Sunnah-Sunnah Baginda Rasulullah Saw.

Tajuk : 
Sunnah-Sunnah Baginda Rasulullah Saw.

Disediakan Untuk :
Ustaz Abd Aziz Bin Harjin.

Disediakan Oleh :
Nur Aina Zafirah Binti Noor Azhar.
2014678356.

ABSTRAK

Sunnah Rasulullah SAW menjadi ikutan masyarakat Islam dari zaman sahabat lagi. Rasulullah telah meninggalkan banyak sunnah yang sepatutnya dijadikan ikutan untuk membentuk masyarakat Islam yang lebih beriman, bertakwa serta berdisiplin. Persoalannya, berapa ramaikah yang mengamalkan sunnah Baginda ? Oleh itu, tujuan kajian yang telah saya lakukan, menerusi Sunnah-sunnah Rasulullah SAW adalah untuk melahirkan rasa kecintaan kepada Baginda Rasulullah SAW dalam kalangan para pembaca. Dengan itu, mereka akan sentiasa mengamalkan amalan atau sunnah yang dibawa oleh Rasulullah SAW untuk menjadi ikutan dalam kalangan masyarakat Islam lebih-lebih lagi masyarakat Islam kontemporari kini. Kajian ini dijalankan di dalam UiTM Arau, Perlis. Antara tempat yang terlibat ialah Perpustakaan Dato’ Jaafar Hassan sebagai tempat rujukan utama kajian ini. Kajian ini mendedahkan para pembaca akan peri pentingnya mengamalkan sunnah Rasulullah SAW dalam amalan seharian. Menerusi kajian ini, saya juga telah menemukan beberapa istilah baru serta hadis-hadis baru. Kajian ini juga jelas sekali telah membantu dalam bidang ilmu Islam kontemporari dalam menghadapi kehidupan yang penuh cabaran ini di mana masyarakat telah diberi pendedahan akan kepentingan menghayati serta mengamalkan sunnah Rasulullah SAW ini. Sekaligus dapat meningkatkan mutu dan kualiti masyarakat Islam khususnya. Implikasi kajian ini adalah masyarakat kita akan lebih mengenali sunnah serta keperibadian Baginda dan riwayat hidup Baginda. Maka, lebih ramai orang bukan Islam berminat untuk memeluk agama Islam, agama yang paling mulia di sisi Allah SWT.

PENGHARGAAN

Segala pujian yang dipanjatkan hanya untuk Allah SWT Tuhan sekalian alam selawat dan salam kepada Rasul pilihan, Nabi Muhammad SAW, para Ahlul al-Bait dan sahabat-sahabat Baginda.
Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan inayah-Nya jualah dapat saya siapkan folio CTU 151 yang telah diamanahkan kepada saya Nur Aina Zafirah binti Noor Azhar, dari kumpulan ASD2Hn, Diploma Sains (AS120) / semester 2 telah berjaya menyiapkan folio bagi subjek Pengantar Tamadun dan Sejarah Pemikiran Islam (CTU 151) berdasarkan tempoh yang telah ditetapkan.
Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu dalam pengumpulan maklumat sehingga terhasilnya folio ini. Ucapan terima kasih ditujukan khas buat ahli keluarga tercinta yang telah banyak memberi sokongan dan dorongan sepanjang kajian dijalankan.
Setinggi-tinggi penghargaan juga saya hulurkan kepada En. Abd Aziz bin Harjin selaku pensyarah CTU 151 UiTM Perlis, yang telah banyak memberi panduan dan dorongan serta banyak membimbing kami sepanjang kami menjalankan kajian ini.
Sekalung budi juga buat sahabat-sahabat ASD2Hn yang telah banyak memberi kerjasama di dalam pencarian maklumat ini. Seterusnya, buat warga perpustakaan Dato’ Jaafar Hassan, UiTM Perlis yang telah banyak membantu dalam usaha saya mencari dan menelaah sumber-sumber rujukan. Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat membantu saya sehingga terhasilnya folio ini. Hanya Allah yang mampu membalas jasa baik kalian.
Sekian, terima kasih.

PENDAHULUAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW., sahabat serta kaum keluarga baginda.

Rasulullah SAW. adalah contoh dan insan terbaik bagi diikuti dalam segala perlakuan dan tindakannya. Baginda adalah utusan Allah kepada seluruh umat manusia sehingga akhir zaman. Segala bentuk amalan, perbuatan serta tingkah laku baginda menjadi sunnah yang perlu dicontohi dan diperaktikkan oleh umat manusia.

Ketinggian akhlak dan perbuatan Baginda tidak pernah dipertikaikan lagi kerana baik orang Islam mahupun bukan Islam apabila membaca sejarah hidupnya, mengakui tindakan dan perbuatan Rasulullah SAW. adalah tindakan yang terbaik. Allah menyatakan ketinggian akhlak Rasulullah SAW. di dalam surah al-Qalam ayat 4.

“ Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung “.

Di dalam ini saya lampirkan himpunan sunnah-sunnah Rasulullah SAW. dalam kehidupan seorang muslim. Saya sertakan hadis-hadis sahih dari Rasulullah SAW. yang menceritakan keadaan Baginda dalam kehidupan seharian dan kitab-kitab huraian hadis (syarah hadis). Semoga ia menjadi rujukan kepada pencinta-pencinta sunnah Rasulullah dan mudah dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

Saya membahagikan kerja kursus ini kepada empat bahagian iaitu sunnah Rasulullah dalam amalan seharian, sunnah Rasulullah ketika solat, sunnah Rasulullah pada waktu pagi dan petang, serta sunnah Baginda dalam menghadapi situasi tertentu. Saya lampirkan juga bersama dengan sifat-sifat fizikal Baginda supaya kita dapat lebih mengenali dan menghayati dan menyemai rasa kecintaan kepada Baginda. Semoga hasil kerja saya ini sedikit sebanyak dapat membantu para pembaca menghayati sunnah Rasulullah SAW. Wallahualam.

TAARUF MUHAMMAD RASULULLAH SAW.
Rasulullah SAW. atau Nabi Muhammad yang dimaksudkan di dalam ini adalah Muhammad bin Abdullah. Baginda adalah nabi dan utusan Allah. Bagi orang Islam apabila bertemu dengan perkataan tersebut (Rasulullah), digalakkan berselawat (berdoa) untuknya.

SAW. adalah singkatan daripada “shalallahu ‘alaihi wasallam “ yang bermakna Allah berselawat dan member i salam sejahtera ke atasnya (Nabi Muhammad). Pembaca muslim disarankan membaca selawat apabila bertemu dengan singkatan ini.

Di dalam Al Quran, surah al-Ahzab ayat 56, Allah menyatakan yang bermaksud, “ sesungguhnya malaikatnya berselawat ke atas nabi. Wahai orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya. “

Al- Nasai dan Ibnu Hibban meriwayatkan, Nabi Muhammad berpesan, “ Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku. “

BIODATA NABI MUHAMMAD SAW DAN PERJALANAN HIDUP BAGINDA
Nabi Muhammad SAW. dilahirkan di Kota Mekah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun Gajah atau pada 20 April 571 Masihi. Ayahnya dari keturunan Quraisy dari golongan Bani Hasyim yang dihormati bernama Abdullah bin Abdul Mutallib dan ibunya pula bernama Aminah binti Wahab. Ayah Nabi Muhammad SAW. meninggal dunia ketika baginda masih di dalam kandungan ibunya. Semasa hidupnya, ayah Nabi Muhammad SAW. merupakan seorang peniaga yang selalu berulang-alik berniaga di Syam. Bapanya meninggal dunia ketika dalam perjalanan dan dimakamkan di Madinah.

Tahun kelahiran Nabi Muhammad digelar sebagai tahun Gajah kerana pada tahun itulah segerombolan tentera bergajah yang diketua oleh Abrahah yang terkenal dengan kegagahannya ingin menyerang Kota Mekah. Sebelum sempat keinginan mereka untuk menghancurkan Kaabah di Kota Mekah terlaksana, Allah terlebih dahulu menghantar tenteraNya yang berupa burung-burung kecil yang bernama Ababil. Senjata burung Ababil pula ialah sejenis batu panas yang dilontar ke atas tentera bergajah tersebut hingga menyebabkan mereka hancur binasa. Pada waktu itulah lahirnya Nabi Muhammad SAW. dan tahun itu dinamakan tahun Gajah.

Nabi Muhammad SAW. disusui oleh seorang ibu susu yang bernama Halimatun Saadiah. Semasa menyusukan Baginda, Halimatun Saadiah sudah dapat merasai bahawa anak itu merupakan seorang yang sangat istimewa. Ini kerana terdapat beberapa keajaiban yang berlaku kepada dirinya. Antara keajaiban itu ialah binatang ternakannya semakin banyak membiak, tanamannya juga semakin subur dan ekonominya juga semakin baik. Nabi Muhammad dipelihara selama 4 tahun namun, kerana kasih sayang terhadap Baginda maka disambung lagi 2 tahun walaupun pada mulanya dipersetujui selama 2 tahun sahaja.

Ketika Baginda berusia 5 tahun, dua malaikat telah dihantar oleh Allah untuk membelah dadanya untuk mengeluarkan bahagian yang didiami oleh syaitan yang wujud di dalam hatinya bagi menyucikan hatinya dari kejahatan, sifat dengki dan sebagainya. Namun, ketika usia Baginda 6 tahun, ibu kesayangan Baginda pula meninggal dunia di Abwa’ ketika pulang dari menziarahi pusara ayah Baginda di Madinah. Nabi Muhammad menjadi yatim piatu serta merta. Nabi Muhammad kemudiannya dipelihara oleh datuknya, Abdul Mutallib selama 2 tahun. Kemudian setelah kewafatan datuknya, Baginda kemudiannya dipelihara oleh pak ciknya, Abu Talib dengan penuh kasih sayang ketika usia Baginda 8 tahun. (Othman Ramli)

Ketika usia baginda 12 tahun, Baginda mengikuti rombongan bapa saudaranya ke Syam untuk berniaga. Ketika tiba di Bushra, mereka menemui seorang pendeta Nasrani yang bernama Buhaira. Pendeta tersebut mendapati ciri-ciri kenabian ada pada diri Nabi Muhammad SAW. dan menasihati Abu Talib agar kembali semula ke Mekah. Dia bimbang akan keselamatan nabi Muhammad jika berita itu diketahui oleh puak Yahudi yang sudah pasti akan bertindak setelah mengetahui siapa Baginda sebenarnya. (Ibnu Hisham, Kitab SIRAH, Jilid 1, m/s : 184-187)

Ketika usia Baginda 20 tahun, Baginda terlibat di dalam peperangan Fijar. Pada ketika itu Baginda berusia 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu selama beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. Peperangan itu juga menyaksikan Perjanjian Al-Fudhul, sebuah perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah. (Ibnu Hisyam, Kitab Sirah, Jilid 1, m/s 184-187)

Pada ketika usia Baginda 25 tahun, Baginda bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah Al-Khuwailid. Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah, lelaki suruhan Khadijah. Baginda Rasulullah SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara) Khadijah untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. Mas kahwin yang diberikan Baginda kepada Khadijah ialah sebanyak 500 dirham. (Othman Ramli)

Setelah itu, ketika usia Baginda 35 tahun, banjir besar telah melanda Makkah dan dinding Kaabah telah runtuh. Setelah kejadian itu, pembinaan kaabah telah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah. Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan penduduk berhubung perletakan Hajar Aswad tersebut. (Othman Ramli)

Kemudian, ketika usia Baginda 40 tahun, Baginda telah menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman. Ketika usia Baginda 53 tahun, Baginda telah berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. Baginda sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal / 24 September 622 M. Rasulullah SAW wafat ketika usia Baginda 63 tahun di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11 Hijrah / 8 Jun 632 Masihi. (Othman Ramli)

SIFAT- SIFAT FIZIKAL RASULULLAH SAW

 Ya’kub bin Sufyan Al. Faswi melaporkan daripada Hasan bin Ali, katanya ;

“ Aku pernah bertanya kepada bapa saudaraku (dari sebelah ibu) Hind bin Abu Halah. Aku tahu dia memang cukup pandai menceritakan sifat Rasulullah SAW pada masa yang sama, aku ingin sekali diriku disifatkan daripada sifat Baginda yang dapat aku contohinya. Dia berkata ;

“ Rasulullah SAW. itu seorang yang agung yang sentiasa diagungkan. Wajahnya berseri-seri selayak bulan di malam purnamanya, tingginya cukup tidak terlalu ketara, juga tidak terlalu pendek, dadanya bidang, rambutnya selalu rapi antara lurus dan bergelombang, dan memanjang hingga ke tepi telinganya, lebat, berwarna hitam. Dahinya luas, alisnya lentik halus terpisah di antara keduanya, yang bila Baginda marah kelihatannya seperti bercantum, hidungnya mancung, kelihatan cahaya memancar ke atasnya, janggutnya lebat, kedua belah matanya hitam, kedua pipinya lembut dan halus, mulutnya tebal, giginya putih bersih dan jarang-jarang.  (Zulkarnain Dollah)

Di dadanya tumbuh bulu-bulu yang halus, tengkuknya memanjang, berbentuk sederhana, berbadan besar lagi tegap, rata antara perutnya dan dadanya, luas dadanya, lebar antara kedua bahunya, tulang belakangnya besar, kulitnya bersih antara dadanya dan pusatnya dipenuhi oleh bulu – bulu yang halus, pada kedua buah dadanya dan perutnya bersih dari bulu. Lengannya panjang, telapak tangannya lebar, halus tulangnya, jari telapak kedua tangan dan kakinya tebal berisi daging. Panjang hujung jari jarinya, dan rongga telapak kakinya tidak menyentuh tanah apabila berjalan, dan telapak kakinya lembut serta licin tidak ada lipatan, tinggi seolah- olah air sedang memancar daripadanya. Apabila Baginda mengangkat kakinya, kakinya diangkat dengan lembut (tidak seperti berjalan orang sombong), melangkah satu-satu dengan perlahan. Pandangannya sering ke bumi, jarang Baginda memerhatikan sesuatu dengan terlalu lama, suka berjalan beriringan dengan sahabat – sahabatnya.  (Zulkarnain Dollah)

Begitu indahnya sifat fizikal Rasulullah sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lafaz menyatakan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat Baginda ialah mereka tidak pernah melihat lelaki sekacak Rasulullah SAW.. Ada cahaya yang keluar dari lidahnya.  (Zulkarnain Dollah)

SUNNAH RASULULLAH DALAM PEMELIHARAAN KESIHATAN
Kesihatan tubuh badan dan memeliharan kesihatan adalah merupakan hal asas yang harus dimiliki dan dipertahankan oleh setiap orang. Rasulullah SAW. menerangkan dalam beberapa hadisnya, bagaimana pentingnya kedudukan kesihatan menurut pandangan Islam.  (Ibnu Qayyum Al-Jauziyyah)

Dari Ibnu Abbas RA ia berkata : “ Seorang dusun datang kepada Rasulullah lalu ia bertanya kepada Rasulullah SAW. : “ Apakah yang baik aku minta kepada Allah setelah selesai melakukan solat lima waktu ? Rasulullah menjawab : “ Mintalah kesihatan”. Orang Arab dusun itu masih tetap mengulangi pertanyaannya. Maka untuk yang ketiga kalinya Baginda tetap mengatakan : “ Mintalah kesihatan di dunia dan akhirat”. (Ibnu Abbas R. A)

Dari Abu Hurairah R. A. ia berkata : “ Nabi SAW. bersabda : “ Yang pertama sekali ditanyakan kepada seorang hamba pada hari kiamat adalah mengenai nikmat (yang diperolehnya). Dikatakan kepadanya, tidaklah telah kami sihatkan badanmu dan telah kami berikan bekal kepadamu dari air yang sejuk ? “. (HR Tirmizi)

Dari beberapa hadis di atas, kesihatan merupakan nikmat Allah yang terbesar bagi hambaNya setelah nikmat Islam dan Iman. Oleh itu, kita perlulah menjaga kesihatan mencakupi kesihatan jasmani, emosi dan rohani bagi kehidupan di dunia dan akhirat. (Ibnu Qayyum Al-Jauziyyah)

SUNNAH BAGINDA SEMASA MAKAN
Allah SWT berfirman : “ ….. makan dan minumlah kamu, tetapi jangan melampaui batas…”  (Surah Al-A’raf : 31)

Allah SWT memberikan petunjuk bahawa manusia perlu makan untuk memberikan ketahanan badan agar dapat melaksanakan ibadah kepadaNya. Namun, kadar mahupun cara memakannya adalah yang dapat membawa manfaat untuk tubuh. Jika makanan itu melampaui ukuran yang semestinya dan tidak sesuai dengan kaifiyatnya (cara memakannya), maka hal itulah yang disebut melampaui batas dan jelas akan menimbulkan pelbagai jenis penyakit. Oleh itu, makanan dan minuman amat penting untuk kita. (Ibnu Qayyum Al-Jauziyyah)

Terdapat beberapa garis panduan yang baik untuk makanan antaranya, seseorang hendaklah memakan makanan yang telah menjadi kebiasaan penduduk negerinya. Selain itu, jangan makan makanan yang dirasakan jijik kerana jika makanan itu tetap dimakan, maka akan menimbulkan kemudaratan bagi diri kita. (Ibnu Qayyum Al-Jauziyyah)

 “ Rasulullah SAW tidak pernah mencela satu makanan pun. Jika Baginda mahu memakannya, maka Baginda akan makan, tetapi jik sebaliknya, Baginda akan meninggalkannya atau tidak memakannya tanpa mencela makanan tersebut. Suatu ketika dihidangkan kepada Rasulullah SAW daging Dhab (sejenis biawak) yang telah dimasak, Baginda tidak memakannya, maka orang itu pun bertanya : “ Apakah daging itu haram?

Rasulullah menjawab : “Tidak. Cuma makanan ini tidak terdapat di negeriku, maka aku agak jijik. “ (Anas Bin Malik)

Seterusnya, kita disuruh untuk makan banyak buah-buahan tambah-tambah apabila tiba musimnya. Ini juga merupakan salah satu cara memelihara kesihatan. Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan adanya musim buah-buahan pada waktu tertentu yang bermanfaat bagi kesihatan penduduk negeri tersebut jika memakannya.  (Ibnu Qayyum Al-Jauziyyah)

Mengenai tatacara makanan, Rasulullah bersabda : “ Seungguhnya aku duduk sebagaimana seorang hamba duduk dan aku makan sebagaimana seorang hamba makan. “

Dalam hadis tersebut, secara jelas menerangkan bahawa Nabi Muhammad SAW makan dengan duduk bersila, melipat kaki kanan di sebelah depan dan kaki kiri di sebelah dalam. Duduk seperti ini adalah duduk yang rileks dan paing baik untuk proses pencernaan, kerana sesungguhnya tubuh badan kita berada dalam posisi yang alami.  (Ibnu Qayyum Al-Jauziyyah)

Menu makanan Rasulullah juga diatur dengan baik. Baginda tidak pernah mencampur susu dengan ikan, susu dengan sesuatu yang masam, dua jenis makanan yang menghangatkan, dua jenis makanan yang menyejukkan, dua jenis makanan yang keras menjadi satu hidangan yang dicampur sekali.  (Ibnu Qayyum Al-Jauziyyah)

Baginda juga tidak pernah mencampuri dua jenis makanan yang saling berbeza seperti makanan yang mudah dicerna dan yang lambat dicerna dan makanan yang dibakar dan dimasak serta mencampur susu dengan daging. Di samping itu, Baginda juga tidak pernah makan makanan yang masih panas.  (Ibnu Qayyum Al-Jauziyyah)
Nabi Muhammad SAW sangat menganjurkan makan malam walaupun hanya segenggam buah kurma. Baginda bersabda : “Meninggalkan makan malam akan mempercepat ketuaan. “  (HR Tirmizi dan Ibnu Majah)

Abu Nu’aim meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW melarang orang tidur setelah makan sebab hal itu dapat mengeraskan hati. Para ahli perubatan pun menganjurkan agar berjalan dahulu setelah makan sebelum tidur, walau hanya sekadar 100 langkah sahaja. Langsung tidur setelah makan akan menimbulkan penyakit.  (Ibnu Qayyum Al-Jauziyyah)

MINUMAN
Antara minuman yang menjadi sunnah baginda ialah madu lebah. Madu lebah amat baik untuk kesihatan. Betapa mengagumkan kualifikasi firman Allah SWT tentang madu di dalam Al- Quran :  (Mahir Hasan Mahmud Muhamm ad)

“ Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah, “ Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, di tempat-tempat yang dijadikan manusia. Kemudian makanlah dari tiap-tiap yang telah dimudahkan (bagimu) “. Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang menyembuhkan bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. “  (Surah An-Nahl : 68-69)

Nabi SAW bersabda :  “ Hendaklah kalian menggunakan dua terapi penyembuhan penyakit ; iaitu dengan madu dan Al Quran. “  (Dirwayatkan oleh Ibnu Majah dan Al- Hakim, kitab Sahih)

Dalam hadis lain dinyatakan ; “ Madu adalah penawar bagi setiap jenis penyakit, dan Al Quran adalah penawar bagi penyakit yang terdapat di dalam dada (hati), maka hendaklah kalian menggunakan dua terapi penyembuhan penyakit iaitu dengan madu dan Al Quran. “  (Ibnu Majah dan Al- Hakim)

Dalam kitab “ Al-Thibmin Al-Kitabwa Al-Sunnah “(pengubatan dari Al Quran dan Sunnah), karya Ma Ufiq Al-Baghdadi dikatakan ; bahawa Rasulullah SAW meminum segelas madu dicampur air, setiap hari sebelum sarapan.  (Mahir Hasan Mahmud Muhammad)

Hikmah meminum madu sangat menakjubkan untuk memelihara kesihatan. Abu Qasaraf, seorang bapa perubatan yang berumur lebih dari 108 tahun, selalu mengambil madu setiap hari. Hal yang sama, dilakukan oleh peyanir Yunani, Anacreon yang hidup 115 tahun. Selain itu, pada bulan November 1992, para peneliti Australia telah melakukan kajian dan disebarkan bahawa madu digunakan merawat 15 pesakit, digunakan untuk rawat luka-luka mereka menemukan bahawa madu sangat bermanfaat. 1993, Dr Effan melakukan kajian seramai 20 pesakit berjaya disembuhkan dengan meminum madu sebagai antibiotik. Jelas, madu sangat bermanfaat dan oleh kerana itu madu dijadikan sunnah.  (Mahir Hasan Mahmud Muhammad)

Selain itu, habbat al sauda juga merupakan penawar bagi setiap penyakit kecuali Al-Saam (mati). Rasulullah SAW bersabda ; “ Dalam habbat al-sauda terdapat penawar bagi setiap penyakit, kecuali Al-Saam. “ (Riwayat Bukhari)

Sebenarnya, ada beberapa ilmu ilmiah yang disebarkan dewasa ini dan hasil penemuan mereka cukup memberikan antusias. Ilmu-ilmu tersebut menghendakkan bahawa habbat Al-Sauda mengandungi manfaat untuk meringankan gejala alahan pada tikus. Selain itu, pada tahun 1993 telah terbongkar bahawa habbat sauda juga mampu mengurangkan kandungan gula dalam darah pada kelinci. Habbat Al-Sauda dapat membunuh kuman dan bakteria. Indikasi lain menunjukkan bahawa ianya berguna untuk merawat kanser (anitkanser) dan bertindak sebagai “ antibody” dalam badan.  (Mahir Hasan Mahmud Muhammad)

Bukan itu sahaja, selain madu lebah dan habbattus saudaa, susu juga amat berguna untuk merawat penyakit.

Allah SWT berfirman :  “ Dan sesungguhnya pada binatang ternakan itu benar-benar terdapat pelajaran bagi kamu. Kami memberimu minum daripada apa yang berada dalam perutnya(berupa) susu yang bersih antara tahi dan darah, yang mudah ditelan bagi orang-orang yang meminumnya. “  (An – Nahl : 66)

Air susu merupakan salah satu makanan penting bagi manusia. Air susu diambil bayi ketika lahir. Maka itu, air susu (ASI) sangat penting untuk menyusui hingga selesai masa penyusuan. Susu bekalkan nutrien – nutrien penting untuk tumbesaran bayi. Susu mengandungi vitamin A, B, C, dan D, kalsium, sodium, potassium, dan magnesium. Di samping itu, air susu juga mengandungi protein dan lemak.

Sabda Rasulullah SAW,  “Barang siapa yang diberikan susu oleh Allah, maka hendaklah ia membaca ; ‘ Ya Allah, berikanlah berkahMu pada minuman ini dantambahkanlah kurniaMu dari jenis minuman ini, kerana susungguhnya air susu tidak dapat ditandingi dari semua jenis makanan dan minuman  (HR An-Nasai, Amal Al-Yaum Wa Al-lailah)

Akhir sekali, buah kurma. Kurma mempunyai keistimewaannya tersendiri.
Allah SWT berfirman : “ Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu. “ (Surah Maryam : 25)

Seterusnya Allah SWT berfirman : “ Maka rasa sakit akan melahirkan anak akan memaksa ia (bersandar) pada pangkal pohon kurma, ia berkata ; “Aduhai, alangkah baiknya ku mati sebelum ini, dan aku akan menjadi sesuatu yang tidak bererti, lagi dilupakan. “  (Surah Maryam : 23)

“Dan dari buah kurma dan anggur, kamu buat minuman yang memabukkan dan rezeki yang baik. “  (Surah An-Nahl : 67)

Tentang keutamaan buah kurma juga dinyatakan dalam sunnah Nabi SAW seperti berikut :  Nabi SAW bersabda : “ Wahai Aisyah bahawa rumah yang tiada kurma di dalamnya adalah kelaparan bagi penghuninya. “  (HR Muslim)

Anas berkata ;“ Bahawa Rasulullah SAW sarapan pagi dengan kurma, sebelum Baginda solat. Jika tidak dengan kurma matang maka Baginda akan makan kurma mentah (muda). Jika tidak dengan buah kurma mentah maka Baginda akan sarapan dengan jus kurma. “ (HR Ahmad dan Abu Daud)

Mengenai kurma matang, oleh Ibnu Al. Qayyim Al-Jauziyyah dalam bukunya “ Zad Al-Ma’ad “, menyatakan bahawa kurma matang menguatkan perut yang dingin dan menyegarkan badan. Di samping menguatkan ginjal dan membantu proses pencernaan, Kurma amat aik dimakan sewaktu berbuka puasa.  (Ibnu Qayyum Al-Jauziyyah)

Selain itu, kurma matang juga dapat mengecutkan saraf-saraf, menghilangkan ketegangan, kegelisahan, hati, penyakit kuning, vitamin A dan sebagainya. Kurma jugabermanfaat untuk membantu persendian rahim dan menguatkan tubuh pada ketika melahirkan. Ia juga menjadi sumber tenaga keran mengandungi kandungan gula yang tinggi. Membantu menyembuhkan rabun malam dan berguna untuk pengubatan anemia.  (Mahir Hasan Mahmud Muhammad)

Sudah terang lagi bersuluh bahawa makanan dan minuman yang menjadi sunnah Baginda mempunyai pelbagai khasiat dan manfaat yang berguna untuk merawat dan sebagai bekalan tenaga kepada kita. Oleh itu, hendaklah kita mengamalkan amalan pemakanan Rasulullah SAW agar kita dapat melaksanakan ibadah dengan baik.  Rasulullah SAW bersabda :

“ Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka susungguhnya dia telah mencintaiku. Dan sesiapa yang mencintai aku, nescaya dia akan bersama-samaku di dalam syurga.  (Riwayat Al- Sajary daripada Anas)

SUNNAH RASULULLAH DALAM AMALAN SEHARIAN
KETIKA BERWUDUK
Membaca Basmalah
Membasuh tangan hingga ke pergelangan sebanyak tiga kali pada permulaan wudhuk.
Memulakan wudhuk dengan berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung sebelum membasuh muka.
Menghembuskan air yang dimasukkan ke hidung dengan tangan kiri (memegang hidung dengan tangan kiri). Ini adalah berdasarkan kepada hadis Rasulullah SAW :
 “ Ketika ingin mengambil wudhuk Rasulullah SAW membasuh kedua-dua tapak tangannya kemudian Baginda berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung lalu menghembuskannya kemudian Baginda membasuh mukanya sebanyak tiga kali. “ (Muttafaqun ‘Alaih)

Berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung secara berlebihan kecuali bagi orang – orang yang berpuasa. Ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah SAW :
“ Baginda berlebihan semasa menyedut air ke dalam hidung kecuali ketika Baginda sedang berpuasa. “  (Bukhari, Muslim, An-Nasai, dan Ibnu Majah)

Berkumur-kumur menggunakan satu tapak tangan sahaja.
Bersugi ketika berkumur-kumur, ini adalah berdasarkan hadis Baginda :
“ Jika tidak menjadi keberatan kepada umatku nescaya aku akan memerintahkan mereka bersiwah (bersugi) setiap kali ingin mengambil wudhuk “. (Ahmad dan An- Nasaie)

Menyelati janggut yang tebal dengan memasukkan jari-jari tangan ke dalam janggut ketika membasuh muka. Baginda bersabda :  “ Rasulullah SAW memasukkan jari jemari tangannya ke dalam janggutnya ketika berwudhuk. ” (HR Tirmizi)

Rasulullah menyapu kepala dengan memulakan di bahagian depan kepala dengan hujung tapak tangan Baginda kemudian diseretkan dengan menyapu hingga ke tengkuk kemudian Baginda berpatah balik menyapu hingga ke bahagian depan kepala.

Basuhan yang wajib adalah meratakan air ke kepala dengan apa cara sekalipun.
 “ Rasulullah SAW menyapu bahagian kepalanya, Baginda menyapu dari hadapan ke belakang kemudian dari belakang ke hadapan. “ (Muttafaqun Al-‘Alaih)

Menyelati jari-jari tangan dan kaki. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW :
“ Sempurnakan wudhuk dan memasukkan jari-jari tangan antara satu sama lain. “  (Bukhari, Muslim, Tirmizi dan Abu Daud)

Membasuh anggota kanan terlebih dahulu pada anggota tangan dan kaki.
“ Rasulullah SAW sungguh indah dalam memulakan anggota kanan ketika memakai kasut dan bersuci. “  (Muttafaqun ‘Alaih)

Membasuh anggota wudhuk sebanyak tiga kali ketika membasuh muka, tangan, dan kaki.

Mengucap dua kalimah syahadah selepas selesai wudhuk, iaitu : “ Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, tiada sekutu baginya, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah “  (HR Muslim)

SUNNAH RASULULLAH KETIKA SOLAT
MELETAK PENGHADANG DI HADAPAN KETIKA SOLAT
Sabda Rasulullah SAW : “ Apabila seseorang kamu solat, maka hendaklah dia meletakkan sutrah (penghadang) dihadapannya, dan hendaklah dia berada hampir dengan sutrah itu dan jangan ia biarkanseseorang lalu di antara dia dan sutrah itu. “ (Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibn Khuzaimah)

Hadis ini secara umumnya menunjukkan adalah sunnah bagi seseorang itu meletakkan penghadang di hadapannya ketika sedang solat sama ada solat di masjid atau di rumah, sama ada bagi lelaki atau perempuan.  (Zulkarnain Dollah)

Antara kebaikan mengamalkan sunnah ini ialah ia membantu memelihara solat daripada terputus atau terhenti jika ada orang yang lalu di hadapan orang yang sakit. Dan ia juga dapat memelihara seseorang yang hilang khusyuk ketika solat.  (Zulkarnain Dollah)

Sunnah – sunnah Rasulullah SAW ketika rukuk ialah Baginda meletakkan dua tapak tangan pada lutut dengan membuka jari-jemari ketika rukuk. Selain itu, Baginda juga menyamakan belakang ketika rukuk kira-kira 90 darjah. Kepala hendaklah disamakan dengan belakang, jangan lebih rendah atau lebih tinggi dari belakang. (Zulkarnain Dollah)

KETIKA BERSUGI

Waktu yang digalakkan bersugi ; Kata Rasulullah SAW : “ Sekiranya Muslim sekurang-kurangnya bersugi sebanyak 20 kali sehari iaitu ketika solat lima waktu, solat-solat sunat rawatib, solat sunat dhuha, witir dan ketika masuk ke rumah kerana Rasulullah SAW memulakan memasuki rumah dengan bersugi sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Aisyah RA, begitu juga ketika membaca Al Quran. Rasulullah SAW bersabda : “ Bersugi adalah menyucikan mulut dab mendapat keredhaan Allah. “

Oleh itu, seseorang yang mengamalkan sunnah ini akan dapat keredhaan Allah SWT dan mulutnya sentiasa bersih dari kotoran.  (Zulkarnain Dollah)

SOLAT – SOLAT SUNAT YANG DILAKUKAN RASULULLAH SAW
Solat-solat sunat rawatib.

Sabda Rasulullah SAW :

“ Tiadalah seorang hamba muslim yang solat sebanyak 12 rakaat secara sukarela bukan yang difardhukan ke atasnya, kecuali Allah SWT akan membina untuknya sebuah rumah di syurga. “  (HR Muslim)

Solat-solat sunat yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.
Solat sunat yang diamalkan oleh Rasulullah SAW adalah empat rakaat sebelum solat zuhur, dua rakaat selepas solat zuhur, dua rakaat selepas solat maghrib, dua rakaat selepas solat isyak, dan dua rakaat selepas solat Subuh.

Solat- solat sunat yang lain adalah seperti solat dhuha yang pahaladan fadhilatnya menyamai 360 sedekah, ini kerana di dalam tubuh manusia terdapat 360 tulang. Kesemua tulang tersebut memerlukan kepada sedekah bagi membalas segala nikmat kurniaan Allah kepada manusia. Tetapi dengan hanya menunaikan dua rakaat solat sunat dhuha, seseorang itu telah menunaikan 360 sedekah yang menjadi balasan kesyukurannya kepada Allah atas nikmatnya. Kelebihan dua rakaat solat sunat dhuha ini dinyatakan di dalam hadis Rasulullah SAW. :

“ Setiap sendi tulang manusia mempunyai sedekah yang mesti ditunaikan. Setiap tasbih adalah sedekah, menyuruh perkara yang baik adalah sedekah, mencegah kemungkaran adalah sedekah, semua itu memadai dengan solat sunat dhuha dua rakaat. “Daripada Abu Hurairah RA :

“ Sahabat karibku (Rasulullah SAW) mewasiatkan kepadaku supaya berpuasa tiga hari pada setiap bulan, solat dhuha dua rakaat dan solat witir sebelum aku tidur. “  (HR Bukhari dan Muslim)

Waktu solat sunat dhuha adalah bermula dari 15 minit setelah terbit matahari sehingga sebelum masuk waktu zuhur. Waktu paling baik bagi mengerjakan solat sunat dhuha adalah apabila terasa kepanasan matahari pada waktu pagi. Bilangan solat sunat dhuha adalah sekurang-kurangnya dua rakaat, paling banyak lapan rakaat, ada pendapat mengatakan tiada had bagi bilangan rakaat paling banyak.

Solat sunat sebelum Asar. Sabda Rasulullah SAW :
“ Allah merahmati orang yang solat empat rakaat sebelum Asar”.  (HR Abu Daud dan Tirmizi)

Solat sunat sebelum maghrib. Sabda Rasulullah SAW :
“ Solatlah sebelum Maghrib (tiga kali) seterusnya Baginda menyebut “ bagi sesiapa yang mahu “.  (HR Bukhari)

Solat sunat sebelum Isyak. Sabda Rasulullah SAW :
“ Di antara dua azan ada solat (sunat), Baginda berkata demikian sebanyak tiga kali, pada kali yang ketiga Baginda menyebut, “ Bagi sesiapa yang mahu melaksanakannya. “  (HR Bukhari dan Muslim)

Imam Nawawi berkata, ’ Yang dimaksudkan di antara dua azan di dalam hadis di atas adalah di antara azan dan iqamat.

SOLAT SUNAT WITIR
Membaca surah selepas al-Fatihah jika solat witir tiga rakaat iaitu pada rakaat pertama selepas solat surah al-Fatihah hendaklah dibaca sabbihis marabbika al ‘ala pada rakaat kedua dibaca surah al-Kafirun dan pada rakaat ketiga, dibaca surah al-Ikhlas.  (HR Abu Daud dan Ibn Majah)

Selepas memberi salam hendaklah menyebut Subhanal malikil qudus sebanyak tiga kali. Pada kali yang ketiga terdapat sedikit tambahan di dalam riwayat Daraqathni yang mesti dibaca dengan kuat dan dipanjangkan iaitu dengan menambah bacaan Rabbil malaikatul wal Ruh.  (Ditashih oleh Arnawuth, HR Abu Daud dan An-Nasai)

SUNNAH SELEPAS SOLAT FARDHU
Beristighfar sebanyak tiga kali dan membaca :
“Ya Allah engkaulah yang Maha Sejahtera, daripada Egkau datangnya kesejahteraan, maha berkat Engkau wahai Tuhan yang memiliki keagungan dan kemuliaan. “  (HR Muslim)
Membaca :

“ Tiada Tuhan yang berhak Allah yang Esa, tiada sekutu baginya, milikNya segala kekuasaan dan segala pujian bagi Dialah Tuhan yang Maha Berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu. Ya Allah, tiada yang menghalang bagi apa yang Engkau berikan dan tiada yang memberi apa yang Engkau tidak ingin, dan kemuliaan seseorag tidak boleh memberi manfaat kepada seseorang melainkan kemuliaan Engkau. “

Membaca : “ Tiada Tuhan melainkan Engkau yang Esa, tiada sekutu bagi Engkau, bagiNya segala kekuasaan dan pujian dan Dialah yang Maha Berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu, tiada daya upaya melainkan dengan Allah, tiada Tuhan melainkan Allah dan kami tidak menyembah melainkan Dia, miliknya segala nikmat dan segala kurniaan, baginya segala puji-pujian yang baik, tiada Tuhan melainkan Allah, dengan mengikhlaskan agama kepadanya sekalipun dibenci oleh orang-orang kafir”.

Membaca : “ Maha suci Allah, segala puji bagi Allah, Allah yang Maha Besar. “
 dan membaca : “ Tiada Tuhan selain Allah yang Esa tiada sekutu bagiNya. BagiNya segala kekuasaan dan segala pujian dan Dialah yang berkuasa ke atas tiapa-tiap sesuatu. “   (HR Muslim)

Membaca : “ Ya Allah, bantulah aku dalam mengingatiMu dan mensyukuri nikmatMu serta dalam memperelokkan ibadah kepadaMu. “  (HR Abu Daud dan Nasaie)

Membaca : “ Ya Allah sesungguhnya aku berlindung denganMu dengan sifat pengecut, aku berlindung denganMu dari dikembalikan hingga ke sehina-hina usia dan aku berlindung kepadaMu dari azab kubur. “ (HR Bukhari)

Membaca : “ Wahai Tuhanku, peliharalah aku dari azabMu pada hari Engkau membangkitkan hamba-hambaMu “ (HR Muslim)

Membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas (selepas solat Subuh dan Maghrib sebanyak tiga kali setiap satu) dan membaca ayat kursi sehingga akhir.
 (HR Abu Daud, Tirmizi dan Nasaie)

SUNNAH RASULULLAH PADA WAKTU PAGI DAN PETANG

Membaca ayat kursi

Kelebihan adalah seperti yang dinyatakan di dalam hadis Rasulullah SAW :
“ Sesiapa yang membacanya pada waktu pagi nescaya akan dipelihara dari gangguan jin dan syaitan sehingga ke petang sehingga waktu pagi. “
 (Nasaie ditashih oleh Al-Albani)

Membaca Al-Mu’awwizaat iaitu :
Firman Allah : “ Katakanlah (wahai Muhammad) : Tuhanku ialah Allah yang Maha Esa. Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak dan tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang setara denganNya. ”
 (Surah Al-Ikhlas : 1-3)
“ Katakanlah (wahai Muhammad) : Aku berlindung kepada Allah Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk. Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan. Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk, Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan. Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya. “
 (Surah Al-Alaq : 1-5)
“ Katakanlah (wahai Muhammad) : Aku berlindung kepada Allah Pemelihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia. Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia. Dari kejahatan pembisik, penghasut yang timbul tenggelam. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia dari kalangan jin dan manusia. “
 (Surah An-Nas : 1-6)
Kelebihan membacanya tiga kali pada waktu pagi dan pada petang nescaya Allah akan mencukupkan segala perkara.  (Abu Daud dan Tirmizi)

SUNNAH RASULULLAH DALAM SITUASI TERTENTU

MENGHADIRKAN NIAT YANG BAIK DALAM SEGALA URUSAN
Segala amalan yang diharuskan seperti makan, tidur, bekerja mencari rezeki dan lain-lain boleh menjadi suatu ibadah dan ketaatan kepada Allah SWT jika diniatkan kerana Allah. Seseorang akan diganjarkan pahala yang banyak dengan syarat amalan tersebut perlu diniatkan kerana Allah semata-mata.

Rasulullah SAW bersabda : “ Sesungguhnya segala amalan itu bergantung kepada niat. “  (Bukhari dan Muslim)

Sebagai contoh, jika seseorang itu tidur awal pada waktu malam untuk bangun untuk solat subuh, maka tidurnya dikira ibadah kepada Allah, begitu juga amalan-amalan yang lain hendaklah diniatkan kerana Allah Taala.

KESIMPULAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan izinNya saya dapat menyiapkan kerja kursus yang diamanahkan oleh Ustaz Abd Aziz Bin Harjin. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mana-mana pihak yang telah membantu saya sama ada langsung atau tidak langsung bagi menjayakan kerja kursus kali ini yang bertajuk Sunnah Rasulullah SAW.
Di harapkan agar pembaca akan memahami dan mengamalkan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian mereka. Kerana Nabi bersabda :
“ Barang siapa yang mengamalkan sunnahku, nescaya dia mencintaiku dan jika dia mencintaiku maka dia akan bersama-samaku di dalam syurga. “
 (HR Muslim)
Antara sunnah yang dianjurkan ialah sunnah ketika solat, ketika berwudhuk, ketika bersugi, amalan solat sunat dan sunnah Rasulullah dalam situasi tertentu. Oleh itu, marilah sama-sama kita mengamalkan sunnah Baginda agar kehidupan kita lebih berkat. Mencari keredhaan Allah SWT adalah yang paling utama. Segala yang baik itu daripada Allah SWT dan yang kurang itu daripada diri saya sendiri. Wallahu’alam.

PENUTUP
Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah SWT kerana memberi ruang dan masa kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. TanpaNya, maka kerja saya tidak dapat disiapkan. Saya menyeru agar semua pembaca lebih menghayati dan memfokuskan tujuan kehidupan kita kepada Allah SWT. Oleh itu, ikutilah sunnah Baginda kerana sunnah Baginda adalah ikutan terbaik dalam kita mencari keredhaan Allah SWT. Marilah sama-sama kita bangunkan kehidupan Islamiah agar masa depan kita akan lebih teratur dan disusuli dengan rahmat dan kasih sayang Alllah untuk kita sama-sama bangunkan kehidupan dunia yang penuh keberkatan. Sama-sama juga kita kejar amalan di dunia untuk dibawa ke akhirat sebagai bekalan kita untuk dihitungkan di sana nanti. Semoga segala usaha dan penat lelah kita selama ini mendapat keredhaanNya. Rabbiyassir walatu’asir, Rabbitammim bikhair. Wallah’alam.

RUJUKAN
Hajah Nor Bee (2006). Nota Kumandang Pendidikan Islam Tingkatann 4. Padang Menora, Tasek Gelugor, Pulau Pinang : Syarikat Ejarts.
Hajah Nor Bee (2009). Nota Kumandang Pendidikan Islam Tingkatan 5. Padang Menora, Tasek Gelugor, Pulau Pinang : Syarikat Ejarts.
Othman Ramli (2011). Kisah 25 Rasul. Wangsa Maju, Seksyen 5, Kuala Lumpur : Sarjana Media Sdn. Bhd.
Wan Iqmal (2004). Master Studi Sejarah Tingkatan 4. Damansara Utama, Petaling Jaya, Selangor : Sasbadi Sdn. Bhd.
Nor Aslina Mamat (2014). Peta Minda Visual Sejarah SPM. Taman Perindustrian Neuron, Puchong, Selangor : PNI Neuron (M) Sdn. Bhd.
Faudziah Bedu (2008). Nexus Xpress Sejarah SPM. Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor : Sasbadi Sdn. Bhd.
Ibnu Qayyum Al-Jauziyyah (2002). Panduan Perubatan Nabi (Ath-Thibbun Nabawiy), Dr. H. S. Agil Husin Al-Munawar, MA. Taman Sri Batu Caves, Batu Caves, Selangor : Crescent News (KL) Sdn. Bhd.
Ustazah Fatimah Daud, BA (HONS) (2007), Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1. Bandar Amanjaya, Sungai Petani, Kedah : Jejakjaya Dua Enterprise.
 Ustazah Fatimah Daud, BA (HONS) (2007). Nota Pendidikan Islam Tingkatan 4. Bandar Amanjaya, Sungai Petani, Kedah : Jejakjaya Dua Enterprise.
Ibnu Hisyam, Kitab Sirah, Jilid 1 (m/s 184-187).
Zulkarnain Dollah (2009). Sunnah Rasulullah SAW. Dolomite Business Park, Batu Caves, Sealangor : PTS Islamika Sdn. Bhd.


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Hp: 013-400 6206
Pj: 04-9882701
Ru: 04-9882597
email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
url: abdazizharjin.blogspot.com