Tajuk:
Wanita Solehah Sebagai Isteri
Disediakan Untuk:
Ustaz Abd Aziz Bin Harjin
Disediakan Oleh:
Darwisya Binti Mohd Yusob
2014697306
PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirahim,
Alhamdulillah, bersyukur ke atas ilahi dengan
limpah rahmat serta nikmat masa-nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya
dapat juga saya menyiapkan kerja khusus untuk subjek ctu151 ini dengan jayanya.
Pertamanya saya ingin mendedikasi ucapan
penghargaan ini kepada pensyarah saya iaitu, Ustaz Abd Aziz bin harjin kerana
tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan
tugasan ini dengan suksesnya. Saya permudah cara untuk menyiapkan kerja khusus
ini. Mereka telah memberi saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak
terhingga sampai saya berjaya menghabiskan tugasan ini.
Ucapan penghargaan ini juga saya tuju kepada
kawan-kawan saya yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya
telah alpa. Mereka membantu saya dengan menjawab pertanyaan yang saya uterakan
kepada mereka.
Saya melaksanakan kerja khusus ini dengan
pilihan tajuk sendiri iaitu”Wanita Solehah Sebagai Isteri”, skop penulisan saya
ialah sebagai seorang isteri, tugasnya bukanlah hanya terikat dengan
tugas-tugas rumahtangga, melayani keluarga dan mendidik anak-anaknya sahaja, tetapi
juga memainkan peranan penting membantu suami dalam menggerakkan dakwah Islamiah
serta lingkungan muslimat itu sendiri.
Akhir madah, semoga ilmu yang dikongsikan
dapat memberi contoh teladan kepada semua.
PENDAHULUAN
Kalimah soleh berasal daripada perkataan
solah iaitu “kebaikan. Dimaksudkan dengan soleh ialah lelaki dan wanita yang
baik kepada dirinya, pada orang lain, serta baik pula amalanya sehingga
dikatakan dia telah diperbaik oleh Allah.
Rasulullah SAW bersabda”Dunia itu adalah
kenikmatan dan sebaik-baik kenikmatan dunia ialah wanita solehah”. (riwayat
muslim). Sebagaimana yang dapat kita ketahui peranan kaum wanita yang asasi dan
sememangnya sesuai dengan sifat dan tabiatnya ialah sebagai isteri, ibu serta
pengasuh dan pendidik kepada anak-anak. Ataupun kita katakana bahawa tugas kaum
wanita yang terpenting ialah di sekitar urusan rumahtangganya.
Dalam konteks ini, wanita yang beriman atau
lebih dikenali digelar sebagai wanita solehah, rumahtangganya yang merupakan
pusat kegiatan bukanlah merupakan sebuah penjara sebagaimana dakwaan sesetengah
manusia zaman ini, tetapi adalah tempat dimana, isteri, suami dan anak-anaknya
membentuk kehidupan sebagai sesebuah keluarga muslim. Rumah juga merupakan
tempat bagi kaum wanita Islam memelihara kehormatannya, memelihara harta benda
suaminya dan menjaga anak-anaknya.
Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menjadikan
wanita dengan dilengkapkan rohani dan jasmani untuk memikul tanggungjawab
sebagai seorang isteri sekaligus sebagai seorang ibu. Peranan sebagai seorang
isteri adalah amat penting kerana memainkan peranan utama dalam usaha
mewujudkan sebuah rumahtangga yang bahagia. Rumahtangga bahagia hanya akan
wujud jika kedua –dua pihak(suami, isteri) memahami dan melaksanakan peranan
masing-masing.
Rasulullah pernah bersabda”Jika sekiranya ada
perintah dari Allah SWT untuk menyuruh manusia sujud kepada seseorang manusia, nescaya
aku akan menyuruh isteri sujud kepada suaminya “(riwayat Imam Ahmad). Hadis ini
merupakan peringatan dari rasulullah SAW kepada para isteri agar mereka
menumpukan seluruh kecintaan dan kepatuhan kepada suami mereka selama mana
mereka tunduk kepada perintah Allah dan Rasul.
Sebagai kesimpulan dapatlah dikatakan bahawa
sebaik-baik wanita adalah yang dapat menyenangkan suaminya jika dia melihatnya,
mentaatinya suaminya jika dia memerintahnya dan dia tidak menyelisihi suaminya
dalam hal yang dibenci suami pada dirinya dan harta suaminya.
1. 0 PETUA MENJADI CALON ISTERI YANG BAIK
1. 1) Al waduud (Rasa Cinta)
Al waduud ialah perasaan besar cinta
seseorang isteri kepada suaminya. Perkara ini telah dapat diketahui pada saat
seseorang isteri itu menentukan mas kahwin ataupun hantaran. Jika seseorang
isteri meminta maskahwin yang tinggi padahal tahu kemampuan pasangannya itu
membuktikan bahawa rasa cintanya sangat sedikit. Sebaliknya jika isteri meminta
sesuatu yang sesuai dengan kemampuan pasangannya itu menggambarkan kesucian
hatinya.
1. 2) As-Sittirah (Menyimpan rahsia)
Iaitu pendiam atau menyimpan rahsia dengan
kuat kerana dalam konteks ini isteri merupakan tempat tertumpahnya perasaan dan
keluh kesah suami, maka seseorang lelaki itu akan melihat apakah pasangannya
seorang wanita yang suka berbicara atau membuka rahsia orang. Ataupun seseorang
pasangan yang sentiasa menjaga mulutnya dari berkata perkara yang tidak
bermanfaat.
Wanita yang senang membincangkan perkara yang
kecil-kecil juga merupakan gambaran bahawa seseorang isteri itu senang membuka
rahsia suaminya. Seorang isteri yang baik hendaklah menjaga rahsia dan
masalah-masalah suaminya dan jangan terlalu mudah menceritakan kepada
sesiapapun tentang keperibadian suaminya. Jika sesorang isteri itu ingin
menceritakan juga, maka sampaikanlah yang baik-baik.
Seseorang isteri hendaklah tinggal diam di
rumah suaminya, jika ingin keluar rumah isteri hendaklah meminta izin suaminya
terlebih dahulu untuk pergi ke klinik, hospital dan perkara penting yang lain. Dan
janganlah kaum wanita berkunjung ke rumah tertangga kemudian membuka aib dan
rahsia keluarga sendiri atau mengumpat orang lain. Oleh itu, sebabnya Islam
menyuruh agar lelaki memilih calon isteri yang mampu menyimpan rahsia dengan
baik.
1. 3) Al zlizh fill Ahliha(Teguh pendirian)
Sifat ini iaitu teguh dalam menghadapi
bencana rumah tangga. Dalam hal ini isteri tidak suka mengadu kepada orang lain
atas segala penderitaan yang dialaminya, walaupun kepada orang tuanya sendiri. Segala
penderitaan yang dirasai oleh nya di dalam rumahtangga seseorang isteri itu
akan menghadapi dengan penuh ketabahan dan sentiasa menyerah diri kepada Allah SWT.
Hanya kepada suaminya seseorang isteri itu akan
membincangkan sesuatu yang sukar untuk dihadapi dan diselesaikan. Kemudian
hanya kepada Allah berdoa untuk meminta rahmat dan mengharapkan rezekinya luas.
Wanita yang sebegini tidak akan mendorong suaminya melakukan dosa dalam
menghadapi kesukaran rumahtangga. Tetapi ia akan berusaha mengajak suaminya
untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah agar segala aktiviti kehidupan yang
mereka kerjakan dinilai sebagai satu ibadah.
1. 4) Az zaliilah Ma’a Ba’lihaa(Merendah
diri)
Sifat ini iaitu merendahkan diri atau patuh
kepada suami. Sifat ini merupakan sifat yang paling sukar dan berat untuk
dilakukan oleh setiap kaum wanita. Ramai dikalangan isteri ingin masuk campur
segala urusan suaminya kerana mereka berasa mereka berhak untuk mengendalikan
gerak geri suaminya. Keperibadian isteri semacam ini akan mempengaruhi
keharmonian rumahtangga. Kerana ramai kalangan wanita hanya menonjolkan
perasaan cemburunya. Tetapi jika berbincang dengan baik itu dianjurkan.
Dalam konteks ini, isteri yang baik adalah
yang bukan mengendali segala gerak geri suaminya kemudian membenci dan
memarahinya. Tetapi isteri yang baik itulah menjadi sebagai penasihat suaminya
jika suaminya melakukan perkara yang tidak baik atau membiarkan keadaan
rumahtangga menjadi tidak harmoni. Oleh yang demikian, jika suami telah
melakukan kewajipannya terhadap anak dan isterinya dengan baik dan sesuai
dengan tuntutan Islam, maka isteri tidak boleh mencemburuinya tanpa alasan.
1. 5) Al-Hashaanu(Membatasi Diri)
Al-Hashaanu bermaksud pembenteng atau
pembatas. Kerana seseorang isteri muslimah wajib membatasi dirinya dalam
bergaul dengan orang lain. Isteri hanya boleh menunjukkan dirinya secara bebas
di hadapan suaminya saja. Walaupun berada didalam rumah, tetapi jika ada orang
lain yang bukan muhrimnya namun dia mesti tetap harus menutup dirinya dengan
pakaian muslimah.
Seorang
wanita solehah tidaklah dibenar menampakkan auratnya yang dapat menimbulkan
rangsangan walaupun terhadap anak kandungnya sendiri. Oleh sebab itu, seseorang
isteri yang baik walaupun berada di rumah jika keluar dari biliknya hanya
memakai baju tidur, kerana harus menjaga dirinya dalam menutup aurat.
Menutup aurat dengan baik supaya dapat menjaga
diri daripada timbulnya fitnah sehingga menggangu hubungan antara suami dan
isteri. Kerana jika seseorang suami penuh keyakinan bahawa aurat isterinya
hanya semata-mata diperlihatkan untuknya, maka suami akan merasakan cemburu
dengan isterinya. Dengan demikian kecintaanya terhadap isterinya semakin
mendalam. JIka ini dapat dilaksanakan rumahtangga akan menjadi aman damai.
1. 6) Mendengar Dan Mentaati Perintah Suami
Di antara ciri isteri yang solehah iaitu
mendengar dan mentaati perintah suami yang benar. Segala perintah suami yang
tidak bertentangan dengan agama dan akhlak harus dilakukan dengan baik. Dengan
demikian suami merasa redha dan puas atas bantuan isteri, begitu juga dengan
isteri merasa puas dengan layanan dan tanggungjawab suami terhadapnya.
1. 7) Menyerahkan Diri Kepada Suami Secara
Baik
Seorang isteri yang solehah bersedia secara
keseluruhannya untuk melayani suami tatkala mereka berdua. Isteri dengan penuh
kemesraan dan keikhlasan memenuhi keinginan suaminya. Kerana apabila isteri
bersikap acuh tak acuh atau bersikap dingin terhadap suaminya ini akan
menimbulkan persangkaan buruk dari pihak suami terhadap diri isteri. Jika ini
terjadi maka ini merupakan awal menuju keruntuhan rumahtangga.
Maka isteri yang baik, harus memahami betul
akan keperluan suaminya. sebab hubungan batin antara suami san isteri itu
merupakan bunga –bunga yang menwarnai kehidupan agar tidak sepi dan gersang. Kerana
jika hubungan ini terganggu akan menyebabkan tekanan jiwa dan segala aktiviti
menjadi terganggu.
2. 0 PETUA BERHIAS BAGI ISTERI SOLEHAH
Wanita solehah disuruh berhias dalam batas
yang disyariatkan Islam, agar tetap memperolehi pujian, kebahagian dan
kehormatan. Diantara bukti bahawa agama Islam yang lurus dan sesuai dengan fitrah
ini menganjurkan agar wanita solehah berhias iaitu:
2. 1)Allah Cinta Keindahan
Berhias atau bersolek bagi wanita merupaka
perkara yang baik. Jika dilakukan untuk suaminya. Sebab dengan berhias tersebut
dapat menimbulkan keindahan dan kecantikan. Allah SWT Maha indah dan Dia
menyukai dengan yang bersih atau Indah. Dalam sebuah hadis disebutkan “Dari
ibnu Mas’ud r. a berkata, bersabda Rasulullah s. a.. w: “ Sesungguhnya Allah
itu indah dan cinta keindahanya”(riwayat muslim)
2. 2) Berhias merupakan fitrah Insan
Berhias atau mencantikkan diri serta
membiasiakan melakukannya dengan tujuan untuk kebahagian jiwa dan rumahtangga
merupakan anjuran Islam. Allah SWT telah menjadikan kecenderungan berhias memakai
harum-haruman, dan menyukai kebersihan merupakan bahagian dari fitrah dan
sunnah para rasul. Rasulullah SAW bersabda maksudnya:”Dari Abu ayyub r. a
berkata, bersabda Rasulullah SAW:”Rasa malu, suka dengan wangian atau
harum-haruman, bersiwak dan nikah adalah sunnah para Rasul”
2. 3) Memakai Wangian Setelah Haid
Rasulullah SAW menganjurkan kepada kaum
muslimah agar memakai wangian atau harum-haruman ketika selesai haid. Tujuannya
untuk menghilangkan bau yang kurang sedap serta memberi motivasi terhadap
kecintaan suami. Dari Aishah r. a seorang wanita bertanya kepada Rasulullah SAW
tentang membersihkan atau mencuci bekas haid. Kemudian Rasulullah SAW
memberikan petunjuk bagaimana harus mencucinya baginda bersabda:”ambillah
sedikit minyak wangi untuk mencucinya. ”wanita itu berkata”Bagaimana kami
mencuci kannya?”Rasulullah SAW menjawab “Sucikan dengan itu “wanita itu
bertanya bertanya lagi:”BAgaimana membersihkannya ?”Rasulullah bersabda
“Subhanallah, sucikanlah “Aishah berkata :”Maka wanita itu aku Tarik
mendekatiku dan aku katakana kepadanya bersihkan dekat bersih darah”(riwayat
mutafaqun alaih)
Hadis diatas menjelaskan bahawa seorang
wanita yang telah suci daripada haid hendaklah menggunakan kapas ataupun kain
yang lembut kemudian disapukan minyak wangi yang harum di kemaluannya. Tujuannya
agar bau yang tidak sedap tersebut menjadi hilang. Begitulah wahai muslimah
betapa indahnya Islam yang sentiasa mengajar kepada umatnya agar sentiasa
bersih, mengutamakan keindahan serta berhias untuk memberikan keterangan pada
jiwa dan raga.
3. 0 PETUA MENYAMBUT KEPULANGAN SUAMI
Sambutan seorang isteri yang solehah terhadap
suaminya merupakan kedamaian yang dating dari syurga, yang akan membawa kepada
kedamaian. Sikap baik seorang isteri terhadap suaminya juga akan memperoleh
rahmat dan redha daripada Allah SWT, sehingga keluarga mereka berasa aman dan
bahagia. Diantara beberapa petua yang harus dilakukan oleh seseorang isteri
yang solehah ketika menyambut kepulangan suaminya iaitu:
3. 1) Berhias Dan Memakai harum-haruman
Perkara yang membuat hati seorang suami
senang dan merasa terpikat melihat isterinya iaitu ketika melihat isterinya
dalam keadaan bersih dan rapi. Contohnya, pakaian bersih, wajahnya berseri-seri,
rambutnya disikat dengan bagus kemudian dengan memakai harum-haruman yang
menyenangkan. Agama Islam telah menganjurkan kepada isteri solehah berhias
dengan bersih dan menawan untuk suaminya agar kebahagiaan suami isteri tetap
terjamin dan harmoni. Oleh hal ini kerana, wanita merupakan sebaik-baik
perhiasan dunia bagi suaminya. Berhias bukan satu perkara yang berat untuk
dilakukan oleh seseorang isteri untuk menyenangkan suaminya. Namun ramai di
kalangan wanita zaman sekarang tidak menyedari kepentingan berhias dan memakai
harum-haruman dalam rangka menyegarkan hubungan suami dan isteri
3. 2) Wajah Yang Berseri-Seri
Ketika menyambut kepulangan suami, isteri
haruslah berusaha untuk menyambutnya dengan wajah berseri-seri baik dari tempat
kerja mahupun ketika pulang dari tempat yang jauh. Hal ini kerana senyuman dan
wajah yang manis itu merupakan motivasi bagi suami untuk terus hidup dengan
aman, sekaligus merupakan sumber ilham untuk menciptakan kebhagiaan hidup
berumahtangga. Rasulullah telah bersabda maksudnya:”Rasulullah SAW bersabda
kepadaku :”Janganlah kamu meremehkan kebaikan walaupun sekecil apapun, walau
hanya sekadar muka yang manis yang kamu berikan ketika berjumpa dengan
saudaramu”
3. 3) Penuh Kehangatan Dan Kerinduan
Suatu perkara yang dapat menjadi penawar
kelelahan suami ketika pulang dari tempat kerja atau dari tempat jauh iaitu
ungkapan penuh kerinduan terhadapnya. Isteri yang bijak dan cerdas pasti akan
menyambut kedatangan suaminya itu dengan penuh kehangatan. Kerana menyedari
dengan cara demikian suami merasa dihargai dan dihormati oleh orang yang
disayangi.
Suami akan merasa tanggungjawab terhadap
dirinya serta terhadap keluaraganya. Isteri tidak akan mudah tergoda dari
segala duagaan dan cubaan ketika berada di luar rumah. Sebab ia yakin dan
percaya segala apa yang diperolehnya di rumahtangganya sendiri lebih bermakna dan
lebih hangat dibandingkan dengan sesuatu berada di luar rumahtangganya.
Dalam konteks ini, peranan para isteri dalam
mencurahkan rasa kerinduan terhadap suaminya ketika menyambut kepulangannya
sangat penting sekali dalam rangka mempereratkan tali cinta dan kasih antara
suami dan isteri. Rumahtangga menjadi harmoni, sehingga akan merasakan betapa
nikmatnya erti sebuah rumahtangga yang bahagia penuh kasih saying serta
mendapat rahmat Allah SWT.
3. 4) Melembutkan suara
Diantara kelebihan wanita adalah suaranya
yang indah dan lembut, maka para isteri gunakanlah kelebihan ini untuk
menghibur hati suami dan menggodanya agar ia sentiasa tertarik dengan isteri
yang menjadi idamanya. Ketika berbicara dengan suami, hendaklah menghiasi
suaranya dengan alunan yang lembut dan penuh kesopanan. Dan amat berdosa jika
isteri memberikan kelembutan suaranya itu untuk lelaki lain kerana itu dapat
menimbulkan fitnah.
Allah SWT berfirman:”Hai isteri-isteri nabi
semua tidaklah seperti wanita lain, jika kamu bertaqwa. Maka janganlah kamu
tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam
hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik”. Untuk para wanita muslimah serta
isteri-isteri yang solehah akan berusahalah untuk berbicara dengan baik
terhadap suami sendiri. Islam memberikan pedoman yang baik dalam berbicara.
a. Berbincanglah terhadap sesuatu perkara
dengan cara menyenangkan
b. Ketika berbicara gunakanlah ayat dan
kalimat yang baik
c. Bersikaplah dengan penuh perhatian dengan
menghadapkan muka kita ketika berbicara dengan orang lain
d. Panggillah suami dengan gelaran atau
panggilan yang dia sukai
e. Tidak dilarang jika isteri menggunakan
kata-kata manja terhadap suaminya
3. 5) Menyiapkan Hidangan
Jika suami pulang kerumah telah sampai waktu
makan, isteri hendaklah menyiapkan hidangan untuk suami serta keluarga dengan
cara baik. Kerana ramai di kalangan orang lelaki jika perutnya lapar sedangkan
badannya letih kerana baru pulang dari tempat kerja akan kurang pertimbangan. Oleh
sebab itu isteri yang bijak berusaha menjaga hidangan makanan untuk suaminya. Yakin
dan percayalah jika isteri sentiasa menjaga kesejahteraan suaminya ketika di
meja makan, maka suami akan merasakannya betapa nikmatnya makan di rumah
bersama isteri dan anak –anak nya. Jika ia pergi jauh ia akan sentiasa ingat
akan layanan yang diberikan isterinya ketika menikmati makanan. Berusahalah
agar isteri menemani suami ketika sedang makan. Jika isteri telah kenyang cukup
sekadar duduk di samping suami agar suami rasa dihargai.
4. 0) CIRI-CIRI ISTERI SOLEHAH
4. 1)Taat Kepada Perintah Suami
Rasulullah SAW bersabda” Jangan dilakukan, kerana
jika sekiranya aku menyuruh manusia bersujud, tentulah aku menyuruh kaum wanita
bersujud kepada suaminya dan demi Allah yang nyawaku berada ditanganNya tidaklah
seseorang wanita itu menunaikan hak suaminya. ”Salah satu daripada perkara yang
dapat membantu untuk menwujudkan rumahtangga yang bahagia ialah ketaatan isteri
kepada suami dalam setiap perintahnya selama perintah itu bukan merupakan suatu
perkara maksiat kepada Allah SWT. Islam menjelaskan bahawa tidak boleh taat
kepada makhluk yang melaksanakan maksiat kepada Allah SWT dan ketaatan hanya
diperbolehkan dalam hal yang dibenarkan oleh syariat Islam.
4. 2) Jujur Dan Taat Setia Kepada Suami
Isteri yang solehah itu hendaklah sentiasa
jujur dan taat setia yang tidak berbelah bagi terhadap suaminya dalam sebarang
hal yang diizinkan oleh syara. Kesetiaan nya terhadap suaminya itu bukanlah
hanya kerana ia sebagai seorang isteri, tetapi adalah kerana telah bersedia
menerima suaminya itu sebagai pelindung.
Di dalam sebuah hadith, Rasulullah
Sallahu’alaihi wasalam telah menyebut bahawa jika seseorang isteri itu
menyayangi suaminya, menyenangkan hati dan taat setia kepadanya, maka mereka
adalah setaraf dengan suaminya dalam mengerjakan amalan-amalan yang ma’aruf. Isteri
hendaklah menyampaikan hajat suaminya, iaitu perkara –perkara yang
diperbolehkan Islam termasuk mengenai hubungan kelamin. Rasulullah
Sallah’Llahualaihi wa sallam bersabda, ”Jika suami mengajak isterinya ke
pembaringannya, sedang ia tidak memenuhi kehendak suaminya, sehingga
menyebabkan suami tidur marah sepanjang malam, maka para malaikat akan
melanatnya hingga ke subuh. ”(riwayat Bukhari dan muslim)
4. 4) Isteri Sebagai sumber kekuatan jiwa
Isterinya yang solehah hendaklah menjadikan
dirinya sumber kekuatan jiwa, menjadikan dirinya sumber kekuatan jiwa, menjadi
pendorong dan menjadi pembantu perjuangan suaminya. Adalah tidak wajar bagi
mana-mana isteri yang menjadi penghalang yang besar kepada suaminya dalam
perjuagannya menegakkan hokum Allah SWT. Jika dilayan dengan baik dan sempurna,
suami hidup jiwanya dan dia akan menjadi penjuang Islam yang hebat.
Contoh terbaik adalah seperti apa yang
dilakukan oleh saidatina Khadijah Binti Khuwalid, isteri Rasulullah SAW. kepulangan
Rasulullah SAW dengan keadaan gerun dan menggigil selepas menerima wahyu yang
pertama dari Jibril a. s disambut oleh Siti Khadijah dengan keadaan tenang dan
penuh kasih sayang. Khadijah, isteri yang patuh dan sangat setia kepada
suaminya itu segera menyelimutkan suaminya. Setelah keadaannya agak reda, Rasulullah
SAW menceritakan kepada segala peristiwa yang berlaku terhadap baginda di Gua
Hira. Khadijah isteri yang bijaksana itu tidak memperlihatkan kekhuatiran dan
kecemaran hatinya bahkan dia kelihatan tenang. Demikianlah Khadijah
mententeramkan hati suaminya dan contoh seumpama inilah yang seharusnya menjadi
teladan buat sekelian wanita Islam.
4. 5) Bersopan-santun terhadap suami
Sebagai seorang isteri yang solehah mereka
hendaklah bersopan-santun terhadap suaminya. Iaitu dengan berlemah lembut tutur
kata dan gerak laku di hadapan suaminya. Isteri hendaklah menjauhi kata-kata
atau perkataan yang menyakitkan hati suaminya seumpama memaki, berkata-kata
tanpa izin atau melafazkan perkataan yang dilarang oleh syarak mahupun adat. Demikian
juga seseorang isteri itu hendaklah sentiasa merasa malu dan merendahkan
pandangan matanya ketika berda di hadapan suaminya. Isteri hendaklah sentiasa
memperlihatkan wajah yang manis di hadapan suaminya agar dapat menyenangkan
hati suaminya.
Suami yang kelihatan pulang dari kepenatan
berkerja tentulah merasa amat terhibur, malah hilang segala kepenatannya jika
isteri yang menyambutkan pulang sentiasa berwajah manis. Tetapi sebaliknya, cuba
bayangkan betapa kecewa perasaan suami jika kepulangannya itu disambut dengan
wajah masam cuka.
4. 6) Memberatkan Atau Memaksa
Janganlah seseorang isteri itu memberatkan
atau memaksa suaminya memberi nafqah seperti makanan, pakaian, wang ringgit dan
tempat tinggal lebih dari kadar yang diperlukan. Bahkan hendaklah ia sentiasa
berpada-pada (qana’ah)dengan apa jua pemberian suaminya itu. Contoh yang paling
ketara dalam hal ini ialah apa yang berlaku kepada puteri kesayangan Rasulullah
Salla’Llahu ‘alaihi wa sallam iaitu Saidatina Fatimah. Walaupun ia terpaksa
menghadapi segala macam kesusahan bersama suaminya Saiyyidina Ali (Rasulullah
Salla’llahu ‘alaihi wa sallam menangis melihat keadaanya), namun ia tetap
bersabar serta sentiasa mengharapkan keredhaan Allah Subhanu wa Ta’ala. Dalam
hal ini Rasulullah Salla’Llahu ‘alaihi wa salam, pernah bersabda maksudnya, ”maksudnya
untuk mencapai kesenangan akhirat, Fatimah seharusnya menelan kepahitan hidup
di dunia ini”. Begitu juga janganlah bagi seseorang isteri itu merungut-rungut
terhadap suaminya tentang keperluannya. Dalam sebuah hadis, Rasulullah
Salla’Llahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda, ”Sesungguhnya Allah tidak
memandang kepada seseorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya”.
4. 7) Meminta Izin Untuk Keluar Rumah
Isteri dianggap sebagai derhaka sekiranya keluar
rumah tanpa izin atau tanpa ditemani oleh suaminya atau mahramnya. Hal ini
mendapat tegahan di sisi syara’, walaupun ia keluar adalah adalah semata –mata
untuk menziariahi kaum keluarga, ibubapa atau kerana menuntut ilmu fardhu ‘ain
yang suaminya mampu mengajarkannya, apatahlagi kalau ia keluar rumah kerana
melibatkan diri dengan kelab-kelab wanita persatuan dan sebagainya. Isteri yang
solehah tidsk mempunyai cita-cita langsung untuk keluar kononya untuk berjuang,
berkhidmat kepada masyarakat, mengejar kemajuan dan sebagainya kerana yang
demikian itu tidak menjamin rahmat dan redhaan Allah Subhanu wata’ala, bahkan
mendedahkan diri kepada berbagai-bagai fitnah.
Rasulullah Salla’Llahu ‘alaihi wa sallam
“tiap wanita yang keluar rumah tanpa izin suaminya, sesungguhkan dia dalam
kemurkaan Allah sehinggalah ia kembalikan ke rumahnya atau suaminya redha akan
dia”
4. 8) Memberi Layanan Yang baik
Isteri hendaklah sentiasa memberi layanan
yang baik kepada suami sama ada ketika senang ataupun susah, kerana suami
berusaha mencari nafkah sementara isteri menjaga rumah tangga dan mendidik anak,
suami juga bertanggungjawab menjaga keselamatan daripada pencerobohan dan
musuh-musuh yang ingin menghancurkan rumahtangga.
4. 9) Memberi Motivasi terhadap cita-cita
suami
Isteri yang solehah adalah isteri yang mahu menjadi
teman berunding bagi suami, menjadi sahabat dalam menyelesaikan berbagai
masalah. Itulah sebabnya hubungan suami isteri itu diertikan orang sebagai
“teman hidup”. Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita –citanya dan
cita-cita keluarga, maka isterilah yang memainkan peranan penting memberi
motivasi kepda suami, serta menghiburkan hatinya.
Isteri teladan di samping memberi dorongan
dan motivasi isteri merupakan sumber ilham bagi suaminya. kerana apabila suami
memandangnya hati menjadi tenteram dan damai. Sehingga segala masalh selalu
dihadapinya dengan mudah dan dihadapinya secara bersama-sama.
PENUTUP
Hasil
pembacaan saya, saya dapati Allah dan Rasul menghendaki para wanita dapat
menjadi isteri solehah. Bahkan sebaik-baik perhiasan itu Rasulullah kata ialah
isteri solehah. Isteri solehah ialah seorang isteri yang dapat menjadi
serikandi dan bidadari serentak, dalam masa yang sama dan pada diri yang sama. Boleh
melayan suami dan melakukan kewajipannya dalam perjuangan.
Sebagai bidadari suami, dia harus berusaha untuk taat, berkhidmat dan menghiburkan suami dalam semua keadaan. Walau isteri dalam keadaan sakit dia bangun berusaha nak hiburkan suaminya. Kalaulah dia sakit hingga membawa mati, dia boleh dapat mati syahid kerana berkhidmat kepada suami. Tetapi selaku isteri mesti berusaha buat yang terbaik. Kalau dapat diusahakan, itu sangat disukai Allah dan Rasul.
Sebagai bidadari suami, dia harus berusaha untuk taat, berkhidmat dan menghiburkan suami dalam semua keadaan. Walau isteri dalam keadaan sakit dia bangun berusaha nak hiburkan suaminya. Kalaulah dia sakit hingga membawa mati, dia boleh dapat mati syahid kerana berkhidmat kepada suami. Tetapi selaku isteri mesti berusaha buat yang terbaik. Kalau dapat diusahakan, itu sangat disukai Allah dan Rasul.
Tuhan tawarkan lelaki untuk mati syahid di medan juang. Wanita pula tidak ada tawaran begitu. Tapi wanita diminta hanya memberi sepenuh ketaatan dan khidmat kepada suami. Kalau isteri boleh lakukan begini, maka suami akan dapat rasakan sudah ada bidadari dalam hidup nya.
Saya berpendapat pada zaman dahulu kita tidak begitu memahami perkara-perkara sebegini, oleh sebab itu para isteri gagal dalam melayan suami. Apabila Rasulullah memberi panduan sebegini barulah kita memahami bahawa di rumah tidak boleh ada serikandi sahaja. Rupanya peranan serikandi berjuang kena selari dengan peranan bidadari. Pakejnya kena lengkap, yakni adanya peranan serikandi yang dilengkapkan dengan peranan bidadari pada dirinya. Setiap isteri itu kena jadi bidadari dan serikandi dalam dirinya sekali gus.
Bahkan dalam hadis, Rasulullah bersabda kalaulah Tuhan izinkan ada makhluk boleh sembah makhluk lain nescaya Rasulullah perintahkan isteri sujud kepada suaminya. Ertinya peranan isteri sebagai bidadari yang taat, khidmat dan menghiburkan. Setiap insan yang bernama wanita pasti ada perasaan ingin menjadi yang terbaik dalam hidupnya sama ada sebagai rakan yang terbaik, anak yang terbaik, isteri yang terbaik atau Muslimah yang terbaik kerana semua perasaan itu adalah satu kurniaan dari Allah SWT.
Habsah Md. Nor, (1999). Wanita
Solehah:kedudukan personaliti dan ciri-cirinya, cetakan kedua. Kuala
Lumpur:Darul Nu’man.
Hamizan Hussin, (1994). Wanita Solehah, Cetakan
Pertama. Penerbitan Al-Masyur Sdn. Bhd, Bismi Publishers.
Mohd Ali Abu Bakar, (2000). Kewajipan Muslim,
Cetkan pertama. Kota Bharu:Syarikat Jaafar Rawas.
Hamizan Hussin, (1988). Wanita Islam, Cetakan
Pertama. Kuala Lumpur:Dewan Pustaka Fajar
Ahmad Muhammad Jamal, (1990). Wanita Bertanya Islam
Menjawab, Cetakan Pertama. Perlis:H. I. Press. CvUstaz Abd Aziz bin Harjin
Hp: 013-400 6206
Pj: 04-9882701
Ru: 04-9882597
email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
url: abdazizharjin.blogspot.com