Al Quran Dan Sains


Tajuk
Al Quran Dan Sains

Disediakan Untuk
Ustaz Abd Aziz Bin Harjin

Disediakan Oleh
Syifa Shafiqah Binti Abdul Rashid

PENDAHULUAN

Bismilahirrahmanirrahim. Alhamdulillah bersyukur saya kehadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya saya diberi kesempatan untuk menyiapkan tugasan ini dengan licin dan lancer. 

Tajuk tugasan yang saya pilih ialah “Al Quran dan Sains”. Saya ingin mengajak para pembaca mendalami dan mengkaji sendiri bukti-bukti sains yang tertulis dalam Al Quran. Sepertimana yang kita ketahui, setiap sesuatu yang wujud di dunia ini dicipta oleh Allah SWT. Maka, Allah juga la yang Maha Mengetahui setiap perkara yang terjadi di muka bumi ini dan diberitahu kepada umat manusia melalui kalam-Nya yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW iaitu Al Quran. 

Antara isi tugasan dan kajian saya ialah proses kejadian manusia, bulan dan matahari, kejadian langit dan bumi, laut dan sungai serta amalan dalam Islam dan sains kesihatan menurut perspektif Islam dan sains. 

Harapan saya agar hasil penulisan saya ini dapat dijadikan panduan kepada para pembaca dalam mendalami lebih lanjut berkaitan sains dalam Al Quran. Saya juga mengharapkan agar tugasan saya ini secara tidak langsung dapat mengangkat nama Islam dalam bidang sains di mata dunia. 

Kesimpulannya, kita sebagai umat Islam sewajarnya menjadikan Al Quran sebagai sumber utama dalam setiap bidang yang ingin diceburi seperti sains, kesihatan, astronomi, akidah, ibadah, perundangan dan sebagainya. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu datangnya daripada kekhilafan saya sendiri. 

1. 1 PROSES KEJADIAN MANUSIA ( EMBRIOLOGI )

Manusia merupakan makhluk Allah yang diciptakan sebagai penghuni bumi untuk beramal dan beribadat kepadanya. Proses kejadian manusia telah dijelaskan di dalam Al Quran sebelum perkara ini ditemui dan dibincangkan pada abad ke-15 Masihi dalam dunia moden. Menurut Al Quran, proses kejadian manusia yakni bayi bermula dengan percantuman antara benih lelaki dan benih perempuan. Allah menyatakan tentang perkara ini di dalam surah al-Insan, ayat 2 yang bermaksud, “Sesungguhnya Kami mencipta manusia daripada nutfah yang bercampur. ” Istilah nutfah itu merujuk kepada benih lelaki dan perempuan. Dalam istilah sains, hasil percantuman ini dikenali sebagai zigot. ( Dr Danial Zainal Abidin, 2011 )

Nutfahitu kemudiannya bertukar menjadi ‘Alaqah. ‘Alaqah dalam bahasa Arab mempunyai 3 maksud iaitu segumpal darah, sesuatu yang melekat dan lintah. Allah menjelaskan dalam surah al-Mukminin ayat 14 yang bermaksud, “ Kemudian daripada nutfah Kami jadikannya ‘Alaqah. ” Berdasarkan pentafsiran maksud ‘Alaqah tersebut, ianya selari dengan penemuan dalam dunia moden di mana pada hari ke 7 hingga 14, embrio berkeadaan seperti darah beku dan ketika itu rupanya menyamai lintah yang tergantung pada rahim ibu atau endometrium. ( Dr Danial Zainal Abidin, 2011 )

Daripada ‘Alaqah, embrio bertukar menjadi mudghah. Hal ini diterangkan dalam surah al-Mukminin ayat 14 yang bermaksud, “ Kemudian daripada ‘alaqah Kami jadikan mudghah. ” Mudghah dalam bahasa Arab bermaksud ‘ daging yang dikunyah’ selaras dengan rupa bentuk embrio ketika berusia lebih kurang 4 minggu. Selepas menjadi mudghah, embrio akan berubah bentuk. Allah menyatakan dalam surah al-Haj ayat 5 yang bermaksud, “ Kemudian jadilah kamu mudghah yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna kejadiannya. ” Pakar-pakar ilmu embriologi menyatakan bahawa sel-sel pada peringkat mudghah terbahagi kepada dua iaitu yang belum terbentuk secara sempurna (differentiated) dan yang terbentuk secara sempurna (undifferentiated tissues). ( Dr Danial Zainal Abidin, 2011 )

Selepas proses ini, embrio ditutupi oleh tulang dan daging sepertimana diberitakan oleh Allah dalam surah al-Mukminin ayat 14 yang bermaksud, “ Kemudian daripada mudghah Kami jadikan tulang dan Kami tutup tulang itu dengan daging. ” Seterusnya jadilah bayi itu dalam bentuk manusia yang jauh berbeza daripada rupanya yang asal iaitu seperti lintah dan daging yang dimamah. Hal ini diterangkan dalam sura al-Mukminin ayat 14 yang bermaksud, “Kemudian Kami jadikannya makhluk berbentuk lain. Maha Suci Allah, Pencipta yang Terbaik. ” Perubahan yang tertera ini berlaku ketika usianya lapan minggu dan ketika ini, bayi mempunyai sel-sel asas bagi pembentukan organ. Maka pada peringkat ini, embrio berubah menjadi janin. ( Dr Danial Zainal Abidin, 2011 )

Setelah janin terbentuk, Allah meniupkan roh dan mengurniakan pancaindera kepada janin tersebut bermula dengan telinga, diikuti dengan mata dan akhirnya otak. Allah berfirman dalam surah as-Sajdah ayat 9 yang bermaksud, “ Kemudian Dia menyempurnakan kejadian dan meniupkan roh ke dalamnya dan Dia menjadikan kepadanya pendengaran, penglihatan dan akal tetapi sedikit sekali kamu bersyukur. ” Selepas melalui proses-proses tersebut, bayi tersebut telah cukup sifat dan hanya menanti masa untuk dilahirkan ke dunia seperti yang dikhabarkan dalam surah al-Haj ayat 5 yang bermaksud, “ Kemudian Kami tetapkan kamu di dalam rahim apa yang Kami kehendaki sehingga tiba masa yang ditentukan... ” ( Dr Danial Zainal Abidin, 2011 )

Sejarah mencatatkan gambaran pertama kedudukan bayi di dalam rahim pernah dibuat oleh Leonardo da Vinci pada abad ke-25 Masihi. Setelah mikroskop dicipta pada abad ke-17 oleh Leeuwenhoek, kajian dalam bidang ini dapat dilakukan dengan lebih mendalam. Namun, kefahaman yang terperinci mengenai tahap-tahap kejadian ini telah diketahui oleh Streeter pada abad ke-20 iaitu pada tahun 1941 dan diperlengkap oleh O’Rahilly pada tahun 1972. ( Dr Danial Zainal Abidin, 2011 )

Akal secara umumnya digelarkan sebagai ‘otak’. Manusia pada zaman ini lebih selesa menggunakan gelaran ‘otak’ bagi menggantikan akal. Hakikatnya, akal dan otak adalah dua perkara yang berbeza. Binatang dan manusia masing-masing mempunyai otak. Tetapi hanya manusia yang dikurniakan akal. Otak hanyalah sejenis organ yang terletak di atas kepala dan berfungsi untuk menerima isyarat rangsangan daripada pancaindera seperti hati, mataa, hidung, telinga dan lidah. Manakala akal pula berfungsi untuk menerima dan memikir perkara-perkara yang terjadi di sekeliling manusia tersebut. ( Abu Jaafar Mukmin : 2001 )

1. 2 BULAN DAN MATAHARI

Alam ini dilengkapi dengan kejadian siang dan malam. Secara saintifiknya, siang merupakan waktu manusia bekerja untuk mencari nafkah kepada diri sendiri dan keluarga. Manakala malam pula ialah waktu manusia berehat setelah penat bekerja seharian. Di dalam surah al-Anbiyak ayat 38, Allah menjelaskan yang bermaksud, “ Dan Dialah yang menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Semuanya beredar pada garis edarannya. ” Selain itu, Allah menyatakan di dalamsurah Yasin ayat 38 yang bermaksud, “ Dan matahari beredar ke tempat tujuannya. Demikianlah yang ditentukan oleh Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. ” Maka, kita sebagai umat Islam perlu yakin bahawa bulan dan matahari diciptakan oleh Allah SWT. ( Dr Danial Zainal Abidin, 2011 )

Mungkin kita tidak pernah tahu bahawa matahari merupakan sejenis bintang yang terletak hampir dengan bumi. Pakar-pakar astronomi berpendapat bahawa umur matahari telah mengjangkau lebih kurang 4. 6 bilion tahun. Dalam galaksi Bima Sakti (Milky Way), ia terletak 2. 7 x 1017km (1. 7 x 1017 batu) dari bahagian tengah galaksi dan bergerak mengelilingi bahagian nukleus itu dengan kelajuan 220 km/saat (140 mi/s). Hal ini menunjukkan bahawa anggaran masa yang diambil oleh matahari untuk melengkapkan satu pusingan mengelilingi bahagian nukleus galaksi Bima Sakti ialah lebih kurang 250 juta tahun. Matahari juga dikatakan berpusing pada paksinya sendiri dan mengambil masa 25 hari untuk melengkapkan satu pusingan. ( Dr Danial Zainal Abidin, 2011 )

Pada zaman moden ini, terdapat beberapa kajian yang dilakukan oleh pakar-pakar astronomi dalam menentukan destinasi perhentian matahari. Melalui kajian-kajian ini, mereka mendapati bahawa galaksi sedang berpusing pada paksinya, sekali gus menarik bintang termasuk matahari mengelilingi paksi itu. Pusingan ini pada awalnya dikesan pada tahun 1920-an oleh pakar astronomi dari Sweden, Bertil Lindblad sebelum ianya diperkukuhkan lagi oleh Jan H. Oort dari Belanda. Kajian ini menyatakan bahawa edaran matahari sedang membawanya yang terletak dalam gugusan Hercules berhampiran bintang Vega dan destinasi tersebut dinamakan sebagai Solar Apex. ( Dr Danial Zainal Abidin, 2011 )

Allah juga berfirman dalam surah al-Qiyamah ayat 8-9 yang bermaksud, “ Dan bulan hilang cahayanya, dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama. ” Selepas ayat 9 yang menceritakan tentang hilangnya cahaya bulan, Allah terus menyambung firman-Nya yang bermaksud, “ Dikumpulkan matahari dan bulan. ” Kedua-dua ayat ini amat berkait rapat dengan fenomena alam yang dinamakan sebagai gerhana bulan dan gerhana matahari. ( Dr. Haji Jamnul Azhar b. Hj. Mulkan : 2001 )

Menurut kajian yang dilakukan oleh pakar-pakar sains, gerhana bulan berlaku apabila bulan berada selari dengan bumi. Ia terletak tepat dibelakang bumi sekali gus terlindung daripada cahaya matahari kerana ketiga-tiga jasad itu berada dalam satu garis yang sejajar. Semasa fenomena ini berlaku, bulan akan dilindungi oleh bumi daripada mendapatkan cahaya matahari dan bayang bumi akan jatuh ke atas permukaan bulan sehingga bulan tidak kelihatan. Pada ketika ini, bumi membentuk dua jenis cahaya yang dikenali sebagai umbra dan penumbra. Bayang gelap yang lengkap dipanggil umbra manakala bayang separa lengkap di sekitar umbra disebut penumbra. Apabila bulan berada di kawasan umbra, seluruh bayang bumi dapat menutupi seluruh bulan. Oleh itu, gerhana bulan penuh terjadi. Apabila bahagian bulan itu tidak dapat dilihat daripada bumi, maka gerhana bulan separa terjadi. ( Dr. Haji Jamnul Azhar b. Hj. Mulkan : 2001 )

Gerhana matahari pula berlaku apabila bulan berada tepat di antara matahari dengan bumi. Pada waktu ini, kedudukan ketiga-tiga unsur ini adalah sejajar dan lurus. Semasa fenomena itu terjadi, bulan melindungi sebahagian permukaan bumi daripada menerima cahaya matahari menyebabkan bayang bulan jatuh ke atas bumi pada waktu siang. Seiring dengan gerhana bulan, dua jenis bayang yang dinamakan umbra dan penumbra juga boleh terbias di permukaan bumi. Oleh itu, mereka yang berada di kawasan yang terkena biasan umbra di bumi tidak dapat melihat keseluruhan matahari. Fenomena inilah yang dinamakan sebagai gerhana matahari penuh. Manakala mereka yang berada di kawasan penumbra pula tidak dapat melihat sebahagian matahari dan fenomena ini dikenali sebagai gerhana matahari separa. Setelah penemuan dan kajian dilakukan oleh pakar-pakar sains dan astronomi dunia, tanpa kita sedari sekali lagi Al Quran memperkatakan dengan bahasa sains yang begitu jauh ke hadapan, menjangkaui masa dan sempadan. ( Dr. Haji Jamnul Azhar b. Hj. Mulkan : 2001 )

1. 3 KEJADIAN LANGIT DAN BUMI

Langit dan bumi merupakan dua perkara yang tidak asing bagi manusia. Atmosfera bumi juga sesuai dengan keperluan manusia dan membolehkan manusia tinggal di atasnya. Sudah tentu langit dan bumi ini tidak dijangkau oleh akal fikiran manusia untuk menciptanya melainkan dengan kekuasaan Allah SWT yang menciptanya. ( Dr. Danial Zainal Abidin : 2011 )

Langit dan bumi pada asalnya bercantum dan dinyatakan oleh Allah dalam surah al-Anbiyak ayat 30 yang bermaksud, “ Apakah orang-orang kafir tidak melihat, sesungguhnya langit dan bumi pada awalnya bercantum sebagai satu, kemudian Kami pisahkan kedua-duanya …” Teori yang diterima umum mengenai proses kejadian alam ini adalah teori Big Bang (Letupan Besar). Big Bang digambarkan sebagai satu letupan yang sangat kuat yang terjadi sekitar 10 hingga 20 bilion tahun dahulu. Setelah itu, sedikit demi sedikit pengembangan dan penyejukan berlaku sehingga akhirnya terciptalah bintang-bintang, galaksi dan seumpamanya. Teori ini diperkenalkan daripada formula General Theory of Relativity oleh Albert Einstein pada tahun 1915. Formula ini kemudiannya dikembangkan dengan lebih terperinci oleh pakar fizik Rusia, Alexander Friedmann sekaligus mengukuhkan lagi teori letupan besar yang dinamakan sebagai Big Bang ini. ( Dr. Danial Zainal Abidin : 2011 )


Menurut kitab al-Jamik lil Ahkamil Quran, Imam Qartubi merekodkan, “Berkata Ibnu Abbas, al-Hasan, ‘Atha, ad-Dahhak dan Qatadah, ayat ini bermaksud, kedua-dua langit dan bumi pada asalnya adalah satu yang melekat lagi bercantum, kemudian Allah pisahkan antara kedua-duanya dan dijadikan antara kedua-duanya udara. ” Kewujudan gas helium dan radiasi yang seimbang di ruang angkasa telah menguatkan lagi teori Big Bang ini. Semua kajian yang dilakukan oleh manusia zaman moden berkaitan dengan langit dan bumi yang pada asalnya bercantum baru difahami kini sedangkan ianya telah dinyatakan oleh Allah 1420 tahun dahulu. ( Dr. Danial Zainal Abidin : 2011 )

Allah SWT menjelaskan di dalam surah al-Fussilat ayat 11 yang bermaksud, “ Kemudian Dia menuju ke langit dan langit ketika itu berbentuk asap, lalu Dia berkata kepadanya dan bumi, ‘ Datanglah kamu berdua dengan tunduk ataupun terpaksa, ’ Keduanya menjawab, ‘ Kami datang dengan tunduk. ’ ” Sepertimana yang direkodkan dalam kitab al-Asa fit Tafsir, Syeik Said Hawa berkata, “Sesungguhnya, memang sudah ada keyakinan, sebelum terjadinya bintang-bintang, keadaan di angkasa adalah dalam bentuk gas nubela seperti asap. Pandangan seperti ini dapat diterima sebagai sahih kerana ia begitu hampir dengan maksud kalimat dukhan di dalam Al Quran. ” ( Dr. Danial Zainal Abidin : 2011 )

Kajian yang dibuat juga menunjukkan bahawa pengembangan alam berlaku dalam keadaan suhu yang tinggi dan diakhiri dengan penyejukkan. Pada peringkat awal, proton bercantum dengan neutron dan menghasilkan gas deuteriumiaitu hidrogen berat (heavy hydrogen), di samping gas-gas ringan yang lain terutamanya helium, dan sedikit litium, beriliumdan boron. Gas-gas yang terhasil ini juga dikenali sebagai primary nubela. Setelah itu, dalam jangka masa yang singkst seluruh ruang angkasa dipenuhi dengan gas helium dan hydrogen. Gas-gas tersebut membeku selepas kira-kira 1 juta tahun dan kemudiannya bercantum mengikut proses-proses tertentu sebelum menjadi galaksi, bintang-bintang dan juga bumi yang didiami oleh manusia sekarang. ( Dr. Danial Zainal Abidin : 2011 )

1. 4 SUNGAI DAN LAUT

Salah satu daripada firman Allah yang membuktikan kewujudan sungai ialah di dalam surah al-Baqarah ayat 72 yang bermaksud, “ Kemudian hati kalian keras sesudah itu keras seperti batu atau lebih keras; dan sesungguhnya dari batu itu terpancar sungai-sungai daripadanya, dan dan setengahnya belah, lalu keluar air dari dalamnya dan setengahnya jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah, dan Allah tidak alpa dari apa yang kamu lakukan. ” Seterusnya, Allah berfirman dalam surah al-Kahf ayat 33 yang bermaksud, “ Kedua-dua kebun itu menghasilkan buah-buahan, dengan tidak kurang barang sedikitpun dan di antara kedua-duanya kami alirkan sebatang sungai. ” Malah Allah menyatakan bahawa terdapat sungai sungai di dalam syurga. Hal ini dapat dibuktikan dengan firman Allah SWT di dalam surah Muhammad ayat 15 yang bermaksud, “ Perumpamaan taman (syurga) yang dijadikan bagi orang-orang yang bertaqwa, di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tidak berubah – sungai-sungai dari susu yang rasanya tidak berubah, sungai dari air anggur yang amat lazat rasanya bagi mereka yang meminum dan sungai-sungai dari madu yang hening jernih. Di sana mereka mendapati beranika buah-buahan dan keampunan Allah- orang-orang yang dalam kesenangan begitu rupa adakah sama dengan orang yang tinggal kekal dalam neraka, dan diberi minum air yang mendidih sehingga putus berpotong-potong tali perut mereka ?” (Mokhtar Petah : 1996 )

Allah SWT telah menciptakan pelbagai sungai yang berbeza panjang dan lebarnya. Air sungai mengalir dari hulu ke hilir dan berakhir di muara sungai sebelum air tersebut bercampur baur dengan air laut. Pada ketika ini, air sungai tidak lagi digelar air sungai sebaliknya ia dikenali sebagai air laut. Uniknya kekuasaan Allah air sungai yang tawar itu langsung tidak bertukar kepada rasa masin walaupun sungai sebenarnya menganjur ke laut. Sungai pada suatu ketika dahulu amat popular di kalangan manusia sebagai jalan perhubungan. Antara kenderaan-kenderaan yang sering digunakan ialah perahu, tongkang, bahtera dan kapal dagang. (Mokhtar Petah : 1996 )

Pelbagai sumber protein yang terkandung di dalam sungai seperti ikan, udang, ketam dan sebagainya. Sumber-sumber ini boleh dijadikan sebagai punca pendapatan bagi nelayan-nelayan dan boleh juga dijadikan sumber makanan harian. Namun, dengan menggunakan kemajuan sains teknologi, manusia telah membina empangan di sungai-sungai bagi menghasilkan tenaga elektrik (hydro-electric) dan air tersebut dialirkan ke dalam kawasan pertanian, perumahan, perindustrian dan ke mana-mana sahaja mengikut keperluan manusia. Contoh empangan yang terdapat di dunia ialah Empangan Lar di Iran dan Empangan Sanmexia di China manakala empangan yang terdapat di Malaysia pula ialah Empangan Temenggor di Perak dan Empangan Kenyir di Terengganu. (Mokhtar Petah : 1996 )

Sains teknologi juga membolehkan manusia membina terusan (canal) di sungai-sungai bagi mengalirkan air ke kawasan-kawasan pertanian. Air-air sungai juga diproses menerusi sains teknologi bagi menghasilkan air galian (mineral water) untuk dijadikan minuman. Berikut adalah beberapa batang sungai yang terpanjang di dunia:
1. Sungai Nil di Mesir (6695 km)
2. Sungai Amazon di Amerika Selatan (6437 km)
3. Sungai Yangtze di China (6276 km)
4. Sungai Mississippi-Missouri di Amerika Utara (6228 km)
5. Sungai Yenisey di Anggara (5536 km)
6. Sungai Hung Ho (Sungai Kuning) di China (5536 km)
7. Sungai Ob di Irtysh (5407 km)
8. Sungai Zaire di Congo, Afrika (4467 km)
9. Sungai Amur di Asia (5406 km)
10. Sungai Lena di Asia (4345 km)
(Mokhtar Petah : 1996 )

Al Quran telah menunjukkan pelbagai ayat yang membuktikan bahawa laut itu diciptakan oleh Allah sejak berkurun tahun dahulu. Firman Allah di dalam surah al-Maidah ayat 96 yang bermaksud, “Dihalalkan kepada kalian burung dan makanan laut, kesenangan bagi kalian dan orang-orang yang dalam perjalanan. Dan dilarang kalian memburu binatang di daratan selama kalian mengerjakan Haji, dan patuh kepada Allah, kerana kepada-Nya nanti kalian akan dihimpunkan. ” Allah juga menyebut perihal laut dalam surah al-Ana’am ayat 97 yang bermaksud, “Dan Dia (Allah) menjadikan bintang untuk kalian supaya dapat petunjuk jalan dalam kegelapan di darat dan di laut. Sesungguhnya kami telah jelaskan keterangan-keterangan untuk kaum yang mengerti. ” (Mokhtar Petah : 1996 )


Tanpa kita sedari laut yang luas di muka bumi ini telah memberi banyak manfaat kepada manusia, binatang dan tumbuhan. Pelbagai khazanah yang terkandung di dalam laut yang boleh dijadikan bahan makanan seperti ikan dan siput. Manakala mutiara pula dapat diproses menjadi bahan perhiasan wanita. Laut juga memiliki garam dan galian-galian lain termasuk minyak dan gas. Air laut mengandungi 3. 5% garam dari keseluruhan air, 2. 96% sodium klorida (garam biasa) dan 0. 54% dari keseluruhan air mengandungi zat kemikal. (Mokhtar Petah : 1996 )

Kemajuan sains dan teknologi telah membolehkan manusia melakukan penyelidikan, menggerak, menggali dan memproses sesuatu dari laut bagi dijadikan makanan manusia dan haiwan. Manusia juga berupaya melakukan carigali minyak dan gas dari dasar laut. Apabila dunia menghadapi ketandusan air tawar, maka teknologi memproses air seperti yang sedang diusahakan oleh Arab Saudi terpaksa dilakukan juga oleh negara-negara yang menghadapi krisis air tersebut. (Mokhtar Petah : 1996 )

Pendeknya laut adalah sangat-sangat penting kepada kehidupan manusia dalam zaman dunia yang dimodenkan oleh sains teknologi ini. Sesungguhnya, maka Adil Allah menjadikan laut danlautan sebagai tajuk dalam wahyu-wahyu-Nya kepada Nabi Muhammad SAW. (Mokhtar Petah : 1996 )

1. 5 AMALAN DALAM ISLAM DAN SAINS KESIHATAN

BERWUDUK

Wuduk didefinisikan sebagai menyucikan anggota-anggota badan tertentu dengan menggunakan air yang bersih mengikut tatacara yang ditetapkan syariat. Allah menjelaskan di dalam surah al-Maidah ayat 6 yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman, apabila Kami hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil) maka berwuduklah, iaitu basuhlah muka kamu, kedua belah tangan kamu hingga ke siku, sapu lah sebahagian daripada kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu hingga ke buku lali. ” Selain daripada anggota-anggota wajib tersebut, terdapat juga beberapa anggota lain yang sunat dibasuh ketika berwuduk sepertimana yang disebut dalam hadis sahih, Humran melaporkan, “Uthman bin Affan meminta supaya (dibawa kepadanya) air bagi mengambil wuduk, lalu dia pun berwuduk. (Mula-mulanya) dia membasuh kedua tapak tangannya tiga kali, kemudian dia berkumur-kumur dan menyedut air ke dalam hidung serta menghembuskannya. Kemudian dia membasuh mukanya tiga kali, membasuh tangan kanannya tiga kali dan tangan kirinya (seperti itu juga). Kemudian dia menyapu sedikit daripada kepalanya diikuti dengan membasuh kaki kanannya meliputi buku lali tiga kali dan seterusnya membasuh kaki kirinya (seperti itu juga). Selepas itu dia (Uthman bin Affan) berkata, ‘ Aku melihat Rasulullah berwuduk seperti wudukku ini. ’ ” Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim ini menceritakan dengan bagitu jelas berkenaan cara berwuduk yang sempurna sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW. (Dr. Danial Zainal Abidin : 2009)

Berwuduk mempunyai kelebihan dan rahsia yang tersendiri dari segi kesihata. Dalam artikel yang bertajuk Muslims Rituals and their Effect on the Person’s Health (Ibadah Muslim dan Kesannya Terhadap Kesihatan Seseorang) oleh Dr. Magomed Magomedov dari Department of Man’s Hygiene and Ecology di Akademi Perubatan Daghestan State, dilaporkan berwuduk merangsang pusingan biologi manusia dengan merangsang kawasan-kawasan tertentu yang dikenali sebagai Kawasan Aktif Biologi atau Biological Active Spots. (Dr. Danial Zainal Abidin : 2009 )

Menurut ilmu Perubatan China, badan manusia mengandungi lebih kurang 700 Kawasan Aktif Biologi dan 66 daripadanya memberi tindak balas positif dengan segera apabila dirangsang. Daripada 66 ini, 61 daripadanya berada di kawasan wuduk utama orang-orang Islam. Lima lagi berada di kawasan antara buku lali dan lutut. Seterusnya apabila seseorang menyentuh mukanya semasa berwuduk, ia merangsang saraf bagi memberi kekuatan baru (recharge) kepada organ-organ seperti usus, perut, pundi kencing dan system peranakan serta saraf. Apabila kaki kanan dibasuh dan digosok, ia merangsang sistem saraf bagi mengelakkan system tulang, usus, penkreas, hempedu, tiroid (thyroid) dan kawasan pinggang (lumbar area). Apabila kaki kiri dibasuh dan digosok, saraf memainkan peranan untuk mengelokkan kelenjar pituitary dan kawasan otak yang mengawal sistem endokrin. (Dr. Danial Zainal Abidin : 2009 )

Menurut Mukhtar Salem pula dalam karya beliau yang berjudul “Prayers: A Sport For the Soul and Body” (The Arab Modern Center, Cairo, 1990, p 52), berwuduk dapat mencegah seseorang daripada penyakit kanser. Hal ini demikian kerana mengikut kajian semasa, kanser berpunca daripada bahan kimia yang melekat di kulit badan seseorang kesan daripada pencemaran yang berleluasa pada hari ini. Pembasuhan badan melalui wuduk secara tidak langsung dapat membersihkan badan daripada implikasi negatif pencemaran ini. Berhubung dengan perbuatan memasukkan air ke dalam hidung semasa berwuduk pula, mengikut satu kajian yang dijalankan oleh para doctor dari Universiti Alexandria, perbuatan ini dapat mencuci rongga hidung daripada kuman dan kotoran yang melekat di bulu hidung. (Dr. Danial Zainal Abidin : 2009 )

Akhir sekali, perbuatan berkumur semasa berwuduk juga dapat membersihkan mulut daripada sisa-sisa makanan yang melekat di celah-celah gigi ditambah pula dengan galakan Nabi supaya setiap Muslim bersiwak (menggosok gigi) semasa berwuduk. Malah, Malaysia Healthcare Guide terbitan tahun1997 ada menyatakan cara terbaik untuk mencegah kerosakan gigi ialah menggosok gigi setiap kali selepas makan ataupun paling kurang berkumur mulut. (Dr. Danial Zainal Abidin : 2009 )

SOLAT

Solat merupakan ibadah yang wajib dilaksanakan oleh setiap manusia yang beragama Islam. Solat juga boleh mendatangkan pelbagai kebaikan kepada diri seseorang termasuk dari sudut kesihatan. Semasa melakukan solat, umat Islam wajib sujud dengan meninggikan punggung dan meletakkan dahi serta kepala mereka ke bumi. Mengikut kajian, sekiranya kedudukan ini dilakukan dari semasa ke semasa, ia memberi kebaikan kepada kecergasan otak. Otak manusia menggunakan 25% daripada oksigen yang terdapart dalam tubuh walaupun beratnya hanya 3% daripada keseluruhan berat badan. Sekiranya manusia berada dalam keadaan biasa, sebahagian sel-sel otak tidak mendapat keperluan oksigen yang diperlukan kerana jantung terpaksa mengepam darah ke atas sekali gus melawan tekanan graviti. Dengan cara ini, otak akan semakin cergas dan fokusnya semakin mantap. Peter Rusell dalam bukunya, The Brain Book berpendapat, “ Otak manusia beroperasi 7% lebih cepat dan 14% lebih tepat dalam keadaan kepala mereka di bawah (inverted). ” (Dr. Danial Zainal Abidin : 2009 )

Solat juga membantu memperelok dan memantapkan sendi-sendi terutamanya bagi pesakit radang sendi seperti osteoarthtitis. Dalam satu artikel bertajuk Chronic Pain: Exercise Can Bring Relief di MayoClinic. com, pakar-pakar di Mayo Clinic mengatakan senaman secara konsisten adalah penting bagi kesihatan sendi di samping membantu mengurangkan sakit. Hal ini merupakan kesan daripada pengeluaran hormone endorphin yang dirangsang oleh aktiviti senaman. Hormon ini berfungsi untuk mengurangkan rasa sakit. (Dr. Danial Zainal Abidin : 2009 )

Terdapat dakwaan dari sesetengah golongan menyatakan bahawa pelaksanaan solat subuh melemahkan badan kerana umat Islam terpaksa bangun awal dan hal ini mengganggu tidur mereka. Sebenarnya pelaksanaan solat subuh tidak menjejaskan kesihatan kerana berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Persatuan Barah Amerika, golongan yang tidur kurang dari lapan jam sehari secara umumnya lebih sihat berbanding golongan yang tidur melebihi lapan jam. Hasil kajian yang memakan tempoh enam tahun dan melibatkan sejuta orang dewasa berumur 30 hingga 102 tahun ini menunjukkan, mereka yang tidur enam hingga tujuh jam secara purata setiap malam hidup lebih lama daripada mereka yang tidur lebih daripada lapan jam ataupun kurang daripada empat jam setiap malam, Kajian ini juga menunjukkan mereka yang bangun tidur tanpa mengikut masa yang tetap mengganggu pengeluaran hormone rangsangan yang bernama cortisol sekaligus menggugat kecergasan mereka. Hal ini disebut oleh Rusell Wild di dalam artikel beliau yang berjudul Eight Easy Ways to Beat Fatigue terbitan Reader’s Digest bulan Jun, 1998. (Dr. Danial Zainal Abidin : 2009 )

MENUTUP AURAT

Menutup aurat merupakan satu amalanwajib bagi umat Islam yang sudah akil baligh. Solat mereka yang tidak menutup aurat tidak akan diterima oleh Allah. Menutup aurat tidak khusus kepada perempuan sahaja malah lelaki juga perlu menutup aurat dalam kehidupan mereka. Berhubung dengan wanita Islam, Allah SWT telah menjelaskan tentang batas-batas ini dalam surah an-Nur ayat 31 yang bermaksud, “ Katakan lah kepada wanita yang beriman, ‘ Hendaklah mereka memelihara pandangan mereka memelihara pandangan mereka dan kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan kecuali yang biasa ternampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain kudung ke dada mereka, dan jangan menampakkan perhiasan kecuali kepada suami mereka, ayah mereka, ayah suami mereka, putera-putera mereka, putera-putera suami mereka, saudara-saudara lelaki mereka, putera-putera saudara lelaki mereka, putera-putera saudara perempuan mereka, wanita-wanita mereka, budak-budak yang mereka miliki, pelayan-pelayan lelaki yang tidak ada keinginan terhadap wanita ataupun anak-anak yang belum mengerti tentang aurat. ’ ” (Dr. Danial Zainal Abidin : 2009 )

Karima Burns (MH, HD) di dalam artikelnya yang berjudul “The Science Behind the Veil” di IslamOnline. net mengatakan, “ Ujian-ujian menunjukkan 40 - 60 peratus daripada tahap kepanasan badan seseorang hilang melalui kepala justeru menutupnya terutamanya di musim sejuk dapat mengawal suhu badan seseorang berbanding mereka yang lain. Menutup kepala juga bermanfaat bagi kesihatan di musim panas. V. G Rocine, seorang pkar otak, mengatakan fosforus otak menjadi cair pada suhu 108 darjah Fahrenheit. Hal ini boleh berlaku sekiranya seseorang itu terdedah kepada panas terik tanpa tutupan kepala. Apabila fosforus cair, fungsi otak akan mengalami penurunan dan hal ini menyebabkan otak mengalami beberapa kesan negative. ” (Dr. Danial Zainal Abidin : 2009 )

PUASA

Puasa merupakan rukun Islam yang ketiga selepas mengucapkan dua kalimah syahadah dan solat lima waktu. Puasa yang dimaksudkan ialah puasa pada bulan Ramadhan. Perintah ini adalah berdasarkan penjelasan Allah dalam surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud, “ Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atasmu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas mereka yang sebelummu semoga kamu bertakwa. ” (Dr. Danial Zainal Abidin : 2009 )

Pada tahun 1984, Dr. Solimon dari Universiti Hospital di Amman melakukan kajian ke atas 42 orang lelaki dan 26 wanita Islam yang berpuasa pada bulan Ramadhan. Darah mereka diperiksa bagi mengkaji kadar cortisal, testosterone, sodium, potassium, urea, glucose, cholesterol dan asid lemak. Berat mereka juga ditimbang pada awal dan akhir Ramadhan. Kajian ini menunjukkan puasa dapat menurunkan paras gula dalam darah ke tahap yang rendah tanpa mendatangkan sebarang kemudaratan. Kadar kolesterol yang memudaratkan iaitu kolesterol LDL (low density lipoprotein) menurun manakala kolesterol baik iaitu kolesterol HDL (high density lipoprotein) meningkat. Paras lemak di dalam darah juga menurun. Hal ini telah disebutkan di dalam Islamic Perspectives in Medicine oleh Dr. Shahid Athar terbitan American Trust Publications, Indianapolis. (Dr. Danial Zainal Abidin : 2009 )

KESIMPULAN

Selesai sudah tugasan yang diamanahkan kepada saya. Berikut merupakan serba sedikit ayat Al Quran yang berkait rapat dengan sains. Kita sebagai orang Islam perlu yakin bahawa Allah SWT itu Maha Mengetahui. Maka, sanjunglah Allah SWT dan bukannya pakar-pakar sains yang dikatakan menjadi orang pertama yang menemui sesuatu formula atau penemuan sains itu. Sesungguhnya. Al Quran merupakan kalam Allah dan mukjizat kubra terbesar yang telah diturunkan kepada Rasulullah. 

Pelbagai ayat yang membuktikan bahawa setiap penemuan yang ditemui oleh pakar-pakar sains dunia telah ditulis di dalam Al Quran sejak berkurun tahun dahulu. Antaranya, pertemuan berkaitan dengan proses kejadian manusia bermula daripada percantuman benih lelaki dan perempuan sehingga terciptanya bayi kecil yang sempurna sifatnya, bulan dan matahari yang dihimpunkan menyebabkan terjadinya fenomena gerhana bulan dan gerhana matahari, kejadian langit dan bumi yang pada asalnya bercantum, sungai dan laut yang memberi banyak kebaikan kepada manusia melalui perkembangan sains teknologi serta amalan-amalan dalam Islam yang berhubung dengan sains kesihatan. 

Ingatlah bahawa Al Quran ini bukanlah diturunkan oleh Allah hanya sekadar untuk dibaca, dipertandingkan atau dijadikan pameran dan perhiasan rumah atau tangkal yang boleh menghalau hantu dan syaitan tetapi adalah untuk diamalkan dan dilaksanakan di dalam kehidupan seharian. Akhir kata, semoga Allah menjadikan kita semua termasuk di dalam golongan orang-orang yang mahu mendengar perkataan-perkataan yang baik lantas mengikutnya dan mempraktikkannya sepanjang hidup sebagai hamba Allah SWT. 

RUJUKAN
Danial Zainal Abidin, Dr. (2011). Bukti-Bukti Sains & Sejarah Kerasulan Muhammad. Batu Caves, Selangor: PTS MILLENIIA SDN. BHD. 

Abu Jaafar Mukmin (2001). Keajaiban Organ Tubuh Manusia Menurut Perspektif Islam & Sains. Jalan Ipoh, Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers. 

Danial Zainal Abidin, Dr. (2009). Quran Saintifik Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains. Batu Caves, Selangor: PTS Publications & Distributors SDN. BHD. 

Mokhtar Petah (1996). Rahsia Dari Al Quran Sains Teknologi dan Kemanusiaan. Kuala Lumpur: CITAHIKMAT (M) SDN. BHD. 

Haji Jamnul Azhar B. Hj Mulkan, Dr. (2001). Al Quran dan Sains. Alor Setar, Kedah: Pustaka Darussalam SDN. BHD. 

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Hp: 013-400 6206
Pj: 04-9882701
Ru: 04-9882597
email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
url: abdazizharjin.blogspot.com