Membina Istana Bahagia

Disediakan Untuk :
Ustaz Abd Aziz Bin Harjin

Disediakan Oleh :
Intan Nur Ashiqin Binti Baharuddin
2014839512

Pendahuluan
 “ Membina Istana Bahagia ”, Rujuk Kamus Dewan Edisi 3, Maksud Bagi Setiap Perkataan Berikut, ‘Membina’ Membawa Maksud Membuat Sehingga Terdirinya Sesuatu, Membangunkan Ataupun Mendirikan, Manakala ‘Istana’ Pula Membawa Maksud Rumah Kediaman Raja Atau Ketua Negara. Tetapi Istilah Istana Yang Saya Gunakan Merujuk Kepada Institusi Keluarga Yang Juga Merupakan Suatu Yang Dimiliki Oleh Setiap Manusia Sebagai Khalifah Di Muka Bumi Ini. Bagi Pengunaan Perkataaan ‘Bahagia’ Membawa Maksud Suasana Yang Tenang, Aman Damai Serta Gembira. Oleh Itu, Keseluruhan Tajuk Ini Meliputi Mendirikan Ataupun Membangunkan Sesebuah Keluarga Yang makmur dan tenang, dengan berlandaskan syariat Islam. Keluarga terdiri daripada saudara mara, kaum kerabat, sanak-saudara, suami dan isteri serta anak-anak. Dalam konsep ini saya memilih kekeluargaan yang terdiri daripada suami dan isteri dan bersama anak-anak. Ini kerana untuk membina keluarga yang makmur dari semua aspek, hubungan diantara suami dan isteri perlu dititik beratkan terlebih dahulu. Oleh itu, suami dan isteri perlu mengetahui tanggungjawab masing-masing terlebih dahulu dalam membina rumahtangga yang bahagia sebelum membina keluarga yang lebih besar. Setelah itu, selain berperanan sebagai suami dan isteri, mereka juga perlu mengetahui tanggungjawab mereka terhadap anak-anak sebagai ibu bapa. Ini kerana anak-anak merupakan amanah yang diberikan oleh Allah kepada mereka dan wajib di jaga dan dididik. Keluarga yang bahagia akan terbentuk apabila setiap ahli keluarga memainkan peranan yang baik dan mengetahui tanggungjawab masing-masing yang perlu dilakukan serta sentiasa meletakkan ketaatan dan kesetiaanya kepada Allah dengan berpandukan syariat Islam. 

SUAMI YANG MEMBAHAGIAKAN HATI ISTERI. 
Kewajipan pertama seorang suami memuliakan dan mengaulinya dengan baik, menyediakan apa yang dapat ia sediakan untuk isterinya yang akan dapat mengikat hatinya, memperhatikan dan bersabar apabila ada yang tidak berkenan dihatinya. Kewajipan lain bagi suami terhadap isteri adalah :-

1. 1 Mendidik Isteri 
 Selain daripada seorang suami berkewajipan mengauli isterinya dengan baik maka suami juga wajib memelihara martabat dan kehormatan isterinya dengan cara mendidik. Dalam konteks ini, mendidik atau mencegah isterinya janganlah sampai menghina, berkata keji dan sebagainya. Inilah juga kecemburuan yang disukai Allah. 

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :-
“Allah itu cemburu dan menusia juga cemburu, kecemburuan Allah ialah apabila ada hambanya yang melanggar, larangannya” (Ustaz Abd Aziz, 1998)

Wanita seperti yang diketahui cenderung untuk mengikut hawa nafsunya ketika marah atau menginginkan sesuatu yang dihajati. Apabila wanita tersebut diketemukan dengan lelaki yang beriman dan bertakwa kepada Allah SWT sebagai suaminya, maka cerahlah masa depannya untuk mendapat bimbingan ke jalan yang benar. (Rosline Harun, 2009)

Allah SWT berfirman yang bermaksud :-
“Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka, bahan bakarnya adalah daripada manusia dan batu ( Surah At-Thrim : 6 )

 Oleh itu, suami wajib menjaga kehormatan, ibadat, maruah isterinya daripada tercela dan sebarang maksiat yang boleh mengundang kemurkaan Allah SWT. Jika suami mengabaikannya isteri dalam hal-hal halal dan haram, maka suami telah mengabaikan perintah Allah SWT. Suami yang sayang kepada isterinya akan mengajak isteri dan keluarganya melakukan amal ibadat, menunjukkan perbuatan dan amalan yang mulia kepada keluarganya dan saling menyenangi antara suami dan isteri. Betapa bahagianya apabila suami mengajak isterinya menuntut ilmu agama, beribadat, berzikir dan membincangkan hal berkaitan agama secara bersama-sama di rumah. Perbuatan sungguh bermakna untuk suami isteri mendapat keredahaan daripada Allah SWT dan dapat meningkatkan keimanan dan ketaatan kepada-Nya. (Rosline Harun, 2009)

1. 2 Memberi Nafkah 
Nafkah merupakan kewajipan yang paling penting bagi seorang suami kepada isterinya. Nafkah terdiri daripada nafkah zahir dan juga batin. Kedua-duanya wajib diberikan suami kepada isteri, walaupun baginya isterinya mempunyai pendapatan yang lebih besar daripadanya dan tidak memerlukan nafkah daripadanya, nafkah itu wajib dan perlu diberikan, ini kerana pemberian itu adalah hak yang yang harus diterima. (Mohd Hasnawi Zainab, 2008)

Bertapa pentingnya erti nafkah maka dalam Al Quran Surah An-Nisa ‘ ayat : 34 Allah menegaskan 
“ Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana itu Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka ”. 

Dalam Surah At Thalaq ayat : 7 Allah juga telah menegaskan :
“ Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah memberikannya mengikut kemampuan, Dan orang yang disempitkan rezekinya hendaklah memberi nafkah dari harta yang diberikan Allah kepadanya. Allah tidak memikul beban kepada seseorang kecuali sesuai dengan apa yang Allah berikan kepadanya. 

 Rasulullah juga telah memerintahkan untuk memberi nafkah kepada isteri dan keluarga. Nafkah yang dimaksudkan Rasulullah seperti berikut “memberinya makan bila engkau makan dan memberinya pakaian bila engkau berpakaian. Janganlah engkau memikul bahagian wajah, memburuk-burukkan dan jangan pula meninggalknnya kecuali di dalam rumah. Yang dimaksudkan Rasulullah jangan meninggalkan kecuali di dalam rumah adalah apabila suami hendak memberinya hukuman, cukuplah dengan memisahkan diri dari tempat tidur, bukan dengan cacian, celaan ataupun dengan perkataan atau ungkapan yang boleh menyakitkan hati isteri tersebut seorang suami harus memiliki jiwa yang pemurah dalam hal memberi nafkah. Apabila nafkah diberikan sebagaimana mestinya, tidak kurang rasa bakhil maka akan mendatangkan keharmonian dan kebahagiaan dalam rumahtangga. Islam sebagai agama fitrah telah menjanjikan pahala besar bagi suami yang memenuhi kewajibannya. Ini menunjukkan betapa besarnya perhatian Islam terhadap perkara yang dapan membangun kebahagiaan rumah tangga. Oleh itu, seorang suami soleh harus selalu berupaya memenuhi kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan keluarga, sesuai dengan keutamaan yang telah diajarkan Islam. (Mohd Hasnawi Zainab, 2008)

1. 3 Tolong Menolong
 Sikap tolong menolong pada seorang suami dapat melahirkan kebahagiaan dan keharmonian dalam kehidupan berumah tangga. Memang ada beberapa urusan yang menjadi tanggungjawab sebagai seorang yang bergelar isteri, tetap tidak menjadi larangan bagi seorang suami untuk turut membantu isterinya menyelesaikannya dan pada masa yang sama tidak juga mengabaikan kewajipan asasnya sebagai suami. Hanya factor utama yang dapat menghidupkan perasaan senang dan bahagia bagi isteri, adalah usaha suami dalam membantu meringankan tanggungjawab isteri. Melalui cara itu, mereka mengerjakan suatu pekerjaan dengan penuh kelembutan dan ketulusan sebagai penghubung tali cinta kasih dan rahmat yang telah Allah diberikan kepada mereka, dalam rangka mewujudkan kedamaian, ketenteraman, keterangan, dan kebahagian (Mohd Hasnawi Zainab, 2008)

Dalam hal ini Allah SWT telah menegaskan dalam Surah Ar-Rum ayat : 21
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaanya adalah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikannya diantara kamu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda kebesara Allah bagi orang-orang yang berfikir”

Rasulullah juga memberikan petunjuk, dalam mengauli isteri tercinta hendaklah seorang suami sentiasa berusaha untuk membantu menunaikan tugas-tugas rumahtangga seperti menjahit pakaian, memperbaiki sandal, memotong daging dan memasak serta yang lain. 
 Suami yang baik adalah suami yang selalu memberikn perasaan senang kepada isterinya, dengan cara membantu melakukan tugas-tugas sehariannya mahupun kerja-kerja yang lain. Membantu pekerjaan isteri semakin besar nilainya apabila dilakukan dalam keadaan yang memerlukan ataupun dengan kata lain ‘darurat’. Keadaan darurat yang dikatakan adalah ketika isteri sakit sehingga badannya terasa lemah dan tidak berdaya seperti ketika hamil dan melahirkan ataupun ketika banyak tetamu datang kerumah. Sudah tentu si isteri akan berasa bangga dan bahagia apabila suaminya menahan terhadap keadaanya yang sangat memerlukan bantuan. Bantuan adalah bukti kasih sayang yang mendalam, serta bukti keinginannya agar isteri lebih banyak beristirehat. Kesemua itu tentu sahaja dalam rangka membahagiakan isteri. Ini kerana si isteri sedar, bahawa pemimpin umat adalah pelayan umat, yang bererti suami harus pula pandai melayani isteri. (Mohd Hasnawi Zainab, 2008)

1. 4 Menjaga Rahsia
Menjaga rahsia merupakan cara menjalin keharmonian dan keutuhan hubungan antara suami dan juga isteri. Tentu saja pasangan suami isteri ini tidak akan merasa senang apabila rahsia antara mereka berdua diketahui oleh orang lain. Sering kali suami menceritakan rahsianya kepada isteri sebagai ungkapan rasa cinta dan kasih kedekatan antara keduanya. Perkara yang terjadi dalam rumah tangga, baik masalah hubungan badan, pentengkaran mahupun perkara-perkara lain, tidak selayaknya diceritakan kepada sesiapa, cukuplah hanya diketahui bedua sahaja. Menjaga rahsia juga merupakan sebahagian dari kebahagiaan selain megundang faedah dan manfaat. Islam sangat mencela dan melarang pemeluknya membuka rahsia yang terjadi dalam rumah tangga. 

Sahabat Abi Satid Al-Khudri menerangkan bahawa Rasulullah telah bersabda :
“Sesungguhnya seburuk-buruk kedudukan di hadapan Allah pada hari kiamat nanti adalah seorang suami yang membuka rahsia kepada isterinya dan isteri yang membuka rahsia kepada suaminya lalu diceritakan kepada orang lain, ” (HR. Abu Darud dari Abi Sa’id Al-Khudri)

Di sisi lain Rasulullah juga telah mengngatkan :
“Barangsiapa menjaga rahsia orang lain didunia ini, maka Allah akan menutupi rahsia dirinya pada hari kiamat nanti, ” (HR : Muslim)

Menjaga rahsia rumahtangga merupakan sebahagian dari akhlak terpuji, yang harus selalu diusahakan dan dilaksanakan. Ini kerana menjaga rahsia merupakan kunci bagi kukuh dan kuatnya jalinan kasih sayang serta kebahagiaan. (Mohd Hasnawi Zainab, 2008)

ISTERI YANG MEMBAHAGIAKAN HATI SUAMI
Bukan mudah untuk menjadi isteri yang solehah jika tiada keazaman di dalam diri. Isteri yang solehah mampu menunaikan tanggungjawab kepada Allah SWT dan suaminya dengan konsisten. Oleh sebab itulah, Islam memerintahkan supaya memilih isteri selari dengan yang telah digariskan oleh agama Islam agar pemulaan alam rumah tangga yang dibina sehingga memperoleh anak, kehidupan sentiasa dirahmati oleh Allah. Oleh itu, antara ciri isteri yang membahagiakan suami adalah :-

2. 1Keredaan Suami
Isteri solehah sentiasa peka dengan perbuatan-perbuatanya supaya setiap perkara yang dilakukan dapat memberikan kegembiraan dan ketenangan kepada suaminya. Keredaan daripada suami merupakan perkara yang dicari oleh isteri apabila hidup sebagai seorang isteri. (Rosline Harun, 2009)

Dalam hadis Rasulullah bersabda:
“Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita. ” ‘Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka’, “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh arak atau kafir?”Baginda menjawab “Tidak, mereka ini ialah mereka yang mengunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya, ” (Riwayat Muslim )

Demikianlah, balasan neraka yang akan diterima oleh para isteri yang menyakiti suami. Begitu juga ketika suami sedang berduka, isteri solehah tidak akan mempamerkan kegembiraan ataupun kemarahannya dengan meninggikan suara, malahan isteri perlu menyelami perasaan suaminya dan mendekati suami dengan kata-kata perangsang dan memotivasikan suami dengan pendekatan yang suami dan tidak menguriskan walaupun sikit hati suami. Perbuatan ini seperti cubit peha kiri peha kanan terasa. Itulah kasih sayang daripada isteri solehah kepada suami tercinta kerana tidak mahu sedikit pun suami dikasari dan disakiti. Isteri akan selalu mengucapkan kata-kata yang lembut dan sopan santun sehingga suami sentiasa tersenyum dan ternanti-nanti untuk berjumpa dengan isterinya setiap hari. (Rosline Harun, 2009)

Oleh itu, para isteri mesti juga mesti menjaga kesihatan diri dalaman dan luaran supaya perjalanan dalam hubungan suami isteri tidak berlaku. Sayangi suami kerana suamilah yang telah menjaga sepangjang kita hidup bersama-samanya. Bersyukur kepada Allah SWT dan mohonlah rahmat dan keredaan daripada-Nya agar kehidupan sentiasa dalam kebahagiaan dan kesejahteraan. (Rosline Harun, 2009)

2. 2 Menghormati Suami
Wanita yang baik adalah wanita yang sentiasa menjaga adab kepada jirannya, patuh dan hormat kepada suami. Antara adab terhadap suami adalah menghormati pendapat dan buah fikirannya walaupun barangkali pendidikan suami lebih rendah berbanding pendidikan isteri. Ini penting, memandangkan suami adalah ketua keluarga juga bertanggungjawab dalam masalah nafkah serta pedidikan anak-anak. Jika pendapat suami tidak didengar atau diperhatikan, bermulalah konflik dan akan merosakkan kebahagiaan di dalam rumah tangga Ada kalanya wanita harus mampu dan sanggup menerima kritikan dan saranan demi kebahagiaan bersama. Ini kerana kehidupan rumah tangga adalah sebuah kerajaan iman dalam erti, suami adalah rajanya, isteri adalah ratu, dan anak-anak adalah rakyat. Dalam hal ini suami adalah raja yang memimpin kerajaan dan mengawal semua urusannya kerana dialah yang menerima beban tanggungjawab serta amanat, manakala isteri pula adalah ratu kerana dia adalah teman hidup, kawan berjalan, saudara kaum lelaki, sebahagian daripada masyarakat dan sekaligus seorang kekasih. (Khairunissa Ghazali, 2002)

Oleh itu, segala arahannya iaitu suami, wajib dipatuhi oleh seorang isteri selama arahanya bersesuaian dengan syarak dan tidak bertentangan dengan kudratnya sebagai waniata. 
Rasulullag bersabda :
“Kewajiban taat itu hanya dalam masalah kebaikan” (HR Bukhari)

Dalam kontek ini juga menghormati suami juga boleh ditunjukkan dengan cara sentiasa berterima kasih kepada suaminya. Ini kerana suami bekerja keras untuk menyediakan keperluan dan kehendak isteri yang dicintainya. Ucapan terima kasih tidak semestinya secara lisan, boleh dilakukan dengan cara mendoakan kesejahteraan dan kesihatan suami agar berkekalan di dunia dan di akhirat juga mendoakan supaya suami mendapat pahala dan kesenangan di samping tidak mengikari arahan suami dan perintah agama. (Rosline Harun, 2009)

Sabda Rasulullah :“Allah tidak akan melihat seorang perempuan yang tidak berterima kasih kepada suaminya, sedangkan dia tidak akan dapat hidup tanpanya, 

2. 3 Memperhias Diri
Wanita dilahirkan dengan keadaan cantik dalaman dan luaran. Kecantikan itulah yang membuatkan orang lelaki terpikat untuk menyunting wanita menjadi suri dihatinya. Kecantikan wanita solehah adalah hanya untuk suaminya yang dicintainya. Suami suka dan gembira melihat isterinya berhias, cantik, dan wangi ketika bersama-sama sehingga kasih sayang dan cinta suami kepada isterinya semakin kuat. Perkara penting bagi isteri muslimah ialah kecantikan yang ditonjolkan biarlah berpada-pada, sederhana dan tidak memperlihatkan aurat yang telah ditetapkan. Kecantikan bukan sahaja memakai alat solekan pada wajah, tetapi termasuk kecantikan berpakaian, kebersihan diri, kewangian, ketulusan hati, kecergasan fikiran dan sebagainya. Suami sangat mendambakan isterinya yang sentiasa kelihatan segar sepangjang masa dan sepangjang hari. Walau sesibuk mana bebanan yang terpaksa isteri tanggung sepeninggalan suami ke tempat kerja, kecantikan diri mesti dijaga setiap hari. Isteri yang menjaga suri rumahtangga mempunyai peranan untuk menguruskan kebersihan dan kecantikan rumah juga menyediakan makanan untuk suami. (Rosline Harun, 2009)

Adab dan amalan berhias termasuk dalam ibadah kerana perkara tersebut dapat membuatkan suami bergembira dan senang, malah Allah SWT juga suka kepada kecantikan. Perhiasan juga termasuklah melafazkan kata-kata manis yang diucapkan kepada suami tercinta, membentuk senyuman yang paling manis dan menggoda dan menyemarakkan haruman yang lembut.. (Rosline Harun, 2009)

Kecantikan isteri wajib untuk suaminya, bukan untuk orang lain. Isteri muslimah hanya berhias untuk tetapan suami dan memastikan lelaki yang tiada kaitan dalam rumahtangga tidak menghidu haruman yang dipakainya pada tubuh. Kecantikan yang digunakan pada jalan yang betul dan benar akan diredhai oleh Allah SWT dan mendapat keberkatan dalam rumah tangga serta keluarga akan bahagia di dunia dan di akhirat. Insyallah. (Rosline Harun, 2009)

MEMBENTUK ANAK-ANAK YANG MEMBAHAGIAKAN
Sesungguhnya kejayaan dalam memilih pasangan yang soleh dan solehah dan kejayaaan dalam penikahan sesuai dengan Islam akan banyak membantu dalam usaha-usaha mendidik anak-anak dengan tarbiyah Islamiah yang diharapkan. Apabila anak-anak mendapat tarbiyah yang baik dia akan membentuk anak-anak kearah yang soleh dan solehah. (Harun Ar-Rasyid, 2011)

Rasulullah bersabda : 
“Anak-anak itu lahir dalam keadaan fitrah, adalah ibu bapanya yang menjadikan dia Yahudi, Nasrani, atau Majusi” (HR Bukhari dan Muslim)

Oleh itu, perkara petama sekali yang perlu dilakukan oleh ibu bapa terhadap anak-anak :-

3. 1 Pemilihan Nama Yang Baik
Sabda Rasulullah SAW :
“Diantara hak ibu bapa terhadap anaknya ialah memperbaiki adab dan memperelokkan namanya”

Hadis diatas menunjukkan, orang yang sangat dipertanggungjawab dalam memilih nama yang baik pada anak-anak ialah ibu bapa, ataupun penjaganya. Penjaga yang dimaksudkan ialah ibu bapa, abang, atau bapa saudara atau sesiapa shaja yang menjadi penjaga terhadap anak itu. Mereka yang bergelar penjaga kepada anak tersebut juga bertanggungjawab mendidiknya dengan pemdidikan yang berlandaskan Al Quran dan Sunnah. (Habsah yeob, 1996)

Sesedap manapun bunyinya suatu nama tersebut, jika tidak mempunyai apa-apa makna yang baik-baik ianya akan cenderungkan anak tersebut dengan kesan negatif. Ini kerana nama yang baik sangat penting dalam membentuk anak-anak yang berguna disamping mencari keredhaan Allah. Dalam memilih nama-nama yang baik buat anak-anak ianya akan memberi manfaat dan kebaikan kepada diri kita mahupun anak-anak sediri. Dengan nama yang baik, manusia disekelilingnya akan mengunakan nama tersebut untuk berkomunikasi dengannya. Menyebut-nyebut nama orang soleh itu mendatangkan Rahmat. Rahmat pada yang menyebutnya disamping merupakan doa kebaikan kepada anak tersebut dan dengan doa itu hatinya akan mudah dihalakan kepada kebaikan. Insyallah (Habsah yeob, 1996)

3. 2 Mendidik Anak-Anak
Ibu bapa yang prihatin tidak sesekali mengabaikan pendidikan anak-anak merangkumi pendidikan fardu ain mahupun fardu kifayah. Ibu bapa perlu sedar dunia sekarang semakin mencabar dan pendidikan adalah wadah perjuangan yang dapat membela masa depan anak-anaknya. Pendidikan yang diberi adalah pendidikan yang menepati syariat Islam, pendididkan yang mempuyai dalil akli dan nakli sebagai bukti kebenaran ilmu yang ditunjuk ajar. Akidah Islam tidak dipinggirkan malah diserapkan dalam setiap hujahan dan penerangan ilmu supaya anak-anak memiliki akhlak-akhlak mulia untuk dijadikan amalan dalam kehidupan. (Rosline Harun, 2009)

Ibu bapa yang penyanyang akan mendidik anak-anak mereka menyakini dasar rukun iman dan rukun Islam dengan perancangan dan pemahaman yang berterusan serta benar. Anak-anak kecil perlu sentiasa diberi penerangan agar mereka dapat memahami dengan lebih jelas dan baik. Penjelasan yang baik dapat memberi kefahaman kepada anak-anak berkaitan beriman kepada Allah SWT, beriman kepada rasul, malaikat, kitab, nabi, dan qada dan qadar serta perkara-perkara ghaib. Anak-anak terdidik dengan kelembutan daripada ucapan yang disampaikan oleh ibubapa mereka dan memudahkan ilmu diserap ke dalam hati anak-anak ini. Mereka dididk untuk mendirikan sembahyang fardu lima waktu seperti yang diwajibkan oleh Islam. Kewajipan berpuasa pada bulan Ramadhan, kewajipan bersuci, menghormati orang yang lebih tua, adab-adab dalam kehidupan harian dan doa-doa dan surah-surah yang perlu dibaca untuk mendapat keredhaan daripada Allah SWT dan sebagai perisai untuk mengelakkan godaan syaitan. (Rosline Harun, 2009)

Dalam mendidik anak-anak juga, ibubapa berkewajipan menerangkan perkara-perkara yang diharamkan dalam Islam dan wajib dihindari walaupun hukumnya sekadar makruh kerana dibimbangi akan membawa kepada hukum yang lebih berat iaitu haram. Anak-anak adalah pewaris dan anak-anaklah yang akan membacakan doa untuk kesejahteraan ibu dan bapanya sama ada ketika ibubapanya masih hidup atau setelah meninggal dunia. Anak-anak soleh hasil didikan daripada seorang ibubapa yang bertanggungjawab akan meninggalkan kesan kepada ibu dan bapa. Selain anak tersebut akan meneruskan akhlak yang baik sepangjang hidupnya, mereka juga akan mendoakan kesejahteraan ibubapa mereka. Insyallah. (Rosline Harun, 2009)

PENUTUP
Kesimpulannya, untuk mewujudkan mahupun membina keluarga yang bahagia dengan mengikuti syariat Islam perkara perlu diutamakan ialah peranan seorang suami terhadap isteri dan peranan seorang isteri terhadap suaminya. Ini kerana kegagalan dam membina rumah tangga menurut cara Islam dan kesalahan memilih pasangan hidup boleh menyebabkan keruntuhan dan berlakunya keburukan yang menguasai keluarga secara keseluruhan. Pertengkaran yang terjadi dalam kehidupan suami dan isteri secara langsung mempengaruhi pendidikan dan kejiwaan anak-anak. Oleh itu, dalam membinanya sebuah rumah tangga dan keluarga yang bahagia adalah terwujudnya satu generasi yang soleh dan solehah. Fahami dan hayati sifat pasangan, suami disifatkan seperti terikan matahari yang memancar terang, isteri pula umpama rambulan yang cantik dipandang dan anak merupakan laksana bintang iaitu resipi terhadap penambah sayang. Isteri mithali menjadikan Saidatina Aisyah sebagai model dan bentuklah peribadi mulia sebagai isteri seperti isteri Nabi Muhammad. Rasulullah SAW bersabda : “Dunia ini baik tetapi yang paling baik adalah isteri solehah”, suami mithali pula menjadikan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunnah dalam rumahtangga. Didiklah dan menasihati keluarga dengan hikmah dan syariat supaya dilimpahi rahmat. Insyallah. 

“Cinta sejati lebih banyak memberi daripada menerima, Renungkanlah apa yang masih kita belum lakukan untuk pasangan kita dan anak-anak kita. Berilah yang terbaik untuk pasangan dan anak-anak bagi mencapai keluarga bahagia”

RUJUKAN


  1. Habsah yeob, (1996). Panduan Menamakan anak. Kuala Lumpur: Karya One Sdn. Bhd. 
  2. Harun Ar-Rasyid, (2011). Isteri Idaman Yang Menyejukkan Hati Suami. Pustaka Al-Shafa. 
  3. Khairunissa Ghazali, (2002). Isteri Yang Disayangi dan Menyanyangi. Darul Nu'man. 
  4. Mohd Hasnawi Zainab, (2008). Suami Mithali. Berlian Publication Sdn. Bhd. 
  5. Rosline Harun, (2009). Suami Isteri Paling Bahagia. Selangor: KHARISMA NETWORK SDN. BHD. 
  6. Ustaz Abd Aziz, (1998). Kursus & Bimbingan Perkahwinan. Darul Nu'man. 

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
abdazizharjin.blogspot.com
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
04-9882701 (P)
04-9882597 (R)
013-4006206 (H)

Tarikh: 30/01/2015

MOTIVASI