Disediakan
Untuk :
Ustaz
Abd Aziz Bin Harjin
Pensyarah
Pendidikan Islam
Disediakan
Oleh :
Nor
Khaleda Binti Khalid
2014232134
Pendahuluan
Assalamualaikum
W. B. K. Dalam Assignment Ini, Saya Akan Menaip Mengenai Serba Sedikit Mengenai
Perkahwinan. Sebagai Seorang Muslim, Kita Haruslah Mengetahui Dan Mempelajari
Tentang Ilmu Perkawihnan Kerana Setiap Orang Akan Merasai Dan Mengalaminya
Suatu Hari Nanti. Perkahwinan Juga Tidak Terhad Kepada Orang Yang Telah
Berkahwin Sahaja Tetapi Ia Meliputi Seluruh Manusia Kerana Terlalu Banyak Ilmu
Yang Boleh Kita Dapati Melalui perkahwinan.
Antara
perkara yang akan saya taip dalam assignment ini ialah mengenai konsep
perkahwinan dalam Islam. Kebahagiaan dalam perkahwinan boleh dicapai sekiranya
kita memahami secara mendalam konsep perkahwinan itu. Sebagai seorang Islam, memahami
konsep dengan betul adalah penting supaya kita dapat menjauhi perkara-perkara
yang mendatangkan mudarat atau perkara yang tidak diingini.
Selain
itu, tujuan perkahwinan juga memainkan peranan yang penting. Hal ini kerana
tanpa tujuan, pelbagai perkara boleh terjadi dan dapat mendatangkan pelbagai
masalah. Disebabkan oleh itu, maka Islam telah menganjurkan hukum-hukum
perkahwinan supaya setiap orang boleh menilai kelayakan individu itu untuk
berkahwin. Hal ni juga dapat memudahkan pelbagai pihak dan dapat juga
menjimatkan masa.
Di
samping itu, setiap perkara ada baik dan ada juga buruknya. Seperti solat, ia
mempunyai rukun-rukunnya tersendiri. Begitu juga dengan perkahwinan, ia juga
mempunyai rukun-rukunnya tersendiri. Dengan wujudnya rukun-rukun ini, maka
sempurna lah perkahwinan itu.
Secara
keseluruhannya, perkahwinan merupakan sunnatullah yang dianjurkan dalam Islam. Sebagai
seorang umat, kita amat digalakkan untuk berkahwin kerana ia merupakan sunnah
yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW. Oleh itu, kita haruslah mempelajarinya
dari awal lagi sebagai salah satu persediaan untuk melangkah ke gerbang
perkahwinan.
KONSEP
PERKAHWINAN DALAM ISLAM
Pengertian
ibadah di dalam Islam amat luas. Islam memandang setiap amal perbuatan yang
dilakukan oleh seseorang demi memperoleh keredhaan Allah SWT. Perkahwinan
adalah salah satu ibadah yang telah dianjurkan dalam Islam.
Yang
pertama, perkahwinan merupakan cara untuk mendapat pengampuan daripada Allah SWT,
peringkat darjat dan istiqamah (kemantapan iman dan kelurusan sikap). Di dalam
perkahwinan, terdapat unsur perjuangan melawan nafsu latihan jiwa dengan tujuan
menjaga, mengasuh, memenuhi kewajipan terhadap keluarga, sabra menghadapi
perangai wanita, tabah, menghadapi gangguan mereka, berusaha memperbaiki dan
menunjukkan mereka ke jalan agama, bekerja keras mencari nafkah yang halal bagi
mereka dan terus menerus memberikan pendidikan yang sihat dan baik kepada
anak-anak. Semuanya itu adalah amal perbuatan yang besar pahalanya kerana
semuanya meruakan tugas memelihara, mengasuh dan memimpin. Tugas demikian itu
amat besar kelebihan dan pahalanya.
Yang
kedua, dalam pandangan Islam, perkahwi nan adalah satu-satunya cara yang
berguna untuk manjaga kebahagiaan umat dari kerosakan dan dari kemerosotan
akhlak. Selain itu, perkahwinan juga berguna untuk menjaga keselamatan individu
dan pengaruh kerosakan masyarakat kerana kecenderungan nafsu kepada jenis kelamin
lain dapat dipenuhi melalui perkahwinan yang sah. Kerana itu, Islam memberi
perhatian khusus kepada kaum pemuda mengenai soal perkahwinan untuk
menyelamatkan mereka daripada perbuatan liar dan kemerosotan akhlak. Jelaslah
bahawa perkahwinan dapat meredakan keresahan hati, membersihkan rohani, menyenangkan
jiwa dan menjaga diri daripada perbuatan zina.
Yang
ketiga ialah perkahwinan dari sudut kemasyarakatan. Menurut pandangan Islam, perkahwinan
adalah salah satu cara yang berfaedah bagi tujuan-tujuan sosial yang mulia dan
menjamin lahirnya hubungan yang kukuh di antara anggota-anggota masyarakat. Misalnya,
jika tiga orang lelaki bersaudara kahwin dengan tiga orang wanita dari keluarga
yang berlainan, maka perkahwinan itu tentu menjadi semakin meluas iaitu saling
berkenalan dan saling mengerti di antara beberapa lingkungan keluarga atau
beberapa puak dan beberapa suku bangsa, hasil dari pembentukan dan ikatan
hubungan perkahwinan dan hubungan tersebut tidak ada. Hubungan itulah yang
disebut sebagai silaturrahim atau hubungan kekerabatan. Hubungan itu dengan
sendirinya menimbulkan semangat tolong-menolong, cinta-mencintai, kenal-mengenal
dan saling bantu membantu di antara semua anggota keluarga daan kerabat. Dengan
demikian maka hubungan antara sesame anggota masyarakat semakin erat kerana
diikat oleh tali persaudaraan Robbani.
Yang
keempat ialah perkahwinan dari sudut kesihatan. Islam juga memandang
perkahwinan sebagai cara yang bermanfaat untuk menjaga kaum lelaki dari
keburukan dan bahaya yang dilakukan secara bersembunyi, penyelewengan seks dan
segala gejala yang dapat merosak kesihatan fizikal dan mental, jasmani dan
rohani. Oleh yang demikian seseorang itu perlulah bersegera melakukan
perkahwinan setelah mencapai cukup usia sangat penting bagi memelihara
kesegaran jasmani agar tidak membazir untuk menjaga kesihatan badan dari
serangan penyakit yang berbahaya.
Yang
kelima, perkahwinan dari sudut politik. Keutuhan dan kemuliaan suatu umat atau
bangsa itu memiliki persediaan dan kemampuan yang secukupnya sebagai satu cara
untuk mencapai kekuatan dan keutuhan tersebut. Kekuatan tersebut tidak akan
lepas dari dua bentuk asas, iaitu kekuatan spiritual dan kekuatan material. Umat
atau bangsa yang memiliki dua kekuatan itu dengan sempurna maka umat atau
bangsa itu pasti akan dapat menguasai dunia. Dengan kedatangan Islam, kekuatan
spiritual itu lahir dari keimanan kepada Allah SWT. Sedang unsur kekuatan
material yang terpenting ialah kaum pemuda yang memiliki semangat perjuangam. Kerana
itulah Rasulullah SAW menyerukan umatnya supaya melaksanakan perkahwinan dan
dapat melahirkan anak-cucu keturunan yang soleh, sihat dan kuat jasmaninya, sanggup
bekerja keras dan berjuang. Mereka itulah yang akan membela dan mempertahankan
umat dan bangsanya, melindungi negerinya dari serangan musuh dan menyebarkan
agama Allah.
Akhir
sekali, perkahwinan adalah sunnah Rasulullah SAW. Menolak atau mengaibkan
perkahwinan adalah perbuatan yang menyimpang dari sunnah Rasulullah SAW. Pada
dasarnya, perkahwinan adalah sebahagian dari fitrah manusia dan berdasarkan
fitrah itulah Allah menciptakan manusia. Selain dari itu, perkahwinan juga
merupakan sebahagian pula dari hukum Allah (sunnatullah) yang berlaku di alam
nyata. Kerana itu Rasulullah SAW melarang dari bersikap menolak atau
mengabaikan perkahwinan, bahkan dengan tegas baginda mencela keras dan tidak
mengakui orang yang bersikap seperti itu sebagai umat baginda.
TUJUAN
PERKAHWINAN
Dalam
pandangan Islam bukanlah halalnya hubungan kelamin sahaja yang menjadi tumpuan,
akan tetapi bertujuan adalah untuk mendapat keturunan yang sah dalam
mengembangkan generasi di samping dapatlah suami isteri membina kehidupan yang
tenteram dari segi zahir dan batin atas dasar saling cinta mencintai dalam
sebuah rumah tangga bahagia. Tujuan ini adalah amat tinggi sekali mengikut Al
Quran yang amat luas takrifnya mengikut Fukaha. Oleh keran aitu, Muhammad Abu
Zahrah mentakrifkan pengertian ialah suatu akad yang menghalalkan hubungan
kelamin antara seorang lelaki dengan wanita, saling membantu, masing-masing
mempunyai hak dan kewajipan suami isteri dalam agama.
Al-Sayakhari
mengatakan bahawa tujuan nikah dalam Islam bukanlah untuk melepaskan hawa nafsu
semata-mata akan tetapi merupakan sukar untuk mencapai kemaslahatan dan
kebahagiaan hidup sebagaimana yang telah difirmankan Allah SWT. Allah SWT telah
membuka jalan untuk menyalurkan hasrat syahwat dalam perkahwinan supaya
dilaksanakan oleh semua orang, baik oleh yang taat mahupun yang tidak taat
terhadapNya. Mereka yang taat akan dapat memetik berbagai pengajaran dan hikmah
terutama hal yang bersangkutan dengan agama, sedangkan bagi mereka yang tidak
taat pun dapat membiakkan di samping menyalurkan nafsu syahwatnya dengan jalan
yang sah.
Sesungguhnya
Allah SWT. menciptakan segala makhlukNya berpasang-pasangan sebagaimana yang
dijelakan dalam firmanNya: “Maha Suci Allah yang telah menciptakan segala
sesuatu berpasangan iaitu segala yang tumbuh di bumi dan pada diri mereka serta
pada segala sesuatu yang belum mereka ketahui. ” Hidup berpasangan seperti yang
yelah menjadi ketentuanNya itu adalah suatu sistem untuk mengembangkan
keturunan dan kesinambungan generasi sebagaimana yang dijelaskan dalam
firmanNya. Kehidupan berpasangan bagi umat manusia telah diatur dalam
syariatNya, yang lazim disebut dalam kalangan fukaha “hukum…. ”
Berdasarkan
kepada apa yang telah dinyatakan di atas dapatlah dirumuskan secara ringkasnya
tentang tujuan perkahwinan iaitu dapat menzahirkan panggilan atau gelaran
sebagai bapa, ibu, anak cucu dan saudara mara. Selain itu, ia juga dapat
membiakkan serta mengembangkan bangsa manusia di permukaan bumi yang fana ini
dan memakmurkannya. Akhir sekali, ia secara tidak langsung dapat memelihara
maruah kehormatan seseorang serta keturunan bangsanya.
PENGERTIAN
PERKAHWINAN
Perkahwinan
merupakan salah satu sunnatullah yang berlaku pada semua makhluk Tuhan, baik
pada manusia, haiwan mahupun tumbuh-tumbuhan dan merupakan cara yang dipilih Allah
sebagai jalan bagi manusia untuk beranak-pinak, berkembang-biak dan mengekalkan
hidup setelah masing-masing pasangan siap melakukan ijab kabul dan sebagainya
dalam mewujudkan tujuan perkahwinan. Allah tidak menjadikan manusia seperti
makhluk lain yang hidup bebas mengikut naluri masing-masing antara jantan dan
betina tanpa ukuran. Demi menjaga kehormatan dan martabat kemuliaan manusia, Allah
mengadakan hukum sesuai dengan martabatnya sehingga hubungan antara lelaki dan
perempuan diatur secara terhormat berdasarkan rasa saling meredhai dengan
upacara ijab kabul sebagai lambing rasa redha dan dengan dihadiri para saksi
yang menyaksikan bahawa kedua pasangan lelaki dan perempuan itu saling
merelakan. Bentuk perkahwinan ini telah memberikan jalan yang aman pada naluri,
memelihara keturunan dengan baik dan menjaga kaum perempuan agar tidak menjadi
laksana rumput yang boleh dimakan oleh binatang ternak dengan seenaknya.
Pelbagai
pengertian tentang perkahwinan telah diberikan oleh para ulama’, di antaranya yang
terbaik ialah suatu akad yang menghalalkan pergaulan di antara seorang lelaki
dengan seorang perempuan yang bukan muhrim dan menimbulkan hak serta kewajipan
antara kedua-dua mereka.
Dalam
pengertiannya yang luas, perkahwinan adalah satu ikatan lahir di antara dua
orang, lelaki dan perempuan, untuk hidup bersama di dalam sebuah rumahtangga di
samping melahirkan zuriat sebagai meneruskan kelangsungan hidup manusia menurut
batas-batas hak dan tanggungjawab yang telah ditetapkan oleh syarak.
Pengertian
perkahwinan dalam syariat Islam ataupun hukum syarak termasuk hukum dalam Islam
ialah mengakadkan di antara seseorang lelaki dan seseorang perempuan dengan
mengandungi ucapan atau lafaz ijab dan kabul yang disertakan dengan adanya
seorang wali bagi perempuan itu dan diikuti pula dengan adanya dua orang saksi.
HUKUM
BERKAHWIN
Terdapat
beberapa hukum dilihat kepada individu dalam keadaan suasana yang tertentu. Untuk
menentukan hukum nikah nagi seseorang haruslah diperhatikan terlebih dahulu dalam
dua hal iaitu, “Kemampuannya bagi melaksanakan kewajipan (baik sebagai suami
ataupun sebagai isteri) dan kesanggupan “memelihara diri” iaitu sanggup
tidaknya seseorang mengendalikan dirinya untuk tidak jatuh ke dalam jurang
kejahatan seks (maksiat). Dalam memperhatikan hal-hal yang tersebut di atas, para
ulama menyebut beberapa hukum nikah seperti berikut :
Yang
pertama ialah hukum wajib. Hukum wajib berkahwin adalah bagi mereka yang mampu
berkahwin dan sanggup berkahwin, sekiranya tidak berkahwin akan jatuh ke lembah
perzinaan. Sedangkan segala usaha untuk melindungi diri dari perbuatan zina
tersebut tidak dapat dilindungi seperti berpuasa dan lain-lain lagi.
Yang
kedua ialah hukum mubah atau harus. Hukum mubah atau harus berkahwin adalah
apabila seseorang berkeyakinan tidak akan jatuh ke dalam perzinaan, kalau ia
tidak kahwin, seandainya ia kahwin tidak akan mengabaikan kewajipannya sebagai
suami atau isteri.
Yang
ketiga pula ialah hukum makruh. Hukum makruh berkahwin adalah bagi mereka yang
tidak berkeinginan untuk berkahwin atau ia mempunyai kelemahan diri atas asas
ia tidak yakin atau berupaya menjauhkan dirinya dari tercebur ke lembah maksiat
(zina) atau melakukan kezaliman terhadap isterinya.
Yang
keempat pula ialah hukum sunat. Hukum sunat berkahwin adalah bagi mereka yang
mampu dan berkesanggupan untuk berkahwin iaitu bagi seorang lelaki yang mampu
dan berkeinginan untuk menggauli wanita untuk memperolehi keturunan dan ingin
memelihara diri jangan sampai melanggar batas agama (meskipun orang itu sanggup
memelihara dirinya daripada berbuat zina) dan ia mampu membiayai rumahtangga.
Yang
terakhir ialah hukum haram. Hukum haram berkahwin adalah bagi seorang lelaki
yang tidak mampu membiayai nafkah rumah tangganya, tidak ada sumber pendapatan
asas untuk membiayai dirinya dan keluarganya atau berat dengan bahawa ia akan
berbuat zalim terhadap isterinya. Dengan yang demikian perkahwinan itu
merupakan jambatan baginya untuk berbuat zalim (seperti mencuri, merompak dsb).
Islam melarang berbuat zalim kepada umatnya.
RUKUN-RUKUN
PERKAHWINAN
Sesuatu
perkahwinan tidak akan berlaku tanpa berasaskan kepada beberapa perkara penting
yang diistilahkan oleh para ulama’ sebagai rukun-rukun perkahwinan. Tanpa
sebahagiannya atau salah satunya maka perkahwinan tidak akan wujud. Kesempurnaan
serta kesahannya amat bergantung dengan kewujudan kesemua rukun tersebut.
Rukun-rukun
perkahwinan ada lima :
1.
Pengantin
lelaki
2.
Pengantin
perempuan
3.
Wali
4.
Dua
orang saksi
5.
Sighah
(ijab dan kabul)
Bagi
setiap rukun di atas pula dilihat dengan beberapa syarat tertentu agar
segala-galanya berlaku dengan sempurna.
SYARAT-SYARAT
PENGANTIN LELAKI
Kesahan
sesuatu perkahwinan mempunyai pertalian yang rapat dengan kesempurnaan
syarat-syarat kelayakan diri pada pengantin lelaki.
1.
Seorang
yang beragama Islam
2.
Bukan
seorang yang dipaksa berkahwin
3.
Bukan
seorang yang sedang berihram kerana mengerjakan haji atau umrah
4.
Mukallaf
5.
Bukan
muhrim bagi bakal isteri
6.
Tidak
mempunyai empat orang isteri, atau salah seorang dari isteri-isterinya yang
empat itu berada di dalam rajie
7.
Lelaki
yang tertentu sebagai suami kepada bakal isteri yang akan dinikahinya.
SYARAT-SYARAT
PENGANTIN PEREMPUAN
Jika
pengantin lelaki diikat dengan beberapa syarat kelayakan peribadi maka amat
tidak wajar jika pengantin perempuan diabaikan begitu sahaja tanpa sebarang
ikatan syarat yang menentukan dirinya sah sebagai seorang pengantin. Dalam
konteks ini, kita dapati para ulama’ telah mencatatkan beberapa syarat yang
berkaitan. Tanpanya, seorang perempuan dianggap tidak layak menjadi pengatin. Syarat-syarat
itu ialah :
1.
Seorang
yang beragama Islam
2.
Seorang
perempuan yang bukan di dalam tempoh iddah
3.
Seorang
yang bukan di dalam ikatan perkahwinan dengan orang lain (iaitu bukan isteri
orang)
4.
Seorang
perempuan yang bukan muhrim kepada bakal suaminya
5.
Bukan
seorang perempuan yang sedang berihram kerana mengerjakan haji atau umrah
6.
Perempuan
yang tertentu sebagai isteri kepada bakal suami yang akan berkahwin dengannya.
PEREMPUAN-
PEREMPUAN YANG TIDAK HARUS DIKAHWINI
Terdapat
dua kumpulan orang-orang perempuan yang menjadi muhrim kepada seseorang lelaki.
Dia sama sekali tidak diharuskan berkahwin untuk selama-lamanya dengan mereka, sama
ada dari kumpulan pertama ataupun kedua, iaitu :
1.
Kumpulan
yang tidak diharuskan untuk selama-lamanya iaitu yang dikatakan haram mu’abbad
2.
Kumpulan
yang tidak diharuskan untuk sementara waktu sahaja iaitu yang dikatakan sebagai
haram mu’aqqat.
Kumpulan
yang tidak diharuskan untuk selama-lamanya itu terbahagi kepada tiga kelompok:
1.
Mereka yang
mempunyai hubungan nasab/keturunan dengannya
2.
Mereka
yang mempunyai hubungan rada’ah/susuan dengannya
3.
Mereka
yang mempunyai hubungan musaharah/persemendaan dengannya
Kelompok
pertama terdiri daripada :
1.
Ibu
sendiri
2.
Anak
perempuannya
3.
Saudara
perempuannya
4.
Anak
perempuan dari saudara lelakinya
5.
Anak
perempuan dari saudara perempuannya
6.
Ibu
saudaranya dari sebelah ibu
7.
Ibu
saudaranya dari sebelah bapa
Kelompok
kedua terdiri daripada :
1.
Ibu
susuannya
2.
Saudara
perempuan susuannya
Kelompok
ketiga daripada :
1.
Ibu
mertuanya
2.
Anak
tirinya
3.
Ibu
tirinya
4.
Menantunya
5.
Adik
atau kakak kepada isterinya
Kumpulan
yang tiidak diharuskan untuk sementara waktu terdiri daripada :
1.
Saudara
perempuan isterinya (sama ada kakak atau adik)
2.
Saudara
perempuan bapa mentua dan saudara perempuan ibu mentuanya
3.
Berlainan
agama. Dia akan menjadi harus dikahwini dengan memeluk agama Islam
Dari
itu jelas kepada kita bahawa bukan kesemua perempuan memiliki kelayakan menjadi
isteri kepada kaum lelaki. Begitu juga dengan lelaki yang harus menjadi suami
kepada kaum perempuan. Lantaran itu perkahwinan yang berlangsung di antara
pasangan yang tidak memiliki syarat kelayakan sepenuhnya adalah tidak sah dan
persetubuhan yang berlaku di antara mereka dihukum sebagai perbuatan zina.
SYARAT-SYARAT
SEORANG WALI
Seseorang
wali juga adalah terkat dengan beberapa syarat kelayakan peribadi yang mesti
dipenuhi, tanpanya maka hilanglah kelayakannya. Syarat-syaratnya ialah :
1.
Seorang
yang beragama Islam
2.
Lelaki
3.
Sempurna
umur baligh
4.
Berakal
serta waras fikirannya
5.
Bebas
merdeka
6.
Bersifat
adil
7.
Tidak
berada di dalam ihram untuk mengerjakan haji atau umrah
8.
Tidak
dipaksa menjadi wali
Pembahagian
wali :
1.
Wali
nasab/keturunan
2.
Wali
hakim/keturunan
WALI
NASAB
Wali
nasab ialah mereka yang mempunyai hubungan darah dengan perempuan yang akan
dikahwinkan, seperti :
1.
Bapa
kepada pengantin perempuan
2.
Datuknya,
iaitu datuk dari sebelah bapanya
3.
Saudara
lelakinya yang seibu sebapa
4.
Saudara
lelakinya yang sebapa
5.
Anak
lelaki bagi saudara lelakinya yang seibu sebapa
6.
Anak
lelaki bagi bagi saudara lelakinya yang sebapa
7.
Bapa
saudaranya dari sebelah bapanya yang seibu sebapa
8.
Bapa
saudaranya dari sebelah bapanya yang sebapa
9.
Anak
lelaki kepada bapa bapa saudara yang seibu sebapa dengan bapanya
10.
Anak
lelaki kepada bapa saudara yang sebapa dengan bapanya
11.
Bapa
saudara kepada bapanya yang seibu sebapa
12.
Bapa
saudara kepada bapanya yang sebapa
Di
antara wali-wali nasab yang tersebut, yang lebih berhak dan lebih utama menjadi
wali ialah bapa yang dikenali sebagai wali aqrab. Wali-wali yang lain dikenali
sebagai wali ab’ad.
PERANAN
WALI AB’AD
Wali
ab’ad tidak harus mengahwinkan perempuan yang diwakilinya selagi masih ada wali
aqrab yang sempurna syarat-syarat kelayakannya. Tetapi jika wali aqrab yang ada
tidak memiliki syarat kelayakan yang sempurna maka barulah hak menjadi wali itu
akan berpindah kepada wali ab’ad yang sempurna syarat-syaratnya.
Secara
kasarnya dapatlah kita rumuskan sebab-sebab perpindahan tugas perwalian kepada
wali ab’ad itu seperti berikut :
1.
Jika
wali aqrab masih lagi di dalam kekufurannya
2.
Jika
dia seorang yang fasiq atau tidak bersifat adil
3.
Jika
dia seorang yang gila
4.
Jika
dia masih lagi seorang kanak-kanak
5.
Jika
dia seorang yang bisu
6.
Jika
dia masih lagi seorang kanak-kanak
7.
Jika
dia seorang yang bodoh
8.
Jika
dia seorang hamba abdi
Selain
wali nasab dibahagikan kepada wali aqrab dan wali ab’ad, ia juga dibahagikan
kepada wali mujbir dan wali bukan mujbir. Wali yang dikatakan sebagai wali
mujbir ialah bapa dan datuk kepada anak gadis yang bakal menjadi pengantin. Mereka
memiliki kuasa mengahwinkan anak gadis mereka sekalipun tanpa izinnya. Tindakan
mereka adalah sah dan perkahwinan yang mereka laksanakan dihukum sah. Walaubagaimanapun,
mendapatkan keizinan daripada anak gadis mereka adalah lebih baik dan dihukum
sunat agar tidak berlaku apa yang dinamakan sebagai kahwin paksa. Menurut hukum,
jika seorang anak gadis dikahwinkan oleh wali mujbirnya dengan seorang lelaki
tanpa keizinannya, perkahwinannya itu adalah sah, tetapi jika dia tidak suka
kepada suaminya maka diharuskan dia membuat pilihan, sama ada mengekalkan
perkahwinannya atau berpisah sahaja.
WALI
HAKIM
Wali
hakim ialah ketua Negara Islam atau wakilnya seperti Kasi Besar, Kadi-kadi
daerahcatau orang yang mendapat tauliah daripada pejabat-pejabat kadi daerah. Merekalah
merupakan petugas yang mengahwinkan seseorang perempuan yang tidak mempunyai
wali atau apabila wali akrab enggan mengahwinkannya.
SEBAB-SEBAB
YANG MEMBOLEHKAN WALI HAKIM BERFUNGSI
Terdapat
beberapa sebab yang memberi hak kepadan wali hakim bertindak, di antaranya :
1.
Apabila
tidak terdapat wali nasab
2.
Apabila
wali nasab yang aqrab tidak memiliki syarat-syarat kelayakan yang sempurna
disamping tidak terdapat wali nasab yang ab’ad untuk menjalankan akad
perkahwinan.
3.
Wali
nasab yang aqrab berada di suatu tempat yang sembahyang secara kasar (iaitu
dalam jarak 60 batu)
4.
Wali
aqrab sedang berihram sama ada untuk mengerjakan haji atau umrah
5.
Wali
aqrab sedang berada di dalam penjara yang tidak ada jalan untuk menemuinya
6.
Wali
aqrab menyembunyikan diri kerana tidak mahu mengahwinkannya
7.
Wali
aqrab enggan secara terang-terangan melangsungkan perkahwinannya
8.
Wali
aqrab hilang tidak diketahui di mana dia berada
KENAPA
WALI DIPERLUKAN?
Kepentingan
wali dapat dilihat dari beberapa sudut, antaranya :
1.
Untuk
menjaga hubungan rumahtangga dan kekeluargaan di antara seorang anak dengan
seorang tuanya
2.
Biasanya
orang tua lebih tahu kedudukan dan kesesuaian bakal jodoh anak perempuannya
kerana di dalam Islam, pergaulan di antara lelaki dan perempuan adalah terikat
dengan bata-batas adab yang tertentu menyebabkan anak-anak perempuan tidak
bebas dan tidak mampu mengenali siapakah bakal lelaki yang sesuai dengannya.
SYARAT-SYARAT
SAKSI
Di
dalam melangsungkan akad perkahwinan, selain dari dua pengantin dan wali atau
wakilnya, maka dua orang saksi lelaki juga diperlukan. Tanpanya maka sesuatu
akad itu dihukum tidak sah. Berikut adalah beberapa syarat yang mengikat
kelayakan seseorang untuk menjadi saksi perkahwinan :
1.
Disyaratkan
dua saksi itu terdiri daripada orang-orang lelaki
2.
Beragama
Islam
3.
Sempurna
umur baligh
4.
Sempurna
pendengaran
5.
Boleh
bercakap dan melihat
6.
Waras
fikiran
7.
Bersifat
adil
8.
Faham
dan mengerti bahasa yang digunakan di dalam ijab dan kabul
9.
Kuat
ingatan
10.
Tidak
dipaksa untuk menjadi saksi
11.
Tidak
didalam ihram untuk mengerjakan haji atau umrah
IJAB
DAN KABUL
Ijab
dan kabul kadang-kadang disebut juga sebagai sighah. Ijab bererti pengakuan
daripada pihak bakal isteri bahawa dia rela dan bersedia untuk dikahwinkan
dengan lelaki bakal suaminya. Kabul pula ialah pengakuan atau jawapan daripada
pihak bakal suami bahawa dia menerima kesediaan bakal isteri untuk menjadi
isterinya.
SYARAT
KEDUA-DUANYA
Kedua-duanya
adalah terikat dengan beberapa syarat seperti :
1.
Kedua-duanya
hendaklah dengan lafaz yang terang
2.
Tidak
disyaratkan dengan sesuatu
3.
Tidak
mengandungi syarat-syarat yang menyalahi maksud nikah/perkahwinan
4.
Bersamaan
makna/maksud di antara ijab dan kabul
5.
Kedua-duanya
dilakukan berturut-turut
6.
Lafaz
kedua-duanya disebut dengan nada yang dapat didengar
7.
Kedua-duanya
tidak diikatkan dengan masa tertentu
8.
Suami/isteri
yang berkaitan di dalam ijab/kabul itu adalah orang yang tertentu
9.
Wali
yang melaksanakan akad perkahwinan itu adalah orang yang sempurna syarat-syarat
kelayakan sebagai wali
BAHASA
KEDUA-DUANYA
Lafaz-lafaz
yang digunakan di dalam ijab dan kabul tidaklah wajib di dalam bahasa Arab
malah ia harus dengan menggunakan apa sahaja bahasa selain dari bahasa Arab
asalkan dapat difahami oleh suami/isteri dan dua orang saksi mereka dan
dikehendaki mengandungi makna kahwin atau nikah.
HIKMAH
PERKAHWINAN
Antara
hikmah perkahwinan yang telah disyariatkan oleh Allah swt terhadap manusia
ialah yang pertama, ia merupakah sunnah para nabi dan rasul. Firman Allah yang
bermaksud, “Demi sesungguhnya Kami (Allah) telah mengutus rasul sebelum kamu
dan kami jadikan untuk mereka isteri-isteri dan juga keturunan. ’’ (Al-Ra’d:
38). Allah swt mengutus para nabi dan rasul sebagai pemimpinn umat manusia ke
jalan kebenaran. Mereka adalah model yang mesti diikuti demi keamanan, kebahagiaan
dan kedamaian dalam kehidupan. Dengan mencontohi sunnah rasul yakni membina
keluarga melalui perkahwinan, kita akan memperolehi kebaikan dan keselamatan
yang berpanjangan bukan sahaja di dunia, malah akan berlanjutan di akhirat. Rasulullah
amat menggalakkan umatnya supaya berkahwin. Daripada Aisyah r. a. berkata, bersabda
Nabi SAW. : ‘’Perkahwinan itu adalah sunnahku, sesiapa yang tidak suka mengikut
sunnahku maka bukanlah dia daripada golongan umatku. ’’ (Riwayat Ibn Majah)
Hikmah
perkahwinan yang kedua pula ialah tenang dan tenteram. Melalui perkahwinan, seseorang
akan berasa bahagia, aman dan tenteram dengan adanya ikatan kasih dan sayang
antara suami isteri. Allah berfirman bermaksud: “Dan antara tanda-tanda
membuktikan kekuasaan dan rahmatNya, bahawa ia menciptakan untuk kamu (wahai
kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang
hati dan hidup mesra bersamanya dan jadikanlah antara kamu perasaan cinta dan
kasih sayang. ’’ (Ar-Rum: 21)
Selain
itu, hikmah perkahwinan yang ketiga ialah dapat memelihara iman. Al-Baihaqi r. a.
meriwayatkan daripada Rasulullah SAW. : “Apabila telah berkahwin seseorang
hamba itu, maka ia telah memenuhi separuh agamanya. Maka bertakwalah ia kepada
Allah pada separuh yang belum disempurnakan lagi. ” Hadis ini menjelaskan, apabila
seseorang itu telah berkahwin, maka ia akan terselamat daripada perkara-perkara
dosa, terutama yang berkaitan nafsu syahwat. Rasulullah SAW. bersabda yang
bermaksud: ‘’Barang siapa yang mampu, hendaklah dia berkahwin kerana dengan
demikian dapat menundukkan penglihatan dan dapat memelihara kehormatannya. Dan
barang siapa yang tidak mampu berkahwin, hendaklah ia berpuasa kerana berpuasa
dapat menghalang keinginan nafsunya. ’’ (Riwayat Ibn Mas’ud)
Yang
keempat, dengan berkahwin, akan dapat mengikis kebimbingan tidak mampu memikul
tanggungjawab kepada isteri dan anak-anak disebabkan kemiskinan. Ini selalunya
berlaku kepada golongan yang hidup miskin; ada kalanya berasa takut untuk
menempuh perkahwinan. Sesungguhnya Allah yang menjamin rezeki setiap hambaNya. Rezeki
adalah dalam kekuasaan Allah. Manusia hanya perlu berusaha mendapatkan rezeki. Selain
bekerja untuk menyara kehidupan, usaha lain yang boleh diamalkan adalah dengan
bersolat Dhuha setiap hari. Dari Aisyah r. a. sabda Nabi SAW. : ‘’Berkahwinlah
kamu kerana perempuan itu juga boleh menolong kamu mencari harta dan boleh
menjimatkan harta. ’’ (Riwayat Imam al-Bazaar)
Yang
kelima pula ialah zuriat. Rasulullah SAW. amat berbangga dengan umatnya yang
ramai di akhirat nanti. Justeru, menerusi perkahwinan akan lahirlah zuriat umat
Islam yang beriman dan bertakwa yang akan memakmurkan bumi.
Yang
terakhir ialah dapat mendisiplinkan hidup. Melalui perkahwinan, wujudlah
kehidupan teratur dan berdisiplin dalam kehidupan berumah tangga. Akan berlaku
rasa tanggungjawab dan pengagihan tugas antara suami dan isteri, ibu bapa dan
anak-anak serta abang/kakak dengan adik-adik. Perkahwinan akan mewujudkan asas
cara hidup yang tersusun dan teratur, seterusnya membawa kepada masyarakat yang
demikian juga.
PENUTUP
Secara
kesulurahannya, perkahwinan adalah sebahagian daripada liku-liku kehidupan yang
dilalui oleh kebanyakan umat manusia. Ia adalah proses semulajadi yang telah
diaturkan oleh Allah SWT mengikut sifat semulajadi dalam diri manusia iaitu
berkehendakkan kepada pasangan hidup.
Bermula
dengan perkahwinan Nabi Adam a. s. dengan Siti Hawa, maka zuriat manusia
berkembang biak melalui perkahwinan. Biarpun hukum-hukum perkahwinan berubah dari
keturunan terawal itu sehingga kepada syariat Islam yang diturunkan kepada umat
Muhammad SAW, namun perkahwinan tetap mempunyai hikmah yang cukup besar, yang
memberi manfaat kepada manusia sendiri.
RUJUKAN
Mat
Saad Abd. Rahman, Prof, Madya, Dr, (1993). Undang-undang Keluarga Islam: Aturan
Perkahwinan: Suatu Pendekatan Berdasarkan Amalan Semasa. Shah Alam: HIZBI
Reprografik.
Hj. Abdul.
Kadir Hj. Abdullah Hassan, (2002). Perkahwinan Dalam Islam. Kuala Lumpur:
Al-Hidayah Publishers.
Muhammad
Ali Quthb, (1999). Mutiara Perkahwinan Menurut Ajaran Islam. Kuala Lumpur:
Pustaka Haji Abdul Majid.
Haji
Said Haji Ibrahim, (1984). 400 Soal Jawab Nikah Kahwin. Selangor: Percetakan
Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd.
Engku
Ahmad Zaki, (2010). “Aku Nikahi Akan Dikau”. Kuala Lumpur: Percetakan Zafar Sdn.
Bhd.
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
abdazizharjin.blogspot.com
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
04-9882701 (P)
04-9882597 (R)
013-4006206 (H)
Tarikh: 30/01/2015