Riwayat Hidup Imam Malik Bin Anas

Disediakan Untuk:
Ustaz Abd Aziz Bin Harjin

Disediakan Oleh:
Zakiah Binti Ismail
2014258072

PENDAHULUAN

Syukur ke hadrat ilahi, kerana dengan limpah kurnianya, dapat saya menyiapkan tugasan CTU151 ini. Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pensyarah CTU151 saya, Ustaz Abd Aziz Bin Harjin, Ibu bapa saya serta rakan-rakan yang telah banyak memberikan maklumat kepada saya mengenai sejarah hidup Imam Malik Bin Anas. 
Tujuan esei ini ditulis adalah untuk menceritakan tentang sejarah hidup Imam Malik dan ajarannya melalui mazhab Maliki. Beliau merupakan tokoh Islam yang berjasa untuk ummah. 
Skop esei ini adalah mengenai sejarah dan masalah yang dihadapi serta pembaharuan yang dilakukan oleh Imam Malik untuk umat Islam. Selain itu, sumbangan beliau terhadap syariat Islam melalui kitab-kitab hasil tulisannya. 

Harapan saya apabila menulis esei ini, adalah supaya dapat memberikan sedikit sebanyak pengetahuan kepada semua umat Islam tentang cara kehidupan Imam Malik yang boleh dijadikan contoh teladan bagi semua umat Islam terutamanya golongan muda dan pemimpin. Jika golongan muda di negara ini mencontohi sikap Imam Malik, In Shaa Allah negara akan aman dan makmur tanpa gejala sosial. 

BIODATA IMAM MALIK
Nama sebenar Imam Malik ialah Malik Bin Anas Bin Malik Bin Abi amir Al Ashbahy. Yang mulia Imam Malik dilahirkan di Kota Madinah daerah negeri Hijaz. Beliau dilahirkan pada tahun 93 Hijrah pada zaman pemerintahan Al-Walid bin Abdul Malik Al-Umawi. Beliau dilahirkan kira-kira 13 tahun sesudah kelahiran Imam Abu Hanifah. Imam Malik adalah imam kedua dari para Imam Besar empat serangkai dalam Islam dari segi umur. Beliau adalah seorang dari keturunan bangsa Arab dari dusun Dzu Ashbah, sebuah dusun di Kota Himyar dari jajahan negeri Yaman. Ayah beliau iaitu Anas bin Malik yang pernah menjadi sahabat dan khadam Nabi Muhammad SAW dan sering disebut namanya kerana banyak meriwayatlam hadis setelah mendengar langsung dari mulut baginda. Ibunya bernama Aliyah binti Syuraik dan menurut sesetengah riwayat, beliau dikandung oleh ibunya selama dua tahun sebelum dilahirkan di sebuah kampong bernama Zul Marwah di Utara Madinah. 

Imam malik adalah seorang pelajar miskin. Pada suatu masa beliau terpaksa menjual kayu dari bumbung rumahnya yang roboh untuk menampung belanja hidupnya. Imam Malik tidak bercita-cita untuk menjadi ulama hadis, tetapi kerana patuh pada permintaan ibunya akhirnya beliau menjadi salah seorang ulama fiqh yang terbesar dan unggul di seluruh Madinah. Beliau wafat pada tahun 179 hijrah ketika berumur 86 tahun dan meninggalkan 3 orang putera dan seorang puteri. 

UJIAN YANG DITEMPUH IMAM MALIK
Sepanjang riwayatnya, ketika Imam Malik berusia 54 tahun, semasa pemerintahan Islam di tangan Abu Jaafar Al Mansur, Khalifah Abbasiyah yang kedua. Ketika itu, Imam Malik selaku mufti di Kota Madinah telah memberi fatwa dalam masalah talak atau perceraian antara suami isteri. Menurut fatwanya itu talak yang dijatuhkan oleh suami ke atas isterinya secara dipaksa hukumnya tidak sah. Fatwa ini didasarkan pada sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “tidak sah talak orang yang dipaksa”. 

Orang yang menaruh hasad kepada Imam Malik telah melaporkan fatwa ini kepada Gabenor Ja’far bin Sulaiman. Mereka juga menghasut bahawa fatwa ini boleh menggugat kekuasaan kerajaan Abbasiyah walaupun fatwa itu hanya berhubung dengan masalah talak atau penceraian di antara suami isteri. Didorong oleh perasaan hasad, mereka tidak segan mengaitkan fatwa itu dengan urusan politik Negara dan kekuasaan Abbasiyah yang kebetulan pada masa itu baru sahaja mengambil alih kuasa politik dari tangan Dinasti Umaiyah. Kata mereka fatwa itu menjejas soal bai’ah atau ikrar perlantikan umat Islam terhadap kekuasaan Kerajaan Abbasiyah. 

Seperti diketahui, kerajaan Abbassiyah mengambil alih kuasa melalui pemberontakan, iaitu ketika pemerintahan Bani Umaiyah semakin lemah, lalu dengan mudah digulingkan dengan kekuatan senjata. Maka kuasa yang dirampas oleh Khalifah dinasti Abbasiyah itu bukan dengan kerelaan hati kerajaan berkuasa, bahkan ia direbut tidak menerusi pilihan suara atau bai’ah secara sukarela oleh seluruh umat Islam. 

Dalam pengertian lain, rakyat telah membai’ah kerajaan sekarang bukan secara sukarela, tetapi secara paksa. Bila diqiaskan hakikat ini dengan hukum talak yang difatwakan oleh Imam Malik itu bolehlah dirumuskan bahawa kekuasaan yang ada di tangan Khalifah Abbasiyah sekarang juga diambil secara paksa dan tidak sah. Hasutan seperti ini telah disampaikan oleh Gabenor Madinah kepada Khalifah Al-Mansur di Baghdad disokong oleh penyaksian beberapa orang pegawai dan penyokong kerajaan. 

Menurut satu riwayat, khalifah telah mengutus wakilnya menemui Imam Malik supaya fatwa itu ditarik balik, atau sekurang-kurangnya ia tidak dihebahkan kepada umum tetapi Imam Malik enggan menarik balik fatwanya itu. Imam Malik tetap berpendapat bahawa fatwa itu berdasarkan Hadis Rasulullah SAW. dan hadis itu sahih. Sebenarnya beliau tidak mengeluarkan fatwa itu dengan tujuan menggugat kekuasaan khalifah. 

Ada beberapa riwayat lain berhubung dengan konflik yang berlaku di antara khalifah dengan Imam Malik. Setengah riwayat mengatakan bahawa konflik itu timbul kerana Imam Malik telah mengutamakan kedudukan Abu Bakar, Umar dan Uthman daripada Ali bin Abi Talib. Para khalifah Abbasiyah dipercayai terpaksa mengambil hati golongan Syiah yang memperjuangkan hak Ali bin Abi Talib sebagai khalifah pertama, kerana pemberontakan yang berjaya menjatuhkan dinasti Umaiyah adalah dengan sokongan kuat gologan syiah di Khurasan, Parsi. 

Satu riwayat lain pula mengatakan bahawa Imam Malik mengharamkan nikah muta’ah atau nikah sementara. Sedangkan ulama Syiah menghalalkan nikah tersebut oleh kerana golongan Syi’ah memusuhi Imam Malik dan sebahagian besar penyokong Kerajaan Abbasiyah terdiri dari golongan syiah. Kemudian Khalifah Al Mansur sendiri menangkap Imam Malik dan menjatuhkan hukuman dera ke atasnya. Tetapi menurut riwayat lain, tangkapan terhadap Imam Malik dilakukan oleh Ja’far bin Sulaiman, Gabenor Madinah. 

Di dalam tahanan, Imam Malik masih enggan menarik balik fatwanya itu. Maka Gabenor Ja’far pun memerintahkan Imam Malik dikenakan hukuman sebat 70 rotan. Ketika itu Imam Malik berusia 54 tahun tetapi beliau menerima penyiksaan itu dengan tenang, kerana beliau menganggap hukuman itu hanyalah sebagai ujian yang biasa ditanggung oleh ulama’ yang tegas dan ikhlas menegakkan kebenaran dan berpegang teguh pada syariat yang dibawa oleh Rasulullah SAW. 

Hukuman melampau yang dijatuhkan ke atas Imam Malik itu mencetuskan kemarahan umat Islam di Madinah. Ramai orang keluar menunjuk perasaan membantah penyiksaan itu. Mereka mengutuk tindakan zalim itu dan menuntut supaya Imam Malik dibebaskan dengan segera. Kebangkitan umat Islam di Madinah itu tidak diduga oleh Gabenor Ja’far bin Sulaiman. Khalifah Al Mansur terkejut mendengar berita itu. Beliau bimbang penduduk Madinah akan menggugat kekuasaan yang baru sahaja direbut dari dinasti Umaiyah. Baginda memerintahkan supaya Imam Malik dibebaskan dengan segera dan memecat Ja’far bin Sulaiman dari jawatan Gabenor Madinah. Beliau juga meminta maaf secara langsung terhadap Imam Malik. 

SUMBANGAN YANG DILAKUKAN
Sumbangan terbesar yang dilakukan Imam Malik ialah kitab Al-Muatta’, iaitu sebuah kitab Islam yang lengkap penyusunannya. Ia adalah sebuah kitab yang paling besar sekali yang ditulis oleh Imam Malik. Sebab yang mendorong kepada penyusunan ialah disebabkan timbulnya berbagai pendapat penduduk Iraq dan orang-orang tidak bertanggungjawab, dan disebabkan kelemahan ingatan dan riwayat, dengan itu lebih nyatalah kepada penyimpan supaya ilmu-ilmu tidak hilang atau dilupai. Kitab Al-Muatta’ mengandungi hadis-hadis dan pendapat sahabat Rasulullah SAW dan juga pendapat para tabi’in. 

Menurut satu riwayat, Imam Malik menghimpun dan menyusun riwayat dan hadis yang diriwayatkan dari Nabi Muhammad SAW selama 40 tahu lamanya. Imam Malik dikatakan menghafal sebanyak 100,000 hadith. Menurut Ibnu Qudamah, Imam Malik adalah orang yang paling banyak menghafal hadis pada masanya. Bagaimanapun, tidak semua hadis yang diterimanya itu diakui untuk dijadikan sumber hokum. Sesudah ditapis dari segala segi, hanya 10,000 hadis sahaja yag diakuinya sah. Kemudian, disiasat dan dipadankan dengann firman Allah. Akhirya tinggal 5,000 sahaja hadis yang benar-benar diterimanya sebagai sabda Rasulullah SAW. 

PEMBAHARUAN YANG DILAKUKAN
Aliran mazhab Maliki berkembang cepat dari madinah ke seluruh negeri Hijaz, berdasarkan kitab Al-Muatta’ yang dijadikan panduan oleh alim ulama pengikut Imam Malik. Oleh kerana ramai pengikutnya berasal dari negeri Hijaz, Mazhab Maliki berkembang luas di negeri Mesir hingga datang pula aliran azhab Syafi’i meyebabkan berkurangnya pengaruh Mazhab Maliki di sana. 

Bagaimanapun, dalam zaman pemerintahan dinasti Al-Ayyubiy di Mesir, Mazhab Maliki disuburkan kembali bila pemerintahan memberi bantuan kepada pengikut aliran Mazhab Maliki dengan mendirikan madrasah. Mazhab Maliki juga berkembang seiring dengan Mazhab Hanafi di Kota Baghdad dan Basrah, Iraq hingga 500 Hijrah. Mahab Maliki juga sampai ke Palestin, Yaman, Kuwait dan Bahrain. Bahkan ia juga berkembang pesat di negara-negara Islam di Afrika Utara. 

Di Maghribi (Moroccow) Mazhab Imam Malik tersebar luas ketika Al Mu’iz bin Hadis Badis memegang tampuk pemeritahan di sekitar tahun 407 Hijrah. Pada hari ini, Mazhab Maliki menjadi ikutan umat Islam di Maghribi, Algeria, Tunisia, Libya dan Mesir selain dari tanah Hijaz. 

KEWAFATAN
Pada hari Ahad tanggal 10 bulan Rabi’ulawal tahun 179 Hijrah (789 Masihi), wafatlah beliau dengan tenang pada usia 86 tahun. Beliau wafat akibat mengidap sakit tua selama 20 hari. Ketika beliau menghembuskan nafas yang terakhir, beberapa orang sahabat berada disampingnya. Jenazah dimakamkan di perkuburan Baqi’ di luar Madinah iaitu sebuah tempat kubur di kala itu yang terkenal hingga sekarang. Imam Malik meninggalkan seorang balu dan empat orang anak, tiga lelaki dan seorang perempuan. 

PENUTUP
Secara keseluruhannya, Imam Malik adalah seorang tokoh zuhud didalam Islam yang harus dicontohi. Umat Islam pada masa dahulu dapat memahami syariat Islam dengan lebih mendalam melalui kewujudan Mazhab Maliki. Walaupun beliau telah lama wafat namun ajaran serta kitab-kitab yang ditinggalkan masih lagi digunapakai oleh umat manusia pada masa kini.

Selain dari ajarannya dalam bidang hadis dan ilmu fiqah, Imam Malik memberi banyak panduan dan tunjuk ajar dalam urusan kehidupan sehari-hari berhubung dengan urusan agama. Peninggalan Imam Malik yang terbesar adalah Kitab Al-Muatta’ yang menjadi bahan rujukan kepada seluruh umat Islam sehingga sekarang. Akhir sekali, masyarakat dipanggil untuk memahami lebih mendalam tentang ilmu-ilmu yang ditinggalkan oleh Imam Malik untuk membentuk individu dan masyarakat serta negara kearah penghayatan Islam terlaksana dengan jayanya. 

RUJUKAN


  1. Muhammad Shiddiq al-Minsyawi, (2007). 100 Tokoh Zuhud, terjemahan, edisi pertama. Jakarta Selatan: Senayan Abadi Publishing. 
  2. Ustaz Muhammad Helmi, (2002). Siri Tokoh-Tokoh Islam, Imam Malik, edisi pertama. Kuala Lumpur: Jade Green Publication. 
  3. K. H. Muawar Khalil, (1983). Biografi Empat Imam Serangkai, edisi 4. Indonesia: Penerbitan Bulan Bintang. 
  4. Mahmood Zuhdi bin Hj. Abdul Majid, (1992). Sejarah Pembinaan Hukum Islam, edisi 2. Kuala Lumpur: Jabatan Penerbitan Universiti Malaya. 
  5. Mustafa Suhaimi, (1990). Imam Malik, edisi 1. Petaling Jaya, Selangor: Progressive Product Supply. 

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
abdazizharjin.blogspot.com
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
04-9882701 (P)
04-9882597 (R)
013-4006206 (H)

Tarikh: 30/01/2015

Sifat- Sifat Allah

Disediakan Untuk:
Ustaz Abd Aziz B Harjin

Disediakan Oleh:
Shufa Shareena Binti Mohd Shukri
2014291928

Pendahuluan

Dalam Esei Ini Saya Akan Menyatakan Beberapa Sifat Allah Beserta Dalil Dan Preuve Hasil Kajian Saya Selama 4 Minggu. Perlulah Kita Ketahui Bahawa Persoalan Iman Atau Persoalan Tauhid Adalah Merupakan Ajaran Yang Terpenting Atau Yang Terpokok Di Dalam Islam. Ibarat Sebatang Pokok, Iman Dan Tauhid Adalah Merupakan Akar Tunjang Baginya. Di Dalam Kitab Dikatakan “Awaluddin Makrifatullah” Iaitu Ertinya “Awal –Awal Mengenal Allah”. Kalau Seseorang Itu Tidak Mengenal Allah, Segala Perintah Suruh Yang Dibuatnya Serta Segala Perintah Larangan Yang Dijauhkannya tidak akan sampai kepada Allah. Kemudian kita juga perlu ingat bahawa segala perintah yang kita buat samada berbentuk fardhu mahupun yang sunat dan segala larang yang kita jauhi samada yang berbentuk haram ataupun makruh, semua itu adalah amal baki yang hendak kita sampaikan kepada Allah SWT. Segala amal bakti itu tidak akan sampai sekiranya kita tidak mengenali Allah. 

 Kerana itulah, mengenal Allah ini amat penting kepada kita. Dan untuk kita mengenal Allah melalui sifat – sifat yang wajib bagiNya iaitu sebanyak dua puluh sifat adalah dengancara dalil-dalil aqli dan naqli. Dalil aqli adalah bersumberkan akal. Manakala dalil naqli bersumberkan al – Quran dan Sunnah. setelah kita dapat mengenal Allah, untuk mengesahkan pengenalan itu, kita mesti menempuh empat syarat iaitu percaya kepada Allah, jazam yang qati’i iaitu keyakinan kita kepada Allah, setentangan dengan yang benar yakn selaras yang sebenarnya dan mesti ada dalil. 

Demikianlah empat syarat yang mesti ada pada kita untuk mengesahkan pengenalan kita kepada Allah. di sini saya sertakan 20 sifat sifat Allah. 

1. Wujud
2. Qidam 
3. Baqa’
4. Mukhalafatuhu taala lalhawadis
5. Qiamuhu binafsihi 
6. wahdaniah
7. Qudrat 
8. Iradat
9. Ilmu 
10. Hayat
11. Sama’
12. Basar
13. Qalam
14. Kaunuhu qadiran
15. Kaunuhu muridan
16. Kaunuhu aliman
17. Kaunuhu Haiyan
18. Kaunuhu samian 
19. Kaunuhu basiran
20. Kaunuhumutakaliman

SIFAT- SIFAT ALLAH

1.1 WUJUD
Apabila kita berbicara mengenai Allah, pencipta kita, kita mestilah yakin terlebih dahulu tentang kewujudan Allah. Berdasarkan sumber ilmiah, sebelum Nabi Isa dan Nabi Muhammad dilahirkan, sudah banyak ahli falsafah (philsophers) yang menggunakan akal dan fikiran mereka untuk membenarkan wujudnya Tuhan dengan berbagai cara. Terdapat empat preuve yang digunakan oleh mereka untuk menetapkan adanya Tuhan.  (Bey Ariffin, 2005)

Prevue yang pertama ialah Preuve Metaphisique. Preuve ini adalah berdasarkan akal. Menurut akal, mustahil bagi alam yang luas yang terdiri daripada matahari, bulan dan berjuta-juta bintang tercipta dengan sendirinya. Jangankan bumi atau matahari, seekor nyamuk sekalipun tidak mungkin akan terjadi dengan sendirinya. Pasti ada yang menjadikan atau menciptanya iaitu Tuhan. Alam ini ada kerana dicipta, maka alam ini bersifat tidak smpurna kerana dia dicipta. Adapun Tuhan kerana dia meencipta alam, maka dia bersifat sempurna kerana dia tidak dicipta sesiapa. Kita merupakan mnusia yang tidak sempurna maka kita tidak dapat mengetahui atau melihat Tuhan yang sempurna. Sebab itu Tuhan ghab bagi kita. Maka tidak hairan kalau masih ada manusia yang masih belum percaya adanya Tuhan. (Bey Ariffin, 2005)

Seterusnya ialah Preuve Phisique iaitu berkaitan alam (Fizik). Ini adalalah prevue yang mula mula sekali dipakai oleh Abul Hussein Al – Allaf, seorang ahl dalam mazhab Mu’tazillah, pengikut Wasil bin Atha. Dia memulakan prevue ini dengan teori atom. Alam ini samaada benda padar, benda cair, atau benda gas dapat dibahagikan kepada bahagian yang terkecil yang dinamakan molekul. Molekul- molekul ini Tarik- mmenarik sesame sendiri kerana kekuatan magnetik inilah maka terjadinya benda. Setiap molekul itu terjadi dar atom – atom. setiap atom itu berputar di sekeliling atom yang lain. Dari putaran atom inilah timbul kekuatan magnetik antara molekul- molekul. Kalau atom tidak berputar, tidak ada kekuatan magnetik maka tidak akan ada satu benda pun di alam ini. Sekarang timbul pertanyaan: Siapakah yang memutarnya(trimier motuer- atau penggerak utamanya) ? iaitu Tuhan. Jadi Tuhan pasti ada.  (Bey Ariffin, 2005)

Terdapat juga preuve yang diambil dari susunan dan keindahan alam. Secara ringkasnya alam ini tersusun indah dan dalam keadaan amat baik sekali. Bumi mengelilingi matahari dalam waktu 365hari 5 jam 49 minit dan 3 saat dengan teratur. Tentu ada yang mengatur dan menjalankan semua itu. Bulan, bintang, matahari pasti ada Dieu Organisatuer, Yang Maha Pengatur iaitu Allah. Jadi Tuhan past ada. (Bey Ariffin, 2005)

Akhir sekali ialah Preuve Morale iaitu dali moral atau akhlak. Alam besar atau kosmos begitu indah dan teratur tetap kenapa tiada kesempurnaan dalam kehidupan alam kecil(manusia di dunia ini), kenapa ada manusia yang hidupnya senang dan ada yang menindas orang lain. Pasti aka nada Pengadilan Tertinggi di kemudian hari yang akan menyelesaikan segala yang tidak selesai itu. Hal ini kerana Allah itu Maha Adil. Apabila berbicara mengenai Tuhan, di sampingmembicarakan tentang kesulitan dan kebahagiaan hidup yang kita alam sekarang. Ketahuilah sahabat sekalian, kita akan memperoleh ketenangan jiwa dengan mengingati Allah. Apalagi di dalam suasana serba susah dan sulit di mana semua orang menghadapi berbagai kesusahan dan kesulitan.  (Bey Ariffin, 2005)

Firman Allah :Maksudnya :Iaitu orang orag yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram. ”(Surah Ar Ra’du : 28)

Berdasarkan sumber yang ada, wujud merupakan sifat wajib bagi Allah. Wujud ertinya ada. Sifat ini merupakan sifat lawan bagi Adam iaitu tidak ada. Misalnya, tiada Allah maka tiadalah wujudnya makhluk. Hal ini demikian kerana Allah lah yang mencipta makhluk dan alam semsta ini. Sifat wujud juga disebut sifat nafsiyah sebab, menyangkut kepada zat Allah semata. (Noraine Abu, Sifat 20 Suntingan Dari Kitab Tijaanud Daraari, 2000)

Firman Allah : Maksudnya :“Allah Tuhan yang menciptkan langit dan bumi serta segala yang ada di antara  keduanya….. ” (Surah As Sajdah : 4) 

Disini sekali lagi saya sertakan dali bagi wujud. Dalil bagi wujud ialah Allah SWT ialah baharunya alam ini, sebab jika tidak ada yang menciptakannya tetapi tercipta sendiri, beerti salah satu dari dua hal yang lainnya, tanpa sebab. Dan itu adalah mustahil. (Nor' Afifah Sabhan, 2002)    

Bagi sesiapa yang tidak mempercayai kewujudan Allah maka rosaklah akidahya. Ditegaskan di sini bahawa wujudnya Allah SWT itu tidak seperti makna pada istilah. Hal ini kerana kalau kita ambil erti wujud atau erti ada pada makna istilah atau makna bahasanya, maka adanya Allah SWT atau wujudnya Allah SWT itu sama pula seperti adanya atau wujudnya Allah SWT itu sama pula seperti adanya atau wujudnya benda-benda atau makhluk. Kita harus memahami perkara ini secara mendalam supaya kita tidak menyamakan Allah dengan makhluk – makhluk lain. Tidak sekali – kali Allah SWT itu menyerupai segala sesuatu. (Abdul Aziz Ismail, 2007)  

“ Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah yang Maha Mendengar dan Melihat. ” (Surah Syuura : 11)   

 Di sinilah letaknya perbezaan antara sifat makhluk dengan sifat Allah SWT. Bila kita katakan yang sifat kita ini ada, adanya kita kerana ada yang menjadikan tetapi bila dikatakan yang sifat Allah SWT itu ada, adanya Alllah SWT, tidak ada sesiapa yang menjadikan- Nya. Sebagai contoh, kalaulah kita dan lain lain makhluk seperti jin, malaikat, haiwan, tumbuh- tumbuhan, langit dan bumi, bulan dan bintang, matahari, sungai, lautan dan lain- lainnya, tidak ada yang menjadikan, maka kita dan lain lain makhluk itu tidak akan ada.  (Abdul Aziz Ismail, 2007) 

Wujudnya makhluk seperti kita manusia, jin, haiwan dan lain lainnya itu ada di atas sebab- sebab. Tetapi wujudnya Allah itu tidak ada sebab. Barang siapa yang mengatakan bahawa wujudnya Allah SWT kerana ada sebab – sebabnya, dia telah melakukan satu kesalahan besar iaitu telah menyamakan Allah SWT dengn makhluk. Dia juga telah melakukan satu kesesatan dalam akidah. (Abdul Aziz Ismail, 2007)             

Wajib pada Allah Ta’ala sifat hayat iaitu beerti hidup. Sifat ini merupakan sifat yang sedia ada pada zat Allah Taala. Sifat ini mengesahkan sifat Allah dengan sifat ilmu dan sifat lainnya seperti sifat qudrat, iradat, sama’, basar dan kalam. Hal ini kerana kalau zat atau orang yang mati, hilang ilmu, kehendak, kekuasaan, penglihatan, pendengaran dan pembicaraannya. (Noraine Abu, Sifat 20 Suntingan Dari Kitab Tijaanud Daraari, 2000) 

Kita perlu mengetahui bahawa cara hidup Allah berbeza dengan cara hidup makhluknya. Bahkan kita dapat lihat cara hidup makhluk – makhlukya juga berbeza- beza. Di sini saya kemukakan contoh iaitu carahidupnya manusia di dunia berbeza dengan hidup haiwan, tumbuh- tumbuhan, malaikat, batu dan lain – lainnya. Berdasarkan dalil akal, seandainya Allah mati, tetu Ia tidak berkuasa, tidak berkehendak, dan tidak mengetahui. Keadaan yang demikian itu mustahil bagi Allah. (Noraine Abu, Sifat 20 Suntingan Dari Kitab Tijaanud Daraari, 2000)

 Dalil tersebut berbunyi:  Firman Allah Ta’ala : Maksudnya :“ Dialah yang hidup kekal, tiada Tuhan selain Dia…”  (Al- Mukmin : 65)  

 Sifat lawan bagi sifat ini ialah mati. Hidup Allah Ta’ala bukan dengan roh. Berbeza dengan manusia kerana manusia hidup dengan roh. Maka tidak harus diiktiqadkan bahawasanya ada bagi Allah Ta’ala roh walaupun roh yang qadim. Di bawah saya sertakan terjemahan dalil naqli yang terkandung di dalam al- Quran. (Noraine Abu, Sifat 20 Ke Arah Memahami Aqidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah, 2010)

Firman Allah Ta’ala : Maksudnya : “ Allah tiada Tuhan ( yang berhak disembah ) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan ( sekalian makhluk-Nya ). ” ( Al – Baqarah : 255 )  

Maksudnya : “ Dan ketahuilah sesungguhnya Allah itu dengan segala sesuatu  mengetahui. ” ( Al – Baqarah : 231) 

Berdasarkan sumber yang lain, hidupny Allah SWT ialah hidup yang tidak bernafas. Ini bermaksud tidaklah dengan anggota seperti hidung, jantung, paru-paru dan sebagainya. Malahan Allah tidak menyedut udara dan melepaskannya. Kemudian, hidupnya Allah SWT itu tidak dengan berjuzuk-juzuk seperti terdiri dari juzuk api, air, angin dan tanah. Tamsilnya, makhluk yang terdiri dari berjuzuk- juzuk demikian ialah seperti kita. Jasad kita yang demikian iaitu yang dijadikan daripada tanah, air, api dan angin. (Abdul Aziz Ismail, 2007)  

Akhir sekali, hidup bagi Allah SWT tidak memerlu kepada makan dan minum. Yang makan dan minum adalah makhluk sperti kita. Apabila hidup yang dijadikan ia ada permulaan dan ada kesudahan. Jadi itulah perlunya kepda makan dan minum bagi meneruskan kehidupan. Bukan itu sahaja, kita sebagai manusia perlu manfaatkan hidup kita dengan perkara yang berfaedah khususnya amalan yang bakal dibawa kelak. (Abdul Aziz Ismail, 2007)               

BAQA’
Sifat Allah yang seterusnya ialah Baqa’. Baqa’ di sini membawa maksud kekal. Sesungguhnya Allah tidak ada penghujungnya seperti mati. Sebagai contoh, Allah tidak hilang atau lenyap, tidak mengalami perubahan, tidak muda, setengah umur, lalu tua dan mati seperti manusia. Berbeza dengan wujud makhluk, semua mengalami perubahan mati atau kehancuran sebab Allah membuat semua makhluk. Allah tidak boleh sama sekali disamakan dengan kita. (Noraine Abu, Sifat 20 Suntingan Dari Kitab Tijaanud Daraari, 2000)

Dalil bagi sifat baqa’ ialah sesungguhnya kalau Allah bersifat fana iaitu rosak atau mati atau 
hancur, tentu Allah seperti makhluknya, yang demikian itu mustahil baginya. (Noraine Abu, Sifat 20 Suntingan Dari Kitab Tijaanud Daraari, 2000)

Firman Allah Ta’ala :Maksudnya : “kekallah zat Tuhanmu yang mempunyai sifat keagungan dan kemuliaan. ”(Ar- Rahman : 27 )

Berdasarkan sumber ilmiah, yang dimaksudkan dengan kekal Allah Taala iaitu ketiadaan akhir ada Allah Taala atau ketiadaan kesudahan ada- Nya atau menafikan ketiadaan yang menghubungi ada-Nya. Maka ketiga- tigga sebutan ini meksudnya sama sahaja. Maksud di sini kekal Allah taala walaupun binasa sekalian makhluk apabila ditiup sangkakala, kecuali yang tiada biasa ialah 10 perkara :
Sekalian nikmat syurga
Azab neraka 
Ajbul Zanbi
Jasad sekalian nabi-nabi a. s. 
Sekalian yang mati syahid. 
Sekalian roh
Arasy
Kursi 
Luh Mahfuz
Qalam

ILMU
Wajib pada hak Allah Ta’ala sifat ilmu, ertinya ; mengetahui segala perkara. Sifat ilmu 
adalah sifat qadim yang berdiri pada zat Allah Ta’ala. Dengan sifat ilmunya itu, Allah mengetahui 
segala perkara dengan jelas, lahir dan btinnya sama sahaja menurut pengetahuan Allah. Baik yang 
berada di atas langit, mahu pun yang berada di atas bumi. Tiada satu perkara pun yang terlepas dari pengetahuanNya dari sejak zaman azali (dahulu kala sebelum terwujud alam dunia ini ) dan sesudahnya sama sahaja menurut ilmu Allah. (Noraine Abu, Sifat 20 Suntingan Dari Kitab Tijaanud Daraari, 2000)

Dengan demikian ilmu Allah adalah mutlak, tidak didahului oleh tidak tahu atau samar, seperti pengetahuan kita yang didahului dengan kesamaran dan kebodohan. Allah mengetahui akan semua makhlukNya dengan yakin bukan dengan ragu. Allah Maha Mengetahui getaran hati kita setiap detik tidak diselangi oleh lalai. Allah mengetahui akan segala hukum yang wajib, yang mustahil dan yang jaiz. (Noraine Abu, Sifat 20 Suntingan Dari Kitab Tijaanud Daraari, 2000)
Perlu diketahui pula, bahawa Allah mengetahui semua makhlukNya itu dengan satu sifat ilmunya yang menyeluruh, menerangi keseluruhannya sekaligus, tidak beransur- ansur atau sebahagian- sebahagian. Tidak seperti ilmu pengetahuan kita yang dimulai dari sedikit – sedikit atau dicampuri dengan lupa; ilmu Allah tidak dicampuri oleh lupa. Lawan bagi sifat ilmu ialah sifat jahil, ertinya ; bodoh. Ini mustahil bagi Allah. (Noraine Abu, Sifat 20 Suntingan Dari Kitab Tijaanud Daraari, 2000)

 Firman Allah Ta’ala :Terjemahannya : “Dialah Allah Yang tiada Tuhan selain Dia, yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata. Dialah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”. 
( Surah Al- Hasyr: 22 )

Terjemahannya : “Dan Dia Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. ” ( Surah At – Tahriim : 2 ) Terjemahannya : “Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa. ” (Surah Asy- Syura : 50 )     

 Apabila kita mengatakan bahawa Allah SWT bersifat ilmu, ertinya Allah itu Maha Mengetahui. Manakala mengetahui yang disandarkan kepada sifat Allah SWT ialah mengetahui yang meliputi segala- galanya sama ada pada perkara- perkara yang nyata, dan terang atau pun perkara- perkara yang tersembunyi dan terselindung. Begitu juga pada perkara yang ada mahu pun perkara- perkara yang tidak ada dan yang belum ada. (Abdul Aziz Ismail, 2007)

Perkara – perkara yang ada ialah perkara- perkara yang sedang berlaku dan yang sudah berlaku. Seperti jerebu yang berlaku dan yang sudah berlaku, seperti jerebu yang melanda tempat kita, Allah mengetahui nya. Sewaktu jerebu melanda, hujan mungkin tidak turun di tempat kita, tidak berlakunya hujan itu pun dalam pengetahuan Allah jua. Ertinya, hujan yang belum berlaku itu adalah dalam pengetahuan Allah SWT. Demikianlah pengetahuan Allah dalam perkara- perkara yang sudah berlaku, yang tidak berlaku dan yang belum berlaku. (Abdul Aziz Ismail, 2007)

Seterusnya, bila dikatakan yang Allah mengetahui semua perkara yang nyata dan terang, ertinya apa saja perkara tidak kira kecil atau besar, tinggi atau rendah, kurus atau gemuk, dekat atau jauh, semuanya Allah tahu dan bila dikatakan yang Allah mengetahui perkara yang tersembunyi dan terselindung, ertinya tiada apa apa yang boleh membataskan pengetahuan Allah. Apa yang berlaku di dalam gelap pun Allah tahu dan keadaannya sama saja seperti dalam keadaan terang. Begitu juga apa yang berlaku di bumi, di sebalik dinding, di dalam lautan dan di mana saja, semuanya Allah tahu. Seekor semut hitam yang merayap di dalam gelap pun Allah tahu. Begitu juga sebiji zarah seni yang bertebaran di angkasa pun Allah tahu. (Abdul Aziz Ismail, 2007)

Ini menampakkan perbezaan sifat mengetahui Allah dengan sifat mengetahui makhluk seperti kita. Sifat mengetahui kita amat terbatas. Yang dekat kita boleh mengetahuinyayang jauh kita tak dapat mengetahuinya. Kalau pun kita dapat mengetahui perkara yang jauh itu, namun pengethuan kita adalah terbatas. Pengetahuan kita dengan pengetahuan Allah tidak sama. Inilah yang mesti kita yakini dan pegang sungguh – sungguh. Yakni, Allah SWT itu Maha Mengetahui segala- galanya. Kalau Allah tidak mengetahui, beerti Allah lemah. Bila Allah lemah, samalah Allah dengan makhluk yang bersifat lemah maka dia bukanlah Tuhan. Sedangkan Allah 
Adalah Maha Gagah, Maha Perkasa, dan Maha Hebat. Sebab itu, mustahil Allah tidak mengetahui. (Abdul Aziz Ismail, 2007)

Firman Allah SWT, Terjemahan : Demi Tuhan yang mengetahui segala yang ghaib, tiada terlindung daripada yang ghaib, tiada terlindung daripada pengetahuan Allah walaupun sebesar zarah ataupun habuk, sama ada yang ada di tujuh petala langit mahupun di tujuh petala bumi, dan tidak ada yang lebih kecil daripada zarah dan tidak ada yang lebih besar daripadanya melainkan semuanya ada ditulis di dalam Luh Mahfuz. 

PENUTUP
Hasil kajian saya, saya dapat mengenal Allah melalui sifat sifatNya. Sifat sifat terbahagi kepada empat bahagian iaitu Sifat Nafsiyah. Nafsiyah bermaksud satu keadaan atau satu hal yang wajib bagi zat selama zat itu tidak disebabkan dengan satu sebab. Contoh sifat nafsiyah ialah wujud. 

Seterusnya Sifat Salbiyah. Sifat ini bermaksud tiap tiap sifat yang menolak atau menafikan perkara – perkara yang tidak patut dan tidak layak bagi zat Allah dan sifat – sifatNya. Contohnya, qidam, baqa’, mukhalafatuhu taala lilhawadis, qiamuhu binafsihi, wahdaniyah. 

Selain itu terdapat Sifat Ma’ani. Sifat Ma’ani. Bermaksud tiap- tiap sifat yang Maujud pada Zihin dan yang Maujud pada Kharji yang berdir atau yang ada pada zat Allah Taala dan mewajibkan bagi zat itu satu hukum. Contohnya ialah, qudrat, iradat, ilmu, hayat, sama’, basar dan qalam. 

Akhir sekali iala Sifat Maknawiyah. Sifat ini membawa maksud tiap- tiap hal yang wajib bagi zat selama ada zat itu disebabkan dengan satu sebab. Contohnya, Kaunuhu qadiran, Kaunuhu muridan, Kaunuhu aliman, Kaunuhu Haiyan, Kaunuhu samian, Kaunuhu basiran, Kaunuhumutakaliman. 

Bibliography

  1. Abd Aziz Ismail. (2007). Mengenal 20 Sifat Allah SWT. Kuala lumpur: Progressive Publishing House Sdn Bhd. 
  2. Bey Ariffin. (2005). Mengenal Tuhan. Kuala Lumpur: Pustaka Jima Sdn Bhd. 
  3. Nabilah Hassan. (2007). Ibu, Benarkah Tuhan itu Ada? Selangor: PTS PUBLICTIONS & DISTRIBUTORS SDN BHD. 
  4. Nor' Afifah Sabhan. (2002). Sifaat 20 Pnduan Lengkap Menuju Akidah Yang Benar. Kuala Lumpur: Jasmin Enterprise. 
  5. Noraine Abu. (2000). Sifat 20 Suntingan Dari Kitab Tijaanud Daraari. Kuala Lumpur: Al- Hidayah Publishers. 
  6. Noraine Abu. (2010). Sifat 20 Ke Arah Memahami Aqidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Selangor: Pustaka Ilmu. 

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
abdazizharjin.blogspot.com
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
04-9882701 (P)
04-9882597 (R)
013-4006206 (H)

Tarikh: 30/01/2015

Khalifah Uthman Bin Affan

Disediakan Untuk: 
Ustaz Abd Aziz Bin Harjin

Disedikan Oleh: 
Nur Adilah Akmar Binti Samsuri
2014223744

Penghargaan
Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi kerana saya dapat menyiapkan tugasan yang diberi oleh pensyarah kali ini dengan baiknya. Pertama sekali saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya, Samsuri bin Haji Abu Hassan dan Siti Fatimah binti Long kerana telah menyokong serta memberi saya semangat dalam masa meyiapkan tugasan ini. 
Jutaan terima kasih juga ditujukan kepada pensyarah CTU151, Ustaz Abd Aziz Harjin yang banyak memberi tunjuk ajar serta maklumat tentang tajuk tugasan saya ini iaitu Riwayat Saidina Uthman. 
Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya kerana melalui mereka juga saya dapat banyak maklumat yang saya perlukan. Mereka juga banyak berkongsi bahan rujukan bersama saya. Tanpa bantuan mereka, mungkin saya tidak dapat menjayakan tugasan ini dengan baik.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu saya menyiapkan tugasan ini. 

PENDAHULUAN
Khalifah Uthman bin Affan merupakan khalifah yang ke 3. Beliau ialah Uthman bin Affan bin Abu Al-As bin Umaiyah bin Abdu Syams bin Abdu Manaf bin Qusai bin Kilab. Beliau lahir dalam keluarga yang kaya raya. Namun begitu, beliau memiliki sifat serta berperibadian mulia dan baik. Saidina Uthman juga lahir dalam keluarga yang berpengaruh dari suku kaum Quraisy. 
Semasa zaman Jahiliah, beliau dikenali sebagai Abu Amru. Tetapi selepas beliau memeluk agama Islam dan berkahwin dengan anak perempuan Nabi Muhammad SAW, Ruqiyah, beliau kemudiannya telah dikurniakan anak lelaki yang diberi nama Abdullah. Sejak itu beliau terus digelar Abu Abdullah. Beliau juga dikenali sebagai Zu-Nuraini atau pemilik dua cahaya kerana menikahi dua puteri Rasulullah SAW. 

Seterusnya, Saidina Uthman terkenal dengan sifat dermawannya. Di dalam Perang Tabuk, beliau telah menderma sebanyak 300 ekor unta lengkap dengan bekalan dan senjata beserta wang 1000 dinar. Begitu juga ketika umat Islam berhijrah ke Madinah, mereka menghadapi masalah untuk mendapatkan bekalan air bersih. Oleh itu, Saidina Uthman telah membeli sebuah telaga Rumah daripada seorang Yahudi dengan harga 2000 dirham untuk digunakan umat Islam secara percuma. 
Semasa pemerintahannya, keseluruhan Iran, sebahagian daripada Afrika Utara dan Cyprusmenjadi sebahagian daripada empayar Islam. Dikatakan Saidina Uthman melantik saudaranya sebagai pentadbir jajahan baru Islam. Enam tahun pertama pemerintahannya dianggap keadaan aman, manakala enam tahun terakhir dianggap keadaan huru-hara(finatul-kubra). 
Beliau wafat kerana dibunuh oleh pemberontak yang berjaya memasuki rumahnya. Saidina Uthman wafat pada hari Jumaat dan menjadi syahid setelah memerintah selama 12 tahun sejak 23 Hijrah. 

(BIOGRAFI SAIDINA UTHMAN)
BIODATA
Beliau ialah Uthman bin Affan bin Abu al-As bin Umaiyah bin Abdu Syams bin Abdu Qusai bin Qilab. Beliau dilahirkan di Taif pada tahun ke-6 menurut Tahun Gajah. Usia beliau lima tahun lebih muda daripada Rasulullah SAW. Saidina Uthman bin Affan dilahirkan dalam sebuah keluarga yang kaya dan amat berpengaruh dalam suku kaum Quraisy. Ibu dan bapanya sama-sama berketurunan Bani Syams. Ibunya bernama Arwa binti Kuraiz bin Rabi’ah bin Habib bin Abdu Syams bin Abdu Manaf bin Qusai bin Kilab. Pertalian darah antara beliau dan Rasulullah SAW dinasabkan kepada moyang mereka iaitu Abdu Manaf. 

Saidina Uthman mendapat pendidikan yang baik. Beliau telah belajar dan menulis pada usia muda lagi. Oleh itu, Saidina Uthman telah menjadi seorang pedagang yang berjaya dan kaya. Saidina Uthman juga merupakan seorang yang berkeperibadian yang baik bahkan sebelum memeluk Islam. Beliau membenci pelacur dan arak walaupun belum mengucap dua khalimah syahadah ketika itu. Selepas memeluk Islam beliau tetap dengan peribadinya yang mulia itu. Saidina Uthman juga seorang yang jujur dan peramah. 

Saidina Uthman menjadi khalifah yang ketiga pada 644 Masihi bersamaan 23 Hijrah. Pemerintahannya bertahan selama 12 tahun. Pada waktu itu, Saidina Uthman mendapat gelaran Zu-Nurain kerana memperisterikandua puteri Rasulullah SAW. Dengan keperibadian yang baik, mungkin itulah sebab Rasulullah SAW mengizinkan Saidina Uthman mengahwini dua orang puterinya. Isterinya itubernama Ruqayyah dan Ummu Kultsum. 

SIFAT-SIFAT
Saidina Uthman bin Affan mempuyai peribadi yang baik bahkan sebelum memeluk Islam lagi. Beliau memiliki perangai serta sifat jujur, peramah, baik hati serta dermawan. Menurut Islam, beliau mempunyai peribadi yang benar-benar merupakan gambaran dari akhlak yang baik (Akhlak al-Karimah). Oleh itu Rasulullah mencintai Uthman kerana akhlaknya. 
Saidina Uthman merupakan seorang lelaki yang mempunyai ketinggian sederhana, tidak terlalu tinggi, dan tidak pula terlalu rendah. Berkat al-Baghawi:" Beliau berhidung mancung dan boleh dikatakan sebagai lelaki yang paling kacak sekali. Kulitnya lembut dan berwarna kuning langsat. Di dagunya ada jambang hitam yang agak lebat dan panjang. Begitu juga dengan rambutnya. Oleh kerana jambang dan rambutnya yang lebat itu musuh-musuhnya selalu menggelarkannya sebagai tha’la. Setiap tulang sendinya Nampak menonjol. Beliau berdahi luas dan janggutnya dijaga dengan kemas dan rapi. "

Walau bagaimanapun, Saidina Uthman terkenal dengan sifat dermawannya. Sifat dermawannya Nampak pada kehidupannya sehari-hari. Ketika kota Madinah dilanda bencana kekeringan, kaum Muslimin terpaksa menggunakan perigi Rum sebagai sumber air mereka. Tetapi perigi itu milik seorang Yahudi bernama Yusuf. Untuk mengambil air di perigi itu dia mengenakan bayaran yang mahal terhadap kaum Muslimin. Oleh itu Saidina Uthman bertekad membeli perigi Rum itu dengan bayaran yang dipersetujui. 

Seterusnya, di dalam Perang Tabuk, Saidina Uthman telah memberi banyak sumbangan yang mungkin orang lain tidak mampu berbuat sedemikian. 
Muhammad berkata: "Barang siapa yang menyiapkan tentera Tabuk ini, baginya syurga. ". 
Uthman bangun dan berjanji kapada Muhammad. "Wahai pesuruh Allah, aku akan menyiapkan 100 ekor unta dengan segala keperluannya termasuk makanan dan senjata. "
Tidak ada orang yang bangun. Akhirnya Uthman bangun lagi. "Wahai pesuruh Allah, aku akan siapkan 100 ekor unta lagi dengan segala keperluan perangnya. ". Setiap kali Muhammad bercakap Uthman bangun, sehinggalah 10 kali dia bangun. Di dalam karya Dr Khalid Muhammad Khalid (Sejarah 133 Wira Terbilang Di Zaman Rasulullah) mengatakan bahawa: Ketika perang Tabuk meletus Saidina Uthman telah menanggung sepertiga perbelanjaan perang, 900 ekor unta dan 100 ekor kuda. 
Derma berbentuk wang dinar juga disediakan oleh beliau. Nabi Muhammad SAW melihat pengorbanan yang besar daripada Uthman pada saat-saat tentera Islam memerlukan kekuatan lalu baginda berkata " Tidak akan datang mudarat ke atas Uthman apa yang dia lakukan selepas ini. "
Saidina Uthman juga seseorang yang kuat beribadah. Buktinya sewaktu rumahnya dikepung pemberontak, beliau tetap bersolat dan membaca Al Quran di tengah malam. Kemudiannya Muhammad bin Sirin menjelaskan :" Uthman sentiasa menghidupkan malam dengan solat dan zikir yang dipetik daripada Al Quran. "Saidina Uthman juga seorang yang prihatin terhadap rakyat. Khalifah Uthman banyak bertanya pada rakyatnya tentang keadaan mereka di pasar-pasar dan juga di masjid samada sebelum dan selepas solat. 

Kemudian, Saidina Uthman juga seorang yang terkenal dengan sifat kejujuran dan keramahannya. Rasulullah SAW berkata: "Orang yang penuh kasih sayang dari umatku kepada umatku adalah Abu Bakar;yang paling gagah berani membela Allah adalah ‘Umar’ dan yang paling jujur dalam kerendahan hatinya adalah Usman. "

Mengenai sifat kerendahan hatinya ini Nabi Muhammad SAW berkata: "Tidak haruskah saya merasa rendah hati terhadap seseorang yang bahkan malaikat pun berendah hati terhadapnya?"
Akhirmya, Saidina Uthman juga seorang yang berani. Ini kerana beliau tidak pernah mahu mengundurkan diri di dalam setiap peperangan dan pertempuran, malah beliau di antara orang yang mula-mula sekali menyeru ke arah jihad. Setiap kali berlaku perang maka setiap kali itulah beliau menyertainya dan tidak mahu pula mengundurkan diri. 

PERLANTIKAN SEBAGAI KHALIFAH
Saidina Uthman merupakan khalifah yang ketiga di dalam Khulafa ar-Rasyiddin. Perlantikan beliau sebagai khalifah yang ketiga selepas Saidina Umar wafat. Sebelum Saidina Uthman terdapat satu peristiwa dimana Saidina Umar ditikam Abu Lukluah, seorang lelaki Parsi. Sewaktu Saidina Umar al-Khattab membuka matanya selepas tersedar daripada pengsan, dia cuba bangun tapi tidak terdaya. Luka pada bahagian perut dan belakangnya membuatnya menderita kesakitan. Darah mengalir tidak henti. 

Seorang tabib datang bagi memberikan rawatan. Dia memeriksa bekas tikaman pada tubuh Khalifah Umar al-Khattab. Menurutnya, luka dialami Saidina Umar sangat parah kerana ditikam dengan pisau bermata dua. Pisau itu juga disapu dengan racun. 

Apabila Saidina Umar diberi minum pati buah kurma, keluar cecair merah daripada bahagian luka pada perutnya. Mereka tidak pasti sama ada darah ataupun pati kurma itu. Kemudian diberi minum susu. Namun, tidak lama kemudian susu itu keluar pada bahagian perutnya. 
"Wahai Amirul Mukminin, buatlah wasiat…, "kata tabib itu kerana yakin tidak boleh diubati lagi. 
Sebelum meninggal dunia, Khalifah Umar telah melantik enam orang ahli majlis syura yang terdiri daripada Saidina Uthman, Ali bin Abu Talib, Abdul Rahman bin Auf, Zubair bin Awam, Sa’ad bin Abi Waqas, dan Talhah bin Ubaidullah. Sesudah Saidina Umar dikebumikan, enam orang ahli majlis syura berkumpul di rumah Al-Miswar bin Makhramah. Rumah itu dikawal oleh 50 Ansar yang diketuai oleh Miqdad bin Amru. 

Di dalam persidangan itu, Abdul Rahman Auf dan Sa’ad bin Abi Waqas menarik diri. Keesokan hari, apabila mendapat persetujuan daripada orang ramai, Abdul Rahman bin Auf memanggil Ali bin Abu Talib supaya tampil ke hadapan dan bertanya: "Wahai Ali bin Abu Talib, sekiranya saya melantik kamu menjadi khalifah, adakah kamu sanggup berpegang teguh pada Quran, sunah nabi serta amalan Abu Bakar dan Umar?"
"Tidak, kerana saya berpegang teguh pada Quran, sunah nabi dan pendapat saya sendiri. InsyaAllah, ", jawab Ali bin Abu Talib. 
Kemudian ditanya soalan yang sama kepada Saidina Uthman. "Wahai Uthman Affan, sekiranya saya melantik kamu menjadi khalifah, adakah kamu sanggup berpegang teguh pada Quran, sunah nabi serta amalan Abu Bakar dan Umar?" 
"Ya, saya sanggup, "jawab Uthman Affan. 

Abdul Rahman mendongak ke langit lalu berkata, "Ya Allah, dengar dan saksikanlah. Sesungguhnya saya menaruh kepercayaan penuh pada Uthman Affan menjadi khalifah. " 
Orang ramai mengerumuni Uthman lalu mengucapkan tahniah. Ali bin Abi Talib turut menyatakan sokongannya. Uthman bin Affan dilantik menjadi khalifah pada hari Isnin 29 Zulhijah. Beliau memegang jawatan khalifah secara rasmi pada 1 Muharam tahun ke-24 Hijrah. 
Kemudian Khalifah Uthman berucap di hadapan orang ramai. "Wahai sekalian manusia, sesungguhnya kehidupan kamu di dunia ini hanya sementara. Akhirat juga yang kekal abadi. Oleh itu hendaklah kamu merebut peluang semasa hidup ini dengan membuat kebajikan. ketahuilah yang dunia ini penuh dengan tipu daya. Oleh itu jangan kamu tertipu dengan kemewahan dan kenikmatan hidup. Contohi orang yang terdahulu daripada kamu. "

SUMBANGAN SEBAGAI KHALIFAH
Saidina Uthman telah memerintah selama 12 tahun. Selama pemerintahannya banyak sumbangan yang telah dilakukan oleh beliau. Antara sumbangan yang dilakukan oleh Saidina Uthman ketika pemerintahannya ialah dengan membeli perigi Rumah diwaktu kaum Muslimin memerlukan bekalan air. Saidina Uthman sanggup membayar harga yang ditetapkan oleh seorang Yahudi yang merupakan pemilik perigi tersebut. 

Kemudian Saidina Uthman telah membeli sebidang tanah untuk memperluaskan kawasan Masjid Nabawi. 
Berkata Qatadah:" Ada sebidang tanah yang amat elok bersebelahan dengan masjid. Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang membelinya lalu diperluaskan kawasan masjid di atas tanah itu maka baginya sebuah mahligai di dalam syurga. "Uthman segera membeli tanah itu lalu memperluaskan lagi kawasan masjid di atasnya. 
Semasa pemerintaha Saidina Uthman terdapat juga bukti-bukti kejayaan yang dicapai Saidina Uthman. Contohnya perluasan agama Islam di Armenia, Kaukasia, Sijistan, Cyprus dan Afrika Utara. Di dalam sejarah Islam pula, Saidina Uthman telah membuat salinan Al Quran lengkap. Ketika itu berlaku pertelingkahan dikalangan umat Islam tentang cara bacaan Al Quran. Oleh itu Saidina Uthman meminjam suhuf, dan memerintahkan 4 orang sahabat untuk menyalin Al Quran dalam bentuk yang sempurna yang dikenali sebagai Mushaf Uthman. Sahabat tersebut ialah Zaid bin Tsabit, Abdullah bin Zubair, Sa’id bin al-Ash dan Abdur Rahman bin al-Harits. Dengan itu Uthman berjaya membangunkan pentadbiran kekhalifahan serta memantapkan penerbitan Al Quran yang rasmi ke seluruh dunia Islam. 

Seterusnya, Saidina Uthman juga telah membenarkan kaum Muslimin untuk mengerjakan haji sekali setiap tahun di samping menyediakan kemudahan bagi mereka kecuali pada tahun 35 Hijrah iaitu tahun terakhir beliau menjadi khalifah semasa rumah beliau dikepung oleh pemberontak. Setiap kali tiba musim haji beliau pasti dapat bertemu dengan gabenor-gabenornya dan bertanyakhabar tentang setiap wilayah, tugasan dan rakyat di bawah pimpinan mereka. 
Akhir sekali, Saidina Uthman juga telah meluaskan Masjidil Haram serta membentuk tentera laut Islam yang pertama ketika berlakunya perang Zatu Sauan iaitu perang tiang kapal yang dipimpin oleh Mu’awiyyah bin Abi Sufyan (31 Hijrah). 

KEWAFATAN
Kewafatan Saidina Uthman berpunca daripada angkara fitnah surat layang, pihak Ibnu Saba’ dan Khawarij yang nmenggunakan cop mohor Saidina Uthman untuk menjatuhkan beliau. Pertemuan terakhir Saidina Uthman dengan para Muslimin ialah seminggu selepas bermulanay kepungan dimana beliau menyuruh mereka bersabar. Selepas itu saidina Uthman terus terkepung di dalam rumahnya sehinggalah terputus bekalan air. 

Apa yang menyedihkan Saidina Uthman ialah, beliau selalu berusaha untuk membangunkan komunikasi yang berlandaskan kasih syanag dan kelapangan hati. Taktala pemberontak memaksa beliau unuk meletakkan jawatan kerusi kekhalifahan, beliau menolak dengan memetik kata-kata Rasulullah SAW, " Suatu saat mungkin orang-orang mengkehendakimu untuk melepaskannya, jangan lepaskan hanya kerana orang itu. "

18 Zulhijjah, tahun 35 Hijrah, Saidina Uthman yakin telah tiba hari ajalnya lalu berpuasa dan banyak membaca al Quran agar beliau mati syahid. Setelah terjadi pengepungan yang lama, pemberontak Berjaya memasuki rumah Uthman. Ghafiqi iaitu pemberontak telah menyepak al Quran yang dibaca Saidina Utman dan memukulnya dengan besi. Datang pula Sudan lalu didilibas pedangnya. Namun, dihalang oleh ister Saidina Uthman, Nailah lau memutuskan jarinya. Sudan yang hilang perikemanusiaan terus membunuh Saidina Uthman.

Jasad enam orang jenazah termasuk Saidina Uthman dituntu daripada pemberontak pada malam tersebut. 3 mayat pemberontak dibuang di dalam kebun dan dimakan anjing. Para Muslimin begitu sedih dengan kewafatan Saidina Uthman dan para sahabat melaknat para pemberontak. Pemerintahan Khalifah Uthman memakan selam 12 tahun, yang mana ianya merupakan pemerintahan yang paling lama berbanding khalifah lain dalam pemerintahan Khulafa’ ar Rasyidin. 

KESIMPULAN
Khalifah Uthman bin Affan sememangnya seorang khalifah yang sangat bertanggungjawab dalam menunaikan tanggungjawab sewaktu pemerintahannya. Pemerintahannya selama 12 tahun itu boleh dikatakan penuh dengan sumbangan yang diberinya terutamanya di dalam agama Islam dan wilayah yang diperintahnya. Beliau banyak menderma untuk Islam sebelum beliau menjadi khalifah. Tidak hairanlah mengapa beliau digelar seorang yang dermawan walaupun beliau sememangnya lahir dalam golongan yang kaya raya namun beliau tidak kedekut dan berkira dalam menderma.

Seterusnya Khalifah Uthman sememangnya seorang khalifah dan pemmpin yang mementingkan rakyatnya. Beliau sentiasa bertanya khabar, memberi kemudahan dalam mengerjakan haji dan membina hubungan yang baik dengan pemimpin di bawah jajahan Islam. Ini membuktikan walaupun Saidina Uthman seorang yang mempunyai jawatan yang tinggi, namun beliau tetap merendah diri di khalayak ramai. Sikap rendah diri Saidina Uthman inilah yang harus kita ambil contoh supaya kita dapat menjadi pemimpin yang disukai rakyat mahupun orang luar.

Terdapat kata-kata yang diucapkan oleh Saidina Uthman sewaktu beliau dilantik menjadi khalifah. Kata-kata ini diucapkan pada khalayak ramai tentang peringatan kita terhadap duniawi dan akhirat. Saidina Uthman berkata:"Wahai sekalian manusia, sesungguhnya kehidupan kamu di dunia ini hanya sementara. Akhirat juga yang kekal abadi. Oleh itu hendaklah kamu merebut peluang semasa hidup ini dengan membuat kebajikan. Ketahuilah yang dunia ini penuh dengan tipu daya. Oleh itu jangan kamu tertipu dengan kemewahan dan kenikmatan hidup. Contohi orang yang terdahulu daripada kamu. " Melalui kata-kata Saidina Uthman ini dapat disimpulkan bahawa Saidina Uthman tidak lupa akan tanggungjawabnya untuk memperingati umat Islam. Kata-kata ini juga boleh dijadikan peringatan untuk kita sebagai golongan akhir zaman yang kini ramai mengejar harta di dunia sahaja malah sering mengabaikan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah.

Walaupun Saidina Uthman dibunuh oleh pemberontak di dalam rumahnya sendiri, beliau masih beribadat kepada Allah SWT. Ini menunjukkan Saidina Uthman tidak gentar dengan halangan yang dihadapinya walaupun melibatkan nyawanya sendiri. Beliau bersolat serta berzikir kepada Allah SWT. Sifat inilah yang harus dicontohi oleh setiap umat Islam supaya kita menjadi seorang yang dicintai Allah. Oleh itu Saidina Uthman merupakan seorang khalifah yang boleh dijadikan contoh di dalam kehidupan seharian kita kerana beliau banyak berakhlak mulia dalam hidupnya sepanjang hayat walaupun di saat-saat kewafatannya. 


RUJUKAN

  1. Khalid Muhammad Khalid. Dr. (2009). 133 Wira Terbilang di Zaman Rasulullah SAW, terjemahan. Batu Caves:Al-Hidayah Publications. 
  2. Zulikifli Mohd. Yusoff, Noor Naemah Abd Rahman. (2007). Biografi Muhammad bin Abdullah, edisi 2011. Batu Caves:PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd. 
  3. Mahmud Syakir. (2004). Biografi Gemilang Uthman bin Affan, terjemahan:Jasmine Enterprise. 
  4. Hamd bin Abdullah bin Ibrahim Al-Humaidi. (2002). Mengenal Keutamaan Mutiara Zaman, terjemahan. Jakarta:Darul Haq. 
  5. Abdul Latip Talib. (2010). Khalifah-khalifah yang Benar. Batu Caves:PTS LITERA Sdn. Bhd. 


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
abdazizharjin.blogspot.com
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
04-9882701 (P)
04-9882597 (R)
013-4006206 (H)

Tarikh: 30/01/2015


MOTIVASI



Sejarah Hidup Khalifah Uthman Bin Affan

Disediakan Untuk:
Ustaz Abd Aziz Bin Harjin

Disediakan Oleh:
Nurhanani Izattie Binti Azman
2014856206

Pendahuluan
Saya Telah Mengambil Sejarah Khalifah Uthman Bin Affan Sebagai Tajuk Tugasan Saya. Di Dalam Tugasan Ini Saya Bakal Menghuraikan Mengenai Boigrafi Khalifah Uthman, Kekhalifahan Beliau, Pembaharuan Yang Telah Dilakukan Oleh Beliau Penaklukan Di Zaman Pemerintahan Beliau, Pemberontakan Terhadap Khalifah Uthman Dan Juga Pembunuhan Beliau. Nama Sebenar Khalifah Uthman Ialah Usman Ibnu Affan Ibnu Abil Ash Ibnu Umaiyah Bin Abdu Syams Bin Abdu Manaf Bin Qusai Bin Kilab. Beliau Telah Dilahirkan Enam Tahun Selepas Kelahiran Nabi Muhammad. Beliau Telah Menyatakan Beriman Dan Memeluk Islam Atas Ajakan Abu Bakar As-Siddiq. Beliau Merupakan Salah Seorang Calon Yang Telah Dicalonkan Oleh Khalifah Umar sebelum beliau meninggal dunia. Uthman bin Affan serta Ali bin Abi Talib merupakan pilihan calon yang terakhir. Namun, Uthman telah dilantik menjadi khalifah memandangkan beliau lebih tua daripada Ali dan perilakunya yang dipandang lebih baik. Antara pembaharuan yang telah dilakukan oleh Khalifah Uthman ialah pengubahsuaian Masjidil Haram, pengubahsuaian Masjid Nabawi, penyusunan al Quran dan perpindahan Mina dan As-Syu’aibah ke Jeddah. Sementara itu, penaklukan yang telah dilakukan semasa pemerintahan Khalifah Uthman ialah di Kufah, Basrah, Azerbaijan, Ar-Raiy dan Bahrain. Namun, telah berlaku pemberontakan terhadap Khalifah Uthman kerana mereka berpendapat beliau suka memberi keutamaan kepada kaum keluarganya. Selain itu, mereka juga berpendapatpemerintahan Khalifah Uthman lemah. Akhirnya, pemberontak-pemberontak tersebut telah membunuh Khalifah Uthman pada tanggal 18 Zulhijjah tahun 35H. 

TAKRIF
Saya telah mengambil sejarah hidup Khalifah Uthman bin Affan sebagai tajuk tugasan kali ini. Saya mengambil Khalifah Uthman sebagai tajuk tugasan kali ini berikutan tertarik dengan sejarah hidupnya bermula daripada beliau dilahirkan, mengenai keluarganya, mengenai pengkhalifahannya serta pembaharuan yang telah dilakukan sepanjang pemerintahannya. Selain itu, dapat juga dilihat penaklukan yang telah dilakukan. Namun telah berlaku pemberontakan ke atasnya dan menyebabkan beliau telah dibunuh. 

Kita akan dapat mengetahui lebih lanjut mengenai salasilah hidup Khalifah Uthman melalui biografinya yang bakal diulas dengan lebih lanjut. Latar belakang beliau akan dapat lebih diketahui. Beliau dikatakan lahir enam tahun selepas kelahiran Nabi Muhammad SAW. Beliau juga telah berkahwin dengan dua orang puteri Rasulullah yang mana beliau digelar sebagai ‘Dzun Nurain’. Beliau juga merupakan seorang saudagar yang kaya raya namun seorang yang dermawan kerana sanggup mendermakan hartanya demi kepentingan Islam. Di dalam tajuk kekhalifahan Uthman pula akan dibincangkan dengan lebih dalam mengenai bagaimana beliau telah dilantik sebagai khalifah yang ketiga menggantikan Khalifah Umar. Beliau merupakan salah seorang calon daripada enam orang calon yang telah dinamakan oleh Khalifah Umar sebelum beliau meninggal dunia. Kaum Muslimin telah memilih beliau dan juga Ali Bin Abi Talib sebagai calon pilihan yang terakhir. Namun beliau telah dilantik disebabkan oleh beliau lebih tua berbanding Ali selain perilakunya yang lebih mulia. Selain itu, di dalam tajuk pembaharuan yang dilakukan oleh Khalifah Uthman pula akan dibincang dan dihuraikan dengan lebih mendalam mengenai pembaharuan yang telah dilakukan oleh beliau semasa pemerintahannya. Beliau telah melakukan pengubahsuaian ke atas Masjidil Haram dengan menambah keluasan kawasan masjid tersebut. Pengubahsuian juga telah dilakukan ke atas Masjid Nabawi iaitu penambahan ke atas strukturnya. Beliau juga telah melakukan penyusunan semula Al Quran kemudian mengarahkan naskah tersebut di hantar kepada semua wilayah Islam. Beliau telah memindahkan Mina dari As-Syu’aibah ke Jeddah setelah memastikan tempat tersebut sesuai. Bukan itu sahaja, beliau juga telah melakukan beberapa penaklukan semasa zaman pemerintahan beliau yang akan dibincangkan dalam tajuk penaklukan di zaman Khalifah Uthman. Antara kawasan yang telah ditakluk oleh beliau ialah Kufah, Azerbaijan, Ar-Raiy, Basrah dan juga Bahrain. Penaklukan ini telah berjaya dilakukan dengan kerjasama tentera-tentera dan juga hasil strategi yang berkesan. Namun disebalik kegemilangan tersebut telah berlaku pemberontakan terhadap Khalifah Uthman yang akan dibincang dan dihuraikan dengan lebih lanjut lagi. Pemberontakan ini akhirnya telah menyebabkan Khalifah Uthman dibunuh.

Akhir sekali banyak pengajaran yang dapat diambil iktibar daripada sejarah hidup Khalifah Uthman Bin Affan ini. Pengajaran ini dapat diguna pakai dalam kehidupan seharian kita. Banyak sikap yang boleh dicontohi daripada beliau. 

3. 1 BIOGRAFI KHALIFAH UTHMAN BIN AFFAN
Nama sebenar Khalifah Uthman ialah sebenar Khalifah Uthman ialah Usman ibnu Affan ibnu Abil Ash ibnu Umaiyah bin Abdu Syams bin Abdu Manaf bin Qusai bin Kilab. Ibu beliau bernama Arwa binti Kuraiz. Ibu dan bapanya kedua-dua berketurunan Abdu Syams. Beliau mempunyai pertalian darah dengan Rasululllah SAW yang dinasabkan kepada moyang mereka iaitu Abdu Manaf. Beliau dilahirkan enam tahun selepas kelahiran Nabi Muhammad. Beliau digelar sebagai Abu Amru semasa zaman jahiliah. Beliau telah menyatakan beriman dan memeluk Islam atas ajakan Abu Bakar As-Siddiq.

Khalifah Uthman bin Affan juga merupakan seorang saudagar yang kaya raya. Beliau sanggup mendermakan hartanya demi kepentingan Islam. Semasa Perang Tabuk beliau telah mendermakan 950 ekor unta, 59 ekor kuda dan 1000 dinar untuk kepentingan tentera Islam. Beliau tanpa segan silu menderma serta mewakafkan harta kekayaannya semata-mata untuk kemenangan Islam. Kemenangan demi kemenangan dan penaklukan berjaya diraih oleh umat Islam manakala beliau terus dengan amalannya memberikan sumbangan harta demi dakwahh Islam.

Selain itu, beliau turut mempunyai hubungan yang baik dengan Rasulullah SAW. Beliau telah berkahwin dengan puteri Rasulullah yang bernama Ruqaiyah. Namun Ruqaiyah telah meninggal dunia ketikapeperangan Badr. Kemudian beliau telah berkahwin pula dengan puteri Rasulullah yang bernama Ummu Kalthsum. Oleh itu, beliau telah digelar sebagai ‘Dzun Nurain’ iaitu yang mempunyai dua cahaya kerana mengahwini dua orang puteri Rasulullah.

Khalifah Uthman bin Affan merupakan salah seorang sahabat yang pernah diberitahu oleh Rasulullah bakal masuk syurga. Rasulullah pernah bersabda: “Tiap- tiap Nabi mempunyai teman, temanku di syurga adalah Uthman. ”Beliau juga pernah diutus oleh Rasulullah kepada kaum Quraisy pada detik-detik peristiwa Hudaibiah. 


3. 2 KEKHALIFAHAN UTHMAN
Sebelum Khalifah Umar meninggal dunia, kaum Muslimin telah mengusulkan kepada Khalifah Umar untuk menamakan penggantinya terlebih dahulu kerana khuatir akan terjadinya perpecahan dan pertelingkahan selepas beliau meninggal dunia kelak. Oleh itu, Khalifah Umar telah menamakan enam orang sahabat untuk dijadikan calon sebagai penggantinya. Mereka ialah Usman ibnu Affan, Ali bin Abi Talib, Thalhah, Zubir ibnu Awwam, Sa’ad ibnu Abi Waqqas dan Abdurrahman ibnu Auf. 
 Keenam-enam calon ini telah mengadakan musyawarah selepas Khalifah Umar meninggal dunia. Walaubagaimanapun, Abdurrahman bin Auf telah mengambil keputusan untuk mengundurkan diri. Abdurrahman kemudiannya telah ditugaskan untuk bermusyawarah dengan kaum muslimin dan seterusnya memilih salah seorang calon. Abdurrahman telah mengadakan musyawarah dengan segenap lapisan kaum muslimin dan turut mengadakan musyawarah dengan para calon.

Akhirnya, kaum muslimin telah memilih Uthman ibnu Affan dan juga Ali ibnu Abi Talib sebagai calon yang terakhir. Namun, Uthman ibnu Affan telah dilantik menjadi khalifah kerana memandangkan Uthman lebih tua daripada Ali serta perilakunya yang dipandang lebih baik. Uthman akhirnya telah dilantik sebagai khalifah pada hari Isnin, hari terakhir dalam bulan Zulhijjah. Secara rasminya beliau telah dilantik memegang jawatan tersebut bermula pada bulan Muharram tahun ke 24H. Beliau berumur 70 tahun semasa dilantik menjadi khalifah yang ketiga.

Antara dua faktor yang menyandari penyerahan jawatan khalifah kepada Uthman ialah lebih besar kemungkinan untuk menarik kembali jabatan khalifah nanti dari Bani Umaiyah daripada Bani Hasyim. Selain itu, sebahagian besar kaum muslimin tidak mahu menyerahkan jawatan khalifah kepada Ali kerana mereka berpendapat bahawa Ali akan melanjutkan pola dan cara pemerintahan Umar ibnu Khattab yang radikal, keras dan disiplin. 

3. 3 PEMBAHARUAN YANG DILAKUKAN KHALIFAH UTHMAN

PENGUBAHSUAIAN MASJIDIL HARAM
 Pada asalnya masjid tersebut merupakan sebuah kawasan atau padang di sekeliling Kaabah yang merupakan tempat tawaf, ikhtikaf, dan solat. Pada asalnya kawasan tersebut tidak berpagar dan berdinding. Hal ini menyebabkan sesiapa sahaja boleh masuk melalui dari mana-mana arah yang disukai. Semasa pemerintahan Khalifah Umar, beliau telah meluaskan kawasan tersebut memandangkan kawasan yang sedia ada tidak mencukupi untuk menampung jumlah jemaah yang ramai. Beliau juga telah membina dinding dan memasang beberapa pelita diatasnya. Khalifah Umar juga merupakan orang pertama yang telah membina struktur masjid. Namun, semasa pemerintahan Khalifah Uthman beliau telah membeli beberapa rumah di kawasan sekitar masjid untuk meluaskan lagi kawasan masjid. Beliau turut menambahkan lagi ketinggian dinding yang sedia ada. Beliau turut meletakkan tiang di dalam masjid.

PENGUBAHSUAIAN MASJID NABAWI
Khalifah Uthman telah memulakan pengubahsuaian Masjid Nabawi pada bulan Rabiuawal tahun 29H. Beliau telah melakukan pengubahsuaian serta penambahan ke atas struktur masjid tersebut untuk memperluaskan lagi kawasannya. Beliau telah membuat banyak pengubahsuaian serta penambahan ke atas struktur binaan masjid tersebut. Dinding dan tiangnya telah dibuat daripada batu keras yang dipahat dan diukir manakala bumbung dan atapnya pula diperbuat daripada kayu dan daun pokok jati. Pintu-pintu masjid masih dikekalkan sebanyak enam buah pintu. Ukuran panjang masjid itu beliau telah tambah menjadikannya sebagai 160 hasta manakala lebarnya pula sebanyak 150 hasta. Kerja-kerja ini telah dilakukan selama sepuluh bulan dan berhenti pada tahun 30H.

Diriwayatkan bahawa semasa Uthman dilantik sebagai khalifah, orang ramai telah mula memintanya supaya membuat penambahan dan pengubahsuaian pada Masjid Nabawi. Uthman kemudiannya segera bermesyuarat dengan siding Majlis Syura dan akhirnya mereka bersetuju untuk menambah keluasan masjid itu. Apabila tiba waktu Zohor, Uthman segera bersolat bersama orang ramai dan kemudian naik ke atas mimbar lalu berucap: “Wahai manusia! Sesungguhnya aku mahu menambah dan mengubahsuai masjid Rasulullah. Dan aku bersaksi bahawa aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: “Barang siapa yang membina masjid Allah akan membina untuknya sebuah rumah di dalam syurga. ”

PENYUSUNAN AL QURAN
Al Quran telah mula dikumpulkan oleh Zaid semenjak zaman Abu Bakar lagi dengan perintah oleh Abu Bakar sendiri. Setelah Abu Bakar meninggal dunia, jawatan khalifah telah disandang pula oleh Umar bin Al-Khattab dan system pemerintahan juga turut bertukar mengikut aliran pemikiran pemimpin baru itu.

Khalifah Umar kemudiannya telah bercadang untuk membuat penyusunan semula ke atas mashaf al Quran dengan kaedah yang lebih teratur dan terperinci. Beliau mahukan mashaf itu ditulis semula menurut longhat kabilah Quraisy. Beliau kemudiannya telah memerintahkan Nafi bin Torif supaya memulakan kerja tersebut. Akan tetapi tugasan itu telah tergendala kerana Saiyidina Umar telah ditikam oleh puak pelampau yang terdiri dari kalangan musuh. Mashaf yang belum selesai itu akhirnya disimpan oleh Hafsah sehinggalah ia dipinjam oleh Uthman untuk penyusunan semula.

Setelah selesai penyusunan semula dilakukan, Khalifah Uthman kemudiannya telah menghantarkan setiap sebuah naskah salinannya kepada semua wilayah Islam seperti Syam, Mesir, Basrah, Kufah, Mekah dan Yaman. Mashaf-mashaf tersebut dipanggil sebagai al-A’immah iaitu ‘imam-imam ikutan’. Semuanya telah ditulis oleh Zaid bin Thabit. 

PERPINDAHAN MINA DARI AS-SYU’AIBAH KE JEDDAH. 
Pada tahun 26H penduduk-penduduk Mekah telah berbincang dengan Uthman bin Affan supaya memindahkan Mina dari Syu’aibah ke sebuah tempat yang baru yang dipanggil Jeddah berikutan lokasinya yang lebih dekat dengan Mekah. Uthman segera ke Jeddah untuk melihat tempat itu dan kemudian memerintahkan supaya Mina dipindahkan ke sana. 

Beliau kemudiannya telah pergi ke tepi pantai lalu mandi di situ dan berkata: “Sesungguhnya ia diberkati. ” Beliau kemudian pulang ke Madinah dengan melalui jalan Usfan. Semenjak hari itu orang ramai sudah tidak lagi memulakan ihram di as-Syu’aibah manakala Jeddah pula telah menjadi Mina Mekah sampai ke hari ini. 

3. 4 PENAKLUKAN DI ZAMAN KHALIFAH UTHMAN

KUFAH

Serangan terhadap ar-Raiy dan Azerbaijan telah dilakukan oleh tentera-tentera Kufah dalam jumlah 10 000 orang yang mana 6000 orang di Azrabijan dan 4000 orang di ar-Raiy. Manakala bilangan askar yang masih berada di Kufah ialah seramai 40 000 orang lagi. Setiap askar akan berperang setiap empat tahun. 

AZERBAIJAN
Pada zaman Umar, iaitu tahun 22H para penduduk Azerbaijan dan Armenia telah melanggar syarat-syarat perjanjian mereka dengan kerajaan Islam. Al-Walid bin Uqbah telah melancarkan serangan ke atas negeri-negeri tersebut semasa menjawat jawatan gabenor Kufah pada tahun 26H. Al-Walid telah mengutuskan sepasukan askar yang diketuai oleh Salman bin Rabi’ah al-Bahili mendahului sebelum bertolak sendiri dengan bala tenteranya. 

Al-Walid kemudiannya mengutuskan pula Abdullah bin Syubail sebagai ketua pasukan tentera yang seramai 4000 orang untuk menawan daerah Muqan dan Tailasan. Abdullah telah berjaya menjalankan misi tersebut. Kemudian al-Walid telah mengutuskan Salman bin Rabi’ah mengetuai pasukan tentera seramai 12000 orang untuk menyerang Armenia. Salman telah berjaya memperoleh kemenangan. 

AR-RAIY
Ketika Sa’id bin al-As menjadi gabenor Kufah beliau telah melancarkan serangan untuk menawan Khurusan pada tahun 30H. Turut membantu dan menyokong tindakan beliau ialah Huzaifah bin al-Yaman dan beberapa orang sahabat Rasulullah SAW yang terdiri dari Hasan dan Husin, Abdullah bin Abbas, Abdullah bin Amru bin al-As, Abdullah bin az-Zubair dan Abdullah bin Amir. 

Sa’id dan para pengikutnya telah menakluk daerah Qumis dan Nihawand serta telah membuat perjanjian damai dengan para penduduk di situ dengan diwakili oleh Huzaifah. Mereka kemudiannya telah menawan pula daerah Jurjan lalu membuat perjanjian damai dengan cagaran wang sebanyak 200 000 dirham. Seterusnya mereka memasuki daerah Tumisah lalu berperang dengan penduduk di situ. Setelah beroleh kemenangan Sa’id pun segera pulang ke Kufah. 

BASRAH
Khurasan dan kawasan-kawasan sekitarnya telah diserang oleh tentera-tentera Basrah. Penduduk-penduduk Khurasan telah melanggar perjanjian mereka dengan kerajaan Islam Madinah semasa Uthman menjadi khalifah. Khalifah Uthman telah mengirimkan surat kepada gabenornya di Basrah iaitu Abdullah bin Amir supaya kembali menakluk Khurasan. Abdullah terus keluar untuk melaksanakan perintah tersebut. Sekejap sahaja mereka sudah dapat menawan daerah itu selepas memaksa para penduduknya supaya menyerah diri dan berdamai. 

BAHRAIN
Pada tahun 27H Bahrain telah ditawan oleh Uthman bin Abu al-As. Dua tahun selepas itu, beberapa orang panglima Islam telah berjaya menakluk dan menawan beberapa buah negeri lagi seperti Umair bin Uthman yang telah menawan Firghanah, Abdullah bin Umair al-Laithi al-Kinani menwan Kabul dan Ubaidillah bin Mu’ammar at-Tamimi telah menawan Nahru as-Sind. 

3. 5 PEMBERONTAKAN TERHADAP KHALIFAH UTHMAN
Khalifah Uthman dikatakan suka memberi keutamaan kepada kaum keluarganaya. Hal ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat terutamanya daripada kalangan Bani Hasyim sehingga tercetusnya pemberontakan untuk menentangnya. 

Disebabkan oleh kelemahan Khalifah Uthman, maka orang Arab tidak lagi mematuhi peraturan yang sedia ada. Mereka pun berduyun-duyun keluar ke wilayah Islam untuk mengumpul harta kekayaan. Dengan itu timbullah golongan hartawan yang hidup mewah dan mulai meninggalkan cara hidup yang lama. 

Di samping kemunculan kaum hartawan yang baru, terdapat juga golongan rakyat yang miskin sedangkan golongan inilah yang membating tulang mengorbankan tenaga dan jiwa raga untuk membuka negeri-negeri baru. Namun apabila kemenangan tercapai maka golongan yang tertentu yang mengecap nikmat kekayaan itu sedang golongan yang miskin tidak mendapat layanan yang sewajarnya. Maka sebab itulah muncul kebencian terhadap Khalifah Uthman dan keluarganya. 
 Selain itu, orang Islam juga berasa tidak puas hati kerana sikap Siyidina Uthman yang lebih memberi keutamaan kepada kaum kerabatnya bagi memegang jawatan-jawatan yang tertentu dalam kerajaan. Malah beliau telah memecat pegawai-pegawai kerajaan yang dilantik oleh Saiyidina Umar dan menggantikannya dengan orang-orang baru yang terdiri daripada kaum keluarganya sendiri. 

Antara perkara yang paling menimbulkan kemarahan orang ramai ialah keputusan Khalifah Uthman yang membenarkan bapa saudaranya al-Hakam ibni Abi al-As pulang ke Madinah sedangkan Nabi Muhammad memerintahkannya keluar dari Madinah kerana sikap perseteruannya kepada Nabi. Saiyidina Uthman juga telah melantik anaknya al-Harith menjaga urusan perdangangan dan Marwan sebagai pembantu khalifah. 

Pemerintahan Saiyidina Uthman telah menghadapi cabaran yang hebat apabila timbul Abdullah ibni Sa’ba seorang Yahudi yang berasal dari Yaman yang elah memeluk Islam. Dia telah menjalankan hasutan memburukkan Saiyidina Uthman dengan mendakwa bahawa Rasulullah pernah berwasiat untuk melantik Saiyidina Ali sebagai khalifah. 

3. 6 PEMBUNUHAN KHALIFAH UTHMAN BIN AFFAN

Di Mesir, Abdullah ibni Saba’ telah disambut oleh orang ramai kerana mereka membenci pemerintahan di situ iaitu Abdullah ibni Sa’ad yang merupakan keluarga Saiyidina Uthman. Apabila Khalifah Uthman mendapat tahu akan kegiatan penentangan terhadapnya telah tersebar luas, beliau telah membentuk satu suruhanjaya penyiasatan. 

Sementara itu, golongan pemberontakan yang terdiri daripada orang Mesir, Basrah dan Kufah telah bersetuju untuk menemui khalifah di Madinah untuk mengemukakan tuntutan kepadanya. Khalifah Uthman telah bersetuju untuk memenuhi beberapa tuntutan penduduk Mesir. Namun dalam perjalanan pulang rombongan itu telah bertemu dengan satu utusan menuju ke Mesir. Roombongan tersebut memeriksa surat utusan yang mengandungi cap rasmi Khalifah Uthman. Dalam surat tersebut mengandungi perintah kepada kerajaan Mesir supaya membunuh semua rombongan yang datang ke Madinah. Justeru itu, rombongan tersebut berpatah balik ke Madinah dan menyerahkan surat tersebut kepada khalifah. Oleh kerana surat itu bukan daripada perintah Saiyidina Uthman, mereka menuntut supaya diserahkan Marwan al-Hakam kerana mengesyakinya yang membuat surat tersebut. Namun Saiyidina Uthman enggan memenuhi tuntutan itu menyebabkan rumah beliau di kepung selama 22 hari. Pemberontak kemudiannya mendapat tahu Saiyidina Uthman meminta bantuan dari daerah-daerah lain. Oleh itu, mereka membuat rusuhan dan telah membunuhnya. 

Pembunuhan Khalifah Uthman itu telah berlaku pada tanggal 18 Zulhijjah tahun 35H. Tempoh pemerintahannya ialah selama lebih kurang dua belas tahun iaitu hanya 12 hari sahaja lagi untuk mengenapkan dua belas tahun. Umurnya pada ketika itu ialah 82 tahun. 

PENUTUP
Kesimpulannya, tugasan ini ialah mengenai sejarah hidup Khalifah Uthman bin Affan bermula daripada beliau dilahirkan, beliau dilantik menjadi khalifah dan sehingga beliau meninggal dunia. Beliau telah dilahirkan enam tahun selepas kelahiran Nabi Muhammad SAW. Beliau telah menyatakan beriman dengan Allah selepas diajak oleh Saiyidina Abu Bakar as-Siddiq. Beliau merupakan seorang yang dermawan kerana sanggup mendermakan hartanya demi kepentingan Islam. Beliau juga telah digelar sebagai ‘Dzun Nurain’ kerana telah mengahwini dua orang puteri Rasulullah SAW. Rasulullah juga pernah bersabda bahawa Khalifah Uthman merupakan teman baginda di syurga kelak. Beliau juga merupakan salah seorang calon yang telah dinamakan oleh Khalifah Umar sebelum beliau meninggal dunia untuk dijadikan sebagai calon penggantinya. Beliau dan juga Ali ibnu Abi Talib merupakan calon akhir yang dipilih oleh kaum Muslimin. Namun beliau akhirnya telah dilantik sebagai khalifah yang ketiga disebabkan oleh beliau lebih tua berbanding Ali. Selain itu, beliau juga dikatakan mempunyai perilaku yang lebih mulia berbanding Ali. Akhirnya, pada hari Isnin, iaitu hari terakhir dalam bulan Zulhijjah beliau telah dilantik sebagai khalifah. Secara rasminya pula beliau telah dilantik menjadi khalifah pada bulan Muharram tahun ke 24H iaitu pada ketika umur beliau 70 tahun. Selepas beliau telah dilantik menjadi khalifah beliau telah melakukan beberapa pembaharuan. Beliau telah melakukan pengubahsuaian ke atas Masjidil Haram. Beliau telah membeli beberapa rumah di kawasan sekitar masjid tersebut bagi meluaskan lagi kawasannya. Beliau juga telah menambahkan lagi ketinggian dinding yang sedia ada selain telah meletakkan tiang di dalam masjid tersebut. Bukan itu sahaja, beliau juga telah melakukan pengubahsuaian ke atas Masjid Nabawi. Beliau telah melakukan penambahan ke atas struktur masjid tersebut serta pengubahsuaian bagi meluaskan lagi kawasannya. Dinding dan tiangnya telah dibuat daripada batu keras yang telah dipahat dan diukir manakala bumbungnya pula telah diperbuat daripada kayu dan pokok jati. Pintu-pintu masjid masih dikekalkan cuma penambahan terhadap keluasan kawasan itu sahaja ditambah. Beliau turut telah mengarahkan Nafi bin Tarif untuk melakukan penyusunan semula terhadap al Quran. Selain itu, beliau turut terlibat dalam perpindahan Mina dari As-syu’aibah ke Jeddah. Khalifah Uthman juga telah melakukan beberapa penaklukan di zaman pemerintahannya iaitu di Kufah, Azerbaijan, Ar-Raiy, Basrah dan juga Bahrain. Semasa pemerintahan Khalifah Uthman juga telah berlaku pemberontakan terhadapnya kerana mereka berpendapat pemerintahan beliau dikatakn berat sebelah kerana lebih mementingkan kaum keluarganya dan juga dikatakan pemerintahan beliau lemah sehingga ramai yang sudah tidak mematuhi peraturan yang sedia ada. Akhirnya, telah berlakunya pemberontakan terhadap beliau yang pada akhirnya Khalifah Uthman telah dibunuh oleh para pemberontak terbabit. Pembunuhan beliau telah berlaku pada tanggal 18 Zulhijjah tahun 35H. Tempoh pemerintahannya ialah selama lebih kurang dua belas tahun iaitu hanya dua belas hari sahaja lagi untuk mengenapkan dua belas tahun. Umurnya pada ketika itu ialah 82 tahun. Pada pandangan saya terdapat perkara yang boleh kita contohi daripada beliau antaranya sikap dermawan beliau dan bagaimana cara beliau telah berjaya melakukan beberapa penaklukan. 

RUJUKAN
  1. Mahmud Syakir (2000). Biografi Gemilang Uthman BinAffan (Dzin Nurain), terjemahan Ibnu Ghazali, siri 4. Penerbitan Buku Ilmiah Berkualiti. 
  2. Ismail Hamid, Dr. (1985). Pengantar Sejarah Umat Islam. Petaling Jaya: Heinemann(Malaysia)Sdn Bhd. 
  3. Faisal Ismail, Drs. (1984). Sejarah Dan Kebudayaan IslamDari Zaman PermulaanHingga Zaman Khulafaurrasyidin. Yogyakarta:CV. Bina Usaha. 
  4. Rasul Ja’fari (2004). Sejarah Islam Sejak Wafat Nabi SAWHingga RuntuhnyaDinasti Bani Umayah(11-132H), terjemahan. Jakarta: Penerbit Lantera. 
  5. Rusyidi Ramli Al Jauhari(2012). Biografi Agung Rasulullah sallallahuAlayhi Wasallam, Kuala Lumpur:Must Read Sdn. Bhd. 
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
abdazizharjin.blogspot.com
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
04-9882701 (P)
04-9882597 (R)
013-4006206 (H)

Tarikh: 30/01/2015

Perjuangan Hassan Al-Banna

Disediakan Untuk :
Ustaz Abd Aziz Harjin

Disediakan Oleh :
Murshidil Amin Bin Mohd Sabri
2014470336

1. PENDAHULUAN

Bermula pada kemerdekaan Mesir dari Empayer Utsmaniah Turki pada tahun 1992. Sejak daripada peristiwa tersebut Mesir telah memasuki alam penjajahan yang baharu. Penjajahan yang lebih kejam yakni penjajahan Imperialis Inggeris.
Negara Mesir yang secara simbolik masih diperintah oleh Raja Islam iaitu Raja Farouk. Rakyatnya telah tertindas oleh sikapnya yang suka kepada kemewahan, hidup berfoya- foya sebagaimana biasanya biasanya alam feodalis yang berbangga bahawa Negara itu seakan milik peribadi warisan dari nenek moyangnya.
Raja yang bersekongkol dengan kaum penjajah menindas rakyat, berbuat aniaya, menyebabkan rakyat mesir sengsara dan tertekan mentalnya. Rakyat sengaja dijerumuskan oleh penjajah ke jurang alam fikiran sekularisme, vrydenker dan menuju ke atheism yang kesemuanya itu dtanam dari pembaratan oleh penjajah inggeris.
Dalam suasana yang demikian itulah Hasan Al – Banna memperjuangkan tegaknya kembali syariat Islam sebagaiman yang dicita-citakan oleh Sayid Jamaluddin Al-Afghani dan Syaikh Muhammad Abduh.

BIODATA HASAN AL-BANNA
Hassan Al – Banna dilahirkan dari keluarga yang taat beragama di Mahmudiyah dekat Iskandariyah pada tahun 1906. Mujahid Islam ini dibesarkan dalam keluarga yang merendah diri dan hidup dalam keadaan yang serba sederhana.
Beliau merupakan anak sulung daripada lima adik beradik. Ayahnya, Syeikh Ahmad ibn Abd al Rahman al – Banna. Ayahnnya adalah seorang ulama, imam, guru dan pengarang beberapa buah kitab hadis dan fekah perundangan Islam, yang berkelulusan dari Universiti Al – Azhar Mesir.

Hasan Al – Banna dikenali sebagai seorang yang bersopan santun, pemurah, merendah diri dan tingkah laku yang menarik. Namun beliau hanya bekerja sebagai pembaik jam di desa al Mahmudiya untuk menyara keluarganya. Masa yang selebihnya digunakan untuk mengkaji, menyelidik dan mengajar ilmu – ilmu agama seperti tafsir Al – Quran dan hadis kepada penduduk tempatan

Beliau berjaya menghafal Al Quran 30 juz ketika berumur 20 tahun. Di saat 20 tahun itu jugalah beliau berjaya menginsyafkan Syaikh Abdul Wahab Jandrawy, pemimpin ( Syaikh ) Al – Azhar Universiti yang mempunyai hubungan yang akrab dengan berbagai institusi. Namun Syaikh yang banyak ilmunya itu tidak mempunyai ruh jihad membela rakyat dan Islam dari kezaliman Raja Farouk yang memerintah ketika itu dan juga dari penjajah inggeris.

2. 2 PERMULAAN PERJUANGAN BELIAU

Pada Mac 1928, dalam usia 23 tahun, Hasan Al – Banna beserta adik dan lima orang sahabatnya berkumpul di rumahnya dan bersumpah untuk hidup dan mati kerana Islam. Dirumah itu Jemaah Ikhwanul Muslimin telah ditubuhkan. pada ketika itu beliau baru mendapat Ijazah dari Darul Ulum serta berkhidmat sebagai guru bahasa Arab di salah sebuah sekolah di Bandar Ismailiyah.

Pergerakan sufi Ikhwan al – Hasafiyah banyak mempengaruhi jiwa Hasan Al – Banna. Beliau menyatakan antara sebab beliau tertarik ialah suara dan lagu yang dinyanyikan menanambat jiwanya, di samping ia dianggotai oleh mereka yang baik – baik dalam kalangan muda dan dewasa.

Malah, pergerakan ini juga dianggotai oleh mereka yang mengamalkan kesederhanaan dalam kehidupan. Sewaktu menyertaai majlis zikir inilah beliau bertemu dengan Ahmad Al – Shakri yang kemudianya menjadi salah seorang ulama utama pergerakan Ikhwanul Muslimin.

Pembabitan beliau dengan gerakan Sufi ini mendorongnya menyertai majlis tarekat al – Hasafiyah yang melaluinya beliau dapat berguru dengan beberapa personiliti yang terkenal antaranya Ahmad al-Syukri tadi.

2. 3 PERANAN IKHWANUL MUSLIMIN

Pertubuhan ini bertindak menangani masalah sosial bertujuan melaksanakan seruan kebaikan dan membasmi kemungkaran di samping mengekang penyebaran risalah dakyah Kristiani.

Mengenai pembabitan dalam kumpulan ini, Al – Banna menceritakan bagaimana beliau turut terbabit dalam tunjuk perasaan anti British, khususnya ketika berlaku revolusi 1919. Ketika itu beliau berusia 13 tahun dan berada di al – Mahmudiyah.

Seluruh penduduk menyertai demontrasi dan mengadakan mogok umum dengan melaungkan selogan mencintai negara dan semangat untuk berjihad.

Selain itu, beliau mnyertai Jemaah Makram al – Akhlak (Persatuan Kemurniaan Akhlak) yang diketuai oleh Syeikh Mahmud Mahmud. Pertubuhan ini giat mengadakan ceramah agama di pejabatnya di Barakah al-Fil.

Di samping itu pertubuhan berjaya menjadi sebuah gerakan yang menggegarkan Mesir selepas perang dunia kedua apabila pertubuhan ini turut bertanding dalam perebutan kuasa politik.

2. 4 CIRI –CIRI PERJUANGAN BELIAU

Adapun khitah gerakan Ikhwanul Muslimin yang menuju kepada cita-cita yang diredhai oleh Allah iaitu perjuangan berdasarkan Al Quran dan Sunnah Rasullah saw, itu melalui jalan bertingkat, yakni membentuk pribadi Muslim, membentuk rumah tangga atau keluarga Islam, cara hidup kampong Islam, menuju kepada Negara Islam dan yang terakhir menuju kepada pemerintahan Islam.

Gerakan Ikhwanul Muslimin meliputi segala bidang dakwah, melalui pendidikan terhadap anak – anak, pelajaran Al Quran bagi orang dewasa, pendidikan keluarga, bidang sosial walaupun tampaknya sederhana sekalipun, dari kampong –kampung sampai kepada mimbar university di kampus – kampus.

2. 6 KEJAYAAN YANG DIKECAPI

Dengan penuh semangat, beliau menjemput beberapa orang rakannya untuk bersama melaksanakan kerja dakwah. Mereka menjadikan masjid Shaikhun sebagai tempat perjumpaan. Antara perkara diperdebatkan ialah cara dan golongan sasar bagi gerakan dakwah. Al – banna mencadangkan agar mereka bergerak mengunjungi kedai kopi dan bertemu nasihat ringkas yang tidak melebihi lima minit.

Jadi mereka mula bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dan hasilnya memberansangkan. Pengunjung bukan saja berminat dengan dakwah mereka, bahkan pemilik kedai kopi menerima kehadiran mereka dengan baik.

Program ini dijadikan kegiatan utama kumpulan dan mereka bergerak denagn semangat sehinggalah Al –Banna menamatkan pengajian di Dar – al – Ulum.

Sehingga tahun 1934, Ikhwan telah menubuhkan lebih 50 cawanganya di m=Mesir. Pertubuhan ini telah menubuhkan beberapa buah sekolah, masjid dan kilang. Pada penghujung perang Dunia Yang Kedua, Ikhwan mempunyai lebih setengah juta pekerja yang aktif dan setengah juta penyokong ( sesetengah sumber mnyebut sekitar 3juta). Lebih 300 cawangan kesemuanya telah wujud di Mesir dan 50 di Sudan dihasilk – kerja Ikhwan yang melangkaui batas sempadan negara.

2. 6 PENGAKHIRAN HAYAT BELIAU
Sebagaimana biasanya, ulama yang mewarisi ilmu dan aqidah para nabi, demikian pula Syeikh Hasan Al – Banna, beliau beserta kawan –kawan tidak bias berdiam diri menghadapi menghadapi kekuasaan raja Faroukyang telah tenggelam dalam kemabukan, korupsi dan kesenang wenangan. Perbezaan pendapat, persilisihan dan akhirnya pertentangn dengan penguasa yang aniaya dan dibantu oleh kekejaman penjajah Inggris tidak dapat dihindarkan.

Akhirnya pada tanggal 13 Febuari 1949 beliau memanggil puteranya. Kemudian beliau menceritakan kepada puteranya itu bhwa semalam beliau bermimpi merasa didatangi Sayyidina Ali bin Thalib. Ali bin Abi Thalib berkata kepada beliau, wahai Hasan kamu telah menunaikan kewajiban, semoga amalmu diterima oleh Allah.

Kemudian pada keesokannya, beliau meninggalkan rumah bersama kawan –kawan seperjuangan pergi menunaikan tugas. Tiba – tiba beliau ditembak oleh seorang perwira polisi kakitangan Raja Farouk, dan tersungkurlah beliau di tepi jalan Kairo, dan beliau menemui syahidnya setelah sampai di rumah sakit.

INNAAA LILLAAHI WA –INNAA ILAIHI RAAJI’UUN!

Beliau meninggal dunia kerana ditembak di pinggir jalan raya dan tidak diketahui siapa pembunuhnya. Malah pembunuhnya mendapat ganjaran dari Raja!

Jenazah beliau hanya disolati oleh ayah beliau sebagai Imam dan putera lelaki beliau sebagai makmum. Hanya dua orang. Kerana di sekeliling rumah beliau dijaga ketat oleh pihak berkuasa negara untuk melarang sesiapapun yang akan memberikan penghormatan terakhir kepada beliau. Oleh disebabkan yg demikian maka tidak ada siapapun yang berani memberikan ta’ziyah.

3. PENUTUP
Berdasarkan penindasan yang diterima oleh rakyat Negara Mesir sekitar seawal 90an oleh sikap pemerintah yang kejam, tamak dan jelas menindakkan hak dan keprluan rakyat. Sehinggakan rakyat juga yang terpaksa menanggunng kesusahan akibat ketidak adilan pemerintahan Raja Faraouk ketika itu.

Munculah seorang perwira yang bernama Hassan Al – Banna. Beliau seorang penghafaz Al – Quran sejak dari usia 20 tahun lagi. Beliaulah merupakan pengasas pertubuhan Ikhwanul Muslimin yang diketahui sehingga kini masih memperjuangkan hak rakyat mesir dan seluruh penganut agama Islam khususnya di palestin. Walaupun daripada awal pertubuhan ini telah ditindas oleh berbagai pihak terutamanya dari rakyat Mesir sendiri mereka tetap berjuang utuh di atas nama Allah dan para Rasulnya.

Kisah beliau banyak memberikan inspirasi kepada perjuangan – perjuangan Islam dan dakwah Islam dan tidak pernah mengenal erti penat dan lelah. walaupun di akhir hayat Hasan Al – Banna sunggu memilukan. Tetapi pengorbanan beliau terhadap agama Islam sungguh besar nilainya. Semoga jasan dan pengorbanan beliau menjadi inspirasi kepada seluruh umat Islam yang lain dalam menghadapi pelbagai penindasan. Penindasan dalam pelbagai bentuk dikala fitnah akhir zaman tampak berleluasa ketika ini

4. RUJUKAN

1. Umar Hasyim, (1980) Mencari Ulama Perwaris Nabi (Selayang Pandang Sejarah Para Ulama) Surabay, Indonesia : Pt bine Ilmu.
2. Mohd Rizal Azman Rifin, (2014) Ilmuan Islam : Hasan Al – Banna. Kuala Lumpur : Harian Metro Bhd.
3. Abdullah Mahmud, (1998) Tokoh Terkenal Islam. Tingkat Satu, Wisma Yakin, Jalan Masjid India. Kuala Lumpur : DBP Sdn Bhd
4. Zulfa Hakim, (2013) Penghantar Tamadun Dan Sejarah Pemikiran Islam. Plot 29, jalan IKS BK2, Taman IKS Bukit Katil, 75450 bukit Katil. Melaka Malaysia.
5. Dr. Subhi al – Saleh, (1984) Politik Dan Pentadbiran Dalam Islam, terjemahan, cetakan pertama. Kuala Lumpur : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
abdazizharjin. blogspot. com
abdazizharjin@perlis. uitm. edu. my
04-9882701 (P)
04-9882597 (R)
013-4006206 (H)

Tarikh: 30/01/2015

MOTIVASI