Pengubatan Islam Mengikut Nabi Saw

Tajuk:
Pengubatan Islam Mengikut Nabi Saw

Disediakan Untuk:
Ustaz Abd Aziz B Harjin
Pensyarah Pendidikan Islam

Disediakan Oleh:
Nur Aqidah Binti Che Nadzir
2014673564

ABSTRAK

Pengubatan Islam merupakan satu ikhtiar penyembuhan penyakit jasmani dan rohani oleh orang Islam yang mahir dalam kaedah rawatan dengan menggunakan ayat-ayat Al Quran atau hadis, atau amalan salaf al-soleh, dan ulamak muktabar, atau kesemuanya sekali serta menggunalan kaedah-kaedah atau bahan-bahan yang dibenarkan syarak. Pengubatan atau perubatan Islam mulai muncul pada zaman selepas kerasulan nabi Muhammad SAW dan ia terus berkembang sepanjang abad-abad ketamadunan Islam seperti Al-Razi, Ibn Sina dan Ali Ibna Abba. Ilmu perubatan Islam ini diamalkan dengan luasnya ketika tamadun Islam mencapai kemuncak kegemilangannya. Pada mulanya ilmu ini telah dicedok dari pengaruh tamadu kuno dan kemudiannya dimajukan lagi sejajar dengan perkembangan tamadun Islam. Unsur dan pengaruh kuno adalah kebanyakkannya berasal dari ilmu perubatan yunani atau sistem perubatan Hippocrates, dan juga amalan-amalan perubatan dari India dan China. Walau bagaimanapun hakikatnya al-Qur'an adalah panduan untuk kejayaan umat Islam di dunia dan di akhirat. Ia adalah dalil kewujudan Allah dan membuktikan bahawa Allah adalah Maha Bijaksana dan Maha Pencipta. Ia bukanlah satu buku teks perubatan khusus dan Ia tidak menetapkan ubat yang khusus untuk penyakit yang khusus. Kitab ini ternyata menyuruh manusia supaya berfikir, berusaha dan menambah ilmu untuk kebaikan manusia yang lain, maka dengan itu peranan yang dimainkan oleh al Quran adalah sangat besar dan suci untuk dibandingkan dengan ilmu perubatan.

Walau bagaimanapun berdasarkan beberapa hadis Nabi SAW perubatan dengan Ru’yah ternyata satu pilihan yang tepat. Pengamal dan pesakit perlu mempunyai kenyakinan yang tinggi dan memahami bahawa penyakit itu datang dan pergi dengan izin Allah.

PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirrahim.......

Alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi kerana berkat limpah kurnia rahmat ilmunya telah membantu saya untuk menyiapkan kerja kursus untuk subjek CTU dengan jayanya. Selain itu, berkat ikhlas bantuan daripada pelbagai pihak turut banyak membantu saya.

Ribuan terima kasih saya ucapan kepada ustaz Abd Aziz bin Harjin yang telah banyak memberi tunjuk ajar, memberi begitu banyak panduan dan memberi pelbagai nasihat dan cadangan yang berguna bagi membantu menyiapkan tugasan ini.

Turut ditujukan ucapan terima kasih ini kepada ibu saya yang telah membantu memberi sokongan dan galakan yang tidak ternilai kepada saya.

Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan saya yang telah memberikan bantuan tunjuk ajar serta bimbingan yang banyak, terima kasih yang tidak terhingga saya ungkapkan. Semoga kita bersama dapat menyempurnakan tugasan ini dengan baik.

Akhir kalam, sekali lagi setinggi-tinggi ucapan terima kasih saya ucapkan kepada semua yang telah membantu saya dalam penghasilan kerja kursus ini.

PENDAHULUAN

Syukur kehadrat Illahi, denga limpahan rahmatNya memberi saya kekuatan untuk menyempurnakan tugasan saya dengan lancar dan membantu saya untuk memartabatkan serta menerangkan cara merawat kesihatan dan penyakit menurut nabi SAW.

Tujuan esei ataupun kerja kursus ini dibuat bukanlah semata-mata untuk mendapatkan markah tetapi bertujuan besar untuk menyampaikan kaedah-kaedah yang sudah teruji dan terbukti bagi merawat dan mengatasi pelbagai jenis penyakit yang menimpa manusia. Ini juga adalah untuk kita saling ingat-mengingati dan memberitahu antara umat Islam akan sesetengah cara penting yang telah dilupakan dan diabaikan sambil lewa sahaja oleh kita.

Skop esei saya adalah merangkumi tentang rahsia-rahsia kesihatan dan cara merawat dan menjaga kesihatan dengan merasai sendiri caranya. Seterusnya, saya juga berharap agar kita dapat memanfaatkan dan mempraktikkan segala ilmu yang terdapat disini dalam menjalani kehidupan seharian kita. Dengan ini, mudah-mudahan kita sentiasa mendapat limpahan rahmat dan kasih sayang Allah serta berada di dalam keberkatan-Nya.

Akhir sekali, kita sebagai umat Islam tidak harus hanya berharap kepada perubatan moden sebaliknya menggunakan perubatan secara Islam kerana Pengubatan dengan mnggunakann ayat-ayat Al Quran bukanlah merupakan satu amalan baru di kalangan umat Islam biarpun ramai orang yang masih meragui kesahihannya. Kita juga haruslah mengambil inisiatif untuk membantu mengembangkan kemajuan Islam di abad ini. Ini kerana kita juga telah dipilih oleh Allah untuk menjadi khalifah di muka bumi ini. Maka, setiap umat Islam juga haruslah meneruskan jihad ini.

Wassalam.

RAHSIA MENGUBATI KESIHATAN KELUARGA MUKMIN.

Makanan


Allah SWT berfirman yang bermaksud :
“…. makan dan minumlah kamu, jangan melampaui batas…”
 (Al-A’raf : 31)                                                                                                   

Allah SWT memberikan petunjuk kepada hamba-hamba-Nya untuk memasukkan makanan dan minuman ke dalam tubuh yang dapat memperkuatkan ketahanan badan. Namun kadar mahupun cara memakannya adalah yang dapat membawa manfaat untuk tubuh. Jika makanan itu melampaui ukuran yang semestinya dan tidak sesuai dengan kaifiatnya(cara memakannya), maka hal itulah yang disebut melampaui batas dan hal ini jelas menimbulkan penyakit. Demikian pula sebaliknya, tidak makan dan tidak minum juga menimbulkan penyakit. [1] (Abdul Shukor. 2004)

Beberapa ketentuan yang baik untuk makanan adalah seseorang hendaklah memakan makanan yang telah menjadi kebiasaan penduduk negerinya. Jika merasa jijik terhadap suatu makanan, janganlah makanan itu dimakan. Sebab jika makanan itu tetap dimakan, akan menimbulkan kemudratan bagi dirinya. (Abdul Shukor. 2004)

Sahabat Anas bin Malik berkata:”Rasulullah SAW tidak pernah mencela satu makanan pun. Jika baginda mahu makan dimakannya dan jika tidak, ditinggalkannya dan tidak dimakannya. Suatu ketika dihidangkan kepada Rasulullah daging Dhab (sejenis biawak) yang telah dimasak. baginda tidak memakannya, maka orang pun bertanya:”Apakah daging itu haram?” Rasulullah menjawab: “Tidak, hanya saja makanan itu tidak didapati di negeri saya, maka agak jijik. ”[2] (Anas bin Malik)

Hendaklah seseorang memakan buah-buahan negerinya di waktu datang musimnya berbuah. Ini merupakan salah satu cara memelihara kesihatan. Sesunguhnya Allah SWT telah menciptakan adanya musim buah-buahan pada suatu waktu tertentu yang bermanfaat bagi kesihatan penduduk negeri tersebut jika memakannya. [3] (Prof. Dr. Haron Din. 1987)

Mengenai tatacara makan, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “ Sesungguhnya aku duduk sebagaimana seorang hamba duduk dan aku makan sebagaimana seorang hamba makan. ” Dalam hadis lain secara jelas diterangkan bahawa Nabi Muhammad SAW makan dengan duduk bersila, melipat kaki kanan di sebelah depan dan kaki kiri di sebelah dalam. Duduk seperti ini adalah duduk yang rileks dan paling baik bagi posisi pencernaan, kerana seluruh anggota tubuh berada dalam posisi yang alami. (Ibnul Qayimal Al-Jauziah. 2010)

Menu makanan Rasulullah SAW juga diatur sedemikian rupa. Baginda sekali-kali tidak pernah mencampur susu dengan ikan, susu dengan sesuatu yang masam, dua jenis makanan yang menghangatkan, dua jenis makanan yang menyejukkan, dua jenis makanan yang lengket, dua jenis makanan yang kecut, dua jenis makana yang keras menjadi satu hidangan yang dicampur. (Ibnul Qayimal Al-Jauziah. 2010)

Baginda juga tidak pernah mencampur dua macam makanan yang saling berbeza seperti makanan yang mudah dicerna dan yang lambat dicerna, makanan yang dibakar dengan dimasak dan mencampur susu dengan daging. Di samping itu, baginda tidak pernah memakan makanan ketika masih panas. [4] (Ibnul Qayimal Al-Jauziah. 2010)

Nabi Muhammad SAW sangat menganjurkan makan malam, walau pun hanya dengan segenggam buah kurma. Baginda bersabda yang bermaksud: “Meninggalkan makan malam, (mempercepatkan ketuaan)”
 (HR:Tarmizi dan Ibnu Majah)[5]

Abu Nu’aim meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW melarang orang tidur setelah makan, sebab hal ini dapat mengeraskan (membebalkan) hati. Para ahli kedoktoran pun menganjurkan agar berjalan (melakukan gerak) dahulu setelah makan malam sebelum tidur, walau hanya sekadar 100 langkah sahaja. Langsung tidur setelah makan menyebabkan timbulnya penyakit. [6] (Ibnu Qayyim Al-Jauziah. 2006)

Minum

Minuman-minuman yang biasa diminum Nabi Muhammad SAW yang pertama ialah madu. Dengan meminum madu dapat menghancurkan riak-riak dahak di tenggorak dan sangat berguna bagi kesihatan alat pencernaan. Madu adalah minuman yang paling banyak memberikan manfaat untuk tubuh dibandingkan dengan minuman-minuman yang lainnya. (Abdul Shukor. 2004)

Kedua ialah air dingin yang sejuk. Air yang dingin sejuk dapat menghilangkan rasa panas dengan menurunkan kembali suhu badan, melancarkan peredaran air dalam tubuh dan keringat dapat keluar dengan baik. Air juga dapat keluar dengan baik. (Abdul Shukor. 2004)

Ketiga air manis. Air manis ini kadang-kadang adalah air yang bercampur madu dan kadang-kadang dicampur kurma. (Abdul Shukor. 2004)

Keempat ialah susu. Rasulullah SAW kadang-kadang meminum susu murni dan kadang-kadang susu yang dicampur dengan sedikit air. Susu dapat menetapkan suhu badan sebagai penghangat di musim dingin dan menurunkan suhu badan di musim panas. Mengenai susu ini Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila salah seorang kamu memakan makanan, makan hendaklah ucapkan: “Ya Allah. Berikanlah keberkatan kepadanya dan berikanlah kami makanan yang lebih baik daripadanya. ” “Apabila seseorang diberikan minuman susu, maka hendaklah ucapkan: “Ya Allah. Berilah keberkatan padanya bagi kami dan tambahkanlah untuk kami daripadanya. Sesungguhnya tidak ada sesuatu apapun yang memadai (mencukupi) dari makana dan minuman kecuali susu. ”[7] (Abdul Shukor. 2004)

Mengenai tatacara minum, dalam hadis disebutkan yang bermaksud:
Dari Anas bin Malik ra ia berkata: “rasulullah SAW dalam minumnya bernafas sebanyak tiga kali. Dan baginda berkata: “ Yang demikian itu lebih dapat menghilangkan dahaga, lebih sedap (enak) dan lebih dapat menyembuhkan (penyakit)”. [8] (HR: Muslim)

Yang dimaksudkan disini adalah mengambil nafas sebanyak tiga kali. Dalam hadis lain, Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu minum dengan sekali nafas bagaikan minumnya unta. Akan tetapi minumlah dengan dua atau tiga kali tarikan nafas. Sebutlah nama Tuhan (membaca basmalah) apabila kamu ingin mulai minum dan pujilah Tuhan (membaca Hamdalah) apabila kamu telah selesai. ”[9]
 (HR: Tarmizi)
Imam Ahmad berkata: “jika berkumpul empat hal pada suatu makanan, maka sesungguhnya itulah yang paling sempurna, iaitu, dia wali dengan bacaan Basmalah, diakhiri dengan Hamdalah, banyak tangan atasnya. (banyak orang memakannya) dan makanan tersebut berasal dari yang halal. ”[10] (Tuan Guru Dato’ Haron Din. 2011)

Pakaian

Pakaian yang dikenakan Nabi Muhammad SAW sangat memberikan manfaat bagi tubuh, tidak berat dibadan dan mudah memakai mahupun melepaskannya. (Ibnu Qayyim Al-Jauziah. 2006)

Baju yang dipakai Rasulullah berlengan sampai ke pergelangan tangan, tidak sampai melalui pergelangan tangan. Jika lengan baju melampaui tangan, tentu akan menyulitkan si pemakainya dalam bergerak. Demikian pula jika lebih pendek dari batas pergelangan tangan, tentu tidak dapat menahan udara panas mahupun dingin. (Ibnu Qayyim Al-Jauziah. 2006)

Untaian baju mahupun sarung Rasulullah sampai ke batas betis, tetapi tidak melalui mata kaki, maka akan sulit bergerak seolah-olah terikat. Namun jika hujungnya di atas betis, maka akan mudah terbuka dan sipemakainya akan kepanasan atau kedinginan. (Ibnu Qayyim Al-Jauziah. 2006)

Serban yang dipakai Nabi Muhammad SAW tidak terlalu besar, sehingga menjadi beban dan berat untuk kepala. Akan tetapi serban baginda tidak pula terlalu kecil sehingga tidak dapat melindungi kepala dari dingin dan panasnya udara. Jadi ukuran serban baginda adalah sederhana. Hujung serban dijuntaikan pada tengkuk baginda, sebab hal itu melindungi tengkuk dari panas dan dingin, apalagi baginda yang sering menaiki kuda mahupun unta. (Ibnu Qayyim Al-Jauziah. 2006)

Rasulullah SAW sering memakai sepatu (kasut), terutama ketika dalam musafir, kerana dengan demikian kedua kaki terlindung dari rasa panas atau sejuk. Jika kita perhatikan dengan baik, maka terlihatlah bahawa pakaian oleh Rasulullah SAW sangat sesuai bagi kesihatan tubuh serta tidak menyulitkan dalam bergerak. Warna pakaian yang paling disenangi oleh Nabi ialah warna putih, biru dan hijau. [11] (Ibnu Qayyim Al-Jauziah. 2006)
Tempat Tinggal

Keadaan rumah tempat tinggal yang baik dan sihat sebagaimana tuntutan Nabi Muhammad SAW adalah dapat melindungi penghuninya dari panas dan sejuk. Selain itu, dapat membatasi pandangan mata (tertutup). Seterusnya dapat mencegah masuknya binatang melata. Tidak ada kebimbangan roboh kerana berat atau rapuhnya. Berikutnya, tidak terlalu sempit dan tidak pula terlalu luas sehingga banyak ruang yang membazir. Bilik air juga dibuat sedemikian rupa sehingga baunya tidak menganggu penghuni rumah. Peredaran udara juga haruslah mencukupi. [12] (Prof. Dr. Haron Din. 1987)

Olahraga (bersenam)

Sebagaimana telah diketahui, tubuh memerlukan makanan dan minuman. Akan tetapi setiap makanan dan minuman yang masuk ke dalam tubuh kita menjadi bahagian yang diperlukan oleh tubuh. Sisa makanan dan minuman yang tidak diperlukan oleh tubuh itu, jika bertumouk-tumpuk akan menimbulkan kemudharatan pula, kerana akan memberatkan badan dan memerlukan penyaluran (jalan keluar), di mana jika hal ini tidak diperolehi akan menimbulkan penyakit. Demikian pula jika terlalu sering makan dan minum, akan pengakibatkan makanan itu menjadi panas atau rosak, menjadi dingin membeku ataupun suhu badan menjadi tidak normal kerananya. (Abdul Shukor. 2004)

Untuk mengatasi kemungkinan timbulnya penyakit itu, maka olahraga sangat diperlukan.
Dengan berolahraga, pembakaran dalam tubuh akan lancar, sisa makanan akan tersalur keluar (umpamanya melalui peluh). (Abdul Shukor. 2004)

Sisa makanan yang berlebihan itu tidak terlalu lama tersimpan dalam tubuh, maka badan pun menjadi ringan kembali dan aktif, siap menerima makanan dan minuman yang baru, meluruskan persendian serta menguatkan otot. Tubuh akan aman dari segala penyakit, jika olahraga itu dilakukan secara teratur dan aktivitinya tidak melebihi yang semestinya. (Abdul Shukor. 2004)

Waktu melakukan olahraga hendaklah setelah makanan turun ke perut, telah sempurna dicerna. Dalam olahraga, anggota tubuh yang paling banyak digerakkan akan lebih kuat dibandingkan dengan yang lain. Dan hendaknya olahraga itu dilakukan setahap dengan setahap, sedikit demi sedikit dari yang paling ringan menuju yang paling berat. (Abdul Shukor. 2004)

Olahraga dapat pula dilakukan sebahagian-sebahagian anggota tubuh, seperti olahraga kaki (berjalan atau berlari) olahraga mata (pemglihatan), olahraga lisan (berbicara) dan sebagainya. Adapun seperti olahraga atlit, memanah, menunggang kuda, gulat dan sebagainya termasuk olahraga seluruh badan.

Olahraga jiwa, menuntut ilmu, senang, gembira, sabar, teguh pendirian, murah hati dan berbuat baik. Di antara olahraga kejiwaan ini, yang paling tinggi dan berat adalah sabar, mencintai, berani dan berbuat baik.
Semua ini harus dilakukan beransur-ansur tetap berterusan yang mana akan menjadi satu amalan. (Abdul Shukor. 2004)


Jika diperhatikan dengan teliti, jelas bagaimana sempurnanya tuntutan Rasulullah SAW untuk memelihara kesihatan dan kekuatan yang membawa manfaat untuk kehidupan dunia dan akhirat. [13](Abdul Shukor. 2004)

Harum-haruman

Harum-haruman merupakan makanan jiwa. Jiwa akan membuatkan kita menjadi kuat. Kekuatan jiwa sangat berfaedah untuk kesihatan otak, hati dan seluruh anggota tubuh bahagian dalam menyenangkan hati dan menggembirakan jiwa yang pada akhirnya akan berpengaruh positif terhadap jasmani manusia. (Abdul Shukor. 2004)

Beberapa hadis berikut ini menunjukkan tuntutan Rasulullah SAW tentang harum-haruman sebagai pemelihara kesihatan tubuh. Imam Bukhari meriwayatkan dalam kitab ‘Sahih Bukhari’ yang bermaksud: “bahawa Nabi SAW tidak (pernah) menolak harum-haruman (wangian). ”[14] (Imam Bukhari)

Al-Barraz meriwayatkan dalam musnadnya yang bermaksud: Dari Nabi SAW bahawa baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah Maha Baik, ia menyukai yang harum-harum: Maha Bersih, ia menyukai kebersihan: Maha Mulia, ia menyukai kemuliaan. Maha Pemurah (penderma), ia menyukai kedermawan. Maka hendaklah kamu bersihkan halaman-halaman rumah kamu: dan mereka menumpuk bakul-bakul (keranjang) dalam rumah mereka. ” (Abdul Shukor. 2004)

Ibnu Abi Syaibah juga meriwayatkan yang bermaksud: “Bahawanya Nabi SAW mempunyai minyak kasturi (yang harum). Baginda berharum-haruman dengan memakai kasturi itu. ”[15] (Prof. Dr Haron Din. 1987)

Harum-haruman mempunyai keistimewaan, antara lain malaikat menyukainya sedangkan syaitan lari kerananya, kerana yang disukai syaitan adalah bau-bau busuk dan menusuk. Jiwa-jiwa yang suci menyukai wangi yang harum-haruman, sedangkan jiwa yang rosak menyukai bau-bauan yang busuk. (Prof. Dr Haron Din. 1987)

Setiap jiwa lebih cenderung kepada sesuatu yang menyerupainya. Lelaki yang keji suka kepada wanita yang keji, sedemikian pula sebaliknya. Dan lelaki yang baik senang kepada wanita yang baik-baik, demikian pula sebaliknya. (Abdul Shukor. 2004)

Harum-haruman ini mencakupi segala segi. Baik yang harum pada perkata, perbuatan, pada makanan dan minuman, pakaian dan tempat tinggal dan lain-lain sebagainya. Hal ini dapat dilihat dari umumnya lafaz-lafaz hadis di atas ataupun dari keumuman pengertian dan maknanya. [16](Abdul Shukor. 2004)

  
PENUTUP

Dengan ini dapatlah kita simpulkan bahawa pentingnya Pengubatan Islam mengikut nabi SAW kepada umat Islam. Bukan sahaja ustaz, ustazah, alim ulamak dan tokoh-tokoh agama tetapi seluruh umat Isalam berperanan menyampaikan Pengubatan Islam ini. Ini bertujuan agar kita umat Islam dapat membantu dan memberikan manfaat dari segi penjagaan kesihatan kepada umat Islam.

Harapan saya, dengan adanya penulisan ini dapatlah kita sama-sama mengambil iktibar dan mengutip ilmu pengetahuan ini supaya kita juga menjadi salah seorang insan yang banyak berjasa di jalan Allah sepanjang kehidupan kita ini. Kita juga dapayt mengingati diri kita akan penjagaan kesihatan diri yang dianggap mudah dan remeh sebenarnya sebaliknya dan dilupakan terus oleh kita. Dengan penulisan ini kita juga akan lebih mengingatinya.

RUJUKAN

Ibnu Qayyim Al-Jauziah. Berubat Mengikut Nabi SAW. (2006). Kuala Lumpur : Jasmine Enterprise.
Prof. Dr. Haron Din. (1987). Rawatan Pesakit Menurut Al Quran dan As-Sunnah. Kuala Lumpur : Percetakan Watan Sdn. Bhd
Ibnu Qayimal Al-Jauziah. (2010). Panduan Perubatan Nabi. Selangor : Crescent News(K. L) Sdn. Bhd., Batu Caves.
Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din. (2011). Rawatan Penyakit Jasmani (I). Selangor : Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia & Koperasi Darussyifa’ Berhad.
Abdul Shukor. (2004). Jenis-jenis Penyakit dan Cara Merawatnya Menurut Nabi SAW. Kuala Lumpur : Jasmine Enterprise.



[1] Abdul Shukor (2004)
[2] Anas bin Malik
[3] Prof. Dr. Haron Din (1987)
[4] Ibnul Qayimal Al-Jauziah (2010)
[5] HR Tarmizi dan Ibnu Majah
[6] Ibnu Qayyim Al-Jauziah (2006)
[7]Abdul Shukor (2004)
[8] HR Muslim
[9] HR Tarmizi
[10] Tuan Guru Dato’ Haron Din (2011)
[11] Ibnu Qayyim Al-Jauziah (2006)
[12] Prof Dr. Haron Din (1987)
[13] Abdul Shukor (2004)
[14] Imam Bukhari
[15] Prof. Dr. Haron Din (1987)
[16] Abdul Shukor (2004)


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Hp: 013-400 6206
Pj: 04-9882701
Ru: 04-9882597
email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
url: abdazizharjin.blogspot.com