Sejarah
Hidup Saidina Umar Bin Al Khattab
Disediakan
Untuk:
Ustaz
Abd Aziz Bin Harjin
Disediakan
Oleh:
Saifuiddin
Bin Hussain
2014873224
Pendahuluan
Syukur
Kehadrat Illahi, Dengan Limpahan Rahmatnya Memberi Saya Kekuatan Untuk Menyempurnakan
Tugasan Saya Dengan Lancar Dan Membantu Saya Memperkenalkan Tokoh-Tokoh Islam
Yang Banyak Berjasa Dalam Agama. Tokoh Inilah Yang Telah Menjalankan Tanggungjawab
Yang Besar Bagi Memimpin Umat Islam Yang Telah Diamanahkan Oleh Allah Swt
Kepadanya.
Tajuk
tugasan saya ini adalah tentang sejarah hidup Umar Al Khattab dalam memimpin
umat Islam serta meluaskan pengaruh Islam di atas muka bumi Allah SWT ini. Skop
esei saya merangkumi tentang sejarah hidup beliau ketika kecil sehingga memeluk
Islam, peribadi beliau, cara beliau dilantik menjadi khalifah, sumbangan beliau
di dalam dunia Islam dan kemangkatan beliau Saya berharap dengan adanya
penulisan ini, kita dapat menyebarkan dan merasai sendiri kisah perjalanan
hidup beliau sebagai seorang khalifah.
Natijahnya,
kita sebagai umat Islam perlu diajar dan mengikut sikap-sikap tokoh terdahulu kerana
mereka amatlah baik sikapnya dan amat dikagumi oleh setiap umat Islam
SEJARAH
HIDUP SAIDINA UMAR BIN AL KHATTAB
1. 1
UMAR BIN AL KHATTAB SEBELUM ISLAM
“Umar
Al-Faruq” demikian gelaran khalifah Islam kedua pada zaman pemerintahan Khulafa’
ar-Rasyidin. Nama penuh putera Al-Khattab ini ialah Umar bin Khattab bin Naufal
bin Abdul Uzaz bin Ribah bin Abdullah bin Qurat bin Zurah bin Ali bin Ka’ab bin
Luway bin Fihr bin Malik. Salasilah keturunannya bertemu dengan salasilah
keturunan Rasulullah SAW pada moyang mereka, Ka’ab, iaitu keturunan yang
ketujuh daripada kerabat Nabi Muhammad SAW. (Haji Abdul Rani Mustaffa:2003)
Umar
dilahirkan pada tahun 584 Masihi di kota Makkah. Ibunya pula bernama Hantamah
binti Hisyam bin al-Mughirah bin Abdullah bin Umar bin Makhzum. Bani Makhzum
merupakan satu anggota yang besar dalam kabilah Quraisy. Semasa zaman Jahiliyah,
ia telah banyak melahirkan pemimpin-pemimpin yang hebat. Mereka terkenal dengan
bilangan yang ramai dalam kepimpinan, masyhur dengan keberanian yang tiada tara,
kuat dank eras sehingga kaum Quraisy menyerahkan tugas penjagaan tali gembalaan
dan khemah-khemah kepada mereka. Pada ssat sebelum Islam hamper menjelma, tugas
ini berada di tangan Khalid bin al-Walid. (Mahmud Syakir:2004)
Ramai
di kalangan kabilah Quraisy yang menggalakkan ahlinya untuk membentuk hubungan kekeluargaan
dengan Bani Makhzum demi untuk melahirkan keturunan yang kuat dan berani. Oleh
itu, Al-Khattab bin Nufail telah mengahwini Hantamah binti Hisyam yang akhirnya
telah melahirkan Umar bin Al-Khattab. Beliau mewarisi kekuatan dan keberanian
dari Bani Makhzum, keras hati dan kasar dari bapanya al-Khattab dan kasih
saying dari Bani ‘Adi. Ini adalah sifat yang jelas terserlah di dalam dirinya
sewaktu dalam keadaan jahiliyah. Umar al-Khattab dilahirkan 42 tahun sebelum
Hijrah. Oleh itu, beliau adalah lebih muda daripada Rasulullah SAW sebanyak 12
tahun. Umurnya sewaktu kelahiran Islam adalah 29 tahun. (Mahmud Syakir:2004)
Sewaktu
kecilnya, Umar mengembala kambing. Apabila usianya berginjak remaja, beliau berjinak-jinak
dengan dunia perniagaan dan sering berdagang ke Syam. Selain kedudukan keluarganya
yang disegani, Umar juga dikenali sebagai pemuda Quraisy yang gagah berani. Malah,
di pasar Ukkaz, beliau merupakan juara gusti yang paling perkasa Sebelum
memeluk agama Islam, Umar amat memusuhi Rasulullah SAW. Sikapnya sama seperti
Abu Jahal. Umar menganiaya pengikut-pengikut Rasulullah tanpa belas kasihan Malah,
beliau pernah menyeksa hambanya yang bernama Labinah kerana memeluk agama Islam.
Ketika
Muhammad Al-Amin diutus menjadi Rasul, usia Umar sudah menjangkau 27 tahun. Pada
peringkat awal dakwah Islam, Umar merupakan penghalang besar kepada perjuangan Rasulullah
SAW Kebenciannya kepada agama Islam amatlah ketara. Beliau tidak segan silu
menyeksa orang Islam dan beliau juga berpegang teguh dengan fahaman
jahiliyahnya. Namun begitu, Umar tidak mampu untuk mengugat pendirian mereka
terhadap agama Islam. (Mahmud Syakir:2004)
1. 2
UMAR AL KHATTAB MEMELUK ISLAM
Harapan
Rasulullah SAW, agar Umar memeluk Islam diluahkan melalui doanya, “Ya
Allah!Perkuatkanlah Islam dengan salah seorang daripada mereka iaitu Amr bin
Hisyam (Abu Jahal) atau Umar bin al-Khattab” Allah SWT memperkenan doa
Rasulullah SAW itu apabila Umar al-Khattab memeluk Islam sekitar tahun kelima
sesudah Nubuwah atau 616 Miladiah. Pada awalnya, Umar al-Khattab merupakan
tokoh Quraisy yang keras penentangannya terhadap Islam, dan sewaktu mendengar
adiknya memeluk agama Islam, beliau naik berang kerana ia merupakan sesuatu
yang amat memalukan dan bertentangan dengan pendiriannya. Dengan keadaan yang
tergesa-gesa, beliau segera ke rumah Fatimah binti al-Khattab iaitu adiknya.
Umar
memperlihatkan sikap keras lalu bertanya dengan suara tinggi, “ Apakah bacaan
yang aku dengar tadi, yang berhenti bila aku tiba?”. “Tidak ada apa-apa yang
dibaca, kamu silap, ” jawab Fatimah dan suaminya serentak. “Tidak silap”, tegas
Umar. “ Tidak silap juga bila aku katakan bahawa aku tahu kamu berdua sudah pun
menjadi penganut agama Muhammad!”. Tanpa menantikan jawapan, Umar al-Khattab
menyerang iparnya dan menampar pipi adiknya, Fatimah. Selepas melihat darah
mengalir menyebabkan Umar menanggung malu atas tindakannya itu (Haji Mohd
Rasyad Shamsuddin M. D. :2003)
Umar
berkata kepada adiknya, aku ingin lihat apa yang dibawa oleh Muhammad. Fatimah menjawab
“ Wahai abangku, engkau dalam keadaan kotor kerana kesyirikanmu, ia tidak boleh
dipegang kecuali oleh orang yang bersih. ”. Setelah Umar membersihkan dirinya, Fatimah
pun menyerahkan helaian ayat suci yang bertulis “ Taha” kepadanya. Setelah
membaca ayat-ayat suci tersebut, Umar menyuruh hamba adiknya, Khabbab
membawanya ke tempat Muhammad kerana beliau ingin memeluk Islam. Apabila beliau
bertemu Rasulullah SAW, Umar berkata “Wahai Muhammad, aku dating untuk beriman
kepada Allah, menjadi pengikutmu dan mempercayai apa sahaja yang kamu bawa
dari-Nya. ” (Mahmud Syakir:2004)
1. 3
PERIBADI UMAR BIN AL-KHATTAB
Umar
bin al-Khattab ialah seorang pahlawan yang gagah berani, seorang ahli ibadat, seorang
yang disegani. Beliau terkenal kerana sifatnya yang adil, penyayang, cerdas, teguh
pendirian, beriman dan selalu bersedia untuk membela Islam. Sifatnya yang mulia
itu sentiasa menjadi sebutan kawan dan lawan.
Sejak
zaman jahiliah lagi, beliau telah mewarisi jawatan kadi daripada kabilah
ayahnya. Jika dibandingkan dengan ahli keluarganya yang lain, Umarlah yang
paling cerdas dalam keluarga Bani ‘Adi. Beliau memegang jawatan sebagai wakil
kaumnya untuk berunding dengan abilah-kabilah Arab yang lain dan sering
menghakimi sesuatu perbicaraan. Oleh sebab itu, beliau Berjaya menyelesaikan
banyak persengketaan. Sifat adil Umar tidak mengenal pangkat, kedudukan dan
hubungan kekeluargaan, walaupun anaknya sendiri yang melakukan kesalahan. Malah,
jika perlu hukuman terhadap anaknya akan dikenakan melebihi orang lain. (Mahmud
Syakir:2004)
Umar
al-Khattab adalah seorang yang tegas dalam menegakkan kebenaran, dan sebelum Islam
Merupakan seorang penentang Islam yang amat kuat. Akan tetapi sejurus sesudah
memeluk Islam, Umar menjadu lebih berani, dan tegas dalam memperjuangkan hak
dan kebenaran Islam (Haji Mohd Rasyad Shamsuddin M. D. :2003)
1. 4
CARA UMAR AL-KHATTAB DILANTIK MENJADI KHALIFAH
Perlantikan
Umar al-Khattab sebagai khalifah kedua diusulkan sendiri oleh khalifah pertama Abu
Bakar ketika beliau menghadapi saat-saat akhir hayatnya pada 21hb Jamadil Akhir,
13 Hijrah. Dalam proses perlantikannya, Khalifah Abu Bakr terlebih dahulu
meninjau pendapat sebilangan para sahabat mengenai cadangannya itu. Sesudah
menimbang sedalam-dalamnya, dan berpuas hati di atas pendapat dan pandangan
para sahabat. Maka, Khalifah Abu Bakar mengarah Uthman bin Affan supaya menulis
dan mengeluarkan watiqah, yang isi kandungannya melantik Umar al-Khattab
sebagai khalifah untuk menggantikan tempatnya. (Haji Mohd Rasyad Shamsuddin M. D.
:2003)
1. 4. 1
Peribadi Umar selepas menjadi khalifah
Khalifah
Umar mempunyai kelebihan tersendiri dalam melaksanakan pemerintahannya apabila
beliau menjalankan hukum dan perundangan berasaskan hak dan keadilan tanpa memikirkan
kedudukan dan pertalian keluarga. Kesederhanaan dan penumpuan terhadap tugas
dan tanggungjawab selaku pemimpin ummah adalah merupakan ciri perwatakan yang
jelas terlihat dalam kehidupan Khalifah Umar. Di dalam pertumbuhan
pemerintahannya yang luas sehingga menjangkau wilayah-wilayah Empayar Byzantine
dan Parsi, Khalifah Umar tetap meneruskan kehidupannya yang sederhana dan tidak
sekali-kali terjebak dengan cara kehidupan yang mewah dan boros. (Haji Mohd
Rasyad Shamsuddin M. D. :2003)
Pada
suatu ketika, dua utusan daripada Azerbaijan datang ke Madinah dan menyerahkan makanan
khas Azerbaijan kepada Umar al-Khattab. Selepas Umar menikmati makanan tersebut,
Umar bertanya kepada utusan itu, “Apakah seluruh rakyat Azerbaijan dapat menikmati
makanan ini?”. “Tidak. Tidak semua boleh menikmatinya, ”. jawab utusan itu. Khalifah
Umar berasa marah dan memerintahkan kedua-dua utusan itu supaya membawa pulang
makanan tersebut ke negerinya. Kepada gabenor, Khalifah Umar menulis surat, “………makanan
semanis dan selazat ini bukan dibuat daripada wang ayah dan ibumu.
Kenyangkan
perut rakyatmu, dengan makanan ini sebelum engkau mengenyangkan perutmu. ” Kisah
ini memberi pengajaran bagi umat Islam, khususnya para pemimpin. Umar
al-Khattab telah memberikan pengajaran yang sangat bererti. Pemimpin harus
memikirkan rakyat sebelum dirinya sendiri. Umar juga pernah berkata, “Aku orang
yang pertama yang merasa jika rakyatku kelaparan, dan orang yang terakhir yang
merasa kenyang jika mereka kenyang”. (Tuan Guru Dato’Nik Abd Aziz Nik Mat:2008)
1. 5
SUMBANGAN UMAR AL-KHATTAB TERHADAP DUNIA ISLAM
Dalam
pemerintahan Khalifah Abu Bakar, sebahagian kawasan di sebelah utara
semenanjung Arab, yang terletak di bawah naugan atau jajahan takluk Byzantine
walaupun Parsi, telah dapat ditawan oleh pasukan tentera Islam Selain
mempertahan kedaulatan kawasan yang dimiliki, maka pengiriman pasukan tentera memasuki
keseluruhan rantau kedua-dua Empayar diteruskan oleh Umar bagi menentukan bahawa
perkembangan dakwah Islamiah tidak tersekat, di samping menentukan bahawa kedudukan
orang-orang Islam di sempadan utara itu tidak terancam oleh Empayar besar, kekuatan
dan kekuasaan mereka, Natijah dari kepimpinan dan komitmennya dalam
mengembangkan dakwah, Khalifah Umar Berjaya menawan negeri-negeri Fars, Palestin,
Syria, Mesir, Kazakhtan, Iraq, Armenia, Azerbaijan, Kirman, Khurasan, Makran
dan sebahagian Baluchistan. Apapun jua, hakikatnya menunjukkan bahawa iltizam
dan komitmen yang mendalam dihati para sahabat, dibawah kepimpinan Khalifah
Umar dalam memperjuang, memperkembang dan memperluas kalimah tauhid melalui
peningkatan iman dan taqwa menggambarkan seakan gelombang besar yang melanda
pantai yang luas, yang tidak terhalang oleh mana-mana kuasa dunia. Fitrah
manusia yang merindui keadilan, kebebasan, keamanan, dan kesejahteraan hidup menyebabkan
kehadiran Islam disambut ghairah oleh penduduk dan rakyat yang tertekan oleh
sistem penjajah. (Haji Mohd Rasyad Shamsuddin M. D. :2004)
Zaman
pemerintahan Umar adalah zaman yang penuh dengan tindakan-tindakan yang membantu
mengembangkan Islam, mengangkat bendera kebenaran di atas bumi Allah serta menanam
dasar-dasar hukum dan peraturan-peraturannya bagi melaksanakan sebuah pemerintahan
yang kuat. Antara tindakan beliau yang paling utama adalah 1. Mengarahkan
kumpualan pertama menuju Parsi 2. Kumpulan kedua menewaskan Rom di negeri Syam 3.
Kumpulan ketiga menuju ke Mesir yang dijajah oleh Rom ketika itu.
WILAYAH
Umar
al-Khattab membuat peraturan wilayah Bandar-bandar Islam pada masa Khulafa’ ar
Rasyidin dengan sempurna Abu Bakar membuat asas peraturan itu dengan mengutus
tenetera-tentera bagi perluasan wilayah Islam, termasuk mengirim ketua angkatan
tentera. Ketua tentera semasa pemerintahan Abu Bakar adalah orang yang mengurus
daerah-daerah yang ditaklukinya Manakala Umar membuat peraturan wilayah dengan
tetap. Pada masa itu gelaran bagi ‘Wali’, ataupun ‘Amil’ adalah ‘Amir’. Orang
pertama yang dinamakan Amir adalah Mughirah bin Syubah. Kemudian gelaran ini
berterusan kepada ketua-ketua tentera ataupun ketua wilayah yang lain
Pada
mulanya, Amir adalah kakitangan pemimpin dalam daerah kekuasaannya dan beliau mempunyai
tiga bidang kuasa iaitu membentuk undang-undang, melaksanakannnya dan menjatuhkan
hukuman. Namun, Umar al-Khattab memisahkan tiga bidang kuasa ini. Amir diberi
kuasa melaksanakan undang-undang dan menjadi imam masjid. Manakala bagi bidang kuasa
melaksanakan hukuman, beliau melantik Qadhi(hakim) di setiap tempat bagi menguruskan
dan menyimpan harta(baitulmal)Beliau memilih individu tertentu bagi mengurus
cukai dan sedekah. Namun, kuasa para wali, Qadhi dan pegawai-pegawai semuannya tertakluk
di bawah kuasa khalifah. Beliau berkuasa melantik mereka dan memecat mereka. Peraturan
ini berterusan sehingga akhir pemerintahan Khulafa’ ar Rasyidin (Zulkifli Yusof:2009)
BAITULMAL
Pemimpin
pertama yang memperkenalkan sistem adalah Umar bin al-Khattab. Simpanan di Baitulmal
diambil daripada zakat orang Islam, cukai daripada orang bukan Islam, satu
perlima daripada ghanimah iaitu harta rampasan perang dan harta-harta orang Islam
yang tidak mempunyai waris apabila meninggal dunia, (Zulkifli Yusof:2009)
PEMBINAAN
MASJID
Khalifah
Umar mengeluarkan arahan agar setiap daerah dan kawasan yang dihuni oleh kaum muslimin
hendaklah didirikan masjid. Di kota Kufah dan Basrah misalnya, Masjid Jame’
didirikan bagi setiap kota itu sementara daerah dan kawasan-kawasan lainnya, masjid
yang lebih kecil ukurannya dibina bagi menampung keperluan Jemaah kaum muslimin
tempatan. Menurut perkiraan, sebanyak 4000 buah masjid telah didirikan dan
dibina sepanjang pemerintahan Khalifah Umar Dalam pada itu, Masjidil Haram yang
terdapat di dalamnya Kaabah dan Baitullah, maka Khalifah Umar telah meluaskan
kawasan masjid bagi menampung kehadiran ummah yang semakin ramai bilangannya.
PENCIPTAAN
KALENDAR ISLAM
Sejak
kelahirannya, Islam tidak mempunyai calendar atau taqwin sendiri yang seragam
bagi ikutan ummah sebagaimana masyarakat lainnya seperti Parsi, Rom dan
Byzantine. Sehubungan itu, Khalifah Umar telah mengadakan perbincangan di
kalangan Jemaah kaum muslimin bagi mengambil ketetapan mengenainya Kalendar Rom
atau Parsi dikemukakan akan tetapi ditolak kerana calendar kedua-dua Empayar
itu tidak selari dengan identity Islam. Segolongan mencadangkan agar calendar Islam
dimulai dari hari kelahiran Rasulullah SAW sementara satu pihak lagi
mengusulkan supaya permulaan kalendar dikira dari hari wafatnya Rasulullah SAW.
Usuk yang dikemukakan oleh Umar al-Khattab bagaimanapun diterima dan
dipersetujui oleh Jemaah iaitu kalendar Islam hendaklah dimulakan dari hari
penghijrahan Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah.
CIRI-CIRI
KEKHALIFAHAN
Sepanjang
kekhalifahan, Umar al-Khattab telah memperkenalkan corak pemerintahan yang efisien
dan berkesan, yang antara lainnya membentuk Jabatan Pengawasan dengan
tugas-tugas mengawasi alat ukur dan timbang, mengawal pergerakan lalu lintas, mengawasi
agar binatang tidak dibebankan dengn muatan yang berlebihan, melarang penjualan
arak. Seiringan pembentukan Jabatan Pengawasan maka dibentuk secara berkekalan
Jabatan Ketenteraan dengan tugas mendaftar anggota tentera dan menentukan
imbuhan sewajarnya. Pendaftaran anggota tentera dimulakan dari golongan
Muhajirin dan Ansar, diikuti dengan pendaftaran dari penduduk Tanah Hijaz, kabilah-kabilah
dari Bahrain, Kufah, Basrah, Mosul, Fustat, dan lain-lainnya
Dalam
menyusun pentadbiran wilayah, Khalifah Umar melantik pegawai-pegawai eksekutif yang
harus memikul tanggungjawab sesuai dengan jawatan yang disandang seperti
jawatan Katib(Setiausaha), Katib ad-Dewan (Setiausaha Dewan), Sahibu’l Kharaj
(Pegawai Percukaian), Sahibu’l Andath (Ketua Ketenteraan Umum), Sahib Baitul
Mal (Pegawai Khazanah Negara), dan al-Hakim (Hakim Mahkamah). Bagi menggelakkan
pegawai-pegawai itu tidak terjebak dengan penyelewengan dan tuduhan rasuah, maka
mereka dikehendaki oleh pemerintah Khalifah Umar supaya nilai dan harta setiap
pegawai itu didaftarkan terlebih dahulu sebelum memegang jawatan yang bersangkutan.
Menyentuh amalan rasuah, Rasulullah bersabda “ Dilaknat Allah keatas penyogok
dan penerima sogokan mengikut hukum”
KEADILAN
DAN LAYANAN BAIK
“Zimmi”atau
golongan rakyat bukan Islam yang dinaungi oleh pemerintah Islam, diberikan layanan
baik melalu sistem keadilan yang amat unik, yang tidak dinikmati oleh golongan
itu sebelumnya. Golongan “Zimmi”diberikan kebebasan dalam mengamalkan
kepercayaan masing-masing, membunyikan loceng gereja, membawa salib semasa
perarakan dan mengadakan pesta keagamaan.
TINDAKAN
KERAS
Sekalipun
keadaan dan layanan baik begitu terserlah dilaksanakn, namun terdapat golongan tertentu
yang tidak dapat melihat keihsanan pemerintah Islam, disebabkan mereka
mempunyai agenda yang tersendiri. Orang Yahudi, seperti di Khaibar, tidak dapat
menyesuaikan diri hidup berbaik-baik dengan orang Islam. Dendam Yahudi
dilepaskan kepada anak Khalifah Umar, sehingga lengannya cedera. Insiden
tersebut menyebabkan Khalifah Umar mengarahkan mereka keluar dari wilayah Islam
1. 6
KEMANGKATAN UMAR AL KHATTAB
Pemerintahan
Islam yang hebat dan agung ini berakhir dengan kemangkatan Saidina Umar pada 27
Zulhijah, 23 Hijrah (643 Masihi). Tempoh masa pemerintahannya ialah 10 tahun 6
bulan dan 4 hari. Riwayat mengatakan bahawa beliau mangkat ketika berumur 63
tahun. Allah telah mentakdirkan bahawa Khalifah Umar mangkat kerana terbunuh. Pembunuhan
itu bukan disebabkan oleh ketidakadilannya dalam pemerintah tetap berpunca
daripada sikap perkauman oleh beberapa orang musuhnya. Antara mereka itu ada
yang dikalahkan di medan perang
Pembunuhan
Khalifah Umar berlaku ketika beliau sedang bersembahyang subuh. Beliau menjadi
imam sembahyang subuh di Masjid Nabawi di Madinah. Sewaltu beliau baru sahaja selesai
mengangkat takbir, secara tiba-tiba seorang lelaki bernama Fairuz menyerbu ke
depan menghayun khanjar yang beracun lalu menikam belikat Khalifah Umar
bertubi-tubi Saf hadapan menjadi kacau-bilau. Khalifah Umar jatuh berlumuran darah.
Tempatnya sebagai imam diambil alih oleh Abdul Rahman bin Auf. Setelah menikam
Khalifah Umar, Fairuz cuba melarikan diri. Semua jemaah solat di saf hadapan
cuba menangkap Fairuz, tetapi semuannya ditikam oleh Fairuz. Selepas itu dia
menikam dirinya dan mati di situ juga. (Haji Abdul Rani Mustaffa:2003)
PENUTUP
Umar
al-Khattab ialah Khalifah ke-2 dalam Khulafa’ ar Rasyidin. Beliau juga dikenali
sebagai Al-Faruq iaitu pemisah hak dan batil. Beliau seorang yang amat memusuhi
Islam ketika zaman jahiliahnya tetapi berkat doa dari Rasulullah SAW, Umar
memeluk Islam selepas membaca ayat-ayat suci yang diberikan oleh adiknya kepada
beliau. Selepas memeluk Islam, Tiada sesiapa pun yang berani menganggu nabi, kerana
mereka mengetahui bahawa Umar seorang yang bengis dan kuat. Tiada siapapun yang
dapat mengalahkan beliau Saya dapat simpulkan bahawa Umar seorang yang amat
memusuhi Islam tetapi berubah menjadi orang yang amat tegas dan sayangkan Islam.
Beliau sanggup berkorban bagi mempertahankan agama Islam. Beliau dilantik
menjadi khalifah selepas kemangkatan khalifah pertama iaitu Abu Bakar as-Siddiq.
Zaman pemerintahan Khalifah Umar dikenali sebagai zaman keemasan dalam dunia Islam.
Khalifah Umar berjaya meluaskan wilayahnya, menubuhkan jawatan-jawatan yang
menjadikan pentadbiran beliau menjadi lebih efisien. Walaubagaimanapun, Umar
tidak bangga diri, tidak menggunakan harta dengan sesuka hati. Malah, beliau
hidup dalam keadaan sederhana. Beliau langsung tidak menggunakan harta rakyat
untuk kepentingan dirinya.
Dengan
ini dapat kita simpulkan bahawa betapa pentingnya khalifah mahupun tokoh-tokoh Islam
terdahulu dalam meluaskan syiar Islam di seluruh dunia. Keperibadian mereka
juga amatlah terpuji. Sifat tawadduk, merendah diri adalah sikap yang sering
diberikan kepada tokoh-tokoh Islam terdahulu. Masyarakat kita sekarang perlu
dilatih supaya mempunyai keperibadian seperti mereka. Cara sebegini juga dapat
membuatkan masyarakat bukan Islam hormat kepada kita sekaligus dapat menarik
mereka untuk mendekati Islam.
RUJUKAN
1. Zulkifly
Yusof, (2009), Sejarah Khalifah Rasulullah, Selangor : PTS Islamika SDN. BHD
2. Tuan
Guru Dato’Nik Abd Aziz Nik Mat, (2008), Belajar Dari Dua Umar, Kenyangkan Perut
Rakyat, Selangor : Anbakri Publika Sdn Bhd
3. Mahmud
Syakir, (2004), Biografi Gemilang Umar Al-Khattab(Al-Faruq) : Jasmine Enterprise.
4. Haji
Mohd. Rashad Shamsuddin, M. D. (Homoe), (2003), Khulafa’ ar-Rasyidun dan Daulah
Islamiah, Kuala Lumpur : Al-Hidayah Publisher
5. Haji
Abdul Rani Mustaffa, (2003), Umar al-Khattab, Tegas dan Adil, Selangor : ‘K’
Publishing Sdn. Bhd.
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Hp: 013-400 6206
Pj: 04-9882701
Ru: 04-9882597
email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
url: abdazizharjin.blogspot.com