Sejarah Hidup Khalifah Uthman Bin Affan

Disediakan Untuk:
Ustaz Abd Aziz Bin Harjin

Disediakan Oleh:
Nurhanani Izattie Binti Azman
2014856206

Pendahuluan
Saya Telah Mengambil Sejarah Khalifah Uthman Bin Affan Sebagai Tajuk Tugasan Saya. Di Dalam Tugasan Ini Saya Bakal Menghuraikan Mengenai Boigrafi Khalifah Uthman, Kekhalifahan Beliau, Pembaharuan Yang Telah Dilakukan Oleh Beliau Penaklukan Di Zaman Pemerintahan Beliau, Pemberontakan Terhadap Khalifah Uthman Dan Juga Pembunuhan Beliau. Nama Sebenar Khalifah Uthman Ialah Usman Ibnu Affan Ibnu Abil Ash Ibnu Umaiyah Bin Abdu Syams Bin Abdu Manaf Bin Qusai Bin Kilab. Beliau Telah Dilahirkan Enam Tahun Selepas Kelahiran Nabi Muhammad. Beliau Telah Menyatakan Beriman Dan Memeluk Islam Atas Ajakan Abu Bakar As-Siddiq. Beliau Merupakan Salah Seorang Calon Yang Telah Dicalonkan Oleh Khalifah Umar sebelum beliau meninggal dunia. Uthman bin Affan serta Ali bin Abi Talib merupakan pilihan calon yang terakhir. Namun, Uthman telah dilantik menjadi khalifah memandangkan beliau lebih tua daripada Ali dan perilakunya yang dipandang lebih baik. Antara pembaharuan yang telah dilakukan oleh Khalifah Uthman ialah pengubahsuaian Masjidil Haram, pengubahsuaian Masjid Nabawi, penyusunan al Quran dan perpindahan Mina dan As-Syu’aibah ke Jeddah. Sementara itu, penaklukan yang telah dilakukan semasa pemerintahan Khalifah Uthman ialah di Kufah, Basrah, Azerbaijan, Ar-Raiy dan Bahrain. Namun, telah berlaku pemberontakan terhadap Khalifah Uthman kerana mereka berpendapat beliau suka memberi keutamaan kepada kaum keluarganya. Selain itu, mereka juga berpendapatpemerintahan Khalifah Uthman lemah. Akhirnya, pemberontak-pemberontak tersebut telah membunuh Khalifah Uthman pada tanggal 18 Zulhijjah tahun 35H. 

TAKRIF
Saya telah mengambil sejarah hidup Khalifah Uthman bin Affan sebagai tajuk tugasan kali ini. Saya mengambil Khalifah Uthman sebagai tajuk tugasan kali ini berikutan tertarik dengan sejarah hidupnya bermula daripada beliau dilahirkan, mengenai keluarganya, mengenai pengkhalifahannya serta pembaharuan yang telah dilakukan sepanjang pemerintahannya. Selain itu, dapat juga dilihat penaklukan yang telah dilakukan. Namun telah berlaku pemberontakan ke atasnya dan menyebabkan beliau telah dibunuh. 

Kita akan dapat mengetahui lebih lanjut mengenai salasilah hidup Khalifah Uthman melalui biografinya yang bakal diulas dengan lebih lanjut. Latar belakang beliau akan dapat lebih diketahui. Beliau dikatakan lahir enam tahun selepas kelahiran Nabi Muhammad SAW. Beliau juga telah berkahwin dengan dua orang puteri Rasulullah yang mana beliau digelar sebagai ‘Dzun Nurain’. Beliau juga merupakan seorang saudagar yang kaya raya namun seorang yang dermawan kerana sanggup mendermakan hartanya demi kepentingan Islam. Di dalam tajuk kekhalifahan Uthman pula akan dibincangkan dengan lebih dalam mengenai bagaimana beliau telah dilantik sebagai khalifah yang ketiga menggantikan Khalifah Umar. Beliau merupakan salah seorang calon daripada enam orang calon yang telah dinamakan oleh Khalifah Umar sebelum beliau meninggal dunia. Kaum Muslimin telah memilih beliau dan juga Ali Bin Abi Talib sebagai calon pilihan yang terakhir. Namun beliau telah dilantik disebabkan oleh beliau lebih tua berbanding Ali selain perilakunya yang lebih mulia. Selain itu, di dalam tajuk pembaharuan yang dilakukan oleh Khalifah Uthman pula akan dibincang dan dihuraikan dengan lebih mendalam mengenai pembaharuan yang telah dilakukan oleh beliau semasa pemerintahannya. Beliau telah melakukan pengubahsuaian ke atas Masjidil Haram dengan menambah keluasan kawasan masjid tersebut. Pengubahsuian juga telah dilakukan ke atas Masjid Nabawi iaitu penambahan ke atas strukturnya. Beliau juga telah melakukan penyusunan semula Al Quran kemudian mengarahkan naskah tersebut di hantar kepada semua wilayah Islam. Beliau telah memindahkan Mina dari As-Syu’aibah ke Jeddah setelah memastikan tempat tersebut sesuai. Bukan itu sahaja, beliau juga telah melakukan beberapa penaklukan semasa zaman pemerintahan beliau yang akan dibincangkan dalam tajuk penaklukan di zaman Khalifah Uthman. Antara kawasan yang telah ditakluk oleh beliau ialah Kufah, Azerbaijan, Ar-Raiy, Basrah dan juga Bahrain. Penaklukan ini telah berjaya dilakukan dengan kerjasama tentera-tentera dan juga hasil strategi yang berkesan. Namun disebalik kegemilangan tersebut telah berlaku pemberontakan terhadap Khalifah Uthman yang akan dibincang dan dihuraikan dengan lebih lanjut lagi. Pemberontakan ini akhirnya telah menyebabkan Khalifah Uthman dibunuh.

Akhir sekali banyak pengajaran yang dapat diambil iktibar daripada sejarah hidup Khalifah Uthman Bin Affan ini. Pengajaran ini dapat diguna pakai dalam kehidupan seharian kita. Banyak sikap yang boleh dicontohi daripada beliau. 

3. 1 BIOGRAFI KHALIFAH UTHMAN BIN AFFAN
Nama sebenar Khalifah Uthman ialah sebenar Khalifah Uthman ialah Usman ibnu Affan ibnu Abil Ash ibnu Umaiyah bin Abdu Syams bin Abdu Manaf bin Qusai bin Kilab. Ibu beliau bernama Arwa binti Kuraiz. Ibu dan bapanya kedua-dua berketurunan Abdu Syams. Beliau mempunyai pertalian darah dengan Rasululllah SAW yang dinasabkan kepada moyang mereka iaitu Abdu Manaf. Beliau dilahirkan enam tahun selepas kelahiran Nabi Muhammad. Beliau digelar sebagai Abu Amru semasa zaman jahiliah. Beliau telah menyatakan beriman dan memeluk Islam atas ajakan Abu Bakar As-Siddiq.

Khalifah Uthman bin Affan juga merupakan seorang saudagar yang kaya raya. Beliau sanggup mendermakan hartanya demi kepentingan Islam. Semasa Perang Tabuk beliau telah mendermakan 950 ekor unta, 59 ekor kuda dan 1000 dinar untuk kepentingan tentera Islam. Beliau tanpa segan silu menderma serta mewakafkan harta kekayaannya semata-mata untuk kemenangan Islam. Kemenangan demi kemenangan dan penaklukan berjaya diraih oleh umat Islam manakala beliau terus dengan amalannya memberikan sumbangan harta demi dakwahh Islam.

Selain itu, beliau turut mempunyai hubungan yang baik dengan Rasulullah SAW. Beliau telah berkahwin dengan puteri Rasulullah yang bernama Ruqaiyah. Namun Ruqaiyah telah meninggal dunia ketikapeperangan Badr. Kemudian beliau telah berkahwin pula dengan puteri Rasulullah yang bernama Ummu Kalthsum. Oleh itu, beliau telah digelar sebagai ‘Dzun Nurain’ iaitu yang mempunyai dua cahaya kerana mengahwini dua orang puteri Rasulullah.

Khalifah Uthman bin Affan merupakan salah seorang sahabat yang pernah diberitahu oleh Rasulullah bakal masuk syurga. Rasulullah pernah bersabda: “Tiap- tiap Nabi mempunyai teman, temanku di syurga adalah Uthman. ”Beliau juga pernah diutus oleh Rasulullah kepada kaum Quraisy pada detik-detik peristiwa Hudaibiah. 


3. 2 KEKHALIFAHAN UTHMAN
Sebelum Khalifah Umar meninggal dunia, kaum Muslimin telah mengusulkan kepada Khalifah Umar untuk menamakan penggantinya terlebih dahulu kerana khuatir akan terjadinya perpecahan dan pertelingkahan selepas beliau meninggal dunia kelak. Oleh itu, Khalifah Umar telah menamakan enam orang sahabat untuk dijadikan calon sebagai penggantinya. Mereka ialah Usman ibnu Affan, Ali bin Abi Talib, Thalhah, Zubir ibnu Awwam, Sa’ad ibnu Abi Waqqas dan Abdurrahman ibnu Auf. 
 Keenam-enam calon ini telah mengadakan musyawarah selepas Khalifah Umar meninggal dunia. Walaubagaimanapun, Abdurrahman bin Auf telah mengambil keputusan untuk mengundurkan diri. Abdurrahman kemudiannya telah ditugaskan untuk bermusyawarah dengan kaum muslimin dan seterusnya memilih salah seorang calon. Abdurrahman telah mengadakan musyawarah dengan segenap lapisan kaum muslimin dan turut mengadakan musyawarah dengan para calon.

Akhirnya, kaum muslimin telah memilih Uthman ibnu Affan dan juga Ali ibnu Abi Talib sebagai calon yang terakhir. Namun, Uthman ibnu Affan telah dilantik menjadi khalifah kerana memandangkan Uthman lebih tua daripada Ali serta perilakunya yang dipandang lebih baik. Uthman akhirnya telah dilantik sebagai khalifah pada hari Isnin, hari terakhir dalam bulan Zulhijjah. Secara rasminya beliau telah dilantik memegang jawatan tersebut bermula pada bulan Muharram tahun ke 24H. Beliau berumur 70 tahun semasa dilantik menjadi khalifah yang ketiga.

Antara dua faktor yang menyandari penyerahan jawatan khalifah kepada Uthman ialah lebih besar kemungkinan untuk menarik kembali jabatan khalifah nanti dari Bani Umaiyah daripada Bani Hasyim. Selain itu, sebahagian besar kaum muslimin tidak mahu menyerahkan jawatan khalifah kepada Ali kerana mereka berpendapat bahawa Ali akan melanjutkan pola dan cara pemerintahan Umar ibnu Khattab yang radikal, keras dan disiplin. 

3. 3 PEMBAHARUAN YANG DILAKUKAN KHALIFAH UTHMAN

PENGUBAHSUAIAN MASJIDIL HARAM
 Pada asalnya masjid tersebut merupakan sebuah kawasan atau padang di sekeliling Kaabah yang merupakan tempat tawaf, ikhtikaf, dan solat. Pada asalnya kawasan tersebut tidak berpagar dan berdinding. Hal ini menyebabkan sesiapa sahaja boleh masuk melalui dari mana-mana arah yang disukai. Semasa pemerintahan Khalifah Umar, beliau telah meluaskan kawasan tersebut memandangkan kawasan yang sedia ada tidak mencukupi untuk menampung jumlah jemaah yang ramai. Beliau juga telah membina dinding dan memasang beberapa pelita diatasnya. Khalifah Umar juga merupakan orang pertama yang telah membina struktur masjid. Namun, semasa pemerintahan Khalifah Uthman beliau telah membeli beberapa rumah di kawasan sekitar masjid untuk meluaskan lagi kawasan masjid. Beliau turut menambahkan lagi ketinggian dinding yang sedia ada. Beliau turut meletakkan tiang di dalam masjid.

PENGUBAHSUAIAN MASJID NABAWI
Khalifah Uthman telah memulakan pengubahsuaian Masjid Nabawi pada bulan Rabiuawal tahun 29H. Beliau telah melakukan pengubahsuaian serta penambahan ke atas struktur masjid tersebut untuk memperluaskan lagi kawasannya. Beliau telah membuat banyak pengubahsuaian serta penambahan ke atas struktur binaan masjid tersebut. Dinding dan tiangnya telah dibuat daripada batu keras yang dipahat dan diukir manakala bumbung dan atapnya pula diperbuat daripada kayu dan daun pokok jati. Pintu-pintu masjid masih dikekalkan sebanyak enam buah pintu. Ukuran panjang masjid itu beliau telah tambah menjadikannya sebagai 160 hasta manakala lebarnya pula sebanyak 150 hasta. Kerja-kerja ini telah dilakukan selama sepuluh bulan dan berhenti pada tahun 30H.

Diriwayatkan bahawa semasa Uthman dilantik sebagai khalifah, orang ramai telah mula memintanya supaya membuat penambahan dan pengubahsuaian pada Masjid Nabawi. Uthman kemudiannya segera bermesyuarat dengan siding Majlis Syura dan akhirnya mereka bersetuju untuk menambah keluasan masjid itu. Apabila tiba waktu Zohor, Uthman segera bersolat bersama orang ramai dan kemudian naik ke atas mimbar lalu berucap: “Wahai manusia! Sesungguhnya aku mahu menambah dan mengubahsuai masjid Rasulullah. Dan aku bersaksi bahawa aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: “Barang siapa yang membina masjid Allah akan membina untuknya sebuah rumah di dalam syurga. ”

PENYUSUNAN AL QURAN
Al Quran telah mula dikumpulkan oleh Zaid semenjak zaman Abu Bakar lagi dengan perintah oleh Abu Bakar sendiri. Setelah Abu Bakar meninggal dunia, jawatan khalifah telah disandang pula oleh Umar bin Al-Khattab dan system pemerintahan juga turut bertukar mengikut aliran pemikiran pemimpin baru itu.

Khalifah Umar kemudiannya telah bercadang untuk membuat penyusunan semula ke atas mashaf al Quran dengan kaedah yang lebih teratur dan terperinci. Beliau mahukan mashaf itu ditulis semula menurut longhat kabilah Quraisy. Beliau kemudiannya telah memerintahkan Nafi bin Torif supaya memulakan kerja tersebut. Akan tetapi tugasan itu telah tergendala kerana Saiyidina Umar telah ditikam oleh puak pelampau yang terdiri dari kalangan musuh. Mashaf yang belum selesai itu akhirnya disimpan oleh Hafsah sehinggalah ia dipinjam oleh Uthman untuk penyusunan semula.

Setelah selesai penyusunan semula dilakukan, Khalifah Uthman kemudiannya telah menghantarkan setiap sebuah naskah salinannya kepada semua wilayah Islam seperti Syam, Mesir, Basrah, Kufah, Mekah dan Yaman. Mashaf-mashaf tersebut dipanggil sebagai al-A’immah iaitu ‘imam-imam ikutan’. Semuanya telah ditulis oleh Zaid bin Thabit. 

PERPINDAHAN MINA DARI AS-SYU’AIBAH KE JEDDAH. 
Pada tahun 26H penduduk-penduduk Mekah telah berbincang dengan Uthman bin Affan supaya memindahkan Mina dari Syu’aibah ke sebuah tempat yang baru yang dipanggil Jeddah berikutan lokasinya yang lebih dekat dengan Mekah. Uthman segera ke Jeddah untuk melihat tempat itu dan kemudian memerintahkan supaya Mina dipindahkan ke sana. 

Beliau kemudiannya telah pergi ke tepi pantai lalu mandi di situ dan berkata: “Sesungguhnya ia diberkati. ” Beliau kemudian pulang ke Madinah dengan melalui jalan Usfan. Semenjak hari itu orang ramai sudah tidak lagi memulakan ihram di as-Syu’aibah manakala Jeddah pula telah menjadi Mina Mekah sampai ke hari ini. 

3. 4 PENAKLUKAN DI ZAMAN KHALIFAH UTHMAN

KUFAH

Serangan terhadap ar-Raiy dan Azerbaijan telah dilakukan oleh tentera-tentera Kufah dalam jumlah 10 000 orang yang mana 6000 orang di Azrabijan dan 4000 orang di ar-Raiy. Manakala bilangan askar yang masih berada di Kufah ialah seramai 40 000 orang lagi. Setiap askar akan berperang setiap empat tahun. 

AZERBAIJAN
Pada zaman Umar, iaitu tahun 22H para penduduk Azerbaijan dan Armenia telah melanggar syarat-syarat perjanjian mereka dengan kerajaan Islam. Al-Walid bin Uqbah telah melancarkan serangan ke atas negeri-negeri tersebut semasa menjawat jawatan gabenor Kufah pada tahun 26H. Al-Walid telah mengutuskan sepasukan askar yang diketuai oleh Salman bin Rabi’ah al-Bahili mendahului sebelum bertolak sendiri dengan bala tenteranya. 

Al-Walid kemudiannya mengutuskan pula Abdullah bin Syubail sebagai ketua pasukan tentera yang seramai 4000 orang untuk menawan daerah Muqan dan Tailasan. Abdullah telah berjaya menjalankan misi tersebut. Kemudian al-Walid telah mengutuskan Salman bin Rabi’ah mengetuai pasukan tentera seramai 12000 orang untuk menyerang Armenia. Salman telah berjaya memperoleh kemenangan. 

AR-RAIY
Ketika Sa’id bin al-As menjadi gabenor Kufah beliau telah melancarkan serangan untuk menawan Khurusan pada tahun 30H. Turut membantu dan menyokong tindakan beliau ialah Huzaifah bin al-Yaman dan beberapa orang sahabat Rasulullah SAW yang terdiri dari Hasan dan Husin, Abdullah bin Abbas, Abdullah bin Amru bin al-As, Abdullah bin az-Zubair dan Abdullah bin Amir. 

Sa’id dan para pengikutnya telah menakluk daerah Qumis dan Nihawand serta telah membuat perjanjian damai dengan para penduduk di situ dengan diwakili oleh Huzaifah. Mereka kemudiannya telah menawan pula daerah Jurjan lalu membuat perjanjian damai dengan cagaran wang sebanyak 200 000 dirham. Seterusnya mereka memasuki daerah Tumisah lalu berperang dengan penduduk di situ. Setelah beroleh kemenangan Sa’id pun segera pulang ke Kufah. 

BASRAH
Khurasan dan kawasan-kawasan sekitarnya telah diserang oleh tentera-tentera Basrah. Penduduk-penduduk Khurasan telah melanggar perjanjian mereka dengan kerajaan Islam Madinah semasa Uthman menjadi khalifah. Khalifah Uthman telah mengirimkan surat kepada gabenornya di Basrah iaitu Abdullah bin Amir supaya kembali menakluk Khurasan. Abdullah terus keluar untuk melaksanakan perintah tersebut. Sekejap sahaja mereka sudah dapat menawan daerah itu selepas memaksa para penduduknya supaya menyerah diri dan berdamai. 

BAHRAIN
Pada tahun 27H Bahrain telah ditawan oleh Uthman bin Abu al-As. Dua tahun selepas itu, beberapa orang panglima Islam telah berjaya menakluk dan menawan beberapa buah negeri lagi seperti Umair bin Uthman yang telah menawan Firghanah, Abdullah bin Umair al-Laithi al-Kinani menwan Kabul dan Ubaidillah bin Mu’ammar at-Tamimi telah menawan Nahru as-Sind. 

3. 5 PEMBERONTAKAN TERHADAP KHALIFAH UTHMAN
Khalifah Uthman dikatakan suka memberi keutamaan kepada kaum keluarganaya. Hal ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat terutamanya daripada kalangan Bani Hasyim sehingga tercetusnya pemberontakan untuk menentangnya. 

Disebabkan oleh kelemahan Khalifah Uthman, maka orang Arab tidak lagi mematuhi peraturan yang sedia ada. Mereka pun berduyun-duyun keluar ke wilayah Islam untuk mengumpul harta kekayaan. Dengan itu timbullah golongan hartawan yang hidup mewah dan mulai meninggalkan cara hidup yang lama. 

Di samping kemunculan kaum hartawan yang baru, terdapat juga golongan rakyat yang miskin sedangkan golongan inilah yang membating tulang mengorbankan tenaga dan jiwa raga untuk membuka negeri-negeri baru. Namun apabila kemenangan tercapai maka golongan yang tertentu yang mengecap nikmat kekayaan itu sedang golongan yang miskin tidak mendapat layanan yang sewajarnya. Maka sebab itulah muncul kebencian terhadap Khalifah Uthman dan keluarganya. 
 Selain itu, orang Islam juga berasa tidak puas hati kerana sikap Siyidina Uthman yang lebih memberi keutamaan kepada kaum kerabatnya bagi memegang jawatan-jawatan yang tertentu dalam kerajaan. Malah beliau telah memecat pegawai-pegawai kerajaan yang dilantik oleh Saiyidina Umar dan menggantikannya dengan orang-orang baru yang terdiri daripada kaum keluarganya sendiri. 

Antara perkara yang paling menimbulkan kemarahan orang ramai ialah keputusan Khalifah Uthman yang membenarkan bapa saudaranya al-Hakam ibni Abi al-As pulang ke Madinah sedangkan Nabi Muhammad memerintahkannya keluar dari Madinah kerana sikap perseteruannya kepada Nabi. Saiyidina Uthman juga telah melantik anaknya al-Harith menjaga urusan perdangangan dan Marwan sebagai pembantu khalifah. 

Pemerintahan Saiyidina Uthman telah menghadapi cabaran yang hebat apabila timbul Abdullah ibni Sa’ba seorang Yahudi yang berasal dari Yaman yang elah memeluk Islam. Dia telah menjalankan hasutan memburukkan Saiyidina Uthman dengan mendakwa bahawa Rasulullah pernah berwasiat untuk melantik Saiyidina Ali sebagai khalifah. 

3. 6 PEMBUNUHAN KHALIFAH UTHMAN BIN AFFAN

Di Mesir, Abdullah ibni Saba’ telah disambut oleh orang ramai kerana mereka membenci pemerintahan di situ iaitu Abdullah ibni Sa’ad yang merupakan keluarga Saiyidina Uthman. Apabila Khalifah Uthman mendapat tahu akan kegiatan penentangan terhadapnya telah tersebar luas, beliau telah membentuk satu suruhanjaya penyiasatan. 

Sementara itu, golongan pemberontakan yang terdiri daripada orang Mesir, Basrah dan Kufah telah bersetuju untuk menemui khalifah di Madinah untuk mengemukakan tuntutan kepadanya. Khalifah Uthman telah bersetuju untuk memenuhi beberapa tuntutan penduduk Mesir. Namun dalam perjalanan pulang rombongan itu telah bertemu dengan satu utusan menuju ke Mesir. Roombongan tersebut memeriksa surat utusan yang mengandungi cap rasmi Khalifah Uthman. Dalam surat tersebut mengandungi perintah kepada kerajaan Mesir supaya membunuh semua rombongan yang datang ke Madinah. Justeru itu, rombongan tersebut berpatah balik ke Madinah dan menyerahkan surat tersebut kepada khalifah. Oleh kerana surat itu bukan daripada perintah Saiyidina Uthman, mereka menuntut supaya diserahkan Marwan al-Hakam kerana mengesyakinya yang membuat surat tersebut. Namun Saiyidina Uthman enggan memenuhi tuntutan itu menyebabkan rumah beliau di kepung selama 22 hari. Pemberontak kemudiannya mendapat tahu Saiyidina Uthman meminta bantuan dari daerah-daerah lain. Oleh itu, mereka membuat rusuhan dan telah membunuhnya. 

Pembunuhan Khalifah Uthman itu telah berlaku pada tanggal 18 Zulhijjah tahun 35H. Tempoh pemerintahannya ialah selama lebih kurang dua belas tahun iaitu hanya 12 hari sahaja lagi untuk mengenapkan dua belas tahun. Umurnya pada ketika itu ialah 82 tahun. 

PENUTUP
Kesimpulannya, tugasan ini ialah mengenai sejarah hidup Khalifah Uthman bin Affan bermula daripada beliau dilahirkan, beliau dilantik menjadi khalifah dan sehingga beliau meninggal dunia. Beliau telah dilahirkan enam tahun selepas kelahiran Nabi Muhammad SAW. Beliau telah menyatakan beriman dengan Allah selepas diajak oleh Saiyidina Abu Bakar as-Siddiq. Beliau merupakan seorang yang dermawan kerana sanggup mendermakan hartanya demi kepentingan Islam. Beliau juga telah digelar sebagai ‘Dzun Nurain’ kerana telah mengahwini dua orang puteri Rasulullah SAW. Rasulullah juga pernah bersabda bahawa Khalifah Uthman merupakan teman baginda di syurga kelak. Beliau juga merupakan salah seorang calon yang telah dinamakan oleh Khalifah Umar sebelum beliau meninggal dunia untuk dijadikan sebagai calon penggantinya. Beliau dan juga Ali ibnu Abi Talib merupakan calon akhir yang dipilih oleh kaum Muslimin. Namun beliau akhirnya telah dilantik sebagai khalifah yang ketiga disebabkan oleh beliau lebih tua berbanding Ali. Selain itu, beliau juga dikatakan mempunyai perilaku yang lebih mulia berbanding Ali. Akhirnya, pada hari Isnin, iaitu hari terakhir dalam bulan Zulhijjah beliau telah dilantik sebagai khalifah. Secara rasminya pula beliau telah dilantik menjadi khalifah pada bulan Muharram tahun ke 24H iaitu pada ketika umur beliau 70 tahun. Selepas beliau telah dilantik menjadi khalifah beliau telah melakukan beberapa pembaharuan. Beliau telah melakukan pengubahsuaian ke atas Masjidil Haram. Beliau telah membeli beberapa rumah di kawasan sekitar masjid tersebut bagi meluaskan lagi kawasannya. Beliau juga telah menambahkan lagi ketinggian dinding yang sedia ada selain telah meletakkan tiang di dalam masjid tersebut. Bukan itu sahaja, beliau juga telah melakukan pengubahsuaian ke atas Masjid Nabawi. Beliau telah melakukan penambahan ke atas struktur masjid tersebut serta pengubahsuaian bagi meluaskan lagi kawasannya. Dinding dan tiangnya telah dibuat daripada batu keras yang telah dipahat dan diukir manakala bumbungnya pula telah diperbuat daripada kayu dan pokok jati. Pintu-pintu masjid masih dikekalkan cuma penambahan terhadap keluasan kawasan itu sahaja ditambah. Beliau turut telah mengarahkan Nafi bin Tarif untuk melakukan penyusunan semula terhadap al Quran. Selain itu, beliau turut terlibat dalam perpindahan Mina dari As-syu’aibah ke Jeddah. Khalifah Uthman juga telah melakukan beberapa penaklukan di zaman pemerintahannya iaitu di Kufah, Azerbaijan, Ar-Raiy, Basrah dan juga Bahrain. Semasa pemerintahan Khalifah Uthman juga telah berlaku pemberontakan terhadapnya kerana mereka berpendapat pemerintahan beliau dikatakn berat sebelah kerana lebih mementingkan kaum keluarganya dan juga dikatakan pemerintahan beliau lemah sehingga ramai yang sudah tidak mematuhi peraturan yang sedia ada. Akhirnya, telah berlakunya pemberontakan terhadap beliau yang pada akhirnya Khalifah Uthman telah dibunuh oleh para pemberontak terbabit. Pembunuhan beliau telah berlaku pada tanggal 18 Zulhijjah tahun 35H. Tempoh pemerintahannya ialah selama lebih kurang dua belas tahun iaitu hanya dua belas hari sahaja lagi untuk mengenapkan dua belas tahun. Umurnya pada ketika itu ialah 82 tahun. Pada pandangan saya terdapat perkara yang boleh kita contohi daripada beliau antaranya sikap dermawan beliau dan bagaimana cara beliau telah berjaya melakukan beberapa penaklukan. 

RUJUKAN
  1. Mahmud Syakir (2000). Biografi Gemilang Uthman BinAffan (Dzin Nurain), terjemahan Ibnu Ghazali, siri 4. Penerbitan Buku Ilmiah Berkualiti. 
  2. Ismail Hamid, Dr. (1985). Pengantar Sejarah Umat Islam. Petaling Jaya: Heinemann(Malaysia)Sdn Bhd. 
  3. Faisal Ismail, Drs. (1984). Sejarah Dan Kebudayaan IslamDari Zaman PermulaanHingga Zaman Khulafaurrasyidin. Yogyakarta:CV. Bina Usaha. 
  4. Rasul Ja’fari (2004). Sejarah Islam Sejak Wafat Nabi SAWHingga RuntuhnyaDinasti Bani Umayah(11-132H), terjemahan. Jakarta: Penerbit Lantera. 
  5. Rusyidi Ramli Al Jauhari(2012). Biografi Agung Rasulullah sallallahuAlayhi Wasallam, Kuala Lumpur:Must Read Sdn. Bhd. 
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
abdazizharjin.blogspot.com
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
04-9882701 (P)
04-9882597 (R)
013-4006206 (H)

Tarikh: 30/01/2015