Disediakan Untuk:
Ustaz Abd Aziz B Harjin
Pensyarah Pendidikan Islam
Disediakan Oleh:
Muhammad Harith Syahmi Bin Muhamad Haderi
2014435302
ABSTRAK
Bismillahir-rahmanir-rahim
``Aku telah mendapat seorang anak, kemudian aku
membawanya kepada Nabi SAW. Baginda menamakanya Ibrahim, lalu mentahnikkannya
(memecahkan mulutnya) dengan sebiji kurma. ’’
Hadis Riwayat Abu Burdah daripada Abu Musa r. a. Tangisan
bayi bergema memecah kehiningan suasana kehadiran ahli keluarga baru itu memang
dinanti-nantikan khususnya oleh si ibu juga si bapa. Kelahiran bayi sebagai
penghubung jambatan kasih suami isteri adalah suatu rahmat Allah SWT yang tidak
ternilai harganya.
Kesempurnaan Islam tergambar dengan jelas dari peringkat
awal kelahiran insan. Kegembiraan menimang cahaya mata yang sekian lama
ditunggu seharusnya disempurnakan menurut lunas-lunas yang Islam tentukan.
Kelahiran bayi
merupakan salah satu khabar gembira bagi setiap insan. Justeru, orang-orang Islam
yang mendengar khabar gembira ini perlu bersegera meraikan kegembiraan tersebut.
Jika kita menyoroti peribadi agung nabi Nabi Muhammad SAW,
kita akan mendapati bahawa ketika baginda dilahirkan, Thuwaibah telah memberi
khabar gembira kepada Abu Lahab yang ketika itu menjadi majikannya dengan
mengatakan.
``Telah lahir
seorang anak lelaki daripada keturunan Abdullah’’
Maka Abu Lahab ketika itu dengan serta merta
memerdekakanya kerana terlalu gembira. Ucapan tahniah terhadap pasangan yang
baru menimang cahaya mata merupakan salah satu cara meraikan kegembiraan
tersebut. Tujuan menyampaikan khabar gembira ini adalah untuk menanamkan
perasaan kasih sayang dan membina kesatuan sesama umat Islam.
PENGHARGAAN
Assalamualaikum w. b. t bersyukur ke hadrat ilahi kerana
saya dengan limpah kurnianya dapat saya menyiapkan tugasan ini dengan lancar. Ribuan
terima kasih juga kepada pensyarah CTU151 saya kerana memberi peluang dan
kesempatan kepada saya untuk membuat analisis tentang topic yang telah saya
pilih iaitu `Syariat Kelahiran`
Tidak lupa juga kepada bapa sya Muhamad Hadei Bin
Samsudin serta kepada ibu saya Siti Aisyah Binti Awang Kechik yang tidak
henti-henti memberi sokongan dan dorongan agar saya dapat menyiapkan tugasan
yang telah diberikan dengn baik. Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang
sedikit sebanyak telah membantu saya dan memberikan pendapat dan maklumat yang
berguna didalam tugasan ini.
Dengan menjalankan ini dapat memberikan saya lebih
pengetahuan yang lebih mendalam tentang topik yang yang dikaji oleh saya. Akhirkata,
saya berharap tugasan ini dapat mengajar dan memberi saya nilai-nilai yang baik
kepada saya dan juga rakan-rakan saya.
PENDAHULUAN
`Aku telah mendapat seorang anak, kemudian aku membawanya
kepada Nabi Muhammad SAW. Baginda menakannya Ibrahim, lalu mentahnikkanya
(memecahkan mulutnya) dengan sebiji kurma. (Hadis riwayat Abu Burdah daripada
Abu Musa r. a). Memberi khabar gembira dan tahniah atas kelahiran bayi. Kelahiran
bayi merupakan satu khabar gembira bagi setiap insan. Justeru orang-orang Islam
yang mendengar khabar gembira ini perlulah segera meraikan kegembiraan tersebut.
Seterusnya, azan dan iqamat di laungkan ditelinga kanan dan iqamat ditelinga
kiri bayi. Tahnik, isi buah tamar yang telah dikunyah oleh orang alim dan
dimasukkan ke dalam mulutnya menggunakan jari telunjuk dan diratakan ke kiri
dank e kanan mulut. Memberikan nama yang baik. Tuntutan umat Islam memilih nama-nama
yang elok dan mempunyai makna yang baik amat dianjurkan oleh Islam. Sebenarnya,
pemilihan nama-nama yang baik ini sedikit sebanyak boleh mempengaruhi sifat
peribadi dan akhlak seorang muslim. Akikah dan bercukur rambut. Menamakan anak
yang baru lahir sering dilakukan dengan amalan akikah dan jugak muncukur rambut
bayi, menyembelih kambing atau ternakan lain seperti. Berkhitan ``khitan`` atau
berkhatan (dalam istilah melayu bermakna memotongulit (kulup) yang menutupi
kepala zakar (bagi lelaki) dan memotong sedikit hujung kelentit (clintoris)
bagi perempuan.
MEMBERI KHABAR GEMBIRA DAN TAHNIAH ATAS KELAHIRAN BAYI
Kelahiran bayi merupakan satu khabar gembira bagi setiap
insan. Justeru itu, orang-orang Islam yang mendengar khabar gembira ini perlu
bersegera meraikan kegembiraan tersebut. (Dato ‘Ismail Kamus. 2009 : 2)
Jika kita menyoroti sirah peribadi agung Nabi Muhammad
SAW, kita akan mendapati bahawa ketika Baginda dilahirkan, Thuwaibah telah
memberi khabar gembira kepada Abu Lahab pada ketika itu dengan serta-merta
memerdekakannya kerana terlalu gembira. (Dato `ismail kamus, 2009 : 2)
``Maka kami berikan khabar gembira kepadanya dengan
(kelahiran) seorang anak yang sangat lemah lembut’’
(surah As-Shaffat
37:101)
Ucapan tahniah terhadap pasangan yang menerima cahaya
mata merupakan salah satu cara meraikan kegembiraan tersebut. Tujuan
meyampaikan khabar gembira ini adalah untuk menanamkan perasaan kasih sayang
dan membina kesatuan umat Islam. (Muhammad Khairul Nizam. 1975:3)
AZAN DAN IQAMAT
Islam mensyariatkan agar azan dilaungkan di telinga
kirinya, sesuai dengan hadis Rasulullah SWA yang diriwayat oleh ibn Abbas r. a,
:
Maksudnya:`` Aku bersyukur kepada Allah yang
menganugerahkan, sungguh sempurna kekuasaan-Nya dan kamu telah mendapat
anugerah kebaikan-Nya’’. (Mohd Khairul Nizam, 2011:5)
``Bahawasanya Nabi Muhammad SAW melaungkan azan pada
telinga al-Hassan bin Ali (sebelah kanan) ketika dilahirkan dan menyuarakan
iqamat pada telinga kirinya’’.
Begitu juga dengan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Rafi
berkata `` Saya melihat Rasulullah membacakan azan pada telinga kanan Hasan bin
Ali yang baru dilahirkan oleh Fatimah. (ibid, 2011:5)
Menurut ibn Qayyim al-Jauziyah antara rahsia ``azan’’ dan
``iqamal’’ adalah seperti berikut. Pertama rahsia azan dan iqamat, kalimah
–kalimah memuji kebesaran ilahi yang disifatkan sebagai ucapan pertama yang
meresap kedalam hati sanubari insan yang baru lahir. Yang kedua pula, satu
penyataan syariat Islam yang berperanan mendahului dakwah syaitan terkutuk dan
mengekang arus nafsu syahwat. (Muhd Fuad, 1996 :6)
TAHNIK
Ada anjuran Islam untuk melaksanakan tahnik iaitu membuka
atau memecahkan mulut bayi yang baru lahir dengan dengan sesuatu yang manis
seperti buah tamar yang telah dikunyah itu diletakkan diatas jari telunjuk dan
dimasukkan ke dalam mulut bayi, ke kiri dan ke kanan mulutnya. Ini dilakukan
sehingga kurma tadi menyentuh keseluruhan mulut sehingga ke rongga tekak bayi. (Indahnya
hidup bersyariat, 2009:3)
Ini bersesuain dengan hadis Abu burdah daripada Abu Musa,
:
Maksudnya : Aku telah mendapat seorang anak, kemudian aku
membawanya kepada Nabi SAW baginda mentahnikkannya(memecahkan mulut-nya) dengan
sebiji kurma’’. (ibid, 2009:3)
Diriwayatkan daripada Asma’ bahawa beliau mengandungkan
Abdullah bin Zubier di Makkah selepas itu beliau datang ke Madinah dan tinggal
di Quba ‘ Semasa Abdullah dilahirkan beliau dibawa kepada Rasulullah SAW lalu
diletakkan di atas ribaan Baginda. Baginda selepas itu berdoa dan mengunyah
sebiji kurma lalu dimasukkan kedalam mulut Abdullah. (ibid, 2009:3)
Antara hikmah amalan tahnik ialah untuk menguatkan saraf
mulut bagi mempersiapkan bayi berkenaan bagi menghisap susu dengan sempurnanya.
Seandainya kurma sukar didapati bolehlah diganti denagn manisan lain seperti
gula dan madu lebah. (menyambut bayi, 1996:7)
MEMBERIKAN NAMA YANG BAIK
Tuntutan memilih nama-nama yang elok dan mempunyai makna
yang baik amat dianjurkan dianjurkan oleh Islam. Sebenarnya, pemilihan
nama-nama yang baik ini sedikit sebanyak boleh mempengaruhi sifat peribadi dan
akhlak seorang muslim. Abu Daud meriwayatkan daripada Abu Darda r. a bahawa
Rasulullah SAW pernah bersabda :
Maksudnya : Sesungguhnya pada hari kiamat kelak, manusia
akan dipanggil menghadap Allah SWT dengan nama masing-masing dan nama dan nama
bapa masing-masing (seperti nama di dunia). Oleh itu, pilihla nama yang
baik-baik untuk kamu sekalian. (Dato’Ismail Kamus, 2009:4)
Ini beerti Nabi SAW melarang umatnya menamakan anak-anak
masing dengan nama-nama yang tercela yang membawa makna yang tidak baik. Lebih-lebih
lagi hal ini amat penting dalam usaha untuk menjaga kehormatan anak tersebut
daripada cemuhan masyarakat. (Muhammad Khairul Anuar, 1975:5)
Sunat memberikan nama yang baik dan mencukurrambut pada
hari kejutuh kelahiran bayi. (Aqid Azraai, 2010:7)
AKIKAH DAN BERCUKUR
Menamakan anak yang baru lahir sering dilakukan dengan
amalan akikah dan juga mencukur rambur bayi. Akikah dan juga mencukur rambut
bayi. Akikah dari segi Bahasa ialah ‘memutus’. Dari segi syarak pula
menyembelih binatang ternakan. Khususnya pada hari ketujuh kelahirannya atau
selewat lewatnya sebelum anak itu baligh. Seekor lembu atau kerbau boleh
diakikahkan untuk 7 bahagian atau 7 orang bagi anak lelaki dianjurkan 2
bahagian tetapi memadai satu bahagian jika tidak berkemampuan. (ibid, 2009:7)
Rasulullah SAW menganjurkan supaya anak lelaki
diakikahkan dengan dua ekor kambing atau seekor juga memadai (kibas, biri-biri
dan sebagainya) yang sempurna sifat dan syarat-syaratnyadan syarat syaratnya
sedangkan anak perempuan memadai diakukahkan denga seekor kambing sahaja. (ibid,
2009:7)
Yang pertama umur binatang sembelihan ; unta berumur 5
tahun lebih. Lembu atau kerbau berumur 2 tahun lebih. Kambing 2 tahun atau
telah bersalin gigi. Kedua binatang sembelihan sihat dan tidak cacat. Ketiga, daging
akikah dipotong mengikut sendinya dengan tidak memecahkan tulangnya. Keempat
disembelih diatas di atas nama anak yang dilahirkan. Kelima tidak boleh
berkongsi misalnya beberapa ornag berkongsi seekor kambing untuk mngakikahkan
anak-anak mereka. Keenam sebaiknya berakikah dengan kambing, tetapi dibolehkan
juga berakikah dengan unta, lembu, dan kerbau (ibid, 2009:8)
AMALAN MENCUKUR RAMBUT
Anjuran mencukur rambut bayi semasa majlis akikah ini
mengandungi hikmah khususnya dari segi kesihatan menurut ibn al-Qayyim. Amalan
ini akan meningkatkan tahap kesihatan anak tadi, membuka selaput kepala dan
mempertajamkan daya penglihatan, pendengaran dan deria hidu (ibid, 2009:9)
Hikmah berakikah melahirkan rasa gembira atas kelahiran
satu jiwa muslim baru yang sujud menyembah Allah SWT didunia. Kedua mendekatkan
diri anak itu kepada Allah atas akikah yang dilakukan. Ketiga mengukuhan tali
persaudaraan sesame muslim apabila majlis tersebut dihadiri oleh kaum keluarga,
saudara- mara dan jiran tetangga. Keempat, sebagai tebusan anak tersebut dapat
memberikan syafaat kepada ibu bapanya. Kelima, menunjukkan tanda syukur kepada
Allah SWT atas kurniaanya. Keenam menjauhkan anak tersebut daripada segala
bahaya dan bencana (Muhammad Khairul Anuar, 1975:8)
“Sembelihan binatang itu atas nama anak yang dilahirkan
dan ucapkanlah: `Dengan nama Allah, Ya Allah, bagi-Mu dan kepada-Mu
kupersembahkan akikah si Fulan atau sifulanah ini. ” (Hadis riwayat al-Baihaqi)
BERKHITAN
``Khitan atau berkhatan (dalam istilah melayu) bermakna
memotong kulit (kulup) yang menutupi kepala zakar bagi lelaki dan memotong
sedikit hujung kelentit (clitoris) (bagi perempauan)
Terdapat hadis diriwayatkan oleh Abu Hurairah, daripada
Nabi SAW sabdanya:
Maksudnya: ``Fitrah itu lima perkara, ataupun lima bentuk
fitrah ialah :berkhatan mencukur bulu kemaluan (lelaki ataupon wanita) mencabut
bulu ketiak, memotong kuku, dan mengambil misai’’.
KHITAN WANITA
Disebutkan oleh imam Ahmad daripada ummu `Athiyyah bahawa
Rasulullah SAW pernah menyuruh seorang wanita yang menghitan seseorang supaya
tidak memotong keterlaluan sabdanya:Maksudnya : ``jika kamu mengkhitan maka
janganlah kamu berlebih-lebihhan kerana yang demikian akan lebih baik bagi
wanita dan lebih disukai oleh suami’’.
Berdasarkan hadis ini dapa kita melihat bahawa khitan
bagi wanita adalah dengan memotong sedikit mungkin bahagian kulit yang terdapat
pada klitoris.
Hikmah berkhitan, boleh membawa kepada kesempurnaan
beragama. Kedua membezakan Antara orang Islam dan bukan orang Islam. Ketiga, menjaga
kesihatan dan mengawal syahwat. Keempat, pemiliharaan diri daripada sebarang
penyakit.
PENUTUP
Kesimpulanya, daripada tajuk yang sya kali ini terdapat
banyak perkara dapat kita lakukan untuk mendapat keredaan jika sentiasa
mengamalkan perkara-perkara yang disukai oleh Allah SWT. Wahai saudara-saudari,
sambutlah anak-anakmu mengikut syariat yang ditetapkan sunnah yang diajar oleh
Nabi Muhammad SAW agar anak-anak anda menjadi insan yang berguna dan diredhai
Allah
RUJUKAN
Mohd Khairul Nizam(2011). Motivasi Gaya Rasulullah. Sungai
Jawi, Pulau Pinang. Penerbitan Murni
Muhd Fuad(1996). Menyambut Bayi. Dungun, Kuala Terengganu.
Percetakan Aina Sdn Bhd.
Muhammad Khairul Anuar(1975). Kelahiran Bayi. Kuala
Lumpur. Penerbitan Nazri.
Aqid Azraai(2010). Amalan Sunat. Silk, Kedah. Bestread
Sdn Bhd.
Dato Hj Ismail Kamus. (2009)Indahnya Hidup Bersyariat. Penerbitan
Telaga Biru Sdn bhd.
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
URL: abdazizharjin. blogspot. com
Email: abdazizharjin@perlis. uitm. edu. my
HP: 013-4006206
PJ: 04-9882701
R: 04-9882597
Last update 27/01/2015