Tajuk:
Pengubatan Islam Mengikut Nabi Saw
Disediakan Untuk:
Ustaz Abd Aziz B Harjin
Pensyarah Pendidikan Islam
Disediakan Oleh:
Nur Aqidah Binti Che Nadzir
2014673564
ABSTRAK
Pengubatan Islam merupakan satu ikhtiar
penyembuhan penyakit jasmani dan rohani oleh orang Islam yang mahir dalam
kaedah rawatan dengan menggunakan ayat-ayat Al Quran atau hadis, atau amalan
salaf al-soleh, dan ulamak muktabar, atau kesemuanya sekali serta menggunalan
kaedah-kaedah atau bahan-bahan yang dibenarkan syarak. Pengubatan atau
perubatan Islam mulai muncul pada zaman selepas kerasulan nabi Muhammad SAW dan
ia terus berkembang sepanjang abad-abad ketamadunan Islam seperti Al-Razi, Ibn
Sina dan Ali Ibna Abba. Ilmu perubatan Islam ini diamalkan dengan luasnya
ketika tamadun Islam mencapai kemuncak kegemilangannya. Pada mulanya ilmu ini
telah dicedok dari pengaruh tamadu kuno dan kemudiannya dimajukan lagi sejajar
dengan perkembangan tamadun Islam. Unsur dan pengaruh kuno adalah
kebanyakkannya berasal dari ilmu perubatan yunani atau sistem perubatan
Hippocrates, dan juga amalan-amalan perubatan dari India dan China. Walau
bagaimanapun hakikatnya al-Qur'an adalah panduan untuk kejayaan umat Islam di
dunia dan di akhirat. Ia adalah dalil kewujudan Allah dan membuktikan bahawa
Allah adalah Maha Bijaksana dan Maha Pencipta. Ia bukanlah satu buku teks
perubatan khusus dan Ia tidak menetapkan ubat yang khusus untuk penyakit yang
khusus. Kitab ini ternyata menyuruh manusia supaya berfikir, berusaha dan
menambah ilmu untuk kebaikan manusia yang lain, maka dengan itu peranan yang
dimainkan oleh al Quran adalah sangat besar dan suci untuk dibandingkan dengan
ilmu perubatan.
Walau bagaimanapun berdasarkan beberapa hadis
Nabi SAW perubatan dengan Ru’yah ternyata satu pilihan yang tepat. Pengamal dan
pesakit perlu mempunyai kenyakinan yang tinggi dan memahami bahawa penyakit itu
datang dan pergi dengan izin Allah.
PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirrahim.......
Alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi kerana
berkat limpah kurnia rahmat ilmunya telah membantu saya untuk menyiapkan kerja
kursus untuk subjek CTU dengan jayanya. Selain itu, berkat ikhlas bantuan
daripada pelbagai pihak turut banyak membantu saya.
Ribuan terima kasih saya ucapan kepada ustaz
Abd Aziz bin Harjin yang telah banyak memberi tunjuk ajar, memberi begitu
banyak panduan dan memberi pelbagai nasihat dan cadangan yang berguna bagi
membantu menyiapkan tugasan ini.
Turut ditujukan ucapan terima kasih ini
kepada ibu saya yang telah membantu memberi sokongan dan galakan yang tidak
ternilai kepada saya.
Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan saya
yang telah memberikan bantuan tunjuk ajar serta bimbingan yang banyak, terima
kasih yang tidak terhingga saya ungkapkan. Semoga kita bersama dapat
menyempurnakan tugasan ini dengan baik.
Akhir kalam, sekali lagi setinggi-tinggi
ucapan terima kasih saya ucapkan kepada semua yang telah membantu saya dalam
penghasilan kerja kursus ini.
PENDAHULUAN
Syukur kehadrat Illahi, denga limpahan
rahmatNya memberi saya kekuatan untuk menyempurnakan tugasan saya dengan lancar
dan membantu saya untuk memartabatkan serta menerangkan cara merawat kesihatan
dan penyakit menurut nabi SAW.
Tujuan esei ataupun kerja kursus ini dibuat
bukanlah semata-mata untuk mendapatkan markah tetapi bertujuan besar untuk
menyampaikan kaedah-kaedah yang sudah teruji dan terbukti bagi merawat dan
mengatasi pelbagai jenis penyakit yang menimpa manusia. Ini juga adalah untuk
kita saling ingat-mengingati dan memberitahu antara umat Islam akan sesetengah
cara penting yang telah dilupakan dan diabaikan sambil lewa sahaja oleh kita.
Skop esei saya adalah merangkumi tentang
rahsia-rahsia kesihatan dan cara merawat dan menjaga kesihatan dengan merasai
sendiri caranya. Seterusnya, saya juga berharap agar kita dapat memanfaatkan
dan mempraktikkan segala ilmu yang terdapat disini dalam menjalani kehidupan
seharian kita. Dengan ini, mudah-mudahan kita sentiasa mendapat limpahan rahmat
dan kasih sayang Allah serta berada di dalam keberkatan-Nya.
Akhir sekali, kita sebagai umat Islam tidak
harus hanya berharap kepada perubatan moden sebaliknya menggunakan perubatan
secara Islam kerana Pengubatan dengan mnggunakann ayat-ayat Al Quran bukanlah
merupakan satu amalan baru di kalangan umat Islam biarpun ramai orang yang
masih meragui kesahihannya. Kita juga haruslah mengambil inisiatif untuk
membantu mengembangkan kemajuan Islam di abad ini. Ini kerana kita juga telah
dipilih oleh Allah untuk menjadi khalifah di muka bumi ini. Maka, setiap umat Islam
juga haruslah meneruskan jihad ini.
Wassalam.
RAHSIA MENGUBATI KESIHATAN KELUARGA MUKMIN.
Makanan
Allah SWT berfirman yang bermaksud :
“…. makan dan minumlah kamu, jangan melampaui
batas…”
(Al-A’raf : 31)
Allah
SWT memberikan petunjuk kepada hamba-hamba-Nya untuk memasukkan makanan dan
minuman ke dalam tubuh yang dapat memperkuatkan ketahanan badan. Namun kadar
mahupun cara memakannya adalah yang dapat membawa manfaat untuk tubuh. Jika
makanan itu melampaui ukuran yang semestinya dan tidak sesuai dengan
kaifiatnya(cara memakannya), maka hal itulah yang disebut melampaui batas dan
hal ini jelas menimbulkan penyakit. Demikian pula sebaliknya, tidak makan dan
tidak minum juga menimbulkan penyakit. [1]
(Abdul Shukor. 2004)
Beberapa
ketentuan yang baik untuk makanan adalah seseorang hendaklah memakan makanan
yang telah menjadi kebiasaan penduduk negerinya. Jika merasa jijik terhadap
suatu makanan, janganlah makanan itu dimakan. Sebab jika makanan itu tetap
dimakan, akan menimbulkan kemudratan bagi dirinya. (Abdul Shukor. 2004)
Sahabat Anas bin Malik berkata:”Rasulullah SAW tidak
pernah mencela satu makanan pun. Jika baginda mahu makan dimakannya dan jika
tidak, ditinggalkannya dan tidak dimakannya. Suatu ketika dihidangkan kepada
Rasulullah daging Dhab (sejenis biawak) yang telah dimasak. baginda tidak
memakannya, maka orang pun bertanya:”Apakah daging itu haram?” Rasulullah
menjawab: “Tidak, hanya saja makanan itu tidak didapati di negeri saya, maka
agak jijik. ”[2]
(Anas bin Malik)
Hendaklah
seseorang memakan buah-buahan negerinya di waktu datang musimnya berbuah. Ini
merupakan salah satu cara memelihara kesihatan. Sesunguhnya Allah SWT telah
menciptakan adanya musim buah-buahan pada suatu waktu tertentu yang bermanfaat
bagi kesihatan penduduk negeri tersebut jika memakannya. [3]
(Prof. Dr. Haron Din. 1987)
Mengenai
tatacara makan, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “ Sesungguhnya aku duduk
sebagaimana seorang hamba duduk dan aku makan sebagaimana seorang hamba makan. ”
Dalam hadis lain secara jelas diterangkan bahawa Nabi Muhammad SAW makan dengan
duduk bersila, melipat kaki kanan di sebelah depan dan kaki kiri di sebelah
dalam. Duduk seperti ini adalah duduk yang rileks dan paling baik bagi posisi
pencernaan, kerana seluruh anggota tubuh berada dalam posisi yang alami. (Ibnul
Qayimal Al-Jauziah. 2010)
Menu
makanan Rasulullah SAW juga diatur sedemikian rupa. Baginda sekali-kali tidak
pernah mencampur susu dengan ikan, susu dengan sesuatu yang masam, dua jenis
makanan yang menghangatkan, dua jenis makanan yang menyejukkan, dua jenis
makanan yang lengket, dua jenis makanan yang kecut, dua jenis makana yang keras
menjadi satu hidangan yang dicampur. (Ibnul Qayimal Al-Jauziah. 2010)
Baginda
juga tidak pernah mencampur dua macam makanan yang saling berbeza seperti
makanan yang mudah dicerna dan yang lambat dicerna, makanan yang dibakar dengan
dimasak dan mencampur susu dengan daging. Di samping itu, baginda tidak pernah
memakan makanan ketika masih panas. [4]
(Ibnul Qayimal Al-Jauziah. 2010)
Nabi
Muhammad SAW sangat menganjurkan makan malam, walau pun hanya dengan segenggam
buah kurma. Baginda bersabda yang bermaksud: “Meninggalkan makan malam, (mempercepatkan
ketuaan)”
(HR:Tarmizi dan Ibnu Majah)[5]
Abu
Nu’aim meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW melarang orang tidur setelah makan, sebab
hal ini dapat mengeraskan (membebalkan) hati. Para ahli kedoktoran pun
menganjurkan agar berjalan (melakukan gerak) dahulu setelah makan malam sebelum
tidur, walau hanya sekadar 100 langkah sahaja. Langsung tidur setelah makan
menyebabkan timbulnya penyakit. [6]
(Ibnu Qayyim Al-Jauziah. 2006)
Minum
Minuman-minuman
yang biasa diminum Nabi Muhammad SAW yang pertama ialah madu. Dengan meminum
madu dapat menghancurkan riak-riak dahak di tenggorak dan sangat berguna bagi
kesihatan alat pencernaan. Madu adalah minuman yang paling banyak memberikan
manfaat untuk tubuh dibandingkan dengan minuman-minuman yang lainnya. (Abdul
Shukor. 2004)
Kedua
ialah air dingin yang sejuk. Air yang dingin sejuk dapat menghilangkan rasa
panas dengan menurunkan kembali suhu badan, melancarkan peredaran air dalam
tubuh dan keringat dapat keluar dengan baik. Air juga dapat keluar dengan baik.
(Abdul Shukor. 2004)
Ketiga
air manis. Air manis ini kadang-kadang adalah air yang bercampur madu dan
kadang-kadang dicampur kurma. (Abdul Shukor. 2004)
Keempat
ialah susu. Rasulullah SAW kadang-kadang meminum susu murni dan kadang-kadang
susu yang dicampur dengan sedikit air. Susu dapat menetapkan suhu badan sebagai
penghangat di musim dingin dan menurunkan suhu badan di musim panas. Mengenai
susu ini Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila salah seorang kamu
memakan makanan, makan hendaklah ucapkan: “Ya Allah. Berikanlah keberkatan
kepadanya dan berikanlah kami makanan yang lebih baik daripadanya. ” “Apabila
seseorang diberikan minuman susu, maka hendaklah ucapkan: “Ya Allah. Berilah
keberkatan padanya bagi kami dan tambahkanlah untuk kami daripadanya. Sesungguhnya
tidak ada sesuatu apapun yang memadai (mencukupi) dari makana dan minuman
kecuali susu. ”[7]
(Abdul Shukor. 2004)
Mengenai
tatacara minum, dalam hadis disebutkan yang bermaksud:
Dari
Anas bin Malik ra ia berkata: “rasulullah SAW dalam minumnya bernafas sebanyak
tiga kali. Dan baginda berkata: “ Yang demikian itu lebih dapat menghilangkan
dahaga, lebih sedap (enak) dan lebih dapat menyembuhkan (penyakit)”. [8]
(HR: Muslim)
Yang
dimaksudkan disini adalah mengambil nafas sebanyak tiga kali. Dalam hadis lain,
Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu minum dengan sekali
nafas bagaikan minumnya unta. Akan tetapi minumlah dengan dua atau tiga kali
tarikan nafas. Sebutlah nama Tuhan (membaca basmalah) apabila kamu ingin mulai
minum dan pujilah Tuhan (membaca Hamdalah) apabila kamu telah selesai. ”[9]
(HR: Tarmizi)
Imam
Ahmad berkata: “jika berkumpul empat hal pada suatu makanan, maka sesungguhnya
itulah yang paling sempurna, iaitu, dia wali dengan bacaan Basmalah, diakhiri
dengan Hamdalah, banyak tangan atasnya. (banyak orang memakannya) dan makanan
tersebut berasal dari yang halal. ”[10]
(Tuan Guru Dato’ Haron Din. 2011)
Pakaian
Pakaian
yang dikenakan Nabi Muhammad SAW sangat memberikan manfaat bagi tubuh, tidak
berat dibadan dan mudah memakai mahupun melepaskannya. (Ibnu Qayyim Al-Jauziah.
2006)
Baju
yang dipakai Rasulullah berlengan sampai ke pergelangan tangan, tidak sampai
melalui pergelangan tangan. Jika lengan baju melampaui tangan, tentu akan
menyulitkan si pemakainya dalam bergerak. Demikian pula jika lebih pendek dari
batas pergelangan tangan, tentu tidak dapat menahan udara panas mahupun dingin.
(Ibnu Qayyim Al-Jauziah. 2006)
Untaian
baju mahupun sarung Rasulullah sampai ke batas betis, tetapi tidak melalui mata
kaki, maka akan sulit bergerak seolah-olah terikat. Namun jika hujungnya di
atas betis, maka akan mudah terbuka dan sipemakainya akan kepanasan atau
kedinginan. (Ibnu Qayyim Al-Jauziah. 2006)
Serban
yang dipakai Nabi Muhammad SAW tidak terlalu besar, sehingga menjadi beban dan
berat untuk kepala. Akan tetapi serban baginda tidak pula terlalu kecil
sehingga tidak dapat melindungi kepala dari dingin dan panasnya udara. Jadi
ukuran serban baginda adalah sederhana. Hujung serban dijuntaikan pada tengkuk
baginda, sebab hal itu melindungi tengkuk dari panas dan dingin, apalagi
baginda yang sering menaiki kuda mahupun unta. (Ibnu Qayyim Al-Jauziah. 2006)
Rasulullah
SAW sering memakai sepatu (kasut), terutama ketika dalam musafir, kerana dengan
demikian kedua kaki terlindung dari rasa panas atau sejuk. Jika kita perhatikan
dengan baik, maka terlihatlah bahawa pakaian oleh Rasulullah SAW sangat sesuai
bagi kesihatan tubuh serta tidak menyulitkan dalam bergerak. Warna pakaian yang
paling disenangi oleh Nabi ialah warna putih, biru dan hijau. [11]
(Ibnu Qayyim Al-Jauziah. 2006)
Tempat Tinggal
Keadaan rumah tempat tinggal yang baik dan sihat
sebagaimana tuntutan Nabi Muhammad SAW adalah dapat melindungi penghuninya dari
panas dan sejuk. Selain itu, dapat membatasi pandangan mata (tertutup). Seterusnya
dapat mencegah masuknya binatang melata. Tidak ada kebimbangan roboh kerana
berat atau rapuhnya. Berikutnya, tidak terlalu sempit dan tidak pula terlalu
luas sehingga banyak ruang yang membazir. Bilik air juga dibuat sedemikian rupa
sehingga baunya tidak menganggu penghuni rumah. Peredaran udara juga haruslah
mencukupi. [12]
(Prof. Dr. Haron Din. 1987)
Olahraga (bersenam)
Sebagaimana telah diketahui, tubuh memerlukan makanan dan
minuman. Akan tetapi setiap makanan dan minuman yang masuk ke dalam tubuh kita
menjadi bahagian yang diperlukan oleh tubuh. Sisa makanan dan minuman yang
tidak diperlukan oleh tubuh itu, jika bertumouk-tumpuk akan menimbulkan
kemudharatan pula, kerana akan memberatkan badan dan memerlukan penyaluran
(jalan keluar), di mana jika hal ini tidak diperolehi akan menimbulkan penyakit.
Demikian pula jika terlalu sering makan dan minum, akan pengakibatkan makanan
itu menjadi panas atau rosak, menjadi dingin membeku ataupun suhu badan menjadi
tidak normal kerananya. (Abdul Shukor. 2004)
Untuk mengatasi kemungkinan timbulnya penyakit itu, maka
olahraga sangat diperlukan.
Dengan berolahraga, pembakaran dalam tubuh akan lancar, sisa
makanan akan tersalur keluar (umpamanya melalui peluh). (Abdul Shukor. 2004)
Sisa makanan yang berlebihan itu tidak terlalu lama
tersimpan dalam tubuh, maka badan pun menjadi ringan kembali dan aktif, siap
menerima makanan dan minuman yang baru, meluruskan persendian serta menguatkan
otot. Tubuh akan aman dari segala penyakit, jika olahraga itu dilakukan secara
teratur dan aktivitinya tidak melebihi yang semestinya. (Abdul Shukor. 2004)
Waktu melakukan olahraga hendaklah setelah makanan turun
ke perut, telah sempurna dicerna. Dalam olahraga, anggota tubuh yang paling
banyak digerakkan akan lebih kuat dibandingkan dengan yang lain. Dan hendaknya
olahraga itu dilakukan setahap dengan setahap, sedikit demi sedikit dari yang
paling ringan menuju yang paling berat. (Abdul Shukor. 2004)
Olahraga dapat pula dilakukan sebahagian-sebahagian
anggota tubuh, seperti olahraga kaki (berjalan atau berlari) olahraga mata
(pemglihatan), olahraga lisan (berbicara) dan sebagainya. Adapun seperti
olahraga atlit, memanah, menunggang kuda, gulat dan sebagainya termasuk
olahraga seluruh badan.
Olahraga jiwa, menuntut ilmu, senang, gembira, sabar, teguh
pendirian, murah hati dan berbuat baik. Di antara olahraga kejiwaan ini, yang
paling tinggi dan berat adalah sabar, mencintai, berani dan berbuat baik.
Semua ini harus dilakukan beransur-ansur tetap berterusan
yang mana akan menjadi satu amalan. (Abdul Shukor. 2004)
Jika diperhatikan dengan teliti, jelas bagaimana
sempurnanya tuntutan Rasulullah SAW untuk memelihara kesihatan dan kekuatan
yang membawa manfaat untuk kehidupan dunia dan akhirat. [13](Abdul
Shukor. 2004)
Harum-haruman
Harum-haruman
merupakan makanan jiwa. Jiwa akan membuatkan kita menjadi kuat. Kekuatan jiwa
sangat berfaedah untuk kesihatan otak, hati dan seluruh anggota tubuh bahagian dalam
menyenangkan hati dan menggembirakan jiwa yang pada akhirnya akan berpengaruh
positif terhadap jasmani manusia. (Abdul Shukor. 2004)
Beberapa
hadis berikut ini menunjukkan tuntutan Rasulullah SAW tentang harum-haruman
sebagai pemelihara kesihatan tubuh. Imam Bukhari meriwayatkan dalam kitab
‘Sahih Bukhari’ yang bermaksud: “bahawa Nabi SAW tidak (pernah) menolak
harum-haruman (wangian). ”[14]
(Imam Bukhari)
Al-Barraz
meriwayatkan dalam musnadnya yang bermaksud: Dari Nabi SAW bahawa baginda
bersabda: “Sesungguhnya Allah Maha Baik, ia menyukai yang harum-harum: Maha
Bersih, ia menyukai kebersihan: Maha Mulia, ia menyukai kemuliaan. Maha Pemurah
(penderma), ia menyukai kedermawan. Maka hendaklah kamu bersihkan
halaman-halaman rumah kamu: dan mereka menumpuk bakul-bakul (keranjang) dalam
rumah mereka. ” (Abdul Shukor. 2004)
Ibnu
Abi Syaibah juga meriwayatkan yang bermaksud: “Bahawanya Nabi SAW mempunyai
minyak kasturi (yang harum). Baginda berharum-haruman dengan memakai kasturi
itu. ”[15]
(Prof. Dr Haron Din. 1987)
Harum-haruman
mempunyai keistimewaan, antara lain malaikat menyukainya sedangkan syaitan lari
kerananya, kerana yang disukai syaitan adalah bau-bau busuk dan menusuk. Jiwa-jiwa
yang suci menyukai wangi yang harum-haruman, sedangkan jiwa yang rosak menyukai
bau-bauan yang busuk. (Prof. Dr Haron Din. 1987)
Setiap
jiwa lebih cenderung kepada sesuatu yang menyerupainya. Lelaki yang keji suka
kepada wanita yang keji, sedemikian pula sebaliknya. Dan lelaki yang baik
senang kepada wanita yang baik-baik, demikian pula sebaliknya. (Abdul Shukor. 2004)
Harum-haruman
ini mencakupi segala segi. Baik yang harum pada perkata, perbuatan, pada
makanan dan minuman, pakaian dan tempat tinggal dan lain-lain sebagainya. Hal
ini dapat dilihat dari umumnya lafaz-lafaz hadis di atas ataupun dari keumuman
pengertian dan maknanya. [16](Abdul
Shukor. 2004)
PENUTUP
Dengan ini dapatlah kita simpulkan bahawa pentingnya
Pengubatan Islam mengikut nabi SAW kepada umat Islam. Bukan sahaja ustaz, ustazah,
alim ulamak dan tokoh-tokoh agama tetapi seluruh umat Isalam berperanan
menyampaikan Pengubatan Islam ini. Ini bertujuan agar kita umat Islam dapat
membantu dan memberikan manfaat dari segi penjagaan kesihatan kepada umat Islam.
Harapan saya, dengan adanya penulisan ini dapatlah kita
sama-sama mengambil iktibar dan mengutip ilmu pengetahuan ini supaya kita juga
menjadi salah seorang insan yang banyak berjasa di jalan Allah sepanjang
kehidupan kita ini. Kita juga dapayt mengingati diri kita akan penjagaan
kesihatan diri yang dianggap mudah dan remeh sebenarnya sebaliknya dan
dilupakan terus oleh kita. Dengan penulisan ini kita juga akan lebih
mengingatinya.
RUJUKAN
Ibnu Qayyim Al-Jauziah. Berubat Mengikut Nabi SAW. (2006).
Kuala Lumpur : Jasmine Enterprise.
Prof. Dr. Haron Din. (1987). Rawatan Pesakit Menurut Al
Quran dan As-Sunnah. Kuala Lumpur : Percetakan Watan Sdn. Bhd
Ibnu Qayimal Al-Jauziah. (2010). Panduan Perubatan Nabi. Selangor
: Crescent News(K. L) Sdn. Bhd., Batu Caves.
Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din. (2011). Rawatan Penyakit
Jasmani (I). Selangor : Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia &
Koperasi Darussyifa’ Berhad.
Abdul Shukor. (2004). Jenis-jenis Penyakit dan Cara
Merawatnya Menurut Nabi SAW. Kuala Lumpur : Jasmine Enterprise.
[1]
Abdul Shukor (2004)
[2]
Anas bin Malik
[3]
Prof. Dr. Haron Din (1987)
[4]
Ibnul Qayimal Al-Jauziah (2010)
[5] HR
Tarmizi dan Ibnu Majah
[6]
Ibnu Qayyim Al-Jauziah (2006)
[7]Abdul
Shukor (2004)
[8] HR
Muslim
[9] HR
Tarmizi
[10]
Tuan Guru Dato’ Haron Din (2011)
[11]
Ibnu Qayyim Al-Jauziah (2006)
[12]
Prof Dr. Haron Din (1987)
[13]
Abdul Shukor (2004)
[14]
Imam Bukhari
[15]
Prof. Dr. Haron Din (1987)
[16]
Abdul Shukor (2004)
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Hp: 013-400 6206
Pj: 04-9882701
Ru: 04-9882597
email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
url: abdazizharjin.blogspot.com
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Hp: 013-400 6206
Pj: 04-9882701
Ru: 04-9882597
email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
url: abdazizharjin.blogspot.com