Disediakan Untuk:
Ustaz Abd Aziz B Harjin
Pensyarah Pendidikan Islam
Disediakan Oleh:
Nasuha Bt Abd Ghani
2014640732
Pendahuluan
Pensyariatan Perkahwinan Dalam Islam Adalah Untuk
Memenuhi Kehendak Fitrah Manusia Yang Memerlukan Kasih Sayang Dan Perhatian. Iman,
Kasih Sayang, Dan Pergaulan Yang Baik Adalah Asas Yang Perlu Ada Dalam
Kehidupan Berkeluarga.
Suami Bertindak Sebagai Ketua Keluarga Yang
Bertanggungjawab Memberi Nafkah. Isteri Pula Wajib Mentaati Suami Dan Mendidik
Anank-Anak. Mereka Ini Adalah Golongan Yang Berjaya Melaksanakan Amanah Yang
Diberi Iaitu Sebagai Khalifah Allah Yang Mempertahankan Peradaban Dan Tamadun
Manusia.
Orang Berkahwin Bertanggungjawab Secara Keseluruhannya
Terhadap Rumah Tangga Dan Ahli Keluarga. Segala Perbuatan Yang Dilakukan Demi
Kesejahteraan Dan Kebahagian Keluarga Mendapat Pahala Daripada Allah. Perkahwinan
Merupakan Suatu Sunnah Rasulullah Saw Bagi Meneruskan Dakwahnya Mengatasi
Masalah Sosial Dalam Masyarakat, Mewujudkan Generasi Yang Soleh.
Rasulullah Juga Turut Menerangkan Dan Menjelaskan Dalm
Hadis. Di Sini Menunjukkan Bahawa, Perkahwinan Itu Bukanlah Sebagai Satu Ikatan
Sahaja, Malah Sebagai Satu Sunnah Nabi Dan Sebagai Satu Perintah Dari Allah Swt.
Takrif Perkahwinan
Perkahwinan Atau Nikah Menurut Bahasa Ialah Berkumpul
Dan Bercampur. Menurut Istilah Syarak Pula Ialah Ijab Dan Qabul(‘Aqad) Yang Menghalalkan
Persetubuhan Antara Lelaki Dan Perempuan Yang Diucapkan Oleh Kata-Kata Yang
Menunjukkan Nikah, Menurut Peraturan Yang Ditentukan Oleh Islam. Perkataan
Zawaj Digunakan Di Dalam Al Quran Bermaksud Pasangan Dalam Penggunaannya
Perkataan Ini Bermaksud Perkahwinan Allah Swt Menjadikan Manusia Itu
Berpasang-Pasangan, Menghalalkan Perkahwinan Dan Mengharamkan Zina. (Khairunnisa’
Yusoff:2012)
Hukum-Hukum Perkahwinan
Menurut Syariat Islam, Hukum Perkahwinan, Jika
Dirumuskan, Terdiri Atas Beberapa Bahagian. Ada Perkahwinan Yang Berhukum Wajib,
Sunah, Makruh, Harus Dan Bahkan Ada Yang Haram. Perkahwinan Yang Dikategorikan
Wajib Ialah Orang Yang Mempunyai Kesanggupan Dan Kemampuan Serta Memenuhi
Syarat Untuk Berkahwin, Wajib Melangsungkan Perkahwinan Jika Dikhuatirkan Jatuh
Dalam Penzinaan. Imam Al-Qurtubi Mengatakan, Orang Yang Mampu Tetapi Tidak
Segera Berkahwin Padahal Ada Kesedaran Bahawa Hal Itu Cukup Membahayakan Diri
Dan Agamanya, Sedangkan Cara Untuk Mengatasinya Hanya Melalui Perkahwinan, Maka
Ia Wajib Menikah. Ulama Tidak Memperselisihkan Kewajipan Itu. (Fatimah Haji
Omar:1997)
Rasulullah Saw Mengingatkan Yang Maksudnya:
“Hai Kaum Muda, Barangsiapa Di Antara Kamu Telah Mampu
Berkahwin, Maka Beristerilah. Kerana Dengan Beristeri Lebih Menjaga Pandangan
Dan Lebih Memelihara Kemaluan. ”
(Al-Jemaah Dari Ibnu Mas’ud R. A)
Perkahwinan Yang Dikategorikan Sunnah Pula Ialah Suatu
Perkahwinan Bagi Seseorang Dikategorikan Sunah, Apabila Ia Dapat Menjaga
Diri(Menjamin Dirinya)Tidak Akan Tergelincir Ke Perbuatan Yang Dilarang Allah. Perbuatan
Yang Dimaksudkan Adalah Fakhisyah. Perbuatan Fakhisyah Dalam Hal Seksual Tidak
Hanya Dengan Lawan Jenis, Tetapi Termasuk Homoseks, Lesbian Dan Sebagainya. Orang
Yang Mampu Menjaga Diri Tanpa Berkahwin, Justeru Itu Lebih Utama Jika Waktu-Waktunya
Digunakan Beribadah Kepada Allah. Demikian Menurut Sayid Sabiq. (Fatimah Haji
Omar:1997)
Perkahwinan Yang Dikategorikan Makruh Ialah Orang Yang
Tidak Mampu Memberi Nafkah Zahir Dan Batin Kepada Isterinya, Tetapi Tidak
Menimbulkan Kekecewaan Pihak Isteri Kerana Suatu Alasan Tertentu, Maka
Perkahwinan Itu Termasuk Makruh. Contohnya Wanita Yang Dikahwininya Itu Orang
Kaya Dan Minimum Sekali Hasratnya Untuk Melakukan Aktiviti Seks. Bahkan Lebih
Dimakruhkan Lagi Jika Perkahwinan Itu Hanya Mengganggu Kesibukannya Terhadap
Suatu Amal Ibadah, Atau Penumpuan Di Bidang Keilmuannya. (Fatimah Haji
Omar:1997)
Perkahwinan Yang Dikategorikan Harus Ialah Seseorang
Yang Seimbang Perasaannya Jika Tidak Berkahwin Tidak Akan Melakukan Zina. Jika
Berkahwin Dia Tidak Akan Menzalimi Isterinya. Manakala Perkahwinan Yang
Dikategorikan Haram Ialah Orang Yang Tidak Berkemampuan Untuk Memberi Nafkah
Batin Dan Lahir Dan Ia Sendiri Tidak Berkuasa(Lemah) Tidak Punya Keinginan
Berkahwin Serta Akan Menganiayai Isterinya Jika Dia Berkahwin. (Fatimah Haji
Omar:1997)
Hikmah Perkahwinan
Bermula Dengan Perkahwinan Nabi Adam A. S Dengan Siti
Hawa Maka Zuriat Manusia Berkembang Biak Melalui Perkahwinan. Biarpun
Hukum-Hukum Perkahwinan Berubah Dari Keturunan Terawal Itu Sehingga Kepada
Syariat Islam Yang Diturunkan Kepada Umat Muhammad Saw, Namun Perkahwinan Tetap
Mempunyai Hikmah Yang Cukup Besar, Yang Memberi Manfaat Kepada Kehidupan
Manusia Sendiri. Apakah Hikmah Allah Mensyariatkan Perkahwinan?Antaranya Ialah
Sunnah Para Nabi Dan Rasul
Firman Allah Yang Bermaksud:”Demi Sesungguhnya
Kami(Allah) Telah Mengutus Rasul Sebelum Kamu Dan Kami Jadikan Untuk Mereka
Isteri-Isteri Dan Juga Keturunan. ”(Al-Rad:38). Allah Mengutuskan Para Nabi Dan
Rasul Sebagai Pemimpin Umat Manusia Ke Jalan Kebenaran. Mereka Adalah Model
Yang Mesti Diikuti Demi Keamanan, Kebahagiaan Dan Kedamaian Dalam Kehidupan. Dengan
Mencontohi Sunnah Rasul Yakni Membina Keluarga Melalui Perkahwinan, Kita Akan
Memperolehi Kebaikan Dan Keselamatan Yang Berpanjangan Bukan Sahaja Di Dunia
Malah Berlanjutan Di Akhirat.
Rasulullah Amat Menggalakkan Umatnya Supaya Berkahwin.
Daripada Aisyah R. A Berkata, Bersabda Nabi Saw:Perkahwinan Itu Adalah Sunnahku,
Sesiapa Yang Tidak Suka Mengikut Sunnahku Maka Bukanlah Dia Daripada Golongan
Umatku. ”(Riwayat Ibn Majah). (Rizky Banjary:2013)
Selain Itu, Zuriat(Mengekalkan Keturunan Manusia
Dengan Jalan Yang Benar). Rasulullah Saw Amat Berbangga Dengan Umatnya Yang
Ramai Di Akhirat Nanti. Justeru Menerusi Perkahwinan Akan Lahirlah Zuriat Umat Islam
Yang Beriman Dan Bertakwa. Daripada Ma’qal Bin Yasar, Bersabda Rasulullah Saw:
“Berkahwinlah Kamu Denagan Wanita Pengasih Dan Subur, Kerana
Aku Akan Berbangga Denagan Jumlah Kamu Yang Ramai. ”(Riwayat Abu Daud).
Allah Swt Berfirman Yang Bermaksud:”Wahai Sekalian
Manusia!Bertakwalah Kepada Tuhan Kamu Yang Telah Menjadikan Daripada(Adam) Itu
Pasangannya(Isterinya-Hawa), Dan Juga Yang Membiakkan Daripada
Kedua-Duanya-Zuriat Keturunan-Lelaki Dan Perempuan Yang Ramai. Dan Bertakwalah
Kepada Allah Swt Yang Kamu Selalu Meminta Dengan Menyebut-Nyebut Namanya, Serta
Peliharalah Hubungan Silaturrahim Kaum Kerabat;Kerana Sesungguhnya Allah Swt
Sentiasa Mengawasi Kamu.
(Surah An-Nisa:Ayat:1). (Rizky Banjary:2013)
Di Samping Itu Dapat Memelihara Iman. Al-Baihaqi R, A
Meriwayatkan Daripada Rasulullah Saw. ”Apabila Telah Berkahwin Seseorang Hamba
Itu, Maka Ia Telah Memenuhi Separuh Agamanya. Maka Bertakwalah Ia Kepada Allah
Pada Separuh Yang Belum Disempurnakan Lagi. Hadis Ini Menjelaskan, Apabila
Seseorang Itu Telah Berkahwin, Maka Ia Akan Terselamat Daripada Perkara-Perkara
Dosa, Terutama Yang Berkaitan Dengan Nfsu Syahwat.
Rasulullah Saw Bersabda Yang Bermaksud:”Barangsiapa
Yang Mampu, Hendaklah Dia Berkahwin Kerana Dengan Sedemikian Dapat Menundukkan
Penglihatan Dan Dapat Memelihara Kehormatannya. Dan Barangsiapa Yang Tidak
Mampu Berkahwin, Hendaklah Ia Berpuasa Kerana Puasa Dapat Menghalang Keinginan
Nafsunya. ”(Riwayat Ibn Mas’ud). (Rizky Banjary:2013)
Seterusnya, Tenang Dan Tenteram. Melalui Perkahwinan, Seseorang
Akan Berasa Bahagia, Aman Dan Tenteram Dengan Adanya Ikatan Kasih Sayang Antara
Suami Isteri. Allah Berfirman Bermaksud:”Dan Antara Tanda-Tanda Membuktikan
Kekuasaan Dan Rahmatnya, Bahawa Ia Menciptakan Untuk Kamu(Wahai Kaum
Lelaki)Isteri-Isteri Daripada Jenis Kamu Sendiri Supaya Kamu Bersenang Hati Dan
Hidup Mesra Bersamanya, Dan Jadikanlah Antara Kamu Perasaan Cinta Dan Kasih
Sayang. ”(Ar-Rum:21). (Rizky Banjary:2013)
Berikutnya Dapat Mendisiplinkan Hidup. Melalui
Perkahwinan Akan Wujud Kehidupan Teratur Dan Berdisiplin Dalam Kehidupan
Berumah Tangga. Akan Berlaku Rasa Tanggungjawab Dan Pengagihan Tugas Antara
Suami Dan Isteri, Ibu Bapa Dan Anak-Anak Dan Abang/Kakak Dengan Adik-Adik. Perkahwinan
Akan Mewujudkan Asas Cara Hidup Yang Tersusun Dan Teratur, Seterusnya Membawa
Kepada Masyarakat Yang Demikian Juga. (Rizky Banjary:2013)
Akhir Sekali, Yakin Rezeki Daripada Allah. Dengan
Berkahwin, Akan Mengikis Kebimbangan Tidak Mampu Memikul Tanggungjawab Kepada
Isteri Dan Anak-Anak Disebabkan Kemiskinan. Ini Selalunya Berlaku Kepada
Golongan Yang Hidup Miskin. Ada Kalanya Berasa Takut Untuk Menempuh Perkahwinan.
Seterusnya Allah Yang Menjamin Rezeki Setiap Hambanya. Sabda Nabi Saw:”Sesiapa
Yang Meninggalkan Berkahwin Kerana Takut Miskin, Maka Dia Bukanlah Daripada
Golonganku. ”(Riwayat Abu Daud).
Rezeki Adalah Dalam Kekuasaan Allah. Manusia Hanya
Perlu Berusaha Mendapatkan Rezeki. Selain Bekerja Untuk Menyara Kehidupan, Usaha
Lain Yang Boleh Diamalkan Ialah Dengan Bersolat Dhuha Setiap Hari, Insyaallah
Akan Dikurniakan Allah Murah Rezeki.
Dari Aisyah R. H. A Sabda Nabi Saw, ”Berkahwinlah Kamu
Kerana Perempuan Itu Juga Boleh Menolong Kamu Mencari Harta Dan Boleh
Menjimatkan Harta. ”(Riwayat Imam Al-Bazzar). (Rizky Banjary:2013)
KHAIFIAT PERKAHWINAN DALAM ISLAM
Kaifiat perkahwinan mempunyai beberapa cara iaitu, pemilihan
calon suami dan isteri, peminangan dan batas-batas pergaulan, rukun nikah serta
mahar dan walimatulurus.
Pertama sekali ialah pemilihan calon suami dan isteri.
Islam menyuruh umatnya memilih bakal suami atau isteri yang baik agama dan
akhlaknya, berharta dan berketurunan baik. Daripada Abu Hurairah r. berkata, bersabda
Nabi SAW:
“Perempuan itu dikahwini kerana hartanya, keturunannya,
kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah yang beragama, bahagialah
engkau. (Khairunnisa’ Yusoff:2012)
Terdapat beberapa ciri-ciri suami yang baik. Antaranya
adalah yang berkemampuan. Mampu yang dimaksudkan berupaya menyediakan tempat
tinggal, saraan hidup yang kebiasaan, serta pakaian untuk menutup aurat. Selain
itu, bertanggungjawab. Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta
perempuan. Lelaki begini adalah ciri-ciri lelaki yang ti dak pemalas, inginkan
kemajuan serta tidak mengharapkan titik peluh isteri. Di samping itu, berilmu
pengetahuan supaya dapat membina keluarga yang bahagia. Seterusnya, datang
membina keluarga yang bahagia. Seterusnya, datang daripada keturunan orang yang
baik lagi rajin beribadah. Mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia serta sangat
menghormati orang tua, berpegangan agama dan tidak berpenyakit keturunan. (Khairunnisa’
Yusoff:2013)
Terdapat juga ciri-ciri isteri yang baik. Rasulullah
SAW menggariskan sebaik-baik wanita yang soleh ialah seorang isteri apabila
suami melihatnya, akan menjadikan riang dan suka. Apabila menyuruh berbuat
sesuatu dia tetap mematuhi suruhan. Apabila disuruh bersumpah mengenai dirinya,
dia tetap berpegang dengan sumpahnya. Sekiranya berjauhan dia menjaga
kehormatan dan harta suaminya. Selain itu, sifat yang perlu diberi keutamaan
mencakupi raut wajah yang menyenangkan, akhlak baik terhadap suami, amanah dan
setia. Di samping itu akhlak yang baik terhadap suami turut dititikberatkan
dalam Islam ketika memilih calon isteri. Faktor ini bagi menjamin kerukunan rumah
tangga. Isteri yang baik ialah isteri yang mentaati perintah dan suruhan suami
sejauh mana ia tidak bertentangan dengan apa yang digariskan oleh suami. Satu
lagi ciri ialah amanah dan setia. Pada pandangan Islam, isteri yang amanah dan
setia bolehlah disifatkan sebagai isteri yang baik dan solehah. Mereka dapat
menjaga kehormatan diri dan harta suami sekalipun ketika ketiadaan suami di
rumah. Akhir sekali, wanita yang boleh melahirkan zuriat, adalah wanita yang
menjadi pilihan untuk dijadikan isteri, kerana dalam sesebuah perkahwinan anak
yang dilahirkan itu dapat menjadi pengikat atau penambat kasih sayang dan
kerukunan rumahtangga. (Khairunnisa’ Yusoff:2012)
PEMINANGAN DAN BATAS PERGAULAN
Merisik adalah bertanya kepada seseorang atau melihat
sendiri bakal isteri yang sesuai atau menepati ciri-ciri yang dikehendaki. Merisik
adalah langkah awal dalam proses memilih calon. Meminang merupakan lamaran
daripada seorang lelaki kepada seorang perempuan lelaki kepada seorang
perempuan untuk dijadikan isteri. Ia juga merupakan suatu ikatan janji pihak
lelaki dan perempuan untuk melangsungkan perkahwinan mengikut tarkh yang
dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Meminang merupakan adat kebiasaan masyarakat
Melayu yang diterima oleh Islam. Hukum peminangan adalah harus dan hendaklah
bukan isteri orang, bukan mahram sendiri, tidak dalam idah dan bukan tunangan
orang. Pemberian seperti cincin kepada wanita semasa peminangan merupakan tanda
ikatan pertunangan. Apabila berlaku keingkaran yang disebabkan oleh lelaki, pemberian
tidak perlu dikembalikan dan jika disebabkan oleh wanita, maka hendaklah
dikembalikan, namun persetujuan hendaklah dibuat semasa peminangan dilakukan. Melihat
bakal suami dan bakal isteri adalah sunat, kerana tidak mahu penyesalan berlaku
setelah berumah tangga. Anggota yang harus dilihat bagi seorang wanita ialah
muka dan kedua-dua tangan sahaja.
Hadis Rasulullah berkenaan untuk merisik dan meminang.
”Daripada Abu Hurairah r. a berkata, sabda Rasulullah SAW kepada seorang lelaki
yang hendak berkahwin dengan seorang perempuan:Adakah kamu telah
melihatnya?jawabnya tidak(kata lelaki itu kepada Rasulullah). Pergilah
melihatnya supaya perkahwinan kamu terjamin berkekalan. ”(Hadis Riwayat Tarmizi dan Nasai)
Hadis Rasulullah berkenaan larangan meminang wanita
yang telah bertunang:”Daripada Ibnu Umar r. a bahawa Rasulullah SAW telah
bersabda:”Kamu tidak boleh meminang tunang saudara kamu sehingga dia
memutuskannya. ”(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim). (Khairunnisa’Yusoff:2013)
Batas pergaulan dalam tempoh pertunangan juga perlu
dititikberatkan. Perhubungan antara pasangan yang bertunang dikira sebagai
orang asing(ajnabi). Mereka diharamkan bergaul bebas dan berdua-duaan tanpa
mahram. Pergaulan mereka hendaklah dibataskan mengikut batasan syarak. (Khairunnisa’Yusoff:2013)
RUKUN NIKAH DAN SYARAT-SYARATNYA
Rukun nikah mempunyai lima iaitu bakal suami, bakal
isteri, wali, dua orang saksi, dan sighah(ijab dan qabul). Setiap rukun nikah
tersebut mempunyai syarat-syarat tertentu. Di bawah ini akan membincangkan
syarat-syarat bagi setiap rukun tersebut. Lelaki dan perempuan yang ingin
berkahwin mesti memenuhi syarat seperti yang dinyatakan ini iaitu syarat untuk
bakal suami ialah Islam, lelaki, tidak beristeri empat dalam satu masa, bukan
dalam ihram haji atau umrah, serta bukan mahram kepada isteri seperti mahram
nasab, persemendaan atau penyusuan. Manakala syarat bagi bakal isteri pula
ialah Islam atau ahli kitab, perempuan bukan isteri orang dan bukan dalam talak
raji, bukan dalam ihram haji atau umrah dan bukan mahram kepada isteri seperti
mahram nasab, persemendaan atau penyusuan. (Khairunnisa; Yusoff:2012)
WALI NIKAH
Wali nikah merupakan orang yang berkuasa mengahwinkan
seseorang perempuan. Terdapat beberapa syarat menjadi seorang wali dalam
perkahwinan iaitu Islam, lelaki, baligh, berakal, merdeka, tidak dalam ihram
haji serta tidak ditegah kuasanya daripada membelanjakan harta. Sebaiknya bakal
isteri perlulah memastikan syarat wajib menjadi wali. Sekiranya syarat wali
bercanggah seperti di atas maka tidak salah sebuah pernikahan itu. Sebagai
seorang mukmin yang sejati, kita hendaklah menitik beratkan hal-hal yang wajib
seperti ini. Jika tidak diambil kira, kita akan hidup di lembah zina. (Khairunnisa’Yusoff:2012)
Bahagian Wali
a)Wali nasab iaitu mereka yang berkuasa mengahwinkan seseorang perempuan
mengikut keturunan. Terbahagi kepada dua iaitu wali mujbir dan wali bukan
mujbir. Wali mujbir ialah bapa dan datuk yang berhak mengahwinkan anak gadisnya
tanpa persetujuannya terlebih dahulu dengan syarat bakal suami sekufu dengannya.
Wali mujbir pula ialah mereka yang selain bapa dan datuk seperti saudara lelaki
seibu sebapa atau seibu.
b)Wali hakim iaitu mereka yang diberi kuasa oleh
sultan atau pemrintah untuk mengahwinkan perempuan ketika ketiadaan wali, keengganannya
atau wali nasab hilang kelayakan untuk mengahwinkan. (Khairunnisa’Yusoff:2012)
Susunan wali nikah pula ialah Bapa, datuk, saudara
lelaki seibu sebapa, saudara lelaki sebapa, anak saudara lelaki daripada adik
beradik lelaki seibu sebapa dan ke atas, anak saudara lelaki daripada adik
beradik lelaki sebapa dan ke atas, bapa saudara seibu sebapa dan ke atas, bapa
saudara daripada sebelah bapa, sepupu daripada bapa saudara seibu sebapa dan ke
atas, sepupu daripada bapa saudara sebapa serta wali hakim. (Khairunnisa
Yusoff:2012)
Antara sebab perpindahan kuasa wali nasab kepada wali
hakima ialah tidak terdapat wali nasab mengikut susunan;wali nasab tidak dapat
dikesan, tidak diketahui sama ada hidup atau mati;wali tinggal jauh melebihi
dua marhalah;wali akrab dalam tahanan dan tidak dihubungi;wali sedang dalam
ihram haji atau umrah;wali menyembunyikan diri;wali setaraf bergaduh dan tidak
dapat diselesaikan; wali sendiri yang hendak berkahwin dengan perempuan itu dan
tiada wali lain yang
setaraf dengannya; dan wali enggan mewalikan perempuan
itu. (Khairunnisa;Yusoff:2012)
SAKSI NIKAH
Perkahwinan memerlukan dua orang saksi yang melihat
akad nikah itu berlangsung. Saksi diperlukan untuk menjamin sesuatu perkahwinan
itu sah dan dapat mengelak daripada berlaku unta fitnah. Mereka boleh memberi
keterangan sekiranya berlaku pertikaian berhubung dengan kesahan majlis akad
nikah tersebut. Seseorang yang ingin menjadi saksi mestilah memenuhi syarat
tersebut iaitu Islam, lelaki, baligh, berakal, adil, iaitu tidak melakukan dosa
besar, sempurna pancaindera iaitu tidak buta, pekak atau bisu dan memahami
lafaz ijab dan qabul. (Khairunnisa’Yusoff:2012)
Hikmah saksi boleh memberi keterangan sekiranya
berlaku pertelingkahan. Selain itu, dapat memuliakan perkahwinan dan majlis
akad nikah. Seterusnya, dapat menjamin suatu perkahwinan itu sah. Malah ia juga
dapat mengelakkan berlakunya fitnah. (Khairunnisa Yusof:2012)
SIGHAH NIKAH (IAJB DAN QABUL)
Ijab dan qabul adalah aqad nikah. Perkahwinan dianggap
sah apabila diakadkan oleh wali atau wakilnya dan dipersetujui oleh bakal suami
atau wakilnya.
Ijab adalah lafaz yang diucapkan oleh wali seperti
katanya, ’Aku nikahkan engkau dengan fulan bin fulan denagan anakku fulan binti
fulan dengan mas kahwin RM6000 tunai’.
Qabul ialah jawapan penerimaan yang diucapkan oleh
bakal suami seperti katanya, ’Aku terima nikahnya fulan binti fulan dengan mas
kahwin RM6000 tunai. ’(Khairunnisa Yusoff:2012)
Terdapat beberapa syarat sighah nikah. Ijab iaitu
dilafazkan oleh wali atau wakilnya, ijab dan Qabul berlaku dalam satu majlis, tidak
dilafazkan dengan bahasa sindiran, lafaz ijab jelas dan difahami oleh wali, bakal
suami dan saksi dan tidak diselangi oleh diam yang lama atau perkataan yang
tidak berkaitan. Qabul pula ialah tidak menyalahi ijab, tidak diselangi oleh
diam yang lama, dilafazkan oleh bakal suami atau wakilnya, menyebut nama bakal
isteri atau ganti namanya, tidak dengan lafaz taklik dan tidak dibataskan
dengan tempoh masa. (Khairunnisa Yusoff:2012)
MAHAR DAN WALIMATULURUS
Mahar
Mahar ialah suatu pemberian wajib diberikan oleh suami
kepada isteri dalam bentuk wang atau sutu yang bernilai selepas akad nikah. Pemberian
mahar adalah wajib. Firman Allah SWT maksudnya:Dan berikanlah kepada
perempuan-perempuan itu mahar kahwin mereka sebagai pemberian wajib. (Surah
An-Nisak:Ayat 4)
Antara jenis mahar ialah mahar Musamma iaitu mahar
yang ditentukan kadarnya dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Seterusnya
mahar Misl ialah mahar yang ditentukan kadarnya mengikut kadar mahar
saudara-saudara perempuan pihak isteri. (Khairunnisa’ Yusoff:2012)
Kadar mahar bergantung kepada persetujuan dan budi
bicara kedua belah pihak. sebaik-baikn mahar ialah yang sederhana kadarnya. Syarat
mahar ialah semua yang bermanfaat yang boleh dijadikan bayaran atau upah
seperti wang, emas dan pekerjaan halal. (Khairunnisa Yusoff:2012)
WALIMATULURUS
Walimatulurus ialah kenduri atau jamuan bagi meraikan
sesebuah perkahwinan. Walimah ialah jamuan agama, bukan jamuan adat kebiasaan
yang dibuat kerana Allah, bukan jamuan kebanggaan dan bukan sumber untuk
mendapat keuntungan duniawi. Hukum mengadakan walimatulurus adalah sunat
muakkad. (Khairunnisa’Yusoff:2012)
Terdapat beberapa adab walimatulurus. Antaranya, adalah
diadakan secara sederhana dan mengikut kemampuan. Selain itu, tiada unsur
khurafat atau maksiat. Seterusnya, tiada pergaulan bebas antara lelaki dengan
perempuan. Akhir sekali, mendoakan pengantin dengan ucapan tahniah dan selamat.
(Khairunnisa’ Yusoff:2012)
Terdapat juga beberapa hikmah. Antaranya adalah dapat
melahirkan rasa syukur kepada Allah SWT. Selain itu, menunjukkan tanda tahniah
dan selamat kepada pengantin. Seterusnya, mengishtiharkan perkahwinan kepada
umum. Akhir sekali, kerana mengikut ajaran Islam dan sunnah Rasulullah SAW. (Khairunnisa
Yusoff:2012)
TANGGUNGJAWAB SUAMI DAN ISTERI
Tanggungjawab Suami
Antara tanggungjawab suami ialah memberi nafkah zahir
dan batin iaitu menunaikan keperluan seks isteri dan menyediakan keperluan asas
dalam rumah tangga. Selain itu, memberi didikan agama yang cukup meliputi ilmu
fardhu ain dan fardhu kifayah. Malah memberi layanan yang baik iaitu bersikap
lemah lembut, pengasih dan ramah mesra terhadap isteri. (Ismail Syafiee:2002)
Tanggungjawab Isteri
Antara tanggungjawab isteri ialah dengan mentaati
suami. Selain itu memelihara maruah dan kehormatan diri. Seterusnya, menjaga
harta suami dengan baik serta memberi layanan yang baik kepada suami. Akhir
sekali, perlulah tinggal bersama suami di rumahnya(tidak tinggal berasingan). (Ismail
Syafiee:2002)
Tanggungjawab Bersama
Antara tanggunggjawab bersama ialah memelihara dan
mendidik anak-anak dengan baik. Selain itu, menghubungkan silaturrahim antara
keluarga suami dengan isteri. Seterusnya, memenuhi keperluan dan hak
masing-masing serta saling menghormati dan menjaga keaiban. Akhir sekali, nasihat-menasihati
dengan lembut dan berhikmah. (Ismail Syafiee:2002)
PENUTUP
Konklusinya, daripada tajuk yang saya kaji terdapat
banyak perkara yang kita perlu lakukan dalam mengikuti syariatIslam. Perkahwinan adalah
cara hidup semula jadi manusia dan asas perkembangan masyarakat secara tersusun
dan teratur. Peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Islam adalah menjamin
penerusan perkembangan masyarakat secara sihat dan tersusun demi kesejahteraan
ummat. Dalam hal ini keharusan yang diberikan oleh Islam bukan bermakna galakan
atau kebenaran yang boleh dilakukan sewenang-wenangnya.
RUJUKAN
- Ismail Syafiee Al-Bakabi. (2002). Wanita dan hak kewajipannya di sisi Islam. Sungai Jawi, Pulau Pinang. Penerbitan Bakabi.
- Rizky Banjary. (2013). Cara Terindah Hidup Bersyariat. Batu Caves, Selangor. Mustread Sdn Bhd.
- Md. Isa Selamat. (1998). Lelaki Soleh. Kuala Lumpur. Darul Nu’man.
- Fatimah Haji Omar. (1997). Soal Jawab Bakal Pengantin Khusus Untuk Wanita. Kuala Lumpur. Al-Hidayah Publisher.
- Khairunnisa’ Yusoff. (2012). Pendidikan Islam SPM. Kuala Lumpur. Percetakan Rina Sdn Bhd.
Ustaz
Abd Aziz bin Harjin
URL:
abdazizharjin.blogspot.com
Email:
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
HP:
013-4006206
PJ:
04-9882701
R:
04-9882597
Last update 27/01/2015