Salah Silah Saidina Abu Bakar As-Siddiq

Salah Silah Saidina Abu Bakar As-Siddiq

Disediakan Untuk:
Ustaz Abd. Aziz Bin. Harjin

Disediakan Oleh:
Syazrul Iqmal Bin. Jalani
2014652832

PENHARGAAN

Assalamualaikum W. B. T. terutama sekali saya menyatakan rasa syukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnianya dapat saya menyiapkan tugasan ini sebelum tarikh yang ditetapkan. Kemudian, ribuan terima kasih jua buat Ustaz Abd. Aziz Bin. Hajirin kerana memberi kepercayaan kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini. Dalam pada itu, tidak lupa pula kepada ibu bapa saya iaitu Jalani Bin. Yahaya dan ibunda tercinta Andriani Bt. Sulie kerana tidak megenal erti penat dalam mendoakan kerjayaan saya dan turut dalam memberi nasihat buat anaknya. Seterusnya, buat rakan-rakan seperjuangan saya kerana banyak dalam berkongsi pendapat dan sentiasa ada dikala saya memerlukan. Akhir kalam jika orang-orang ini tidak bersama- sama saya, belum tentu saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna dan jayanya. Semoga Allah sentiasa bersama-sama kalian dan ribuan terima kasih sekali lagi. 

PENDAHULUAN

Salah silah Abu Bakar As-Siddiq membicarakan perjuangan tokoh Islam pertama dalam memperjuangan syiar Islam. Dalam pada itu, menceritakan kelahiran beliau dan saat-saat perjuangan beliau bersama Rasulullah SAW. Banyak pengorbanan dan kesulitan yang ditempuhi oleh beliau bagi menerajui tampuk kepimpinan Islam setelah kewafatan junjungan besar baginda Rasulullah SAW. 

Disamping itu, salah silah saidina Abu Bakar juga membicarakan kehidupan beliau di zaman permulaan Islam. Seterusnya dalam aspek lain menerangkan ketakwaan beliau dan keutamanya. Kita juga dapat lihat beliau dipilih menjadi khalifah yang pertama dalam meneruskan lagi legasi kepimpinan Islam. Dalam pada itu, memperlihatkan jua kepada kita sifat-sifat beliau antaranya beliau seorang yang berwibawa, bertanggungjawab, berani dan taat pada Allah SWT. 

 Dalam menyembarkan dakwah dan syiar Islam di bumi Allah ketika itu, beliau tidak pernah megenal erti putus asa dan terus menyembarkan dakwah dengan telus. Akhir kalam, salah silah Saidina Abu Bakar membawa jua menceritakan saat-saat beliau menhembuskan nafas terakhir disamping para sahabat. Jelaslah bahawa beliau seorang insan yang mulia bukan sahaja disisi Allah SWT. bahkan sentiasa mempamerkan akhlak yang terpuji biarpun dari segi kepimpinan, pergaulan, dan dakwah beliau. Sekian

BIODATA RINGKAS DAN GELARANNYA

Abu Bakar atau nama sebenarnya Abdullah Bin. Usman adalah khalifah Islam yang pertama dalam siri khulafah al-Rasyidin. Beliau memerintah dari tahun 11-13 Hijrah bersamaan tahun 632-634 Masihi. Beliau lebih dikenali dengan pangilan Abu Bakar as-siddiq dalam lipatan sejarah Islam. Rangkaian jurai keturunan beliau bertemu dengan jurai keturunan Nabi Muhammad SAW. sehingga keduanya sekuturunan. 

Seterusnya, ibunya bernama Salmah Bin. Shakhar tetapi lebih dikenali dengan pangilan Ummul-Khair. Manakala, ayahnya pula bernama Usman Bin. Amir atau lebih dekenali dengan pangilan Abu Quhafah. Pada masa itu, ayahnya memberi nama Abullah tetapi masyarakat jahiliah ketika itu Abdul Ka’abah atau hamba ka’abah Quhafah. 

Setelah sinar Islam berkembang di bumi Mekah ketika itu atas pimpinan Rasulullah SAW. baginda meganugerahkan gelaran al-Atiq yang bererti ‘orang yang dibebaskan oleh api neraka’. Namun gelaran As-Siddiq tetap terkenal dari segala gelaran yang bererti ‘orang yang benar’ kerana Abu Bakar adalah seorang yang benar dan mempercayai sebarang percakapan Rasulullah SAW. 

WAHYU MENDORONG ABU BAKAR MEMELUK ISLAM 
Ketika Abu Bakar sedang dududk diruang mukanya rumahnya datanglah Muhammad Bin. Abdullah. setelah nabi masuk dan baginda duduk di sebelahnya, lalu mulalah nabi berkata-kata dan berbincang dengannya. Baginda memberi khabar bahawa beliau menerima wahyu daripada Allah SWT. lantas baginda megajak Abu Bakar beriman kepada Allah SWT. yang Maha Esa. 

 Ajakan nabi diterima Abu Bakar tanpa ragu-ragu. Abu Bakar adalah antara lelaki golongsn para sahabat yang mula-mula memeluk Islam dan beliau orang yang paling cepat menerima seruan Nabi Muhammad SAW. Baginda Rasulullah juga mengakui bahawa Abu Bakar mengetahui keistimewaan dan tanda-tanda kerasulan sebelum yang lain mengetahuinya. Kepercayaan Abu Bakar terhadap Nabi Muhammad SAW. dan kepada kerasulannya menyebabkan tambah rapat hubungan antara keduanya. 

SIFAT-SIFAT DAN KEPERIBADIAN ABU BAKAR AS-SIDDIQ

Menurut catatan kebanyakkan penulis sejarah, sejak dari kecil lagi Abu Bakar terkenal dengan budi perkerti yang baik dan mulia. Sifat-sifat yang luhur dan terpuji telah tertanam dalam jiwa beliau sejak kecil lagi. Pada zaman jahiliah lagi beliau benci akan perbuatan menyembah barhala dan meminum arak. Fizikalnya, Abu Bakar seorang yang berkulit putih, rambut yang ikal, dan janggut yang agak tipis menurut catatan penulis sejarah Islam. 

Seterusnya, Abu Bakar seorang yang berbakat besar dalam bidang perniagaan. Beliau menjalankan perniagaan didalam dan diluar negeri dan sifat-sifat terpuji beliau jelas dalam perniagaan. Antaranya, beliau seorang yang jujur, benar, setia, peramah, dan adil dalam peniagaan. Selain itu, beliau juga seorang yang sangat berani di medan perang mahupun dalam menyebarkan syiar Islam di tanah arab ketika itu. Beliau juga seorang yang dermawan sehinggakan membelanjakan hampir semua hartanya kejalan yang diredhai Allah SWT. dalam membantu perjuangan Islam. 

 Akhir sekali, membantu masyarakat disaat memerlukan samaada dari segi kewangan ataupun buah fikiran merupakan keutamaan bagi beliau. Akhlaknya menjadi pujian orang dimana-mana. Seterusnya, sifatnya yang suka memuliakan tamu, sopan santun, pemurah, dan pengasih kepada fakir miskin serta sifat kepimpinan yang jelas berwibawa dan karisma yang tersendiri. 


DAKWAH DAN PERJUANGAN ABU BAKAR DALAM MENYELAMAT NEGARA ISLAM

 Kegigihan Abu Bakar dalam memperjuankan Islam harus menjadi sumber inspirasi generasi masa kini. Demikian, ulang tayang beberapa peristiwa sejarah yang memperlihatkan perjuangan beliau dan mengambarkan betapa besarnya kecintaan dan pembelaannya terhadap agama Islam. Walaupun pada ketika itu beliau dihentam dengan dashat oleh masyarakat jahiliah, beliau tidak pernah berputu asa dan meninggalkan Nabi Muhammad SAW. Setelah kedatangan Islam, orang-orang mekah makin menekan orang Islam, mempersulit dan menindas kehidupan umat Islam. 

 Namun, dengan ketaqwaan Abu Bakar dan taatnya beliau terhadap Allah SWT. serta setianya beliau kepada Nabi Muhammad SAW. megajarnya untuk tabah dalam menyebarkan syiar Islam. Ketika inilah perana Abu Bakar dalam membantu dan membela orang Islam yang lemah dan teraniaya begitu ketara sekali. Beliau membantu dengan segenap keupayaanya untuk megurangkan penderitaan umat Islam yang lemah untuk menguatkan dakwah Islam ketika ini. 
 Seterusnya, Abu Bakar mengajak teman- teman rapatnya agar mereka tetap merasa puas dan tenteram dengan agama Islam. Beliau tidak hanya mengajak, tetapi turut menghulurkan derma harta bendanya demi menegakkan perjuangan dijalan Allah SWT. Beliau mengkhususkan dermanya untuk umat Islam yang lemah ekonomi dan sengsara hidupnya. Beliau juga membebaskan dan memerdekakan golongan hamba yang diseksa tuanya. Sebagai contoh seorang hamba Islam yang dibebaskan Abu Bakar ialah Billal Bin. Rabbah. 


MENGUMPUL AYAT-AYAT AL QURAN

Dalam peperangan melawan kaum murtad setelah kewafatan junjungan besar baginda Rasulullah, para sahabat Nabi dan para penghafal al Quran atau disebut juga huffadz iaitu golongan yang hafal seluruh al Quran ramai yang gugur menjadi syahid. Keadaan itu telah mengdorong Umar al-Khatab memikirkan usaha untuk mengumpulkan dan membukukan sebuah al Quran yang lengkap. Kemudian Umar al-Khatab melahirkan pemikirannya kepada Abu Bakar dan telah berbincang akan perkara itu. 

 Pada mulanya Abu Bakar berasa berdosa seandainya beliau melakukan sesuatu perkara yang sebelumnya tidak dilakukan Rasulullah. Biarpun menurut sejarah, al Quran telahpun ditulis sejak zaman Rasulullah lagi, tetapi tidak terkumpul dan tersusun didalam sebuah mashaf, bahkan bertaburan di kulit-kulit, tulang, batu, dan pepepah tamar. Sehingga baginda wafat ia hanya dipelihara didalam dada beberapa orang penghafaz dan tersimpan di tangan penulis wahyu sahaja. 

 Kemudian apa yang dilakukan pada zaman khalifah Abu Bakar ialah menggumpul naskah-naskah yang berselerak itu dan disatukan mengikut susunannya, supaya segala tulisan al Quran yang berselerak itu dikumpul dan diikat dengan benang supaya tidak akan hilang sesuatu daripadanya. Apabila kerja-kerja mengumpul ini selesai, maka diserahkan kepada khalifah Abu Bakar untuk disimpan ke rumahnya. 

HIJRAH DAN PERJUANGANYA DI MADINAH

Peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW. ke Madinah atau Yathrib bermaksud kota bercahaya merupakan sejarah perjuangan umat Islam menyebarkan syiar Islam. Tahun penghijrahan Nabi ke Madinah dijadikan tahun permulaan umat Islam. Peristiwa ini menjadi penentu takwin umat Islam. Penderitaan dan penyeksaan yang ditanggung Nabi Muhammad SAW., para sahabat dan umat Islam di Mekah mendorong penghijrahan itu berlaku. Hal ini menjadi lebih yakin apabila Nabi mendapat seruan atau wahyu dari Allah SWT. yang meminta umat Islam supaya berhijrah kerana mendapat penentangan yang hebat ketika itu. 

 Disinilah, memperlihatkan kita perjuangan Abu Bakar As-Siddiq yang bersama-sama Nabi Muhammad SAW. dalam mengatur strategi untuk melindungi baginda daripada dikesan oleh pihak Quraisy. Abu Bakar memaikan peranan penting dalam peristiwa Hijrah ini, dimana beliau merupakan antara para sahabat yang paling dipercayai Nabi ketika itu. Abu Bakar yang menemankan Nabi sepanjang penhijrahan ini dan sewaktu berlaku pengepungan di rumah baginda yang dilakukan oleh pemuda-pemuda Quraisy dengan tujuan untuk membunuh baginda. Mereka berharap mahu membunuh baginda secara beramai-ramai ketika baginda keluar dari rumahnya. Namun, rancangan jahat kaum Quraisy itu diberitahu Allah SWT. kepada Rasul-Nya dan memerintahkan supaya berhijrah ke Madinah. 
Setelah turunnya wahyu Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW. lantas Nabi menyuruh saidina Ali Bin. Abu Thalib mengantikan tempat tidur baginda. Kemudian, baginda keluar dari rumahnya dengan selamat ke rumah Abu Bakar tanpa disedari oleh pemuda-pemuda Quraisy itu. Rasulullah datang ke rumah beliau secara bersembunyi, kemudian mereka berdua terus ke gua Thur yang terletak di selatan Mekah. Mereka bersembunyi di gua Thur itu beberapa hari untuk mengelakkan dari kepungan dan halangan bakal dilakukan oleh pihak Quraisy. Selepas pihak Quraisy menyedari bahawa Nabi Muhammad telah berjaya meloloskan diri dari kepungannya, mereka mengeluarkan tawaran hadiah seratus ekor unta kepada sesiapa yang berhasil menangkap Nabi Muhammad sama ada dalam keadaan hidup atau mati. 

Akhirnya, pihak Quraisy mengetahui bahawa Nabi dan Abu Bakar sedang bersembunyi di dalam gua Thur. Pada ketika ini, raca cemas sentiasa menguasai diri Abu Bakar kerana walaubagaimanapun beliau perlu untuk melindungi dan memepertahankan Nabi Muhammad dengan seluruh jiwa raganya. Begitu setianya beliau terhadap Nabi sehingga tidak memikirkan keselamatan dirinya. Namun, kata-kata Nabi sentiasa menenangkanya, iaitu ‘sesungguhnya Allah SWT. bersama-sama kita’. Kemudian, mereka berjaya keluar dari gua Thur dengan selamat. Ketika ini juga, Abdullah bin. Uraiqat membawa dua ekor untauntuk tunganggan mereka berdua. 

Seterusnya, Nabi Muhammad dan Abu Bakar menyusur pantai Laut Merah menyusuri jalan yang tidak pernah dilalui orang. Pada akhirnya, mereka berdua tiba di Qu’ba pada hari isnin 8 Rabiulawal tahun 1 Hijrah bersamaan 20 september 622 Masihi yang mana jaraknya dengan Madinah 10 kilometer. Baginda Rasulullah berada di Quba selama 4 hari dan distulah baginda membina masjid yang pertama dalam Islam iaitu Masjid Quba, kemudian memasuki Madinah pada 12 Rabiulawal tahun 1 Hijrah. 

ABU BAKAR BERTEMPUR BERSAMA NABI MUHAMMAD SAW. DALAM PEPERANGAN

Abu Bakar As-Siddiq selalu mengikut Nabi bertempur dalam segala peperangan semasa hayatnya. Seluruh hidupnya disumbangkan dan dikorbankan untuk membela Nabi dalam menegakkan agama Allah SWT. yang maha suci. Beliau telah tempur dengan gagah berani dibawah kibaran panji kebenaran Nabi Muhammas SAW. Ketika Rasulullah merancangkan Perang Badar, baginda meminta persetujuan dan pendapat para sahabatnya. Kemudian, Abu Bakar bersetuju dan menyampaikan isyarat agar peperangan ini dilaksanakan dan maju menyerang. Disini memperlihatkan kita bertapa berani Abu Bakar dalam mempertahankan agama Islam dan tidak sama sakli berasa takut dan gentar untuk syahid. 

Pada permulaan pertempuran, Rasulullah menetapkan bahawa baginda akan berada dibahagian pertama pertempuran. Namun, dengan keberanian Abu Bakar, beliaulah yang menjadi pagar perlindungan yang selalu tetap ada bersama Rasulullah untuk menjadi tebusan. Dalam perang Badar, perang pertama dalam Islam pihak Musyrikin Mekah kalah dalam penuh kehinaan. Hal ini ramai tebusan yang merayu agar meraka dibebaskan. Abu Bakar adalah orang yang berhati mulia dan seorang yang menyerupai Nabi dalam segala budi bicaranya. Beliau selalu cenderung kepada kemanusiaan dan kasih saying dalam mendahulukan yang baik. Hal ini terlihat jelas dalam masalah tawanan perang. Dalam masalah ini Umar berpendapat mereka harus dibunuh kerana telah menentang kaum mislimin. Akan tetapi dengan kemuliaan Abu Bakar, beliau berpendapat agar mereka diberi kesempatan hidup. Setelah Nabi meneliti dan hasil musyawarah dengan para sahabatnya lebih cenderung dengan pendapat Abu Bakar agar meraka diberi keampunan dan kemaafan dalam usaha untuk memberi pendedahan akan kemuliaan Islam. 

Seterusnya perjuangan Abu Bakar dalam perang Tabuk pada tahun 9 Hijrah. Dalam perang ini, Rasulullah telah meminta kepda sekalian umat Muslimin adar mengorbankan pada jalan Allah SWT. Tiba- tiba datang Abu Bakar membawa kesemua harta bendanya. Melihat banyaknya harta yang dibawa beliau, lalu Nabi Muhammad SAW. bersabda “wahai sahabatku yang budiman, kalau semua hartamu dikorban, apalagi yang engkau tinggalkan buat anak dan isterimu?”. Pertanyaan Rasulullah itu dijawab oleh Abu Bakar dengan tenang dan sambil tersenyum, katanya “saya tinggalkan buat mereka Allah dan Rasul-Nya”. Demikianlah kehebatan jiwa Abu Bakar As-Siddiq satu contoh kemurahan yang tidak dijumpai banding di dunia hingga hari ini. 

Akhirnya, dalam sebahagian pertempuran yang sengit banyak prajurit-prajurit yang lari mundur, tetapi beliau tidak pernah mundur walau sulit dan gentingnya keadaan. Dalam saat-saat demikian cemas hanya beberapa orang sahaja yang tabah dan bertahan, tetapi Abu Bakar berada di barisan paling hadapan. Tidak ada pertempuran yang begitu sengit melainkan perang Uhud dan Hunaian. Dalam kedua pertempuran itu, banyak kaum Muslimin yang gugur sebagai syuhadak, dan meninggalkan medan perang dan dalam pasukan Muslimin timbul keraguan bahawa Rasulullah akan turut antara yang syahid. Namun, Abu Bakar tidak pernah meninggalkan Nabi dan sentisa teguh dan berani sehingga titisan darah yang terakhir. Begitu hebatnya khulafah al-Rasyidin pertama dalam mempertahankan agama Islam. 

ABU BAKAR KHULAFAH AL-RASYIDIN PERTAMA

Persetujuan pengangkatan Abu Bakar menjadi pemimpin pertama umat Islam selepas kewafatan Rasulullah SAW. didasarkan beberapa factor yang tidak ada pada para sahabat yang lain. Banyak aspek yang perlu dititikberatkan dalam menjadi seorang pemimpin antara dari segi cakapnya, perlaksanaan kerja-kerjanya, keluarganya, peribadi dan tingkah laku setiap detik. Namun, ada dua pendapat telah timbul, pertamanya jawatan khalifah hendaklah dipegang oleh kaum keluarga yang terdekat menerima waris dan yang telah terbukti kewibawaannya selama ini. Pendapat kedua pula, jawatan khalifah hendaklah diserahkan kepada salah seorang dalam kalangan kaum Ansar dan Muhajirin. 

Setelah menjadi perbalahan yang hangat antara kaum Ansar dan Muhajirin di Balai Bani Sa’idah, Abu Bakar telah muncul sebagai khalifah pertama Muslimin ketika itu. Beliau seorang pemimpin yang berwibawa menjadi pilihan umat Islam untuk meyambung perjuangan Rasulullah SAW. untuk mengembangkan syiar Islam. Kalifah Abu Bakar As-Siddiq adalah dianggap sahabat yang paling layak untuk menjadi khalifah yang pertama setelah wafatnya Rasulullah SAW. bergantung kepada beberapa faktor. Abu Bakar adalah seorang sahabat yang paling akrab dengan Rasulullah dibandingkan dengan sahabat-sahabat yang lain. 

Selain itu, beliau juga lelaki dewasa antara yang pertama memeluk Islam dihadapan Nabi Muhammad SAW. Beliau juga bersama baginda dalam setiap peperangan untuk melawan musuh Islam dan untuk menegakkan syiar Islam. Selain itu, peristiwa Hijrah juga memperlihatkan Abu Bakar sentiasa bersama Nabi dan mengiringi baginda ke Maidinah. Kewibawaan Abu Bakar juga menjadi sebub beliau layak sebagai khalifah pertama dalam senarai khulafah al-Rasyidin. Akhir sekali, beliaulah seorang penasihat Rasul dan menteri utamanya. Di atas antara faktor yang melayakkan saidina Abu Bakar menjadi khalifah umat Islam yang pertama ketika itu. 

DETIK-DETIK AKHIR SAIDINA ABU BAKAR

Khalifah Abu Bakar menderita sakit selama dua minggu sebelum pulang ke rahmatullah menemui Allah SWT. Pada ketika itu, beliau berusia 63 tahun dan jenazahnya dimakamkan disamping makam Nabi Muhammad SAW. Saidina Abu Bakar As-Siddiq maninggal dunia pada tahun 7 Jamadilakhir tahun 13 Hijrah selepas memimpin umat Islam selama 2 tahun 3 bulan 10 hari. 

Sehinggalah Abu Bakar menyampaikan pesananya kepada Umar al-Khatab yang telah diangkat sebagai khalifah untuk memimpin umat Islam dan meneruskan legasi kepimpinan Islam dan menyembarkan syiar Islam. 

PENUTUP

Salah silah Abu Bakar As-Siddiq khalifah Al-Rasyidin pertama membicarakan perjuangan dan suka duka saidina Abu Bakar serta perwatakannya yang terpuji. Antara sebahagian sifatnya ialah mulia, positif, takwa, sabar, prihatin, dermawan, tugas, dan sentiasa mengutamakan Allah SWT. dan Rasul-Nya dalam perjuangan agama Islam. Seterusnya, memperlihatkan perlantikan beliau sebagai khalifah pertama umat Islam dan detik kematiannya dikisahkan dalam tugas ini. Satu pujangga kata yang dipetik dari kata-kata Abu Bakar ialah “carilah mati nescaya engkau akan dianugerahkan kehidupan”. Akhir kalam, jadikanlah pedoman dan pengajaran berdasarkan kisah hidup Saidina Abu Bakar, insha-Allah dipelihara dan diredhai Allah SWT. Mudah-mudahan segala dipermudahkan urusan duniawi mahupun akhirat kelak. 

 RUJUKAN 

Hamid Bin Abdillah Bin Ibrahim Al-Humaidi (2002). Mengenal Keutamaan Mutiara Zaman. Terjemahan. Jakarta: Darul Haq. 

Talib Samat (2004). Abu Bakar As-Siddiq Khalifah Al-Rasyidin Pertama. Shah Alam: Karisma Publication. 

Haekal Muhammad Husain (2001). Abu Bakar As-Siddiq. Terjemahan. Jakarta: Litera Antarnusa. 

Abdul Latif Talib (2011). Khalifah-khalifah Yang Benar. Batu Cave: PTS Litera Utama Sdn. Bhd. 

Mahmud Syakir (2004) Biografi Gemilang Ali Bin. Abi Talib (Abu Turab). Kuala Lumpur: Jasmine Interprise.

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Hp: 013-400 6206
Pj: 04-9882701
Ru: 04-9882597
email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
url: abdazizharjin.blogspot.com