Sejarah Kehidupan Nabi Muhammad Saw.

Sejarah Kehidupan Nabi Muhammad Saw.

Disediakan Oleh:
Ustaz Abd. Aziz Bin Harjin

Disediakan Oleh:
Mohamad Azzan Bin Mohamad Jamil
2014800064

Pendahuluan
Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang dilantik oleh Allah iaitu Khataman Nabiyyin. Muhammad dalam bahasa Arab bermaksud “dia yang terpuji”. Muhammad juga dipanggil dengan nama Ahmad di dalam ayat Al Quran. Rasullulah dipanggil oleh para sahabat kepada Muhammad setelah menjadi nabi. Ditambah dengan SAW iaitu “sallallaahu alahai wasallam” yang bermaksud “semoga Allah memberi kebahagian dan keselamatan kepadanya. Selain itu, baginda digelar Abu al Qasim yang beerti “Ayah Qasim” kerana mempunyai anak lelaki yang bernama Qasim namun meninggal dunia sewaktu remaja. Diceritakan kepada baginda nama Rasullulah SAW ialah Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hasyim. Baginda dilahirkan di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah pada hari isnin, 12 Rabiulawal iaitu 20 April bersamaan 571 M waktu subuh. Nama bapa nabi ialah Muhammad bin Abdul Mutalib bin Hasyim dan ibu nabi pula ialah Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf. 

Kelahiran Nabi Muhammad SAW. 
 Sejarah kehidupan nabi Muhammad SAW bermula dengan lahirnya seorang bayi pada 12 Rabiulawal tahun Gajah di Kota Mekah di selatan jazirah Arab yang dikenali sebagai daerah paling terbelakang di dunia yang memang yang tidak mempunyai kemajuan dalam pusat dagangan, ilmu pengetahuan, mahupun seni. Bayi tersebut mempunyai bapa bernama Abdullah bin Abdul Mutalib. 

Bapa bayi itu meninggal semasa berdagang di Madinah yang bernama Yastrib. Abdullah meninggalkan harta lima ekor unta, sekawanan biri-biri dan seorang budak perempuan digelar Ummu Aiman iaitu hamba perempuan Abdullah. Bayi itu dilahirkan oleh Aminah binti Wahab dengan selamat lalu dibawa ke Ka’abah. Bayi tersebut diberi nama Muhammad yang belum pernah diberi kepada sesiapa. Muhammad pertama sekali disusukan oleh Thuwaibah iaitu hamba perempuan Abu Lahab seterusnya menunggu kehadiran wanita dari Banu Sa’ad. Adat menyusu menjadi kebiasaan kepada bangsawan-bangsawan Arab di Mekah. 

Halimah binti Abu Zuaib Sa’diah merupakan wanita yang seterusnya harus menyusukan Muhammad namun berpendapat pada mulanya enggan kerana Muhammad merupakan anak yatim. Namun begitu, beliau membawa pulang Muhammad ke pedalaman dan sejak menjaga Muhammad, binatang-binatang ternakan Halimah seperti kambing tidak putus mengeluarkan susu sehingga melimpah. Muhammad tinggal di Sahara bersama keluarga Halimah selama 2 tahun. Setelah 2 tahun, Muhammad kembali kepada ibu kandungnya Aminah dan dibawa pulang kembali oleh Halimah ke pedalaman untuk dijaga. 

Pada usia 5 tahun, Muhammad didatangi oleh 2 malaikat yang ditugaskan untuk membedah Muhammad untuk membuang bahagian jahat yang wujud di dalamnya. Halimah dan suaminya tidak menyedari hal ini kecuali anak kandung mereka yang seusia dengan Muhammad. Mereka memberitahu ibunya, bahawa Muhammad dibedah lalu diperiksa dan tiada tanda-tanda kecederaan aneh di badan Muhammad. Muhammad dijaga oleh Halimah selama 5 tahun dengan penuh kasih sayang dan kemudiannya dibawa pulang oleh datuknya Abdul Mutalib. 

Kewafatan ibu Nabi Muhammad SAW. 

Pada suatu hari, ibu Muhammad iaitu Aminah binti Wahab membawa Muhammad bertemu dengan saudara maranya dan ditemani oleh Ummu Aiman. Muhammad ditunjukkan tempat bapanya wafat dan dikuburkan. Rombongan Aminah pulang semula ke Mekah dengan menaiki dua ekor unta. Ketika sampai di Al-Abwa, ibu Muhammad ditimpa sakit dan meninggal dunia di sebuah kampung yang terletak diantara Mekah dan Madinah. Muhammad berasa sedih dengan pemergian ibunya dan dibawa pulang ke Mekah oleh Ummu Aiman. 

Maka Muhammad menjadi anak yatim piatu. Seterusnya, tinggallah Muhammad dengan datuk dan saudara maranya ayahnya, tetapi kesedihan menyebulungi Muhammad kerana datuknya pula meninggal dunia dan ketika itu Muhammad baru berusia 8 tahun. Kematian Abdul Mutalib adalah satu kehilangan besar bagi Bani Hasyim. Abdul Mutalib seorang yang mempunyai keteguhan hati, pandangan yang luas, berwibawa dan berpengaruh dikalangan orang Arab. Setelah Abdul Mutalib meninggal dunia, Abu Talib iaitu bapa saudara Muhammad mengambil alih untuk menjaga Muhammad. Abu Talib merupakan seorang yang mempunyai perasaan halus dan terhormat di kalangan orang-orang Quraisy. 

Ketika Muhammad meningkat remaja dan berkembang menjadi dewasa, Muhammad mempelajari ilmu bela diri di samping ilmu dalam perniagaan. Muhammad sering menemani Abu Talib berdagang ke arah utara. Kejujuran dan sifat Abu Talib dipercayai oleh agen penjual perantara barang dagangan penduduk Mekah. Pada suatu ketika semasa berdagang di negeri Syam dan ketika itu Muhammad berusia 12 tahun, mereka bertemu dengan pendeta Nasrani yang bernama Buhaira iaitu seorang mantan Yahudi. Buhaira dapat melihat tanda-tanda kenabian Muhammad lalu menasihati Abu Talib supaya tidak pergi jauh ke daerah Syam kerana ditakuti orang-orang Yahudi menyakiti Muhammad jika mendapat tahu tanda-tanda kenabian Muhammad. Ketika usia Muhammad 15 tahun, Muhammad terlibat dalam peperangan Fijar. Baginda menyertai peperangan dan berperanan mengumpulkan anak panah. 

Kemunculan Khadijah isteri Nabi

Setelah Muhammad meningkat dewasa, sifat Muhammad yang jujur dan dapat dipercaya telah menarik perhatian seorang wanita janda yang bernama Khadijah ketika berdagang. Sebagai pedagang, baginda sering mengirim barang dagangan ke berbagai pelosok daerah di tanah Arab. Khadijah merupakan seorang wanita yang berstatus tinggi di kalangan suku Arab. 

Reputasi Muhammad membuatkan Khadijah mempercayai ilmu dagangan Muhammad lalu mempercayakannya untuk mengatur barang dagangan Khadijah. Ketika Muhammad berusia 25 tahun, baginda bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah dan ditemani oleh Maisarah yang merupakan perempuan suruhan Khadijah. Pada suatu ketika, Muhammad jatuh cinta kepada Khadijah yang sudah berumur 40 tahun, lantas Muhammad bersama-sama Abu Talib dan bersama saudara maranya berjumpa dengan Amru bin Asad iaitu bapa saudara Khadijah untuk meminang Khadijah. Mas kahwin yang dikenakan sebanyak 500 dirham. Perbezaan umur antara Muhammad dan Khadijah tidak menjadi penghalang kasih sayang antara mereka. 

Meskipun kekayaan yang dimiliki Muhammad bertambah pesat, namun Muhammad tetap hidup sebagai orang yang bersederhana dan memilih menggunakan hartanya ke arah hal-hal yang penting. Ketika Muhammad berusia 35 tahun, banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah. Selain itu, berlakunya perdebatan antara pemimpin-pemimpin Quraisy untuk meletakkan “Hajarul Aswad” ke tempat asal. Muhammad yang kemudiannya melihat perdebatan tersebut menyelesaikan masalah mereka denga memegang setiap bucu kain di samping mengangkatnya dan meletakkannya ke tempat asal. Masalah dapat diselesaikan dengan adil dan pada saat itu, Muhammad dikenali dikalangan suku-suku Arab kerana kebijaksanaannya menyelesaikan masalah dan sifat-sifat terpujinya. 

Perlantikan Muhammad sebagai Rasul dan Nabi akhir zaman. 

Ketika Muhammad menjelang usia 40 tahun, baginda sering bertafakur di Gua Hira’ di sebuah gua bukit di sebelah timur kota Mekah. Muhammad sering menyendiri dann bertafakur selama berhari hari untuk mencari ketenangan dan sifatnya amat bertentangan dengan kebudayaan Arab yang suka meminum arak dan berpesta. Muhammad sambil menyendiri memikirkan tentang nasib umat manusia zaman itu secara mendalam dan memohon agar Allah dapat membetulkan kesesatan umat pada zaman itu. Pada 17 Ramadhan ataupun 6 August bersamaan 611 M, 

Muhammad diriwayatkan malaikat Jibrail surah pertama dari Al Quran dan sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman. Surah yang diriwayatkan adalah surah Al-Alaq dan diperintahkan untuk membaca ayat yang disampaikan. Muhammad pada mulanya menolak kerana baginda tidak boleh membaca. Malaikat Jibrail mengulangi supaya Muhammad membaca namun jawapannya tetap sama. Muhammad yang berusia 40 tahun 6 bulan dan 8 hari kembali ke rumahnya setelah kejadian itu dan berasa badannya panas serta dingin seperti demam lantas diberinya selimut oleh Khadijah. Khadijah risau akan keadaan Muhammad lalu memanggil saudara sepupunya yang merupakan seorang pendeta Nasrani yang Waraqah bin Naufal. Waraqah sangat mengetahui tentang nabi terakhir dan kitab-kitab suci Kristian dan Yahudi. 

Setelah diceritakan tentang kejadian yang berlaku kepada Muhammad kepada Waraqah, lalu Waraqah berkata bahawa Muhammad telah dipilih oleh tuhan untuk menjadi seorang nabi. Sejak dari itu, Muhammad menerima ayat-ayat Al Quran secara berangsur-angsur dalam jangka masa 23 tahun. Selama tiga tahun pertama sejak lantiknya Muhammad sebagai Rasul, digelarnya Rasullullah SAW. Muhammad hanya meyampaikan dakwah secara terbatas iaitu menyebarkan dikalangan teman-teman dekat dan kerabatnya. Hal ini untuk mencegah kemarahan orang-orang Arab yang sudah memang terasimilasi budayanya yang suka berpesta dan melakukan kemaksiatan. Ajaran yang disampaikan oleh Rasullulah amat bertentangan dengan aktiviti kebiasaan mereka. Kebanyakan dari mereka yang memasuki Islam adalah orang yang rapat dengan Muhammad iaitu Khadijah, Ali, Bilal dan Zaid bin Haritsah. 

Dakwah secara terang-terangan. 

Pada awal tahun 613 M, turunnya wahyu yang memerintahkan Muhammad untuk berdakwah secara terang-terangan. Maka Rasullullah mulalah menyebarkan ajaran Islam secara lebih meluas. Muhammad kemudiannya secara terbuka tentang agama Islam. Pelbagai dugaan yang ditempuhi oleh Rasullullah dalam menyebarkan dakwah murni Islam. Ramai tokoh-tokoh bangsa Arab yang terkemuka seperti Abu Bakar, Uthman bin Affan, Zubair bin Awwam memasuki Islam. Pemeluk-pemeluk Islam yang pertama diberi gelaran As-Sabiqun Al-Awwalun. Rasullulah menyebarkan dakwah Islam dengan penuh kesabaran, keyakinan dan kegigihan walaupun diherdik dan diejek oleh orang-orang musyrik. 

Banyak yang dilakukan oleh Rasullulah. Sewaktu nabi berusia 53 tahun, Rasullulah nampak peluang dalam meyampaikan dakwah di Mekah yang terletaknya Baitullah atau Ka’abah. Pelbagai tradisi keagamaan dipertunjukkan sewaktu kunjungan Rasullulah. Rasullulah menyampaikan ajarannya dan didapati orang Yastrib tertarikk dengan ajaran yang disampaikan. Rasullulah menyampaikan dakwah Islam dengan penuh ketekunan, sehingga ramai yang menganut Islam di Mekah. Sekumpulan Yastrib yang dulunya pernah mengunjungi Mekah melawat sekali lagi dan menemui Rasullulah di tempat mereka bertemu sebelumnya. Mereka mengundang orang-orang Islam Mekah untuk berhijrah ke Yastrib. Ini disebabkan factor keselamatan bagi para pemeluk Islam. Rasullulah menerima pelawaan tersebut dan memutuskan berhijrah ke Yastrib pada tahun 622 M. Nama Yastrib yang dulunya digunakan oleh penduduk Yastrib kemudiannya digantikan dengan nama Madinah. Penduduk Madinah menerima Rasullulah SAW dengan hati yang terbuka dann pelbagai ilmu dakwah yang disampaikan oleh Rasullulah di Madinah. 

Kewafatan Nabi Muhammad SAW. 

Nabi Muhammad SAW mempunyai banyak gelaran yang terpuji. Antara gelaran yang diberi kepada baginda ialah Al-Amin yang amat sinonim denga sifat Muhhamad yang bermaksud “orang yang dapat dipercayai”. Seterusnya, Muhammad hidup dengan amat sederhana dan membenci sifat-sifat tamak, angkuh dan sombong. Muhammad juga menghindari kejahatan yang sudah menjadi kebiasaan dikalangan bangsa Arab pada masa itu. Kejahatan seperti berjudi, minum minuman keras dan berkelakuan kasar amat dicegah oleh Muhammad. 

Dengan sifat yang sentiasa mengamalkan perkara-perkara baik, Muhammad kemudiannya mendapat gelaran As-Saadiq yang bermaksud “Yang benar”. Dua gelaran ini didapati daripada suku kaumm Quraisy. Setelah sekian lama berdakwah dan menyampaikan tentang agama Islam kepada umat manusia, terdapat pelbagai dugaan yang ditimpa oleh Rasullulah ketika menjadi Rasul dan pada umur 63 tahun, Rasulullah SAW telah meninggal dunia di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11 H atau 8 Jun bersamaan 632 M. Pelbagai perjuangan telah diusahakan oleh Rasullulah SAW dan ramai para sahabat nabi sedih dengan pemergiannya kerana manusia yang paling suci dan kita cintai telah pergi selamanya. 

Penutup
Konklusi bagi sejarah kehidupan Nabi Muhammad SAW ialah kita harus sedar bahawa pengorbanan seorang nabi tidak dapat dibalas kerana pelbagai cabaran dan dugaan yang telah ditempuhi oleh nabi kita. Selain itu, kita mestilah mengetahui tentang kehidupan dan perjalanan nabi kita kerana ia dapat menyedarkan kita tentang pentingnya dakwah Islam dan ilmu Islam dalam kehidupan seharian. Di samping itu, kitab Al Quran merupakan satu mukjizat daripada Allah SWT kepada Rasullulah SAW yang harus kita dalami dan praktikkan agar hidup tidak terpesong ke arah kemaksiatan dunia. Akhir sekali, kasih sayang Rasullulah SAW kepada umatnya tidak dapat dibanding dengan kasih sayang manusia di atas bumi ini dan bersyukurlah kita menjadi seorang hamba Allah kerana berada di jalan yang diredhaiNya. 

Rujukan
Tahia Al-Ismail (2001) Kehidupan Nabi Muhammad SAW. Percetakan Zafar SDN. BHD. Kuala Lumpur. 
Abdul Latif Talib (2011), Khalifah Yang Benar. Batu Cave:PTS Litera Utama SDN. BHD. 
Mahmud Syakir (2004) Biografi Gemilang Ali Bin Abi Talib (Abu Turab). Jasmine Interprise. 
H. m. h Al-Hamid Al-Husaini (1989). Sejarah Hidup Imam Ali Bin Abi Thalib r. a, Terjemahan. Jalan Kavil Hilir Kuala Lumpur:Victory Agencie. 
Yunus Ali Al-Muhdzar (2009) Kehidupan Nabi Muhammad SAW Dan Amirul Mu’minin Ali Bin Abi Thalib RA. Batu Cave:Al-Hidayah Publications. 


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Hp: 013-400 6206
Pj: 04-9882701
Ru: 04-9882597
email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
url: abdazizharjin.blogspot.com