Sains Dalam Tamadun Islam

Tajuk
Sains Dalam Tamadun Islam

Disediakan Untuk :
Ustaz Abd Aziz Bin Harjin

Disediakan Oleh
Muhammad Azizi Bin Md Azhar
2014258464

PENDAHULUAN
Sains moden yang dikatakan berpunca dari sains Eropah dan yang dianuti, secara sedar atau tidak sebahagian besar ahli sains di seluruh dunia pada hari ini telah mengalami beberapa fasa penting dalam perkembangannya. Terutamanya perkembangan yang berlaku pada abad ke 16 Masihi sehingga ke 18 Masihi. Abad ke 16 lebih diingati sebagai abad pembangunan teknik. Setelah itu disusuli pula oleh revolusi falsafah yang berlaku pada abad ke 17 Masihi. Berpunca daripada kedua – dua fasa inilah terbentuknya falsafah sains moden yang dikenali pada masa kini. 

Untuk mengenali perbandingan di antara sains Islam dan sains moden, tinjauan kita tidak boleh dihadkan saja pada melihat pencapaian dari sudut fizikal atau bahan yang terpapar dihadapan mata kita sahaja. Sains, teknologi, sejarah, pembangunan, seni dan sastera, kesemuanya mempunyai nilai – nilai yang tetentu yang tidak terpisah daripada falsafahnya. Sejarah manusia dilihat dari pandangan materialisme, iaitu merupakan keupayaan dan kecekapan manusia menyelenggarakan sumber alam untuk kemajuan kebendaan manakala kebendaan inilah yang dianggap sebagai satu factor utama dalam kemajuan manusia. 

Islam pula tidak memandang sejarah dari sudut kemajuan kebendaan, walaupun ternyata terdapat unsur – unsur pencapaian kebendaan dalam tamadun Islam. Islam yang mengakui bahawa bahan bahan yang itu merupakan sebahagian daripada keperluan manusia, tidak pula meletakkannya dalam peradaban manusia. Islam juga memerlukan teknologi seumpamanya untuk kebaikan. 

Oleh itu, untuk tujuan perbandingan di antara sains moden dengan sains Islam, kita seharusnya meninjau metafizik bagi kedua duanya sekali kerana itulah yang akan membentuk dan mencorakkan aliran pencapaian yang seterusnya menjadi asas bagi tamadun manusia. 

DEFINISI SAINS DALAM ISLAM 
Takrif sains moden yang biasa digunakan dalam kamus ialah :
“Suatu cabang ilmu yang mengkaji sekumpulan pernyataan yang terbukti atau dengan fakta fakta yang ditinjau dan disusun dengan secara bersistem dan dihimpunkan dalam bentuk hukum hukum umum, dan ia termasuklah kaedah kaedah yang dipercayai untuk menghasilkan kebenaran baru dalam lapangannya yang tersendiri. ”  (The Oxford English Dictionary)

Takrif seperti ini membuktikan bahawa sains adalah satu proses untuk sampai kepada suatu kebenaran yang disebabkan oleh kerana manusia menanyakan asal usul dan tujuan kewujudannya di alam semesta ini. Oleh itu, sains tidaklah hanya suatu susunan pencapaian yang menakjubkan, tetapi implikasinya adalah lebih besar daripada itu. Seorang ahli sains moden kontemporari telah menegaskan :
 “ Sains adalah satu pandangan atau sikap terhadap dunia dan suatu cara hidup” (Waddington, 1941)
Satu lagi fakta penting yang terjalin dari takrif sains ini adalah kaedah yang digunakan untuk sampai kepada kebenaran mutlak, iaitu melalui kajian kajian empiric dengan pengumpulan pengumpulan data, melalui pancaindera manusia sahaja. Oleh itu, sains juga dikenali sebagai suautu disiplin yang menilai sesuatu tinjauan dan maklumat secara objektif seperti cara intuisi atau dikenali sebagai gerak hati, sangkaan atau emosi. 

SAINS DAN TEKNOLOGI ISLAM
Sejarah telah mencatatkan betapa pada suatu ketika pada zaman kegemilangan tamadun Islam, masyarakat Islam sendiri telah membina satu tradisi sains yang telah menjadi salah satu faktor utama yang mendorong kelahiran dan pertumbuhan sains moden di Eropah. Sains Islam telah memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam semua bidang sains, contohnya seperti dari segi ilmu bintang, sains hayat sehinggalah kepada ilmu senibina pada zaman perkembangan Islam dalam tempoh lebih kurang antara abad ke 7 Masihi hingga ke 16 Masihi. 

Seperti yang ditegaskan oleh seorang sarjana Barat, ketika mengulas tentang sejarah pembangunan intelek Eropah. Katanya, ;

“Hampir lapan ratus tahun di bawah pemerintahan umat Islam, Islam sepanyol menjadi satu teladan kepada Eropah. Sebagai sebuah negara yang bertamadun, tinggi dan berilmu, kemajuan dalam bidang seni, sastera, dan sains di Sepanyol tidak ada tolok bandingnya di seluruh pelosok Eropah. Penuntut – penuntut datang dari Perancis, Jerman dan England untuk mendapatkan ilmu pengetahuan yang hanya ada di bandar – bandar orang Islam Sepanyol. Matematik, sains hayat, ilmu falak dan sejarah hanya boleh dikuasai oleh Sepanyol sahaja. ( Draper, 1979: Jilid 1)

Persoalannya kini, mengapakah sesebuah tamadun yang begitu menyuluruh dari segi pencapaian dan terpenting di dunia ketika itu, kini hanya tinggal dalam kenangan? Apakah yang ada semata – mata merupakan bukti dan tanda – tanda kegemilangan tersebut ?. Sedangkan pada hakikatnya jelas kelihatan bahawa penganut – penganut Islam pada masa kini adalah masyarakat yang terbelakang daripada segala aspek. Mungkin timbul pandangan yang mengatakan bahawa kejatuhan Islam disebabkan Islam tidak menyusuaikan fahamannya dalam keadaan semasa, dan diantara lainnya kegagalan Islam mengambil sikap pemodenan yang lebih terbuka dengan menggunakan sains dan teknologi moden dalam usaha mempertingkatkan taraf masyarakat Islam. 

Pertamanya, kita mengatakan bahawa sains dan teknologi Islam hanyalah merupakan satu cabang ilmu yang boleh melengkapkan tamadun Islam. Namun yang demikian ia tidaklah merupakan ilmu dasar atau ilmu penentu, malahan hanya sekadar ranting dari ajaran Islam keseluruhannya. Oleh itu, Islam tidak memandang sains dan teknologi sebagai satu – satunya cara yang dapat mengembalikan zaman kegemilangan tersebut penganut penganutnya. Pemodenan dan pembangunan bukan merupakan kunci kepada penyelesaian masalah. Ini boleh difahami dengan lebih lanjut lagi apabila kita mengkaji tempat letaknya sains dalam konten Islam keseluruhannya. 

Adalah tempat jika dikatakan kejatuhan Islam bukan kerana Islam tidak mampu menyesuaikan ajarannya dengan perkembangan semasa. Malahan kejatuhan Islam itu sendiri adalah atas sifat pengikutnya sendiri yang telah menjadi lalai terhadap tugas – tugas yang diperintahkan Allah SWT, pencipta sekalian alam ke atas kemusnahan sesuatu tamadun yang telah ditentukan oleh sunnah Allah SWT. 
Seorang sarjana kontemporari Islam yang terkenal, Professor Gaafar Sheikh Idris, telah menulis :, 

“ Teras falsafah kita, ( Islam ) terhadap perubahan sosial adalah jelas. Negara – negara tidak bangun dan jatuh secara sembarangan dan tanpa sebarang hukum yang menentukan kebangkitan dan kemerosotannya. Sejarah bukannya satu lorong yang mesti dilalui oleh setiap negara itu bangun atau jatuh, maju atau melarat, menang, atau tertakluk, mengikut hukum moral yang telah ditentukan. ” ( Gaafar Sheikh Idris, 1977 : 12 )

Dengan erti kata lain, tamadun Islam seperti pada zaman kegemilangannya akan hanya wujud jika masyarakat Islam kembali kepada ajaran Allah SWT dan as Sunnah. Malahan umat Islam tidak mempunyai pilihan lain melainkan kembali kepada pengabdian Allah secara keseluruhannya, dengan keyakinan yang tidak berbelah bahagi. 

Perspektif yang dibentangkan tadi adalah penting supaya penilaian yang dilakukan terhadap sains Islam akan dibuat daripada pandangan Islam, bukan daripada pandangan Barat atau seumpamanya. 

PENGELASAN SAINS DALAM ISLAM
Ilmu dalam Islam merupakan satu entiti yang tidak boleh dipisahkan. Setiap cabang ilmu adalah saling melengkapi dan berpunca serta merujuk kepada kalimah tauhid itu sendiri. Namun yang demikian, untuk tujuan pengelasan, ianya boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian. Salah satunya daripadanya adalah ilmu tanzil, iaitu ilmu yang diberikan khusus kepada Rasul – rasul untuk disampaikan kepada umat umat mereka. Yang keduanya adalah ilmu pengenalan yang merujuk kepada alam hakiki dan Tuhan Yang Haq. Ilmu tanzil inilah yang merujuk kepada petunjuk yang mengarahkan hidup manusia ke jalan yang lurus dan benar. Manakala ilmu kedua diperoleh manusia berdasarkan daripada daya usahanya sendiri yang berpunca daripada pengalaman hidup secara jasmani dan fikiran sendiri serta pemerhatian, penyelidikan, dan kajian. 

Di antara kedua – dua cabang ilmu ini, ilmu tanzil iaitu ilmu yang berasaskan wahyu itulah yang diwajibkan untuk dipelajari setiap muslim. Ia merupakan asas – asas panduan hidup, neraca dalam segala penilaian. Dalam konteks tamadun Islam, ilmu ini adalah ilmu yang terkandung di dalam al – Quran dan As sunnah, telah dijadikan teras pendidikan awal setiap generasi muda setiap muslim. Dengan takrif ilmu sedemikian, sains dalam Islam adalah membawa pengertian yang lebih luas daripada sains moden. Sains Islam tidak terhad kepada sains mengenai dunia bahan atau jasmani sahaja, malahan termasuk juga sains al – Quran dan al – Hadith. 

TUJUAN PENYELIDIKAN DALAM ISLAM
Takrif sains dalam Islam, yang tidak memisahkan ilmu wahyu dan ilmu intelek. Ini merupakan ciri utama perbezaannya dengan takrif sains moden yang menekankan bahawa bahawa ilmu yang datangnya dari intelek manusia sahaja. Ilmu wahyu yang telah dijadikan rujukan dalam segala aspek kehidupan Muslim, telah meletakkan penyelidikan – penyelidikan dalam konteks intelek ke taraf yng sewajarnya dengan sifat manusia itu sendiri. Alam semesta tidak dipandang sebagai sesuatu yang bebas daripada penciptaNya, malahan segala tindak tanduknya adalah atas ketentuannya. Ahli sains Islam juga sudah tidak lagi bersuara untuk menanyakan soalan seperti siapakah kita? Daripada mana kita datang? Kemanakah kita akan pergi?

Jawapan kepada soalan soalan tersebut telah terpampang melalui wahyu yang datangnya daripada Allah SWT.. Sebaliknya untuk para ahli sains moden yang berfahaman materialisme, soalan soalan ini merupakan soalan yang masih belum dijawab dan akan terus mengganggu ketenteraman fikian mereka. 

Penyelidikan Islam berdasarkan wahyu ini akan membawa setiap pengkajian ke arah satu keputusan yang telah ditentukan Allah SWT iaitu dengan menunjukkan tanda tanda keesaan Allah yang telah menjadikan segalanya, sama ada dalam bentuk hukum hukum fizik, fenomenon ataupun sistem alam semesta, dan hanya mereka yang berpandukan wahyu sahaja yang mampu melihat kenyataan di luar alam kebendaan ini, seperti firman Allah SWT. Maksudnya :

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya siang dan malam, terdapat tanda tanda bagi orang berakal, iaitu orang orang yang mengingati Allah sambil berdiri dan duduk dan dalam keadaan berbaring dan meeka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi.  ( Al Quran, Surah ali – Imran ; 190 )

Untuk mendalami hakikat ini, seorang ahli sains muslim akan menyelidik unsur unsuryang ada dalam diri manusia serta membandingkannya dengan unsur unsur yang adapada tanah. Mengikut penyelidikan terakhir secara analisis kimia, terdapat 105 jenis unsur pada tanah, dan kesemuanya didapati berada dalam tubuh badan manusia, walaupun berbeza dari segi perkadarannya. Selain itu, terdapat juga beberapa unsur yang wujud dengan kuantiti yang kecil dan tidak mudah dikesan. Fakta yang diperolehi oleh ahli sains muslim itu, kalau ditafsirkan melalui ketentuan ilmu ilmu wahyu, akan menghasilkan bertambahnya keyakinan beliau terhadap kebenaran dan kebesaran Allah SWT.. Inilah tujuan sebenar pendidikan Islam. 

PERANAN SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM TAMADUN ISLAM
Kita telah melihat bagaimana tamadun Barat telah meletakkan sains dan teknologi ke taraf yang tinggi, iaitu sebagai sebagai cara untuk sampai kepada kemajuan dan kesempurnaan ras manusia. Sains dan teknologi berperanan mengubah alam persekitaran melalui pencapaian berupa kebendaan, dan manusia dianggap akan menjadi lebih sempurna dan maju melalui kesedaran alam sekitarnya. Pembangunan dalam konteks ini dihadkan semata mata kepada pembangunan kebendaan yang seterusnya mengakibatkan perubahan sosial hasil daripada sambutan manusia terhadap perubahan persekitaran tersebut. 

Keyakinan tamadun Barat terhadap perubahan sosial berlandaskan kebendaan ini tidak bersepadanan dengan ajaran Islam. Malahan tidak ada pertemuan di antara kedua – dua fahaman. Islam tidak menganggap perubahan sosial berlaku sebagai hasil perubahan persekitaran. Faktor terpenting dalam konsep perubahan sosial Islam ialah manusia itu sendiri, bukan persekitaran yang mengelilingi manusia. Konsep ini termaktub dalam firman Allah SWT di dalam al Quran. Maksudnya ;

“ Sesunngguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri “( Al Quran, surah al – Ra’d ; 11 )



Gaafar Sheikh Idris, dalam menerangkan ayat ini, telah mengatakan bahawa ayat di atas tadi mengandungi empat unsur utama. Di antaranya ;

1. Wujudnya Allah SWT yang mempunyai kebebasan bertindak secara mutlak. 
2. Manusia ini dijadikan dengan kebebasan yang terhad. 
3. Manusia mampu membawa perubahan dalam dirinya sendiri. 
4. Perubahan dalam keadaan hidup manusia yang dikurniakan Allah SWT sebagai hasil daripada perubahan keadaan dalam jiwa manusia. 

Keempat – empat fakta tersebut merupakan falsafah di seblalik perubahan sosial dalam konteks Islam dan membezakannya daripada sistem sistem hidup selainnya, materialisme menganggap Allah SWT tidak wujud dan dengan itu segala fenomena dunia sama ada sosial atau lainnya boleh diterangkan melalui hukum – hukum fizik sahaja. Manakala Islam berpegang pada dasar bahawa Allah SWT berkuasa dalam penentuan sesuatu perubahan. 

Fakta kedua pula telah menunjukkan kelebihan konsepsi perubahan sosial Islam jika dibandingkan dengan materiaisme. Materialisme, melalui teori tentuisme atau lebih dikenali dengan determinisme, yang menganggap bahawa manusia pada dasarnya tidak mempunyai kebebasan memilih kerana segalanya telah ditentukan oleh kuasa tabii. Manakala dalam Islam pula manusia diberi kebebasan bertindak yang terhad iaitu supaya manusia tidak melakukan sesuatu yang bertentangan dengan kehendak Allah SWT. 
Di antara kebebasan yang diberikan oleh Allah SWT adalah mengubah keadaan di dalam dirinya. Oleh kerana segala ke atas manusia adalah akibat keadaan dalamannya, manusia dianggap bertanggungjawab terhadap nasibnya sendiri. 
Seterusnya, sebuah lagi rumusan yang boleh diperolehi adalah menerusi persoalan bagaimanakah Islam membicarakan konsep kesempurnaan? Kita telah pun melihat bagaimana tamadun Barat mentakrifkan kesempurnaan sebagai kepuasan hidup manusia semata mata. Manakala dalam Islam pula menegaskan bahawa kesempurnaan iman terhadap Allah SWT. Implikasi dari ini adalah kesempurnaan tamadun manusia hanya akan dicapai jika manusia berusaha supaya moral dan kebendaan, ekonomi dan sosial, kerohanian serta jasmani akan tunduk kepada kehendak Allah SWT. 
Akhir sekali, kedudukan sains dan teknologi dalam Islam adalah jelas, semata – mata bertujuan untuk membantu manusia ke arah kesempurnaan imannya. Ia merupakan jalan, manakala kesempurnaan iman itulah matlamat yang ingin diperolehi. 

KESIMPULAN
Dalam membicarakan perbandingan diantara sains dan teknologi dalam konteks tamadun Barat dan tamadun Islam, saya telah merumuskan bahawa kedua – dua sistem tersebut mempunyai pentafsiran yang berbeza mengenai kedudukan cabang cabang ilmu ini. Pentafsiran yang berbeza ini, diantara lainnya adalah berdasarkan tanggapan yang berbeza mengenai hidup dan peranan manusia di muka bumi ini. 

Sudah dibuktikan dengan jelas bahawa materialisme telah gagal untuk memahami dunia dan alam semesta ini di luar lingkungan – lingkungan struktur kebendaannya. Manakala Islam pula telah mengajak fikiran manusia untuk mempelajari dan memahami nilai dan kuasa sebenarnya dengan pada mulanya mempelajari dan memerhatikan fenomena alam semesta ini dengan tujuan untuk merenung kepada keajaiban dan rahsianya. Seterusnya mengarahkan pemikiran tersebut terhadap keagungan dan kebesaran penciptaNya. 

Pemisahan di antara ilmu wahyu dan ilmu intelek telah menyebabkan sains moden akan terus berkeliaran mentafsirkan segala galanyadalam konteks kebendaan, dan seterusnya akan membawa manusia jauh dari kebenaran yang nyata terkandung di dalam fikiran manusia. Pentafsiran yang bebas terhadap segalanya ini tanpa panduan dari pencipta manusia, Allah SWT akan membawa manusia ke jurang kemusnahan. 

RUJUKAN

Abdul Wahab Ismail, Dr ( 1985 ). Pengenalan Tamadun Islam Dalam Sains. Dewan Bahasa Pustaka. Kuala Lumpur. 

Gaafar Sheikh Idris ( 1977 ). The Process of Islamisation. The Muslim Students Association of United States. 

Tengku Azzman Shariffadeen ( 1981 ). Sains dan Teknologi Untuk Pembangunan. Seminar Kebangsaan Konsep Pembangunan Dalam Islam. U. K. M, Bangi, Selangor. 

Abdul Rahman Nawas ( 1995 ). Tamadun Islam. Pustaka Haji Abdul Majid. Kuala Lumpur

Sulaiman Nordin ( 1979 ). Sains Barat Moden dan Percanggahannya Dengan Islam. Nuur Publication, Kajang, Selangor. 

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Hp: 013-400 6206
Pj: 04-9882701
Ru: 04-9882597
email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
url: abdazizharjin.blogspot.com