Sejarah Hidup Imam Syafi’i

Tajuk:-
Sejarah Hidup Imam Syafi’i

Disediakan Untuk:-
Ustaz Abd Aziz Bin Harjin

Disediakan Oleh:-
Nurul Hanis Binti Mohd Sohaimi
2014812216

PENDAHULUAN
Segala puji bagi Allah SWT., Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang, Mahakaya, dan Maha Pemberi Petunjuk bagi hamba-hamba-Nya yang lemah. Tidak ada yang dapat memberi petunjuk selain Dia. Selawat dan salam buat junjungan nabi kita Nabi Muhammad saw., keluarga, sahabat, dan umat beliau hingga akhir zaman. 

Saya memilih untuk membuat tajuk tentang SEJARAH ISLAM :- SEJARAH HIDUP IMAM SYAFI’I kerana setelah saya membaca sebuah buku tentang beliau, saya berasa amat kagum dengan keteguhan hidup ulama’ terkemuka ini. Bagi Imam Syafi’i, beliau tidak akan puas hidup di atas muka bumi Allah yang besar ini sekiranya beliau tidak menghabiskan hidupnya dengan bermusafir untuk mencari ilmu di seantero dunia seperti Mesir, Iraq, Parsi dan lain-lain negara atau tempat. Disebabkan beliau sangat dahagakan ilmu pengetahuan tentang agama, beliau sanggup berhijrah dari satu tempat ke satu tempat yang lain bagi mencari ilmu agama. 

Imam Syafi’i adalah seorang ulama yang menjadi pencetus ilmu usul fiqh. Beliau telah mula menghafaz Al Quran pada umur 9 tahun. Beliau juga telah menghafaz sebanyak 10, 000 buah puisi setelah berguru dengan Mus’ab dan hadis. Hidup kita tidak akan lengkap sekiranya tidak dilanda badai kerana setiap ujian yang melanda hidup kita dapat mematangkan kehidupan. Begitu juga dengan Imam Syafi’i disebabkan fitnah oleh orang yang sangat dengkikannya, beliau telah dihukum penjara oleh Khalifah pada masa itu. Sudah menjadi lumrah manusia setiap kehidupan pasti diuji oleh Allah swt. 

Imam Syafi’i juga telah menghasilkan beberapa karya sepanjang hayatnya. Beliau telah menghasilkan sebanyak 142 kitab. Antaranya ialah al-Hujjah, al-Umm dan lain-lain. Sepanjang hayatnya juga beliau telah mengkaji semula kitab-kitabnya untuk diubah fatwa-fatwanya yang lama dan digantikan dengan fatwa yang baharu. Pengikutnya telah menamakan Qaul Jadid yang bermaksud pendapat yang baharu dan Qaul Qadim bagi pendapat yang dikeluarkan Imam Syafi’i semasa di Iraq. 

Demikianlah sedikit pengenalan atau pendahuluan tentang Imam Syafi, i yang dapat saya sediakan untuk tatapan mata. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa kerana telah mengurniakan nikmat yang sedemikian rupa kepada salah seorang ulama’ yang terkemuka agar dapat menyebarkan dakwah Islam ke pelusuk dunia. 

TAKRIF

Salasilah merupakan latar belakang yang menceritakan tentang kehidupan seseorang individu. Salasilah hidup atau latar belakang mengenai seseorang individu itu amat penting dalam proses untuk mengenali keperibadian atau sumbangan seseorang itu. Begitu juga dengan individu ini, dengan mengenali tentang salasilah hidupnya kita akan lebih mengenali tentang individu yang banyak memberi jasa kepada agama Islam. Individu yang akan saya ceritakan merupakan individu yang amat disayangi umum semasa hayatnya. Individu itu nyaris sempurna dari segi fizikal dan akhlaknya. Beliau mempunyai cita-cita yang luhur diwarnai dengan zuhud dan warak. Beliau berkongsi nasab dengan keturunan nabi yang kita sayangi dan sering menjadi kerinduan para umatnya iaitu nabi Muhammad saw. Beliau adalah ulama yang terkemuka dizamannya, faqih dimasanya, seorang pembela hadis, salah seorang imam empat, dan kepadanya mazhab Syafi’i dikeluarkan. Orang yang saya akan ceritakan tentang sejarah hidupnya ialah imam Syafi’i. 

Nama sebenarnya Imam Syafi’i ialah Muhammad bin Idris bin Shafie bin Saib bin Abdul Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf tetapi lebih dikenali sebagai Imam Syafi’i. nama itu diambil sempena nama moyangnya Shafie. Ayahnya berasal daripada keturunan Quraisy, daripada bani Mutalib. Ayahnya meninggal dunia ketika Imam Syafi’i masih kanak-kanak. Beliau dilahirkan di kota Gaza Palestin pada bulan Rejab tahun 150 Hijrah. Ada yang mengaktakan pada malam beliau dilahirkan Imam Abu Hanifah (Imam Hanafi) meninggal dunia. Khalifah Islam pada masa itu ialah Abu Jaafar Al Mansur dari bani Abbasiyah. Dia meningkat dewasa sebagai seorang anak yatim dirumah ibunya di Makkah. Kemudian dia berguru dengan imam Malik di Madinah, dan beliau sangat mencintainya. Dia tinggal di Madinah hingga dia memberi fatwa di hadapan imam Malik ketika dia berusia 20 tahun. 

Imam Syafi’i dibesarkan dalam serba kekurangan. Meskipun telah dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan beliau telah memberikan satu jasa yang besar kepada umat Islam hari ini. Sejak kecil lagi beliau sudah mempelajari Al Quran, dan beliau menghafal Al Quran sejak berusia 9 tahun. Pada umur 10 tahun beliau menghafal dan memahami kitab al-Muwattak yang ditulis Imam Malek. Beliau juga mempunyai suara merdu, boleh bersyair dan bersajak. Ketika berusia 15 tahun beliau mengajar dan memberi fatwa kepada orang ramai di Masjid al-Haram. Kerana kegigihan dan kecerdikan beliau yang luar biasa, beliau mendapat sanjungan masyarakat. 

Sesungguhnya saya berasa amat beruntung kerana dapat mengkaji tentang sejarah hidup beliau dan dapat mengenali dengan lebih dekat tentang ulama yang mazhabnya sangat luas pengaruhnya dan menjadi salah satu rujukan bagi permasalahan yang berlaku di Malaysia. Sesungguhnya apa yang baik itu datang dari Allah swt dan yang buruk itu datang dari kesilapan saya sendiri kerana setiap insan itu tidak sempurna dan sering melakukan kesalahan. Jika seorang ulama terkemuka pun sangat menyanjungi keperibadian Imam Syafi’i apatah lagi kita sebagai insan biasa. 

PENGHARGAAN

Asalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh. Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi kerana dengan izin-Nya saya dapat menyiapkan kerja kursus yang telah diberi oleh pensyarah CTU 151. Alhamdulillah kepada Allah swt., diatas limpah kurnianya akhirnya saya dapat menyiapkan dan memahami tajuk yang diberikan iaitu mengenai SEJARAH ISLAM. Dalam sejarah Islam ini saya telah memilih untuk membuat tajuk SEJARAH HIDUP IMAM SYAFI’I. 

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya yang memberi semangat dan mengirimkan doa kepada saya sepanjang saya berada di rantau orang dan sepanjang saya menyiapkan kerja kursus ini. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah CTU 151 bagi kelas ATD2Bm iaitu Ustaz Abd Aziz bin Harjin kerana tanpa tunjuk ajar dari beliau saya mungkin tidak dapat menyiapkan tugasan yang diberikan kepada saya. Saya juga ingin megucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat sekelas yang member tunjuk ajar buat diri ini. 

Akhirnya, tak ada gading yang tak retak, tak ada sesuatu yang sempurna. Demikianlah isi tugasan ini kerana saya hanya insan biasa yang sering melakukan kesalahan. Saya juga telah berusaha sedaya upaya agar dapat menjalankan amanah yang telah diberikan oleh pensyarah untuk menyiapkan tugasan ini dengan sebaik-baiknya. Maaf diatas kekhilfan diri ini. Sekian dari saya. Semoga kita selalu mendapat petunjuk dan perlindungan dari Allah swt. Aamiin !

BIOGRAFI IMAM SYAFI’I

i. Kelahiran dan Garis Keturunan Imam Syafi’i ra

Namanya ialah Muhammad bin Idris bin Abbas bin Uthman bin Shafie bin Saib bin Abdul Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf. Keturunan beliau bertemu dengan keturunan Nabi Muhammad saw., pada Abdul Manaf (datuk Nabi Muhammad saw., yang ke III). Salasilah beliau dari ibunya adalah Fatimah binti Abdullah binti al-Hasan bin Husain bin Ali bin Abi Talib (bapa saudara Nabi Muhammad saw.) Ayahnya berketurunan Bani Muthalib suku Quraisy manakala ibunya pula berasal dari al-Azd. Beliau dilahirkan di Gaza Palestin pada bulan Rejab tahun 150 Hijrah bertepatan tahun 767 masihi iaitu tepat pada hari yang mulia Imam Hanafi meninggal dunia di Baghdad. Tempat asal ayah dan bonda beliau ialah di kota Makkah. 

Apabila beliau berusia 2 tahun ayahnya telah pergi menyahut seruan Ilahi, setelah ayahnya selamat disemadikan, Ummu Habibah al-Uzdiyyah iaitu panggilan buat ibu beliau telah membawa Imam Syafi’i pulang ke kampung halaman mereka iaitu kota Makkah. Kepulangan telah disambut dengan baik oleh kaum keluarga yang turut berdukacita diatas pemergian ayahanda beliau. 

Disebabkan garis keturunan Imam Syafi’i yang mulia serta kehidupannya yang dirundung kemiskinan telah membuatkan beliau terhindar daripada hal-hal yang buruk dan menjauhi perlakuan-perlakuan tercela. Garis keturunan yang dimilikinya menjadi seperti teladan dalam perbuatan-perbuatan yang akan menjatuhkan pandangan orang terhadap beliau dan kemiskinanya membuatnya menjadi orang yang baik dan berguna. 

Apabila usianya mencecah 9 tahun beliau telah menghafal Al-Qur’an 30 juz dan pada usianya 10 tahun, beliau telah menghafal dan memahami kitab al-Muwatta’ karya Imam Malek. Beliau juga telah menghafal sebanyak 10, 000 buah puisi yang dikarang oleh penyair dari Kabilah Huzail. Beliau juga mempunyai suara yang merdu, boleh bersyair dan bersajak. Ketika beliau berusia 15 tahun beliau telah diberi amanah dan kepercayaan untuk mengajar dan memberi fatwa kepada orang ramai di Masjid al-Haram. Disebabkan kegigihan dan kecerdikan beliau yang luar biasa, beliau disanjungi dan disayangi oleh masyarakat. Beliau meninggal dunia di Mesir tahun 204 Hijrah ketika berumur 54 tahun disebabkan sakit buasir berdarah. 

ii. Proses Pencarian Ilmu Imam Syafi’i. 
Proses pencarian ilmu Imam Syafi’i telah melalui pelbagai fasa dalam mencari ilmu yang berkaitan dengan agama. Semasa beliau tinggal di kota Makkah, Imam Syafi’i telah menuntut ilmu dan berguru dengan para ulama’ yang ada di kota tersebut seperti Imam Ismail bin Kustanti untuk menuntut ilmu Quran. Setelah itu beliau mendapat keizinan daripada Imam Ismail bin Kustanti untuk mempelajari ilmu puisi dengan Mus’ab sehingga dapat menghafal 10’ 000 buah puisi yang dikarang oleh penyair dari kabilah Huzail. Seterusnya beliau telah mempelajari ilmu Hadis dengan Imam Sufian Ainah dan ilmu fiqah dengan Imam Muslim az-Zanji. Beliau mempunyai kemampuan yang luar biasa dalam menyerap pelajaran yang diajarkan. Bahkan Imam Muslim bin Khalid az-Zanji telah memberikan izin kepada pemuda yang bernama Muhammad bin Idris ini untuk mengeluarkan fatwa. 

Meskipun telah mendapat keizinan untuk mengeluarkan fatwanya sendiri, namun semangat jihad yang ada dalam diri beliau untuk mencari ilmu masih terus membara kerana ilmu itu tidak terbatas dan tidak berkesudahan. Semasa berada di Makkah ataupun lebih tepat lagi dihalaman rumah beliau, beliau sangat merindui penulis kitab al-Muwatta’ iaitu Imam Malek. Imam Malek juga merupakan ulama’ besar dan imam kota Madinah. Keinginannya untuk berguru dengan Imam Malek semakin membuak-buak. Imam Syafi’i telah berangkat ke kota Madinah dengan membawa seutus surat dari gabenor Makkah. Apabila beliau pergi ke kota Madinah bermulalah jihad beliau dalam mengharungi lautan ilmu fiqh secara keseluruhannya. 

Setelah Imam Syafi’i mempelajari kitab al-Muwatta’ dari Imam Malek, Imam Syafi’i marantau ke Iraq pula untuk mencari ilmu kerana bagi beliau “ilmu Allah itu sangat luas. Sekirannya semua daun-daun kayu dijadikan kertas dan air laut dijadikan dakwat, pasti masih tidak mencukupi bagi menulisnya. Kerana itu merantaulah menuntut ilmu walau sampai ke negeri China. Ketika usia masih muda, carilah ilmu sebanyak-banyaknya. ” Di Iraq beliau berguru dengan Imam Muhamad al-Hasan, Imam Abu Yusof dan beberapa orang guru di seluruh negeri Iraq dan Parsi. 

Setelah Imam Malek meninggal dunia pada tahun 179 Hijrah, Imam Syafi’i meneruskan pencarian ilmunya di Yaman. Di Yaman beliau telah mempelajari ilmu firasat dengan Maulana Arif. Apabila berada di Yaman, beliau telah berkahwin dengan Hamidah binti Uyainah bin Amru bin Uthman bin Affan, keturunan Khalifah Uthman bin Affan. 


iii. Kedudukan Imam Syafi’i dalam pemerintahan. 

Setelah Imam Malek meninggal dunia, Imam Syafi’i telah berangkat ke Yaman kerana dijemput oleh gabenor Yaman iaitu Gabenor al-Malik. Di Yaman, Imam Syafi’i telah ditawarkan dengan pekerjaan sebagai seorang jurutulis dan setiausaha peribadi oleh gabenor tetapi beliau menolak dengan baik dengan mengaktakan beliau ingin mencari ilmu dahulu. Setelah menimba ilmu di Yaman, beliau kembali ke Sana’a untuk memenuhi janjinya dengan Gabenor al-Malik. Imam Syafi’i telah menjalankan tanggungjawabnya dengan tekun sambil menyebarkan ilmu yang telah dipelajarinya. 

Tidak lama kemudian Imam Syafi’i telah berkahwin dengan Hamidah binti Uyainah bin Amru bin Uthman bin Affan dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu seorang lelaki dan dua orang perempuan. Setelah itu, Imam Syafi’i telah menerima tawaran daripada gabenor Yaman untuk menjadi hakim di wilayah Najran. Setelah beberapa hari beliau di Najran beliau mendapat berita bahawa Gabenor al-Malik telah meninggal dunia dan digantikan dengan gabenor as-Saud. Gabenor as-Saud merupakan gabenor yang zalim dan memakan harta baitulmal yang merupakan harta untuk fakir miskin. 

iv. Ujian yang Menimpa Imam Syafi’i

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik yang membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. ” [Q. S Al- Hujuraat, 6]



Semasa memegang jawatan hakim di zaman pemerintahan Gabenor as-Saud, Imam Syafi’i telah memberi nasihat kepada gabenor tersebut. Dan disebabkan dengan perasaan iri hati dan dengki Gabenor as-Saud telah bertindak dengan memfitnah Imam Syafi’i serta ahli kumpulannya merancang untuk menggulingkan kerajaan Abbasiyah termasuk menjatuhkan Khalifah Harun ar-Rashid. Tanpa usul periksa yang teliti, Khalifah Harun ar-Rashid telah mengarahkan tenteranya menangkap sesiapa sahaja yang terlibat dengan gerakan anti kerajaan Abassiyah itu. Hal ini dapat diterangkan berdasarkan ayat diatas. 

Disebabkan sikap terburu- buru membuat keputusan, Imam Syafi’i dan para pengikutnya telah ditangkap dan diseksa berjalan di padang pasir yang panas tanpa diberikan sedikitpun air dan makanan dari kota Najran ke kota Baghdad. Sepanjang perjalanan itu beliau acapkali mententeramkan sahabat-sahabatnya dengan firman Allah di dalam surah at-Taubah ayat 111 yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah membeli dari orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh ataupun terbunuh. (Itu menjadi) janji yang benar daripada Allah di dalam Taurat, Injil dan Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janji (selain) daripada Allah? Bergembiralah dengan jual beli yang kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar. ”

Setelah melalui perjalanan yang jauh dengan berjalan kaki bermula dari Arab selatan iaitu Yaman hingga ke Arab utara iaitu ke kota Baghdad mengambil masa selama dua bulan, barulah mereka sampai ke kota Baghdad. Di Baghdad mereka ditempatkan di dalam penjara yang terletak di pinggir kota Baghdad. Di dalam penjara mereka telah di soal dan di libas dengan rotan tebal oleh Tuan Panglima Ghadafi dan pengawal yang bertubuh tegap. Setelah Imam Syafi’i dan sahabatnya Abdul Razzaq diseksa, beliau dipanggil untuk bertemu dengan khalifah untuk disoal mengenai fitnah yang melanda dirinya. Imam Syafi’i mengeluarkan ayat Quran dan hadis nabi untuk melindungi dirinya dan sahabat-sahabat. Setelah disoal dan terbukti Imam Syafi’i dan sahabat-sahabatnya tidak bersalah mereka telah dibebaskan oleh khalifah dan khalifah menawarkan sebanyak 2000 dinar sebagai tanda permohonan maaf beliau kepada Imam Syafi’i dan sahabat-sahabatnya tetapi Imam Syafi’i menolaknya dengan baik. 

Keistimewaan Pengetahuan Imam Syafi’i

i. Bakat intelektual yang dianugerahkan kepada Imam Syafi’i

Allah SWT telah menganugerahkan keahlian dan kepandaian kepada Imam Syafi’i yang menjadikannya mampu berada pada puncak yang tertinggi dan memegang tampuk kempipinan dalam bidang ilmu pengetahuan. Imam Syafi’i merupakan seorang yang mampu untuk menjawab permasalahan-permasalahan yang sulit pada waktu itu. Beliau mempunyai daya ingatan yang sangat kuat dan merupakan seorang ulama yang cepat menangkap tentang permasalahan yang diutarakan dan cepat menyelesaikan masalah itu dengan memberi jawapan-jawapan yang bernas berdasarkan nas Al Quran dan hadis. 

Imam Syafi’i adalah seorang yang memiliki pemikiran yang mendalam dan berpengetahuan luas melampaui batas zamannya kerana pada masa itu beliau masih berada di usia yang muda. Beliau bahkan merasa ilmu tidak cukup sekiranya beliau hanya mempelajari dari segi zahir sahaja. Imam Syafi’i merupakan seorang yang tinggi pemahamannya, beliau tidak akan berhenti pada sebuah batasan sebelum beliau mampu mencapai kebenaran secara sempurna menurut pandangannya. Sesungguhnya Allah itu mempunyai zat yang sangat luas dengan menjadikan Imam Syafi’i seorang yang cerdik pandai dan petah berhujah. 

Sesungguhnya tidak dapat diragukan lagi bahawa dalam memahami kaedah-kaedah umum memerlukan kekuatan akal, pemikiran yang mendalam dan mata hati yang tajam. Kelak ilmu itu lebih mudah terpahat dalam minda dan hati. Imam Syafi’i merupakan seseorang yang dianugerahkan kekuatan fizik yang kuat oleh Allah SWT. Beliau mempunyai gaya bahasa yang indah dan mempunyai kemampuan memberikan penjelasan dengan ungkapan yang sederhana. Beliau juga dianugerahkan kefasihan lisan, mempunyai kekuatan jiwa yang besar, dengan nada suaranya yang dapat memberi pengaruh yang amat mendalam. 

ii. Guru-guru Imam Syafi’i

Imam Syafi’i mempunyai ramai guru yang terletak di merata tempat kerana beliau seringkali bermusafir jauh dari tempat asalnya untuk mencari ilmu pengetahuan. Guru-gurunya berasal dari Makkah, Madinah, Iraq, Parsi, dan Yaman, Antara guru- guru yang pernah mengajar Imam Syafi’i di Makkah ialah Imam Ismail Kustanti, Mus’ab bin Zubair, Imam Sufian Ainiah dan Imam Muslim bin Khalid az-Zanji. Manakala di Madinah pula beliau menuntut ilmu dengan Imam Malek. Di Iraq, beliau telah berguru dengan murid kepada Imam Abu Hanifah iaitu Imam Muhamad bin Husain dan Imam Abu Yusof. Di Yaman pula beliau sempat berguru dengan Matraf bin Mazin al-Sana’ani, Amru bin Musallamah dan Hisyam bin Yusof, Kadi Sana’i. 

iii. Situasi dan keadaan di masa hidup Imam Syafi’i

Imam Syafi’i lahir pada masa dinasti Abassiyah. Seluruh kehidupannya berlangsung pada saat para penguasa Bani Abbas memerintah wilayah-wilayah negeri Islam. Masyarakat Islam pada masa itu sedang berada dipuncak keemasannya. Kekuasaan Bani Abbas semakin luas dan kehidupan umat Islam semakin maju dan jaya pada masa itu. Masa itu mereka memiliki pelbagai macam keistimewaan yang memiliki pengaruh yang besar bagi perkembangan ilmu pengetahuan dan kebangkitan pemikiran Islam. Kota-kota di negeri Islam juga pada saat itu mempunyai unsur-unsur yang beraneka ragam, bermula dari Persia, Rom, India dan Nabath. Dahulu kota Baghdad adalah pusat pemerintahan sekaligus merupakan pusat peradaban Islam. 

Kitab-kitab Imam Syafi’i

Dalam kitab Tarikh Baghdad Ibnu Abi al- Jarud pernah meriwatkan tentang susuk peribadi Imam Syafi’i, “Tidak pernah aku melihat seorang kecuali kitab-kitabnya lebih banyak daripada penyampaiannya. Hal ini berbeza dengan Imam Syafi’i ra. Lisannya lebih banyak dari kitabnya. Jika kitab-kitabnya dikatakan termasuk sebaik-baiknya karya, maka hal itu kerana keindahan ungkapannya dan kemahirannya dalam menggambarkan sesebuah keadaan. Bahasa lisannya mempunyai nilai sastera yang tinggi, mempunyai isyarat yang paling sempurna, penyampaiannya yang mempunyai pengaruh yang sangat kuat serta kafasihan yang sangat jelas penjelasannya. ” Imam Syafi’i telah menghasilkan sebanyak 147 buah kitab semasa hidupnya. Kitab-kitab itu ditulis di berlainan tempat. Antara kitab-kitabnya ialah :-

 i. ar-Risalah

Kitab ini ditulis oleh Imam Syafi’i semasa beliau berada di Makkah dan dipersembahkan oleh beliau kepada Abdurrahman bin Mahdi. Imam Syafi’i mula memperdengarkan karyanya itu kepada muridnya di kota Baghdad. Dalam kitab ini beliau menerangkan tentang cara mengambil hukum (istinbat) daripada Quran dan serta membincangkan nasakh, kecatatan hadis, syarat penerimaan hadis, ijmak, istihan, dan qias. 

 ii. al-Hujjah

Kitab ini ditulis semasa Imam Syafi’i berada di Iraq dan diriwayatkan oleh az-Za’farani. Mulla Katib Jalabi berkata bahawa kitab ini sangat tebal dan dikarang oleh Imam Syafi’i semasa berada di Iraq. 

 iii. al-Umm

Kitab al-Umm ini telah dikarang di Mesir. Semasa berada di Mesir selama 4 tahun, beliau telah menghasilkan karya ini sebanyak dua ribu halaman dan menerbitkannya. Dalam kitab ini, beliau menyumbangkan ilmu-ilmu mengenai ibadat, muamalat, jenayah dan sebagainya. 

 iv. al-Mabsuth

Kitab ini juga turut ditulis oleh Imam Syafi’i ketika beliau berada di Mesir. Kitab ini telah diriwayatkan oleh Imam Rabi’ di Mesir. 

Pendapat Imam Syafi’i dan Pengaruhnya Dalam Mazhab

 i. Para Mujtahid di Mazhab Syafi’i

Semasa Imam Syafi’i berada di Iraq, beliau mempunyai banyak murid. Begitu juga ketika beliau berada di Makkah dan ketika mengakhiri hayatnya di Mesir; yang merupakan pusat keilmuan yang banyak dikunjungi oleh masyarakat Muslim dari pelbagai penjuru dunia. Selain itu, para pengikutnya iaitu sebahagian dari mereka menetap di wilayah syam dan Yaman. An-Nawawi ra membahagikan 4 kelompok para mujtahid mazhab Syafi’i. 

 Kelompok pertama ialah dalam kalangan fuqaha yang tidak lagi betaklid kepada Imam Syafi’i. Kelompok kedua pula para fuqaha yang berijtihad dan masih terikat dengan unsur-unsur fiqh mazhab Syafi’i, atau lebih dikenali dengan sebutan mujtahid muqayyad. Kelompok ketiga ialah ulama’-ulama’ mazhab Syafi’i yang belum mencapai darjat ijtihad, tetapi mereka adalah para fuqaha yang banyak memahami dan menguasai pendapat mazhab Imamnya. Kelompok yang terakhir iaitu yang keempat adalah para ulama’ yang hafal pendapat-pendapat mazhab Syafi’i, namun kemampuan mereka berada di bawah kelompok mujtahid ketiga. 

Sesungguhnya para mujtahid adalah cerminan peribadi mazhab yang dipegangnya. Kualiti para mujtahid sangat berkait rapat dengan seberapa jauh istinbath hukum dapat dilakukan. Seseorang mujtahid mazhab tidak terikat kecuali jika ada kaedah-kaedah dasar mazhab yang sedia menerima perubahan dan memberikan ruang yang luas. 

 ii. Penyebaran Mazhab Syafi’i

Kebanyakan pengikut mazhab Syafi’i berada di wilayah Mesir. Jumlah mereka lebih banyak jika hendak dibandingkan dengan pengikut di wilayah lain. Mazhab Syafi’i berkembang dan tersebar luas ke wilayah-wilayah negeri Muslim, diantaranya wilayah Iraq, Khurasan dan lain-lain tempat atau wilayah. Mazhab Syafi’i berada di tengah-tengah kelompok masyarakat. Penyebaran mazhab ini bermula dengan tersebarnya buku-buku yang ditulis oleh beliau di serata wilayah-wilayah negeri Muslim dan menjadi bahan kajian ramai orang. Ketika Imam Syafi’i berada di Mesir, tempat Ibnu abdul Hakam, ramai para ulama’ yang datang untuk menimba ilmu dengan beliau. Mazhab ini terus berkembang di Mesir dan seantero dunia. 

iii. Mazhab Syafi’i di Mesir

Imam Syafi’i pertama kali melakukan ijtihad di kota suci Makkah dan beliau mempelajari ilmu fiqh dari fuqaha Iraq. Setiap ulama’ melakukan ijtihad secara bersendirian dan bebas melakukan ijtihad bersesuaian dengan permasalahan yang dihadapi oleh mereka. Disaat masyarakat mulai memilih mazhab mereka masing-masing, maka disaat itulah mazhab Syafi’i mula mempunyai pengaruh yang cukup kuat dikalangan masyarakat Mesir. Keadaan seperti ini terjadi setelah sebelum daripada tersebarnya mazhab Syafi’i, ramai penduduk Mesir memegang mazhab Maliki yang mempunyai pengaruh yang sangat kuat dan ramai sebelum kedatangan Imam Syafi’i ke wilayah tersebut. 

Mesir merupakan satu tempat yang bermulanya penyebaran mazhab Syafi’i. Mesir dan Syam merupakan dua pusat penyebaran dakwah mazhab Syafi’i. Di dua wilayah ini, kepimpinan dalam hal keadilan dan forum-forum keagamaan seringkali dipegang oleh ulama’-ulama’ yang berada di bawah mazhab Syafi’i. Setelah mazhab ini mahsyur di Mesir, mazhab ini mula berkembang luas dan mulai melebarkan sayapnya ke wilayah Iraq dan lain-lain tempat. 

 iv. Mazhab Syafi’i di Syam

Masyarakat Syam memegang mazhab Imam al-Auza’ ra sampailah jabatan kadi di wilayah Damaskus dipegang oleh seorang ulama’ dari mazhab Syafi’i yang bernama Muhammad bin Utsman ad-Dimasyqi asy-Syafi’i, setelah beliau sebelumnya menjadi kadi di wilayah Mesir. Mazhab Syafi’i tentunya telah memasuki kawasan Damaskus ini melalui Mesir kerana kedua-dua wilayah ini terletak bersempadan ataupun berjiran dan menjadi tempat persinggahan para ulama’. Muhammad bin Utsman ad-Dimasyqi asy-Syafi’i berusaha menyebarkan mazhab Syafi’i di wilayah tersebut. 

Meskipun mazhab Syafi’i telah tersebar meluas di wilayah tersebut tetapi mazhab al-Auza’i masih mempunyai pengaruh dalam masyarakat Damaskus kerana jabatan mufti di wilayah itu masih dipegang oleh ulama’ yang berasal dalam kalangan mereka, walaupun pada saat itu jawatan kadi telah dipegang oleh ulama mazhab Syafi’i. 

 v. Mazhab Syafi’i di Iraq

Pada saat tampuk pemerintahan Iraq dipegang oleh bani Abbasiyah, mazhab Hanafi mempunyai pengaruh yang sangat besar di Iraq. Hal ini demikian kerana, sejak Abu Yusof menjawat jawatan sebagai kadi, jabatan kadi selalu dipegang oleh para ulama’ yang berada dibawah mazhab Hanafi. Meskipun mazhab Hanafi lebih berkembang di Iraq namun Imam Syafi’i juga mempunyai tempat terhormat di mata murid-muridnya yang sempat menimba ilmu dengan beliau ketika beliau menetap di negeri tersebut. 

Selain itu ramai murid-murid Imam Syafi’i yang berhijrah ke negeri Iraq. Kerana pada saat itu, Baghdad harus diakui sebagai pusat kota ilmu-ilmu keIslaman. Kesimpulannya, mazhab Syafi’i di kota Baghdad telah mendapat tempat dihati masyarakat dan para ulama’nya pun disegani oleh semua golongan. 

 vi. Mazhab Syafi’i di Persia

Dalam sejarah penyebarannya, mazhab Syafi’i juga masuk ke wilayah Persia. Berkenaan dengan hal ini, Ibnu as-Subki telah menyatakan bahawa di wilayah itu tidak terdapat mazhab lain kecuali mazhab Syafi’i dan mazhab Daud azh-Zhahiri. Pada awalnya mazhab azh-Zhahiri lebih banyak jika hendak dibandingkan dengan mazhab Syafi’i, namun perkembangan mazhab tersebut mengalami kemunduran di kawasan itu. 

Setelah itu mazhab Syiah lebih mendapat simpati penduduk di kawasan itu jika hendak dibandingkan dengan mazhab Syafi’i. Saat itu, mazhab yang banyak dipegang oleh masyarakat Persia ialah mazhab Syiah Itsna ‘Asyariah. Bahkan mazhab Syiah kini menjadi mazhab rasmi di negara itu dan keadilan hukum Islam yang berlaku di wilayah tersebut adalah berdasarkan mazhab itu. 

Mazhab Syafi’i juga mendapat posisi terhormat dan diterima keberadaannya oleh masyarakat wilayah Khurasan dan Sajastan. Banyak situasi dan keadaan yang yang menyokong perkembangan mazhab Syafi’i di wilayah ini. Di antaranya ialah ketekunan para ulama’ mazhab dalam menyebarkan mazhab yang dipegangnya. Muhammad bin Ismail bin Isa al Maruzi adalah salah seorang ulama’ yang mempunyai jasa besar terhadap perkembangan mazhab Syafi’i di kawasan tersebut. 

Usaha-usaha Imam Syafi’i dan Orang-orang Setelahnya dalam Ilmu Usul

Satu hal yang tidak dapat diragukan lagi ialah ilmu fiqih terlebih dahulu lahir daripada ilmu usul fiqh. Fiqh adalah hasil daripada istinbath dan ijtihad para fuqaha. Ijtihad itu sendiri telah ada semasa Rasulullah saw hidup, dimana para sahabat selalu melakukan ijtihad jika mereka berada jauh daripada baginda. Mereka juga melakukan ijtihad jika menghadapi perkara yang tidak mereka ketahui hukumnya. Setelah Rasulullah saw wafat, ijtihad masih terus dilakukan secara menerus. 

Ijtihad mencapai masa keemasannya pada zaman Khulafa’ Arassyidin. Selain meriwayatkan hadis-hadis Rasulullah saw, mereka juga mewariskan kekayaan mengenai permasalahan-permasalahan hukum Islam yang bersifat praktis. Selanjutnya para tabi’in digantikan oleh para ulama’ mujtahid yang merupakan para pemuka mazhab-mazhab Islam. Saat itu wilayah-wilayah negeri Islam penuh dengan kekayaan fatwa dan pelbagai penyelesaian permasalahan hukum yang sangat pelbagai bentuk dan coraknya. 

Dengan kemampuan bahasa Arab yang dimiliki oleh Imam Syafi’i, ditambah dengan penguasaan riwayat-riwayat tentang bagaimana para sahabat mempelajari dan memahami Al-Qur’an serta hukum-hukumnya, khususnya sahabat Abdullah bin Abbas- yang merupakan guru pertama madrasah Makkah serta seorang sahabat yang sangat pakar dalam bidang Al-Qur’an dan piawaian dalam permasalahan nasikh dan mansukh – Imam Syafi’i dapat meletakkan kaedah-kaedah umum dalam memahami hukum-hukum Al-Qur’an. 

Fasa-fasa yang Dilewati Mazhab Syafi’i dalam permasalahan Fiqih
Imam Syafi’i hidup di masa ijtihad sedang mengalami masa keemasannya. Demikian pula dengan masa selepasnya. Keadaan seperti ini terus berlanjutan sampai kira-kira kurun pertengahan abad ke empat Hijriyah. Setelah masa Imam Syafi’i terdapat ulama’-ulama’ yang menjadikan diri mereka kepada para imam mazhab. Meskipun demikian, mereka tetap memberikan keluasan berfikir dan berijtihad kepada diri mereka, mereka bahkan tidak terikat dengan hasil-hasil ijtihad para imam mazhab. 

Sebagaimana perjalanan mazhab Syafi’i, mazhab Imam Abu Hanifah dan mazhab Imam Malik ra juga mengalami keadaan yang sama. Ramai ulama’-ulama’ yang berada di pihak mazhab-mazhab tersebut. Hal seperti ini jelas tergambar dikalangan ulama mazhab Syafi’i. Kita dapat menyaksikan sendiri bagaimana sikap para murid Imam Syafi’i dan ulama’ generasi awal. 

Sesungguhnya, mazhab Syafi’i berpotensi untuk mengalami perkembangan dan akan terus mampu untuk menjawab tentangan zaman. Terdapat tiga perkara yang akan terus menyokong perkembangan mazhab ini. Tiga perkara itu ialah :-

Terdapat banyak pendapat-pendapat yang berbeza yang berasal daripada kenyataan Imam Syafi’i. 
Kaedah-kaedah usul yang dimiliki dan pen-takhrij-an berdasarkan usul tersebut. 
Terdapat banyak ulama’ yang mencapai darjat mujtahid, perbezaan situasi dan keadaan yang dihadapinya. 

KESIMPULAN
 Peranan, tugas, amanah dan tanggungjawab yang dipikul oleh setiap orang yang bergelar para ulama’ dan peimpin Islam sungguh berat dalam membimbing dan memimpin ummat agar menuju kepada taqwa Allah. Disamping itu, mereka yang memegang amanah yang berat ini juga acapkali disapa dengan ujian dari Allah SWT. Namun dengan kesabaran yang tinggi dan semangat jihad yang begitu tinggi dalam diri dapat ditempuhi sepanjang Imam Syafi’i di penjara dan di seksa. Sebagai orang yang telah istiqamah imannya dan memegang teguh tauhidnya, maka sesaatpun ia tidak mahu mengorbankan agama dan ajaran Allah serta Rasul-Nya hanya untuk mendapat keredaan manusia atau hanya kerana mencari pangkat dan jabatan. 

 Walaupun ia sudi menerima pangkat dan kedudukan, namun dengan niat bahawa dengan kedudukan itu beliau dapat meninggikan lagi darjat agamanya dan bagi menambah jalan ketaqwaan kepada Allah dengan menyebarkan dakwah-dakwah Islam kepada penduduk bumi yang dahagakan ilmu agama. Sesungguhnya apa yang diniatkan oleh setiap insan itu diatas muka bumi yang luas hanya Allah SWT yang tahu keikhlasan disebaliknya. Kerana bagi beliau harta tidak mampu menjamin kebahagiaan dalam hidup. Kerana Allah SWT telah berfirman :- “ Di antara orang-orang Mu’min itu ada beberapa laki-laki (orang-orang, generasi) yang benar-benar telah menepati apa yang mereka janjikan kepada Allah (untuk membela Agama-Nya); maka diantara mereka ada yang telah gugur. Dan diantara mereka ada (pula) yang masih selalu menanti dan mereka sedikitpun tidak merubah (janjinya). ”[Q. S Al- Ahzaab, 23]


RUJUKAN

1. Abdul Latip Talib (2010). Imam Syafi’i Pejuang Kebenaran. Kuala Lumpur : PTS LITERA UTAMA SDN. BHD

2. Umar Hasyim (1980). Mencari Ulama’ Pewaris Para Nabi. Surabaya : Pt. Bina Ilmu

3. Muhammad Abu Zahrah (2005). Imam Syafi’i Biografi dan Pemikirannya dalam Masalah Akidah, Politik & Fiqih(Terjemahan). Cairo, Mesir: Penerbit Lentera. 

4. Muhammad Shiddiq al- Minsyawi (2007). 100 Tokoh Zuhud. Jakarta Selatan: Senayan Abadi Publishing. 

5. Muhammad Zaini Yahya (2000). Kisah Pengembaraan Imam Syafi’i. Kuala Lumpur : Darul Nu’man

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Hp: 013-400 6206
Pj: 04-9882701
Ru: 04-9882597
email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
url: abdazizharjin.blogspot.com