Disediakan
Untuk :
Ustaz
Abd Aziz Bin Harjin
Pensyarah
Pendidikan Islam
Disediakan
Oleh :
Nor
Ainaa Adilah Binti Zohri
2014286078
PENDAHULUAN
Dalam
era globanisasi kini, akhlak manusia memainkan peranan yang penting dalam
kehidupan seharian. Akhlak boleh didefinisikan sebagai budi pekerti yang mulia.
Akhlak terbahagi kepada dua jenis iaitu akhlak mahmudah dan akhlak mazmumah. Dalam
tugasan yang saya laksanakan adalah mengenai akhlak yang tercela iaitu akhlak
mazmumah. Akhlak mazmumah boleh didefinisikan sebagai budi pekerti yang kurang
mulia. Terdapat beberapa akhlak mazmumah yang sempat saya huraikan iaitu marah,
takabbur dan dengki. Akhlak yang pertama ialah marah iaitu perasaan yang boleh
mengakibatkan terjadinya sifat- sifat tercela yang lain. Marah terjadi apabila
kita berada dalam emosi yang tidak menentu. Seterusnya, akhlak yang kedua
adalah takabbur. Takabbur terjadi apabila kita merasakan bangga diri dan
merasakan dirinya itu hebat diantara orang lain. Akhlak yang ketiga adalah dengki.
Dengki ini terjadi akibat perasaan iri hati yang ada dalam diri ini. Konklusinya,
terdapat beberapa sebab, cara mencegah dan juga akibat yang terjadinya akhlak
mazmumah ini.
MARAH
Sesungguhnya
marah itu ialah nyalaan api yang bersumberkan daripada api Allah yang menyala
berkobar-kobar serta menjulang tinggi sehingga ke ulu hati. Ia adalah seperti
bara yang berada di lubuk jantung dan bagaikan terperosoknya suatu bara di
bawah abu. Marah itu berpunca daripada sifat bongkak yang terpendam di dalam
hati setiap orang yang curang dan derhaka, sebagaimana memancarkan api daripada
batu yang dipukulkan pada besi. (Abul Qasim Abdul Karim Hawazin Al-Qusyairi
An-Naisabur, 2007)
Barangkali, api yang menyala itulah terjadinya
syaitan. Tambahan pula, menurut penyelidikan pihak tertentu mengatakan bahawa
manusia mudah terpedaya dengan pujukan dan hasutan syaitan yang terlaknat. (Drs.
Moh. Thalib, 1983)
Oleh sebab itu, sesiapa yang dipengaruhi dengan
api kemarahan bererti hubungnya dengan syaitan semakin erat, sebagaimana
disebutkan dalam al Quran :
Maksudnya
: Allah berfirman: "Apakah penghalangnya Yang menyekatmu daripada sujud
ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam,
Engkau (Wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang Dia Engkau jadikan dari tanah.
"
( Surah
al-A’raf : 12 )
Selain itu, Abu Hurairah meriwayatkan bahawa
seorang lelaki telah datang mengunjungi Rasulullah SAW, kemudian berkata: Wahai
Rasulullah ! Berilah aku perintah untuk mengerjakan suatu amalan yang baik, tetapi
aku harap yang sedikit sahaja. “ Baginda lalu bersabda kepadanya :
Ertinya : “ Jangan engkau marah. “ ( Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim )
Orang
itu meminta supaya diulangi, mungkin terdapat lanjutan, tetapi Rasulullah tetap
menyuruh satu perkara itu sahaja, iaitu : “ Jangan marah. ” Rasulullah SAW juga
pernah bersabda:
Ertinya:
“ Apakah yang akmu anggap sebagai orang yang kuat bergelut. ’ Kita (para
sahabat) menjawab: “ Iaitu yang tidak dikalahkan oleh orang lain dalam
pergelutan. “ Baginda kemudian bersabda lagi: “ Bukan itu, yang disebut orang
yang kuat bergelut ialah orang yang dapat menahan hatinya di waktu marah, “ (
jadi bergelut dengan kemarahan hatinya sendiri sehingga menang ). ( Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim ) (Abul Qasim Abdul Karim Hawazin Al-Qusyairi
An-Naisabur, 2007)
Keterangan
yang dapat dibuat dalam hadis ini adalah kuat dalam kesanggupan untuk melawan
hawa nafsunya, mencegah dari membuat kejahatan, serta menahan nafsu, menyerang
banyak lawan-lawannya dan mengalahkan keinginan yang diinginkan oleh orang lain.
Jelaslah bahawa, melawan nafsu itu lebih sukar daripada mengalahkan musuh. Hal
ini demikian kerana marah ialah dorongan hati yang keluar berupa tindakan balas
dendam terhadap orang lain. Sebagai contoh, jika ada sesuatu perkataan yang
menyebabkan kemarahan, dan keinginan untuk membalas dendam terhadap orang yang
menyebabkan marah, maka hendaklah dicegah secepat mungkin.
Nabi SAW bersabda lagi : “ Tidaklah seseorang
marah, melainkan ia mendekati jahanam! “. (Drs. Moh. Thalib, 1983)
Antara sebab yang menimbulkan kemarahan adalah
kerana adanya rasa tinggi diri, rasa kebanggan diri, rasa takjub pada peribadi
sendiri, suka bergurau senda yang melampaui batas, suka bercakap kosong, banyak
bicara yang tidak berguna, suka mencederakan orang, berkhianat, sangat tamak
pada harta atau pangkat dan tidak dapat mengendalikan syahwat kepada wanita
yang tidak semestinya. Sifat-sifat seperti yang terdapat di atas merupakan budi
pekerti yang rendah dan tercela menurut syariat. Oleh sebab itu, perkara yang
lebih penting untuk dilaksanakan dahulu ialah menghilangkan kesemuanya itu
dengan cara memenangkan lawan kepada sifat-sifat tersebut. (Abul Qasim Abdul
Karim Hawazin Al-Qusyairi An-Naisabur, 2007)
Seterusnya,
rasa marah merupakan naluri manusia, yang bias timbul bila ada sesuatu maksud
yang terhalang. Rasa marah boleh diketahui dengan merahnya muka dan mata kerana
darah yang terbakar. Marah yang terpendam boleh terwujud caci dan maki
dibelakang orang yang dimarahinya dan marah yang dikeluarkan dalam tindakan
yang boleh berupa pembunuhan, pemukulan dan sebagainya. (Imam Ghazali, Pedoman
Orang Saleh, 1985)
Namun
begitu, cara mencegah kemarahan oleh Rasulullah saw. diberi beberapa petunjuk
diantaranya adalah pada waktu marah segera pergi mandi atau mengambil wuduk, mengucapkan
“a’udzu billah”, berdiam diri dan duduk dan kalau dalam reda marahnya supaya
tidur. (Ustaz Johari Yaman, 2012)
Allah
Subhanahu wa Taala telah berfirman :
Maksudnya
: 133. dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal Yang baik untuk mendapat)
keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga Yang bidangnya seluas Segala
langit dan bumi, Yang disediakan bagi orang-orang Yang bertaqwa;
134. Iaitu
orang-orang Yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan
orang-orang Yang menahan kemarahannya, dan orang-orang Yang memaafkan kesalahan
orang. dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang Yang berbuat perkara-perkara
Yang baik;( Surah Ali Imran : 133-134)
Dalam
ayat di atas jelas dinyatakan bahawa orang-orang yang menahan kemarahannya itu
termasuk dalam golongan kaun muttaqin iaitu orang-orang benar-benar takut
kepada Allah dan sesungguhnya pengampunan daripada Allah akan mereka perolehi
kerana kelakuan mereka yang baik itu. Selain itu, mereka akan mendapat pahala
berupa syurga. (Abul Qasim Abdul Karim Hawazin Al-Qusyairi An-Naisabur, 2007)
TAKABBUR
Takabbur
bermaksud sifat sombong, bongak atau berasa dirinya lebih tinggi daripada orang
lain, baik dari aspek kedudukan, keturunan, kesempurnaan bentuk dan sebagainya.
Selain itu, takabbur juga boleh didefinisikan sebagai sifat dalam diri
seseorang yang timbul kerana melihat kepada dirinya sahaja. Orang memiliki
sifat seperti ini merupakan orang yang mengatakan pendapatnya boleh menimbulkan
sakit hati orang alin. (Abul Qasim Abdul Karim Hawazin Al-Qusyairi An-Naisabur,
2007)
Oleh sebab itu, Nabi SAW berdoa: “ Aku
berlindung denganMu dari bisikan kesombongan, ”
Dalam
pada itu, Allah SWT telah menggambarkan melalui firman-Nya: Maksudnya : 146. Aku
akan memalingkan (hati) orang-orang Yang sombong takbur di muka bumi Dengan
tiada alasan Yang benar dari (memahami) ayat-ayatKu (yang menunjukkan
kekuasaanKu); dan mereka (yang bersifat demikian) jika mereka melihat sebarang
keterangan (bukti), mereka tidak beriman kepadaNya, dan jika mereka melihat
jalan Yang (membawa kepada) hidayah petunjuk, mereka tidak mengambilnya sebagai
jalan Yang dilalui. dan sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka
terus mengambilnya sebagai jalan Yang dilalui. Yang demikian itu, kerana mereka
mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya. (Surah
al-A’raf : 146)
Firmannya
lagi: Maksudnya : “... Demikianlah Allah memeteraikan atas hati setiap orang
yang sombong takabbur, lagi bermaharajalela pencerobohannya!” (Surah Mukmin :
35)
Di
samping itu, petikan daripada nas-nas hadis yang menerangkan tentang sikap
takabbur dan bangga diri yang keji dan hinanya iaitu Rasulullah SAW telah
bersabda : “ Allah Taala telah berfirman (dalam hadis Kudsi):
Ertinya : “ Allah berfirman, “ Kesombongan
adalah selendang-Ku dan kebesaran adalah pakaian-Ku, maka sesiapa menyamai-Ku
salah satu daripada kedua-duanya, maka pasti Aku lemparkan dia ke dalam neraka
jahanam dan tidak akan Aku pedulikan lagi. ”
(Diriwayatkan
oleh Muslim, Abu Daud) (Drs. Moh. Thalib, 1983)
Seterusnya, takabbur terbahagi kepada dua
iaitu yang batin dan yang zahir. Maksud yang batin ialah berupa pekerti di
dalam hati dan yang zahir ialah berupa kelakuan-kelakuan yang keluar dari
anggota badan. Kelakuan-kelakuan yang dimaksudkan mempunyai banyak bentuknya
dan susah untuk diklasifikasikan. Terdapat beberapa keburukan sifat takabbur
dan juga kerosakan yang berpunca daripadanya. Hal ini berdasarkan Rasulullah
SAW melalui sabdanya :
Ertinya
: Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat seberat biji
sawi daripada sifat kesombongan. ” ( Diriwayatkan oleh Muslim )
Maka, sifat
takabbur itu dapat menjadi batu penghalang untuk memasuki syurga. Hal ini
kerana, sifat tercela itu merupakan batas pemisah antara seseorang dengan
akhlak dan budi pekerti kaum mukmin seluruhnya. Tambahan pula, takabbur itu
sendiri menyebabkan pintu-pintu tersebut tertutup. Jelaslah, takabbur adalah
berasa tinggi diri melebihi orang lain. (Drs. Moh. Thalib, 1983)
Seterusnya,
seseorang yang takabbur juga tidak mempunyai perasaaan cinta sesame saudaranya
yang mukmin sebagaimana cintanya pada dirinya sendiri. Hal ini timbuk apakala, orang
itu tidak bersifat tawaduk atau merendahkan diri seperti yang diperintahkan
agama. Orang seperti ini juga tidak dapat meninggalkan sifat dendam dan tidak
juga dapat dipercayai, baik perbuatan ataupun ucapan. Di samping itu, orang
yang mempunyai sifat tercela ini juga sukar meninggalkan kemarahan, sukar
menahan marahnya, sukar pula menghilangkan kedengkian dari dalam hatinya, juga
tidak dapat menghindarkan diri, daripada kegemaran mengejek orang lain atau
kesukaan mengumpat. (Ustaz Johari Yaman, 2012)
Selain
itu, bentuk takabbur yang paling buruk ialah yang menyebabkan seseorang tidak
suka menggunakan manfaat terhadap sesuatu ilmu yang diterima tidak suka
menerima apa-apa yang hak dan bahan dan tidak suka mengikuti jalan yang benar. Antara
punca asasanya ialah kerana mempunyai perasaan menganggap orang lain kecil, mengganggap
orang lain kurang atau tidak berharga sama sekali jika dibandingkan dengan
dirinya serta anggapan hina pada orang itu. Orang seperti ini melihat dirinya
sendiri yang dianggap amat mulia, terhormat dan menglebihi orang lain dalam
segala hal. Sebagai contoh, Rasulullah SAW menjelaskan dua jenis sifat yang
merupakan himpunan daripada kesombongan iaitu :
Ertinya:
“ Takabbur itu ialah menolak kebenaran dan menghina makhluk. ” (Diriwayatkan
oleh Muslim, al-Baihaqi, Ahmad dan at-Tirmizi)
Dalam
hadis di atas disebutkan dua jenis keburukan iaitu menolak atau enggan menerima
serta mengikuti apa-apa yang benar, sedang yang kedua ialah menganggap hina, rendah
dan kecil pada orang lain, padahal dia adalah sesame makhluk Allah. (Imam
Ghazali, Pedoman Orang Mukmin, 2000)
Ironinya,
setiap orang yang menghina saudaranya sesame Islam, mengejek, menganggap bahawa
dirinya lebih baik berbanding yang lain, suka menolak kebenaran, sedangkan dia
telah mengetahui bahawa itulah yang benar, orang itulah yag mempunyai sifat
kesumbangan dan mengabaikan hak-hak Allah, tidak mentaati apa yang
diperintahkan Allah. (Abul Qasim Abdul Karim Hawazin Al-Qusyairi An-Naisabur, 2007)
Selain
itu, kesombongan yang dimiliki seseorang itu boleh membuatkan dia tidak mahu
tunduk kepada perintahNya, maka itu adalah kufur mutlak. Kesombongan, kemegahan,
kebanggaan dan berasa diri mulia dan tinggi adalah bahaya yang pertama untuk
siafat tercela ini kerana tidak sesuai melainkan untuk Allah untuk merampas
slah satu sifat yang baginya adalah tidak sesuci untuk mengenakannya. Senario
ini perisis dengan perumpamaaan seperti orang hamba yang cuba untuk mendapatkan
mahkota rajanya, kemudian dipakaikan di kepala, duduk dia atas singgahsana dan
berlagak seolah-olah dia adalah raja yang patut dihormati. Intihanya, kita
perlu sedar bahawa semua makhluk adalah hamba Allah. Oleh sebab itu, dia
sendiri berhak memiliki sifat Maha Besar, Maha Sombong dan Maha Agung. (Abul
Qasim Abdul Karim Hawazin Al-Qusyairi An-Naisabur, 2007)
Seterusnya,
cirri bahaya kedua ialah seseorang yang mendengar adanya hak yang dating dari
siapa pun daripada hamba Allah, kemudian enggan menerimanya, menunjukkan
penderhakaan dan kebencian dan menolaknya dengan acuh tak acuh, maka orang
berbuat demikian, tidak lain sebabnya hanyalah kerana berasa dirinya tinggi dan
agung, sedang orang lain dianggapnya hina dan kecil, sehingga dia enggan
mengikuti kebenaran yang dibawa itu. (Imam Ghazali, Pedoman Orang Takwa, 1995)
Orang
yang merasakan dirinya agung, tentulah yakin bahawa dirinya mempunyai sifat
kesempurnaan. Kesempurnaan yang dirasakan ada dalam dirinya itu merupakan
kesempurnaan dalam keagamaan seperti ilmu pengetahuan serta amal ketaatan dan
ibadat, sedang kesempurnaan dalam keduniaan itu seperti keturunan, ketampanan, pengikut
dan sebagainya. (Drs. Moh. Thalib, 1983)
Tambahan
pula, kesan-kesan takabbur kepada orang yang memiliki sifat tersebut antaranya
kesombongan yang Nampak ialah pada acar berpakaian. Disitu menonjollah sifat
takabbur itu. Tanda kesombongan ini ialah kegemaran berhias untuk
dipertontonkan kepada orang ramai dengan tujuan untuk memperolehi kemasyhuran
dan ketinggian pandangan. Walau bagaimanapun jikalau diniatkan semata-mata
untuk menampakkan kebaikan dan kekemasan diri dan tiada maksud lain, makakan
itu buakn termasuk dalam golongan takabbur. (Abul Qasim Abdul Karim Hawazin
Al-Qusyairi An-Naisabur, 2007)
Lebih-lebih
lagi, menghilangkan sifat yang amat merosakkan ini hukumnya adalah fardu ain
iaitu setiap orang wajib berusaha menghilangkannya. Terdapat beberapa cara-car
untuk mengubati siafat ini. Cara-cara tersebut perlu mengalami ujian empat
perkara ini. (Abul Qasim Abdul Karim Hawazin Al-Qusyairi An-Naisabur, 2007)
Perkara
yamg pertama ialah menguji dirinya di waktu berdebat dengan lawan hingga nyata
apakah ia marah kerana lawannya benar, dan apakah ia mahu mempertahankan juga
keunggulan dirinya, atau tidak, sekalipun ternyata bahawa dirinya sendiri. Perkara
yang ketiga ialah ia membawa sendiri barang-barang keperluannya kerumahnya
samaada yang bberupa makanan dan lainnya dan juga membuat pekerjaan dirumahnya
bersama pembantu dan makan bersama-sama mereka. Perkara yang terakhir ialah
memakai pakaian yang sederhana di hadapan orang ramai. (Abul Qasim Abdul Karim
Hawazin Al-Qusyairi An-Naisabur, 2007)
Akhir
sekali, terdapat beberapa isi yang telah diterangkan untuk sifat sombong ini. Antara
cirinya ialah definisi, keburukan, bentuk takabbur dan kesan-kesan takabbur. Ini
memberi kita banyak informasi mengenai takabbur. Tambahan pula, kita dapat
menambahkan ilmu pengetahuan dalam diri. Oleh sebab itu, kita hendaklah
mengambil iktibar tentang sifat sombong itu. (Abul Qasim Abdul Karim Hawazin
Al-Qusyairi An-Naisabur, 2007)
DENGKI
Hasad
dengki itu merupakan hasil daripada sifat dendam yang terkutuk dan tercela. Hasad
dengki juga itu sendiri akan menghasilkan berbagai sifat terkutuk dan tercela
sehingga sukar untuk dihuraikan satu persatu kerana terlalu banyak. Terdapat
banyak hadis yang menghuraikan tentang keburukan sifat hasad dengki, seperti
sabda Rasulullah SAW:
Ertinya:
“ Janganlah kamu berdengki - dengkian, memutuskan hubungan persaudaraan, benci
membenci, membelakangi musuh dan jadilah kamu semua hamba Allah yang bersaudara,
sebagaimana yang diperintahkan Allah kepada kamu semua. ( Diriwayatkan oleh Abu
Daud dan Ibnu Majah )
Seterusnya,
antara beberapa atsar ialah ucapan sebahagian ulama salaf, ucapnya: “
Sesungguhnya permulaan segala kesilapan itu ialah kedengkian. Iblis dengki
kepada Adam a. s. kerana kedudukan yang diperolehinya, sehingga menyebabkan ia
enggan menghormatinya. Jadi ia didorong oleh sifat dengkinya sehingga melakukan
suatu maksiat yang besar. “ (Abul Qasim Abdul Karim Hawazin Al-Qusyairi
An-Naisabur, 2007)
Tambahan
pula, dengki juga hanya berkenaan dengan nikmat jika Allah memberikan
nikmat-Nya kepada saudaramu, maka kamu boleh mempunyai perasaan antara dua ini
iaitu berkemungkinan kamu tidak senang melihat nikmat itu ada padanya dan juga
mengharapkan ia hilang daripada diri saudara kamu itu. Jika kamu mempunyai
perasaan begitu, namanya ‘dengki’. Walau bagaimanapun, kamu juga mungkin tidak
senang, tetapi tidak benci kepada saudara kamu itu yang mendapat nikmat itu, bahkan
kamu berharap diri kamu sendiri dapat menjadi seperti saudara kamu itu, maka
perasaan seperti ini dinamakan “ iri hati ”. (Drs. Moh. Thalib, 1983)
Selain
itu, sikap dengki akibat dendam, sedangkan dendam adalah akibat marah. Nabi SAW.
bersabda : Ertinya : “ Sifat dengki memakan kebaikan-kebaikan sebagaimana api
memakan kayu yang kering. “ (
Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibnu Majah ) (Imam Ghazali, Pedoman Orang Mukmin,
2000)
Apa
yang difahamkan daripada sabda Rasulullah SAW, tentang dengki yang ada
merupakan dosa pertama yang dianggap derhaka kepada Allah. Oleh disebabkan
semasa Allah menyuruh iblis sujud kepada Adam ia menolak, maka dengan itu ia
telah derhaka kepada Allah, lalu ia diusir dan lahirlah segala bencana, cobaan
mahupun fitnah kepada manusia. (Drs. Moh. Thalib, 1983)
Hakikatnya
ialah apabila seseorang dalam keadaan orang yang hasad, dengki dan iri hati, ia
tidak suka dan selalu merasa iri hati atas pemberian Allah terhadap orang lain
sesamanya. Sebagai contoh, ia tidak suka orang lain mendapat ilmu pengetahuan, kesenangan,
kekayaan, kecintaan dalam hati manusia ramai, kemasyhuran atau lain-lain
bahagiannya yang dikurniakan oleh Allah kepada orang itu. Maka kadang-kadang
mahu rasanya ia merampas dan memusnahkan semuanya dengan berbagai cara yang
mungkin. (Imam Ghazali, 1995)
Perasaan
dengki hukumnya haram yang mana dibolehkan kepada orang kafir atau fasiq yang
menggunakan nikmat Allah untuk berbuat dosa dan derhaka, fitnah, merosakkan
orang yang baik-baik serta mengganggu masyarakat. Tentang haramnya dengki ini, dapat
diketahui daripada hadith Nabi SAW. disebabkan dengki bererti marah terhadap
ketentuan Allah dan kebijaksanaan-Nya di dalam memberikan pemberian kepada para
hamba yang dikehendaki-Nya. Kerana itu ada sajak yang mengatakan : Ertinya : “
Wahai! Katakan kepada orang yang dengki padaku, tahukah engkau gerangan siapa
yang kurang ajar? (iaitu) engkau kurang ajar kepada Allah mengenai
perbuatan-Nya kerana engkau tidak rela dengan pemberian-Nya kepadaku”. (Drs. Moh.
Thalib, 1983)
Terdapat
dua kategori atau jenis hasad iaitu benci kepada seseorang yang memperolehi
sesuatu nikmat dan mengharapkan-harapkan agar nikmat itu segera lenyap
daripadanya dan juga tidak menginginkan nikmat itu lenyap daripada orang yang
memperolehinya, tetapi dia sendiri menginginkan agar nikmat itu dimilikinya
sebagaimana yang diperolehi oleh orang tadi. Ini dinamakan ghibthah. (Abul
Qasim Abdul Karim Hawazin Al-Qusyairi An-Naisabur, 2007)
Sifat
yang pertama iaitu benci kepada seseorang yang memperolehi sesuatu nikmat dan
mengharap-harapkan agar nikmat itu segera lenyap daripadanya adalah haram
hukumnya dalam segala hal, kecuali sesuatu nikmat yang dimiliki oleh seorang
yang derhaka dan digunakan sebagai alat untuk melakukan maksiat, seperti
membuat kerosakan atau menyakiti orang lain. Nas-nas agama yang menerangkan
haram hasad yang sedemikian itu sudah dihuraikan sebelum ini. Hasad yang berupa
kebencian seperti di atas itu sama halnya dengan memarahi ketentuan atau
kepastian Allah yang memberikan kelebihan kepada seseorang hamba-Nya yang lain.
(Abul Qasim Abdul Karim Hawazin Al-Qusyairi An-Naisabur, 2007)
Untuk
menunjukkan orang-orang yang hasad itulah al Quran menerangkan : Maksudnya:
kalau kamu beroleh kebaikan (kemakmuran dan kemenangan, maka Yang demikian)
menyakitkan hati mereka; dan jika kamu ditimpa bencana, mereka bergembira
dengannya. dan kalau kamu sabar dan bertaqwa, (maka) tipu daya mereka tidak
akan membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah meliputi pengetahuannya
akan apa Yang mereka lakukan. ( Surah
Ali Imran : 120)
Kegembiraan
sebagaimana dinyatakan sebelum ini dinamakan syamatah iaitu gembira yang
timbul
sebab mendengar atau mendengar atau melihat adanya suatu kesusahan, kecelakaan,
kemalangan atau bencana yang menimpa orang yang dianggap sebagai saingan atau
lawan. Hasad dan syamatah itu selalu beriringan dan berhubung erat.
Sementara
itu Allah Taala memberikan misal melalui firman-Nya: Maksudnya : “... dan tidak
ada pula Dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa Yang telah diberi kepada
orang-orang Yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang Yang
berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri,.. “. ( Surah al-Hasyr: 9) (Abul Qasim Abdul Karim
Hawazin Al-Qusyairi An-Naisabur, 2007)
Seterusnya
masalah yang kedua yang disebut ghibthah itu diperkenankan agama, asalnya yang
dimaksudkan itu ialah menginginkan agar dirinya juga memperolehi nikmat
sebagaimana yang diperolehi saudaranya, dan sama sekali tidak mengingin agar
nikmat tadi lenyap daripada saudaranya itu, juga tidak membenci jikalau nikmat
tadi kekal di tangan saudaranya tadi, sekalipun dia sendiri belum mendapatnya.
Orang
yang suka hasad dan dengki akan menderita hukuman lahir dan batin, tidak akan
mendapat rahmat, selalu merasa tidak puas dan tidak tahu berterima kasih, sentiasa
terseksa dalam dunia, padahal dunia tidak pernah berkurangan dari kawan-kawan
dan kenalan-kenalan yang dikurniakan dengan ilmu pengetahuan, kekayaan dan kekuasaan.
Oleh sebab itu, penderitaan-penderitaan lahir dan batin akan selalu menimpa
orang-orang yang mempunyai sifat hasad dan dengki disepanjang hayatnya. (Imam
Ghazali, Pedoman Orang Takwa, 1995)
Di
samping itu, dengki mempunyai banyak sebab, iaitu permusuhan, membanggakan diri,
kebencian, kesombongan dan takut atas luputnya tujuan-tujuan yang disukai, cita-cita
kepemimpinan, jiwa yang buruk dan sifat bakhil. Semua itu adalah antara ciri
sifat yang tercela dan ubatnya ialah anda ketahui bahawa kedengkian
membahayakan dirimu di dunia dan akhirat. Adapun di dunia maka disebabkan anda
terganggu olehnya. Ia menjadi teman tidurmu, tidak berpisah denganmu malam dan
siang. Adapun dalam agama, maka ia bererti tidak menyukai nikmat Allah dan itu
merupakan pahala baginya dan dosa yang tertulis atas dirimu. Apabila anda
ketahui itu dan tidak menjadi teman dari musuhmu, maka anda harus memaksa diri
untuk membuang sifat dengki.
Diriwayatkan
oleh Al-Hasan secara marfu’ dan mauquf bahawa Nabi SAW. bersabda: “ Tiga macam
sifat pada orang mukmin dari mana ia mempunyai jalan keluar, dan jalan
keluarnya dari sifat dengki ialah tidak mengharapkan kenikmatan orang lain. ”
(Imam Ghazali, Pedoman Orang Mukmin, 2000)
PENUTUP
Dengan
demikian akhlak tercela dapat diertikan sebagai perangai, tabiat, watak yang
patut dikecam, dihujat dan dibenci. Akhlak mazmumah yang dapat saya huraikan
adalah marah, takabbur dan dengki. Akhlak mazmumah ini mempunyai ciri-cirinya
tersendiri iaitu definisi, akibat, kesan dan cara mencegah. Imam Ghazali
berpendapat bahwa akhlak tercela adalah segala tingkah laku manusia yang dapat
membawanya kepada kebinasaan dan kehancuran diri, yang tentu saja bertentangan
dengan fitrahnya untuk selalu mengarah kepada kebaikan. Oleh sebab itu, kita
hendaklah mengambil iktibar dan pengajaran dari kesan-kesan jika kita mempunyai
akhlak mazmumah ini.
RUJUKAN
Abul
Qasim Abdul Karim Hawazin Al-Qusyairi An-Naisabur. (2007). Risalah Qusyairiyah.
Jakarta: Pustaka Amani.
An-Naisabur,
A. Q. -Q. (2007). Risalah Qusyairiyah. Jakarta: Pustaka Amani.
Drs. Moh.
Thalib. (2007). Sifat dan Sikap Tercela dalam Islam. Surabaya: Pt. Bina Ilmu.
Imam
Ghazali. (2000). Pedoman Orang Mukmin. Singapura: Pustaka Nasional Pte Ltd.
Imam
Ghazali. (1985). Pedoman Orang Saleh. Singapura: Pustaka Nasional Pte Ltd.
Imam
Ghazali. (1995). Pedoman Orang Takwa. Singapura: Pustaka Nasional Pte Ltd.
Ustaz
Johari Yaman. (2012). Bimbingan Mukmin. Selangor: Nadi Minda Resources.
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
abdazizharjin.blogspot.com
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
04-9882701 (P)
04-9882597 (R)
013-4006206 (H)
Tarikh: 30/01/2015