-alik ke kuburnya dan ke rumah anak-anaknya. Kehidupan mereka di Barzakh menunggu hari kiamat. Dan setelah kiamat, mereka akan dibangkitkan kembali dengan tubuh atau jasadnya itu. 

7) Kemanakah perginya roh-roh
Ketika manusia telah mati rohnya pergi keppada kehidupan barzakh agar dikurnia nikmat atau diseksa dan al-imam al-allamah as-salafi Ibnnu Qayyim al-Jauziyah menyebutkan klasfikasi tingkatan roh dari segi kedudukan dalam kitab “ar-roh”

1) Roh-roh berada pada Illiyah yang paling tinggi dikalangan para malaikat pendudk langit iaitu roh-roh para nabi yang dikurniakan keselamatan dan kesejahteraan oleh Allah atas mereka. 
2) Roh-roh yang berada dalam perut burung hijau keluar masuk ke dalam syurga menurut keinginnya iaitu roh-roh sebahagian. 
3) Roh-roh yang ditahan di pintu syurga seperti yang tersebut dalam hadis “aku melihat sahabat kamu ditahan di pintu syurga”
4) Roh-roh yang ditahan di kuburnya iaitu roh pelaku dosa dan maksiat seperti roh orang yang mencuri pakaian kemudian mati syahid, lalu manusia berkata: tahniah bagimua akan syurga, maka rasulullah SAW bersabda “Demi jiwaku yang berada di tangan-Nya, sesungguhnya pakaian yang dicurinya hanya akan menyalakan api baginya di dalam kubur”. 
5) Roh-roh yang tempatnya dipintu syurga, sepertia yang disebutkandalam hadis Ibnu Abbas. “Syuhada seperti berada pada sebuah sungai syurga di kubah hijau, rezeki mereka dating dari syurga pada waktu pagi dan petang”. 
6) Roh-roh yang ditahan di bumi iaitu roh-roh yang rendah yang hanyabergantung dengan bumi dan perhiasannya, dengan dunia dan segala kelazatannya, maka ia tidak dapat naik ke langit, kerana langit tidak naik padanya kecuali jiwa atau roh-roh tinggi yang semasa di dunia sentiasa tekun mencintai Allah, mengingati dan menghampirkan diri kepadaNya, maka seseorang itu akan bersamanya dengan yang dicintainya di dalam barzakh dan hari kiamat, yang baik bersama dengan orang-orang yang baik, dan yang buruk bersama dengan orang-orang yang beruk, maka roh setelah bercerai dengan badan akan mengikut bentuk-bentuk, saudara-saudara dan teman-teman sekerjanya, ia akan bersama dengan mereka di sana. 
7) Roh-roh yang berada pada tungku pembakaran iaitu roh para penzina lelaki dan perempuan. 
8) Roh-roh yang berenang di sungai darah dan menelan batu iaitu roh-roh pemakan riba. 
9) Roh-roh yang memukul kepalanya dengan batu lalu pecah kemudian dikembalikan semula, iaitu roh orang-orang yang mengetahui al Quran lalu tidak mengamalkannya dan lali dari solat fardu. 
10) Roh-roh yang mengoyak mulutnya dengan pengait besi iaitu roh orang-orang munafik dan pendusta. 

Telah dimaklumkan bahawa nikmat atau seksa yang terjadi atas tubuh juga dikenakan atas roh, dan mazhab ahli sunnah wal jamaah sepakat mengatakan bahawa azab dan nikmat dalam kubur terjadi atas roh dan tubuh secara serentak. 
Mu’tazilah dan sebahagian ahli hawa nafsu menyalahi yang demikian dan mereka mengatakan: bahawa azab kubur atau nikmatnya hanya akan terjadi atas roh sahaja tanpa tubuh dan azab yang tejadi atas kedua-duanya hanya pada hari kiamat sahaja. 
Wallahu a’lam bissawab dan kepadaNya tempat kita kembali. 

SAKARATUL MAUT DAN KEDAHSYATANNYA
Akibat adanya sakaratul maut, seseorang membuang kecenderungan bagi bersenang-senang dan takut sekiranya lali bagi melaksnakan semua kewajipan. Dia juga akan terus berfikir dan selalu bersiap sedia. Terutama apabila dia sedar yang melangkah kedua-dua kakinya, akan menuju kea rah maut. Hal ini sebagaimana yang sudah dikatakan oleh sebahagian orang bijak pandai dalam syairnya:
“Malampetaka bukan berada di tanganmu (dalam kekuasaanmu)
Kamu tidak tahu bilakah bencana itu akan mengejutkanmu”
Lukman berkata kepada anaknya, 
“Wahai anakku, ada suatu perkara yang tidak kamu ketahui bilakah ia akan menimpamu. Oleh sebab itu, bersiap-bersiaplah untuknya sebelum ia mengejutkan dirimu terlebih dahulu. ”
Sungguh aneh apabila masih ada manusia yang masih sempat berada dalam suasana serba mewah dan sbuah forum yang serba meriah. Bahkan dia menunggu sahaja akhir usianya tiba tanpa menyediakan apa-apa persiapan. Maut akan sedia menghentam dan menghnacurkan semua kegembiraannya. Dia tidak sedar yang malaikat maut sudah bersedia menghalang setiap langkahnya. Malaikat itu akan mencabut nyawanya dalam dia sedang keadaan lalai. Sekiranya ini terjadi, jelaslah yang punca utamanya adalah kebodohan dan kecuaian dirinya sendiri. 

Ketahuilah! Rasa yang sangat sakit semasa sakaratul maut hanya dapat dirasakan oleh orang yang mengalaminya. Orang yang tidak pernah mengalami sakaratul maut hanya dapat membayangkan bagaimana rasanya sakit itu. Dia hanya dapat membandingkannya dengan rasa sakit yang pernah menimpa tubuhnya. Ada antara mereka yang membayangkan sakitnya sakaratul maut, dengan melihat orang yang sedang mengalaminya. 
Pencabutan roh sebenarnya adalah ungkapan bagi menggambarkan sesuatu yang sangat menyakitkan (menyeksa) roh. Nazak bererti mencabut roh dari semua anggota tubuh manusia. Semasa nazak berlangsung, bererti semua anggota tubuh tanpa terkecuali akan berasa sakit. 
Sekiranya seseorang tertikam duri sehingga berasa sakit, maka sesungguhnya itu hanyalah rasa sakit yang terdapat di bahagian tubuh yang tertikam duri sahaja. 
Sedangkan nazak akan menghentam roh dan menarik semua bahagiannya yang tersebar di seluruh tubuh tanpa sisa. Orang yang sedang ditarik rohnya bererti sedang ditarik semua uratnya dan dicabut semua sarafnya. 
Orang yang sedang ditarik rohnya juga sama dengan ditarik seluruh anggota tubuh dan sendi-sendinya dari akar setiap rambut dan kulit, seperti disiat kulitnya dari ubun-ubun hingga hujung kaki. Jangan tanya lagi bagaimanakah sakitnya. 

DETIK-DETIK MENGHADAPI KEMATIAN
Kisah Nabi Muhammad

Diceritakan Rasulullah SAW mempunyai segelas air yang diletakkan disisinya semasa beliau hampir meninggal dunia. Beliau memasukkan tangannya ke dalam air kemudian disapukan di wajahnya. Beliau berkata, 
“Ya Allah, ringankanlah sakaratul maut bagiku”
Fatimah berkata, 
“Alangkah sakitnya apa yang sedang kau alami, hai ayah. ”
Rasulullah menyahut, 
“Tidak ada lagi kesakitan selepas ini pada ayahmu, sesudah hari ni. ”
Umar berkata kepada Ka’bul Ahbar, 
“Wahai Ka’ab, beritahukanlah kepadaku berkenan maut. ”
Ka’ab berkata, 
“Baiklah, hai Amirul Mukmin, sesungguhnya maut itu bagaikan mencabut duri yang sangat banyak jumlahnya, yang dimasukkan ke dalam perut seseorang secara paksa. Sedangkan masing-masing duri menancap ke dalam urat. Lantas duri itu tercabut berapa duri dan masih tersisa beberapa yang lain”


Rasulullah SAW berkata, 
“Kamu (maut) memisahkan diri denganku dan aku memisahkan diri darimu (maut) hingga hari kiamat. ”

Beginilah sakaratul maut yang terjadi pada para kekasih dan auliya’Allah. Bagaimanakah dengan sakaratul maut yang akan berlaku pada kita yang bergelumang dengan perbuatan maksiat?

KISAH KETEGUHAN NABI MUHAMMAD SAW MENGHADAPI KEMATIAN. 
Abu Bakar al-Siddiq melaporkan yang beiau pergi menemui Rasulullah SAW lalu berkata, 
“Hai Rasulullah, izinkanlah aku menjaga tuan. Aku kan menjadi orang yang melayan tuan. ”
Rasulullah SAW menjawab, 
“Hai Abu Bakar, sesungguhnya sekiranya aku tidak membawa (menanggung) isteri-isteriku, anak-anakku dan ahli keluargaku, pasti musibahku ini kan semakin besar. Dan sungguh kamu mendapat pahala dari Allah Taala. ”
Aisyah berkata, 
“Rasulullah SAW meninggal dunia di rumahku dan pada hariku (hari giliran untuk isteri). Aku mula berdoa kepada Allah SAW dengan doa yang biasa disebutkan oleh malaikat Jibril untuk Nabi. Beliau selalu membaca doa itu semasa sakit. Namun Nabi tidak membaca doa itu pada masa sakit yang membawa kepda kematiannya itu. Maka nyawa beliau akhirnya dijemput bagi mengahadap Zat Yang Maha Tinggi. ”

SAAT TERAKHIR RASULULLAH

Rasulullah SAW meninggal dunia. 
Ketahuilah, dalam diri Rasulullsh SAW itu ada suri teladan yang baik, (uswatun hasanah) sama ada semasa beliau masih hidup ataupun sesudah meniggal dunia, sama ada dalam perbuatan mahupun ucapannya. 
Semua gerak geri Rasulullah SAW adalah contah untuk orang yang melihatnya sebagai ikutan kepada orang yang tekun pemerhatiannya. Keran tidak ada seorang pun yang lebih mulia di sisi-Nya selain beliau. 
Rasulullah SAW adalah kekasih Allah (khalilullah), kecintaan Allah (khalilullah), kecintaan Allah (habibullah), utusan Allah (rasulullah), paling dekat di sisi Allah (syafiullah dan nabi Allah (nabiullah). 
Cuba perhatikan dengan baik keadaan Nabi SAW semasa sakaratul maut Nabi. Allah mengirimkan sejumlah malaikat yang mulia bagi mencabut roh beliau. Para malaikat mencabut roh beliau kemudian dipindahkan dan dibawa menuju rahmat dan keredaan Allah SAW. 
Beliau ditempatkan di sebuh tempat terhormat di sisi Allah Taala. Meskipun demikian kedudukan yang dimiliki oleh Rasulullah SAW, namun proses nazak Rasulullah SAW masih tetap terasa sakit. 



PENUTUP
Kesimpulan tersebut ialah semasa sakaratulmaut itu datang, ruas-ruas persendian itu mengucapkan selamat berpisah antara satu sama lain sampai berjumpa lagi di hari kiamat kelak. Meskipun di dalam tubuh badan hancur serta tulang berselerakan namun di hari kiamat nanti semuanya akan berkumpul semula menjadi satu tubuh. 

Nabi SAW. pernah bersabda dari firman Allah yang berbunyi:”Demi kebesaran dan keagunganKu: Tidaklah Aku keluarkan hambaKu dari dunia ini, sehingga Aku hapuskan kesalahan amal perbuatannya, Aku sakitkan tubuhnya. Aku timpakan, musibah kepada keluarga dan anak-anaknya. Atau (sebaliknya), iaitu: Aku sempitkan penghidupannya. Aku tutup pintu rezekinya, sehingga tinggal sebesar zarah, dan Aku susahkan matinya. Seperti dia berada di hari dilahirkan oleh ibunya. ” (Riwayat Muslim) 

RUJUKAN
Al-Jauzi, Ibnu(2011). Meniti Sakaratul Maut:Selangor. PS Potensi Enterpise. 

Az-Zughbi, Mahmud Abdul Malik(2004). 80 Soalan Azab Kubur dan Nikmatnya. Kuala Lumpur. Jasmin Enterpise

Mohd Ishak, Mohf Alif (2004). Kenikmatan Ahli Syurga Dan Kesengsaraan Penghuni Neraka. Kuala Lumpur. Jasmin Enterprise

Abdul Latif, Syaikh Musytahatriy (1996). Persediaan Menghadapi Mati. Kuala Lumpur. Al- Hidayah

Muhammad Sofwan (2000). Godaan Syaitan Semasa Syakaratul Maut. Kuala Lumpur. Usnie Publisher

Mohd Kamel, Mohd Hariri(2012). 303 Soal Jawab Fikah Kematian. Kuala Lumpur. PTS Millennia Sdn. Bhd

Al-Hanbali, Ibnu Rajab (2002) terjemahan Muhammad Nurdin. Jeritan Kubur. Jakarta Timur. PT Serambi Ilmu Semesta

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Hp: 013-400 6206
Pj: 04-9882701
Ru: 04-9882597
email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
url: abdazizharjin.blogspot.com